You are on page 1of 29

B A B

Reka Bentuk dan Teknologi

2
yang dihadapi oleh manusia.

KREATIVITI DAN REKA CIPTA

Unit 1 Pengenalan Kreativiti


1. Reka cipta ialah proses menghasilkan produk baru untuk mengatasi sesuatu masalah 2. Untuk mereka cipta, manusia perlu bersifat kreatif dan inovatif. 3. Kreatif ialah sifat yang dapat melahirkan idea untuk mengatasi sesuatu masalah.
Sebagai contoh, Alexander Graham Bell dengan sifat kreatifnya telah melahirkan idea mencipta telefon untuk mengatasi masalah perhubungan antara manusia.

4. Inovatif pula ialah sifat yang dapat mengubah suai sesuatu rekaan menjadi lebih baik.
Sebagai contoh, dengan adanya sifat inovatif, manusia berjaya mencipta telefon yang lebih baik dan canggih, iaitu telefon bimbit.

Masalah

Kreatif

Inovatif

P erhubungan jarak jauh

Telefon

Telefon bimbit

M enulis surat dan dokumen

Mesin taip

Komputer

T empat duduk Bangku Kerusi tangan

Pendedahan kepada Bentuk Asas Reka Bentuk


1. Reka bentuk bermaksud suatu susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk. 2. Di sekeliling kita terdapat bermacam-macam objek yang terbina daripada pelbagai bentuk asas seperti bulat, segi empat, segi tiga, dan bujur. 3. Sebelum sesuatu rekaan itu tercipta, kajian dari sudut dua dimensi dan tiga dimensi perlu dirancang dan dilakar. 8

Mengenal Pasti Bentuk Asas


Kebanyakan bentuk objek yang ada di sekeliling kita terdiri daripada hasil gabungan bentuk-bentuk asas geometri.

Contoh:
Kon Kiub

Silinder

Bulat

Botol air mineral

Peti pembesar suara

Melakar Bentuk Asas 1. Yang berikut merupakan contoh lakaran bentuk asas dalam dua dimensi dan tiga
dimensi. Lakaran Dua Dimensi Lakaran Tiga Dimensi Lakaran Dua Dimensi Lakaran Tiga Dimensi

Kiub

Bulat

Silinder

Kon/Piramid

Kuboid

Bujur

2. Bentuk-bentuk asas ini boleh dicantum menjadi corak atau disusun mengikut kreativiti untuk menghasilkan suatu reka bentuk yang menarik. Contoh:

a.

b.

Corak daripada cantuman

Corak daripada cantuman

bentuk kuboid

bentuk piramid

3. Objek seperti papan hitam, pemadam, bola, meja, jam tangan, dan ais krim direka
bentuk hasil daripada lakaran bentuk-bentuk asas tersebut.

Papan hitam

Aiskrim

Jam tangan

Menyenaraikan Objek di Persekitaran yang Mempunyai Persamaan dengan Bentuk Asas

1. Sama ada kamu sedari atau tidak, di sekeliling kamu terdapat pelbagai objek yang mempunyai persamaan dengan bentuk-bentuk asas. 2. Kamu boleh menjalankan aktiviti pemerhatian untuk mengenal pasti bentuk-bentuk
asas yang terdapat pada objek-objek tersebut.

1
Lengkapkan borang pemerhatian yang disediakan.
1.2 (a) i Aras 1

Tugasan: Kamu dikehendaki menyenaraikan objek yang terdapat di sekolah dan taman permainan kanak-kanak yang mempunyai persamaan dengan bentuk asas. Langkah: Pergi ke tempat lawatan dan perhatikan objek-objek yang terdapat di situ. Rekod dan senaraikan objek yang mempunyai persamaan dengan betuk asas. Bandingkan jawapan kamu dengan rakan-rakan yang lain. 10

BORANG PEMERHATIAN
Senaraikan objek dan tandakan pada bentuk asas yang terdapat pada objek tersebut. : Kawasan sekolah Tempat lawatan 1

Tarikh lawatan
Tempat Objek

: .........................................
Bulat Kiub Kuboid Piramid Kon Silinder

Kelas

Kantin

Tempat lawatan 2 : Taman permainan kanak-kanak Tarikh lawatan


Tempat

: ........................................
Objek Bulat Kiub Kuboid Piramid Kon Silinder

Taman permainan kanakkanak

Tandatangan:

Disahkan oleh:

.......................................... (Nama: ) 11

........................................... (Guru Kemahiran Hidup)

Membina Bentuk Asas Secara Tiga Dimensi (3D)

1. Lakaran tiga dimensi (3D) ialah lakaran yang membolehkan kita melihat sesuatu
objek itu dari pandangan sisi, hadapan, dan atas.

2.

Yang berikut merupakan langkah-langkah untuk melakar bentuk asas secara tiga dimensi (3D). a. Kuboid

b. Piramid

c. Silinder

Mengenal Idea Berdasarkan Gambar atau Objek

Mengenal Pasti Idea Berdasarkan Objek 1. Objek di sekeliling kita biasanya mempunyai persamaan dengan bentuk asas reka bentuk. 2. Antara objek-objek tersebut, ada yang terdiri daripada satu bentuk asas dan ada juga yang terdiri daripada gabungan beberapa bentuk asas. 3. Contoh objek yang menggunakan satu bentuk asas:
Bentuk Asas Objek

Bulat

Tayar

Jam dinding

12

Bentuk Asas

Objek

Silinder

Penyedut minuman

Kapur tulis

Kon

Corong pembesar suara

Tudung saji

Kiub

Dadu

Kotak

Kuboid

Kotak mancis

Buku

4. Contoh objek yang menggunakan gabungan beberapa bentuk asas:


silinder silinder

kon kon

Pancuran air

Pensel

kuboid

bulat

kuboid

kuboid

Kipas meja

Kotak pensel

13

2
Lakarkan objek berdasarkan arahan yang berikut.
1.2 (a) ii Aras 1

Tugasan

: Pilih salah satu daripada objek yang telah kamu temui dalam Aktiviti Amali 1. Kemudian, lakarkan objek yang kamu pilih itu pada kertas lukisan dengan menggunakan lukisan tiga dimensi (3D).

Bahan/Alatan : Pensel, kertas lukisan, pemadam, pembaris, dan pensel warna

Langkah

: a. b. c. d. Pilih objek. Lakarkan objek yang dipilih pada kertas lukisan. Bincangkan hasil lakaran kamu dengan guru. Warnakan lakaran kamu itu supaya kelihatan menarik.

3
Bina objek berdasarkan arahan yang berikut.
1.2 (a) ii Aras 1

Tugasan

: Berdasarkan lakaran dalam Aktiviti Amali 2, bina objek tersebut menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Bahan/Alatan : Kad manila, plastisin, span, mancis, polistirena, gam, dan pensel

Langkah

: a. Perhatikan lakaran yang telah dibuat. b. Bina objek menggunakan bahan yang diberi berdasarkan lakaran
tersebut.

1 Unit 3 Komunikasi Tampak


1. Kaedah pembentangan secara lisan tentang hasil sesuatu projek yang dibina itu dikenali
sebagai komunikasi tampak.

2. Antara perkara yang perlu kamu huraikan dalam komunikasi tampak adalah seperti yang berikut: a. nama objek b. bentuk keseluruhan objek c. bentuk-bentuk asas yang terdapat pada objek d. fungsi objek e. bahan dan alatan yang digunakan untuk membina objek f. cara membina objek. 3. Selepas pembentangan, dapatkan komentar daripada guru dan kawan-kawan kamu untuk meningkatkan mutu binaan objek kumpulan kamu itu.

14

Lengkapkan jadual di bawah berdasarkan gambar.

1.2 (a) i Aras 1

1.

2.

3.

Bil. 1. 2. 3.

Masalah Menghancurkan cili Memotong dahan pokok Menyapu sampah

Ciptaan Lesung batu Gergaji Penyapu

Inovasi Mesin pengisar Gergaji rantai Pembersih hampa gas

II

Lakarkan bentuk asas kedua-dua objek di bawah dalam dua dimensi dan tiga dimensi.

1.2 (a) i Aras 1

1.

2.


1.2 (a) ii Aras 1

III

Reka satu objek dengan menggabungkan ketiga-tiga bentuk asas di bawah.

Silinder

Kon dan piramid

Kuboid

15

IV

Dengan memerhatikan keadaan di dalam kelas kamu, tuliskan satu contoh objek yang mempunyai bentuk-bentuk asas di bawah dan lukiskan objek itu. 1.2.(a) ii Aras 1

1. Bulat

3. Kon

2. Kuboid :

4. Silinder :

Perhatikan gambar model meja dan kapal layar di bawah. Kemudian, lengkapkan jadual yang berikutnya. 1.2 (a) ii Aras 1
1

C A B D
1

Model meja

Model kapal layar

16

Bahagian A B C D

Bentuk asas Kuboid Bujur Segi tiga Kuboid

Bahan yang digunakan Kotak mancis Kepala mancis Kertas Span

VI

Perhatikan gambar kereta di bawah. Kemudian, labelkan bentuk-bentuk asas bagi lakaran kereta tersebut. 1.2 (a) ii Aras 1

1.

3.
kuboid

separa bulat

4. 2.
silinder

bulat

17

Jawab semua soalan. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan reka cipta? A Menghasilkan jenama yang bermutu tinggi B Pengubahsuaian sesuatu produk baru

6. Apakah bentuk asas reka bentuk gambar


pen di bawah?

A B C D

Kon dan silinder Kiub dan kuboid Kon dan bulat Kuboid dan bulat

C Memperkenalkan produk baru D Penciptaan sesuatu produk untuk mengatasi masalah 2. Sesuatu produk itu terhasil dengan sebab tercetusnya A idea. C tindakan. B pengalaman. D peluang. 3.

7. Pilih pasangan yang salah tentang inovasi produk di bawah. A B

C
Remaja di atas bersifat A kreatif. C pasif. B negatif. D sensitif.

4. Semua pernyataan yang berikut


adalah benar kecuali A orang yang bersifat kreatif dapat menghasilkan idea baru B pengubahsuaian sesuatu produk disebut sebagai inovasi. C manusia tidak cekap berbanding mesin.

8. Berdasarkan botol air di bawah, nyatakan bentuk asas X dan Y. A B C D X = kon, X = piramid, X = bujur, X = kuboid, Y = kiub Y = kuboid Y = bulat Y = kiub
X

D reka cipta memudahkan urusan manusia. 5. Yang manakah merupakan lakaran tiga
dimensi (3D)?

9. Kotak yang manakah dilakar dalam dua


dimensi?

A B

C D

10. Bentuk asas Bumi ialah A kiub. C piramid. B bulat. D kon.

18

Unit 2 Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian Produk


1. Produk ialah barang-barang yang dibuat atau dihasilkan. 2. Terdapat tiga perkara utama yang perlu dikaji tentang sesuatu produk, iaitu: a. rupa bentuk luaran produk b. fungsi produk c. lakaran rupa bentuk produk.

Kajian Bentuk Luaran Produk


1. Bentuk luaran sesuatu produk menggunakan bentuk-bentuk asas. 2. Sebagai contoh, perhatikan produk yang berikut.

Ciri asal: a. Tidak mempunyai penutup b. Tidak bertangkai

Ciri baru: a. Berpenutup - air tidak tercemar b. Bertangkai - mudah dipegang

Mengenal Pasti Kegunaan Produk 1. Setiap produk mempunyai fungsi atau kegunaan yang tersendiri. 2. Sesuatu produk itu dapat berubah mengikut kesesuaian dan keperluan pengguna. 3. Antara perubahan itu melibatkan penambahan bahagian-bahagian tertentu pada produk tersebut. 4. Fungsi utama sesuatu produk terletak pada bahagian asal produk itu manakala bahagian tambahan juga mempunyai fungsi yang tersendiri.

5. Sebagai contoh, perhatikan jadual yang berikut.


Produk Pen Cermin mata Cawan Botol minuman Almari Fungsi Utama Memudahkan kita menulis Mengatasi masalah rabun Bekas minuman Bekas menyimpan air Menyimpan pakaian, buku dan sebagainya Bahagian Tambahan Penutup pen Tangkai pemegang Tangkai Tutup botol Kunci Fungsi Mengelakkan dakwat terkeluar Mudah dipakai Mudah dipegang Mengelakkan air daripada tertumpah Mengunci almari sebagai langkah keselamatan

19

Menghubungkaitkan Bentuk dengan Fungsi Produk 1. Rupa bentuk sesuatu produk itu direka supaya bersesuaian dengan fungsi produk
tersebut. 2. Jika fungsi sesuatu produk itu hendak ditingkatkan, maka reka bentuk produk itu mungkin akan turut diubah.

3. Sebagai contoh, kasut direka bentuk untuk melindungi kaki. Apabila fungsi kasut
dipertingkatkan menjadi kasut roda, reka bentuk asal kasut turut berubah supaya sesuai dengan fungsinya sebagai kasut roda.

Kasut biasa

Kasut roda

4
Dapatkan dua jenis botol minuman; satu diperbuat daripada kaca dan satu lagi diperbuat daripada plastik. Perhatikan kedua-dua jenis botol tersebut dan catatkan perbezaan antara kedua-duanya. 1.2 (b) i Aras 1

Botol minuman kaca

Botol minuman plastik

20

Botol Minuman Kaca 1. 2. 3. Berat Mudah pecah Susah dibawa 1. 2. 3.

Botol Minuman Plastik Ringan Tahan lama Mudah dibawa

Melakar Reka Bentuk Luaran Produk 1. Sebelum sesuatu produk itu dihasilkan, kamu perlu melakar reka bentuk produk itu terlebih dahulu. 2. Kamu boleh melakar bentuk-bentuk luaran pelbagai objek yang terdapat di
sekeliling kamu sebagai latihan. 3. Kamu boleh menggunakan pelbagai media seperti pen, pensel, krayon, arang, dan pensel warna untuk membuat lakaran itu.

5
Lakukan aktiviti lakaran di bawah.
diberi.
1.2 (b) i Aras 1

1. Lakarkan produk baru mengikut kreativiti kamu sendiri berdasarkan produk asal yang 2. Tuliskan tiga ciri baru yang telah kamu tambah. 3. Warnakan lakaran produk kamu itu.

Produk asal: Basikal Kegunaan: Alat pengangkutan


Fungsi bahagian: a. Bakul : Untuk menyimpan barang

Produk baru: ......................................... Ciri-ciri baru: a. ..................................................... b. ..................................................... c. .....................................................

b. Loceng : Bunyi amaran

21

Memasang Model Berpandukan Manual


1. Model ialah objek yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan produk sebenar dengan
nisbah tertentu. Sebagai contoh, 1 : 36 bermakna model itu lebih kecil daripada produk sebenar sebanyak 36 kali. 2. Model penting untuk dikaji dari segi struktur binaan, kesesuaian, kebaikan, dan kelemahan sebelum sesuatu produk dikeluarkan. 3. Di bawah ini merupakan contoh model sebuah kereta yang digunakan dalam perlumbaan Formula 1.

Model dan kereta Formula 1 sebenar dengan nisbah tertentu

Membaca manual 1. Manual ialah bahan bercetak yang disediakan oleh pengeluar sesuatu produk. Biasanya, manual disertakan bersama-sama produk yang dibeli. 2. Manual mengandungi maklumat dan arahan seperti yang berikut: a. bahagian produk b. spesifikasi produk c. cara pemasangan produk d. cara penggunaan produk e. cara penyenggaraan produk f. keselamatan produk. 3. Manual biasanya ditulis dalam berbagai-bagai bahasa supaya pelanggan dari pelbagai negara dapat memahami cara menggunakan produk dengan betul. 4. Manual terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: a. manual operasi b. manual penyenggaraan c. manual pemasangan 5. Seseorang pengguna perlu memahami kendungan manual supaya produk yang dibeli
dapat digunakan dengan betul dan dapat diselenggarakan jika berlaku kerosakan.

22

Contoh manual mesin basuh:


PENGENALAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PARTS INDENTIFICATION

Penyambung saluran air masuk Inlet hose connection

Suis-suis kawalan Control switches

3 4 5

Saluran air keluar Drain hose Penapis melimpah Overflow filter Penutup pemutar Spinner lid

Penutup basuhan Wash lid

10

6 7

Penutup dalam pemutar Inner spinner lid Tab pemutar Spin tub

Penapis rumbai Lint filter Tab basuhan Wash tub

11 12

Penyangkut saluran Hose hanger

9
Talian bekalan kuasa Power cord

13 Pulsator Pulsator

PEMASANGAN DAN PERSEDIAAN SEBELUM MEMBASUH ASSEMBLING AND PREPARATION BEFORE WASHING

1 2 1. Sambungkan saluran air masuk


kepada penyambung saluran air masuk. Connect the water inlet hose into the inlet hose connection.

2. Sambungkan talian bekalan kuasa


kepada sumber bekalan kuasa. Plug power cord into power outlet.

3. Letakkan saluran air keluar di tempat 3 4.


untuk mengalirkan air keluar. Set the drain hose to drainage. Pilih tempat yang rata. Kedudukan yang tidak rata dapat mengakibatkan gegaran dan bunyi yang akan mengganggu operasi mesin. Select a level place. Unlevel location causes vibration and noise which can disrupt the operation of the machine.

23

PENYELENGGARAAN MAINTENANCE

A. MENCUCI PENAPIS RUMBAI


CLEANING THE LINT FILTER

1. Pegang bingkai penapis ke arah anak panah. Hold


the filter frame in the direction of the arrow.

2.

Asingkan penapis rumbai dari bingkai penapis. Terbalikkan penapis rumbai dan basuh penapis dengan air yang mengalir. Remove the lint filter from the filter frame. Turn the filter inside out and wash it with running water.

3. Pasangkan penapis rumbai ke bingkai penapis dengan cara:


Fix the lint filter into the filter frame by: a. Masukkan bahagian bawah ke bingkai Inserting the bottom of the frame b. Tolak ke arah anak panah seperti yang ditunjukkan

Push in the direction of the arrow


LANGKAH KESELAMATAN SAFETY PRECAUTIONS

Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan tab basuhan atau tab pemutar. Do not allow children to play with the wash tub or spin tub.

Jangan masukkan tangan anda ke dalam tab semasa mesin sedang beroperasi. Never put your hand in the tub while its running .

Jangan letakkan mesin di dalam bilik air. Do not set the machine in the bathroom.

Jangan masukkan pakaian yang tidak boleh dibasuh. Be aware of clothing which cannot be washed.

Jangan masukkan tangan anda di bawah mesin kerana terdapat alat yang berputar di situ. Please do not put your hand under the machine, as there is also a rotating mechanism there.

Jangan guna talian bekalan kuasa yang telah rosak. Jangan tarik atau masukkan plug ke bekalan kuasa dengan tangan yang basah. Never use a damage power cord. Do not pull out or push in the power plug with a wet hand. Jangan letakkan objek yang berat di atas talian atau membiarkan talian tertindih oleh mesin. Never place heavy objects on the cord or allow it to be pinched by the machine.

Jangan gunakan air panas melebihi 50 oC. Do not use water hotter than 50 oC.

24

Memilih dan Memasang Komponen


Yang berikut merupakan antara komponen-komponen yang terdapat dalam kotak set binaan seperti Lego, Fisher Teknik, dan E.L.A.R..
Bil. 1. Komponen Nama Komponen Bongkah

2.

Motor dan kabel

3. 4.

Roda dan tayar Paksi 160 X 20 - putih

5.

Penghubung 5 lubang

6.

Plat 8 X 12cm - merah/kuning

7.

Suis

8.

Maxi A - kuning

9. 10.

Penghubung maxi - putih Figura

11.

Gear 30/10

12.

Gear 30

13.

Modul diod

14.

Lampu

25

6
Labelkan komponen model di bawah. Kemudian nyatakan fungsi model tersebut.
1.2 (b) ii Aras 3

penghubung maxi plat 8 X 12 cm

suis

lampu merah penghubung lima lubang

1.

lampu merah

4.

suis

2.

penghubung lima lubang

3.

penghubung maxi plat 8 X 12 cm

5.

Fungsi model:

Lampu isyarat

26

Membuka dan Memasang Produk untuk Mengkaji Komponen


Alatan Tangan dan Fungsinya
Bil. 1. Alatan Tangan Fungsi Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat

Sepana gabung 2. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat yang boleh dilaraskan saiznya

Sepana boleh laras 3. Mengetat dan melonggarkan bolt dan nat

Sepana hujung sama 4. Memutar skru untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala belah

Pemutar skru mata rata 5. Mengetat dan melonggarkan skru Phillips

Pemutar skru Phillips 6. Mencengkam benda kerja pelbagai saiz

Playar sendi kalih 7. Memotong dawai atau membengkokkan besi bersaiz kecil

Playar gabung

27

Mengenal Pasti Jenis Pengikat 1. Biasanya, mesin atau perkakas terdiri daripada beberapa bahagian dan komponen. 2. Bahagian dan komponen ini perlu disambung sama ada secara tetap atau
sementara.

3. Sambungan tetap adalah seperti kimpalan atau ribet, manakala sambungan


sementara dibuat menggunakan pengikat.

Jenis-jenis pengikat 1. Skru

2. Nat

3. Bolt dan Nat

28

7
Dapatkan sebuah lampu suluh. Kemudian, tanggalkan bahagian-bahagian lampu suluh tersebut. Namakan bahagian-bahagian lampu suluh itu. 1.2 (a) iii Aras 1
1 2

10

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. cermin kepala

Bahagian

Bil. 6. 7. 8. 9. 10.

Bahagian kepingan loyang suis badan spring penutup

pembalik cahaya mentol pemegang mentol

Unit 3 Pendokumentasian
1. Pendokumentasian merupakan rekod atau maklumat hasil kerja dalam bentuk buku atau fail. 2. Maklumat tentang jenis projek, keterangan, reka bentuk, lakaran, dan komen direkodkan di
dalam buku atau fail dengan teratur supaya dapat dijadikan rujukan.

3. Antara butir-butir yang perlu ada dalam dokumen itu ialah: a. mengenal pasti masalah b. idea penyelesaian masalah c. nama projek yang dicipta d. kegunaan projek e. rupa bentuk dan lakaran projek f. bahan dan alatan yang digunakan g. langkah-langkah kerja h. kos yang dibelanjakan i. komen murid atau guru j. catatan. 29

4. Buku idea dan fail merupakan antara contoh cara pendokumentasian.

Buku idea

Fail

8
Lengkapkan kad kerja yang berikut dengan idea kamu sendiri.
1.2 (e) Aras 1

Masalah

Cara penyelesaian : Ciptaan Butir-butir Projek Nama projek : :

Kegunaan projek : Bahan dan alatan : a. b. c. d. e. f.

Lakaran Projek:

30

Namakan alat di bawah serta nyatakan kegunaannya. Kemudian, tuliskan bentukbentuk asas yang terdapat pada alat tersebut. 1.2 (b) i Aras 1

1. Nama alat 2. Kegunaan

: Raket badminton : Bermain badminton

1.

silinder

2.

heksagon

4. 3.
kon

bujur

II

Nyatakan fungsi setiap bahagian alat di bawah.


Bahagian Rajah Fungsi

1.2 (b) i Aras 1

1. Tali raket

Memukul bulu tangkis

2. Sarung raket

Menyimpan raket supaya selamat

3. Pembalut getah atau kain

Mengelakkan raket daripada terlepas semasa bermain

4. Bekas bulu tangkis

Menyimpan bulu tangkis

31

III

Namakan jenis-jenis manual berdasarkan gambar.


1.
Tekan

1.2 (b) ii Aras 1

2.
Minyak pelincir

3.
Sambungkan talian bekalan kuasa

Manual operasi

Manual penyenggaraan

Manual pemasangan
1.2 (b) ii Aras 1

IV

Namakan komponen yang berikut.

1.

roda

2.

gear 30

3. penghubung tiga lubang

4.

suis

5.

maxi A

6.

motor dan kabel


1.2 (b) ii Aras 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


maklumat pemasangan manual

model keselamatan

model 1. Sebelum mencipta produk, ____________ perlu diteliti terlebih dahulu untuk mengetahui kelemahan atau kelebihan produk. manual 2. Kita perlu mematuhi ____________ yang disediakan oleh pengeluar bersamasama produk yang dibeli.

maklumat 3. Pada manual produk yang dibeli, terdapat ____________ tentang spesifikasi produk tersebut. pemasangan 4. Manual ____________ menyediakan panduan untuk memasang alat yang dibeli. keselamatan 5. Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan menjaga ____________ ketika memasang peralatan elektrik. 32

VI 1.

Labelkan bahagian mesin basuh di bawah.


suis kawalan

1.2 (b) ii Aras 1

3.

kunci

4.

bekalan kuasa

5. 2.
pintu

saluran air

VII

Nyatakan fungsi setiap bahagian lampu suluh yang berikut. Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Mentol Suis Bateri Pembalik cahaya Spring dan penutup Bahagian Fungsi Mengeluarkan cahaya Memutus dan menyambung litar Membekalkan kuasa elektrik

1.2 (b) iii Aras 1

Membantu cahaya menjadi lebih terang Menetapkan kedudukan bateri

VIII Namakan alat yang digunakan dalam gambar rajah di bawah.

1.2 (b) iii Aras 1

Pemutar skru mata rata

33

IX

Namakan komponen loceng basikal yang berikut.

1.2 (b) iii Aras 1

1.

2.

3.

nat

gear

spring

4.

5.

lengan

tuas
1.2 (e) Aras 1

Kira kos yang perlu dibelanjakan oleh setiap kumpulan di bawah.

Kumpulan A
Ciptaan : Alat memancing Kos : Batang buluh Tali tangsi Paku Dawai Gam kayu Jumlah RM 8.00 1.50 0.20 0.80 1.80 =12.30

Kumpulan B
Ciptaan : Kasut roda Kos : Kasut sukan Roda Bebola Gam skru Jumlah RM 28.00 16.00 7.50 2.00 2.00 = 55.50

Kumpulan C
Ciptaan : Pemetik buah kelapa RM Kos : Buluh 10.00 Kayu 14.50 Dawai 2.00 Besi 21.20 Tali 7.40 Jumlah = 55.10 34

Kumpulan D
Ciptaan : Perangkap tikus Kos : Dawai Jaring Paku Umpan Kayu Jumlah = RM 3.00 11.60 2.10 1.00 3.70 21.40

XI

Lengkapkan jadual yang berikut berdasarkan maklumat daripada latihan X.


1.2 (e) Aras 1

Perkara 1. Ciptaan

Kumpulan A Alat memancing

Kumpulan B Kasut roda

Kumpulan C Pemetik buah kelapa

Kumpulan D Perangkap tikus

2. Kegunaan

Memancing ikan yang banyak

Memudahkan pergerakan

Memetik kelapa dengan mudah RM 55.10

Menangkap tikus

3. Kos keseluruhan

RM 12.30

RM 55.50

RM 21.40

4. Tandakan pada kos yang paling tinggi

XII

Cari perkataan tersembunyi tentang buku idea. Kemudian, senaraikan perkataan yang diperoleh. 1.2 (e) Aras 1

Perkataan: S T K O M E N U K W J A K D V N K O S S B S T A L A T M B L J M L T O C I D E A K M K S E N H 5. S I 6. 1. 2. 3. 4. Nama Idea Komen Kos Alat Masalah

35

Jawab semua soalan di bawah


1. Yang berikut merupakan fungsi pensel kecuali A menulis. C mewarna. B menanda. D mencucuk.

2. Botol minuman lebih banyak diperbuat


daripada plastik berbanding kaca kerana botol kaca

7. Apakah alatan yang sesuai untuk membuka bolt dan nat? A Playar gabung B Pemutar skru C Sepana gabung D Playar sendi kalih 8. Contoh penyambungan secara tetap antara komponen ialah I kimpalan. II ribet. III skru. IV gam. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II dan IV sahaja D III dan IV sahaja 9. Berdasarkan rajah di bawah, apakah fungsi X? x

A ringan. C B mudah pecah. D

cantik. mudah dibawa.

3. Model ialah A binaan yang kecil. B bahan pengajaran. C bangunan yang besar. D hiasan. 4. Antara yang berikut, manakah yang tidak
terdapat dalam manual?

A B C D

Spesifikasi produk Cara produk itu dibuat Panduan pemasangan produk Langkah-langkah keselamatan

5. Terdapat beberapa jenis manual, iaitu I manual operasi II manual penyenggaraan III manual pemasangan IV manual keselamatan A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, III, dan IV 6. Komponen yang berikut ialah

A Menambah kecanggihan alat B Menyampaikan kuasa elektrik kepada mentol C Menjimatkan tenaga D Membantu cahaya mentol menjadi lebih terang

A gear. B tuas.

C spring. D motor.

10. Pendokumentasian mengandungi maklumat berkenaan A butir-butir lengkap peribadi murid. B butir-butir lengkap tentang projek. C butir-butir lengkap guru. D butir-butir lengkap bengkel. 36

You might also like