Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI: CHIPS MORE CHART

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Saya telah menggunakan kaedah token yang telah diubahsuai mengikut keseuaian keadaan dan pelajar saya. Kaedah token ini telah diberi nama CHIPS MORE CHART. Chips More Chart ini telah dilekatkan di hadapan kelas agar semua murid dapat melihat perkembangan µchips¶ masing-masing. Cara menggunakan Chips More Chart ialah, murid yang menunjukkan tingkah laku positif atau mendapat cop µEXCELLENT¶ daripada guru akan menerima chips yang akan dilekatkankan pada Chips More Chart. Manakala bagi murid yang melakukan tingkah laku negatif maka µchip¶ nya akan dicabut serta sesiapa yang tidak mendapat cop µEXCELLENT¶ daripada guru tidak akan mendapat chips daripada guru. Di akhir 12 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran, murid yang mengumpul chip terbanyak akan menerima hadiah daripada guru.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI: Murid-murid sangat teruja dengan CHIPS MORE CHART yang dilekatkan dihadapan kelas. Murid-murid berusaha melakukan yang terbaik untuk mendapatkan chip daripada guru. Namun, masih ada lagi daripada murid-murid itu tidak mengendahkan akan kesan jika mereka tidak memberi kerjasama serta melakukan perbuatan negatif. Oleh yang demikian, guru sepatutnya perlu bertindak lebih tegas terhadap murid-murid ini dan melakukan sesuatu agar mereka berasa tertarik untuk melakukan seperti murid-murid lain.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI: Mini Multiplication Table (8 x 5.5 cm)

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Murid sudah sedia ada pengalaman mengisi µmultiplication Table¶ yang kosong. Murid kini diberi Murid kini diberi Mini Multiplication Table (8x5.5cm) yang telah di¶liminate¶ setiap seorang. Murid dikehendaki sentiasa membawa Mini Multiplication Table ke mana sahaja sewaktu berada di sekolah. Murid juga boleh menjadikan Mini Multiplication table sebagai rujukan untuk mereka menghafal sifir dan dilakukan ketika waktu lapang mereka. Di dalam kelas (semasa P&P) pula, Mini Multiplication Table dapat membantu murid-murid menyelsaikan beberapa kemahiran seperti µfind the simplest form of the frctions¶ , µfind the equivalent fractions¶ , µfind the least same factor of the two numbers¶ dan beberapa kemahiran lagi. Murid haruslah mendapat bimbingan berkenaan cara penggunaan Mini Multiplication Table ini untuk menyelesaikan kemahiran-kemahiran di atas terlebih dahulu.

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI: Murid haruslah tahu dan pernah mengisi Multiplication Table dengan betul dan tepat sebelum mereka diberi Mini Multiplication Table. Separuh daripada murd-murid itu kelas berjaya menjawab soalan berkaitan dengan Fractions dengan baik dan mereka meunjukkan perubahan yang positif semasa di dalam kelas. Namun, masih ada lagi daripada murid-murid itu masih lagi lemah dalam penggunaan Mini Multiplication Table untuk menjawab soalan-soalan berkaitan Fractions. Latihan yang berterusan patut dilaksanakan bagi memantapkan lagi kemahiran murid-murid tersebut.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI: Carta Ceria

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI: Carta Ceria adalah merupakan cara nilai tempat yang telah diwarna mengikut rumah, iaitu rumah sa (kuning), rumah puluh (biru), rumah ratus (merah) dan rumah ribu (hijau) seperti gambar di bawah:

Saya telah menetapkan warna-warna untuk setiap rumah pada Carta Ceria agar murid dapat menguasai nilai setiap rumah. Saya juga telah mewarnakan nombor-nombor yang akan digunakan sebagai contoh semasa sesi pengajaran mengikut warna pada Carta Ceria. Selain itu, pada peringkat awal saya juga telah mewarnakan nombornombor (soalan) pada kertas latihan dan turut menyediakan rajah Carta Ceria pada ruangan jawapan. Hal ini bagi memudahkan murid-murid dapat menyusun nombornombor dalam bentuk lazim dengan susunan yang betul.

Noor Farhana Binti Adnan PPISMP Matematik Semester 7

2011

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI: Setelah beberapa minggu menggunakan Carta Ceria ini saya mendapati melalui penggunaan Carta Ceria ini secara berterusan, murid-murid dapat menyusun nombornombor dalam bentuk lazim dengan susunan yang betul seterusnya dapat menjawab soalan penambahan, penolakan mahupun pendaraban dengan betul. Selain itu, Carta Ceria ini sangat membantu murid lemah kerana penggunaan warna yang konsisten akan dapat member kesan ingatan yang kuat kepada mereka.