You are on page 1of 2

KAEDAH SOKONG BAWAH

1) -

KAEDAH ASAS JALUR TRADISIONAL merupakan sokong bawah yang paling mudah. Proses ini dimulakan dengan pengorekan lubang segiempat di bawah asas yang sedia ada. Lubang segiempat tersebut digali secara berselang. Lubang tersebut diisi dengan konkrit atau bata sehingga bertemu dengan permukaan sebelah bawah asas. Ruang antara sokong bawah dan permukaan bawah asas konkrit akan disi dengan konkrit halus yang kering dan dipadatkan dengan sempurna. Ini bertujuan untuk mengelakkan pengecutan dan seterusnya mengelakkan enapan. Selepas kerja konkrit atau kerja bata di atas selesai, bahagian yang ditinggalkan pula digali. Panjang setiap lubang adalah antara 1.2 meter hingga 1.5 meter untuk kerja yang normal. Kerja biasanya dibuat untuk 6 lubang bagi setiap operasi. Setelah semuanya siap barulah 6 lubang lagi dibuat. Kadang kala dinding atau tiang tidak selamat jika dikorek di bawahnya. Oleh itu, dinding atau tiang tersebut perlu disokong menggunakan rasuk jarum.

2) -

KAEDAH PYNFORD STOOL kaedah ini merupakan ubah suaian daripada kaedah asas jalur tradisonal. Dalam kaedah ini, rasuk konkrit tetulang dimasukkan ke dalam dinding yang akan disokong bawah. Rasuk konkrit tersebut dapat memberi sokongan terhadap dirinya sendiri di samping menjadi asas yang kukuh bagi kerja sokong bawah selanjutnya. Kaedah ini sangat berguna jikalau enapan sekata telah berlaku dan bicuan perlu dilakukan untuk melaraskan struktur tersebut.

Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menebuk poket pada dinding yang sedia ada. Kemudian poket tersebuat diisi dengan stool konkrit pratuang atau tupang keluli. Stool tersebut menyokong dinding pada jarak 0.9 meter antara satu sama lain. Selepas semua stool dipasang, bata yang terletak antara stool tersebut dikeluarkan. Seterusnya tetulang keluli dipasang menerusi stool bagi membentuk rasuk konkrit bertetulang. Apabila acuan telah dipasang di kiri dan kanan rasuk, konkrit pun dituang. Setelah itu kerja sokong bawah dapat dimulakan dengan menggali tanah di bawah rasuk tersebut.

2) -

KAEDAH CERUCUK MINI Kaedah ini telah dimajukan di Itali dan dikenali sebagai pali radice. Dalam kaedah ini, lubang dengan garis pusat 70 300 mm digerek menerusi fabrik bangunan. Gerekan dibuat dengan menggunakan gerudi putar. Lubang ini digerek sehingga 30 meter ke dalam tanah. Kemudian, tetulang dimasukkan ke dalam lubang tersebut dan diturap. Tetulang tersebut mungkin dalam bentuk sesebatang atau beberapa batang siap disusun seperti sangkar. Melalui kaedah ini, satu ikatan akan diwujudkan antara asas dan struktur. Ini kerana cerucuk mini dibina menerusi bahagian struktur seperti rasuk dan lantai. Cerucuk yang sama juga mungkin melalui asas. Oleh yang demikian, kaedah ini bukan sahaja memberi sokongan di sebelah bawah tetapi juga memperkuatkan bangunan itu sendiri.

You might also like