You are on page 1of 8

SEK. KEB.

PUTRAJAYA PRESINT 18(1) PRESINT 18, PUTRAJAYA

KERTAS KERJA

IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

TEMA HADIRMU DIRINDUI PERGIMU DITANGISI

TARIKH : 29 JULAI HINGGA 25 OGOS

TEMPAT : SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1)

Anjuran: Panitia Pendidikan Islam SK Putrajaya Presint 18(1)

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2011 SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1) 1. MUQADDIMAH

Hadirmu dirindui pergimu ditangisi merupakan tema Ihya Ramadhan pada tahun ini di peringkat sekolah. Ramadhan merupakan salah satu bulan yang dianggap sebagai bulan ibadah. Ini adalah kerana Allah telah menjanjikan dengan pelbagai ganjaran berlipat ganda sepanjang bulan Ramadhan. Sebagai umat Islam, kita haruslah sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menjalani bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan ibadah. Sebagai umat Islam juga kita sentiasa mengharapkan agar Ramadhan kita pada kali ini adalah lebih baik daripada Ramadhan yang lalu. Justeru itu, dengan penuh rasa tanggungjawab untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah ini menghidupkan Ramadhan kali ini dengan pesta ibadah, Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa program keagamaan di sepanjang bulan Ramadhan agar pelajar dapat merasai nikmat beribadah dan menanamkan ibadah-ibadah tersebut sebagai amalan mereka di dalam kehidupan sebenar. 2. MATLAMAT Melahirkan pelajar-pelajar yang mengamalkan syiar Islam dan menghidupkan bulan Ramadhan dalam kehidupan seharian. Memastikan seluruh warga sekolah dapat menghayati dan merebut segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah. 3. OBJEKTIF Antara objektif diadakan Program Ihya Ramadhan bagi tahun 2011 ini adalah: 1. Mendidik pelajar-pelajar kebesaran dalam Islam. sentiasa mengingati dan meraikan hari-hari

2. Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan sunat lain. 3. Menjalani ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh rasa kesyukuran. 4. Memberi peluang kepada warga sekolah menambahkan amal jariah dengan mewakafkan al-Quran. 5. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Islam SK Putrajaya Presint 18(1) melalui program-program keagamaan yang diadakan. 4. SASARAN Semua murid Islam Pra sekolah, darjah 1 hingga darjah 6, guru-guru, pihak pentadbiran sekolah dan staf sokongan SK Putrajaya Presint 18(1).

5. TARIKH

Sepanjang Bulan Ramadhan. 2

6. AKTIVITI

1. Pelancaran Ihya Ramadhan 2. Risalah Ramadhan 3. Tadarus al-Quran 4. Bengkel Tahsin al-Quran & Solat Zohor Berjamaah 5. Majlis Khatam al-Quran 6. Kuiz Ramadhan 7. Nur Pagi & Asmaul Husna 8. Wakaf al-Quran 9. Ceramah Nuzul al-Quran 10.Solat Hajat Perdana 6.1 Pelancaran Ihya Ramadhan Hadirmu dirindui, Pergimu ditangisi Program Ihya Ramadhan akan dilancarkan secara rasminya oleh Guru Besar. Ia bertujuan untuk menerangkan matlamat dan objektif program ini dijalankan. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan akan dimaklumkan kepada seluruh warga sekolah. 6.2 Risalah Ramadhan Ia merupakan edaran bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan . Risalah akan diedarkan sebanyak 2 kali sepanjang Ramdhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu di awal Ramadhan dan di akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada ibadah-ibadah yang perlu digandakan di 10 malam terakhir Ramadhan. 6.3 Tadarus al-Quran Melalui program ini pelajar-pelajar Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6) yang boleh membaca al-Quran dengan baik akan dibahagikan kepada kumpulan kecil. Pelajar akan bertadarus membaca al-Quran pada waktu yang rehat tahap 2 (10.15-10.45 pagi) setiap hari. Bertempat di surau dan bilik agama. 6.4 Bengkel Tahsin al-Quran Bengkel ini bertujuan untuk memperbaiki bacaan al-Quran di kalangan guru-guru di samping bertadarus al-Quran.Solat Berjamaah akan dijalankan sebelum memulakan bengkel.Waktu dilaksanakan bengkel ini pada setiap hari Selasa dan Rabu 3

sepanjang bulan Ramadhan pada pukul 1.30 petang hingga pukul 2.00 petang di surau. Sasaran pada guru-guru yang berminat. 6.5 Majlis Khatam al-Quran Majlis Khatam al-Quran diadakan pada hari Jumaat bersamaan 26 Ogos 2011. Semua guru dan pelajar yang terlibat dengan Tadarus al-Quran akan diberikan cenderahati. 6.6 Kuiz Ramadhan Bagi menggalakkan pelajar membaca pelbagai maklumat tentang Ramadhan, aktiviti kuiz akan dijalankan dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan Ramadhan. Pelajar dikehendaki mencari jawapan kuiz melalui pelbagai sumber seperti risalah bercetak,info di sudut tazkirah dan info ibadah. Kuiz terbuka setiap hari Jumaat semasa perhimpunan pagi. 7.30 hingga 7.40 pagi. Pelejar dipilih secara rawak mengikut tahun. Kuiz ejaan jawi. Edaran soalan akan diberikan pada setiap kelas mengikut aliran pada minggu pertama puasa. Pelajar diberi masa selama seminggu untuk menlengkapkan jawapan. Jawapan yang betul dan berjaya terpilih akan menerima hadiah. 6.7 Nur Pagi Memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, Zikir, atau nasyid melalui siaraya sekolah setiap pagi sebelum perhimpunan. Nyanyian Asmaul Husna setiap hari di perhimpunan selepas bacaan ikrar. Ia sebagai satu kaedah bagi mendidik jiwa agar mendengar perkara-perkara yang baik sepanjang Ramadhan.Kerjasama daripada Guru Bertugas pada setiap hari untuk memasang CD Asmaul Husna yang telah disediakan. 6.8 Wakaf al-Quran ( 1 guru 1 al-Quran) Program amal bagi guru-guru yang sudi menyumbangkan senaskhah al-Quran atau memberi sumbangan sekurang-kurangnya dengan harga RM10.00 untuk senaskhah al-Quran. 6.9 Ceramah Nuzul al-Quran Bagi memperingati peristiwa Nuzul al-Quran (turunya al-Quran) pada 17 Ramadhan, satu ceramah yang akan disampaikan kepada guru-guru dan murid pada 19 Ogos 2011 untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang peristiwa tersebut. 6.10 Solat Hajat Perdana Program anjuran Penyelaras bersama Tahun 6 ini adalah bertujuan untuk memohon restu dan doa sebelum menghadapi UPSR. Pelajar-pelajar, ibu bapa murid tahun 6 dan guru-guru dijemput untuk menghadiri majlis Solat Hajat dan Iftar Ramadhan ( Buka Puasa) di sekolah pada 26 Ogos 2011. 7. ANGGARAN PERBELANJAAN BIL 1 PERKARA Jamuan Berbuka Puasa Ibu bapa tahun 6 Guru dan staf sokongan KUANITITI JUMLAH

160 oarang X RM RM 1600 .00 10 75 orang X RM 750.00 4

RM10 2 Murid 85 orang X RM RM 850.00 10 1 orang X RM 150 30 X RM 10 al-Quran-10 100 X RM 5 18 X RM 5 12 X RM 5 6 X RM 5 RM 150.00

Sagu hati dan Hadiah Penceramah Saguhati Tadarus Guru

RM 300.00 RM 500.00 RM 90.00 RM 60.00 RM 30.00

3.

Hadiah Khatam Kumpulan Hadiah Ejaan Jawi Hadiah Kuiz Terbuka Hadiah Mewarna Jawi ( Pra Sekolah) Banting & Banner

RM 130.00 Jumlah Besar RM 4460.00

8.

SUMBER KEWANGAN 1. Sumbangan 2. Dana Aktiviti Pendidikan Islam JAWATANKUASA PROGRAM IHYA RAMADHAN (PERINGKAT SEKOLAH) SK PUTRAJAYA PRESINT 18(1) Tarikh Tempat : 29 Julai hingga 25 Ogos 2011 : SK Putrajaya Presint 18(1)

Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 11 Naib Pengerusi 111 Penyelaras Penyelaras bersama Sekolah) Setiausaha Bendahari

: : : : :

Puan Puan Puan Puan Puan

Salmiah bt Hashim Noor Azah Bt. Ahmad Norzah bt Mohd Kasim Rohana bt Jusoh Rohani bt Abdullah (Ketua Panitia Agama Islam) : Puan Yusmarina Yum (Penyelaras Unit Dakwah

: Puan Rohidah bt Abdullah : Puan Noorasmaliza bt Badrudin AJK Pelaksana :

NAMA AJK Pn. Yusmarina Yum 1. Pelancaran Ihya Ramadhan

BIDANG TUGAS - Menyediakan gimik pelancaran bagi program Ihya Ramadhan dan taklimat kepada pelajar tentang program yang telah disusun oleh Panitia. Membuat kertas kerja dan 5

pembahagian AJK -Memastikan perjalanan program berjalan dengan baik dan setiap AJK melaksanakan tugas Pn. Rohani Bt. Abdullah 1. Tadarus al-Quran - Memilih pelajar yang layak dan membahagikan kumpulan-kumpulan kecil. - Melantik naqib dan naqibah bagi memastikan kehadiran ahli kumpulan. - Menyediakan senarai nama guru yang berminat. 3. Wakaf 1 Guru 1 al-Quran - Membahagikan kumpulan. kepada beberapa

2. Bengkel Tahsin al-Quran

-Memberi taklimat ringkas kepada guruguru dan mengumpulkan al-Quran untuk kegunaan sekolah. Pn. Rohidah bt. Abdullah 1. Solat Hajat Perdana Bermesyuarat bersama penyelaras Tahun 6 membincangkan tentang pengisian program. Menentukan tarikh, tempat dan masa dan menyediakan kertas kerja dan pembahagian AJK.

Pn. Julia Zainira 1. Risalah Ramadhan

- Menyediakan brosur atau edaran tentang kelebihan bulan Ramadhan pada hari pelancaran(29/7/2011) dan pada minggu kedua puasa ( 8/8/2011). - Menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan Ramadhan berdasarkan risalah yang diedarkan. - Setiap hari Jumaat soalan akan dikemukan mengikut tahun. Minggu 1Tahun 1 & 2, Minggu 2- Tahun 3&4, Minggu 3- Tahun 5& 6. - 2 orang pemenang setiap aliran. Hadiah akan disediakan setiap minggu.

2. Kuiz Ramadhan

Ustaz Saiful Afzan 1. Majlis Khatam al-Quran

Memilih pelajar-pelajar dan guruguru yang berminat untuk memperdengarkan bacaan alQuran. Mengetui dan Membacakan doa khatam al-Quran. Memastikan PA sistem berfungsi 6

dengan baik. Ustaz Muhd. Hadi B. Muhd. Noor 1. Ceramah Nuzul al-Quran Menyediakan penceramah jemputan

Menyediakan tempat untuk pelajar Tahap 2 sahaja yang terlibat bersama guru-guru yang mengajar. Menyediakan penceramah. PA sistem untuk untuk

Cik Sodah bt. Saad 1. Kuiz Pintar Eja Jawi Tahap 2 2. Majlis Iftar ( Berbuka Puasa) -

Memastikan sumbangan penceramah.

Menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian mengikut aliran. Memastikan bilangan tempat untuk VIP, guru, ibu bapa dan murid-murid. Memastikan persiapan telah disediakan. juadah

Pn. Syukriah Solehah bt. Md. Ishak 1. Kuiz Pintar Eja Jawi Tahap 1 2. Majlis Khatam al-Quran -

Menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian mengikut aliran Menyediakan tempat peserta khatam al-Quran. untuk

Menyediakan hiasan-hiasan yang bersesuaian dengan majlis khatam al-Quran seperti bunga telur, bunga rampai Melaksanakan tugas seperti yang telah ditetapkan. Mengawal murid semasa program dijalankan. Memastikan perjalanan majlis berada di dalam keadaan yang Mahabbah wa Rahmah.

Semua Guru-guru 1. Terlibat beberapa seperti :sebagai AJK bagi program utama

1. Majlis khatam al-Quran 2. Majlis Iftar 3. Majlis Solat Hajat Perdana

PENUTUP Pihak Panitia Pendidikan Islam mengharapkan agar program yang bakal dilaksanakan nanti akan member impak yang besar kepada semua warga SK Putrajaya Presint 18(1) khasnya para pelajar dalam menyemarakkan lagi kehadiran ramadhan yang dirindui dan perginya ditangisi . Ia adalah satu bonus daripada Allah yang sepatutnya direbut oleh semua umat Islam.

Disediakan oleh: oleh

Disemak oleh

Disahkan

____________________ -------------------------(YUSMARINA BT. YUM ) Penyelaras Dakwah SK PP18(1)

You might also like