WAJ 3105 LITERASI NOMBOR

TAJUK 4

KESEDARAN RUANG

y

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangka akan dapat:

1. Mengenal pasti bentuk dua matra seperti poligon, segitiga, dan sisi empat; dalam satah geometri. 2. Mengenal pasti pepejal tiga matra seperti kubus, kuboid, silinder, kon, piramid, dan prisma. 3. Menggunakan bahasa dan perbendaharaan kata yang ada kaitan dengan geometri. 4. Menggunakan bahan manipulatif untuk menyiasat ciri-ciri pepejal tiga matra. 5. Membina objek dua matra dan tiga matra menggunakan bahanbahan mudah atau alat konvensional. 6. Menggunakan konsep geometri dalam kehidupan seharian.

1

Sebagai guru matematik. dan menghargai bentuk geometri yang terdapat dalam lukisan. atau alam semulajadi.0 PENGENALAN KESEDARAN RUANG Kesedaran ruang adalah intuisi individu terhadap bentuk. 2 . dan perkaitan yang ujud antara pelbagai jenis bentuk. kita perlu menerapkan kesedaran tentang ruang dalam kalangan murid. dan ruang yang berkaitan. Individu yang mempunyai kesedaran ruang tahu tentang aspek geometri yang ada. senibina.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR TAJUK 4 4. Mereka selesa apabila memberi penerangan tentang konsep geometri sesuatu objek. Selain itu individu yang mempunyai kesedaran ruang mempunyai keupayaan untuk membuat gambaran mental tentang hubungan antara sesuatu objek. dan pelbagai bentuk yang terhasil daripada objek-objek yang terdapat di persekitarannya. Contoh bentuk geometri yang ada di persekitaran kita perlu dikaitkan apabila menjelaskan tentang konsep geometri.

WAJ 3105 LITERASI NOMBOR UNIT 4. iaitu objek dua matra dan tiga matra.1 PENGENALAN Bentuk geometri yang telah anda kenalpasti daripada Aktiviti 4. senaraikan semua bentuk geometri yang dapat anda perhatikan.1 dapat dikelompokkan kepada dua kumpulan utama. Objek dua matra disebut juga sebagai 2-D. Antara bentuk geometri yang dapat dikelompokkan adalah seperti berikut.1 Perhatikan kesemua grafik di atas. dan tiga matra sebagai 3-D. dan Rajah 3 ialah Louvre. Rajah 2 ialah Menara Kuala Lumpur.1. Berdasarkan pemerhatian anda. 4. di Perancis. Rajah 4 3 . Rajah 1 menunjukkan sebuah khemah.1 Pepejal Tiga Matra dan Bentuk Dua Matra Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Aktiviti 4.

dan tidak mempunyai ketebalan. Beberapa lagi contoh bagi bentuk dua matra ditunjukkan dalam Rajah 6. Ia hanya mempunyai dua dimensi. iaitu panjang dan lebar. Kesemua objek ini berada dalam satu satah. bulatan segiempat tepat segitiga tak sama kaki segiempat sama segitiga sama sisi trapezium segiempat selari segitiga kaki sama rombus lelayang Rajah 6 4 .WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 5 Apakah ciri-ciri yang ada pada objek dalam Rajah 4 dan Rajah 5? 4.1.3 Bentuk Dua Matra Objek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dikenali sebagai bentuk dua matra atau 2-D.

2 Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai. Jadual 1 Jenis Segitiga Segitiga sama sisi Segitiga kaki sama Segitiga tak sama kaki Bilangan sisi sama panjang Bilangan garis simetri Saiz sudut Segiempat tepat. Rajah 7 5 . rombus. segiempat sama. Apakah perbezaan antara setiap bentuk ini? Lakukan Aktiviti 4. segiempat selari. trapezium. Aktiviti 4. Berpandukan bahan manipulatif yang sesuai. sisi. perihalkan setiap segitiga berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan dalam Jadual 1. dan simetri. pepenjuru. sudut.2 untuk mengenali pelbagai bentuk sisi empat dengan lebih dekat.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Setiap poligon segitiga yang terdapat dalam Rajah 6 mempunyai ciricirinya yang tertentu. senaraikan ciri-ciri setiap bentuk sisi empat yang dinyatakan berdasarkan aspek berikut. lelayang adalah contoh bagi bentuk sisi empat.

1. Kongsi dengan rakan kelas anda dan simpan dalam folio. Perhatikan bentuk dalam Rajah 7. Jadual 2 Jenis Poligon Pentagon Bilangan sisi poligon 5 6 7 Octagon 8 9 10 11 Dodecagon 12 4. Kenal pasti kategori pepejal tersebut.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Poligon boleh mempunyai lebih daripada empat sisi. lebar.2 Pepejal Tiga Matra Objek seperti yang terdapat dalam Rajah 5 di kenali sebagai pepejal tiga matra atau 3-D. Buat rujukan dan lengkapkan Jadual 2 di bawah. 6 . Kesemua objek ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang (atau ketinggian).3 Buat rujukan dan kumpulkan grafik pepejal tiga matra yang terdapat dalam kehidupan seharian. Rajah 8 berikut menunjukkan beberapa lagi contoh pepejal tiga matra. dan tentukan bilangan sisi bagi setiap satunya. Beberapa contoh ditunjukkan di sebelah. dan ketebalan (atau kedalaman). Poligon dinamakan berdasarkan bilangan sisinya. Rajah 8 Aktiviti 4.

Pepejal ini juga mempunyai tiga permukaan berbentuk segiempat tepat dan dua permukaan berbentuk segitga. bulatan. 7 . sfera. segiempat tepat. Ada pepejal mempunyai tapak berbentuk segiempat sama. heksagon dan lain-lain.4 Ciri Pepejal Tiga Matra kubus sfera prisma segitiga kon silinder kuboid prisma heksagon piramid Rajah 9 Rajah 9 menunjukkan pelbagai jenis pepejal tiga matra iaitu kubus.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR 4. prisma. kon dan lain-lain. Bilangan tepi dan bucu juga berbeza mengikut objek. bucu Permukaan mendatar berbentuk segiempat tepat tepi Permukaan mendatar berbentuk segitiga Rajah 10 Prisma bertapak segitiga dalam Rajah 10 mempunyai enam bucu dan sembilan tepi. atau gabungan kedua-duanya. Setiap pepejal ini mempunyai ciri-cirinya yang tertentu seperti berpermukaan mendatar atau berpermukaan melengkung.1.

dengan menggunakan alat geometri seperti jangka lukis. bagi menyatakan bilangan tepi. bilangan bucu. tentukan ciri-ciri yang ada pada setiap objek tersebut. jenis permukaan.4 Bagi setiap objek dalam Rajah 9. Gunakan bahan manipulatif bagi membantu anda untuk mendapatkan gambaran sebenar setiap objek. Bina beberapa bentuk lagi bagi mengukuhkan pemahaman anda tentang ciri-ciri bentuk dua matra. Seterusnya bina bentuk dua matra seperti yang terdapat dalam Rajah 6. sesiku dan pembaris.2 Membina Bentuk Dua Matra dan Pepejal Tiga Matra Rajah 11 Pelbagai bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan geobod (Rajah 11). Jelaskan pemerhatian anda dalam bentuk jadual. UNIT 4. bilangan permukaan mendatar.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Aktiviti 4. dan bentuk permukaan yang dipunyai setiap objek. 8 .

Cetak hasil kerja dan simpan dalam folio anda. Rajah 12 ICT boleh dimanfaatkan untuk membina bentuk dua matra. Smart Draw. Bina elips dengan menggunakan tali dan dua paku tekan. 9 . ii.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Aktiviti 4. dan lain-lain. MSWord.6 Bersama rakan anda bina beberapa bentuk dua matra dengan menggunakan perisian seperti GSP. i.5 Bentuk dua matra boleh dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Bina bulatan dengan menggunakan tali dan paku tekan. Aktiviti 4. Rajah 12 menunjukkan beberapa contoh bentuk yang dibina dengan menggunakan Geometer¶s Sketchpad (GSP).

10 . Seterusnya cantumkan tepi yang bersesuaian bagi membentuk model pepejal dalam tiga matra. Rajah 14 Rajah 14 menunjukkan bentangan bagi kubus. Bina bentangan bagi beberapa bentuk tiga matra seperti silinder. piramid. kuboid. kon mengikut kumpulan. Rajah 13 menunjukkan contoh bagi kuboid dan prisma.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 13 Rangka pepejal tiga matra boleh dibina dengan menggunakan lidi dan plastisin. Bina rangka bagi pepejal yang lain bersama rakan dalam kumpulan anda.

analisis. mempunyai empat sudut tegak. Justeru dia dapat membuat perbandingan mengapa sesuatu bentuk itu dikatakan segiempat tepat dengan melihat kepada bilangan sisi. Lima peringkat tersebut ialah penggambaran (visualization). 11 . Kajian yang telah dijalankan oleh dua orang penyelidik. dan rapi (rigor) Setiap lima peringkat menjelaskan proses bagaimana seseorang itu berfikir. Peringkat 1: Analisis Idea pemikiran pada peringkat 1 ialah kemampuan melihat bentuk secara berkelompok dan bukannya secara berasingan. Pada peringkat analisis. dan tidak terhad kepada satu bentuk sahaja. dan lain-lain. seseorang berupaya untuk memikirkan semua bentuk dalam kategori yang sama. dia bukan sahaja dapat memberi tumpuan kepada hanya satu bentuk segiempat tepat. deduksi. Pada peringkat ini. 4.3.3. Pierre van Hiele dan Dina van Hiele-Geldof pada tahun 1959 telah memberi maklumat kepada kita tentang perbezaan pemikiran geometri dalam kalangan individu.1 Konsep Ruang dan Hubungannya dengan Aktiviti Pengenalan Tidak semua orang berfikir tentang konsep dan idea ruang dalam cara yang sama.3 4. sisi bertentangan yang selari dan sama panjang.2 Peringkat Pemikiran Geometri Model van Hiele Model van Hiele menjelaskan bahawa terdapat lima peringkat berhirarki bagaimana individu memahami konsep atau idea ruang. seseorang dapat mengenali dan menamakan bentuk berdasarkan pandangan dan ciri-cirinya yang umum.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR UNIT 4. Peringkat 0: Penggambaran (Visualization) Idea pemikiran pada peringkat 0 ialah tentang bentuk dan bagaimana rupa sesuatu bentuk. dan apakah jenis idea geometri yang dimiliki. deduksi tak formal. tetapi beberapa jenis segiempat tepat yang berlainan saiz dan posisi. Hasil daripada pemikiran peringkat 0 ialah seseorang dapat kelompokkan bentuk yang dilihatnya sebagai ´serupa´. Sebagai contoh.

´ Hasil daripada pemikiran peringkat 2 ialah seseorang memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. membahagi dua sama antaranya. Pemikiran begini akan beransur matang menggantikan pemikiran sebelumnya yang hanya konjektur tentang hubungan antara ciri-ciri geometri. maka bentuk itu juga adalah segiempat tepat. Hasil daripada pemikiran peringkat 3 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. Sebagai contoh. maka bentuk itu mestilah segiempat tepat.. dan juga dalam kalangan ciri-ciri bentuk. ´Jika semua sudut bagi suatu bentuk adalah bersudut tegak. dan postulat. Jika suatu bentuk adalah segiempat sama. Sebagai contoh. 1 ialah seseorang dapat Peringkat 2: Deduksi Tak Formal Idea pemikiran pada peringkat 2 ialah ciri-ciri bentuk.. Dia berupaya untuk membuat penaakulan ´jika . Pada peringkat deduksi.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Hasil daripada pemikiran peringkat memperihalkan ciri-ciri sesuatu bentuk. teorem. dan dalam masa yang sama menghargai pembuktiaannya melalui hujah-hujah deduksian. seseorang akan dapat mengembangkan pemikirannya berkaitan dengan hubungan antara ciri-ciri bentuk. bukan lagi sekadar intuisi. individu boleh menggunakan pernyataan yang abstrak tentang ciri-ciri geometri yang berasaskan logik. Individu mula berfikir tentang struktur sistem yang terdiri daripada aksiom. Setelah dapat berfikir tentang ciri-ciri objek geometri. Pada peringkat deduksi. Peringkat 4: Rapi (Rigor) Idea pemikiran pada peringkat 4 ialah sistem deduksian aksiom tentang geometri. maka´. 12 . definisi. dapat Peringkat 3: Deduksi Idea pemikiran pada peringkat 3 ialah kemampuan memperihalkan hubungan antara ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. seseorang dapat meneroka lebih daripada ciri-ciri geometri sesuatu bentuk. ia boleh melihat dengan mudah bahawa pepenjurupepenjuru segiempat tepat.

Sebagai contoh. geometri sfera adalah berasaskan garisan yang dibina atas sfera. Berdasarkan teori van Hiele. Kefahaman tentang ciri-ciri yang ada bagi sesuatu bentuk. pelajar perlu dibantu dengan memberi pengalaman dan aktiviti yang bersesuaian supaya mereka mempunyai kesediaan yang baik apabila belajar tentang geometri di peringkat kolej atau universiti. Aktiviti 4. 13 . Sebagai guru.3.3 Konsep Geometri dan Kehidupan Seharian Rajah 15 Kemahiran dalam geometri dapat menghasilkan corak yang menarik. pemikiran geometri pelajar sekolah rendah perlu dibangunkan sekurang-kurangnya hingga ke peringkat 2. Hasil daripada pemikiran peringkat 4 ialah membanding dan membezakan sistem aksiom yang berbeza tentang geometri. Individu boleh membanding dan melihat hubungan antara sistem aksiom yang berbeza. Peringkat 2: Deduksi tak formal 4.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Pada peringkat paling tinggi dalam hirarki van Hiele. berbeza dengan geometri satah. tumpuan adalah tentang sistem aksiom. Peringkat 0: Penggambaran ii. Peringkat 1: Analisis iii. i.7 Bersama rakan anda rancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian untuk membantu murid supaya pemikiran dan kemahiran geometri bagi setiap peringkat berikut dapat dibangunkan dalam kalangan mereka. seperti simetri dan transformasi bentuk dapat dimanfaatkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 15.

8 Bina corak yang menarik berasaskan konsep dan ciri-ciri bentuk geometri bagi menghasilkan satu kraftangan yang menarik. Boston: Pearson Education. Rajah 17 Perhatikan alam semula jadi di sekeliling kita. Rujukan Van de Walle.). J. Inc. (2007).A.WAJ 3105 LITERASI NOMBOR Rajah 16 Kemahiran dalam geometri juga diperlukan dalam mereka bentuk bangunan. Aktiviti 4. 14 . Aspek geometri dapat diperhatikan sebagaimana contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 17. dan membina corak yang terdapat pada bangunan. Elementary and middle schools mathematics: teaching developmentally (6th Ed. Bentuk dan corak dapat menghasilkan suatu yang menarik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful