You are on page 1of 11

KONSEP DAN PERANCANGAN BANDAR SELAMAT DI DAMANSARA

PENGENALAN Y.A.B Perdana Menteri di dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 Januari 2004 telah menyatakan kebimbangannya terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di negara ini. Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, Jemaah Menteri mencadangkan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat di negara ini contohnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah pencegahan jenayah. Setiap pelan pembangunan pekan dan bandar baru hendaklah mengambil kira aspek-aspek keselamatan. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencadangkan pelaksanaan Program Bandar Selamat yang mengandungi 23 langkah pencegahan jenayah yang melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (JPBD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan lain-lain agensi yang perlu memainkan peranan di dalam mencapai ke arah pembangunan bandar yang selamat. Program ini telah diperakui oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) pada 11 Oktober 2004.

DEFINISI BANDAR SELAMAT Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria.

3. kerosakan harta benda dan sosial. iii) Bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah. rasuah. jenayah kolar putih. pecah rumah. 2. salah guna kuasa. Bandar yang bebas dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. Bandar yang bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kemalangan jalan raya. kecurian dan sebagainya yang menyebabkan kehilangan nyawa dan trauma. jatuh dari bangunan. ii) Bandar yang bebas daripada bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh. pecah rumah. jenayah kolar putih.MATLAMAT UTAMA MEWUJUDKAN BANDAR YANG SELAMAT 1. salah guna kuasa. hilang integriti dan sebagainya. kebakaran dan sebagainya. KONSEP BANDAR SELAMAT i) Bandar yang bebas daripada keganasan seperti curi ragut. kecurian dan sebagainya. 4. integriti dan kerosakan moral. Bandar yang bebas dari keganasan (violence) merosakkan harta benda dan nyawa seperti gejala ragut. kecurian. rasuah. Bandar yang bebas dari kemerosotan sosial dan moral (social and moral decay) seperti penagihan dadah. dan iv) Bandar yang bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya .

Ia diwujudkan kerana tahap kebimbangan orang ramai terhadap bilangan jenayah yang semakin meningkat di bandar-bandar di negara ini. sebanyak sembilan kes dilaporkan setiap hari. Jenayah jalanan merangkumi samun berkawan tanpa bersenjata api. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan keseluruhan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan Jenayah Jalanan Negara sebanyak 20 peratus sebelum Disember 2010. Ia satu profesion yang sangat mudah dan lumayan di mata penjenayah.051 setiap kali meragut. Pelan pembangunan pekan dan bandar baru yang dirancang perlu mengambil kira aspek-aspek keselamatan.Program Bandar Selamat ini memberi fokus kepada pencegahan jenayah harta benda di kawasan bandar. Sementara itu. LANGKAH PELAKSANAAN SEGERA Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan 5 langkah segera daripada 23 langkah pencegahan jenayah seperti berikut : . kawasan pelancongan yang dikunjungi oleh pelancong antarabangsa contohnya Jalan Bukit Bintang dan KLCC merupakan kawasan sasaran peragut. Secara puratanya. dan peragut meraih sebanyak RM2. samun tanpa senjata api (individu) dan curi ragut. kadar jenayah di Kuala Lumpur terutamanya jenayah ragut meningkat dan menyumbangkan kepada 18 peratus daripada indeks jenayah. Pada 2004.

• Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor PBT akan mengenalpasti beberapa kawasan tumpuan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor. 3. Pengasingan laluan pejalan kaki dengan jalan bermotor 2. Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung .1. • Penyediaan Bollard atau Pagar PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal.

aktiviti penagihan dadah dan sebagainya.• Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya. . letak kereta. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut. • Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindun laluan dari pandangan awam. 4. Dengan demikian. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). 5. terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah • Memasang lampu di laluan jejantas. tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat sasaran bagi peragut. di tempattempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas. rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama.

2/2004 pada 10 Ogos 2004 di Sibu. Penyediaan Bollard • Pembinaan bollard di kawasan laluan pejalan kaki dan jalan bermotor .23 LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH 23 langkah pencegahan jenayah adalah terkandung dalam kertas kerja “Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Negara Ini” yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Perbadanan Perbandaran-Perbandaran Malaysia (JKPPP) Bil. Sarawak. STRATEGI 1 : MEREKABENTUK PERSEKITARAN FIZIKAL (ENVIRONMENTAL DESIGN INITIATIVES) 1. Mengawal Tanaman Landskap Di Laluan Pejalan Kaki . Pengasingan Laluan Pejalan Kaki Dari Jalan Bermotor • • • Pengasingan laluan pejalan kaki dan laluan bermotor melalui pembinaan konkrit dapat mengurangkan risiko kegiatan jenayah ragut di kawasan ini. Perlu disediakan pemisah di antara laluan pejalan kaki dan laluan bermotor bagi kawasan laluan orang ramai /pusat tumpuan. Penyediaan rel penghadang dan laluan pejalan kaki dengan perhentian bas. 3. 2. 23 langkah pencegahan jenayah ini dibahagi kepada 3 strategi utama iaitu : A.

4. PBT dan sebagainya. iv. Garis Panduan Penilaian Keselamatan Bangunan Garis Panduan Persekitaran Tempat Letak Kenderaan Garis Panduan Pemasangan Kemudahan CCTV 5. ii. . Reka bentuk umum konsep Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) Garis Panduan Pencahayaan Garis Panduan Penyediaan Landskapiv. Input polis dalam menyemak semula garis panduan susun atur perumahan dan keperluan Kemudahan Polis.Aktiviti Penyelidikan ini akan menghasilkan :: i. PDRM (Jabatan Logistik) NGO. iii. Perkongsian Maklumat Jenayah Melalui GIS-based Mapping • Contoh maklumat GIS Mapping berkenaan Jenayah Ragut di sebuah PBT. JKR. 6.• Penanaman landskap di sepanjang laluan pejalan kaki memerlukan pengawalan yang sempurna. v. Penyemakan Garis Panduan Susun Atur Perumahan • • Pihak Polis dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Jawatankuasa Pelan Bangunan. Penyelidikan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran • Agensi terlibat : JPBD.

Papan Tanda Peringatan Jenayah • • papan tanda peringatan jenayah yang berperanan memberi peringatan kepada orang ramai. 12. 10. MEMPERKASAKAN KAWASAN SASARAN (TARGET HARDENING) Pondok Polis • Pondok Polis yang berperanan untuk mengawal kegiatan jenayah terutama di kawasan membeli belah dan kediaman. Mencuci / Mengemaskan Kawasan-kawasan Semak Dan Terlindung • PBT perlu memastikan kawasan-kawasan kediaman dan laluan utama penduduk berada dalam keadaan bersih dan selamat.B. 8. Tempat Letak Motosikal Berkunci . penyediaan cermin keselamatan yang diletakkan di lorong atau celah bangunan bagi mengurangkan kadar jenayah di kawasan-kawasan terlindung. Penggera Keselamatan (Alarm) • Pemasangan Alat Penggera Keselamatan di lokasi yang strategik dan di tengahtengah laluan awam yang boleh digunakan oleh orang ramai apabila berlaku kejadian ragut 11. 7.

Perkhidmatan Pengawal Keselamatan Swasta . 15. 17.• Tempat Letak Motosikal berkunci yang disediakan di kompleks membeli-belah bagi mengurangkan gejala curi motosikal di kawasan ini. 13. Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-kawasan Yang Menjadi Sasaran Jenayah • Kawasan pasar malam yang menjadi sasaran kecurian motosikal dan pecah kereta. 18. Pemasangan Closed Circuit Television (CCTV) • Pihak polis perlulah memastikan sistem pengoperasian CCTV dapat dikendalikan dengan cekap dan berkesan. 19. Pemasangan Lampu Di Kaki Lima Premis Perniagaan • Kaki lima premis perniagaan perlu dipasang dengan lampu yang lebih cerah bagi mewujudkan suasana yang selamat di kawasan premis ini. Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Menghalang Pandangan Awam • Reka bentuk jejantas yang dibina perlulah tidak menghalang pandangan orang ramai. Tidak Membenarkan Perniagaan Dan Meletak Kenderaan Di Kaki Lima Dan Laluan Pejalan Kaki • Laluan kaki lima yang terhalang dengan meletakkan barang-barang perniagaan. 16. Menjanakan Pelbagai Aktiviti Perniagaan • Kewujudan gerai-gerai di kawasan-kawasan tidak sunyi yang menjadi tumpuan ramai dapat mengurangkan risiko jenayah berlaku. 14.

C.Perkhidmatan kawalan keselamatan juga penting di taman-taman awam bagi mengatasi kegiatan jenayah dan vandalisme. Meningkatkan Rondaan Kawasan Perumahan . PBT perlu memainkan peranan memberi kesedaran kepada pemilik rumah memasang lampu di depan. 23. Pendidikan • PBT dan lain-lain agensi memainkan peranan dalam mengedarkan risalah kepada orang ramai • Perilaku membawa barang berharga khususnya beg tangan perlulah diberi perhatian terutama bagi kaum wanita. Depan Dan Belakang Rumah • Bagi kawasan yang kerap berlaku pecah rumah. Penyediaan Risalah Jenayah Komuniti • Contoh risalah mengenai Jenayah yang dikeluarkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk Kawasan Bangsar. KEGIATAN SOSIAL / KEMASYARAKATAN DAN PENDIDIKAN / KESEDARAN AWAM 20. tepi dan belakang rumah bagi menghindarkan jenayah pecah rumah. 21. Pemasangan Lampu Di Lorong Tepi.• Penyediaan perkhidmatan kawalan keselamatan yang terdapat di kawasan perumahan. 22.

.• Kewujudan Rukun Tetangga dan adanya rondaan di sesebuah kawasan perumahan dapat membantu mengawal kegiatan jenayah di kawasan perumahan tersebut.