UNIT KURIKULUM BAHASA

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK

MODUL PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS ) BAHASA MELAYU KERTAS 2 PMR

Disediakan oleh : En.Hamidi bin Ariffin
( SMK Raja Muda Musa )

En.Mohd Rodzi bin Arbi
( SMK Seri Setia )

En.Mohd Helmi bin Musa
( SMK Hutan Melintang )

Pn.Noor Masuri binti Long
( SMK Seri Perak )

SASARAN MARKAH PELAJAR HARAPAN LULUS ( HALUS )

SOALAN BAHAGIAN A (i) (Meringkas) BAHAGIAN A (ii)

MASA 30 minit 10 minit

MARKAH 20 markah 10 markah 20 markah 40 markah 10 markah 100 markah

TARGET 10 markah 3 markah 8 markah 15 markah 4 markah 40 markah

(Pemahaman) BAHAGIAN B 25 minit (Karangan Rangsangan) BAHAGIAN C 45 minit (Karangan Respon Terbuka) BAHAGIAN D 10 minit (Novel) JUMLAH

02/2 Bahasa Melayu Kertas 2

5. . Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian A (i) : 20 markah 1. 3. 2. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membaca jawapan calon. 4.BAHAGIAN A (i) : RINGKASAN 1. (b) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan sebagaimana penandaan karangan. (a) Bahasa dinilai secara tanggapan (impression).

Masih berupaya menggunakan ayat sendiri . 2. ejaan dan tanda baca ATAU 3. Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat. Berupaya menggunakan ayat sendiri . Markah Bahasa (10 markah ) PERINGKAT CIRI-CIRI 1.penanda wacana yang sesuai 3. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca minimum.pemilihan kata agak terhad . Bahasa yang kurang lancar 2.mak. (Bhs .(c) Peringkatkan markah calon berdasarkan criteria di bawah. Guru menerangkan kepada pelajar isi perlu dicari berdasarkan arahan tugasan soalan ( berwarna hitam ). Ejaan dan tanda baca betul 1. Bahasa : 2m) MARKAH Cemerlang 9 -10 Baik 6-8 Memuaskan 3-5 Penguasaan Minimum 1-2 Markah Isi ( 10 markah ) BILANGAN ISI 5 4 3 2 1 MARKAH 9 .10 7-8 5-6 3-4 1-2 PANDUAN MENJAWAB 1. Bahasa baik dan lancar 2. Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih.Menyalin bulat-bulat petikan (Isi : tolak 50%.pemilihan kata yang tepat . Bahasa baik dan lancar 2.ayat yang gramatis . 1. .penanda wacana yang masih sesuai 3.Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah.5m) 1.ayat yang masih gramatis .

Panjang ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan. Pelajar perlu membaca setiap ayat untuk mengenal pasti isi berdasarkan arahan tugasan soalan. S5 . S8 . 7. Seterusnya. Isi ringkasan yang telah dijumpai perlulah digariskan. Gunakan ayat yang terdapat dalam petikan dengan membuang contoh-contoh atau perkataan tidak perlu tanpa menjejaskan isinya. 6. 8.2. Selain itu. S2 . Di samping itu. S7 . S3 . Masukkan penanda wacana dan ditulis selepas setiap dua isi. 3. 4. S6 . 5. ( _______ patah perkataan ) SOALAN CONTOH Bahagian A (i) [ 20 markah ] . S4 . Rangka ringkasan karangan adalah seperti berikut : Antara + arahan tugasan soalan + S1 . Jumlah perkataan mesti ditulis.

Beliau dibantu oleh Bahagian Polisi dan Komunikasi. beliau juga teliti orangnya sehinggakan kesilapan kecil seperti tiada koma atau noktah dalam ayat pun dapat dihidunya. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. dalam ucapannya. Oleh sebab itu. apa-apa juga yang dilakukannya. . Kesungguhan beliau ini dapat dilihat daripada kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram di negara kita. setiap rakyat mesti mendapat faedah daripada setiap dasar yang diperkenalkannya. Utusan Malaysia. Usaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. Oktober 2004 ) CONTOH SKEMA JAWAPAN Isi cadangan : 1. Beliau juga mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. Wanita Pertama Malaysia pula. Razak. suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan cemerlangnya untuk membangunkan negara. agama dan negara. gaya kepimpinannya Pak Lah terbuka. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Bagi Perdana Menteri kita ini. Beliau juga bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. ( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam keluaran khas. ”Setahun Menerajui Negara”. Gemilang dan Terbilang ” dalam kerajaan pimpinannya agar setiap pemimpin serta rakyat bermotivasi untuk berdaya maju. Bagi Datin Seri Endon Mahmood. terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Badawi. menulis teks ucapan beliau sendiri. bergantung pada keperluan. Mesyuarat berlangsung di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam. Datuk Seri Najib Tun Abd.Baca petikan di bawah dengan teliti. Selain itu. Selain itu. Pejabat Perdana Menteri yang membuat penyelidikan tentang sesuatu isu. Bagi beliau. beliau ada menyebut bahawa ”Saya tidak mahu tuan-tuan bekerja untuk saya tetapi mahu tuan-tuan bekerja bersama-sama saya kerana bangsa. iaitu rasuah dan dadah. Kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah. berhemah dan sentiasa menekankan soal keprihatinan kepada masalah rakyat dan pembangunan manusia. Sebut sahaja nama Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi. masyarakat akan terus terbayang akan kesungguhan Perdana Menteri Malaysia ini memerangi musuh nombor satu negara. semua untuk rakyat dan negara. tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara. nelayan dan penternak menjadi keutamaan Perdana Menteri sejurus mengambil alih kepemimpinan negara. Beliau juga berusaha memerangi pelbagai gejala sosial dalam masyarakat.” Beliau juga memperkenalkan slogan ”Cemerlang. antara perkara yang terawal yang dilakukannya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ialah melawat ke pejabat-pejabat kerajaan. Berdasarkan petikan tersebut. Datuk Seri Abdullah juga mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. Menurut Timbalannya. Begitulah berwibawanya Perdana Menteri kita.

Beliau mahu sektor awam mempercepat proses kerja dan meningkatkan kualiti kerja. 9. Seterusnya. 4. 3. 6. beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. CONTOH RINGKASAN LENGKAP Antara usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk membangunkan negara ialah kesungguhan Perdana Menteri dalam memerangi musuh nombor satu negara iaitu rasuah dan dadah. Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. Gemilang dan Terbilang ”. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. 5. 8. Beliau juga berusaha untuk memerangi pelbagai gejala penyakit sosial dalam masyarakat. Beliau mengajak rakyat bersama-samanya untuk membangunkan dan memajukan negara. 7. bergantung pada keperluan. Gemilang dan Terbilang”. Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. Di samping itu. nelayan dan penternak. Beliau juga memperkenalkan slogan“ Cemerlang. Berusaha untuk meningkatkan sektor pertanian dan taraf hidup golongan petani. Usaha Perdana Menteri dalam kempen antimerokok dan menangani kehadiran pendatang asing secara haram ke negara ini. nelayan dan penternak. Melawat ke pejabat-pejabat kerajaan terutamanya yang berurusan secara langsung dengan rakyat. Selain itu. ( 83 patah perkataan ) 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 .2. Perdana Menteri bekerja keras tidak mengira masa dan tempat. beliau juga memperkenalkan slogan “ Cemerlang. Mesyuarat diadakan di pejabat mahupun di kediaman beliau walaupun pada sebelah malam.

2.BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN 1. 3. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN ( 10 MARKAH ) PERATURAN PEMARKAHAN . 5. 4.

Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. 2. CONTOH SOALAN . Jawapan hendaklah berdasarkan pendapat sendiri. 3. 2. Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. 3. 2.1. Isi cukup ( 2 isi ) serta lengkap mengikut tugasan. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan. Menjawab mengikut tugasan soalan. Menggunakan ayat sendiri. Jangan ulang semula perkataan yang ditanya dalam soalan. 2. 3. Soalan 3 : 1. 3. Soalan 2 : 1. PANDUAN MENJAWAB Soalan 1 : 1. Menggunakan maksud rangkai kata yang sama maksud dan sesuai digunakan semula dalam konteks petikan. Jawapan dimulakan dengan sebahagian daripada soalan. Cari jawapan dalam petikan sahaja tetapi bukan daripada isi ringkasan.

jawab salan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. ( Pilih mana-mana 4 isi yang di atas. 2. 1. Apakah maksud ”Wanita Pertama Malaysia” ? [ 2 markah ] Berdasarkan petikan. mengapakah kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa? [ 4 markah ] CONTOH SKEMA JAWAPAN Soalan 1 ( 2 markah) Maksud frasa ‘Wanita Pertama Malaysia’ 2 markah : Isteri Perdana Menteri Malaysia. nyatakan empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita. Pada pendapat anda.Berwibawa / teliti / bersungguh-sungguh / gigih / berjiwa rakyat / terbuka / prihatin / berhemah / bekerja keras / bertanggungjawab / bijaksana / rajin / bersikap terbuka / berpandangan jauh / amanah / jujur. Terima isi lain yang sesuai) CONTOH JAWAPAN PEMAHAMAN LENGKAP . 1 markah : Isteri pemerintah / pentadbir Soalan 2 ( 4 markah ) Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita: .Berdasarkan petikan bahagian A(i). [ 4 markah ] 3.

Pada pendapat saya. Maksud rangkai kata ‘‘Wanita Pertama Malaysia’’ ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. beliau juga seorang yang berjiwa rakyat dan prihatin. [ 2 markah ] 2. kita memerlukan pemimpin negara yang berwibawa kerana dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang. Kedua. Selain itu. menaikkan imej negara di mata dunia. dapat mengukuhkan perpaduan rakyat. [ 4 markah ] 02/2 Bahasa Melayu . [ 4 markah ] 3. Empat sikap terpuji yang boleh dicontohi daripada Perdana Menteri kita ialah berwibawa dan teliti.1. Di samping itu.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian B : Karangan Bahan Rangsangan ( 20 markah ) . 2. 3.Kertas 2 BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN 1. 4. 5.

CIRI KARANGAN Ayat yang gramatis. Kesalahan penggunaan kata yang minimum. cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang. 5. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.17 BAIK ( 11-15 ) 13 . CEMERLANG ( 16-20 ) 18 . Kesalahan penggunaan kata yang ketara. 2.Kriteria Penskoran PERINGKAT / MARKAH 1. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. 3. 7. ulasan. cadangan dan kesimpulan terhad. Ejaan dan tanda baca yang betul Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. 1. 1. Kata dan kosa kata yang terhad. Pengolahan tidak menarik. 4. 1. MEMUASKAN ( 06-10 ) 08 – 10 06 . 2.12 Ayat masih gramatis. Kata dan kosa kata luas dan tepat.15 11 . 4. Huraian idea luaran seperti pendapat. 4. 5. 6.20 16 . Kata masih luas dan kosa kata tepat. Pengolahan yang menarik dan berkesan. Kesalahan penggunaan yang minimum. Huraian idea luaran seperti pendapat. 7. cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan. Idea yang relevan berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat. 7. Pengolahan masih menarik. 6. 3. ulasan. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. 8. 2.07 PENGUASAAN MINIMUM ( 01-05 ) BAHAGIAN B : KARANGAN BAHAN RANGSANGAN . 3. Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan. 2. 5. 6. ulasan. Ayat kurang gramatis.

Karangan berperenggan seperti karangan biasa ( pendahuluan. 8. huraian dan contoh. 6. Sekurang-kurangnya perlu satu ungkapan menarik dalam karangan. isi dan penutup ). Perenggan pendahuluan dua ayat sahaja. 3. Perenggan penutup dua ayat sahaja iaitu kesimpulan dan cadangan. 5. Pelajar hanya menjawab mengikut tugasan soalan sahaja. 7.( 20 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB 1. 2. Perenggan isi perlu ditulis dalam tiga perenggan. CONTOH SKEMA JAWAPAN . 4. Setiap perenggan mengandungi tiga ayat iaitu ayat isi. Karangan tidak melebihi 120 patah perkataan.

2. Penutup : .cadangan : haruslah bekerjasama menjayakan kempen. kitar semula dapat meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Kesimpulannya. Oleh itu. Masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi dapat dielakkan. 3. ( 120 patah perkataan ) . Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Kos memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. kita semua haruslah bekerjasama menjayakan kempen yang dialancarkan. Pelbagai faedah yang dapat kita peroleh apabila mengitar semula. . Meningkatkan disiplin dalam diri setiap individu. Tujuan kempen Isi-isi : ( Faedah kitar semula ) 1. Antara faedah yang dapat kita peroleh ialah kos bagi memproses bahan-bahan baru dapat dikurangkan. jelaslah bahawa kitar semula banyak mendatangkan kebaikan kepada kitar semua. Slogan – ”Fikir dulu sebelum buang ”. Selain itu. masalah tempat pelupusan sampah yang tidak mencukupi juga dapat dielakkan.Pendahuluan : 1. Kitar semula dapat mengelakkan kita daripada sikap suka membazir. Secara tidak langsung ekonomi negara dapat ditingkatkan. Di samping itu. 2.kesimpulan : banyak mendatangkan kebaikan kepada kita. CONTOH KARANGAN LENGKAP ”Fikir dulu sebelum buang ” begitulah slogan kempen kitar semula yang dijalankan di negara kita.

3. 2.02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA 1. Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian C : Karangan Respons Terbuka ( 40 markah ) . 4. 5.

BAHASA 2.CIRI KARANGAN .40 25 .24 09 . IDEA Kegramatisan KRITERIA : Kata (Morfologi) : Ayat (Sintaksis) Ejaan dan tanda baca betul Kosa kata luas dan tepat. peribahasa dan frasa menarik) 3.PERINGKAT Cemerlang Kepujian Baik Memuaskan Penguasaan Minimum MARKAH 33 . PENGOLAHAN PERINGKAT / CIRI-CIRI SESEBUAH KARANGAN PERINGKAT / MARKAH CIRI . Isi-isi sesuai Huraian isi jelas Contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan Pemerengganan sesuai Format menepati tugasan Unsur keindahan bahasa (pantun.08 KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS ASPEK 1.16 01 .32 17 .

pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh yang sesuai. 2. 5. 7. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. 2. 1. Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas.24 ) 21 – 24 17 – 20 4. pemerengganan kurang sesuai serta format kurang tepat. Penggunaan penanda wacana yang betul. Ejaan dan tanda baca yang betul. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. 2. pantun.cogan kata dan frasa yang menarik. Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. BAHAGIAN C : KARANGAN RESPONS TERBUKA . (17 . Pengolahan masih menarik. cogan kata dan frasa yang menarik. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta contoh. Penggunaan kosa kata yang umum tetapi terdapat kesalahan minimum. 6. 1. 3. Pengolahan menarik dan berkesan. Penggunaan ayat majmuk gabungan gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan. Tidak menjawab tugasan soalan ( karangan hafalan ). 4. 6. 8. Pengolahan menarik. 4. Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan ejaan dan tanda baca. Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. pantun. 6. pemerengganan sesuai serta format menepati kehendak tugasan. 7. PENGUASAAN MINIMUM ( 01-08 ) 05 – 08 01 – 04 1. Pengolahan kurang menarik. 4. 6. 5. 2. Penggunaan kosa kata yang luas. Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. 2. KEPUJIAN ( 25-32 ) 29 – 32 25 – 28 3. 4. Ejaan dan tanda baca yang betul. BAIK 3. Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa.CEMERLANG ( 33-40 ) 37 – 40 33 – 36 1. Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa. 5. MEMUASKAN (09 -16) 13 – 16 09 –12 1. 3. 3. Penguasaan minimum ( K : 05 ) tidak perlu ditolak ejaan. 5. Idea kabur. Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat. Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. 8.

. 4. Menulis karangan menggunakan ayat yang gramatis. Justeru. Pilih soalan yang mudah dan boleh dijawab. Perenggan isi – isi utama. Hal ini kerana. Mengenal pasti kunci soalan bagi soalan yang dipilih. 2.Setiap karangan mestilah megandungi : Pendahuluan – pengenalan isi karangan.( 40 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB Panduan menulis karangan yang baik : 1. huraian dan contoh. CONTOH SOALAN MUDAH . Membuat rangka karangan. Contoh : Di samping itu. Selain itu. 3. . Menyemak karangan. Penutup – kesimpulan dan cadangan.Penggunaan penanda wacana antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.Masukkan ungkapan menarik ( peribahasa. . cogan kata. frasa menarik ) 5.

(b) Kelab Komputer SMK Seri Mulia Pengerusi Setiausaha Bendahari : : : Mohamad Redzuan Zaini Ain Najihah Ahmad Nur Shahirah Ramlan Sebagai setiausaha kelab tersebut. satu pameran Makan Buah-Buahan Tempatan telah diadakan. Tahniah saya ucapkan kerana awak telah memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Saya berminat untuk mengetahui usaha-usaha yang telah awak lakukan sehingga mencapai kejayaan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.BAHAGIAN C ( KARANGAN RESPONS TERBUKA ) PMR 2005 (a) Pada musim buah-buahan yang lalu. Ceritakan kebaikan pameran tersebut. Anda telah berpeluang mengikuti ‘Program Kecemerlangan PMR’ anjuran pihak sekolah. . Berikut ialah petikan surat yang anda terima daripada seorang rakan. Berdasarkan petikan di atas balas surat rakan anda itu. 2. PMR 2006 1. anda diminta untuk menyediakan laporan aktivitiaktiviti yang telah dijalankan. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh daripada program tersebut.

mereka boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat. masyarakat perlu prihatin terhadap penyakitpenyakit ini yang boleh mengorbankan nyawa orang tersayang dalam keluarga kita. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Terangkan puncapuncanya dan langkah menangani masalah ini .Kesannya kepada rakyat.Definisi penyakit berbahaya. jantung. Sebenarnya. Penyakit berbahaya seperti penyakit AIDS berpunca daripada perbuatan seseorang individu yang terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral.Contoh penyakit berbahaya. individu yang selalu menjalinkan hubungan seks dengan pelacur akan terdedah pada penyakit berbahaya yang boleh mengancam nyawa manusia. Oleh itu. pegangan agama yang kuat boleh diterapkan agar masyarakat terhindar daripada penyakit berbahaya ini. Di samping itu. Penyakit berbahaya ditakrifkan sebagai penyakit yang boleh mengancam nyawa manusia dan boleh menyebabkan kematian. . Antara penyakit berbahaya yang selalu menyerang rakyat tempatan ialah penyakit AIDS. . Apa yang penting ialah seseorang itu perlu menjalani kehidupan yang bersih dari segi jasmani dan rohani Pendahuluan: . Kesimpulannya.CONTOH KARANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH KATA TANYA Soalan: Penyakit berbahaya sering mengancam kehidupan manusia pada masa kini. Mereka tidak boleh berkunjung ke tempat-tempat pelacuran dan melibatkan diri dalam kegiatan maksiat. Dalam hal ini. Individu yang melakukan perbuatan seks secara rambang dan tidak setia kepada pasangan hidupnya akan dijangkiti penyakit itu sebelum melakukan hubungan seks itu. Isi 1 [Punca-puncanya] [siapa] Huraian [mengapa] [bagaimana] [di mana] Contoh] Isi II [langkah atasi] Huraian [bagaimana] [mengapa] [di mana] Contoh Penutup [Kesimpulan] . Contohnya. mereka boleh bersukan dan membantu isteri melakukan perkara yang berfaedah. penyakit berbahaya seperti AIDS boleh dicegah jikalau setiap rakyat menjalankan kehidupan yang sihat dan bermoral. kencing manis dan kolera. penyakit berbahaya sebenarnya boleh dihindarkan daripada diri seseorang. Contohnya.

Peraturan Pemarkahan Panduan Menjawab Soalan Contoh Skema Jawapan Contoh Jawapan . 2. 3. 5. 4.02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 BAHAGIAN D : NOVEL 1.

2.PERATURAN PEMARKAHAN Bahagian D : Kajian Novel ( 10 markah ) Pembahagian Markah PERINCIAN Isi Bahasa MARKAH 6 markah 4 markah Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah - Deskripsi Bahasa baik dan lancar Ayat gramatis Ejaan dan tanda baca yang betul Bahasa masih baik dan masih lancar Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. 3. Maksimum Isi dihuraikan berserta contoh Isi tanpa huraian dan contoh : : : 3 isi 2 markah 1 markah . Bahasa yang tidak cekap Ayat tidak gramatis Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Cemerlang 04 Baik 02 .03 - Memuaskan 01 - Markah Isi 1.

4. CONTOH SOALAN NOVEL ( PMR 2005 ) Latar Masa Tempat Masyarakat Latar merupakan unsur penting dalam sesebuah novel. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan gramatis.BAHAGIAN D : NOVEL ( 10 MARKAH ) PANDUAN MENJAWAB 1. 2. Markah bahasa maksimum ( 4 markah ). Jawapan mesti dalam bentuk pemerengganan. 5. 3. Jawapan mestilah berdasarkan tugasan soalan daripada novel yang dipelajari. Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ( 6 markah ). 6. huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas. Berdasarkan novel yang anda kaji. [ 10 markah ] . Setiap jawapan mestilah mengandungi pernyataan isi dan diikuti huraian atau contoh.

Masyarakat kampung bersama-sama mencari Bustam yang hilang. Peristiwa : Rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union Tindakan Kudin bersama-sama Dato’ Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union. Tempat Dato’ Onn menyampaikan ucapan. Peristiwa : Tempat perhimpunan orang Melayu Johor untuk membantah pelaksanaan Malayan Union. Perak membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir. Latar Masyarakat : Masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi masalah Peristiwa : Masyarakat Kampung Teras Jernang di Grik.CONTOH SKEMA JAWAPAN Latar Masa : Zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. CONTOH JAWAPAN LENGKAP . Latar Tempat : di Padang Kilat. Johor Bahru.

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. masyarakat Kampung Teras Jernang bekerjasama membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir.Rahman Hanafiah. tindakan Kudin bersama-sama Dato’ Onn untuk mengagalkan rancangan Malayan Union. Seterusnya. terdapat latar masa. Latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat bekerjasama dalam menghadapi masalah. Johor Bharu. Dalam novel ini. di sinilah tempat Datuk Onn menyampaikan ucapannya.NOVEL MERDEKA ! MERDEKA ! ( PMR 2005 ) Novel yang telah saya kaji ialah novel Merdeka ! Merdeka ! karya A. latar tempat dan latar masyarakat. Contohnya. latar tempat dalam novel ini ialah di Padang Kilat. Contohnya. Contohnya. .

Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari. berikan contoh peristiwa bagi dua novel yang telah anda pelajari semasa Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga. Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari. berikan peristiwa klimaks bagi kedua-dua novel tersebut. klimaks dan peleraian. SOALAN 4 : Semangat cinta akan tanah air Berdasarkan persoalan di atas. berikan tiga contoh peristiwa konflik bagi peringkat perkembangan plot. klimaks dan peleraian. berikan tiga contoh unsur suspens dalam novel tersebut. SOALAN 2 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan. Berdasarkan satu novel yang telah anda pelajari. perkembangan. TAKLIMAT PENINGKATAN BAHASA MELAYU PMR 2008 . perkembangan.PERBENGKELAN SOALAN 1 : Plot sesebuah novel terdiri daripada peringkat permulaan. SOALAN 3 : Penggunaan unsur suspens dalam sesebuah novel dapat menarik minat pembaca.

45 – 11.30 pagi ATUR CARA Pendaftaran/minum pagi Karangan Ringkasan dan Pemahaman Novel FASILITATOR Encik Hamidi bin Ariffin Encik Mohd Helmi bin Musa Puan Noor Masuri binti Long .10.45 pagi 10.00 .8.45 pagi 9.30 pagi 8.DAERAH HILIR PERAK MASA 8.9.30 .45 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful