40 18. MENGAJAR SAINS DALAM BAHASA INGGERIS : MASALAH DAN PENYELESAIANNYA.

( Roslee Bin Osman )

1. Pengenalan 1.1 Pendahuluan Kurikulum pendidikan sains mendukung cita-cita dan aspirasi negara kearah mewujudkan masyarkat Malaysia yang saintifik, progresif dan inovatif serta menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, pengajaran dan pembelajaran sains perlu menghasilkan pelajar yang kritis, kreatif dan ketrampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Pelajar yang berbudaya sains dan teknologi mempunyai sikap ingin tahu dan suka mencuba, celik sains, bersikap terbuka dan berupaya membuat keputusan berdasarkan fakta-fakta sains (Sharifah Nor & Senin 2001) Sains merupakan satu mata pelajaran teras yang penting dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Mata pelajaran sains untuk sekolah menengah merupakan satu program yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun untuk murid tingkatan satu hingga ketingkatan lima. Program ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kefahaman tentang sains serta aplikasinya dalam kehidupan harian dan kemajuan teknologi berlandaskan nilai murni. Kemahiran saintifik diperlukan dalam usaha mencari, memahami dan menggunakan ilmu pengetahuan sains (Sukatan Pelajaran KBSM Sains 2000). Mata pelajaran sains mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sains (2000), merupakan satu bidang yang merangkumi pengetahuan , kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Oleh itu integrasi tiga elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Mata pelajaran sains adalah satu bidang ilmu pengetahunan yang membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekitar mereka dengan lebih mendalam. Mata pelajaran Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dan kemahiran sains, mengembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni untuk membolehkan mereka memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan. Juga keupayaan menyelesaikan maslah harian bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab (Malaysia, 1988b). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah juga menekankan kepada kemahiran saintifik yang kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (Subahan & Senin 1999). Menurut pendapat dari Tajul Ariffin ( 1990), sains merupakan usaha pencarian ilmu yang berasaskan ilmu yang berasaskan kepada pengamatan; pemerhatian,

41 kemampuan akal manusia dalam usaha untuk memahami fenomena-fenomena serta peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh Pencipta. Sains dan matematik adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemjuan dan pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi ditulis atau disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains daan Matemaik, selain menambah masa kontek terhadap bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002). Berhubung dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat bagi merangka strategi pelaksanaan dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jawatankuasa pelaksanaan telah mengambil kira pelbagai pandangan, ulasan dan ulasan dari pelbagai pihak seperti ahli akademik, pendidik, majlis guru besar/pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Pada 19 Julai 2002, Mesyuarat Khas Jemaah Menteri telah menimbang pelbagai strategi yang kemukakan oleh Jawatankuasa pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut: (i) Penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhanya di Tahun 1, tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003. Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris. Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004 manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008, iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada 2007. Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalam bahasa Inggeris bgai UPSR ialah pada 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimana, mulai 2003 semua peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa. Keutamaan akan diberi kepada pembekalan infrastruktur ICT seperti computer notebook, projector LCD dan skrin serta bahan-bahan interaktif kepada sekolah-sekolah. Bekalan elektrik dan telefon akan dibekalkan secepat mungkin kepada sekolah-sekolah yang masih tidak mempunyainya. Sekolah-sekolah juga akan debekalkan bahan-bahan rujukan bercorak sains.

(ii) (iii)

(iv)

(v)

42

(vi)

(vii)

Bagi melengkapkan guru dengan kemahiran asas berbahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan akan menyediakan kursus-kursus intensif jangka pendek dan jangka panjang. Ini termasuklah program “face-to-face full immersion,”kursus hujung minggu, modul pembelajaran kendiri dan pembelajaran “on-line” berasaskan web. Jemaah Menteri juga bersetuju supaya guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris diberi insentif mata pelajaran kritikal. Bagi menggalakkan guru-guru menguasai bahasa Inggeris dengan baik, kabinet bersetuju memberi kenaikan tiga mata gaji bagi mereka yang mempunyai kelayakan bahasa Inggeris pada tahap tertentu ( yang akan ditentukan kemudian) Guru-guru yang menjadi jurulatih utama dalam bidang sains, matematik dan bahasa Inggeris di bawah program Malaysia Trainers Development Program akan diberi keutamaan bagi kenaikan pangkat dari DG3 (peringkat ijazah) ke DG2.

(viii)

(ix)

Bayaran elaun khas juga akan diberi kepada guru-guru sains, matematik dan bahasa Inggeris yang mengajar di luar bandar. (Mesyuarat Khas Jemaah Menteri, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002) Berdasar perkara-perkara di atas kabinet khas telah memutuskan dalam salah satu mesyuaratnya menganggap pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sebagai satu agenda utama negara. Oleh itu kabinet telah mengarahkan Kementerian Pendidikan memberi perhatian sepenuhnya bagi menjayakan dasar ini. Di samping itu juga cabinet juga memohon sokongan semua pihak terutamanya para guru, murid-murid, ibu bapa dan seluruh lapisan masyarakat terhadap dasar ini. Pada 4 Oktober 2002, satu Taklimat Profesional Penyebaran Maklumat Mengenai Pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris yang diadakan di Auditorium Al Azim, Melaka oleh Datuk Abdul Rafie Mahat, ketua Pengarah Pendidikan Malaysia menjelaskan rasional perlaksanaan Matematik dan sains dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: • • • • Sains dan matematik adalah bidang ilmu yang sangat dinamik. Penyumbang kepada pembangunan negara. Sebahagaian besar maklumat terkini mengenai bidang ini terdapat dalam bahasa Inggeris. Pendedahan awal memberi peluang mengakses maklumat .

(x)

Menurut Datuk Abdul Rafie Mahat, setiap sistem pendidikan sentiasa mengalami perubahan dari masa kesemasa. Perubahan yang bakal dilakukan iaitu Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar untuk mata pelajaran Sains dan matematik adalah supaya

Konsep pengajaran dalam konteks kerja kursus ini setelah merangkumi takrifan yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983) Hasaan Langgulung (1991) Mook Soon Sang (1993) dan Yaxley (1991) Kajian ini mentakrifkan pengajaran itu sebagai satu proses mengajar yang melibatkan aktiviti seperti menyoal. Secara kensensusnya strategi pengajaran merangkumi cara ini kandungan pengajaran dipersembahankan pelajar bagi mencapai objektif pengajaran dan untuk .43 pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dan mahir dalam teknologi moden. 2. Definasi operational 2. 2002). Teuku Iskandar (1986) mentakrifkan pengajaran adalah perihal mengajar. Beliau melihat pengajaran dari aspek perkembangan kognitif. perubahan. mendengar. aktiviti seperti menyoal. 30 Dis. Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. peninjauan semula. dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran. nilai-nilai serta pengertian. perasaan dan penilaian. nilai dan makna. menggalakkan sesuatu. penyampaian. peninjauan semula.Di samping itu pengajaran di dalam matapelajaran sains juga juga adalah mempunyai hubungan dengan pengesahan. nilai-nilai serta pengertian. segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan. Hasaan Langgulung (1991) mentakrifkan pengajaran sebagai satu proses pemindahan ilmu. satu proses pemindahan ilmu. menggalakkan sesuatu. kemahiran dan nilai. Mook Soon Sang (1993) mentakrifkan pengajaran adalah proses berkaitan perancangan. beliau m. dengan lebih berkesan. penilaian dan penghuraian kepercayaan. pengelolaan . mendengar. Sehubungan dengan itu. Yaxley (1991) berpendapat. perasaan dan penilaian.enyarankan supaya para ibu bapa mengubah minda mereka untuk menerima perubahan yang baru dan menyokong usaha kerajaan (The Star. menerangkan. menerangkan. perubahan.1 Pengajaran Sharifah Alwiah (1983) juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses kerana apabila mengajar. kemahiran dan nilai daripada generasi tua kepada generasi muda untuk memastikan jati diri dan penerusan budaya. Ini termasuklah interaksi antara guru dengan pelajar ataupun pelajar dengan pelajar. Ini menunjukkan pengajaran mempunyai hubungan dengan pengesahan. penilaian dan penghuraian kepercayaan. Yaxley (1991) juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran. dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Yaxley (1991) memberikan pandangan yang berbeza tentang pengajaran. bimbingan dan penilaian supaya perpindahan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

and to obtain goods and services 2.ajar ( seperti perbincangan. simulasi. kemahiran. sumbang saran. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan pelajar memperolehi sikap positif dan nilai murni. and express ideas. Sementara objektif kurikulum Bahasa Inggeris Sekolah Menengah adalah: 1. read and respond to different text. to obtain. to listen to. kemahiran belajar. Ilmu pengetahuan diperolehi sebagai hasil penyiasatan. Secara amnya strategi pengajaran yang berpusatkan guru( seperti memberi penerangan kuliah. tangkas dab berdaya tahan serta dapat mengusai ilmu sains dan berketerampilan teknologi. Berpandukan Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris KBSM.(Norazilawati 2003) 2. menimba ilmu pengetahuan dan bidang pekerjaan( Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1). merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuari dan penyelesaian masalah.2 Sains Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) mentakrifkan ilmu sains sebagai bidang ilmu yang merangkumi pengetahuan. Kesimpulan dari takrifan tersebut didapati sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk mengkaji alam semesta yang memerlukan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. sikap saintifik dan nilai murni yang membolehkan pelajar memahami alam sekeling mereka. mendapat pengetahuan dari pelbagai bidang ilmu dan disiplin dan persiapan untuk menghadapi situasi yang sebenar (Kementerian Pelajaran Malaysia 2003:1) 2. prosess and use information from various audio-visual and print sources. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) menjelaskan bahawa sains.44 menggalakkan pembinaan serta memupuk strategi pembelajaran yang efektif bagi pelajar (Burden & Byrd). Falsafah Pendidikan Sains Negara juga telah mengungkapkan bahawa pendidikan sains di Malaysia bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif. penyelesaian masalah dan permainan). 3. membaca. dinamik. and present the information in spoken and written form. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. take part in social interaction. to form and maintain relationships through conversation and correspondence. kecerdasan pelbagai. and . thoughts and feelings imaginatively and creatively in spoken and written form. strategi pengajaran yang diberi keutamaan dalam pengajaran bahasa Inggeris ialah kemahiran berfikir. view. opinions. nilai kewarganegaraan dan patriotisme. main peranan. soal jawab dan latihan) dan strategi berpusatkan pe.3 Bahasa Inggeris Matlamat kurikulum bahasa Inggeris sekolah menengah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan pelajar dalam urusan seharian.

Antaranya ialah: • menimbulkan masalah besar sebagai bahasa mata pelajaran Matematik dan Sains.( Norazilawati . memerlukan waktu untuk menguasai bahasa Inggeris kerana tidak memiliki kefasihan berkomunikasi berkenaan isi pelajaran. prestasi Matematik dan Sains akan jatuh akibat tidak faham konsep isi pelajaran. 2002). (KBSM English Language Syllabus. pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam medium bahasa Inggeris dilihat sebagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Kalangan pelajar di samping kepentingan kedua-dua mata pelajaran itu dalam memajukan negara. Faktor seterusnya. Disebabkan kelemahan ini. . penguasaan bahasa Inggeris para pelajar tidak memuaskan. 2003:1) 3. Oleh yang demikian adalah menjadi keperluan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam selain menambah masa berkaitan dengan Bahasa Inggeris serta menguatkan asas pengetahuan bahasa bahasa Inggeris di kalangan pelajar. • Guru tidak bersedia mengajar.45 4. Ini boleh menimbulkan rasa bosan dan tidak minat sains dan matematik.1 Kelemahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris didorong oleh dua faktor utama. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertama.2004. • Kekurangan guru Matematik dan Sains yang mahir berbahasa Inggeris. lebih sesuai jika digunakan selain daripada Matematik dan Sains agar tidak timbul kekeliruan. Utusan Malaysia. • Objektif setiap mata pelajaran berlainan oleh itu ia tidak boleh dicampur adukkan. Sehubungan itu . YB Tan Sri Dato’ Musa Mohammad. Pelbagai pendapat-pendapat dan kajian-kajian yang dijalankan menunjukkan banyak kebaikan yang didapati pada pelaksanaan pengajaran dan pembelajarn Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tetapi terdapat juga kelemahan-kelemahan yang harus diperbaiki ( Azizan Abu Samah. menyatakan sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan teknologi diltulis aatau disampaikan dalam bahasa Inggeris. • Istlah matematik dan sains terlalu khusus dan maksud berbeza. • Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam Mateamtik dan Sains bukan cara terbaik atasi kelemahan penguasaan bahasa itu. para pelajar tidak dapat mengikuti perkembangan semasa penemuan-penemuan dan pencapaian terkini dalam kedua-dua bidang tersebut khususnya. • Pelajar yang tidak mahir bahasa Inggeris.0 Rasional Berdasarkan kenyataan akhbar Menteri Pendidikan 20 Julai 2002. to show an awareness and appreciation of moral values and love towards the nation.) 3. Hal ini akan mengurangkan potensi daya saing negara dalam era globalisasi.

LCD dan lain-lain. Pakar ilmu yang menerbitkan bahan rujukan dalam bahasa melayu semakin berkurangan.kerosakan notebook.3 Untuk meralisasikan pengajaran sains dan mateamtik dalam bahasa Inggeris. Terdapat pihak-pihak yang membantah cadangan pelaksaan tersebut adalah:. 2002) • • • Gabungan persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Persekutuan Persatuan –Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).2 Pengujudan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Ada pihak yang menyokong dan ada yang membantah. Pelajar menjadi mangsa dan terabai. Bimbang dan tidak yakin pada diri pelajar akibat sukar faham konsep dan kurang motivasi kerana latar belakang keluarga. Sin Chew Jit Poh. Tekanan kepada guru. Bimbang ianya menyekat kebebesan beragama. guru terpaksa kekalkan atau tingkatkan prrestasi untuk imej diri dan sekolah. Bantahan • • • • 3.dalam jangkamasa pendek prestasi pasti menurun dan menambahkan kekusutan pendidikan matematik sains dan teknologi. Menganggap dasar itu sebagai nahas kepada SJKC kerana akan menghapuskan identiti sekolah tersebut berikutan hanya satu subjek akan menggunakan bahasa Cina dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2008. berbagai usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melaksanakan program tersebut antaranya :• • Latihan Bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Mateamtik (ETeMS) Perubahan kursus di maktab perguruan di mana subjek Sains dan Matematik di ajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi program diploma perguruan mulai 2003. Kos tinggi. .46 • • Proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh dipisahkan dari bahasa yang difahami dan dihayati oleh guru dan pelajar-pelajar. Usaha-usaha 3. Oleh itu kita tidak boleh berfikri dalam acuan orang lain. Dewan Perhimpunan Cina Sekangor (DPCS) Sebab-sebab bantahan ini adalah kerana : • • • Bimbang kebudayaan serta jati diri masyarakat Cina terjejas. Lebih 800 istilah mateamtik dan sains menjadi harta lupus.( Tan Chia. Ini menyebabkan kerugian dari asset negara dan pembaziran tenaga dan wang.

2008 UPSR dan politeknik. Berikut adalah usaha Kementerian Pendidikan dalam melengkapi prasarana dan sumber tenaga manusia seperti dibawah: i) Pembekalan infrastruktur dan bahan –bahan interaktif. 2005 PMR 4. Kementeian Pendidikan Malaysia. Manakala pengajaran Bahasa Inggeris dalam kedu-dua subjek dalam tahun dan tingkatan lain adalah digalakkan. v) Kenaikan pangkat dari DG3 ke DG2 bagi jurulatih utama bidang Sains. Manakala pelaksanaan di peringkat Tahun 1 bermula pada bulan Mac 2003. 2003 semua peperiksaan awam UPSR. Berikut adalah senarai pelaksanaan dalam peperiksaan awam yang melibatkan yang melibatkan subjek Sains dan Mateamtik adalah seperti berikut:1. iv) Kursus-kursus jangka pendek dan jangka panjang untuk guru-guru. Matematik dan Bahasa Inggeris.47 • Program pengkamusan sekolah pelajar didedahkan dengan perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang baru setiap hari. .4 Kaedah Pelaksanaan Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik bermula pada bulan Januari 2003 untuk para pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. 2004 STPM dan kolej matrikulasi 3. • Menyedikan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti notebook. ( Bahagian Pendidikan Guru.4 Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan pengajaran Sains dan Bahasa Inggeris. PMR DAN SPM adalah dwibahasa 2. iii) Buku-buku teks Sains dan Mateamtik dalam Bahasa Inggeris. • Kementerian Pendidikan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Bahagian Buku Teks Pusat Perkembangan Kurikulum Lembaga Peperikasaan Malaysia (LPM) Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) • Guru • Ibu bapa • Pelajar 3. 2002) 3. • Mengadakan ‘Buddy System’ bagi membantu guru-guru Sains dan Matematik. 2007 SPM 5. ii) Melengkapkan kemudahan elektrik dan internet di semua sekolah di seluruh negara. LCD dan skrin serta bahan interaktif.

Guru-guru kontrak dilantik untuk mengisi kekosongan. Perlaksanaan kurikulum Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejajar dengan pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris bagi mata pelajarn sains dan matematik adalah.000 guru-guru Sains dan Matematik mendapat laptop yang bernilai RM 235 juta. 4. Manakala kandungan sukatan pelajaran sains tingkatan satu pula dikurangkan daripada sembilan tema kepada emapt tema sahaja.Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar.1 1. Seramai 47. Hampir setengah daripada tema sains tingakatan satu telah dibatalkan. Contohnya. Tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengurangkan sukatan mata pelajarn sains dan mateamtik ini telah mengurangkan peluang pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan tersebut di dalam persekolah. Manakala bagi IPTA. Kenaikan tiga mata gaji bagi guru yang mencapai tahap kelayakan Bahasa Inggeris yang ditentuklan oleh Kementerian Pendidikan. Isu-isu Pelbagai isu telah timbul apabila dasar ini dilakukan yang melibatkan pelajar. Ini disebabkan buku-buku teks yang disediakan itu tiada perancangan yang rapid an tidak berunding dengan pakar Bahasa Inggeris dalam proses pengarangan buku teks tersebut. kewangan dan pihak-pihak lain. Kebanyakan buku sains dan matematik IPT diterbit oleh penerbit luar negeri dalam Bahasa Inggeis. kurikulum.000 guru dilatih menjadi jurulatih utama. Matematik dan Bahasa Inggeris yang mengajar di luar Bandar. maslah yang didapati di sekolah rendah dan sekolah menegah tidak berlaku di IPTA. kandungan sukatan pelajaran mateamtik tahun satu untuk mengenali nombor satu hingga lima puluh telah dikurangkan kepada nombor satu hingga lapan belas.1 Isu 1 : Adakah guru dan pensyarah bersedia mengajar sains dalam bahasa Inggeris ? . buku teks dan bahan rujukan sains dan matamatik dalam Bahasa Inggeris senang didapati. Isu-isu ini akan diulas satu persatu seperti berikut: 4. Buku-buku teks sains dan matematik yang disediakan itu didapati menggunakn perbendaharaan kata tatabahasa Bahasa Inggeris yang tidak bersesuaian di sesetengah topic. mengurangkan sukatan pelajaran bagi Sains dan Matematik. Elaun khas untuk guru-guru Sains. guru dan pensyarah. Pemilihan buku teks untuk sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia adalah di bawah kawalan Kementerian Pendidikan.4. Pemilihan itu mestilah bersesuaian dengan pelajaran kita.48 vi) vii) ix) xi) xii) 3. Justeru. Guru-guru Sains .

kerosakan. 4. Justeru itu guru-guru juga menghadapi masalah menyediakan alat bantu mengajar dalam Bahasa Inggeris bagi pengajaran sains. seterusnya oobjektif pembelajaran tidak dicapai. Di sekolah rendah terdapat 84% .2 Isu 2 :Dapatkah kemahiran saintifik serta nilai murni dalam pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat dilaksanakan? pengajaran dan . Implikasinya guru-guru yang menghadapi masalah memahami buku teks akan hanya mengajar konsep-konsep yang mereka tahu sahaja. mampukah menjalankan pengajaran dengan berkesan jika berlaku kesilapan teknikal seperti cara pemasangan yang betul.49 Penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dikalangan guru-guru dan pensyarah yang mengajar sains dan matematik. Menurut Poh dan Hashimah (1997) untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). teknik peningkatan metakognitif dan teknik menyoal. sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002) Guru adalah sebagai pelaksanaan dasar yang terlibat secara langsung dalam pengajaran mata pelajaran sains. Mampukah guru-guru sains mengaplikasikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran KBKK di dalam kelas sains dengan perubahan bahas pengantar tersebut? Sedangkan konsep-konsep besar yang ingin dicapai ini belum dapat difahami dan dilaksanakn dengan berkesan oleh guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik menggunakan Bahasa Melayu (Tajul Ariffin & Nor’Aini 2002). Inovasi ini menggalakkan penggunaan ICT tetapi didapati tahap kesediaan guru terutama guru mata pelajaran sains dalam penggunaan teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah pada tahap yang rendah (Norzita & Noraini Attan 2002). Teknik-teknik asa ini termasuk teknik pemudacaraan. Persoalannya guru-guru yang lemah dengan penggunaan teknologi ini. dan untuk mendapat maklumat dalam internet. Kajian menunjukkan bahawa 64% daripada guru-guru sukar menggunakan internet kerana tidak memahami bahasa inggeris walau pun 54% daripada mereka mempunyai Komputer sendiri dengan kemudahan internet dirumah ( Narimah & Raju (2001). Adakah mereka telah cukup bersedia untuk melaksanakannya? Masalahnya sekarang adalah sebahagian besar guru-guru kurang bersedia untuk melaksanakannya sama ada dari segi pengusaan bahasa Inggeris itu sendiri ( Utusan Malaysia 2003) Maklum balas daripada beberapa orang guru sains dan matematik sekolah menengah yang telah mengikuti kursus intensif Bahasa Inggeris menunjukkan bahawa masih ramai lagi guru yang tidak yakin dengan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran .Di samping itu adalah dijangkakan guru-guru sains dan matematik akan menghadapi masalah membaca dan memahami buku teks atau buku rujukan dalam Bahasa Inggeris. pelbagai teknik asas boleh digunakan. Ketidakmampuan membuat alat bantu mengajar dalam bahasa Inggeris mungkin akan menyebabkan kelas sains membosankan.

Pengajaran sains adalah untuk membentuk sikap yang saintifik dan nilai murni. Setiap fasa meliputi 90 jam pembelajaran secara face to face interaction dan 30 jam secara ‘self instructional packages.’ Jika di lihat dari stastistik penguasaan yang lemah dalam bahasa Inggeris dikalangan guru-guru didapati. Oleh itu dapatkah guru-guru dapat membentuk sikap dan nilai murni dalam pengantar Bahasa Inggeris demi memenuhiFAlsafah Pendidikan negara (FPN). FAlsafah Pendidikan Sains Negara (FPSN) dan wawasan negara untuk melahirkan insan saintifik yang beretika di samping dapat meningkatkan kualiti hidup menurut hakikat yang sebenarnya. Kesan ini dapat dilihat dikalangan guru-guru sains sekolah rendah kerana statistik guru-guru sekolah rendah adalah sebanyak 84% rendah penguasaan Bahasa Inggeris. Kesannya pengajaran menjadi terbatas kerana tiada interaksi di antara guru dan pelajar. Adakah kursus ETeMS selama 240 jam boleh membuat guru-guru tersebut dapat mengatasi penguasaian mereka dalam bahasa Inggeris ? Masalah yang timbul ekoran dari kelemahan guru-guru tersebut menguasai bahasa Inggeris kesannya adalah. Selain itu. Akibatnya jika peringkat rendah terdapat kegagalan dalam menerapkan sikap dan nilai murni maka akan berlaku ketempangan terhadap matlamat pendidikan sains negara. sukar untuk mengajar konsep-konsep. Kurusus ETeMS di kendalikan dalam dua fasa. ( Masylinda 2004). konsep ‘Buddy System” diperkenalkan dimana guru-guru sains dan Matematik juga akan dibantu oleh guru-guru Bahasa Inggeris yang telah dilantik di sekolah masing-masing. 4.3 Isu 3: Adakah kursus ETeMS ( English Language for teaching of Mathematic and Science) yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dan kerjasama Jabatan pendidikan Negeri berkesan? Kursus ETeMS mengandungi 240 jam latihan yang melibatkan pengajaran secara ‘face to face interaction’ atau bersemuka dan ‘self instructional packages’.50 Satu cabaran kepada guru kerana pengajaran sains merupakan pengajaran yang menunjukkan tahap kemahiran saintifik. sekolah menengah 69% dan guru-guru tingkatan 6 adalah 42% dan pensyarah matrikulasi adalah 29%(Utusan Malaysia 14 Mei 2002). Dalam kursus ini guru diajar oleh seorang jurulataih utama. para pendidik menjangkakan bahawa masalah ‘broken English dan istilah-istilah sains yang kurang tepat akan berlaku pada . mempunyai kelulusan yang rendah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeis di peringkat SPM/MCE. pendekatan dan amalan yang harus dilakukan secara interaksi soal jawab berbahasa. Berhubungan dengan ini guru-guru tersebut telah mempelajari bahasa Inggeris di sekolah selama 11 tahun iaitu dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Situasi ini tidak mencukupi jika pengajaran sains dilakukan secara penyediakan perisian dan mengikut skrip yang disediakan oleh pihak kementerian. Sehubungan dengan itu. istilah-istilah sains dalam bahasa Inggeris. Akibatnya objektif pengajaran tidak dapat dicapai. Di sekolah rendah terdapat 84% . Guruguru ini juga.

Impak kelemahan dalam bahasa Inggeris. Kita semua sudah sedia maklum kita sudah tidak dapat menolak kepentinga bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan kunci untuk mencari ilmu baru pada zaman teknologi maklumat ini. perlantika jurulatih dan bayaran insentif untuk semua guru Bahasa Inggeris dan guru-guru yang mengajar subjek Matematik dan Sains dalam PPMSI. perubahan buku teks dan sukatan pelajaran. Dimana guruguru yang mahir berbahasa Inggeris diberi pelbagai insentif. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi oleh guru-guru. bagi melaksaan di tahun pertama iaitu tahun 2003. Jika wujud keadaan sedemikian maka berkesankah kursus ETeMS yang di jalankan ? 4. Peralatan tersebut termasuklah penyediaan computer. Sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik maka akan terdapat banyak kelemahan yang akan dihadapi oleh mereka sama ada sewaktu pengajaran dan pembelajaran atau selepas tamat pengajian. Antara impak kelemahan dalam bahasa Inggeris adalah: . dan perisian yang membantu guru melancarkan pengajaran dua subjek ini dalam bahasa Inggeris. Jadi persoalan yang ujud adakah guru-guru yang mengajar selain dari Bahasa Inggeris. Perdagangan. Seramai kebih kuran 30 000 guru yang terlibat dalam pengajaran sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris Di samping itu usaha kerajaan dijalankan dengan melantik semula guru yang telah bersara.4 Isu 4: Apakah peruntukan yang besar untuk perlaksaan meningkatkan kejayaan pada dasar ini? ETeMS dapat Kerajaan Malaysia telah memperuntukan sebanyak RM 5 billion untuk melaksanakan dasar ini ( Portal Pendidikan Utusan Malaysai. guru-guru dan masyarakat? Dari itu hakikatnya ramaikah pihak pentadbir mahupun guru-guru yang kan mengambil inisiatif ini bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai? 5.51 awal pelaksanaan.7 juta. Dimana RM60 juta adalah untuk menyediakan perisian tahun satu. tingkatan satu dan tingkatan 6 rendah. Isu-isu lain akan timbul adalah adakah peruntukan yang besar dapat menjamin kejayaan yang besar? Adakah semua pihak akan berkerjasama untuk menjayakan dasar ini terutama pihak sekolah. peruntukannya adalah sebanyak RM978. Kerajaan telah membekal peralatan teknologi maklumat dan konukasi (ICT) yang berjumlah RM17ribu bagi setiap orang guru yang terlibat dalam perlaksnaan dasar ini. berbanding guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu. Ekonomi. walaupun guru terlibat mengikuti kursus intensif yang disediakan kementerian ( Masylinda & Rohana 2002a). Menurut Tan Sri Musa semasa Pelancaran Makmal Komputer Sekolah Seri Sedaya Subang Jaya 2002. LCD. Sains dan Matematik tidak penting dan tidak kritikal untuk mendapat insentif. Sejarah dan Pendidikan Islam. 03/01/2002).

Justeru itu hasrat kerajaan untuk mensasarkan 60 peratus sains dan 40 peratus sastera pada tahun 2010 tidak akan tercapai. Di mana peratusan guru yang lemah dalam bahasa Inggeris juga tinggi. Keadaan ini memyebabkan buku-buku ilmiah bahasa Melayu tidak digunakan dan seterusnya akan terpinggir dalam negara kita sendiri. i) Kehilangan minat terhadap mata pelajaran Sains: Pelajar-pelajar melayu yang lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan menghadapi masalah yang untuk memahami konsep-konsep sains yang bersifat teknikal dan kefahaman. Akibatnya pengajaran dan pembelajaran sains yang bersifat penaakulan. Pelajar-pelajar mula beranggapan mata pelajarn sains sebagai satu mata pelajaran yang susah.1 i) Impak Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam matapelajaran Sains Prestasi pencapaian dalam subjek sains pelajar terutama Bumiputra mungkin akan menurun: Menurut stastistik. Berdasarkan pencapaian keseluruhan subjek matematik dan sains bagi tahun 1999 hingga 2000 adalah di paras 38. 28 Disember 2002). pencerakinan. 6.8 % iaitu satu pencapaian yang boleh dianggap minimum. Kesannya pelajar-pelajar akan kehilangan minat untuk belajar kerana tiada rasa keyakinan kepada guru dan rasa mata pelajaran itu menjadi semakin susah. iii) Buku ilmiah dalam bahasa Melayu akan terpinggir: Para cendiakawan akan hilang minat untuk menulis kerana penggunaan buku ilmiah dan rujukan yang ditulis dalam bahasa Melayu kurang mendapat perhatian orang ramai. Oleh itu pelajar lebih cenderung untuk memilih aliran sastera.2% pelajar-pelajar melayu mendapat pangkat E iaitu tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimun dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.pada tahun 2002 sebanyak 40.52 5. ( Utusan Malaysia. Cadangan . ii) Sasaran kerajaan untuk mencapai nisbah 60:40 mungkin tidak tercapai. Dengan itu mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mata pelajaran ini akan membebankan pelajar kesannya akan menyebabkan kehilangan minat untuk belajar akibatnya akan menurunkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. pemerian dan ujikaji yang memerlukan penerangan yang jelas gagal di sampaikan dengan baik kepada pelajar.

pengkaji mendapati selain daripada mencari punca kesukaran belajar sains dalam bahasa Inggeris. Fasilitator yang dilantik adalah yang betulbetul berkemahiran tinggi dalam penggajaran bahasa Inggeris dan sains. guru perlu melaksanakan perkaraperkara berikut: pendekatan semasa proses i) Mempelbagaikan kaedah dan pengajaran dan pembelajaran berlangsung. amalan pengajaran guru juga perlu dipelbagaikan bagi mengekalkan tumpuan serta minat pelajar. Terutama guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris. ahli-ahli cerdik pandai. Guru-guru tersebut hendaklah menghadiri kursus pengukuhan yang di adakan pada hujung minggu bagi setiap daerah-daerah masing-masing.Tujuannya adalah untuk memantapkan tahap kesediaan guruguru tersebut dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Di samping itu guru-guru terlibat perlu memahirkan diri dalam penggunaan Bahas Inggeris melalui kursus-kursus insentif Bahasa Inggeris yang dianjurkan. ahli politik sehingga ahli masyarakat terdiri dari golongan ibu bapa dan pelajar-pelajar sendiri.53 Perlaksanaan ETeMS mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Menggalakkkan pelajar mengunakan pengetahuan sedia ada. Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan menerima insentif. menambahkan keseronokkan belajar sains walaupun bukan dalam bahasa ibunda dan dapat mengurangkan sifat malu untuk berintraksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian tindakan yang telah dilaksanakan ini terdapat peningkatan dalam pencapaian pelajar. iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ii) iii) Memperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan. Semua pendapat dan cadangan telah diambil kira untuk memperbaiki lagi ETeMS Berikut adalah cadangan-cadangan yang di buat hasil kajian dari pelbagai sumber. a) (Senin 2004) Melalui pengalaman semasa menjalankan kajian ini. Bagi mempertingkatkan prestasi pelajar. Peruntukkan yang besar yang diterima oleh semua sekolah dalam menjayakan hasrat kerajaan ini harus diambil perhatian oleh semu pihak yang terlibat. b) Guru-guru yang telah menghadiri kursus ETeMS hendaklah melakukan pengukuhan pembelajaran. Berbagai pendapat dikemukakan oleh golongan pendidik. Guruguru tersebut harus mengadakan kelas tambahan sekurang-kurangnya dua c) . Modul Pembelajaran Kendiri ( Take Home Package) dan Pembelajran Online (web Base dan skrip pengajaran yang disedaikan.

(Norzita Mohd Darus 2004) 7. Kesimpulan Secara keseluruhan boleh disimpulkan bahawa tahap kesediaan guru mengajar Saians dan matematik dalam Bahasa Inggeris masih berada pada tahap yang sederhana. Ini khususnya bagi guru-guru baru. e) Guru-guru perlu diberi pendedahan secara intensif berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris melalui latihan dalam yang dikendalikan oleh guru pakar. Kursuskursus yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sedikit sebanyak dapat membantu guru meningkatkan tahap kesediaan pengetahuan. guru juga perlu mempunyai inisiatif sendiri terutamanya dalam mencari ilmu pengetahuan baru agar usaha untuk melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahas Inggeris ini dapat dijalankan dengan jayanya. sikap dan kemahiran mereka untuk mengajar subjek berkenaan dalam Bahasa Inggeris. Utusan . i) Pihak Jabatan Pendidikan perlu menyediakn prasarana yang mencukupi bagi kegunaan guru dan pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.(Masyilda 2004) RUJUKAN Azizan Abu Samah.54 waktu seminggu iaitu pada hari sabtu atau waktu sebelah petang. 2002 Badan Khas ditubuh rangka strategi mahir Inggeris. f) Guru-guru digalakkan untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara kongsi sama terutama bagi tahuk-tqajuk yang masih belum dikuasai sepenuhnya. d) Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris di galakkan untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris melalui kursus-kursus dianjurkan pihak jabatan atau Kementerian Pelajaran atau inisiatif sendiri. Ini mungkin disebabkan pelaksanaannya yang masih baru memerlukan guru sedikit lagi masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaraan pengajaran yang berbeza. 2002. ketua panitia dan para guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik hendaklah berkerjasama untuk manghasilkan bahan pengajaran yang sesuai dan selaras dengan perubahan sukatan pelajaran. Utusan Malaysia. Ini dilakukan adalah sebagai pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ketua bidang. g) Guru-guru yang terlibat mesti sentiasa bersedia untuk memperlengkapkan diri dan menambah nilai pengetahuan kemahiran computer atau ICT mereka dengan mengikut kursus dan latihan kemahiran prasarana computer atau ICT dari masa ke sama h) Pihak sekolah. Selain itu.

Pedagogi 2.Kertas Projek Pendidikan Bangi.J. Manual kursus kajian tindakan. 2003. Poh Swee Hing & Hashimah.55 Malaysia 14 Mei 2002. Bangi.2004. 20 Julai 2002 Masyilda Abu Bakar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pusaka. Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan. kertas Projek Pendidikan. Sharifah Alwiah Alsagoff. Narimah Ismail & Raju. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelaksanaan pengajaran.1997.Abdullah. Ilmu Pendidikan. Tan Chia. Norazilawati . 64% guru sukar guna internet. 18 Disember 2003. Kuala Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Tajul Ariffin Nordin.. Sin Chew Jit Poh. Lemah Bahasa Inggeris. 2004. Berita Harian. Utusan Malaysia 15 Ogos 2002. 1997. Kementerian Pendidikan Malaysia. Hlm 149-155. 2001. Kuala Lumpur Heinmann Asis.1983. 2002 The Star. Amalan repleksi murid-murid sekolah rendah semasa menjalankan projek reka bentuk teknologi. 30 Dis. Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 1990. Pendidikan : Satu pemikiran semula. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. 03/01/2002 Utusan Malaysia. 2002. 28 Disember 2002 . Bahagian Pendidikan Guru. 2002. PPK Laksana Program Tingkat Penguasaan bahasa Inggeris. Tahap kesediaan guru mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 2002) Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Persepsepi Guru-Guru Sains dan Matematik Tingkatn Satu terhadap keberkesanan kursus ETeMS. Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Mook Soon Sang . Universiti Kebangsaan Malaysia. 2002. Kenyataan YB Tan Sri Musa Mohamad mengenai perlaksanaan pengjaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. C. Norazilawati Abdul Halim. Bangi: AsSyabab Media. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan dan Pembangunan Manusia:pendekatan Bersepadu. 2002 Utusan Malaysia 2003 Utusan Malaysia.

56

19. PENGURUSAN UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH SEJAUH MANAKAH IANYA BERKESAN
( Hasnah Binti Yusuff )

PENDAHULUAN Matlamat pendidikaan di Malaysia berdasarkan kepada Falsafah Pendidikaan Negara yang berhasrat untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani. Untuk menentukan hasrat ini tercapai, penilaian menjadi aspek penting dalam pendidikan formal di sekolah-sekolah. Melalui penilaian, arah dan tahap perkembangan individu dapat dikesan seperti yang dihasratkan. ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Kebanyakan ujian pencapaian piawai yang dijalankan oleh badanbadan peperiksaan mendapat kritikan berbagai-bagai pihak kerana gagal

57 menguji apa yang telah diajar di sekolah berdasarkan kehendak kurikulum (Ebel, 1979). Perkara ini lebih ketara lagi apabila penggubal kurikulum dan penilai pencapaian pelajar adalah badan yang berlainan. Setiap kurikulum sekolah digubal berdasarkan kepercayaan bahawa kandungan kurikulum itu sesuai dan akan dapat memeperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk menghadapi kenyataan hidup mereka nanti. Penilaian adalah satu proses yang dapat membantu menentukan kejayaan kurikulum tersebut. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan rapat dengan proses perlaksanaan. Malahan, ketiga-tiga komponen ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.

PENILAIAN

MATLAMAT

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN

RAJAH 1.1 Perkaitan penilaian, pengajaran dan pembelajaran.

58 Pengukuran tahap pencapaian akademik adalah menerusi ujian atau peperiksaan yang juga berbeza tahap dan namanya. Sehubungan dengan itu, diwujudkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan lain-lain lagi. Sulaiman Masri (2005). Di sekolah, tugas utama guru adalah mengajar. Dalam proses pengajaran pembelajaran ada objektif-objektif yang hendak dicapai oleh guru. Guru menggunakan berbagai-bagai cara atau kaedah untuk menyampaikan objektif-objektif tadi. Untuk mengetahui samada objektif-objektif ini tercapai atau tidak, ujian perlu dijalankan. Daripada ujian dapatlah ditentukan samada kaedah yang telah digunakan itu berkesan dan dapat mencapai objektif-objektif yang dicitakan. Penilaian dan peperiksaan juga dapat mentaksir sejauhmana pengajaran guru meninggalkan kesan terhadap kemajuan pembelajaran pelajar.Daripada maklum balas yang diperoleh, guru dapat mengambil langkah memperbaiki pengajaran bagi meneguhkan lagi pembelajaran pelajar. Oleh itu penilaian adalah satu proses edaran yang melibatkan aktiviti pengujian dan pengukuran ( Abd. Ghafar Md. Din, 2003). MAKSUD UJIAN SETARA Ujian yang telah dibentuk, ditadbir dan dapat dianalisis secara piawaian. Semua pelajar akan mengambil ujian yang sama dalam keadaan yang sama dan masa yang sama untuk semua murid. Begitu juga arahan yang dibaca oleh guru semasa ujian walau di mana juga ia diadakan. Tujuan supaya markah yang dicapai dapat dibandingkan Item-item soalan untuk setiap matapelajaran dibina oleh beberapa orang guru penggubal soalan yang berpengalaman seperti Ketua Panitia setiap mata pelajaran. Tarikh dan masa bagi peperiksaan ini diselaraskan bagi setiap sekolah di sebuah tempat di daerah masing-masing. Di antara ujian yang diadakan setara di peringkat daerah ialah peperiksaan percubaan Penialaian Menengah Rendah (PMR), peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan peperiksaan percubaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).Menurut Omar (1978), Peperiksaan mempunyai tiga tujuan utama, iaitu untuk menilai, pemilihan dan pensijilan. Keputusan yang diperolehi daripada peperiksaan ini boleh digunakan untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran untuk masa akan datang. KEPENTINGAN UJIAN SETARA Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat

Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalam peperiksaan untuk meningkatkan mobility social. iaitu untuk menilai. pemilihan dan pensijilan ke atas seseorang individu (Hopkins & Stanley 1998). 1987). maka usaha ini sekadar membuang masa sahaja ( Abu Bakar. Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR 2000. Oleh itu satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mempertanggungjawabkan penyediaan alat-alat penilaian ini kepada pihak berpusat. Menurut Abu Bakar (1990) pembinaan ujian yang baik memerlukan kemahiran yang tinggi. Keterlibatan secara langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akan memperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Dalam kajian status dan keperluan guru dalam pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) mendapati ramai guru kurang yakin dan kurang mempunyai kemahiran dalam penyediaan alat penilain (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988). Hal ini memberi kesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah. ujian juga bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam menguasai pelajaran yang telah diajarkan kepada mereka. mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untuk menganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar. hasil penilaian yang diperoleh adalah diragui kesahan dan kebolehpercayaannya. Peperiksaan/ujian mempunyai tiga tujuan utama. Dengan itu adan timbul suasana SEBAB-SEBAB DIADAKAN UJIAN SETARA Peperiksaan/ujian adalah instrumen yang sangat penting dalam bidang pengukuran dan penilaian. KEPENTINGAN UJIAN SETARA Penggubalan soalan untuk kegunaan secara setara amat penting dan bermanfaat kepada guru kerana pembinaan item yang sah dan boleh dipercayai . Oleh itu. Justeru ujian setara di peringkat daerah telah diadakan. Lebih-lebih lagi jika hasil itu tidak dapat memberi maklumat sebagaimana yang dikehendaki. Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapati terdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000. Ini bermakna sesuatu agensi atau badan luar yang rasmi bertanggungjawab menyediakan alat ujian piawai yang pasti akan kesahan dan kebolehpercayaan.59 berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Di samping itu .

Kejayaan dalam peperiksaan dianggap asas kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan (Maimunah 1990). Hal ini memberi kesan baik kepada peperiksaan yang dikelolakan secara setara di setiap daerah. Keterlibatan secara langsung guru cemerlang ( guru pakar) dalam penggubalan soalan ini akan memperkembangkan lagi fungsi mereka di daerah atau negeri. Dengan itu akan timbul suasana mementingkan peperiksaan dalam pendidikan. Ini disebabkan itemitem yang terbina mempunyai kesahan serentak yang tinggi dengan kertas soalan yang sebenar. Kajian yang telah dijalankan oleh Rifin Ani (2001) tentang peperiksaan percubaan setara/selaras PMR 2000 bagi matapelajaran Sains mendapati terdapatnya korelasi yang kuat di antara pencapaian Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 dengan pencapaian kertas Sains peperiksaan PMR 2000.60 dapat dibuat secara lebih teliti oleh guru-guru berpengalaman yang dapat berbincang dalam satu jawatankuasa penggubalan soalan. Dalam hal ini guru dapat membuat tindakan awal dan . Kajian kepada set soalan yang sah dan boleh dipercayai dan mempunyai item-item yang sesuai dapat dijadikan koleksi set-set soalan yang berguna untuk menguji pencapaian semasa para pelajar. mempunyai kesahan serentak yang tinggi dan dapat digunakan untuk menganggarkan pencapaian pelajar di peringkat peperiksaan sebenar. konflik seperti ini boleh membawa kesan yang baik untuk kemajuan masyarakat dan negara. Dapatan kajian membuktikan kertas Sains peperiksaan percubaan PMR 2000 mempunyai kesahan serentak dengan kertas Sains peperiksaan sebenar PMR 2000. Menurut teori konflik Karl Marx (Ritzer 1996) . Ini kerana setiap golongan masyarakat ingin menjaga kepentingan masing-masing. Hal ini menjadi petanda kepada guru mahupun ibu bapa memberikan galakan dan usaha untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan sebenar. yang menyatakan bahawa masyarakat sentiasa berkonflik dan berada dalam ketegangan. kebolehpercayaan dan analisis item yang diambilkira dalam penggubalan soalan percubaan setara amat berguna untuk menilai pencapaian pelajar dan dapat dijadikan panduan kepada guru dan ibu bapa kerana kemiripan soalan peperiksaan percubaan dapat mencerminkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebenar. Peperiksaan/ujian dapat menimbulkan konflik terutama di kalangan para pelajar dan guru-guru serta masyarakat. Aspek kesahan. Kebiasaannya. Kebanyakan ibu bapa sedar tentang kepentingan kejayaan dalam peperiksaan untuk meningkatkan mobility social. Kepercayaan terhadap peperiksaan di kalangan masyarakat sungguh mendalam sehinggakan kita mungkin tidak yakin untuk memilih seseorang calon bagi tujuan tertentu tanpa terlebih dahulu melihat keputusan peperiksaannya. Keadaan ini biasanya berterusan.

Kebolehpercayaan ini bermaksud bahawa ujian yang dilaksanakan itu dapat mengukur dengan tepat dan tekal apa yang hendak diuji. Kebolehpercayaan ujian amat penting kerana penguji ingin supaya markah yang diperoleh oleh seseorang pelajar itu ditentukan oleh keupayaannya sendiri dan bukan kerana faktor luaran. Kebolehpercayaan juga merujuk kepada keputusan yang diperolehi melalui peralatan penilaian seperti ujian dan soal selidik. Anggaran kebolehpercayaan lazimnya merujuk kepada satu jenis ketekalan tertentu. Untuk menentukan keberkesanan sesuatu ujian. atau apabila pelajar mengambil ujian itu beberapa kali dalam satu jangka masa yang pendek. Menurut Mokhtar Ismail (1995). Oleh itu adalah lebih sesuai disebut kebolehpercayaan ke atas markah ujian atau ke atas pengukuran daripada ke atas ujian atau peralatan itu sendiri.Kebolehpercayaan selalunya diungkapkan dalam bentuk kestabilan dan kekonsistenan skor ujian iru. Oleh itu pekali kebolehpercayaan bagi suatu ujian menunjukkan sejauh mana skor yang diperolehi seseorang di dalam ujian itu dapat dipercayai. Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi mempunyai ketepatan. Kebolehpercayaan Salah satu definisi kebolehpercayaan yang diberi oleh kamus ialah ‘ sesuatu hal yang dapat dipercayai’. seperti nasib atau kebetulan. sesuatu ciri atau sifat seseorang. MENENTUKAN KEBERKESANAN UJIAN Dalam kertas kerja ini penulis akan memfokuskan perbincangan dalam aspek keberkesanan ujian yang dijalankan serentak atau setara dan keberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah. Kebolehpercayaan merujuk kepada sifat . Menurut Rashid Johar (2001) ujian yang berkualiti mempunyai unsur kebelehpercayaan yang tinggi.61 merancang program-program pemulihan bagi pelajar yang lemah dan program pengkayaan bagi pelajar yang cemerlang serta dapat dijadikan panduan kepada guru dan ibu bapa untuk memberi galakan dan usaha untuk meningkatkan prestasi dalam peperiksaan sebenar. ketekalan dan kestabilan untuk mengukur prestasi seseorang pelajar. Dua perkataan ini selalu digunakan sebagai pertimbangan untuk menentukan secara pengiraan sejauh mana skor bagi satu set ujian boleh dupercayai. Ujian itu dapat memberi ukuran yang sama terhadap prestasi pelajar jika digunakan dari semasa ke semasa. kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda. ujian tersebut perlu mempunyai ciri-ciri berikut: 1.

Menurut Mook Soon Sang (1994) sesuatu ujian dikatakan sah jika ujian tersebut benar-benar dan tepat mengukur semua perkara yang hendak diukur. Jarak antara kedua-dua ujian itu adalah antara satu hingga dua minggu. Soalan-soalan yang disediakan adalah sesuai dengan kemahiran dan tahap yang diharap pelajar mencapainya. ketekalan. guru boleh membandingkan markah yang diperoleh oleh setiap pelajar di dalam kedua-dua ujian tersebut. boleh dikatakan bahawa ujian itu mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. 1 Faktor-faktor yang mempengaruhi pengukuran kebolehpercayaan 2.62 kestabilan. Terdapat beberapa faktor yang kebolehpercayaan seperti Rajah 2 dibawah : Sebaran market mempengaruhi pengukuran Panjang Ujian Kebolehpercayaan Ujian Tekal atau Tidak Keobjektifan Kepantasan Kesukaran Ujian RAJAH 2. Sekiranya perbezaannya kecil. Menurut Rashid Johar (2001). . Setelah ujian yang kedua diadakan. Kesahan Kesahan bermaksud bahawa sesuatu ujian itu benar-benar menguji perkaraperkara yang hendak diuji. Guru boleh menentukan kebolehpercayaan sesuatu ujian dengan memberi ujian yang sama kepada kumpulan pelajar yang sama sebanyak dua kali. ketepatan dan kesepaduan yang mana kebolehpercayan mengutamakan semua unsur tersebut . Ujian yang mempunyai kesahan yang tinggi dapat dikatakan memperlihatkan keadaan yang sebenar tentang perkara yang hendak diuji itu.

1990). Kelemahan membina butiran item Gerak balas pelajar KESAHAN dalam mentadbir ujian Kelemahan dalam memarkatkan Ujian RAJAH 3. perlu memikirkan tentang kegunaan hasil daripada keputusan-keputusan itu. kesahan dilihat: a. Untuk menentukan sesuatu ujian itu mempunyai darjah kesahan yang tinggi atau rendah. ianya boleh ditentukan dengan menggunakan pekali kebolehpercayaan. Khusus kepada kegunaan tertentu. Kesahan isi kandungan merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa sepatutnya diuji ( Ee Ah Meng.63 apabila kesahan diguna dalam hubungan kepada pengujian dan penlaian. Berkaitan dengan ‘ keputusan-keputusan ‘ ujian atau penilaian alat dan bukan alat tersebut. Kedua item yang tidak relevan akan mengakibatkan para pelajar menjawab salah hanya disebabkan oleh isi yang tidak diajar oleh guru ( Wiersma & Jurs.1 : Faktor-faktor yang merendahkan Kesahan Ujian. Antaranya ialah seperti yang digambarkan dalam Rajah 3 di bawah. Kesahan ini merupakan ciri penting dalam pembinaan sesuatu ujian yang sah. Menurut Rasyid Johar (2001) kesahan isi kandungaan melibatkan pemeriksaan sistematik isi ujian untuk menentukan samada ia meliputi sampel yang mewakili domain tingkahlaku yang diukur. Jika isi kandungaan ujian tidak sah akan membawa dua kesan iaitu pelajar tidak dapat menunjukkan kemahiran yang mereka miliki jika mereka tidak diuji tentang perkara tersebut. Apabila menerangkan kesahan. Menurut Mokhtar Ismail (1995) terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi darjah kesahan sesuatu ujian.1994). Kelemahan . Perkara yang diambil kira ialah kesahan keputusan ujian itu. Ia tidak boleh dikatakan sebagai kualiti yang umum. b.

Menulis objektif-objektif pengajaran dengan jelas c. maka beberapa elemen di bawah perlulah dipatuhi (Rashid Johar 2001). iaitu mudah. Keadilan juga boleh dikaitkan dengan aras dan pengagihan kesukaran ujian. Peralatan untuk ujian. Jangka masa yang diperuntukkan bagi menjawab soalan hendaklah bersesuaian dengan jumlah atau bentuk soalan yang perlu dijawab. a. Membina ujian mengikut format yang ditetapkan. sederhanadan susah. Calon yang baik akan dapat menjawab semua aras soalan. 4. kesahan isi kandungan. seperti kertas soalan daan kertas menjawab soalan hendaklah mencukupi. (Abd. PROSEDUR MEMBINA SOALAN Dalam sesuatu peperiksaan/ujian. sepatutnya tidak berlaku. Ujian hendaklaah diadakan ditempat dan keadaan yang sesuai. Kesilapan. Din. Namun ketiga-tiga aspek ini sering dipinggirkan oleh para guru. Bersesuaian dengan fungsi ujian iaitu untuk mendiskriminasi antara calon yang berkebolehan dengan yang kurang berkebolehan. Bidang atau topik yang akan diuji adalah berdasarkan sukatan pelajaran d. Keadilaan Keadilan bermaksud bahawa pelajar yang mengambil ujian berasakan bahawa ujian itu dikendalikan secara adil dan tidak menimbulkan rungutan pelajar. seperti salah ejaan. ujian yang mempunyai jawapan terbuka seperti karangan memerlukan masa yang lebih lama daripada aneka pilihan.64 Justeru itu untuk memastikan sesuatu ujian itu mempunyai kesahan isi kandungan yang tinggi. Menyediakan Jadual Penentu Ujian (JPU) b. Andaian yang biasa dipegang ialah calon yang lemah akan boleh menjawab soalan yang mudah sahaja. Ini mungkin disebabkan ketiadaan kemahiran serta masa yang terluang bagi guru atau penggubal soalan berdasarkan keutamaan yang diberikan dalam tugas-tugas lain seperti . Calon sederhana akan dapat menjawab soalan yang mudah dan pertengahan. salah angka dan kesalahan teknikal yang lain. 3. Kelicinan Sesuatu ujiaan hendaklah dijalankan secara baik dan tidak terganggu. kebolehpercayaan dan analisis item merupakan elemen yang sangat penting dalam menentukan kualiti sesuatu soalan itu. 2003). maka item yang terkandung dalam sesuatu ujian harus dalam pelbagai peringkat dari segi kesukarannya. Misalnya. Ghafar Md.

Akur peluang ii. 9. 8. item itu mestilah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. i. 10. Membina Jadual Penentuan Ujian(JPU) atau Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 4. Akur spesikasi Perkara yang ditaksir dan di mana pentaksiran itu dilakukan mestilah akur dengan spesifikasi ujian di peringkat soalan. Keakuran Keakuran dilihat dari tiga aspek : Akur kurikulum Perkara yang ditaksirkan dimana pentaksiran itu dilakukan (tajuk/konteks) mestilah merupakan sebahagian daripada kurikulum. Ujicuba dan pemilihan soalan Mentadbir ujian. jika ujian tersebut digunakan untuk membuat keputusan dalam konteks pendidikan. Menetapkan struktur dan format kertas ujian. 3. Membuat analisis dan tafsiran ujian. . Membina item/soalan ujian dan skema pemarkahan. Pemilihan item-item yang benar-benar sesuai dapat mengukur aras keupayaan pelajar akan memberi keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Ujian perlu dirancang dengan rapi. mengedit draf. Membuat laporan dan membuat keputusan terhadap ujian. Keputusan ujian yang sah dan boleh dipercayai sangat penting terutamanya . 6. Spesifikasi ujian diwujudkan untuk mengawal mutu kandungan ujian. Menurut Mehran dan Lehman (1983).65 memeriksa buku latihan pelajar. 5. iii. 7. menjalankan aktiviti ko-kurukulum dan sebagainya. untuk mempastikan item peperiksaan yang dibina adalah bermutu. dengan menetapkan : 1. Menetapkan jenis soalan. CIRI-CIRI SOALAN / ITEM YANG BAIK Soalan/item yang baik harus mempunyai cirri-ciri berikut: 1. Tujuan dan rasional ujian. bentuk dan susunan kertas soalan. 2. Realitinya ketiga-tiga elemen penilaian ini sangat penting dan guru tidak harus mengabaikannya.

66 Pelajar/calon mestilah diberi peluang yang mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir.Soalan/item mudah. Konstruk dikenalpasti dari Sukatan Pelajaran atau Huraian Sukatan Pelajaran. . Guru adalah orang yang dapat memberikan pertimbangan professional bagi kategori kesukaran sesuatu soalan itu. Tepat dengan tajuk/konteks Soalan yang dihasilkan mestilah menepati tajuk di mana pentaksiran konstruk itu dibuat. Soalan /item dikategorikan sebagai: . iaitu item yang mempunyai aras kesukaran sederhana di mana item itu boleh dijawab oleh pelajar yang sederhana dan cemerlang. kehadiran pengajar. Ini menggambarkan sesuatu item yang ditulis dengan sempurna akan mempunyai darjah communicability yang tinggi dari segi: .Soalan/item sederhana. 2. iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran rendah mana soalan itu boleh dijawab oleh sebahagaian besar pelajar. sederhana atau tinggi. Kesesuaian dilihat dari tiga aspek: Aras kesukaran Soalan yang dibina itu mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan. kepakaran mengajar dalam menyampaikan ilmu atau perkara yang ditaksir kepada pelajar / calon dan pengalaman harian pelajar. Konstruk merupakan dimensi manusia yang berbentuk konkrik atau abstrak. i. Ketepatan dan kejelasan dilihat dari tiga aspek: Tepat dengan konstruk Konstruk ialah perkara yang ditaksir iaitu perkara yang akan diperkembangkan dalam diri pelajar melalui sesuatu mata pelajaran. iaitu samada aras kesukaran rendah. .Kejelasan ekspresi . Jelas Soalan/item yang jelas dari segi stimulus. iii. tugasan dan arahan dapat memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan oleh pelajar serta bagaimana respons harus dikemukakan.Soalan sukar. i. ii. .Kebolehpercayaan . iaitu soalan yang mempunyai aras kesukaran tinggi di mana item itu boleh dijawab oleh pelajar cemerlang sahaja.Ketekalan stail 3. Peluang boleh dirujukkan kepada kemudahan yang ada.

pengorganisasian. Pada umumnya. penstafan. membina item di peringkat rendah dan selebihnya item dibina melebihi peringkat pengetahuan. memantau dan menilai sesuatu kerja. Bateman dan Snell (2002) fungsi pengurusan merangkumi perancangan. membina draf soalan yang lebih. kaitan dan ketepatan item yang dibina. kandungan atau perkara yang dikemukakan dalam soalan adalah perkara yang penting dalam pembelajaran pelajar. Koontz dan Weihrich (1997). Menurut Stoner dan Wankel (1987). Kementerian Pendikan (1989) mencadangkan prosedur berikut perlu diberi perhatian semasa pembinaan soalan iaitu menggunakan jadual penentuan ujian. membina arahan yang jelas. mereka nampaknya bersetuju bahawa JPU membantu mereka dalam penyediaan item ujian. . Namun. perlukan lebih daripada seorang untuk menyemak item untuk mempastikan kejelasan. Kajian Jamilah Ali (1990) dan Ismail Alias (1993) mendapati lebih kurang 50% guru menggunakan JPU semasa membina item ujian. 5. pada praktiknya guru lebih menumpukan kepada persediaan item yang selaras dengan objektif.67 4. PENGURUSAN Pengurusan adalah proses merancang. isi. selalu mengadakan ujian meliputi bahagian kecil dalam kandungan. jantina. Jaafar (1988). Kelemahan dalam membina JPU menyebabkan mereka kurang cenderung menggunakannya. Kepentingan Oleh kerana soalan yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk – tajuk maka adalah penting untuk memastikan bahawa idea. tempat tinggal atau status ekonomi. menyediakan bimbingan skor ujian dan membuat analisis item untuk menilai tiap-tiap item yang dibina dan mengukur item tersebut. tetapi mereka kurang merujuk kepada JPU semasa membina ujian. mengawal panjang sesebuah ujian. Perkara yang remeh atau yang asing kepada mereka hendaklah dielakkan kerana mentksir perkara yang remeh ini menyebabkan pertimbangan yang kurang berhasil kepada pelajar. Adil Soalan yang dikemukakan itu mestilah tidak memberikan faedah secara sistematik/automatik kepada golongan/kelompok tertentu dalam masyarakat samada mengikut ras. Pusat Perkembangan Kurikulum. Hadi Mohamad (1996) mendapati bahawa lebih 40 peratus guru yang dikaji mengakui bahawa mereka kurang mahir membina JPU. melaksana. Kajian Abd. menjamin kualiti. Prosedur di atas dapat membantu guru membina item ujian yang sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

latihan. Menurut Juran. 3. Bateman dan Snell (2002) menjelaskan perancangan perlu dibuat untuk mencapai objektif organisasi. usaha menambah kuiliti adalah melalui kesedaran pekerja. menubuhkan kualiti kaunsel. Tentukan matlamat untuk menambah kualiti. Secara keseluruhannya. Di sini jelaslah fungsi pengorganisasian adalah menentukan kaedah-kaedah yang akan digunakan bagi mencapai matlamat yang dirancang (Fauzia Osman 2000). 1. memilih projek.68 pemimpinan dan pengawalan Koontz dan Weihrich (1997) menegaskan perancangan melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk mencapainya. PENGURUSAN UJIAN Pengurusan ujian adalah bermaksud proses bagaimana sesuatu sistem mendapatkan maklumat tentang ukuran pencapaian murid dalam pembelajaran dirancang. melantik kumpulan. `` . Menjaga kecepatan dengan membaharui sistem dan proses syarikat setiap tahun. dijamin kualiti. dipantau dan dinilai ( Jamil Adimin. Menurut Jaafar (1988) pengorganisasian menentukan cara mana matlamat tersebut dicapai dan menetapkan peranan dan tugas yang mesti dijalankan oleh tiap-tiap pekerja dan staf dalam organisasi tersebut. dilaksana. usaha untuk meningkatkan kualiti memerlukan komitmen dari semua pihak dalam pengurusan sesebuah organisasi. Kejayaan peningkatan kualiti juga bergantung kepada penyertaan dan komitmen semua pihak yang terlibat dalam organisasi bermula dari pengurusan atas. Fungsi pengurusan seterusnya adalah pengorganisasian. Memberitahu keputusan 8. Menyedikan latihan 5. Melaporkan perkembangan 7. Seorang guru pengurusan iaitu Juran (dalam Oakland 1990) mencadangkan 10 langkah untuk membaiki kualiti iaitu: Bina kesedaran tentang keperluan dan peluang untuk menambah kualiti. komunikasi dan juga projek-projek tertentu bagi menyelesaikan. 2. dan menetapkan fasilitator. 2004). 4. Menjalankan projek untuk menyelesaikan masalah 6. pengurusan pertengahan dan peringkat bawahan. Kebolehpercayaan adalah ukuran sejauh mana hasil sesuatu kerja tepat dan konsisten dengan standard yang telah ditetapkan. Menyimpan Stor 9. Aturkan cara untuk mencapai matlamat contohnya. mengenal pasti masalah. Pengurusan ujian dianggap berjaya dan berkesan sekiranya mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Mengikut peraturan. Membuat pelan kontingensi. 5. Mengikut peraturan. Langkah seterusnya ialah membuat penilaian untuk membuat keputusan sepanjang dan selepas proses. Membuat jadual atau takwim. 7. 2.69 Untuk memastikan kebolehpercayaan pengurusan atau pengendalian peperiksaan/ujian pihak PPD hendaklah terlebih dahulu merancang dengan: 1. 4. Ianya adalah bertujuan untuk: 1. Sesetengan negeri mengadakan peperiksaan percubaan setara mengikut negeri masing-masing dan ada yang menjalankan peperiksaan percubaan setara mengikut daerah dan dikenali dengan peperiksaan/ujian setara daerah. 2. Memberitahu pihak yang terlibat. Mengikut bidang tugas. 6. Memberi latihan profesionalisma. Mengelak ketidakaturan. 4. 6. 2004). Secara profesional. Secara regular dan bersistem. membaik dan menambah baik dan merancang strategi berdasarkan maklumat yang tepat (Jamil Adimin . Anticipate masalah. Mengikut bidang tugas. 8. Mengikut pekeliling . Mengikut jadual. 3. 7. Kualiti Pengurusan ujian perlu dijamin supaya kesahan dan kebolehpercayaan hasil pengendalian/pengurusan ujian setara terjamin dan kredibiliti PPD terjamin. Mengelak ketidakkonsistenan sistem. Memilih petugas peperiksaan.. . 2. Seterusnya menjamin kualiti dengan berpegang kepada standard dan peraturan kerja. 3 4. Mendapatkan maklumat. 5. Berdasarkan ilmu. PMR. Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat Daerah Sebelum peperiksaan UPSR. Setelah itu pemantauan hendaklah diadakan. SPM dan STPM semua sekolah di Malaysia telah menjalankan Peperiksaan Percubaan. Menyediakan standard atau peraturan. 3. Semasa pelaksanaan hendaklah: 1.

kecuaian dan ketidak cukupan. Seterusnya tanggungjawab ini akan diambil alih oleh Setiap Panitia Matapelajaran untuk menguruskan soalan tersebut samada untuk memastikan tiada berlaku kebocoran. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan keselamatan soalan-soalan peperiksaan supaya tidak berlaku kebocoran. Soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak akan dihantar ke sekolah-sekolah untuk diperbanyakkan. Sepanjang peperiksaan dijalankan guru-guru yang mengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri. Pengurusan seterusnya akan diuruskan oleh PPD sehingga selesai soalan dicetak. Seterusnya markah semua sekolah dalam daerah tersebut akan dianalisis dan dibandingkan untuk melihat pencapaian pelajar dalam setiap matapelajaran sebelum menduduki peperiksaan sebenar. Dalam tempoh ini guru-guru akan program pengkayaan untuk pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan program pemulihan untuk pelajar yang mencapai keputusan sederhana dan rendah. Mesyuarat J/K induk bersama JPN ( Unit Kurikulum & Peperiksaan) Mesyuarat J/K kecil bersama PPD Penggubalan kertas ujian Pemurnian kertas ujian . Dalam mesyuarat ini akan diputuskan samada Ujian Setara akan dijalankan setara diperingkat negeeri atau daerah. Jarak antara peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar adalah selama sebulan.70 Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa induk JPN bersama Unit Peperiksaan setiap daerah. Sehubungan dengan itu kefahaman tentang kebolehpercayaan pengurusan ujian amat penting agar peperiksaan yang dijalankan menepati standard yang telah ditetapkan. Guru-guru matapelajaran bertanggungjawab memeriksa kertas jawapan pelajar dan markah akan dianalisis dan dihantar ke PPD. Carta aliran Pengendalian Dan Pengurusan Soalan Peperiksaan Peringkat Daerah adalah seperti dalam rajah 4 di bawah.

Cadangan Menyediakan bangunan khas atau bilik khas sebagai tempat menguruskan Segala yang berkaitan dengan peperiksaan seperti . Isu Tidak ada bangunan khas yang disediakan di peringkat daerah untuk dijadikan tempat menguruskan segala hal yang berkaitan dengan peperiksaan yang mana kawasan dan bangunan ini adalah sebuah kawasan larangan yang diwartakan. Keselamatan fizikal. Sebelum Peperiksaan Oleh kerana ujian setara ini dilaksanakan untuk peperiksaan percubaan sahaja.1: Carta aliran aktiviti pembinaan ujian setara daerah.71 Pembukaan Tender Percetakan Penyerahan Kertas Soalan kepada penender yang berjaya Percetakan kertas soalan Penghantaran kertas soalan kepusat peperiksaan sekolah Peperiksaan Percubaan Serentak/selaras Penganalisisan data peperiksaan Penghantaran Keputusan Analisis data ke sekolah Rajah 4. maka aspek-aspek keselamatan kurang dititik beratkan. ISU-ISU DALAM PENGURUSAN UJIAN SETARA DAERAH. Di antara aspek-aspek keselamatan yang diabaikan ialah: 1.

Apa yang berlaku di peringkat daerah ialah Pengetua akan menentukan siapa yang akan terlibat sebagai panel di sekolah masing-masing. 3. mesyuarat penyelarasan . 4. Mesyuarat penggubalan soalan hendaklah berpusat di PPD.72 mesyuarat panel. Setiap sekolah akan menjadi Ketua Panitia Mata pelajaran tertentu dan mereka akan menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penggubalan soalan. tempat menyimpan segala peralatan peperiksaan dan sebagainya. Bilik Jurutaip dan bilik komputer serta bilik penyalin. Ini menyebabkan penggubal tidak mahir dengan ilmu pentaksiran. Kertas soalan dan Peraturan Pemarkahan Isu . Kursus Pengujian dan Pengukuran Isu Sebelum kertas ujian digubal tidak diadakan kursus atau mesyuarat khas semua ahli panel yang terlibat. Ini akan menyebabkan mutu soalan yang dihasilkan tidak mengikut piawaian yang sebenar. Cadangan Pihak PPD hendaklah mengadakan kursus kepada semua panel yang terlibat tentang pengujian dan pengukuran agar soalan yang di gubal nanti mempunyai kesahan dan kebolehperyaan yang tinggi. analisis data. Mereka ini tidak semuanya terlibat secara langsung dengan pemeriksaan soalan atau ketua pasukan di peringkat LPM. Perlantikan Penggubal Isu Guru –guru yang dilantik oleh pihak PPD sebagai penggubal adalah Ketua Panitia mata pelajaran dan guru pakar. Cadangan Guru-guru yang berpengalaman hendaklah dipilih sebagai penggubal kertas Soalan serta guru tersebut juga mestilah pernah bertugas sebagai pemeriksa ketua pasukan. Di dalam bangunan ini terdapatnya bilik pegawai peperiksaan. 2. Bilik Panel sebagai tempat mengadakan mesyuarat.

Soalan-soalan ini akan disimpan di bilik pengetua atau bilik peperiksaan. Cadangan Kertas soalan dan peraturan pemarkahan hendaklah dianggap sebagai dokumen sulit dari peringkat penggubalan hinggalah selesai peperiksaan. . Cadangan Pihak PPD hendaklah melantik pengawas peperiksaan di kalangan Guru . Justeru keselamatan dokumen tidak terjamin. Di peringkat PPD Kertas soalan dan peraturan pemarkahan yang telah siap dicetak dihantar satu salinan ke sekolah oleh pihak PPD untuk diperbanyakkan. Guru yang menerim kertas soalan mesti merekodkan dalam buku rekod penerimaan. Ini untuk memastikan peperiksaan berjalan lancar. Oleh itu kertas soalan dan peraturan pemarkahan yang telah siap dicetak. Pengendalian kertas soalan oleh pegawai mesti dilakukan dengan bersaksi dan berekod. diperbanyakkan dan disimpan di PPD dan diuruskan oleh pegawai yang diberikan kuasa . 2. dan disimpan di sekolah hingga hari peperiksaan. Guru tertentu ditugaskan untuk mengambil soalan pada hari peperiksaan bermula. Oleh itu kebolehpercayaan pengawasan itu diragui.guru dengan bertukar antara sekolah. Pemantauan Semasa ujian percubaan dijalankan pemantauan hendaklah diadakan samada oleh pegawai PPD atau ditugaskan guru peperiksaan . Semasa Peperiksaan 1.73 Keselamatan soalan-soalan peperiksaan yang telah siap dicetak sememangnya perlu diberi perhatian. Isu Pengawas Peperiksaan Pengawas peperiksaan adalah terdiri daripada guru-guru di sekolah itu sendiri. Ini akan menimbulkan masalah kepada guru-guru apabila memeriksa kertas soalan subjektif terutama soalan aras tinggi. Selepas Peperiksaan Isu Setakat ini PPD tidak mengadakan mesyuarat penyelarasan pemarkahan seperti yang dilaksanakan oleh LPM.

Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Boston: Houghton Mifflin Company. merujuk kepada ilmu dalam pentaksiran dan kepatuhan kepada prinsip kerja. 2125 Mei. Hasilnya keputusan akan tepat dan statistik tepat ( Hjh.L. Manakala kertas ujian yang dihasilkan mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan serentak yang tinggi serta sesuai untuk pengujian dan penilaian ke atas pelajar. Siri Pendidikan Pergeruan. Kuala Lumpur. 1972. Abu Bakar Nordin. Ini dapat dibuktikan daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa markah yang diperolehi oleh pelajar mempunyai kesahan serentak di antara markah ujian setara dan markah peperiksaan yang sebenar. mempunyai kesahan. Keberkesanan pengurusan ujian setara di peringkat daerah dapat tingkatkan lagi sekiranya mencapai tahap pengurusan ujian yang memenuhi standard dan berkualiti. Peranan dan Amalan Penilaian Dalam KBSR. Ebel. Asas Penilaian Pendidikan. Ghafar Md. kecekapan dan pencapaian calon. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin. The social consequences in educational testing. Konsep. Din. In introductory reading educational measurement. Bhd. 2004 ) RUMUSAN Secara umumnya pengurusan ujian setara yang dijalan di peringkat daerah memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar dalam peperiksaan. kebolehpercayaan. 2003. R. 1994. Ke 2.74 Cadangan Mesyuarat penyelarasan pemeriksaan perlu diadakan supaya pemeriksa dapat berbincang tentang skima pemarkahan secara detail dan menentukan skill atau alat pengukur agar skor yang diberi jitu dengan kemahiran. Perkembangan dan Pelaksanaan Kurikulum. Ed. . 1990. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Penilaian Perlaksanaan KBSR anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum di Institut Aminudin Baki. kebolehurusan. Pengurusan ujian setara di peringkat daerah hendaklah mempertingkatkan lagi kualiti pengendalian ujian dengan mengamalkan prinsip penjaminan kualiti pengendalian ujian iaitu bermatlamat. 1987. Bhd. Fajar Bakti Sdn. Mazni binti Mat Salleh. Prinsip dan Amalan Pengajaran. Di samping itu pengurusan ujian setara di peringkat daerah lebih berkesan jika dapat menggubal kertas soalan percubaan yang dapat berfungsi mencerminkan pencapaian sebenar dalam peperiksaan awam yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn. Abd. Bhd. 1990. Ee Ah Meng.

Pemulihan dan Pengayaan dalam pendidikan. Mazni Mat Salleh. Mokhtar Ismail. Projek Sarjana Pendidikan. 1983. 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Singapore: The Mc GrawHill Company. Oakland John. Pentaksiran dalam Pendidikan Merujuk Kriteria. Ke 2. S. Ed. Tesis Sarjana Pendidikan. Ritzer. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. UKM. J. Kesan Peperiksaan Sekolah Terhadap proses Pembelajaran Murid-Murid Sekolah Menengah. Penilaian. & Jurs.A. Great Britain: Oxford. . Melaka. 1990. W. S. Mehrens. Management and evaluation in education and psychology. W. Ke 4. 1989. Kuala Lumpur: LPM. & dan Lehman. 1990. Sociology theory. Mok Soon Sang. 1978. 2004. 1990.D & Stanley.75 Hopkins. Rinehart & Winston. C. Educational and psychological measurement and evaluation. Kertas kerja Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan. Ed. Jamil Adimin . Pemeriksaan Berkualiti Satu Penantian. Fakulti Pendidikan UKM. Kesahan Isi Kesahan Serentak. Ke-3. G. 2003. Panduan Pembinaan Soalan. Kebolehan Pengendalian Peperiksaan. Pusat Perkembangan Kurikulum. Rifin Ani. 1998. Hazim Mokhtar. Quality Management. Ed. Omar Mohd Hashim. K. Pendidikan persoalan penyelesaian dan harapan. Wiersma.1995. Boston. Boston Allyn and Bacon. Ed. Penilaian di bilik darjah. G.2004. Kertas Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa Bersama. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kebolehpercayaan dan Analisis Item Kertas Sains Peperiksaan Percubaan Selaras Penilaian Menengah Rendah 2000 di Daerah Alor Gajah . Educational measurement and testing. New York: Holt. Kertas Kerja dalam mesyuarat pentauliahan Ketua Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa Bersama. Mohd. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Maimunah. Ke 8. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2001. Bhd. 1994.

. menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar.76 20. kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji." Dato' Dr. Oleh itu pada setiap masa. berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul. Abdul Shukor Abdullah. berimej. PEMUPUKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN GURU ( Wan Faizal Iskandar Bin Wan Abdullah ) Cabaran Dunia Pendidikan dan Kepentingan Etika Kerja " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara berkesan.

Alaf baru ditandai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yang amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.0 PENGENALAN Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka . Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis. seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. politik dan ekonomi. Sebagai arkitek sosial.77 1. sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mestilah mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat dan kandungan maklumat mesti mampu membangunkan sahsiah. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Oleh yang demikian. menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Oleh itu. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja. bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Justeru itu aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mestilah dalam konteks pendidik sebagai model contoh yang memberikan imej teladan. guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial. sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. bagi memastikan jatidiri guru terus utuh.kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Selain itu. guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar. pendidikan tidak hanya dibatasi dengan meletakkan pendidik sebagai fasilitator semata-mata. Lebih daripada itu. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum. Melalui etika ini juga dapat . Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara.

Suprihadi dan Soehartono (1982). Namun begitu. etika akan memberikan batasan ataupun standard yang akan mengatur pergaulan manusia didalam kelompok sosialnya. kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. bagaimana manusia bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan.78 membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini. Etika juga merupakan suatu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral. sifat-sifat individu. dan pada saat yang diperlukan akan berfungsi sebagai alat untuk mengadili segala tindakan yang secara logika-rasional umum (common sense) dinilai menyimpang dari kode etik Dengan . prinsip moral.0 DEFINISI ETIKA Etika berasal dari perkataan Greek iaitu ethos dan ethikos. yang patut dan tidak patut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. kebiasaan. perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. iaitu : pertamanya. Keduanya panduan sosial yang mengawal dan menghadkan tindakan kita terutamanya peraturan dasar yang menekankan baik atau buruk atau yang lebih dikenali sebagai ‘morality’. etika didefinisikan sebagai "the discipline which can act as the performance index or reference for our control system". tempat yang biasa. baik atau buruknya tindakan itu bahkan bertanya tentang latar belakang yang memotivasikan tindakan itu. kenapa timbulnya perbuatan itu dan apa akibatnya secara lahir dan batin. Ethos bererti sifat. etika ini kemudian dirupakan dalam bentuk aturan (code) tertulis yang secara sistematik dibuat berdasarkan prinsip-prinsip moral yang ada. Oleh demikian. watak. mengkaji tingkahlaku manusia. beradab atau kelakuan atau perbuatan yang baik. Tegasnya. Menurut Thiroux (2001). 2001). hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu.H . etika adalah cabang ilmu falsafah yang membicarakan tentang moral dan prinsip moral. membuat pertimbangan secara logik supaya manusia dapat hidup secara teratur. aman dan harmoni dalam sistem sosialnya. termasuk yang dimaksudkan untuk menjadi orang baik. etika ialah sebagai proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. 2. etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan. Ismail Ibrahim (1995) menyebut. (Thiroux. mendefinisikan etika sebagai ilmu tentang tingkahlaku manusia yang tidak sahaja bertanyakan kenapa tindakan itu terjadi. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah. membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduan cara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moral manusia serta masyarakatnya. Dalam pengertiannya yang secara khusus dikaitkan dengan seni pergaulan manusia. perbuatan yang baik dan buruk. Ia bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkahlaku manusia. etika adalah sains perlakuan atau “behavioral science” yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalam masyarakat.C (dalam Shaw W. cara hidup atau budaya manakala ethikos pula ialah tatasusila. Kesimpulannya. Menurut Martin [1993]. Manakala Solomon R. 1999) menyebut bahawa etimologi etika menekankan kepada dua asas utama.

Kehadiran organisasi profesion dengan perangkat "built-in mechanism" berupa kode etik profesi dalam hal ini jelas akan diperlukan untuk menjaga martabat serta kehormatan profesi. dan disisi lain melindungi masyarakat dari segala bentuk penyimpangan maupun penyalah-gunaan keahlian (Wignjosoebroto. Niat yang betul b.79 demikian etika adalah refleksi dari apa yang disebut dengan "self control".1 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:a. kerana kelompok profesional merupakan kelompok yang berkemahiran yang diperolehi melalui proses pendidikan dan latihan yang berkualiti dan mempunyai standard tinggi yang dalam menerapkan semua kemahirannya yang tinggi itu hanya dapat dinilai dari dalam oleh rakan sejawat.2 NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia. apa yang semula dikenal sebagai sebuah profesi yang terhormat akan jatuh menjadi sebuah pekerjaan pencarian nafkah biasa yang sedikitpun tidak diwarnai dengan nilai-nilai idealisme dan ujung-ujungnya akan berakhir dengan tidak-ada lagi respek maupun kepercayaan yang diberikan kepada para golongan profesional ini. apabila dalam diri para elit profesional tersebut ada kesadaran kuat untuk mengindahkan etika profesi bila mereka ingin memberikan jasa kepada masyarakat yang memerlukannya. Tanpa etika profesi. Oleh kerana itu dapatlah disimpulkan bahwa sebuah profesi hanya dapat memperoleh kepercayaan dari masyarakat. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi 2. 1999). Nilai-nilai itu adalah: . Memperkotakan apa yang dikatakan e. kerana segalanya dibuat dan diterapkan untuk kepentingan sosial (profesi) itu sendiri. Perlakuan yang baik c. 2. tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. sesama sendiri. Berdisiplin dan beradab f. Pengerak ke arah kebaikan d. Selain dari itu.

80 a. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Benar c. sosial. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. penyelidikan. . mental. 3.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa • Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. 3. keturunan atau agama. Bersyukur e. Bijaksana d. Amanah b. Dedikasi f.0 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN Tatasusila profesion perguruan merupakan suatu garis panduan atau kod-kod tingkahlaku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di Malaysia. emosi. pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Menunjukkan suatu cara berpakaian. ibubapa. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani. masyarakat dan negara dan juga rakan sejawat dan profesionnya sendiri. Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab termasuklah pelajar. ekonomi.1 Tanggungjawab terhadap pelajar • • • • • • Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Ihklas g. politik. Penyayang 3. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. persidangan.

institusi pendidikan dengan masyarakat. . Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan • • • Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa. masyarakat atau negara.81 • • Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan kebudayaan. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa. keturunan dan agama. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. bertanggungjawab dan berguna. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara • • Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. • • • • 3. Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia. Menganggap semua makumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. • • • 3. ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Sifat istiqamah. emosional. . Prihatin terhadap kebersihan diri. perawakan dan tempat tinggal.0 Etika Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. mental mahupun moral. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. Antara yang boleh dirumuskan ialah: 4. Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah. sama ada dari aspek fizikal. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.82 • • • Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan.1 Etika • • • • • • guru Tanggungjawab muslim terhadap Terhadap Allah ialah Allah seperti berikut: Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. pakaian. 4.2 Tanggungjawab Terhadap Diri • • • Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. 4. organisasi dan penyeliaan pendidikan. menengah dan tinggi. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . takut dan harap kepada Allah. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk. termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran. menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.

Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. jantina. 4. • Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan. intelek. kepercayaan politik. .3 Tanggungjawab Terhadap Ilmu Guru muslim hendaklah : • Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa. intelek. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. daya cipta dan rohani. • Beriltizam dengan amanah ilmiah. agama atau kepercayaan. persatuan atau persendirian. bahasa. masyarakat dan negara. • Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. tempat asal keluarga. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani. 4. • Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.83 • • Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. agama. warna. • Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. akademik dan status-status lain. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa.4 Tanggungjawab terhadap Profesion • • • • • • • • • Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.5 Tanggungjawab Terhadap Pelajar • • • • • Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. persidangan. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). masyarakat awam atau negara. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. politik. 4. mental. . Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. emosi. pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.6 Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat . Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Menampilkan suatu cara pakaian.84 • • • • • • • • • • • • • Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. politik persendirian terhadap para pelajarnya. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. sosial. 4. lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian. ekonomi. keturunan dan agama. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan. mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara. dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 4. • Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. bertanggungjawab dan berguna. menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan. • Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. masyarakat atau negara. • Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa.7 Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara • Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar. • Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. . • • • • 4. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.85 • Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa. kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.8 Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa • • • • • Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. • Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia. institusi pendidikan dengan masyarakat. keturunan dan agama. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. nilai dan budaya. dan mempunyai 'mental life' yang segar. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi. . Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan. melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. sedar-diri dan faham-kendiri. Untuk menjadikan 2. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya.0 CIRI-CIRI GURU YANG BERKESAN Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective) boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu: · · · 1. 5. ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. menganalisis. Ciri mengajar yang memberikan hasil. berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka. di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja. Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan. Kedua .86 • Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku'. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak. sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran. 3. sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Ciri intelek yang menunjukkan ilmu. peraturan dan undang-undang. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang muridmuridnya mesti buat.

Walau bagaimanapun selain latihan yang diikuti minat yang mendalam terhadap kerjaya juga membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru prasekolah. suka belajar. Sebagaimana apa yang dinyatakan oleh Yu. yang menjadi teras pelaksanaan praktikum . Kelayakan dan keprofesionalan guru menentukan kualiti program. Latihan adalah penting bagi seseorang guru sekolah bagi mencapai kemahiran. ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kualiti gurunya. 6. memupuk rasa tanggungjawab bersama. Motivasi juga merupakan faktor penting yang boleh meningkatkan kualiti guru-guru prasekolah kerana ia akan menaikkan semangat untuk berusaha dan mencapai matlamat yang hendak dicapai.Guru yang baik ialah guru yang efektif.0 PROGRAM PENDIDIKAN GURU Program pendidikan guru ialah satu program latihan praktik dan sistematik berasaskan sekolah yang bersifat "developmental". beretika dan mempunyai latihan yang cukup. menguasai. bimbingan dan latihan lebih diutamakan daripada penilaian. fizikal yang sesuai. Guru yang berkualiti dilihat dari segi hubungan erat yang berjaya diwujudkan dengan pelajar. Penglibatan sekolah dalam melaksanakan program ini dapat mewujudkan jalinan hubungan kerjasama antara Universiti dan sekolah. Dalam melaksanakan program pendidikan guru ini. kemampuannya mengembangkan program dan merancang aktiviti.87 pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. dan mengukuhkan ilmu profesional keguruan untuk menjadi guru permulaan yang berkesan. Program ini membolehkan guru pelatih membina. fleksibel. Ia perlu dipupuk dan dibajai melalui latihan yang sistematik sebelum melibatkan diri di dalam profesion perguruan. berkeyakinan. Mack (1975) mengatakan ciri-ciri personaliti guru dan setakat mana latihan profesionali yang dimiliki adalah menyumbang kepada kebolehannya. kejayaannya mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibu bapa dan rakan sejawat yang lain dan kemahirannya dalam pentadbiran dan perkembangan professional. Kemahiran yang ada pada guru tidak lahir begitu sahaja. Guru yang efektif merupakan guru yang berkemahiran serta dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar. menghormati pelajar dan ibu bapa. Guru-guru perlu mendapat latihan professional untuk memahami bagaimana murid-murid berkembang dan belajar. perawakan baik.Wei Lin dan Spodek (1992) iaitu latihan berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah. rasa kesepunyaan (ownership) dan mengukuhkan konsep "partnership" bagi membantu perkembangan profesionalisme. Jalinan kerjasama dan perkongsian pengalaman serta kepakaran antara Universiti dan sekolah. Ciri-ciri personaliti guru termasuklah: mempunyai kematangan. Namun begitu. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri. kecekapan serta keberkesanan di dalam perlaksanaan tugas.

• mengamalkan. Di samping itu. • mengenal pasti dan memahami murid-murid yang mempunyai perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu tersebut. penglibatan yang meluas dalam proses penyelidikan akan menimbulkan “sense of ownership” di kalangan semua pihak guruyang terlibat dalam penyelidikan . • membina daya usaha. program ini memberi peluang kepada guru pelatih belajar: • tentang tugas dan tanggungjawab asas keguruan. • melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan kokurikulum sekolah dan mencuba pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.1 Objektif Program Pendidikan Guru Program pendidikan guru memberi peluang kepada guru pelatih mengenal secara lebih dekat peranan dan fungsi guru dan pengelolaan serta pengurusan sebenar bilik darjah. Secara khusus. • menganalisis perbezaan-perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah yang dihadapi.88 dapat membantu perkembangan sekolah terutamanya dari segi peningkatan ikhtisas guru pelatih. kerjasama. kreativiti. 6. 6.2 Guru Sebagai Penyelidik Penyelidikan dalam konteks globalisasi ini menekankan kepada pembentukan satu budaya kolaboratif. perkongsian dan penyayang dalam masyarakat. kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. • sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. dan (c)pembentukan ciri sahsiah yang sesuai dengan profesion keguruan. mengubah suai dan mencuba teori-teori dan metodologi pengajaran berasaskan keseluruhan ilmu keguruan dan disiplin pengkhususan. (b)pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah. • mengamal dan mencuba kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja murid seperti yang telah dipelajari di dalam kursus. • prosedur dan teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum • mempraktikkan etika keguruan. • mengalami proses sosialisasi di dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi secara positif dalam bidang perguruan. Komponen utama yang perlu ada dalam program pendidikan guru ialah: (a)pengajaran dan pengalaman di bilik darjah. • menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran.

Konsep ‘reflection-inaction’ dan ‘knowing-in-action’ membawa maksud refleksi yang dilakukan semasa seseorang itu melakukan sesuatu untuk mempastikan apa yang dilakukan itu berkesan ataupun mungkin persepsi yang baru diperolehi bagi membaiki amalan. Budaya ini memungkinkan suara dan pandangan wakil guru didengar dan diambil perhatian oleh pihak pembuat dasar dan pihak-pihak yang . adalah sebenarnya dikelilingi oleh sumber-sumber dan bahan yang kaya yang boleh dijadikan bahan penyelidikan. Keadaan ini banyak berlaku semasa guru mengajar misalnya guru sentiasa (sama ada secara sedar atau tidak) membuat refleksi ke atas pengajaran yang sedang mereka jalankan. ‘key personal’. Bagi Elliott. Penglibatan pakar-pakar penyelidik dalam membimbing guru untuk melakukan penyelidikan secara berterusan boleh membentuk budaya menyelidik dan reflektif. adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.Schon mengemukakan konsep ‘reflection-inaction’ dan ‘knowing-in-action’ sebagai proses penyelidikan yang menjadi saluran untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional.89 tersebut. Perwakilan seperti ‘NGO’. Setiap pihak yang terlibat akan lebih terbuka dalam memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan. Pendidikan menjalankan penyelidikan perlu diberi kapada gurusupaya aspirasi negara untuk membina insan yang mempunyai kemahiran meneroka jati diri terbena secara intrinsik. Pandangan di atas menunjukkan bahawa guru memerlukan trdisi penyelidikan yang sesuai dengan teori dan amalan mereka yang dapat menyumbang terhadap peningkatan kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Penyelidikan perlu dijadikan sebagai salah satu tugas utama masyarakat. jelaslah bahawa penglibatan guru sebagai penyelidik ini perlu diperkembangkan. suri rumah. rumahtangga dan sekolah adalah merupakan makmal yang ideal untuk menguji teori-teori sosial dan kemasyarakatan. Stenhouse (1975) berpendapat bahawa jika guru hendaklah merealisasikan aspirasi negara mereka. Proses ini melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan. ketua tempat kediaman. wakil dari organisasi. firma dan kilang-kilang. Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan. Organisasi. Elliott (1993) menekankan betapa perlunya refleksi yang sistematik sebagai cara untuk mempertingkatkan mutu keputusan dan tindakan profesional yang dibuat oleh seorang pengkaji Elliott telah mengutarakan paradigma sains praktikal yang merangkuami konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal refleksi. Dari pandangan-pandangan di atas. perubahan pendidikan perlu berlandaskan inkuiri yang sistematik. tempat kerja. Donald Schon (1983) yang menyarankan perubahan amalan gurudari berbentuk ‘technical rationality’ kepada ‘reflective rationality’ yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional. Satu tradisi penyelidikan yang berkembang dalam kemasyarakatan perlu di cuba dan di bangunkan.

Malaysia) ? Walaupun Pengetua/Guru Besar dan guru memegang Buku Rekod Pengajaran dan merekodkan rancangan pengajaran mereka tiap-tiap hari. metodologi. proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan digunakan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan. Dalam konteks pendemokrasian penyelidikan konsep guru sebagai penyelidik ini akan mula berakarumbi di kalangan guru di negara ini. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh menyelesaikan sesuatu masalah. dan salah satu faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku ialah faktor materialistik. di antaranya termasuklah sifat bertanggungjawab. Malaysia yang merupakan garis panduan kod etika perguruan? Berapa peratuskah Pengetua/Guru Besar dan guruguru seluruh Malaysia yang memahami kod etika ini dan betul-betul mengamalkannya? Menurut Dr. Ini menyebabkan guru menggunakan lebih banyak masa untuk kepentingan sendiri ke arah perkara-perkara tesebut daripada memberi tumpuan kepada perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Ini jelas sekali . Mohammed Sani (2001) dalam menggariskan sifat dan kualiti peribadi seseorang guru. mempuyai keyakinan diri. Malangnya terdapat juga segolongan guru dan Pengetua/Guru Besar yang seolah-olah telah ‘terlupa’ tentang kewujudan kod etika keguruan. 7. Pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat keputusan serta tindakan yang lebih baik. Menurut Dr. kemegahan dan pangkat. tugas mendidik sekarang telah dicemari dengan kegilaan guru untuk mencari kekayaan.0 ISU-ISU BERBANGKIT 7. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama penyelidikan tindakan perlu dijadikan amalan harian. tetapi adakah mereka membaca dengan teliti dan memahami Tatasusila Profesion Perguruan . Menurut Rohaty (2002).1 ISU DISIPLIN Sejauh manakah guru-guru di sekolah sedar akan etika keguruan seperti yang tercetak di dalam Buku Rekod Pengajaran (Tatasusila Profesion Perguruan. mempuyai daya kepimpinan dan menghayati nilai keagamaan dan nilai murni melalui program tarbiyah ruhiyyah yang berterusan. Ini sekurang-kurangnya dapat menigkatkan keyakinan dan ‘self-esteem’ guru Budaya menyelidik juga didapati telah dapat menigkatkan keberkesanan guru yang seterusnya dapat menyumbangkan kepada kualiti pendidikan. guru perlu memahami dan menghayati etika dan profesion keguruan supaya dianggap professional. Untuk membolehkan penyelidikan memberi sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan gurudi setiap peringkat. Tajul Ariffin (1997).90 berkepentingan dalam pendidikan. tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah itu dapat dibuat dengan lebih berkesnn.

``Namun begitu ada juga pengurus sekolah yang tidak tahu perbuatan mereka itu menyalahi peraturan. b. Pengetua berpakat dengan kontraktor menuntut kos baik pulih perabot sekolah dengan menggunakan resit/invois tetapi kerja baik pulih tidak dijalankan sebaliknya kerja lain dibuat.91 menjejas etika dan profesion keguruan. 2. dan ini telah menunjukkan peningkatan dalam kes penyalah gunaan kuasa oleh pihak berkenaan. beliau telah mengatakan bahawa pengurus sekolah menyedari peruntukan undang-undang mengenai penyalahgunaan kuasa itu. Pengurus sekolah meminta kontraktor membaiki rumahnya secara percuma kerana beliau telah menganugerahkan kontrak kepada kontraktor berkenaan. Dalam pembentangan kertas kerja tersebut. b. Anak pengurus sekolah telah diberikan pekerjaan sebagai kerani di pejabat kontraktor sebagai balasan kerana mendapat kontrak.'' katanya. Pengetua sekeluarga menerima tiket kapal terbang secara percuma untuk melancung ke luar negeri dari syarakat buku yang menjual buku di sekolah berkenaan. pada masa kini telah berlaku kes-kes salah guna kuasa dan salah laku serta jenayah yang melibatkan pengurus sekolah atau/dan guru-guru sekolah. belaiu telah memberi contoh kes-kes yang tidak beretika yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia seperti berikut: 1. tetapi sebenarnya perjalanan adalah daripada A ke B. c. Menurut beliau. Pengetua menerima wang bulanan untuk dirinya daripada pengusaha kantin asrama sekolah kerana telah berusaha mendapatkan tender untuknya. d. kes-kes sedemikian didapati bertambah setiap tahun. Pengetua meluluskan bayaran kepada kontraktor membekal makanan untuk pelajar-pelajar asrama sekolahnya dalam keadaan beliau tahu bahawa tuntutan adalah tidak betul iaitu 100 orang pelajar diberi makanan tetapi tuntutan daripada kontraktor ialah 200 orang pelajar yang diberikan makanan. e. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah. Sebagai kesan sampingannya.''. Mac 2004. Pengurus sekolah membuat tututan perjalanan kepada pihak atasan kononnya perjalanan dibuat daripada tempat A ke C. Guru Jasmani menerima wang daripada kontraktor didorong bahawa beliau meluluskan pembelian alat sukan. Zulqarnain Hassan dalam pembentangan kertas kerja yang bertajuk Jenayah Rasuah – Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan Dalam Pengurusan Sekolah pada Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-3 di Institut Pengetua Universiti Malaya. . c. Contoh penggunaan dokumen palsu untuk mengelirukan majikan a. Contoh Kes Suapan a. ``Tetapi mereka dengan sengaja melakukannya ….

Selain daripada kes-kes yang tersebut di atas. c.000 (Berita Harian.92 3. pengedar dan individu-individu yang ingin membuat jualan terus kepada pelajar-pelajar dan guru-guru atau pun ingin mengadakan promosi melalui pameran dan demonstrasi dengan tujuan yang sama (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1988. Pengurus sekolah dikehendaki membayar sejumlah wang kepada Perbendaharaan tetapi bayaran tidak dibuat kepada Perbendaharaan sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun sendiri maka beliau telah melakukan pecah amanah. 24/6/2004). 30/6/2004). b. penerbit. Pengetua memberikan tender mengusahakan kantin sekolah kepada pengusaha kantin yang ada hubungan persaudaraan iaitu adik ipar. Seseorang pengurus sekolah mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarakat abangnya untuk mendapat bekalan kertas. Pengurus sekolah memberikan wang bantuan kerajaan kepada pelajar berada. penguasa. pasu bunga dan peralatan sukan sekolah. dalam tahun 2004 ini telah pun berlaku beberapa kes yang tidak beretika di kalangan guru kerana terlibat dalam penjenayahan dan salah tingkahlaku. 4. Selain daripada contoh kes-kes penyalah gunaan kuasa yang tersebut di atas. kapur. Menurut pekeliling berkenaan. khususnya syarikat-syarikat pengeluar. dan bukannya pelajar miskin seperti dikehendaki oleh peraturan. Contoh kes pecah amanah a. Satu kes yang lain pula melibatkan penjenayahan yang telah dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang telah menculik seorang budak perempuan yang hanya berusia empat tahun dan telah meminta wang tebusan sebanyak RM200. Contoh kes pengurus sekolah yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya/jawatannya untuk kepentingan peribadi atau saudara a. Pengurus sekolah membeli peralatan peti sejuk dan televisyen bagi kegunaan bilik guru sekolah dengan mengeluarkan pesanan tempatan kepada syarikat elektrik milik isteri/suaminya. Selain daripada itu. b. Pahang ialah ibubapa seorang pelajar telah mengadu bahawa anaknya telah dirotan walaupun kesalahan yang dilakukannya terlalu kecil (Berita Harian. Kementerian Pendidikan Malaysia). kita juga sering dapati adanya kecenderungan pihak-pihak tertentu. satu kes yang berlaku di Sekolah Menengah Sains di Kuantan. Pengetua dan Guru Besar diingatkan bahawa .

doctor pelatih adalah di bawah pegawasan doktor . 4.2 ISU SEMASA PROGRAM LATIHAN GURU Isu profesion guru juga sering dikaitkan dengan latihan mengajar. Semasa menjalankan housemanship. Kementerian Pendidikan Malaysia). Penyeliaan dibuat untuk menilai kecekapan guru mengajar dan respons dari pelajar di dalam mata pelajaran.93 “ … kebenaran tidak boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau mana-mana individu . Walau bagaimanapun. Latihan mengajar memberi peluang bagi guru menggunakan teori dan prinsipprinsip pendidikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar di samping meningkatkan keyakinan diri untuk mengurus bilik darjah. Agen mangkin dalam pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Terdapat beberapa kelemahan dalam program latihan pengajar: 1.. Pembimbing dan model. maktab. tuntutan ibu bapa dan masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik cemerlang. Fasilitator dalam pembelajaran pelajar. kelonggaran kepada larangan ini boleh diberi kepada pihak-pihak yang memohon untuk membuat jualan … keadaan-keadaan tertentu seperti … perayaan Hari Ibubapa. 5. Tumpuan khusus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mengikut opsyen guru pelatih itu. Kemahiran profesional belum mantap Latihan mengajar menekankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran. 7. sedangkan tuntutan profesion perguruan lebih daripada itu kerana guru menghadapi banyak tekanan sosial seperti masalah berkaitan dengan disiplin.12/1988. Pengetahuan akademik tidak cukup untuk menjadi seorang guru. Pembuat keputusan dalam penggunaan peluang ada untuk kebajikan pelajar. Hari Guru. Kementerian Pelajaran dapat menguruskan progam latihan mengajar bagi guru pelatih dengan cara lebih berkesan? Latihan mengajar bagi bakal guru adalah pendidikan awal dalam hidup pendidik. Penggerak kepada usaha pelajar. pengalaman dan amali praktikal menentukan kejayaan seseorang guru.. Keberkesanan penyampaian pengetahuan adalah hasil sebenar kerja mereka. 3. 2. Kekurangan bimbingan dan tunjuk ajar Guru pelatih diselia antara 5 hingga 8 kali semasa latihan mengajar. latihan profesion kedoktoran. Persoalan seperti bagaimana pihak universiti.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Keseluruhan jangka masa latihan mengajar lebih kurang 12 minggu. doktor perlu menjalani housemanship selama setahun. Keberkesanan pengajaran guru bergantung kepada konsep guru sebagai berikut: 1. waktu mengajar antara 8 hingga 10 waktu seminggu. Hari Sukan … [atau] demonstrasi dan promosi hanya mendapat perhatian dan pertimbangan … tanpa melibatkan pelajar-pelajar dan lain-lain guru. Sebagai perbandingan. 2.

tempoh masa perguruan di maktab berkurang dari tiga tahun ke dua setengah tahun. Pendidikan guru dalam perkhidmatan sentiasa menekankan strategi pengajaran baru terutamanya apabila sesuatu kurikulum baru diperkenalkan untuk dilaksanakan oleh guru. Di samping itu. Jangka masa terlalu singkat menyebabkan calon tidak didedah kepada suasana sebenar di sekolah dengan masa yang cukup. mempertingkatkan kebolehan mengajar dan mendalami pengetahuan dan pengalaman guru. Tempoh latihan perguruan berubah mengikut institusi dan permintaan tenaga manusia.2. Program diploma pendidikan di universiti mengambil masa 9 bulan termasuk latihan mengajar. Menurut pegawai kanan di Kementerian Pendidikan dan pengetua maktab perguruan bahawa pengetua cenderung mencalonkan guru bermasalah manakala guru yang berprestasi baik diminta terus mengajar di sekolah untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar tidak terjejas dan keputusan peperiksaan sekolah dapat dikawal dan dipertingkatkan. doktor tersebut perlu mendapat pengiktirafan dan mendaftar dengan persatuannya untuk latihan dan seterusnya terikat dengan tatasusila profesion kedoktoran di bawah pengawasan persatuan perubatan. hanya seramai 1. kenaikan pangkat atau gaji. Punca-punca minoriti guru yang menghadiri program adalah: 1. Bilangan kursus yang ditawarkan dan bilangan peserta yang diambil adalah terhad. Mengikut kajian Dr Mohammed Sani Bin Ibrahim (1992). Selepas itu. .1 Kekurangan latihan pendidikan guru dalam perkhidmatan Pendidikan guru dalam perkhidmatan adalah pendidikan terancang dan berterusan untuk membantu guru yang sedang berkhidmat bagi mengemaskini pengetahuan dan kemahiran profesional mengenai pendekatan dan penemuan mutakhir untuk membolehkan mereka menjalankan tugas dengan efektif.83 % daripada jumlah guru di Malaysia pada 30 Jun 1989 seramai 178. sijil atau diploma yang dianugerahkan oleh Kementerian Pendidikan membantu para guru melanjutkan pelajaran ke universiti.94 pakar. Misalnya. Jabatan Pendidikan Negeri juga tidak menyokong kebanyakan pemohonan guru yang dicalonkan oleh pengetua. 3. Jangka masa latihan yang singkat Salah satu ciri profesion ialah latihan ahli-ahlinya memakan masa panjang dan seragam di semua institusi pengajian.666 guru yang berpeluang mengikuti program pendidikan guru dalam perkhidmatan. Program ini membantu guru menjalankan tugas.485 orang guru iaitu 0. 2. Masalah mendapat calon yang sesuai menyebabkan berlakunya guru-guru pernah mengikuti kursus dipilih semula untuk berkhusus. 7. Sistem pemilihan peserta kursus tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

syarat kelulusan akademik memasuki bidang perguruan dinaikkan dari CGPA 2. Perlukah temuduga lebih ketat bagi pemilihan calon program pendidikan diadakan? Keberkesanan guru bergantung kepada latihan yang diterima dan keperibadian. banyak sifat lain seperti dedikasi. Freeman dan Brousseou. Isu tentang kelulusan akademik guru bukan sahaja menarik minat orang ramai di Malaysia sahaja. Misalnya.00 ke 2. sabar. perakuanan dan kedoktoran yang menarik pelajar terbaik.3 ISU CALON GURU Antara calon-calon yang menawarkan dirinya menjadi guru ada yang terdiri daripada golongan tidak berminat terhadap profesion guru. pendidikan hanya dapat menarik pelajar-pelajar yang kurang kebolehan dalam bidang akademik. 7.5 (Laman dan Reeves. Kredibiliti guru bergantung kepada: . maka sebahagian mereka telah diserapkan ke profesion perguruan. 1983). Maklumat mengenai kursus tidak sampai ke pengetahuan guru dan ini menyebabkan ramai guru tidak boleh memohon untuk mengikutinya. kelulusan akademik sematamata tidak dapat menjadi ukuran. Profesion perguruan dan skim perkhidmatan pendidikan masih belum menandingi profesion-profesion lain seperti peguaman. 1985. aptitude atau kecenderungan dan personaliti disertai dengan iltizam untuk berjaya merupakan faktor penentu sama ada seseorang itu menjadi guru baik atau sebaliknya. 1985). perniagaan. akhlak baik adalah sangat penting. gred E bagi dua mata pelajaran lain bagi calon dari STPM.95 3. Kriteria bercorak akademik digunakan dalam pemilihan calon perguruan tanpa menitikberatkan sikap. Malaysia dilandar dengan “banjir siswazah” akibat daripada dasar pendemokrasian pendidikan dibawa oleh Dasar Ekonomi Baru. kejuruteraan dan undangundang. dan menganggap guru sebagai satu pekerjaan tidak dapat menjadi seorang guru yang baik. Walau bagaimanapun. oleh kerana memerlukan pekerjaan dan merupakan pilihan terakhir mereka selepas gagal memasuki program lain. Book. Gambaran yang jelas telah menunjukkan kelulusan akademik calon pendidikan kurang daripada pelajar yang mengikuti pengajian perubatan. Untuk menaikkan imej penguruan di Amerika Syarikat. Justeru itu. untuk menjadi guru baik. Kebolehan intelektual bakal-bakal guru didapati jauh lebih rendah daripada kebolehan kebanyakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang lain seperti kejuruteraan dan perubatan. Laporan dari Amerika tentang keadaan kurang memuaskan bagi keupayaan akademik (scholastic aptitude) di kalangan pelajar berminat menjadi guru. Peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan akibat kemerosotan ekonomi menyebabkan pengangguran segolongan besar siswazah. Calon yang tidak berminat. mendapat sekurang-kurangnya gred E bagi Pengajian Am. syarat umum kemasukan universiti adalah lulus SPM dengan kepujian BM termasuk lulus ujian lisan. Kajian-kajian seterusnya menunjukkan latar belakang akademik pelajar pendidikan perguruan sama baik dengan latar belakang akademik pelajar dalam bidang lain (Fisher dan Reldman.

kaedah yang paling berkesan untuk mencapai matlamat bukan dengan menggunakan kuasa (autokratik) tetapi dengan memenuhi hasrat dan keperluan individu. 5. dimasukkan ke dalam agenda Mesyuarat Pertama Tahunan dan apabila adanya guru baru yang melapor ke sekolah untuk mengingatkan guru-guru tentang kod etika perguruan yang harus dipatuhi. Guru perlu menyusun dan menentukan keutamaan kerja mereka sendiri. Laksanakan program peningkatan profesionalisme guru Melalui program berkenaan membolehkan guru sekolah terbabit bekerjasama dengan pensyarah maktab perguruan mengusahakan program yang dikenal pasti berdasarkan keperluan masing-masing. 3. Selain daripada itu. Kualiti pengajaran dan pembelajaran guru di padalaman perlu ditangani dengan melaksanakan strategi berbeza daripada guru lain. di mana . 4. Malaysia yang tercatat dalam Buku Rekod Pengajaran. seperti membina bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan membuat demikian. juga pamerkan Tatasusila Profesion Perguruan dalam Bilik Guru supaya ianya dapat dibaca oleh seluruh masyarakat sekolah agar guru akan sentiasa sedar akan kod etika profesion keguruan. sikap penyayang terhadap kanak-kanak dan bercita-cita mengeksploitasi potensi mereka sepenuhnya. Geografical isolation perlu dipecah bagi mengurangkan jurang perbezaan pendidikan antara kawasan pedalaman. sekaligus menaikkan prestasi pelajar di kawasan pedalaman dalam pelbagai aspek. komitmen dan kepuasan diperolehi. diantaranya seperti berikut : 1. Topik Etika dan Profesion Keguruan dengan berpandu kepada Tatasusila Profesion Perguruan. Nilai sikap motivasi faktor personaliti faktor aspirasi dedikasi. bertepatan matlamat mempertingkatkan akses. 2. 3.96 1. kursus padagogi dan motivasi serta meningkatkan profesionalisme guru. 8. pengetua dan guru besar juga akan sentiasa mengingati wujudnya kod etika yang harus dipatuhi dalam pengurusan sekolah. Dalam hal ini Omardin Ashaari (1996) menyatakan dalam teori moden. ekuiti serta kualiti pendidikan dan strategi memperkasakan sekolah kebangsaan. 2. Memberi bimbingan profesional berterusan kepada guru. luar bandar dan bandar 5.0 CADANGAN Disarankan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi meningkatkan nilai etika dan kualiti profesion perguruan dalam sistem pendidikan di negara ini. 4.

guru juga perlu berdepan dengan tanggapan dan persepsi pelajar dan masyarakat yang pelbagai terhadap etika dan profesion keguruan. Nilai etika dan gaya ini haruslah di pupuk dalam program pendidikan guru lagi agar mereka dapat mengetahui lebih mendalam tentang objektif sebenar menjadi seorang pendidik. Guru perlu memastikan pencapaian matlamat dan objektif dasar pendidikan. dan menggunakan kesempatan untuk membina alat bantu mengajar. mesyuarat. atau perjumpaan yang diadakan oleh pihak sekolah bagi tujuan pembangunan profesionalisme pendidik. c.kerjasama di dalam seminar. Menganjurkan perjumpaan secra tetap bertujuan berbincang mengenai masalah pelajar. Mereka sentiasa bertukar pendapat. Pendidik bekerjasama menjalankan idea yang dicipta untuk mencapai matlamat mereka. Sering bertukar pendapat. b.97 pihak pentadbiran sentiasa mengambil daya usaha untuk memotivasikan guru dan kakitangan sekolah. 6. pengurusan ilmu sebenarnya mendorong kita untuk meningkatkan profsionalisme dengan memberikan yang terbaik melalui konsep pengurusan ilmu dengan menekankn konsep perkongsian. mencari maklumat yang baru.Bermatlamatkan kejayaan.Menggalakkan kerjasama di kalangan pendidik berkaitan dengan projek dan pembangunan pelajar. Maklumat ini seterusnya akan digunakan untuk perkembangan profesionalisme pendidik. Nilai etika dan gaya profesional keguruan perlu diterapkan dalam organisasi pengurusan guru dan aspek pedagogi keguruan agar matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dimanfaatkan kepada pelajar. Pembangunan Profesionalisme Melalui Pengurusan Ilmu Secara jelasnya. d. 9. meneliti semula penilaian dan pencapaian pelajar.0 PENUTUP Kesederan kepada etika dalam memartabatkan profesion perguruan perlu datang dari pengalaman guru-guru sebagai pendidik itu sendiri. Fullan dan Hargreaves (1992) menjelaskan bahawa konsep `collaberative’ di dalam pekerjaan akan memberikan lebih pendekatan untuk menjadikan pendidik lebih profesionalisme terutama di kalangan mereka yang baru berkhidmat serta langkah-langkah yang dijalankan oleh Fullan dan Hargreaves merupakan cadangan yang sama dengan konsep pengurusan ilmu ialah: a. RUJUKAN .

Ann Arbor. 1992.184. Stenhouse (1975) Professional Ethics In Teaching: Towarda The Development Of A Code Of Practise. Fisher.36(No. Vol.exe?f=doc&state=grsgrc. “Some answers about the quality of teacher education students.94. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.exe?f=doc&state=grsgrc. vol. vol.19/bin/main. 1985.94.36(No. Universiti Kebangsaan Malaysia.and Feldman.3): 37-40.57 Berita Harian Online. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti.P. ISR: University of Michigan. 2001. Bhd. What’s Worth Fighting for in your School? Together for Improvement. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan Kualiti. D. vol. Jun 2000.98 Book. http://202. (1975) Dalam Rohaty Mohd Majzub.exe?f=doc&state=grsgrc. Freeman.& Brousseau B.94. Mohammed Sani Bin Ibrahim.36(No. Journal of Education. New Jersey : Prentice Hall. “Comparing academic backgrounds and career aspirations of education and non-education majors”. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Academic Search Premier.184.E.94. 30.3.3.19/bin/main. . Satu penilaian terhadap pendidikan guru dalam perkhidmatan di Malaysia dan implikasinya untuk masa depan. Journal of Teacher Education. Buckingham : Open University. http://202.19/bin/main.3): 27 – 30 Thiroux J. Journal of Teacher Education. Theory and Practice (7th Edition).3.184. Ethics.37 Berita Harian Online. M. Fullan.3): 27 – 30 Berita Harian Online.184.exe?f=doc&state=grsgrc. Rohaty Mohd Majzub.1 Berita Harian Online. 2003. M & Hargreaves.94.63 Donald Schon (1983) A guide to innovation in education. 2003. http://202.19/bin/main.23 Berita Harian Online. 0305764X. 1998. Mack.19/bin/main. http://202. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Tesis Doktor Falsafah.J.E. A. Suprihadi dan Soehartono (1982) “Comparing academic backgrounds and career aspirations of education and non-education majors”.L. Issue 2.exe?f=doc&state=grsgrc.2. Journal of Teacher Education. 1992. 1985.3.184. Robiah Sidin. http://202. Pemikiran dalam pendidikan. R. C.

. (1992).99 Yu-Mei Lin dan Spodek. Early Child Development and Care Journal. 95-109. 78. Early Childhood Teacher Preparation In Taiwan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful