PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN KONGSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENUTUP RUJUKAN

PRAKATA

Saya berasa bangga dan gembira dengan terhasilnya tugasan bertajuk Perkaitan Falsafah Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Di dalan tugasan ini dinyatakan bahawa sistem pendidikan negara tidak hanya mementingkan akademik sahaja malahan kerohanian juga diberi keutamaan kerana dengan kerohanian boleh menjadikan generasi akan datang berfikir menggunakan akal fikiran bukan nafsu.

PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengertian falsafah menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga dimaksudkan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.

kearifan atau kehikmahan. falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan. falsafah ditafsirkan kepada hikmah. dan Negara. berketrampilan. pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. rohani. Kesimpulannya falsafah bermaksud pandangan atau pemikiran yang benar dan bernas yang dikaji secara sistematik dan diterima umum. Dari pandangan sejarah pula. perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan. Kebangsaan pula bermaksud sesuatu yang universal atau keseluruhan. ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. masyarakat. rohani. ciri yang hendak dicapai. dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan kepada Tuhan. kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan.Menurut pandangan Islam pula. tingkah laku dan akhlak. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan.a pernah berkata ³ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman´. bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terehadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. berakhlak mulia. Menurut Abdul Fatah Hasan. hati. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. Sayidina Ali Bin Abi Talib r. Manakala pendidikan pula adalah rangkuman keseluruhan hidup termasuklah akal. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. . Pada keseluruhannya maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. jasmani. . emosi.

. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. terkawal dan bersistem. kemahiran belajar cara belajar. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. aras sederhana. kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi . Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita ± cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kreativiti memilih. dan aras cemerlang. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. menyusun. iaitu aras asas. kandungan bahasa. sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam pengajaran dan pembelajaran. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur nilai tambah. Kemahiran berfikir. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.b) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu. pengisian kurikulum.

emosi. Justeru. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Selain aspek fizikal. Ini bermakna nilai ± nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. rohani dan . Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani. rohani. PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELATU Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. emosi dan inteleknya. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK.c) Nilai±Nilai Estetika Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni. Kreativiti. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. setiap guru di Malaysia diwajibkan membaca. dan lain ± lain. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Bahasa Melayu.

perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. Antaranya : . gemilang dan terbilang. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima oleh muridmurid. FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Perubahan infrastruktur juga membolehkan para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. pemahaman dan keperihatinan guru untuk merialisasikan FPK. yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.Perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif boleh melahiran pelajar yang cintakan ilmu. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Pertama. Disamping itu. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Selain itu. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut. FPKmemberi kesan kepada institusi pendidikan. lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN.intelektual. Ia memerlukan penghayatan.

Bertepatan dengan itu. Aspek nilai±nilai murni diterapkan ke dalam diri murid±murid seperti nilai±nilai kasih sayang. murid±murid akan menjaga . memberi salam. tolenransi. Oleh itu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan melahirkan insan yang berintelek tinggi dan berketerampilan. tabiat. Guru perlu menerapkan nilai±nilai murni ke dalam diri murid±murid. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. rohani. Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Contohnya. dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Begitu juga dengan agama lain yang mahukan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. dan watak yang baik. (c ) Rohani Rohani merujuk Kamus Dewan adalah perkara yang berkaitan dengan jiwa. rohani. dan pelbagai lagi setiap masa. membantu rakan-rakan . akal budi. disiplin. golongan ± golongan cerdik pandai. (b) Akhlak Akhlak bermakna budi pekerti. jasamani.(a ) Intelek Merujuk Kamus Dewan intelek bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa). bertolak ansur. kelakuan. Jika nilai±nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid±murid. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat menekankan aspek kerohanian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. kesyukuran. bekerjasama.Ia bersesuai dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. menghormati guru. Kurikulum Sukatan Pelajaran berfungsi membantu para guru merancang pengajaran secara tersusun. Pelajar-pelajar dijangka akan menjadi seorang insan yang berdaya fikir tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita ± cita dan Dasar Pendidikan negara kita. bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dan sebagainya.

Sosial juga penting dan mesti diserap ke dalam diri murid±murid sekolah. bersyair. menari. pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. berlakon. dan lain±lain lagi. daerah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen±elemen kesihatan. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan±rakan. Tambahan pula. Dengan ini. tubuh atau benda. Kalangan murid±murid mempunyai bakat±bakat tertentu seperti menyanyi. dan pelbagai lagi. aspek fizikal jasmani murid juga diutamakan supaya murid sihat dan cergas. mahu pun kebangsaan. bagi mencungkil bakat kanak-kanak. main peranan. bakat murid±murid akan dapat dicungkil. Mereka bersikap lebih baik. (f) Sosial Menurut Kamus Dewan sosial bermakna segala yang berkaitan dengan masyarakat. (e) Bakat Merujuk Kamus Dewan bakat bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan semulajadi. pidato. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan. guru±guru. perbincangan. makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal dan yang boleh mengeluarkan peluh seperti melakukan lompatan. bersyair. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya. negeri. memegang sesuatu. menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara±perkara negatif. Dengan itu tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan cergas dan otak pula cerdas. Di samping aspek kerohanian murid yang sihat. berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan. dan pelbagai lagi. (d) Jasmani Jasmani bermaksud badan. sama ada di peringkat zon. Antaranya aktiviti lakonan. angkat tangan. mendeklamasi sajak. Contohnya kebersihan diri. nyanyian. banyak pertandingan seperti bercerita. dan pelbagai lagi. dan dengan .tingkah laku dan akhlak mereka. bersajak.

Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar dengan lebih berkesan sekali. Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. seloka. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid dan berani menampilkan diri. nilai±nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. dan lain-lain seperti metafora. pantun. dan pelbagai lagi. maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah . gurimdam. Nilai±nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. PENUTUP Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. novel. syair. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak.sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. (g) Nilai ± nilai estetik. Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. dalam pengajaran puisi seperti sajak. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. dan lain ± lain. personafikasi. cerpen. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya.

1976. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. RUJUKAN Atan Long. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Bhd. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2004.2004. 2008. emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan. intelek. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris. Edaris Abbu Bakri. Psikologi Pendidikan. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. . Utusan Publications & Distributors Sdn. Tanjung Malim: Quantum Books.Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani.

penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. bahasa perpaduan dan bahasa imu.HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek. melentur buluh biarlah dari rebungnya. peribahasa. Madya Dr. penjodoh bilangan. seperti kata pepatah Melayu. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian. 2003). Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan. selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur). Matlamat mata pelajaran Bahasa melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara. dan menulis. dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. Nuraini Yusoff. dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib. sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi . 1996). guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini. emosi. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. rohani. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal. dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. mingguan. Pada peringkat ini. membaca. menulis. tatabahasa. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Sekiranya didapati ada di antara cadangancadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah. membaca. 2003). (Roselan Baki.

setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. ‡ Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jika ia mempunyai kaitan. adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. ‡ Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan. ‡ Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila. Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. berketerampilan dan berakhlak mulia. kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. murid-murid dapat: ‡ Mendengar. ‡ Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul. .individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann seharihari. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai µroh¶ dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ‡ Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan. Menurut kandungan Sukatan Pelajaran.

Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa. ‡ Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu. guruguru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan. Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. berinteraksi dan berfikir. penilaian. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi. Namun demikian. ‡ Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan. ‡ Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran. pengayaan. 2003). ‡ Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai. . Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan. dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.‡ Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi. Melalui proses ini. atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. penyerapan.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu. dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. kad-kad kerja. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad. bahan maujud. alat permainan. sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Dengan cara yang sedemikian. Kesimpulan Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti yang dinyatakan di atas. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid. Matematik. apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat kaitan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan? . Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan. unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. carta. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Oleh itu. program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan. penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahanbahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. selain mengetahui tahap pencapaian. bakat dan minat. kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi. keupayaan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains. Sejarah dan lainlain.

KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. Dengan ini. KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Selain itu. dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal. segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. emosi dan jasmani akan tercapai. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Oleh itu. KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. jasmani. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek. KBSR sememangnya memikul tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaannya segalanya bermula. dan tingkah laku. Seterusnya. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. dan rohani. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. 1996). menulis dan mengira. Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal. maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. . Oleh itu. KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca. rohani. educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh . akhlak. hati. al usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat.Dengan merujuk kepada definisi Kurikukum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri. Sehubungan dengan itu. saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(c) Nilai±Nilai Estetika Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani. potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti. iaitu teologi dan sains (Russel. ³Kebangsaan´ secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. rohani. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti. kemanisan dan kepahitan´.Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. bakat dan apresiasi dapat . Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah. 1946). emosi dan inteleknya. dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. epistomologi (teori ilmu) dan logik. Selain aspek fizikal. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama. yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian). aksiologi (teori nilai).

HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. umpamanya kurikulum. pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia.dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. pendidik dan institusi . Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut. Justeru. dan lain ± lain. yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini memerlukan penghayatan. memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Bahasa Melayu. emosi. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini. rohani dan intelektual. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Ini bermakna nilai ± nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni.

Maka. Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia.pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Pertama. FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu. semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK. Ketiga. FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar). perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang . Kedua. manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu.

Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara.cemerlang. Antaranya : Rohani y y Intelek y . gemilang dan terbilang. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek.

y Jasmani y Bakat y Akhlak .

. rohani. golongan ± golongan cerdik pandai. jasamani. golongan terpelajar. rohani. akal budi.Sosial Nilai±nilai estetik (a) Intelek Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa). golongan cendekiawan. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek.

sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia. Jika nilai±nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid±murid. (b) Rohani Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanak±kanak atau murid±murid. kebersihan diri. Dengan kata lain. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Aspek nilai±nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita ± cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemen±elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri.Oleh sebab itu. makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan. kesyukuran. nilai±nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri murid±murid seperti nilai±nilai kasih sayang. . Di samping rohani murid yang sihat. (c) Jasmani Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. bertolak ansur. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi. tolenransi. menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara±perkara negatif. memegang sesuatu. dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. dan pelbagai lagi. murid±murid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. angkat tangan. bekerjasama. Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun. disiplin. Mereka bersikap lebih baik. aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. dan pelbagai lagi.

(e) Akhlak Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. bersajak. banyak pertandingan seperti bercerita. . Dengan ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. bersyair. mendeklamasi sajak. nyanyian. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid. bersyair. berlakon. sama ada di peringkat zon. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan±rakan. Antaranya aktiviti lakonan. mahu pun kebangsaan. memberi salam. Tambahan pula. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya. menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda.(d) Bakat Dalam kalangan murid±murid kita mempunyai bakat±bakat tertentu seperti menyanyi. bagi mecungkil bakat. daerah. dan pelbagai lagi. dan lain±lain lagi. main peranan. membantu rakan. dengan guru±guru. dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. bakat murid±murid akan dapat dicungkil. Guru perlu menerapkan nilai±nilai murni ke dalam diri murid±murid. Contohnya. dan pelbagai lagi. (f) Sosial Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri murid±murid sekolah. menari. perbincangan. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan. pidato. negeri.

dan pelbagai lagi. cerpen. Nilai±nilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu. Banyak fungsi-fungsi yang bakal dihadapi oleh guru serta tugas yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. pantun. syair. jasmani. maka wujudlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan bahawa wujudnya suatu garis panduan kepada guru-guru untuk mengikutinya. dan lain ± lain. personafikasi. Ini selaras dengan KBSR yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani. Implikasi daripada FPK ini adalah untuk menyatakan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. seloka. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. dan lain-lain seperti metafora. nilai±nilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. intelek. dan juga emosi yang sihat. FPK juga bertujuan menjadi rujukan kepada sesuatu dasar pendidikan supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Contohnya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak. dalam pengajaran puisi seperti sajak. Oleh kerana aspirasi ini aspirasi ini dijunjung oleh para guru. gurimdam.(g) Nilai ± nilai estetik. maka tidak hairanlah guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar tersebut dengan berkesan sekali. novel. PENUTUP Berteraskan daripada Falsafah Pendidikan Barat dan juga Falsafah Pendidikan Islam. .

Tanjung Malim: Quantum Books. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. emosi danjasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan. hasrat untuk melahirkan individu yangberilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani. London: London University Press. 1989. Utusan Publications & Distributors Sdn. Environment and The School. RUJUKAN Amir Hasan Dawi. dan juga logik. Bhd.Peranan guru pula boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia ini. Tanjung Malim: Quantum Books. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. intelek. maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapatdirealisasikan dengan jayanya. Home.2004. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Edaris Abbu Bakri. Antara cabangcabang berkenan ialah metafizik. Frazer. . 2006. E. epistemologi. 1976. Psikologi Pendidikan. Maka. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Atan Long. Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi menjayakan FPK dan juga KBSR agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti. aksiologi.

Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan .wikipedia. http://ms. 2004.Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. Pedagogi Asas Pendidikan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful