You are on page 1of 5

Kemahiran

Kemahiran Menolak Kemahiran menolak amat penting untuk dikuasai. Kemahiran ini berguna untuk membuat hantaran ,clearance atau untuk menjaringkan gol. Ia boleh dilakukan dengan pantas dan serta-merta tanpa disedari oleh pihak lawan. Walaupun tolakan tidak sekuat pukulan, tetapi ia boleh digunakan dalam kedudukan sukar semasa kemahiran tidak boleh digunakan. Kemahiran ini juga digunakan ketika menolak bola semasa memulakan sudut penalti. Kemahiran Menahan atau menyerkap bola Menahan atau menyerkap bola bermakna mengawal dengan memberhentikan bola yang bergerak sama ada dari hantaran kawan atau menghalang hantaran lawan. Kemahiran Memukul Memukul adalah penting dalam permainan hoki kerana melalui kemahiran in i bola boleh dihantar dengan cepat dan jauh kepada rakan sepasukan. Pukulan yang tepat ke sasaran melancarkan pergerakan serangan ketika bermain. Kemahiran Menguis Kemahiran menguis membolehkan bola dihantar melalui udara dan ia juga digunakan ketika melakukan strok penalti dan menjaringkan gol. Kemahiran Mencedok Kemahiran mencedok hampir sama dengan kemahiran menguis tetapi sudut kecendongan permukaan kayu lebih tinggi ke udara dan lebih jauh. Kegunaannya adalah untuk menghantar lebih jauh ke udara.

Kemahiran Menggelecek Menggelecek ialah cara mengawal bola sambil bergerak dan digunakan untuk melepaskan diri dengan bola daripadakawalan pihak lawan Terdapat tiga kemhiran iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek cara India. Kelecek loggar Kelecek longgar digunakan apabila pemain hendak menggerakkan bola dengan cepat dan pihak lawan berada jauh dari bola.

Kelecek rapat Kelecek rapat perlu apabila seseorang pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Teknik ini berguna jika pemain tidak memperoleh situasi yang selamat untuk menghantar bola kepada rakan.

Kelecek India Kelecek ini adalah asas bagi semua pergerakan dengan bola dalam permainan hoki. Muka kayu bergerak bebas dengan bola. Teknik ini dilaksanakan di hadapan badan dengan menggerakkan bola ke kiri dan ke kanan silih berganti menggunakan muka kayu dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu manakala tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas untuk menggerakkan bola.

Kemahiran Menjaga Gol Kemahiran-kemahiran menjaga gol boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian : >Kemhiran asas berdiri dan pergerakan melintasi gol. >Kemahiran menggunakan kaki dan pad. >Kemahiran mengguankan tangan dengan glov. >kemahiran menggunakan badan sebagai bentang. >Kemahiran mengguanakan kayu hoki.

Penjaga gol penting bagi sesuatu pasukan. Seorang penjaga gol mesti berani, mempunyai konsentrasi yang baik, kepantasan, masa tindak balas dan fleksibiliti yang baik. Perkara utama yang dititikberatkan adalah cara berdiri dalam keadaan bersedia di hadapan pintu gol. Selain kedudukan sedia untuk menahan bola, penjaga gol harus mahir dan cekap menahan dengan menggunakan double padding, single padding , kayu dan glov. Teknik double padding melibatkan penggunaan kedua -dua kaki sebagai bentang bola manakala single padding menahan menggunakan sebelah kaki. Tindakan seterusnya adalah mengeluarkan bola dari kawasan gol sama ada menyepak atau memukul. Menampan bola dengan tangan juga adalah kemahiran yang perlu ada pada penjaga gol.

Teknik
Teknik Menolak

Berdiri dalam keadaan sedia. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian pemegang dan tangan kanan di bahagian tengah kayu, mengikut keselesaan. Bola berada di hadapan badan di antara kaki kiri dengan kaki kanan. Rapatkan permukaan kayu supaya berada di belakang bola. Kayu hoki dipegang bersudut 45 darjah dengan permukaan padang. Gunakan kekuatan tangan kanan untuk menolahk bola dan tangan kiri menekan kayu ke belakang untuk memberi kuasa tolakan. Berat bdan dipindahkan dari kaki belaka ng ke hadapan. Siku kanan diluruskan dan kayu dihalakan ke arah sasaran. Ikut lajak.

Teknik menahan bola


Teknik menahan bola dari arah hadapan Mata sentiasa memandang bola yang datang. Pegang kayu dengan tangan kiri sementara tangan kanan di tengah kayu bagi membantu pergerakan tangan kiri. Muka kayu menghadap arah bola yang datang. Kayu dicondongkan ke hadapan sedikit ketika menahan untuk mengelakkan bola daripada melantun ke atas. Bergerak ke hadapan untuk memudahkan menahan atau menyerkap bola apabila perlu. Serap day semasa bola menyentuh kayu.

Teknik menahan bola di sebelah kanan. Mata memandang bola yang datang kearah kita. Pengangan kayu berarak seperti dari arah hadapan. Badan dibengkokkan dan berpusing ke kanan untuk bergerak ke arah bola datang. Bahu kiri menghadap bola dan lutut dibengkokkan.

Kayu hoki digerakkan ke arah bola untuk men ahan bola. Kepalakayu berada di tanah di sebelah kaki kana. Bola melintasi ba dan dan ditahan di hadapan kaki kanan. Apabila bila menyentuh kayu hoki, tukar posisi untuk tindakan selanjutnya.

Teknik menahan bola kilas kayu


Mata memandang bola yang datang ke arah kita. Pegangan kayu seperti teknik menahan bola dari arah hadapa n . Dalam keadaan diri sedia. Badan dibongkokkan ke kiri dan kilas kayu untuk menahan bola.

Teknik memukul
Berdiri dalam keadaan sedia. Pegang kayu dibahagian atas dengan kedua -dua tangan dirapatkan. Tangan kanan berada dibawah tangan kiri. Berdiri mengiring dengan bahagian bahu kiri mengarah kesasaran bola sambil badan dalam keadaan seimbang. Buka kaki seluasa bahu. Bola berada di sebelah bah u kiri selari dengan kaki kiri Ayun kayu ke belakang , kontak dan ikut lajak.

Teknik menguis
Berdiri dalam keadaan sedia dengan bahu menghadap ke arah sasaran. Cara pengangan kayu lebih kurang sama dengan pegangan menolak. Jarak kaki diebarkan sedikit daripada keluasan bahu. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan. Bola berada dekat kaki kiri. Codongkan kayu dengan permukaannya menghadap ke atas. Kuis bola dengan berat badan dipindahkan dari pada kaki kanan ke kaki kiri. Ikut lajak.

Teknik mencedok
(a) Teknik mencedok lurus Pegang kayu seperti pegangan untuk menguis. Pastikan bola dan badan seperti lakuan menguis. Codongkan kayu lebih daripada lakuan menguis untuk mendapatkan cedokan yang lebih tinggi (b)Teknik mencedok shovel

Bediri dalam keadaan bersedia. Pegang kayu seperti peganganuntuk menguis. Mata sentiasa memandang bola semasa membuat cedokan. Dari kedudukan diri sedia, langkahkan kaki kanan ke hadapan hampir dengan bola. Letakkakkan permukaan kayu di bawak bola. Lakukan cedokan dengan menggunakan kekutan daripada pergelangan tangan dan lengan supaya bola bergerak lebih tinggi dan jauh.

Teknik menggelecek
Bola sentiasa berada dihadapan pemain. Tangan kiri dicekak lemas di bahagian pemegang kayu manakala tangan kanan di bahagian tengah kayu. Semasa menggelecek, Permukaan kayu digerakkan oleh tangan kiri dan dikawal oleh tangan kanan. Diri sedia (Stance) Buka kaki seluas bahu, lutut dibengkokkan sedikit dan berat badan di atas bebola kaki. Badan dibengkokkan sedikit dan mata memandang bola. Hulurkan tangan kiri ke tepi dengan siku bengkok sedikit tapak tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang bahagian tengah kayu hoki pada paras pinggang.

You might also like