You are on page 1of 35

JADUAL PENENTU UJIAN

Dalam JPU hendaklah ditetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji, aras objektif mengikut
Taksonomi Bloom, atau yang seumpamanya, bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan
tajuk. Penentu objektif pelajaran ataupun aras-aras objektif bergantung kepada:
a. Mata pelajaran
b. Tajuk-tajuk yang diuji
c. Peringkat kebolehan murid-murid atau pelajar-pelajar yang menduduki ujian atau
peperiksaan itu.
Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan
pelajaran.

Petak-petak dalam JPU boleh diisi dengan nombor ataupun peratus. Nombor ialah
bilangan soalan yang akan disediakan, dan peratus pula ialah pengkadaran daripada jumlah
soalan dalam ujian atau peperiksaan itu. Oleh kerana tujuan utama JPU ialah untuk
mempertingkatkan kesesuaian sesuatu ujian, maka nombor ataupun peratus ini tidak boleh diisi
secara sembarangan. Biasanya, bilangan ataupun peratus soalan bagi sesuatu tajuk bergantung
kepada :
a. Pentingnya tajuk atau objektif pelajaran berbanding dengan yang lain.
b. Penegasan yang diberi kepada murid-murid atau pelajar-pelajar

Perseimbangan tajuk-tajuk, objektif pelajaran atau aras objektif dapat ditentukan dengan
memberi pemberatan yang sesuai dalam JPU. JPU dapat memastikan ujian atau peperiksaan
menjadi lebih adil dan tidak ada tajuk-tajuk, atau perkara-perkara penting dalam sukatan
pelajaran yang tertinggal. Berikut ialah beberapa sebab mengapa guru perlu menyediakan JPU:
1. Dengan adanya JPU, guru dapat memastikan bahawa sesuatu ujian atau peperiksaan itu
dirancang dengan rapid an bukan dibina secara sembarangan.
2. Dalam JPU bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau
objektif pelajarannya berbanding dengan yang lain dan juga penegasan yang diberi
kepada murid-murid atau pelajar-pelajar. Hal ini akan menjamin bahawa ujian atau
peperiksaan itu mempunyai kesahan isi dan kebolehpercayaan yang tinggi.
3. JPU adalah suatu panduan dan penentu kepada guru yang akan menulis soalan.
4. JPU dapat mengekalkan taraf, mutu dan kesukaran ujian atau peperiksaan dari semasa ke
semasa.
5. Berpandukan JPU yang telah disediakan oleh guru atau panel, guru yang berlainan dapat
membina ujian peperiksaan yang sama mutu, taraf dan kesukarannya.

Apabila JPU sudah disediakan, langkah-langkah yang seterusnya ialah menyediakan item-
item ujian yang padan dan menepati objektif dan tajuk dalam JPU. Setiap item hendaklah dibaca
dan disemak beberapa kali untuk memastikan bahawa ujian itu bersih daripada sebarang
kesilapan, seperti istilah yang salah, struktur ayat yang kurang sesuai, gambar atau gambarajah
yang tidak jelas, tertinggal perkataan dan jawapan yang salah. Selain itu, seboleh-bolehnya item
ujian atau peperiksaan hendaklah disusun mengikut aras kesukarannya, iaitu dari item yang
paling sukar.

Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya ialah arahan ujian atau peperiksaan yang
jelas dan mudah difahami oleh calon. Contoh soalan dan cara menjawab soalan boleh diberi
terutama sekali jika calon ujian atau peperiksaan ialah murid-murid atau pelajar-pelajar peringkat
rendah. Tempoh masa ujian atau peperiksaan juga mesti dicatatkan di kertas soalan.

Ketua panitia, ketua bidang atau guru sejawat yang berpengalaman yang juga mengajar
perkara atau mata pelajaran yang sama diminta untuk menyemak kesesuaian objektif, item-item
yang telah disediakan itu menepati keseluruhan objektif, mempunyai bilangan item yang
memadai tajuk dan objektif dalam JPU.

TUJUAN DAN KEPENTINGAN JPU

1. Menentukan kesahan ujian yang tinggi mencerminkan hasil pembelajaran yang hendak
diuji, isi kandung yang diuji menepati topik yang terkandung dalam sukatan yang diajar.
2. Kesahan ujian yang tinggi akan menentukan kebolehpercayaan ujian yang tinggi.
3. Kualiti item ujian yang disediakan dapat kekal oleh penggubal item ujian.
4. Mencerminkan isi dan hasil pembelajaran dalam perkadaran kepentingan dalam kursus.

CIRI-CIRI UTAMA JADUAL PENENTU UJIAN
1. Jadual yang disifatkan sebagai dwi arah, satu arah diwakili oleh isi dan satu lagi oleh
jenis hasil pembelajaran.
2. Hasil pembelajaran yang hendak diuji telah dipilih dan ditetapkan
– Mengubah mengikut kehendak / objektif kursus, merangkumi dimain
pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan minat.
– Bagi dimain kognitif peringkat selaras dengan Taksonomi Bloom perlu
digunakan iaitu:
i. Pengetahuan – ingatan fakta
ii. Kefahaman – membuat interprestasi atas maklumat dalam perkataan
sendiri
iii. Aplikasi – menggunakan maklumat dalam situasi yang baru
iv. Analisis – memecahkan sesuatu kepada komponen-komponennya.
v. Sintesis – membina sesuatu kepada komponen-komponennya.
vi. Penilaian – menilai sesuatu.
– Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dan penempatan
hasil pembelajaran yang diuji:
i. Objektif
ii. Jenis item ujian
iii. Masa ujian
iv. Umur calon
3. Isi kandung yang hendak diuji telah disenaraikan
– Isi kandung disenaraikan adalah selaras dengan kandungan sukatan pelajaran
– Semua isi yang diuji perlu diajar oleh guru untuk menjamin kesahan ujian.
4. Bilangan soalan bagi setiap isi kandung dan hasil pembelajaran yang akan diuji dapat
disediakan dalam sel berkaitan.
– Faktor yang mempengaruhi bilangan soalan bagi setiap isi dan hasil
pembelajaran adalah:
i. Betapa penting setiap isi kandungan dalam pengalaman pembelajaran
secara menyeluruh?
ii. Berapa banyak masa telah digunakan untuk mengajar isi kandung
tertentu?
iii. Hasil pembelajaran manakah yang akan menggalakkan ingatan dan
pemindahan pembelajaran?
iv. Kepentingan yang diberi oleh pihak penggubal kurikulum bagi isi
kandung tertentu?

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU
1. Tentukan tujuan ujian.
2. Tentukan jenis ujian yang perlu disediakan (objektif / esei / ujian amali)
3. Tentukan jumlah soalan bagi ujian tertentu.
4. Mengenal pasti aras hasil pembelajaran yang hendak diuji.
5. Menyenaraikan isi kandungan yang hendak diuji.
6. Menyediakan jadual dwi arah:
i. Paksi datar – aras hasil pembelajaran (Taksonomi Bloom)
ii. Paksi tegak – isi kandung yang akan diuji.
iii. Masuk nombor soalan yang berkaitan bagi isi kandung dan hasil pembelajaran
yang diuji.
iv. Jumlah soalan bagi setiap aras hasil pembelajaran.
v. Jumlah soalan bagi isi kandung.
vi. Sebaran soalan untuk isi kandung dan hasil pembelajaran yang diuji dapat
mencerminkan:
– Bilangan soalan yang disediakan bagi setiap isi kandung dan hasil
pembelajaran yang diuji.
– Jumlah soalan yang telah disediakan untuk ujian.
vii. Aras kesukaran item ujian disediakan supaya dapat sebaran jenis soalan yang
senang, sederhana dan sukar dalam nisbah 1:2:1
– Nisbah perlu ada untuk mendiskriminasikan pelajar yang pandai dengan yang
lemah.
– Soalan senang memotivasikan pelajar.
– Soalan sukar mencabar pelajar.
JADUAL PENENTU UJIAN
Sekolah Kebangsaan Dusun Nyiur, Seremban, Negeri Sembilan.
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : Enam
Bilangan soalan objektif : 40
Aras kesukaran soalan : 1:2:1 (mudah : sederhana : sukar)

KANDUNGAN ARAS
AP JUML PERAT
PENG. KEF. L. ANA. SIN. PEN. AH US
47.50
TATABAHASA 7 8 4 0 0 0 19 %
SIMPULAN
BAHASA 0 3 0 0 0 0 3 7.50%
KESALAHAN 20.00
AYAT 0 0 4 4 0 0 8 %
25.00
PETIKAN 0 2 0 2 3 3 10 %

JUMLAH 7 13 8 6 3 3 40
17.50 32.50 20 15.00 7.50 7.50
PERATUS % % % % % % 100%

Jadual 1: Jadual Penentu Ujian (JPU)

KUALITI SOALAN

UJIAN OBJEKTIF
Sesuatu ujian boleh dianggap sebagai objektif apabila pilihan jawapan bagi tiap-tiap satu item
diberi dan hanya satu daripada pilihan jawapan itu dipilih sebagai jawapan yang betul. Oleh
kerana pilihan jawapan diberi dan jawapan yang betul hanya satu, sesiapa (termasuk mesin) yang
mempunyai atau tidak mempunyai pengetahuan mengenai tajuk-tajuk ujian berkenaan boleh
memeriksa kertas jawapan ujian jenis ini.

Sebenarnya, ujian objektif tidak benar-benar objektif. Terdapat unsur-unsur subjektif di
tahap menyediakan jadual penentu ujian, semasa memilih jenis item ujian dan juga item-item
ujian yang sesuai. Maka tidaklah salah jika dikatakan keobjektifan ujian objektif hanya terdapat
diperingkat pemarkahan.

JENIS-JENIS UJIAN OBJEKTIF

Soalan objektif pada keseluruhannya boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu:
1. Jenis item pilihan jawapan bebas (separuh objektif)
Jenis item ini memerlukan murid atau pelajar memberi pilihan jawapan atau jawapan dan
dan tidak hanya menandakan jawapan betul daripada senarai jawapan yang telah
disediakan. Item ini adalah dalam bentuk soalan perkataan rangsangan, atau rangkai kata,
atau satu penyataan yang tergantung. Jenis ini biasanya mempunyai arahan seperti,
“Isikan tempat-tempat kosong di bawah ini.”. Calon perlu mengisikan perkataan di
tempat-tempat yang dikhaskan. Di antara jenis item pilihan jawapan bebas ialah item:
a. Jawapan Pendek – Satu soalan atau pernyataan diberi dan murid atau pelajar
dikehendaki member jawapan yang betul. Jawapan adalah dalam bentuk
perkataan, rangkai kata atau nombor. Contoh – “Bilakah orang-orang Portugis
menawan Melaka?...
b. Melengkapkan Ayat – Item ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan,
atau rangkai kata tertentu ditinggalkan dan digantikan dengan tempat kosong
untuk diisikan oleh murid atau pelajar. Ayat ini boleh mengandungi satu, atau
lebih tempat kosong. Contoh – “Haiwan yang memakan daging dinamakan …”.
c. Perkaitan – Satu senarai perkataan atau peristiwa dan murid atau pelajar
dikehendaki member jawapan yang berkaitan dengan perkataan di sebelahnya.
Contoh – “Tuliskan nama Perdana Menteri Malaysia ditempat-tempat kosong
mengikut peristiwa penting yang telah diberikan.
i. Melancarkan ‘Program Buku Hijau’
ii. Melancarkan kempen ‘Kepimpinan Melalui Teladan….’
2. Jenis item pilihan jawapan tetap
Terdapat empat jenis item yang utama di bahagian item pilihan jawapan tetap ini :
a. Item Betul / Salah – Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat
pilihannya, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini
merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapatkan
jawapan adalah separuh merupakan kelemahan utama.
b. Item Memadankan – Item memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang
kanan untuk dipadankan dengan perkara di sebelah kiri. Soalan jenis ini banyak di
sekolah rendah.
Contoh :
i. Suaikan
a. Pencipta telefon A. Jhon Mc Adam
b. Pencipta jalan berturap B. Alexander Graham Bell
c. Item Pengkelasan – Item ini hampir sama dengan jenis item memadankan.
Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian beberapa soalan dibuat
berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Lazimnya, lima pernyataan yang
ditanda dengan huruf diberi, dan ini diikuti dengan satu senarai perkataan, rangkai
kata atau soalan, murid atau pelajar dikehendaki memilih pernyataan yang paling
berkaitan dengannya. Hurufnya ditulis atau di tanda di sebelah pernyataan itu.
Contoh :
Padankan istilah yang terdapat di ruang B dengan ciri-ciri ukuran kecenderungan
memusat yang disenaraikan di ruang A. Pilihan di ruang B boleh digunakan lebih
daripada sekali.
Ruang A Ruang B
1. Sesuai bagi taburan terpencong A. Min
2. Paling sebsitif kepada skor yang melampau B. Median
3. Sesuai bagi anggaran secara kasar C. Mod
4. Mungkin ada lebih daripada dua
5. Merupakan persent yang kelima puluh
d. Item Susun Semula – Jenis item ini mengkehendaki calon menyusun satu set ayat
yang tidak tersusun atau berturutan supaya menjadi suatu cerita atau perenggan
yang bermakna. Misalnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris, murid atau pelajar boleh diminta membuat karangan berpandukan
gambar bersiri.
Contoh :
Burung menjatuhkan sehelai daun ke dalam air
Burung melihat semut dihanyutkan air
Burung mengucapkan terima kasih kepada semut
Pada suatu hari, pemburu hendak menembak burung
Semut naik ke atas daun itu dan mengucapkan terima kasih kepada
burung
Semut menggigit kaki pemburu dan burung menyelamatkan diri.

Jenis item ini ialah yang paling banyak luas digunakan dan ia juga
merupakan jenis item yang paling fleksibel dalam ujian objektif. Itemnya boleh
diubahsuaikan dengan menggunakan bahan-bahan tambahan, seperti graf,
gambarajah, carta dan peta untuk member pelbagai pendekatan.

Item aneka pilihan ini mengandungi pokok soalan yang boleh
berbentuk soalan, pernyataan, atau pernyataan tergantung dan beberapa pilihan
jawapan, atau gerak balas (biasanya 3 hingga 5 pilihan jawapan diberi). Hanya
satu daripada pilihan jawapan ini dijadikan jawapan yang betul dan bakinya
dinamakan pemesong atau pengganggu (distractor).
Contoh :
1. Negeri manakah yang terbesar di Australia ?
A. Australia Barat - petanda / jawapan yang betul
B. Australia Selatan - pemesong / pengganggu
C. Daerah Utara - pemesong / pengganggu
D. Qeensland - pemesong / pengganggu
Setiap item dapat wujud sendiri dan tidak perlu bergantung, atau berkait
dengan item-item yang lain. Item begini dikenali sebagai item diskrit. Tambahan
pula, item jenis ini akan dapat membekalkan lebih banyak maklumat diagnostik
jika dibandingkan dengan soalan objektif yang lain.

Soalan jenis aneka pilihan mempunyai kelebihan berbanding dengan
soalan Betul / Salah. Peluang meneka jawapan yang betul ialah 1/3, ¼, atau 1/5
berbanding dengan ½ sahaja dalam ujian Betul / Salah.

Kadang kala terdapat dua atau lebih item yang berdasarkan kepada graf,
carta, masalah, gambarajah, atau bahan-bahan rangsangan. Ini dinamakan item
set. Contoh – Soalan 2 dan soalan 3 adalah berdasarkan (rajah, jadual, carta dan
sebagainya).

JENIS-JENIS ITEM ANEKA PILIHAN

1. Bentuk Soalan – Setiap pokok soalan jenis bentuk soalan diikuti dengan beberapa pilihan
dan hanya satu daripada pilihan betul.
Contoh :
Apakah definisi ilmu bahasa ?
A. Mengkaji perlakuan berbahasa.
B. Mengkaji perlakuan berbahasa.
C. Mengkaji bahasa lisan dan tulisan
D. Menguasai atau mempelajari bahasa.

2. Ayat Tidak Lengkap – Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan.
Hanya satu daripada pilihan ini adalah jawapan yang betul.
Contoh : Punca kuasa dua bagi 81 ialah
A. 6 B. 7 C. 8 D. 9
3. Jenis Jawapan Terbaik – Setiap pokok soalan diikuti dengan beberapa pilihan. Semua
pilihan ini adalah kebenarannya tetapi bukan semuanya tepat. Hanya satu sahaj pilihan
yang paling tepat atau terbaik.
Contoh :
Perkara terpenting yang perlu dipertimbangkan oleh guru darjah semasa mengasingkan
murid-murid untuk kelas pemulihan ialah
A. Keputusan ujian saringan
B. Keputusan ujian diagnostik
C. Permintaan ibu bapa kepada guru darjah
D. Pencapaian murid dalam mata pelajaran asas

4. Negatif – Kesemua pilihan adalah betul kecuali satu yang salah. Yang salah itulah
jawapan yang dikehendaki. Pokok soalan biasanya mengandungi perkataan seperti
KECUALI, TIDAK, BUKAN.
Contoh ;
Kelebihan sesuatu ujian objektif adalah seperti berikut KECUALI
A. Lebih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif
B. Sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi
C. Jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan lebih objektif
D. Dapat menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan.

5. Interpretif – Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, jadual,
graf atau petikan karangan.
Berdasarkan rajah di atas kedudukan badan yang boleh menghasilkan imbangan yang baik
ialah
A. I B. II C. III D. IV
6. Cantuman – Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul dan
murid atau pelajar dikehendaki mencantumkan jawapan-jawapan itu.
Contoh :
Laporan Razak telah mengesyorkan bahawa
I Bahasa Melayu mesti di ajar di semua sekolah
II Guru-guru di semua sekolah rendah diberikan latihan yang sama
III Kerajaan seharusnya membiayai semua pelajaran agama
IV Pelajaran teknik tidak diadakan.
A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

CARA MENULIS ITEM ANEKA PILIHAN

1. Pokok soalannya boleh ditulis dalam bentuk pertanyaan, atau ayat yang tidak lengkap.
2. Pilih jawapan boleh dilambangkan oleh huruf kecil, huruf besar atau nombor. Pilihan
jawapan hendaklah disusun mengikut tertib. Jika nombor, susunannya menaik dan
menurun. Jika nama, disusun mengikut abjad. Susunan melintang hanya digunakan jika
semua pilihan jawapannya pendek. Kebiasaannya dicadangkan pilihan-pilihan jawapan
disusun secara menegak.
3. Soalan hendaklah ringkas tetapi padat.
4. Pilihan jawapan juga perlu diringkaskan.
5. Pilihan jawapan hendaklah dinyatakan dalam struktur atau bentuk yang sama.
6. Pilihan jawapan tidak bertindih atau diulang.
7. Elakkan daripada menggunakan pilihan jawapan umum seperti “tiada satu pun yang
betul” atau “semua di atas adalah betul”.
8. Susunan dan kedudukan jawapan tidak menunjukkan satu pola yang tetap.
9. Pokok soalan tidak dijadikan tanda yang dapat menayangkan jawapan atau ‘clue’.

KELEBIHAN UJIAN OBJEKTIF

1. Dapat menguji bidang kognitif di aras pengetahuan dan fahaman (mengikut Taksonomi
Bloom) dengan berkesan.
2. Lebih banyak soalan dapat diberi dan bidang yang luas dapat diuji dalam satu ujian
kerana soalannya dapat dijawab dengan cepat.
3. Analisis item (rujuk bahagian analisis item) selepas ujian mudah dijalankan.
4. Lebih tinggi kebolehpercayaan kerana sifat No. 3 di atas.
5. Jawapan dapat diperiksa denga cepat, tepat dan lebih objektif.
6. Labih sesuai digunakan sebagai ujian sumatif.
KELEMAHAN UJIAN OBJEKTIF

1. Memerlukan lebih banyak masa, usaha dan perbelanjaan untuk membina item ujian yang
bermutu tinggi.
2. Kurang sesuai bagi menguji bidang kognitif di peringkat yang lebih tinggi, seperti
analisis, sintesis dan penilaian.
3. Tidak dapat menguji kebolehan calon menyusun dan membentangkan idea dan
penulisannya.
4. Kurang sesuai digunakan sebagai ujian formatif.
5. Mengulangkaji soalan-soalan yang lepas dapat meninggikan prestasi calon dalam ujian.
6. Calon yang tidak tahu mungkin dapat meneka jawapan.

MENYEMAK DAN MENYUNTING SOALAN ANEKA PILIHAN

Setiap soalan yang telah diberi perlu disemak dan disunting dari segi KANDUNGAN, BAHASA
dan TEKNIK PENULISAN SOALAN. Semakan ini boleh dijalankan oleh guru sendiri atau
sebaik-baiknya oleh satu panatia yang mahir dalam bidang ini.
Pokok Soalan.
1. Pilihan soalan haruslah selari dengan pokok soalan.
2. Semua pilihan soalan hendaklah daripada unsure yang serupa (homogen)
3. Semua pengganggu hendaklah munasabah sebagai jawapan
4. Pilihan soalan hendaklah diatur mengikut system yang berikut:
a. Ayat dan frasa diatur daripada pendek ke panjang.
b. Perkataan diatur mengikut abjad.
c. Nombor diatur mengikut urutan menaik atau menurun.
5. Pilihan soalan hendaklah sama panjang atau hampir sama panjang.
6. Masukkan pilihan berulang ke dalam pokok soalan.
7. Pastikan tiada pembayang jawapan (clue) di dalam jawapan.
8. Pilihan yang mempunyai pokok soalan berbentuk soalan bermula dengan huruf besar.
Jika pilihan adalah ayat yang lengkap, ia akan berakhir dengan tanda noktah.
9. Pilihan yang mempunyai pokok soalan dalam bentuk ayat tidak lengkap bermula dengan
huruf kecil dan tidak memerlukan tanda bacaan.
BENTUK DAN FORMAT KERTAS UJIAN
Skema Jawapan
Bahasa Melayu Kertas Satu (40 soalan objektif) bagi 30 orang pelajar Tahun Enam Raya
SK Taman Dusun Nyiur, Seremban, N.Sembilan.

1A 6A 11C 16C 21A 26D 31B 36C
2C 7C 12B 17C 22B 27D 32A 37B
3C 8A 13A 18A 23C 28D 33B 38D
4C 9D 14C 19A 24B 29B 34C 39D
5C 10C 15D 20B 25B 30C 35D 40C
Jadual 2 : Skema Jawapan
ANALISIS PRESTASI PELAJAR
Skor Ujian
Bahasa Melayu Kertas Satu (40 soalan objektif) bagi 30 orang pelajar Tahun Enam Raya
SK Taman Dusun Nyiur, Seremban, N.Sembilan.

70 73 78 78 80 80
80 80 80 80 80 83
83 83 83 85 85 85
85 88 88 88 88 88
88 90 90 90 93 93
Jadual 3 : Skor Ujian Pelajar

Sela Sela Gundal f cf d fd fd² %f %cf
Kelas Kelas an
Markah Sebenar
90-94 89.5 – //// 5 30 2 10 20 16.7% 100%
94.5
85-89 84.5 – //// 10 25 1 10 10 33.4% 83.3%
89.5 ////
80-84 79.5 – //// //// 11 15 0 0 0 36.7% 49.9%
84.5 /
75-79 74.5 – // 2 4 -1 -2 2 6.6% 13.2%
79.5
70-74 69.5 – // 2 2 -2 -4 8 6.6% 6.6%
74.5
JUMLAH 14 40
Jadual 4 : Jadual Kekerapan / Frekuensi (f)
INTERPRETASI SKOR

Perkiraan Min, Median, Mod, Sisihan piawai dan Varians

∑fd
a) Min X = XA + ------- i
N

Di mana, X = min yang hendak dikira
XA = min anggaran
∑fd = perjumlahan kekerapan dan sisihan antara sela kelas
N = jumlah individu
i = lebar sela kelas

14
maka, X = 82.5 + ---- 5
30
= 82..5 + (2.33)
= 84.83
N/ 2 - F
b) Median = L + --------- i
f
Di mana, L = batas sebenar kelas median
F = jumlah kekerapan kumulatif selepas kelas median
f = kekerapan kelas median
N = jumlah individu
i = lebar sela kelas

30/ 2 - 25
Maka, Median = 79.5 + ------------- 5
11

15 - 25
= 79.5 + ------------ 5
11

-10
= 79.5 + ------- 5
11

= 79.5 + (-4.55)
= 74.95

Δ1
c) Mod M = L + ----------- i
Δ1 + Δ2

Di mana, L = batas sebenar kelas median
Δ1 = selisih antara kekerapan sela kelas mod dengan
kekerapan sela kelas sebelumnya
Δ2 = selisih antara kekerapan sela kelas mod dengan
kekerapan sela kelas selepasnya
i = lebar sela kelas

9
Maka, M = 79.5 + --------- 5
9+1

9
= 79.5 + ------- 5
10

= 79.5 + [ 0.9 ] 5
= 79.5 + 4.5
= 84

d) Sisihan piawai

S = i ∑fd² ∑fd ²
---------- - --------
N N

Di mana, ∑fd = jumlah kekerapan dan sisihan
N = jumlah individu
i = lebar sela kelas

40 14 ²
maka, S = 5 ------ - -----
30 30

40 196
= 5 ------ - -------
30 900

40 196
= 5 ------ - -------
30 900

= 5 1.33 - 0.22

= 5 (1.055)

= 5.275

e) Varians V = S²
Di mana, S = sisihan piawai
Maka, V = (5.275)²
= 27.825
GRAF 1 : HISTOGRAM
12

10

8

6

4

2

0
69.5 74.5 79.5 84.5 89.5

Skor

GRAF 2 : LENGKUNG KEKERAPAN/POLIGON
12

10

8

6

4

2

0
70 75 80 85 90

Skor
GRAF 3 : OGIF

35

30

25

20

15

10

5

0
70 75 80 85 90

Skor
ANALISIS ITEM UJIAN
1. Ujian dirancang dan disediakan.
2. Ujian ditadbirkan.
3. Skrip jawapan diperiksa.
4. Analisis item dijalankan (menentukan keberkesanan item ujian)

KOMPONEN ANALISIS ITEM

1. Kesukaran item – merujuk kepada bilangan pelajar yang dapat menjawab item dengan
betul.
2. Diskriminasi item – merujuk kepada kebolehan item membezakan pelajar yang
berkebolehan dengan pelajar lemah.
3. Analisis pengganggu – menilai keberkesanan pengganggu yang disediakan untuk item
aneka pilihan.

IMPLIKASI

1. Sama ada item terlalu senang atau sukar.
2. Sejauh manakah item ujian dapat membezakan pelajar yang berkebolehan dengan pelajar
lemah.
3. Sama ada setiap pilihan jawapan berfungsi seperti yang dikehendaki.
4. Kelemahan item ujian supaya item dapat diperbaiki.

INTERPRETASI ANALISIS ITEM (UJIAN RUJUKAN NORMA)

1. Kuasa diskriminasi item tidak menunjukkan kesahan item.
2. Nilai kuasa diskriminasi item yang rendah tidak semestinya menunjukkan item itu tidak
baik. Item seperti ini perlu disemak untuk mengenalpasti “ambiguity”, “clues”, dan
masalah teknikal. Jika masalah ini tidak ada dan item mengukur hasil pembelajaran yang
penting, item perlu disimpan untuk digunakan di masa hadapan.
3. Ujian biasanya mengukur beberapa jenis hasil pembelajaran. Item yang mengukur bidang
yang kurang diberi penekanan akan mempunyai kuasa diskriminasi item yang rendah.
Contoh :
40 item menguji ingatan pengetahuan dan 10 item menguji kefahaman.
4. Kesukaran item boleh mempengaruhi kuasa diskriminasi item . 50 peratus item kesukaran
menunjukkan kuasa diskriminasi item maksima. Nilai diskriminasi item menjadi rendah
apabila :
i. Item kesukaran melebihi atau kurang 50%
ii. Item yang terlalu sukar dan senang.
Item-item ini tidak boleh dikeluarkan jika item mengukur hasil pembelajaran dan isi
kandungan yang dikehendaki. Item seperti ini perlu disemak untuk mengenalpasti
kelemahan teknikal dan boleh diperbaiki.
5. Data analisis item yang melibatkan sampel yang kecil boleh berubah berdasarkan sifat
kumpulan yang terlibat (kebolehan pelajar, latar belakang pendidikan, jenis pengajaran
yang diterima oleh pelajar). Pengajaran perlu diperbaiki jika adanya kesalahfahaman
konsep yang diajar.
6. Item adalah memuaskan jika ianya dapat mendiskriminasikan secara positif, pengganggu
berfungsi secara berkesan dan tidak adanya masalah teknikal.
7. Yang penting adalah jenis hasil pembelajaran yang diukur oleh item dan bukan betapa
tinggi kuasa diskriminasi item.
8. Untuk ujian rujukan norma, analisis item digunakan untuk menentukan keberkesanan
item dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan item untuk tujuan :
i. Membaiki lagi item ujian.
ii. Mengenalpasti kelemahan pengajaran dan meningkatkan lagi mutu pengajaran.
C
OR. H- H
Q KUMP A A B C D CA L +L IK ID KEP
SUKARKA
1 TINGGI A 10 0 0 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 10 0 0 0 10
0 SUKARKA
2 TINGGI C 0 0 10 0 10 1 19 .95 0.1 N
RENDA
H 0 0 9 1 9
0 SUKARKA
3 TINGGI C 0 0 10 0 10 1 19 .95 0.1 N
RENDA
H 0 1 9 0 9
SUKARKA
4 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
SUKARKA
5 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
SUKARKA
6 TINGGI A 10 0 0 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 10 0 0 0 10
SUKARKA
7 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 10 10 0 10
SUKARKA
8 TINGGI A 10 0 0 0 10 4 16 0.8 0.4 N
RENDA
H 6 4 0 0 6
SUKARKA
9 TINGGI D 0 0 0 10 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 1 4 5 10
SUKARKA
10 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
0 SUKARKA
11 TINGGI C 0 0 10 0 10 1 19 .95 0.1 N
RENDA
H 0 0 9 1 9
SUKARKA
12 TINGGI B 0 9 1 0 9 0 18 0.9 0 N
RENDA
H 1 9 0 0 9
0 SUKARKA
13 TINGGI A 10 0 0 0 10 1 19 .95 0.1 N
RENDA
H 9 1 0 0 9
0 KEKALKA
14 TINGGI C 0 2 8 0 8 3 13 .65 0.3 N
RENDA
H 0 3 5 2 5
SUKARKA
15 TINGGI D 0 0 0 10 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 0 10 10
SUKARKA
16 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
SUKARKA
17 TINGGI C 0 0 10 0 10 2 18 0.9 0.2 N
RENDA
H 2 0 8 0 8
0 KEKALKA
18 TINGGI A 10 0 0 0 10 5 15 .75 0.5 N
RENDA
H 5 1 2 2 5
SUKARKA
19 TINGGI A 10 0 0 O 10 2 18 0.9 0.2 N
RENDA
H 8 0 1 1 8
SUKARKA
20 TINGGI B 0 10 0 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 10 0 0 10
Jadual 6 : Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

COR. H- H+
Q KUMP A A B C D CA L L IK ID KEP
SUKARKA
21 TINGGI A 10 0 0 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 10 0 0 0 10
1 SUKARKA
22 TINGGI B 0 0 0 0 10 1 19 0.95 0.1 N
RENDA
H 1 9 0 0 9
BUANGKA
23 TINGGI C 0 2 0 8 0 -2 2 0.1 -0.2 N
RENDA
H 1 1 2 6 2
1
24 TINGGI B 0 0 0 0 10 5 15 0.75 0.5 KEKALKAN
RENDA
H 1 5 0 4 5
1
25 TINGGI B 0 0 0 0 10 5 15 0.75 0.5 KEKALKAN
RENDA
H 1 5 4 0 5
SUKARKA
26 TINGGI D 0 0 0 10 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 0 10 10
SUKARKA
27 TINGGI D 0 0 0 10 10 1 19 0.95 0.1 N
RENDA
H 1 0 0 9 9
SUKARKA
28 TINGGI D 0 1 0 9 9 0 18 0.9 0 N
RENDA
H 1 0 0 9 9
1 SUKARKA
29 TINGGI B 0 0 0 0 10 1 19 0.95 0.1 N
RENDA
H 0 9 1 0 9
BUANGKA
30 TINGGI C 8 0 2 0 2 -6 10 0.5 -0.6 N
RENDA
H 1 0 8 1 8
1 SUKARKA
31 TINGGI B 0 0 0 0 10 3 17 0.85 0.3 N
RENDA
H 1 7 2 0 7
MUDAHKA
32 TINGGI A 4 1 0 5 4 3 5 0.25 0.3 N
RENDA
H 1 1 1 7 1
33 TINGGI B 2 7 0 1 7 1 13 0.65 0.1 KEKALKAN
RENDA
H 0 6 3 1 6
SUKARKA
34 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
SUKARKA
35 TINGGI D 0 0 0 10 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 0 10 10
36 TINGGI C 1 3 6 0 6 4 8 0.4 0.4 KEKALKAN
RENDA
H 3 5 2 0 2
37 TINGGI B 0 9 0 1 9 5 13 0.65 0.5 KEKALKAN
RENDA
H 1 4 0 5 4
38 TINGGI D 1 1 5 3 5 4 6 0.3 0.4 KEKALKAN
RENDA
H 0 2 7 1 1
SUKARKA
39 TINGGI D 0 0 0 10 10 1 19 0.95 0.1 N
RENDA
H 0 0 1 9 9
SUKARKA
40 TINGGI C 0 0 10 0 10 0 20 1 0 N
RENDA
H 0 0 10 0 10
Jadual 6 : Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

PENGIRAAN INDEKS KESUKARAN DAN INDEKS DISKRIMINASI

Daripada 30 orang pelajar, satu pertiga pelajar dipilih daripada kumpulan tinggi dan satu
pertiga dipilih daripada kumpulan rendah. Ini menjadikan kumpulan tinggi 10 orang dan
kumpulan rendah juga 10 orang. Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dapat dilihat dalam
Jadual 6 .Indeks Kesukaran dan Indek Diskriminasi dapat dikira dengan menggunakan formula:

Indeks Kesukaran (IK) = Jumlah pelajar menjawab betul
Jumlah pelajar menjawab (kumpulan tinggi + rendah)

Contoh berdasarkan Jadual 6:

Soalan no 36 : IK = 6+2 = 8/20 = 0.4
20

Indeks Diskriminasi (ID) = CH – CL
T
L
Di mana CH = Jumlah pelajar tinggi yang jawab betul
CL =Jumlah pelajar rendah yang jawab betul
T = Jumlah pelajar tinggi
L = Jumlah pelajar rendah

Contoh berdasarkan Jadual 6:

Soalan no 36 : ID = 6- 2 = 4/10 = 0.4
10

INTERPRETASI INDEKS KESUKARAN

Indeks Kesukaran (IK) Jenis Item Ujian Keputusan / Implikasi
IK < 0.35 Item yang sukar Item boleh diubahsuai/mudahkan
0.35 > IK < 0.65 Item yang sederhana Item boleh diterima / kekalkan
IK > 0.65 Item yang senang Item boleh diubahsuai/sukarkan

Berdasarkan Jadual 6, didapati Indeks Kesukaran (IK) bagi pelajar sekolah tersebut
kebanyakan item soalan yang diuji melebihi 0.65. Misalnya, IK melebihi 0.65 ialah berjumlah 32
di mana yang bernilai 1 adalah sebanyak 15 item. IK bernilai 1 menunjukkan item tersebut
dijawab betul oleh semua pelajar dalam kedua-dua kumpulan.Ini juga menunjukkan item tersebut
amat mudah bagi semua pelajar. IK yang melebihi 0.65 menunjukkan item tersebut adalah
mudah bagi kebanyakan pelajar bagi kedua-dua kumpulan. Berdasarkan IK tersebut, item-item
dalam kumpulan ini perlu diubahsuai atau disukarkan.
Indeks Kesukaran (IK) di bawah 0.35 pula menunjukkan item tersebut sangat sukar bagi
kedua-dua kumpulan pelajar tersebut.Berdasarkan Jadual 6, IK yang bernilai 0.35 ke bawah
adalah sebanyak 3 item. Berdasarkan IK tersebut, item-item dalam kumpulan ini perlu
diubahsuai atau dipermudah.
Indeks Kesukaran (IK) di antara 0.35 – 0.65 menunjukkan tahap kesukaran item tersebut
adalah sederhana bagi kedua-dua kumpulan. Berdasarkan Jadual 6, IK yang berada dalam
kumpulan ini ialah sebanyak 5 item sahaja. Berdasarkan IK tersebut, item-item dalam kumpulan
ini tidak perlu diubahsuai atau boleh dikekalkan.
Walaupun banyak item dalam ujian ini menunjukkan IK yang melebihi 0.65 dan dianggap
mudah tetapi sebenarnya pelajar kelas ini merupakan kelas yang terpandai dan merupakan kelas
harapan di sekolah ini.Justeru IK yang melebihi 0.65 bukan bermakna item-item tersebut mudah
bagi keseluruhan kelas yang terlibat dalam ujian tersebut.
INTERPRETASI INDEKS KESUKARAN
Nilai Indeks Diskriminasi Interpretasi Keputusan / Implikasi
(ID)
ID > 0.4 Diskriminasi positif yang Item ujian boleh disimpan dan
tinggi.Item yang baik diguna semula.
0.2 < ID < 0.4 Diskriminasi positif yang Item ujian boleh diubahsuai
sederhana.
0 < ID < 0.2 Diskriminasi positif yang Item ujian perlu diubahsuai
rendah. atau dikeluarkan
ID = 0 (sifar) Diskriminasi sifar Item ujian perlu dikeluarkan
ID < 0 (negatif) Diskriminasi negatif Item ujian perlu dikeluarkan

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan antara kumpulan tinggi dengan
kumpulan rendah bagi setiap item yang dijawab.ID yang positif menunjukkan pelajar dalam
kumpulan tinggi menjawab item tersebut dengan betul melebihi daripada kumpulan
rendah.Sekiranya ID adalah negatif, ia menunjukkan pelajar dalam kumpulan rendah menjawab
item tersebut dengan betul melebihi pelajar kumpulan tinggi. ID bersamaan dengan 0 pula
menunjukkan jumlah pelajar yang menjawab item tersebut dengan betul adalah sama antara
pelajar kumpulan tinggi dan pelajar kumpulan rendah.
Berdasarkan Jadual 6, ID yang melebihi 0.4 adalah sebanyak 4 item. Item ini boleh
disimpan dan sesuai digunakan semula. ID yang bernilai antara 0.2 – 0.4 adalah sebanyak 6
item. Item ini adalah bersifat sederhana dan boleh diubahsuai sedikit jika ingin digunakan
semula. ID yang mempunyai diskriminasi yang rendah pula iaitu 0 – 0.2 adalah sebanyak 11
item. Item-item dalam kumpulan ini perlu diubahsuai dengan banyak jika ingin digunakan
semula.Jika tidak ia perlu dibuang. ID yang bernilai 0 pula menunjukkan tidak terdapat
perbezaan antara kumpulan tinggi dengan kumpulan rendah. Dalam ujian ini, ID yang bernilai 0
adalah sebanyak 16 item. Item-item ini tidak sesuai dan perlu dikeluarkan dari ujian. ID yang
bernilai negatif pula menunjukkan pelajar kumpulan rendah yang menjawab betul adalah lebih
tinggi daripada pelajar kumpulan tinggi. Dalam ujian ini, ID negatif adalah sebanyak 3 item.
Item-item ini juga tidak sesuai dan perlu dikeluarkan.
Seperti IK, ID dalam ujian ini juga tidak menunjukkan keadaan sebenar kerana pelajar
dalam kelas ini mempunyai kebolehan yang hampir sama.
5. KEBOLEHPERCAYAAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan pengukuran.Skor ujian hanya menyediakan
pengukuran terhad terhadap tingkah laku pada satu-satu masa.Keyakinan terhadap keputusan
ujian adalah kecil kecuali pengukuran tersebut boleh ditunjukkan konsisten ke atas beberapa
keadaan berbeza atau sampel yang berbeza bagi tingkah laku yang sama.Dengan kata lain,
keputusan ujian tidak dapat dikatakan konsisten sepenuhnya.Banyak faktor yang mempengaruhi
skor ujian. Antaranya ialah faktor ingatan, kelesuan, usaha, perhatian, ketegangan emosi dan
lain-lain.
Terdapat 4 prosedur dalam pengiraan untuk mendapatkan data yang diperlukan dan
menganggarkan kebolehpercayaan sesuatu ukuran iaitu :
a. Kaedah Uji – Ulang Uji
b. Kaedah Ujian Bentuk Setara
c. Kaedah Ujian Bahagi Dua
d. Kaedah Kuder Richardson

Kaedah Kuder Richardson
Kaedah yang digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan bagi ujian ini adalah kaedah
Kuder Richardson, iaitu dengan menggunakan formula seperti berikut :
a) Formula KR-20
b) Formula KR-21

n ∑pq
a) KR-20 : Kebolehpercayaan r = -------- 1 - --------
n–1 S

Di mana n = bilangan item
p = bilangan pelajar menjawab betul
q = bilangan pelajar menjawab salah
S = varians jumlah skor
Ujian ini mengandungi 40 item objektif, jumlah pq = 3.57dan S = 27.83

Maka, KR-20 = 40 1 - 3.57
--------- ----------
40 – 1 27.83

= 40 1 - 0.13
------
39

= 1.026 [ 0.87 ]
= 0.892

6.KESAHAN
Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur.Terdapat tiga
jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan kriteria.

6.1Kesahan Kandungan
Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu ujian merangkumi kandungan
yang hendak dinilai. Sesuatu ujian perlu merangkumi semua kandungan bidang yang hendak
diukur.Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru
perlu terlebih dahulu menentukan kurikulum dan isi pelajaran yang diajar.Kesahan kandungan
melibatkan pemeriksaan sistematik isu ujian untuk menentukan sama ada ia meliputi sampel
yang mewakili domain tingkah laku yang diukur.Prosedur pengesahan seperti ini biasanya
digunakan untuk menilai ujian pencapaian.Ujian ini digunakan untuk mengukur sejauh mana
individu itu menguasai kemahiran atau kursus tertentu sepanjang pembelajaran.

6.2 Kesahan Gagasan
Kesahan gagasan merujuk kepada konsep yang ada dalam fikiran tetapi tidak dapat
dilihat secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Tidak ada satu ujian yang
dapat mengukur sesuatu gagasan dengan tepat. Sesuatu ujian yang mempunyai kesahan gagasan
yang tinggi akan menunjukkan wujudnya kekuatan sesuatu konsep dalam gagasan yang diuji.
Oleh kerana tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya tidak dapat dilakukan secara langsung.
Namun begitu ia mempunyai beberapa ciri yang boleh dicerap.

6.3 Kesahan Kriteria
Kesahan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara butiran sesuatu ujian dengan
criteria luaran yang berkecuali.Kesahan ini mempersoalkan sama ada butiran ujian sah mengukur
kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali,sebenarnya sah bagi
mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang berert antara butiran ujian dengan
criteria luaran tersebut menunjukkan keasahan kriteria. Kesahan kriteria adalah berbentuk
emperikal dan mempunyai dua jenis iaitu kesahan teladan dan kesahan serentak.