PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133

)

DATA PRIMER

Pengenalan Dalam sumber data dan metode pengumulan data merupakan satu perkara yang penting dalam menjalankan sesuatu penyelidikan. Ia menerangkan bentuk kerja yang akan dijalankan, aliran kerja dan bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Mengikut Rohana Yusof (1996), Asas Sosial Dari Perspektif Sosiologi, penyelidikan yang baik akan memberikan pemerhatian kepada langkah-langkah kajian yang terlibat. Peringkat-peringkat itu ialah satu, mengenal pasti masalah, mentarifkan matlamat dan objektif sesuatu penyelidikan itu, dua, pembentukan hipotisis, tiga, merumuskan reka bentuk penyelidikan, empat, mengumpulkan data, lima, menganalisis data, tujuh, menganalisis hasil penyelidikan untuk menguji penyelidikan. salah satu kaedah kumpul data ialah kaedah primer. Menurut kamus dewan edisi keempat (2007) muka surat 317, data bermaksud butiran atau maklumat yang diketahui atau yang telah dikumpul tentang sesuatu dan dapat dijalankan asas untuk membuat kajian manakala untuk primer (muka surat 1231) ialah yang pertama, yang terpenting yang utama. Data primer merupakan data yang didapatkan dari sumber asli atau pertama. Ia merupakan data yang dapat dari sumber pertama, baik daripada individu atau perseorangan. Contohnya hasil dari hasil pengisian kuesioner yag biasa dilakukan oleh pengkaji atau data yang diperolehi secara langsung dari jawapan responden melalui penyebaran kuesioner. Data primer merupakan data-data yang diperoleh secara langsung daripada "kejadian" sosial sebenar . Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Dr. Prof.et al(2001)Pengantar Sains sosial, dalam kaedah data primer terdapat kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan data dan maklumat seperti kaedah tinjauan, kaedah kerja lapangan(Fiel Work/study). Mengikut Rohana Yusof(1996), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi , kaedah data primer ialah kaedah yang digunakan ialah kaedah pengamatan atau dikenali juga kaedah penyelidikan berpartisipasi, dan kaedah soal selidik. Antara teknik yang digunakan untuk mendapatkan data primer adalah soal selidik, kaedah temubual, tinjauan, kajian lapangan kerja dan sebagainya. pemerhatian, temuduga dan unjian psikologi. Sulaiman (1996) mengatakan, terdapat beberapa alat untuk mengumpul data dan antaranya adalah borang soal selidik, Kedua-dua keputusan kaedah ini diketegorikan
1

Secara mudahnya data primer boleh dikatankan sebagai "sumber mentah" yang belum dianalisis atau menjadi sumber pertama dalam menjalankan sesuatu penyelidikan . adakalanya penemuramah akan salah tafsir maklumat yang diberikan oleh responden. Perkara penting dalam reka bentuk soal selidik adalah pengkaji perlu berhati-hati dengan soalan yang dibina. Data primer sangat penting kerana ketepatan peratusan kuputusan yang kita akan perolehi adalah tinggi . Hal ini kerana. responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan bagi melengkapkan borang soal selidik yang diberikan.0 Soal Selidik Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Selain itu. 1. Soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Kemungkinan wujud responden tiada nama. Berikut merupakan perkara yang perlu dititiberatkan dalam membina soal selidik : 2 . Menurut Gillham (2000). Maklumat prasangka yang kurang berbanding temuramah. Pengkaji perlu bijak menarik minat responden disamping mengenal pasti persepsi dan penilaian daripada responden terhadap soalan yang dibina.1999) Ia juga merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. (Mohd Najib. Ia paling popular kerana mudah diguna dan fleksibel.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER sebagai data primer adalah kerana kita atau seseorang itu sendiri terlibat secara langsung dengan pemasalahan yang dikaji . Pengkaji boleh mengenal pasti responden yang tiada nama itu dengan mengenal pasti kepada siapa pengkaji menghantar borang soal selidiknya. terdapat beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji kerana soal selidik memerlukan kos membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Soal selidik digunakan kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk analisis. Individu yang membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah wajar. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap. pengkaji boleh memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.

soalan kabur. frasa kurang tepat . Pengkaji haruslah boleh mentafsir jawapan yang diberikan responden. pengetahuan dan daya ingatan. Foddy (1993) menyenaraikan kandungan soal selidik mengikut urutan yang tepat. soalan penting. Kandungan soal selidik perlulah meliputi isu kajian secara khusus. Pengkaji haruslah jelas maklumat yang dikehendaki dan mengelaskan soalan dengan tepat.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER › › › › Membina soalan peribadi Klasifikasi soalan Kandungan soalan Merangka jawapan Membina soalan peribadi bagi soalan yang dibina perlulah jelas dan tidak mengelirukan. Contohnya. Proses-proses dalam menjalankan penyelidikan menggunakan kaedah soal selidik ialah mengenal pasti maklumat yang dikehendaki dan sumbernya. Responden haruslah boleh mentafsir soalan yang dibna seperti yang diharapkan oleh pengkaji. bentuk dan struktur borang soal selidik mestilah mampu menarik minat responden dalam menjawab soalan dengan jujur. Responden haruslah boleh membina jawapan sama dengan yang pengkaji mahukan. Elakkan membina soalan yang sukar untuk responden menjawabnya. soalan berkaitan gaji responden. soalan tanggapan atau andaian. Klasifikasi soalan latar belakang responden merupakan salah satu dalam klasifikasi membina soal selidik. Kandungan soal selidik. soalan merupakan andaian(hipotesis). responden boleh bulatkan pilihan jawapan atau tanda  atau . Ia bertujuan untuk mengenal pasti 3 . Soalan latar belakang responden perlulah sesuai agar responden berminat untuk meneruskan proses menjawab soalan yang berikutnya. merangka jawapan menetapkan bagaimana responden akan menjawab soalan yang dibina. Penggunaan bahasa perlulah menggunakan bahasa standard atau mudah difahami. Seterusnya. Hanya soalan yang penting sahaja perlu dibina. Arksey and Knight (1999) menyenaraikan item yang perlu dielakkan semasa membina borang soal selidik ialah Bahasa prejudis(prasangka). responden boleh menjawab di atas garisan yang disediakan. Jika soalan tertutup. Jika soalan terbuka. (ya atau tidak).

samada beberapa negeri atau seluruh Malaysia. Seterusnya mengumpul data dengan memilih teknik penyelidikan yang bersesuaian. Satu cara meningkatkan kadar maklum balas terhadap soal selidik dengan membuat soal selidik yang menarik. Kemungkinan responden menjawab soalan dengan sambil lewa. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah kualitatif ini adalah menggunakan teknik temubual.0 Temubual Terdapat beberapa jenis instruman digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam penyelidikan. Borang soal selidik yang terlalu panjang adalah amat bahaya. Proses menganalisa data dengan mengumpul dan mengemaskinikan data soal selidik. Antara kelemahan borang soal selidik ialah tidak semua responden yang mahu melengkapkan borang soal selidik. Kotak atau garis harus disediakan untuk soalan terbuka. jenis maklumat yang dikehendaki dan kegunaannya. Mengenal pasti sumber (orang) yang dapat menjawab isu tersebut. menganalisa pengagihan jawapan bagi setiap soalan (variable). perlu ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam penyelidikan kuantitatif. selang ayat dan arahan menjawab harus dititik beratkan.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER isu yang hendak di selidiki. 2. Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Namun. pengumpulan data menggunakan borang soal selidik juga mempunyai kelemahannya. contohnya tandakan / dalam kotak dan bulatkan nombor. pilihan kertas. memberi jawapan yang kurang tepat atau mengelirukan. menganalsia kaitan antara soalan-soalan (variables) dan mentafsirkan analisis yang telah dijalankan. paparan umun. Gillham (2000) menyarankan supaya borang soal selidik dibina antara 4 hingga 6 muka surat sahaja. Contohnya tentu kita pernah ditemu bual oleh wakil-wakil syarikat 4 . Sesetengah individu lebih gemar menggunakan bahasa komunikasi berbanding dengan menulis perkataan.Maka. Cara terbaik untuk menggelakkan soalan selidik yang sukar dibaca ialah dengan soalan dibaca kepada responden. menentukan sampel dan seterusnya menjalankan soal selidik.Soalan pilihan jawapan harus difikirkan. Mendefinisikan soalan-soalan (varaibles). Bagaimana pun. liputan soal selidik tersebut contohnya.

kita juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temubual begini selalunya lebih bersifat santai tanpa terlalu banyak protokol. temubual lain ialah berbentuk temubual tertumpu. Tujuan temubual ialah dapat berinteraksi secara langsung dgn responden. Selain itu. temubual tidak formal dan temubual terbuka. Patton (1980) menyatakan terdapat pendekatan temubual iaitu temubual formal. bank atau sebagainya. di mana temubual ini lebih berdasarkan respon subjektif responden kepada situasi yang mereka pernah terlibat mahupu mereka alami. perjelasan secara langsung diperolehi dan jawapan bukan bersifat andaian atau tafsiran. perasaan.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta. kita mungkin temu bual mereka sebelum. Tujuan temubual juga ialah dapat memperolehi perjelasan secara langsung daripada respoden dan jawapan bukan bersifat andaian atau tafsiran. pendapat atau pemahaman mereka tentang pengajaran yang dilalui. Dalam penyelidikan tindakan dimana sebagai guru dan juga penyelidik. Bagi maklumat respon direkodkan melaui catatan atau rakaman melalui rakaman video dan sebagainya. Selain itu juga. Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Fontana dan Fery (1994) Merriem (1998) juga menyatakan terdapat tiga jenis temubual iaitu temubual berstruktur digunakan untuk mengumpulkan data bagi analisis kuantitatif dan manakala bagi proses interaksi berlaku pada tahap yang minimum. reponden bercakap dengan bebas. kad kredit. Tujuan temubual ialah bagi menbolehkan untuk berinteraksi secara langsung dgn responden. Temubual berbentuk begini lebih bersifat sahaja ataupun spontan tanpa terikat Temubual begini akan memudahkan dengan teks yang dirancang soalannya sebelum itu. responden dapat memberikan jawapan secara langsung. Bagi temubual bebas pula ialah digunakan untuk meninjau isu atau topik secara mendalam dan rekabentuk soalan tidak perlu dirancang. Manakala bagi temubual separa berstruktur adalah tidak diseragamkan untuk analisis kualitatif dan mempunyai penambahan soalan. minat. Penkaji perlu melakukan kajian mengenai latar belakang 5 . konsepsi. pengetahuan. semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai. dan dengan ini responden dapat memberikan jawapan secara langsung. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. kita mungkin akan temu bual murid tentang sikap. Responden boleh mengembangkan pendapatpendapat mereka tanpa mendapat sekatan bagi meluahkan pendapat mereka.

PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER responden seperti menganalisis autobiografi orang yang akan ditemui dan temubual. Data-data yang dikutip melalui temubual perbualan mungkin sukar dianalis kerana soalan tersebut tidak ditnya secara berulang-ulang. Hal ini penting untuk pengkaji mendapatkan input dan persedian pengkaji merancang soalan sebelum di tanya kepada responden. Langkah-langkah menabual ialah dengan mengajukan soalan berbentuk protokol. Jenis temubual lain ialah temubual perbualan tidak rasmi yang mana temubual ini yang melibatkan penjanaan soalan. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh semua peserta dan tidak memberi nilai samaada jawapan itu betul atau salah. Manakala langkah kedua ialah dengan pengkaji menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar peserta berasa selesa dan terdorong untuk member respon 6 . Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. pandangan pengalaman seseorang. dan Dalam proses menabual. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada: i) ii) Individu yang mengalami sesuatu fonemana Individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga.soalan secara spontan tanpa perancangan dahulu. guru. Ada pelbagai jenis temubual antaranya ialah temubual kaedah indidvidu paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah. Proses temubual ini lebih longgar tanpa ada protokol pertanyaan. ahli masyarakat.perbualan telefon anatara penyelidik dengan peserta juga dikira dengan temubual. rakan-rakan. peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. iii) Pakar yang mengedalikan sesuatu tugasan professional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor. ahli politik dan lain-lain yang berkenaan. Jika keselamatan menjadi isu.

Pengkaji boleh membinan kumpulan-kumpulan yang mempunyai cirri-ciri yang sama ataupun berbeza. Data temubual yang dirakam ini ditaip kembali dalam computer dalam bentuk transkrip untuk melaui proses seterusnya iaitu analisa. Adakalanya temubual fokus kurang Berjaya untuk mendapatkan jawapan berbentuk peribadi. Contoh penggunaan kaedah ini yang paling sering dilakukan ialah dengan kajian-kajian pasaran di mana pengkaji perlu mengetahui tentang produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sesuatu populasi. temubual fokus juga memastikan pengkaji bijak mengendalikan temubual kumpulan fokus. serta menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Kekuatan data kumpulan fokus terletak kepada dinamika yang terhasil daripada interaksi kelompok.member keutamaan kepada perspektif peserta. Langkah seterusnya dengan mendokumentasikan temubual iaitu dengan merakamkan dalam bentuk video. Manakala temubual fokus ialah merupakan kaedah kualitatif yang berkesan untuk mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan ataupun mendapat pelbagai pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. menyatakan tujuan perbincangantersebut dan menerangkan bagaimanan proses temubual fokus berlaku. Dalam temubual kumpulan fokus pengkaji perlu membina soalan fokus yang berbentuk penerangan bukan bukan sekadar ‘ya’ dan ‘tidak’.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER yang memuaskan iaitu dengan membina hubugan yang baik. ahliahli kelompok juga teransang untuk memberikan pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan personality mereka. member penerangan yang jelas kepada peserta. Pengkaji juga perlu memilih kumpulan fokus terdiri daripada mereka yang memberi respon terhadap isu yang dikaji. manakala seorang lagi . Selain dari menghasilkan respon yang banyak pada masa yang pendek. Temubual kumpulan fokus menggunakan protocol soalan yang dibina terlebih dahulu. Selain itu ialah dengan menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan keadaan emosi peserta. Pengkaji perlu menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan 7 Seorang fasilitator diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan. Kumpulan fokus dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan untuk membincangkan sesuatu topic kajian. Selain itu juga. Di samping itu juga pengkaji perlu menyediakan alat rakaman bagi sesi perbincangan. diperlukan untuk mencatat atau memastikan rakaman berjalan dengan lancar. Pengkaji perlu memperkenalkan diri.pita suara video dan juga nota.

kaedah tinjauan adalah satu kaedah yang popular untuk mendapatkan data dan maklumat dikalangan pengkaji sains sosial. Selalunya temubual ini dilakukan bagi mendapatkan maklum balas sesebuah firma contohnya seperti Telekom Malaysia mengenai perkhidamatan yang digunakan oleh pelanggan. Dengan menggunakan temubual jenis ini akan menambahkan responden memberi reaksi. Temubual ini terdiri daripada pelbagai format yang berbeza. Prof. Ini kerana temubual ini akan menggunakan perbagai soalan akan mewujudkan tingkah laku seperti ujian. Manakala responden pula ialah masyarakat atau individu dalam masyarakat yang dikaji. Jika penyelidik menjalankan kajian ini bersendirian sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau dalam computer. Selain itu juga. Selalunya temubual jenis ini respondan akan lebih daripada satu.0 Kaedah Tinjauan atau Pemerhatian Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan Dr. Ciri-ciri piawai ialah ciri-ciri yang dikehendaki oleh penyelidik itu sendiri yang menepati ciri-ciri yang dibuat. 3. Rakaman perlu didengar semula untuk ditaip bagi menghasilkan transkrip dan seterusnya dianalisa secara manual atau menggunakan software. temubual berkumpulan merupakan salah satu jenis temubual. Sample responden ditentukan secara rawak atau ditentukan secara nisbah atu purata. Tiga cara untuk mendapatkan dan maklumat dalam kaedah 8 . serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan dislahgunakan. Dalam kaedah ini pengkaji memperolehi data dan maklumat dengan cara membentuk soal selidik tertentu yang menepati ciri-ciri piawai serta menyerahkan sempel kepada responden.et a l(2001) Pengantar Sains sosial. Responden yang digunakan juga mempunyai bilangan penemubual lebih dari satu. Selepas temubual fokus pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli kumpulan untuk merakam sesi dan menggunakan data untuk kajian. Bagi kelebihan temubual jenis ini ialah pengurangan kos berbanding temubual individu dan menambahkan peluang responden memberi reaksi tanpa ada perasan malu menyatakan isi pendapat apabila menjawab persoalan yang diutaraka. temubual bersama dan juga kumpulan fokus.

Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. paras tafsiran pemerhati. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. tinjauan secara individu ialah kaedah menghantar borang soal selidik melalui pos dan menghubungi responden dari rumah ke rumah. mempunyai fokus. Prof. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Catatan yang dibuat mestilah tepat. Tingkah laku 9 . dilakukan secara sistematik. dalam kaedah tinjauan. Sebelum membuat pemerhatian.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER tinjauan iaitu tinjauan secara individu (self-administered questionnaires). terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. unit tingkah laku. sah. Menurut Kerlinger (1973). Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu. temu bual dan tinjauan secara individu dan menggunakan telefon.et al (2001) Pengantar Sains sosial. penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Menggunakan kaedah ini. kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan. Dr. penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti. serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku. Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah tinjauan secara individu dibuat bagi memberi peluang kepada responden menjawab soalan Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. dan boleh dipercayai. misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak. Melalui pemerhatian. dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. mendengar.

sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi dijangka dapat diperhati diperingkat awal. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat .PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. Jenis permerhatian yang kedua ialah pemerhatian bukan peserta. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian. penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. Terdapat dua jenis pemerhatian iaitu permerhatian peserta dan pemerhatian bukan perserta.pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong. semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Selain itu. Menggunakan kaedah pemerhatian ini. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. 10 . Dengan kata lain. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan denganmu dah dan tempat. Jenis pemerhatian peserta melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian.

Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. jelas. Terdapat kebaikan untuk menggunaan kaedah pemerhatian bagi mengumpul data. pemerhatian terhadap manusia. Kerja lapangan boleh berlangsung untuk jangka waktu dari beberapa bulan hingga dua tahun 11 . gelangang. temubual.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER kaset. budaya. Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat. Berbanding dengan kajian makmal yang mana proses mengumpulan data dilakukan secara terkawal dalam makmal. padang. Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benar-benar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti. bahasa. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura.kerja lapangan adalah proses mengumpul data mentah secara saintifik dan dilakukan secara “insitu”. Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras.kajian lapangan bermaksud kawasan atau tempat yang luas. Kerja lapangan melibatkan hubungan secara langsung (face-to-face) dengan bahan atau objek yang dikaji dalam keadaan semula jadi. dan kamera video. medan.0 Kajian Kerja Lapangan Definasi kerja lapangan .teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian. Sebaliknya kaedah pemerhatian juga mempunyai kelemahan. Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. fahaman. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 pula. Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci. budaya rakyat dan struktur sosial juga termasuk dalam katogari kerja lapangan. 4. Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Kerja lapangan sebagai sumber terpenting untuk mendapatkan maklumat baru tentang masyarakat dan budaya. dan nilai.

terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan oleh penyelidik untuk memperolehi data dan maklumat dengan cara turut serta dalam kehidupan atau sosial yang berlaku. tetapi agak sukar sekali untuk menyatakan dengan tepat metod yang manakah yang terbaik. dari segi watak dan personaliti.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER atau lebih. Mengikut Sharifah Zaleha Syed Hassan. Teknik ini biasanya berkaitan dengan disiplin antropologi. Misalnya sebelum mulai menjurus kepada topik yang sebenar. Teknik kedua dalam kaedah kerja lapangan ialah temu bual insentif (indepth interview). untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Contohnya dalam satu penempatan yang dikaji. dalam kaedah kerja lapangan(fiel work/study). Alat terpenting dalam menjalankan kerja lapangan. Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yang dikaji dan akan bercampur dengan mereka. Dengan ini data dan maklumat dapat diperolehi. Terpulang kepada setiap orang penyelidik untuk menggunakan kebolehan dan kebijaksanaannya. dialah ‘alat saintifik’ yang sebenarnya. Tujuannya ialah untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji itu dengan sedalam mungkin. 12 . ialah penyelidik itu sendiri. Contohnya kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik disesuatu kawasan penempatan. tidak lain dan tidak bukan. beliau akan turut serta dalam mesyuarat parti tersebut yang berkaitan dengan pilihan raya.et al(2001) Pengantar Sains sosial. Teknik terakhir dalam kaedah kerja lapangan ialah Etnografi(pemerhatian). dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan cara temu bual yang dibuat barkaitan dengan isu-isu semasa kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik yang sebenar. Dr. Metod yang dipilih itu mestilah sesuai dengan keadaan dan persekitaran subjek yang dikaji. dan pada dasarnya tidak ada satupun formula yang jelas berkenaan perkara ini. Prof. Contohnya penyelidik ingin mengkaji proses strategi pilihan raya oleh parti politik. penyelidik akan berkumpul dengan dengan penduduk yang berbual dikedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti bola sepak dimalaysia. Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik biasanya berkisarkan kepada memahami budaya masyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budaya itu dan melihat persamaan dengan budaya lain. Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub-budaya. Satu lagi perkara yang menyebabkan terdapat variasi dalam menjalankan kerja lapangan ialah persekitaran berlainan dan tajuk berbeza-beza yang dikaji oleh penyelidikan. Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kerja lapangan.

Dalam mencari data mentah untuk penyelidikan. dikenali. permit dan patuhi segala syarat yang ditetapkan untuk persampelan. Menganalisis data ialah satu proses mencari keputusan atau kesahihan data yang diperolehi . bahasa dll). komuniti dan budaya masyarakat setempat dan dapatkan kebenaran. Selepas pengumpulan data. prosesperlu dijalankan. Penganalisian data perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana data-data tersebut akan membuktikan atau menafikan hipotesis awal yang dilakukan oleh penyelidik samada hipotisis mereka benar ataupun sebaliknya.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER Etika kerja lapangan sebelum melakukan kajian lapangan. Selain itu pemberi maklumat dan nama-nama yang ada dalam cerita mesti di lindungi jika mereta tak mahu Tiada paksaan dalam memperolehi data dan penyelidik juga harus minimumkan kerosakan atau gangguan terhadap alam sekitar serta menjaga kebersihan. Lepas analisis data. setiap keputusa daripada penganalisian data akan mempengaruhi kesahihan dan kebenaran hasil kajian. perlu menghormati individu. Ini adalah kerana. individu atau komuniti tersebut perlu diberitahu untuk apa dan bagaimana maklumat yang diperolehi akan guna atau disebar. Jika kajian melibatkan manusia (sosial. Analisa data akan memastikan keputusan penyelidikan itu tepat dan dapat diterima oleh orang ramai. Pada kebiasaannya banyak pemasalahan yang akan timbul daripada kajian mereka dan boleh menyebabkan masa yang diambil adalah lama untuk diselesaikan . Penutup Dalam melakukan penyelidikan penglibatan secara langsung seseorang itu adalah sangat penting walaupun sebahagian proses penyelidikan boleh dilakukan dalam perpustakaan. Jika analisis data yang dilakukan adalah salah. sentiasa mematuhi hak cipta. Ini adalah kerana . 13 . keputusan data dapat dijelaskan dengan menggunakan jadual. ia akan menyebaban penyelidikan yang dihasilkan tidak tepat. Penglibatan secara langsung dapat memberikan pengalaman dan prektikal secara langsung kepada seseorang ke atas isu atau permasalahan yang hendak dikaji . mereka akan merasa sendiri pemasalahan yang akan timbul dalam penyelidikan yang akan dilakukan mereka. graf. budaya. seseorang penyelidik itu tidak melakukan pembohongan data saintifik (plagiat atau penipuan). dan rajah kerana kaedah ini lebih sesuai dan tersusun berbanding dengan kaedah lain . beberapa etika sangat-sangat perlu untuk dipatuhi.

buku ilmiah ataupun jurnal . Bibliografi 14 . Ini adalah terpulang kepada penyelidik tersebut untuk menulis hasil kajiannya dalam bentuk apa pun seperti tesis.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER Melaporkan hasilan ialah menukarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan kepada bentuk teks bertulis dan merupakan peringkat terakhir dalam kaedah penyelidikan.

Faculty of Social Scince and Humanities : Bangi . Research and Publication . suatu perspesi di kalangan pelajar perempuan cemerlang terhadap perkhdmatan bimbingan dan kaunseling http://eprints.slideshare.my/2212/1/91.www.Theory of Thuru . Kuala Lumpur : Penerbitan Utusan Melayu Berhad. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif Pengenalan Proses Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan. Blalock (1982) . Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat (2006). 2010.PENYELIDIKAN ILMIAH (SHP 4133) DATA PRIMER Diane Kholos Wysocki (2001) . New Jersey : Prentice Hall.A Companion to Epistemology :Cambrige Bleckwell . pendekatan temubual sebagai mehtod kajian kes. 2010. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (2000) : Etika dan Tatatertib Kuala Lumpur:Ampang Press Sdn.utm. Horwich . Singapore : Graham Brash (Pte) Ltd .net Drs. Social Research Methods . UKM Press. Canada : Wadsworth Thomson Learning. 1979 .DrMuhdSharif%26Roslee. Hubert M. 15 . Diperoleh pada 21. Introduction To Social Research . Bhd Tham Seong Chee (1981) . Paul . Social Scince Research In Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka UKM .pdf Diperoleh pd 22. Sidi Gazalba (1974 ):Sistematika filsafat .Jonathan Deney (ed) .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful