Pengenalan Kod Etika Perguruan  Nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi  Dapat mengekal dan memelihara

kepercayaan yang diberi dalam tugas  Memupuk tanggungjawab bersama  Mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991) Definisi etika  Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 : satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan  Kamus Oxford, 1994 : prinsip moral atau set prinsip moral  Perspektif Islam : merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al Quran dan ketakwaan kepada Allah  Etika secara profesional merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Eti j K t i P l j l i PRI SIP PRI SIP ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ILAI ‡ ILAI A B i i li i UR I ±B ± Bij ±B ± i i±I l P t j il i i i t P l P t t l i i i t .

tempat asal. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. intelek. bahasa. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat.Kod Etika Profesion Keguruan Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan. keturunan. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. menerima perbezaan individu dalam kalan gan muridnya dan membimbing mereka merperkembang potensi mereka dari segi jasmani. Guru haruslah bertugas sebagai ³pengganti ibu bapa´ dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. . Guru haruslah mengesan. Dalam semua hubungan dan tugas. daya cipta dan rohani. Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berke naan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. agama. guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. persatuan atau persendirian. jantina. daya intelek dan lain -lain. kepercayaan politik. warna kulit.

Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. keagamaan. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ µrole model¶ kepada muridnya. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan berguna. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan. . Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar -besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. masyarakat atau negara. Guru haruslah menggunakan cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid. politik persendirian terhadap muridnya.

profesion keguruan mempunyai Kod Etika Perguruan yang perlu mereka patuhi. Akan tetapi. sekiranya guru itu sendiri berkelakuan kurang sopan. orang ramai akan hilang kepercayaan kepada guru untuk membentuk anak-anak bangsa. Antara Kod Etika tersebut ialah : Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan. guru menjaga tindak-tanduk mereka supaya orang ramai tidak hilang kepercayaan dan memandang rendah kepada guru seterusnya anak murid boleh mencontohi teladan yang baik daripada guru. Akan tetapi. Seorang guru tidak seharusnya berkelakuan kurang sopan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di dalam artikel tersebut kerana profesion ini sememangnya telah sinonim dengan mengajarkan ilmu yang berguna kepada anak-anak murinya. Anak-anak muridnya juga kemungkinan besar akan mengikut perbuatan guru mereka yang tidak bertauliah tersebut kerana bagi mereka guru itu adalah contoh baik atau µrole model¶ dan mereka akan mengikut sahaja perbuatan guru mereka . guru-guru di dalam artikel di atas telah melanggar beberapa Kod Etika Perguruan.Sepertimana yang telah kita ketahui. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik/ µrole model¶ kepada muridnya. . Seharusnya.

1986). contoh. Kemungkinan besar. 1974). Kemungkinan juga guru-guru . Guru-guru tersebut tidak mengetahui Kod Etika Perguruan Selain itu. guru wanita tersebut mempunyai masalah dengan suaminya dan mungkin menyebabkan emosinya tidak stabil. (Joseph dan Green. Guru -guru hendaklah berpegang kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. tidak berkemungkinan menjadi guru yang bermakna (Noran Fauziah. iv. 1995 dan Obura.Punca-punca pelanggaran Kod Etika Perguruan Pada pendapat saya. 1961). 1987). 1990). Hal ini telah mendorong beliau melakukan sesuatu yang mungkin bertujuan untuk membalas dendam terhadap suaminya ata upun untuk memuaskan nafsunya. 1986). iii. ii. kemungkinan juga guru -guru tersebut tidak mengetahui Kod Etika Perguruan kerana tidak mahu mengambil berat berkenaan Kod Etika. kerana guru hanya mengetahui setakat yang ada dalam buku teks sahaja. Guru-guru tersebut tidak ikhlas menjadi guru Adalah didapati ramai guru yang memilih profesion perguruan kerana banyak cuti. Guru-guru tersebut mempunyai masalah rumah tangga aporan KPPK mendapati 36 orang guru (50 sekolah di Melaka) mengalami gangguan emosi. waktu bekerja yang singkat. Guru Guru-guru itu sendiri kurang didikan agama yang cetek pengetahuan khususnya tentang isi pelajaran. ( owse dan ey. Ini kerana mereka akan ketandusan idea. 1986) tiada peluang pekerjaan lain (Hollis. sesuai dengan kelulus an (Noran Fauziah. Kemungkinan juga mereka kurang diterapkan dengan Kod -kod Etika dan tentang kepentingan mengamalkan Kod Etika. Setiap sekolah mempunyai seorang guru bermasalah (NST. Hal ini menyebabkan mereka melakukan sesuatu tanpa memikirkan baik dan buruknya. guru-guru yang melanggar Kod Etika tersebut bukanlah guru mengajar subjek agama dan merek a sendiri kekurangan ilmu agama. pengaruh ibu bapa dan guru (FOX. Seperti yang dinyatakan dalam artikel. kerjaya yang memberikan ganjaran dan kepuasan ( esly. antara punca-punca pelanggaran kod etika tersebut ialah :i. Mac. 1980).

Hal ini kerana sekiranya seseorang itu ikhlas dan minat dalam pekerjaan yang dilakukannya. .tersebut tidak ikhlas menjadi guru dan bekerja hanya makan gaji sahaja. Mungkin guru-guru ini menganggap bahawa kerja mereka hanyalah sekadar di sekolah sahaja dan di luar sekolah adalah urusan mereka sendiri menyebabkan mereka melakukan perkara yang kurang sopan di luar sekolah. sudah tentu mereka akan bersungguh -sungguh dengan kerja mereka dan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.

masyarakat. bagaimana Kod Etika Perguruan diamalkan supaya guru-guru lebih memahami dan berkelakuan sepe rti yang terdapat di dalam Kod Etika Perguruan. setiap guru perlulah mempunyai kefahaman dan penghayatan terhadap kehidupan bermoral tinggi. . Dalam hal ini. Seterusnya. Menerapkan Pendidikan Agama atau Pendidikan Moral kepada setiap guru supaya mereka biasa dengan pendidikan tersebut dan boleh mempelajari moral yang diterima pakai serta mengamalkannya sebagai norma kehidupan masyarakat tanpa dicemari oleh anasir -anasir jahat. Hal ini kerana kehidupan yang berm oral dan beretika boleh menjadi benteng diri daripada melakukan aktiviti -aktiviti tidak beretika seterusnya berupaya membangun masyarakay yang berbudaya tinggi dan dipandang mulia.Cara penyelesaian Antara beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan isu ini ialah : Setiap guru seharusnya diterapkan dengan Kod Etika Perguruan dan diterangkan kenapa. Biarlah moral yang diamalkan itu berterusan dan bertahan tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan. negara dan bangsa. setiap individu perlu berkeperibadian tinggi dan keimanan yang kuat supaya dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara -perkara yang boleh merosakkan diri. Pengawalan diri sendiri bagi setiap individu itu juga sangat penting.

Disini para guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan di negara ini ataupun di negara lain. 1991). Kod Etika dianggap penting kerana : Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini boleh membantu seorang guru untuk lebih memahami tanggungjawab mereka dan tidak merasakan mereka hanya perlu mengajar subjek yang mereka ajar sahaja tetapi juga bert anggungjawab mendidik anak anak muridnya menjadi insan yang berguna. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. . Kod Etika yang dalam bentuk dokumen boleh disemak semula untuk memperbaikinya menjadi lebih baik. Pengamalan etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tanggungjawab dan amanah seorang guru.Kepentingan mengamalkan Kod Etika Guru memerlukan Kod Etika demi untuk memartabatkan profesion mereka. serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (I NTAN. Kod etika menyediakan garis panduan kepada guru untuk bagaimana bertingkah laku dalam profesion keguruan serta dapat mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Kandungan Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika negara lain. Kod etika sesuai dirujuk dan diamalkan oleh setiap guru. Di sini masyarakat dapat menghayati tanggungjawab dan amanah guru yang sangat berat dalam mendidik anak bangsa sekaligus mendorong masyarakat untuk menyokong para guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Menerusi Kod Etika juga para guru dapat mema rtabatkan profesion keguruan di mata masyarakat yang semakin memandang rendah kepada profesion ini.

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Tidak lupa juga kepada ahli -ahli kumpulan saya iaitu iyana bt aily. saya mencari maklumat -maklumat berkenaan subjek ini di . Siti Khazimah yang telah banyak membantu dan tidak jemu menjawab persoalan saya dan rakan-rakan mengenai kerja kursus ini. Masalah ini saya selesaikan dengan berjumpa sendiri dengan pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Amiruddin b Seri serta Abdul Rahman b Jamain yang turut memberikan kerjasama serta berkongsi maklumat sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini. Disebabkan semester ini adalah pertama kalinya kami belajar subjek Penghantar Pendidikan. Terutamanya guru pelatih seperti saya. Ada yang pecah ama nah. Muhd. Selain itu juga. amatlah penting bagi setiap guru mempelajari serta memahami Kod Etika Perguruan supaya dapat membimbing mereka ke jalan yang betul. meliwat pelajar dan ada juga yang bersekedudukan dengan pasangan yang tidak sah bagi mereka. saya agak kurang faham dengan apa yang kami belajar dan apa yang saya perlu buat unt uk kerja kursus saya. Kami telah ditugaskan untuk mencari artikel berkenaan isu -isu semasa tentang guru dan mengaitkannya dengan Kod Etika Perguruan. Jadi. Hal ini sangatlah membimbangkan kerana profesion ini akan dipandang rendah oleh masyarakat dan sekaligus menghilangkan kepercayaan mereka terhadap guru. saya dapati ada segelintir guru yang tidak berkeperibadian seperti seorang guru. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah p embimbing subjek ini iaitu Pn. atas limpah dan kurnianya dapat saya melengkapkan Kerja Kursus Pendek Penghantar Pendidikan. haruslah mempelajari Kod Etika Perguruan daripada awal supaya saya dapat memahami amanah serta tanggungjawab saya sebagai seorang yang bakal bergelar guru. Sepanjang kerja kursus ini ada beberapa masalah yang saya hadapi tetapi ia tidaklah menghalang saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. ada banyak ilmu -ilmu yang telah saya perolehi. Siti Khazimah serta bertanyakan sendiri apa yang perlu saya lakukan serta bagaimana untuk menjawab soalan -soalan di dalam kerja kursus ini. Semasa mencari artikel yang berkenaan. Banyak ilmu yang telah saya perolehi dan InsyaAllah dapat menjadikan saya seorang guru yang berguna dan komited dalam kerjayanya.Refleksi diri Bersyukur ke hadrat Ilahi.

....................internet serta di Pusat Sumber.......... ...... (HAZIQAH NAJIAN BINTI ZAKIRA @ ZAKERIA) .. Saya dan ahli -ahli kumpulan saya juga mengadakan perbincangan sesama kami dan membahagikan tugasan di kalangan kami... ...

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful