GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN

Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan Jabatan Kemajuan Masyarakat Bil. 07 Tahun 2009

Tarikh Dikeluarkan

:

1 November 2007

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ISI KANDUNGAN Perkara 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Pengenalan Panduan Pengendali Makanan Prosedur Perolehan Makanan Tambahan Panduan Memilih, Menyedia, Menyimpan Dan Menghidang Makanan Serta Minuman Panduan Pengendalian Makanan Panduan Penyediaan Makanan Seimbang Panduan Pengurusan Peralatan Memasak Dan Menghidang Prosedur Pemberian , Etika Dan Teknik Menghidang Makanan Tambahan Prosedur Rawatan Susulan Cadangan Menu Tabika Cadangan Menu Taska Lampiran Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D - Rekod Suntikan Typhoid 6 Rekod Kesihatan Pemaju Masyarakat 38 39 40 41 Muka Surat 1 2-9 10-11 12-15 16-19 20-28 29 30-33 34 34-35 36-37

- Daftar Bahan Mentah Kering Senarai Semak Untuk Memantau Penyediaan Maknaan Sihat

iii

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

iv

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

BAB 6 GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

1.

PENGENALAN 1.1 Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pada saban hari, masalah berlebihan berat badan dan kekurangan berat badan yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan pengambilan zat makanan yang tidak seimbang. Kekurangan zat makanan teruk menyumbang kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia (UNICEF, 1998). Mengikut saranan pengambilan nutrien (RNI), kanak-kanak taska memerlukan 950kcal sehari; manakala kanak-kanak tabika memerlukan 1300kcal sehari (KKM, 2005). Bermula pada tahun 2005, pihak KEMAS telah memperuntukkan untuk setiap kanak-kanak taska sebanyak RM 3.00 sehari dan setiap kanak-kanak tabika sebanyak RM 1.50 sehari mengikut hari persekolahan. Berikut adalah tajuk-tajuk penting yang terdapat di dalam bab ini sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan makanan berkualiti disediakan:

1.2

1.3

a) Pengendali Makanan b) Prosedur Perolehan Makanan Tambahan c) Panduan Pengendalian Makanan d) Prosedur Penyediaan Makanan Seimbang e) Panduan Pengurusan Peralatan Memasak dan Menghidang
1

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA f) Prosedur Pemberian. Etika dan Teknik Menghidang Makanan g) Prosedur Rujukan Kes Ke Klinik Kesihatan 2 .

Pengenalan Pengendali makanan di premis prasekolah adalah individu yang mula terlibat dalam penyediaan makanan. Perakuan tersebut hendaklah sentiasa disimpan di premis prasekolah berkenaan.2 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah sentiasa diawasi. Status Kesihatan 2. 3 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGENDALI MAKANAN 1. batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan pengendalian makanan. Dia hanya boleh menguruskan pekerjaan selepas dirawat. dan disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan. Pengendali yang demam.1 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh Pegawai Perubatan dan mempunyai sijil atau kad kesihatan untuk mengesahkannya. menghidap cirit birit. Pengendali makanan juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidang adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak di prasekolah KEMAS 2. 2.

4. bersih serta mudah dibasuh.1 Semasa bertugas.1 i. Memakai tanda nama dan kasut mengikut keadaan yang sesuai. Memakai sarung tangan pakai buang. ii. Borang daftar ini hendaklah dikemaskini setiap kali ada perubahan dan hendaklah dipamirkan di premis prasekolah. 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2. Pakaian 3. 4 . Memakai penutup kepala yang sesuai. bersih dan ceria sepanjang masa. Berpakaian sopan. semua pengendali makanan hendaklah: i. Amalan yang mesti dipatuhi: Menampilkan diri dalam keadaan kemas. Amalan 4. dan iv. iii. v. kemas dan sesuai.4 Pengurus Premis prasekolah bertanggungjawab menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali makanan seperti contoh di lampiran.3 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja pengendalian makanan. dan 2. Memakai apron berwarna cerah.

iv.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA ii. viii. Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras lebih 45cm dari lantai. di tempat makanan sedang di masak atau dihidang. Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka ke arah lain dari makanan. Membersihkan lantai dengan menggunakan pengelap lantai jika perlu. xi. pisau. Memastikan dapur prasekolah bebas dari LILATI (Lipas. x. meja dan tangan. garfu. sarung tangan plastik atau penyepit semasa memegang makanan yang sudah dimasak. vi. cawan yang bersih pada tangkainya. Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun serangga. Menggunakan sudu. Lalat dan Tikus) dan haiwan-haiwan lain. Menutup makanan yang disedia dengan penutup yang sesuai dan bersih. Memegang sudu. garfu. v. iii. Membuang sampah kering dan sampah basah secara berasingan. ix. 5 . Menggunakan kain pengelap yang bersih dan berasingan untuk mengelap pinggan. vii. mangkuk. minyak tanah dan bahan pencuci di tempat khas yang berasingan di luar tempat penyediaan makanan.

Membersihkan meja dengan membuang sisa makanan dari atas meja ke lantai. Batuk. dan viii. ii. bertutup dan bersih. vi. membawa atau menyimpan pinggan yang berisi makanan secara bertindih. iv. iii. Membuang sampah ke dalam tong sampah besar atau lubang sampah. mengalas atau menutup makanan dengan bahan yang tidak bersih.2 Amalan yang ditegah: i. Meletak. v. Kebersihan Diri 5. Membenarkan kanak-kanak ke kawasan penyediaan makanan. Meniup ke dalam pembungkus yang digunakan untuk membungkus makanan. Memastikan tong sampah berlapik dengan karung plastik. 5. bercakap-cakap atau ketawa ke arah makanan. Berludah merata-rata.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA xii.1 Rambut 6 . xiii. Membawa sudu. plastik bewarna atau bahan bercetak. Membungkus. bersin. 4. vii. garfu dan penyepit dalam saku apron.

3 Kulit i. iv. Hidung Dan Telinga i. iii. Membasuh tangan sebelum dan selepas :7 . vi.4 Tangan i. bersih dan bertutup Jangan menggaru. Kuku perlu dipotong pendek Sinki membasuh tangan perlu diasingkan daripada sinki pengendali bahan mentah iv. iii. rantai tangan dan jam semasa mengendalikan makanan ii. vii.2 Mulut. v.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA i. Jangan batuk atau bersin pada makanan Jangan merasa makanan dengan menggunakan jari Jangan mengorek hidung Jangan meludah Jangan menggigit kuku atau menjilat jari Jangan makan atau mengunyah gula-gula getah Jangan merokok 5. Diikat. Elakkan memakai aksesori seperti cincin. ii. iii. ii. Jangan menggaru kulit yang luka Elakkan badan dari berbau 5. memegang atau menyikat rambut semasa mengendali makanan. Kulit yang merengsa atau luka perlu diubati dan dibalut ii. 5.

1.2 Mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang berdekatan dan mendapatkan sijil sakit sekiranya perlu.1. Penyakit 6. pengendali makanan perlu :- 6.1 Pengendali kesihatan makanan untuk perlu menjalani pemeriksaan mampu memastikan pengendali melaksanakan tugas dan untuk memastikan pengendali 8 . Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau pengering tangan 6.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA • menyedia atau menghidang makanan • Menggunakan tandas • Menyentuh bahagian kulit yang lain • Mengendalikan bahan mentah • Membersihkan persekitaran v. 7. 6. Pemeriksaan Kesihatan 7.1 Jika pengendali makanan disyaki sakit.3 PM perlu memaklumkan kepada PPS dan merancang semua keperluan sepanjang ketiadaan Pengendali makanan.1 Lapor kepada PM lebih awal 6.1.

iii. iv. Kebiasaanya Jabatan/Pusat Kesihatan telah menentukan tarikh-tarikh khusus untuk suntikan Typhoid 6.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA tidak mempunyai penyakit yang mudah berjangkit. 8. Terdapat dua cara bagi bawaan mendapatkan khidmat dari Pejabat/Klinik Kesihatan di kawasan yang berhampiran.1 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Typhoid 6 bagi tiap-tiap tiga tahun untuk mengelakkan penyakit air seperti taun. Sekiranya pengendali menghidapi penyakit. Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan pada tarikh yang telah ditetapkan. PM membuat temujanji dengan Jabatan/Pusat Kesihatan kawasan masing-masing.1 Suntikan di Premis Kesihatan i. 9 . Resit suntikan diperlukan untuk membuat tuntutan di Jabatan. pengendali melakukan langkah-langkah 8. Suntikan Typhoid 6 8.1. PM perlu memastikan pencegahan. ii.

PM membuat temujanji dengan Jabatan/ Pusat Kesihatan kawasan masing-masing. 8. vi. Kad/ dokumen yang mengesahkan Suntikan Typhoid 6 telah dilakukan. Pengendali suntikan. perlu disimpan/di paparkan di premis. vi. v.2 Suntikan Di Premis KEMAS i. perlu disimpan/ di paparkan di premis. ii.1. Pengendali makanan berkumpul pada tarikh.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA v. iii. makanan perlu mendapatkan iv. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi memudahkan pemantauan. masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi memudahkan pemantauan. 10 . Resit suntikan diperlukan untuk membuat tuntutan di Jabatan. Kad/dokumen Typhoid yang mengesahkan Suntikan 6 telah dilakukan.

SUNTIKAN TYPHOID 6 Premis Kesihatan Premis KEMAS Kenalpasti Tarikh Suntikan PPS Menetapkan Tarikh Suntikan Tuntutan Semula Ke KEMAS Negeri PPS-Simpan Rekod & Jadual JADUAL 1 Prosedur Suntikan Typhoid 6 11 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 9. Kursus Pengendali Makanan 9.1 Pengendali makanan hendaklah menghadiri kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan.

BORANG DAFTAR PENGENDALI MAKANAN Parlimen Bil. Pengendali Makanan : : TARIKH TARIKH MENGHADIRI TEMPOH KURSUS TAMAT PENGENDALI PELALIAN MAKANAN BIL NAMA NAMA TARIKH NO. TABIKA/ JAWATAN PELALIAN KP ALAMAT DIBERI Disediakan Oleh : _________________________ Penyelia Prasekolah Disahkan Oleh :_______________ Pegawai KEMAS Daerah .

Perolehan yang dibuat untuk peringkat Parlimen hendaklah dengan mengemukakan senarai keperluan beserta sebutharga daripada pembekal tempatan ke peringkat KEMAS Negeri untuk tujuan perolehan dengan berpandukan prosedur serta tatacara kewangan yang ditetapkan. 3. Pembekal yang dilantik adalah bertanggungjawab menghantar bekalan makanan ke Tabika/ Taska yang telah ditetapkan sebagaimana spesifikasi yang terkandung dalam pesanan tempatan (local order) 2 . 5.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR PEROLEHAN MAKANAN TAMBAHAN Prosedur 1 1. PPS bertanggungjawab mengenalpasti serta menyenaraikan keperluan jenis-jenis makanan tambahan untuk dibekalkan di Tabika/ Taska dalam Parlimen masing-masing. KEMAS Negeri perlu bertanggungjawab menentukan agihan peruntukan untuk setiap Parlimen berdasarkan bilangan Tabika/ Taska serta kanak-kanaknya. Pihak KEMAS Negeri dibenarkan membuat perolehan makanan Tabika/ Parlimen. Taska mengikut Parlimen berdasarkan keperluan 2. 4.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 6. Prosedur 2 1. Tabika menggunakan duit tabung Tabika dan menuntut semula. PROSEDUR PEROLEHAN Tabung Tabika Pembekal Tempatan Tuntutan Semula PPS Rancang Keperluan/ Pengarah KEMAS Negeri AG (Akauntan Negara) Kelulusan & Perolehan Terima Barang – Sahkan PPS/ Proses Bayar JADUAL 2 Prosedur Pembelian Makanan Tambahan 3 . PPS atau Pegawai Jabatan yang dilantik sebagai pegawai penerima adalah bertanggungjawab memastikan penerimaan dalam keadaan sempurna kuantitinya. kualiti serta tarikh luputnya.

MENYIMPAN DAN MENGHIDANG MAKANAN SERTA MINUMAN BAHAN MAKANAN Sayursayuran KRITERIA PEMILIHAN • Segar Baru Keras rapuh dan pejal tidak layu tidak kecut tidak kering tidak bertukar warna • Tidak rosak • Tidak busuk PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Basuh sebelum dipotong • Tidak direndam selepas dipotong • Sekiranya direbus. MENYEDIA.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN MEMILIH. biarkan air mendidih sebelum dimasukkan sayur • Masak dalam masa yang singkat • Masak di dalam periuk atau kuali yang bertutup • Mentah Simpan dalam peti sejuk kecuali sayursayuran berubi • Sayur yang telah dimasak tidak disimpan • Perlu dibasuh. dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas buahan dalam peti sejuk • Hidangkan sebaik sahaja selepas dipotong • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan 4 . dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur dalam peti sejuk • Hidangkan sebaik sahaja selepas dimasak atau disediakan • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan • Tutup dengan sempurna Buahbuahan • Segar Pejal Tidak bertompok hitam Tidak kering atau kecut • tidak bertukar • Basuh sebelum dimakan atau dipotong • Kupas kulit sekiranya perlu • Perlu dibasuh.

penuh dan membonjol Badan berlendir Insang merah dan cerah Tidak berbau busuk • Cuci dan bersihkan dengan air mengalir sebelum dipotong di mana perlu • Mentah Cuci. potong dan simpan dalam bekas secara berasingan mengikut keperluan harian Sebaik-baiknya gunakan pada hari itu juga atau dalam tempoh yang singkat Simpan pada suhu beku jika perlu Gunakan bahan yang telah dinyahbekukan kesemuanya pada hari yang sama • Hidangkan sebaik sahaja dimasak • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan Tutup dengan sempurna Kekalkan pada suhu tidak kurang daripada 63oC (Hidangan masih panas) • Elakkan daripada menggunakan baki makanan yang disimpan semalaman Ayam • Segar Pejal Tidak berlendir • Cuci dan bersihkan dengan air • Bermasak Simpan dan tutup makanan yang 5 . terang. berkilat dan tidak tertanggal Mata yang cerah. tertutup.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA • Tutup dengan sempurna Daging • Segar Warna kemerahmerahan Tidak berubah warna Tidak kering Tidak berbau busuk Tidak berlendir • Halal • Bermasak Simpan dan tutup makanan yang belum dihidangkan Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC) BAHAN MAKANAN Ikan basah dan lainlain makanan laut KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Segar Pejal Tidak meninggalkan kesan apabila ditekan dengan jari Sirip dan sisiknya kemas.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Tidak berubah warna Tidak berbau busuk • Halal mengalir sebelum dipotong di mana perlu belum dihidangkan Elakkan menyimpan makanan lebih daripada 4 jam pada suhu biasa (27oC) • Tutup dengan sempurna • Simpan berasingan daripada bahan mentah • Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput • Hidangkan sebaik sahaja selepas disediakan atau dimasak • Hidangkan di atas kaunter atau meja yang disediakan • Tutup dengan sempurna Roti • Tidak rosak Tidak berkulat • Tidak melampaui tarikh luput • Bungkusan tidak rosak • Bungkusan berlabel • Elakkan terdedah secara langsung kepada pancaran matahari • Gunakan peralatan yang khusus untuk menyediakan roti yang dimakan terus seperti sandwic BAHAN MAKANAN Bijirin atau kekacang KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Tidak rosak Tidak hancur Tidak berkulat Tidak hapak Tiada tanda serangan serangga. kering dan dingin • Elak meletakkan guni atau karung terus di atas simen setinggi 20cm sekurang-kurangnya daripada lantai • Simpan di tempat yang dingin/peti sejuk dan kering atau mengikut Makanan berkaleng (makanan dalam tin) 6 . kutu atau habuk Tidak lembab atau basah • Bentuk tin hendaklah sempurna Kemas • Buang bahan seperti batu atau benda asing • Basuh mengikut kesesuaian • Simpan di tempat yang bertutup. ulat.

• Di dalam peti sejuk di bahagian khas. • Elakkan menghidang telur separuh masak 7 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Tidak kemek Tidak bengkak atau mengelembung Tidak berkarat Tidak melampaui tarikh luput Susu UHT atau Pasteur • Bungkusan hendaklah sempurna Bersih Tidak rosak Tidak mengelembung Tidak bocor Tidak melampaui tarikh luput • Arahan penyediaan seperti pada label perlulah dipatuhi arahan pada label simpan di dalam bekas lain selepas tin dibuka Susu UHT • Simpan pada suhu bilik dalam keadaan dingin dan kering • Elakkan disusun berlapis melebihi 8 tingkat • Elakkan meletak di atas simen Alas setinggi 20cm daripada lantai Susu Pasteur • Simpan dalam peti sejuk sepanjang masa (1oC-4oC) • Jangan dihidangkan jika melampaui tarikh luput Telur • Elak memilih telur yang retak • Tidak pecah • Tidak diseliputi najis • Cuci kulitnya sebelum disimpan atau digunakan.

8 . Beras • Tidak digalakkan mencuci beras sehingga hancur atau terlalu bersih • Disimpan di dalam bekas kedap udara. laksa. kuetiau. beras. gula. tepung dsb) • Tidak rosak Tidak berkulat Tidak berbubuk atau berkutu Tidak berbau busuk atau hapak • Tidak melampaui tarikh luput • Elakkan pembelian dalam kuantiti yang banyak. mihun. makaroni KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN • Tidak rosak Tidak berkulat Tidak berbubuk atau berkutu Tidak berbau busuk atau hapak • Tidak melampaui tarikh luput • Rendam/celur seketika menggunakan air panas sebelum dimasak Pasta basah • Simpan di dalam peti sejuk • Tutup atau bungkus dengan sempurna Pasta kering • Tutup dengan sempurna • Simpan dalam keadaan dingin dan kering Bahan kering (susu tepung. mi.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA BAHAN MAKANAN Pasta.

1 Penyimpanan makanan 1. 1. Panduan Asas Penyimpanan Makanan 1.4 Makanan perlu disimpan pada suhu di bawah 4°C (peti sejuk) atau melebihi 60°C (periuk bertutup).1.1. 1.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGENDALIAN MAKANAN 1.1. 1.1.6 Baca arahan tentang keadaan menyimpan makanan pada label bungkusan sebelum dan sesudah dibuka. 1.5 Jangan simpan makanan yang dimasak lebih dari 2 jam pada suhu biasa untuk dihidangkan kepada kanak-kanak. 9 .2 Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu yang selamat jika tidak disaji segera. 1.1 Makanan yang dimasak atau dimakan terus hendaklah diasingkan penyimpanannya daripada makanan mentah.3 Elakkan menyimpan makanan pada suhu dalam zon merbahaya iaitu di antara suhu 10°C-60°C kerana mikroorganisma boleh membiak dengan cepat jika makanan disimpan dibawah suhu biasa.1.1.

2. 1.4 Simpan semua makanan masak dan makanan mentah dalam bekas bertutup rapat.2 Simpanan sejuk 1.3 Simpanan sejuk beku 10 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.6 Bersih dan keringkan semua bekas sebelum disimpan di dalam peti sejuk. 1. 1.5 Letakkan makanan mentah yang menitis dalam bekas yang sesuai dan diletakkan di tingkat bawah di ruangan pendingin. 1.2. dikeringkan dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur di dalam peti sejuk.2. 1.2.2. 1.8 Sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh.2 Simpan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak dalam ruangan yang berbeza.2.3 Simpanan makanan masak dibahagian atas dan makanan mentah dibahagian bawah. 1.2.1 Jangan simpan ikan dan daging di dalam keadaan ruang pendingin (0°C-2°C) lebih dari 3 hari.7 Simpan sayur dan susu pasteur di ruang pendingin suhu (0°C-4°C) untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria.2. 1.

Makanan yang disejuk beku hendaklah selepas dibeli untuk mengelakkan dialihkan dahulu ke bahagian am peti sejuk (sila rujuk Lampiran A) selama 5 jam sebelum digunakan . Makanan yang disejuk beku hendaklah dicairkan menggunakan ketuhar gelombang dan diikuti dengan masak secara terus. 1. ii.3.1 Ikan dan daging yang telah dibersihkan hendaklah disimpan di dalam bekas plastik yang kedap udara untuk mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan-makanan lain. 1.3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.3. 1.3 Makanan hendaklah dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil sebelum disimpan. 1.2 Makanan sejuk beku seperti daging dan ikan hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat mungkin kerosakan.4 Nyah sejuk beku bahagian yang diperlukan sahaja. Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam bungkusan yang kalis air an diletakkan di bawah air paip yang mengalir.3.3.5 Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah dinyah sejuk beku.6 Makanan yang perlu dinyah beku boleh melalui 3 cara pilihan seperti berikut:i. iii.3. 11 . 1.

8 Peti sejuk hendaklah diselenggara dengan baik. 1.4. pencahayaan yang mencukupi. ruang yang sentiasa kering dan bersih.7 Simpan makanan yang di sejuk beku dalam bekas tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.4 Makanan hendaklah diletakkan jauh daripada dinding dan paip.6 Ruang penyimpanan makanan kering hendaklah mempunyai pengudaraan yang baik. 1.10 Makanan mentah hendaklah dicuci dengan sempurna sebelum disimpan. 1.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1. kacang dan tepung hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di tempat sejuk dan kering.3 Makanan bijirin seperti beras.4.3. 1. 1.3. 1.3.4.9 Jangan muatkan makanan dengan padat dalam peti sejuk. 12 . 1.5 Jangan letak makanan atas lantai dan gunakan pengalas yang sesuai.4.3.4.4.1 Jauhkan racun dan bahan kimia daripada makanan. 1.2 Jangan menggunakan bekas simpanan bahan kimia untuk menyimpan makanan. 1.4 Simpanan kering 1.

4 Periksa dengan menggunakan termometer untuk memastikan yang peti sejuk anda sentiasa kekal pada suhu antara 0°C hingga 4°C 2.3 Jangan sesakkan sesuatu ruang agar udara boleh beredar. 2. Ianya hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini dalam tempoh yang singkat.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2 Panduan Am Pengurusan Peti Sejuk 2. 2.3. 2.1 Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup besar untuk memenuhi keperluan anda.2. Berhati-hati mengeringkan untuk mengelak daripada ditumbuhi kulat.2 Kapasiti dan ruang peti sejuk 2. 2. Buka pintu sedikit untuk 13 .1 Peti sejuk mestilah diletakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan cahaya matahari.2.2 Peti sejuk hendaklah mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan makanan yang dimasak dan tidak dimasak di ruang yang berasingan.3 Pembersihan peti sejuk 2.1 Bersihkan peti sejuk setiap minggu menggunakan bahan disinfeksi yang sesuai atau kain yang bersih.2.2.

8 Jangan buka peti sejuk terlalu kerap. makan di dalam peti sejuk hendaklah dibuang dan peti sejuk perlu dibersihkan. 2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA membolehkan udara beredar sebelum meletak semula makanan. 2.11 Peti sejuk perlu dibersih dan dikosongkan sebelum cuti sekolah bermula. 2.4 Penggunaan peti sejuk dengan bijak. 2. 2. 2.10 Sekiranya berlaku tiada bekalan elektrik selama 1 hingga 2 hari. 2. 2. 14 .7 Jangan masukkan terlalu banyak makanan ke dalam peti sejuk.5 Jangan menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk.6 Makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.9 Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA LAMPIRAN A 15 .

2 Berikut adalah makanan yang sesuai. segar dan mencukupi serta bebas daripada bahan tambah contoh pewarna/perisa disediakan di Tabika dan taska. emosi. selamat. intelek dan sosial semasa mereka berada di Tabika dan Taska. tidak digalakkan dan dilarang dsediakan / diberikan kepada kanak-kanak di Tabika: 16 .MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG 1.1 Kriteria Pemilihan Bahan-bahan Makanan 2. 2. Pengenalan Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan Taska bagi kepentingan tumbesaran dan perkembangan kanakkanak dari aspek jasmani. rohani. Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Tabika dan Taska bagi memastikan hanya makanan yang bersih. berkhasiat. Panduan Umum Penyediaan Makanan 2.

Kekacang seperti kacang goreng. Minuman: Minuman bercokelat Susu. Roti. kacang kuda dan kacang rebus. belon dan lainlain. minyak dan lemak yang berlebihan. biskut dan bijirin Buah-buahan: Buah-buahan segar seperti betik. keropok lekor. lepat pisang/ ubi. belimbing besi. Kuih muih seperti karipap. popia. tembikai dan ciku. tebaloi dan bebola. markisah dan lain-lain samaada disediakan daripada buah-buahan yang segar Air barli dan air kacang soya Air mineral TIDAK DIBENARKAN DILARANG • Makanan yang mengandungi gula. basah atau kering seperti asam masin. pisang. nanas. • Mi segera • Makanan segera • Konfeksi ais • Minuman yang menggunakan bahan pewarna • Teh dan kopi • Minuman berperisa/Kordial • Minuman kotak/ botol • Minuman ringan bergas • Sebarang imbuhan atau hadiah yang diberi kepada kanakkanak tidak digalakkan dalam bentuk makanan ringan Makanan dan minuman yang melanggar Peraturanperaturan Makanan 1985 seperti: • Makanan yang melampaui tarikh luput • Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan seperti cincin. limau nipis. kuih kasturi. yogurt Minuman yang diperbuat daripada buah-buahan seperti oren. jeruk mangga. bubur. kuih badak. kulit limau dan jeruk bawang Makanan ringan yang mengandungi bahan perisa dan pewarna tiruan seperti gula-gula dan coklat. gambar. sandwich. kuih pau. tauhu sumbat. capati. masin atau manis. seri muka. mi/ mihun. telur rebus.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA SESUAI Makanan bermasak: Makanan seperti nasi. nasi lemak. Jagung rebus. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk samaada masam. Makanan dan minuman yang mengandungi alkohol 17 . tembikai. susu segar. vadai dan kuih lapis.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2.3.3 Penyediaan Makanan Sihat 2.1 Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai makanan sihat supaya mereka bijak memilih makanan yang mereka makan. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin agar ia kekal sehingga mereka dewasa. 2.1 Tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.bubur kacang dan kuih tempatan) perlu dicuba sebanyak 10-20 kali dalam pelbagai kaedah hidangan bagi menarik minat makan kanak-kanak.2. Pengetahuan ini boleh diperolehi secara tidak langsung melalui penyediaan makanan sihat di Tabika/ Taska.3 Pengenalan makanan baru (makanan yang jarang diberi kepada kanak-kanak seperti oat. 2. makan tengahari dan minum petang.3 Makanan yang Pelbagai 2.2 Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan minum pagi di Tabika.2. minum pagi. manakala kanak-kanak di Taska mengambil sarapan. Oleh 18 .2. 2. Justeru Tabika/ Taska merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan yang baik.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan untuk kanak-kanak. * Nota – Saranan sajian kanak-kanak adalah berasaskan saranan pengambilan nutrien (RNI-Recommeded Nutrient Intakes for Malaysia) 19 . Kepelbagaian makanan boleh diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan.

ikan dan kekacang 1–2 Setiap hari Susu dan hasil tenusu 2 Setiap hari Lemak. produk bijirin dan ubiubian JUMLAH SAJIAN DISYORKAN 6–8 Setiap hari KUANTITI BAGI SETIAP SAJIAN 1 senduk nasi 1 keping roti mil penuh (wholemeal) 1 senduk mihun basah/ pasta/ mi/ lain-lain jenis mi ½ keping capati (saiz sederhana) 2 senduk bubur nasi kosong 3 keping biskut tawar 2 sudu makan bijirin sedia dimakan 1 biji kentang saiz sederhana 5 sudu makan sayuran berdaun hijau gelap yang dimasak (termasuk batang yang boleh dimakan) ½ cawan sayuran jenis buah dan akar yang dimasak ½ biji jambu batu saiz sederhana 1 potong buah betik/ tembikai/ nanas 10 biji buah dalam bentuk dadu 1 biji pisang saiz sederhana 2 sudu makan buah-buahan kering ½ cawan jus buah-buahan 1 ketul paha ayam saiz sederhana 2 sudu makan isi ikan tenggiri 2 saiz kotak mancis daging tanpa lemak 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala Nota: 1 saiz kotak mancis daging tanpa lemak boleh diganti dengan: 1 biji tauhu 1 biji telur 2 sudu makan mentega kacang ½ cawan kekacang (kering) 1 keping tempe 1 gelas susu 4 sudu makan susu tepung 1 cawan yogurt 1 keping keju Sayur-sayuran dan buahbuahan 3-5 Setiap hari Daging ayam.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA KUMPULAN MAKANAN Bijirin. gula dan Garam Paling sedikit digunakan Tidak perlu sengaja mengambil makanan dari kumpulan tersebut kerana telah terdapat di dalam masakan 20 .

2 Setiap kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza.2 Minuman yang tidak memabukkan dan tidak membahayakan kesihatan. Secara amnya.4 Takrif Halal 2.1 Makanan halal adalah makanan yang dihalalkan oleh hukum syarak iaitu semua jenis tumbuhan serta haiwan halal yang disembelih dan suci. keperluan tenaga bagi kanak-kanak prasekolah adalah: Keperluan tenaga harian Umur (tahun) [kilokalori (kcal)] Lelaki 2–4 4–6 980 1340 Perempuan 910 1290 2.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2. 21 . bergantung kepada jantina. 2.4. umur dan aktiviti fizikal yang dilakukan.3.4.

2 Penyediaan makanan kurang lemak di Tabika/ Taska dapat membiasakan kanak-kanak dengan makanan yang sihat dan mengurangkan risiko kegemukan dan pelbagai jenis penyakit kronik yang dikaitkan dengan faktor pemakanan. Ia juga melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur makanan.1. ii.1 Makanan kurang lemak 3.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3.1 Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak. Menyediakan lebih hidangan ikan. Panduan Pemilihan Makanan Sihat 3. Lemak yang berlebihan daripada makanan akan disimpan dalam badan serta menyebabkan berat badan bertambah. Mengurangkan penggunaan minyak atau lemak dalam semua jenis masakan. iaitu vitamin A.3 Pengendali makanan boleh mengurangkan pengambilan lemak dengan: i. E dan K. iv. Membuang kulit ayam. 3. 3. D. iii. Menggunakan daging tanpa lemak atau membuang lemak yang kelihatan. 22 .1.1.

Penggunaan gula dalam penyediaan makanan seperti bubur. 3. membakar. 3.2. Susu pekat manis tidak digalakkan dan sebaik-baiknya diganti dengan susu tepung penuh krim.1 Makanan yang tinggi kandungan gula boleh merencatkan selera makan kanak-kanak dan boleh menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat. pemberian tidak 23 . Menggunakan santan cair atau susu ketika menyediakan gulai. vi.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA v. bubur atau kuih-muih. Pemberian secara terus hendaklah diberi dalam sukatan yang sedikit (1/2 sudu teh). 3.2 Makanan kurang gula 3.2. kuih-muih dan agar-agar perlu juga dikurangkan. Mempelbagaikan merebus.2.2 Pengendali makanan hendaklah mengurangkan penggunaan gula dalam minuman. Satu sudu teh gula sahaja bagi satu cawan minuman adalah mencukupi. kaedah masakan memanggang secara dan mengukus.3 Penggunaan minuman madu disarankan dalam bentuk atau dicampur didalam masakan.

garam tidak perlu ditambah dalam masakan iii.2. ii. atau kiub perisa. Tidak digalakkan menggunakan MSG. 24 . Jika menggunakan kicap atau sos.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA terlalu kerap (2 . 3.1 Pengendali makanan di Tabika/ Taska boleh menghadkan penggunaan garam dengan: i.3. Mengurangkan penggunaan kicap dan sos.3 Makanan Kurang Garam 3.4 Kebanyakkan makanan yang diawet dan diproses mengandungi kandungan gula yang berlebihan. ikan masin dan sayur jeruk iv. 3. Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan kuih-muih.3 kali seminggu) dan disusuli dengan penjagaan kebersihan gigi. Mengurangkan penggunaan garam dan serbuk perasa. Tidak menyajikan telur masin.

4.4. Memastikan pelbagai hidangan sayur dimasukkan ke dalam menu harian iv. Menggunakan hasil bijirin mil penuh seperti mil penuh (wholemeal) dan tepung dalam menyediakan makanan ii. Menyediakan ulam contoh seperti timun dan lobak merah v.2 Makanan ini juga kaya dengan vitamin dan mineral.4. 3.4 Pengendali makanan boleh meningkatkan pengambilan makanan berserat oleh kanak-kanak dengan: i. tauhu dan bubur kacang dan lain-lain) iii. 3.3 Serat berupaya mencegah sembelit. sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi serat yang tinggi.4 Makanan berserat tinggi 3. kekacang.4.1 Bijirin (terutamanya bijirin dan hasil bijirin mil penuh). penyakit usus dan berperanan mengurangkan paras kolestrol dalam darah. Menyediakan pelbagai jenis buah-buahan 25 . Memperbanyakkan hidangan yang berasaskan kekacang atau hasil kekacang (air soya.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3. 3.

Disarankan tomato dan timun dipotong dadu digaul bersama inti untuk memudahkan penyediaan dan mudah dimakan oleh kanakkanak iii.4. Menggalakkan pengambilan jus buah-buahan atau sayuran segar tanpa ditapis 3. kacang pea dan jagung) adalah digalakkan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA vi. Nasi ayam seharusnya dihidangkan dengan sekurang-kurangnya 4 keping timun.5 Menggunakan lebih sayur dalam masakan seperti: i.6 Kebanyakan mengandungi buah-buahan lemak dan sayur-sayuran rendah dan yang membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A. Hidangan mi atau seumpamanya seharusnya mengandungi tidak kurang daripada satu sudu makan sayur-sayuran ii. 26 . zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan. 3.4. sayur campur (dadu lobak merah. asid Folik. Sandwic harus mengandungi tomato dan timun. Bagi penyediaan nasi ayam. vitamin C.

kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 3. 3. terutama jika terlibat dalam aktiviti fizikal.6 Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada makanan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang hilang. 27 .5 Minum sekurang-kurang 6 – 8 gelas air sehari Air adalah penting untuk fungsi fisiologi didalam badan. mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari badan.

4. Elakkan menggunakan peralatan aluminium. Penggunaan senduk milamin tidak 2. 3. sudip Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk dan dibenarkan. senduk. Bagi penggunaan milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih). makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan. 5. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas. seramik atau milamin. 28 . Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada kaca.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN MENGHIDANG 1. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya digunakan.

Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan. 7.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 6. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria. 29 . 9. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar. 8. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain khas.

ikan. ayam dan sayur perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buahbuahan. 30 . 12. Papan pemotong bagi daging.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 10. Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah berkulat. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan pembiakan bakteria. 11. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian dengan makanan yang disediakan.

31 . Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya digunakan. Elakkan menggunakan peralatan aluminium. Bagi penggunaan milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih).MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN MENGHIDANG 1. 3. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada kaca. 4. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas. makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan. 5. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain khas. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk sudip dan senduk. Penggunaan senduk milamin tidak dibenarkan. 2. 6. seramik atau milamin.

Gunakan papan pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah berkulat. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian dengan makanan yang disediakan. ikan. 8. Papan pemotong bagi daging. 9. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan pembiakan bakteria. ayam dan sayur perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buah-buahan. 32 . 10. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria. 12. 11. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 7.

Prosedur Pemberian Makanan 1.2 Pengagihan makanan mestilah mengikut sukatan yang disarankan. Keringkan tangan dengan kain bersih. 1. ETIKA DAN TEKNIK MENGHIDANG MAKANAN 1. i. Basuh tangan dengan sabun secukupnya Gosok tapak tangan Gosok setiap jari dan celah jari Gosok kuku di tapak tangan Gosok belakang tangan basuh dengan air bersih secukupnya.5 Pastikan kanak-kanak duduk di tempat yang sesuai. Pastikan kanak-kanak mencuci tangan 7 langkah yang disarankan. iii.1 Pastikan peralatan makan minum dan tempat makan dalam keadaan bersih. 1.6 Pastikan kanak-kanak membaca doa sebelum makan. v. iv.3 1. vii.4 Pastikan kanak-kanak beratur sebelum mencuci tangan. 1. ii.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR PEMBERIAN. vi. 1. 33 .

2 Pastikan PM dan PPM menerangkan kepada kanak-kanak tentang khasiat makanan dan memperkenalkan makanan baru ketika kanak-kanak sedang makan. 2. 1.10 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas makan.11 Pastikan kanak-kanak membaca doa selepas makan.7 Pastikan PM dan PPM memerhati dan membantu kanakkanak sepanjang waktu makan. 1. 2. Prosedur Etika Ketika Makan 2.8 Digalakkan memberi buah-buahan kepada kanak-kanak selepas minum pagi / makan tengahari 1.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 1.9 Pastikan kanak-kanak meletakkan peralatan makan minum di tempat sesuai selepas makan.1 Pastikan kanak-kanak duduk dalam posisi yang betul dan sopan. 1. 2. 34 .1 Pastikan kanak-kanak makan dengan tertib.

4 PM dan PPM perlu memastikan kanak-kanak makan sehingga selesai. 35 . 3. kanak-kanak yang berpuasa hendaklah diasingkan di tempat lain seperti taman permainan.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 2. Pemberian Makanan Semasa Bulan Ramadhan. 3. 2. Walaubagaimanapun.5 Pastikan kanak-kanak tidak berlari atau bermain ketika dan selepas makan 3. 2.2 Kanak-kanak yang tidak berpuasa diberi makan seperti biasa.3 Makanan untuk kanak-kanak yang berpuasa. 3.1 Penyediaan makanan tambahan semasa bulan ramadhan adalah seperti biasa. hendaklah dibungkus dan dibawa pulang oleh kanak-kanak selepas habis hari persekolahan.3 Memberi pujian kepada kanak-kanak yang makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.

4 Jenis-jenis cara menghidang :i. 4. 4.2 Pastikan pinggan dan mangkuk yang dihidang tidak bertindih.1 Pastikan makanan yang dihidang diletakkan di atas alas / lapik yang bersih. iv. ii. Menghidang-Saprah Ala barat Ala cina Ala India 36 . 4. iii.3 Pastikan buah-buahan diberi secara berasingan dengan makanan lain iaitu tidak dicampurkan bersama-sama dengan hidangan utama.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA 4. Teknik Menghidang 4.

MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA PROSEDUR RUJUKAN KES KE KLINIK KESIHATAN 1. 5. 4. Kenalpasti pertumbuhan kanak-kanak – Bantut / Obes / Kurang Berat Badan 2. Merujuk kes kanak-kanak ke Klinik Kesihatan untuk pengesahan oleh Pegawai Kesihatan dan rawatan susulan. 3. 37 . Pendidikan amalan pemakanan yang sihat melalui Bengkel Keibubapaan dan Penerapan Amalan Hidup Sihat. Mei dan September. Perbincangan bersama ibu bapa / penjaga diadakan di Tabika/ Taska susulan di rumah. Penilaian semula ke atas status tumbesaran kanak-kanak pada setiap Januari.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Cawangan Pemakanan. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. 2005. 2007. Sekolah. KPM. Kementerian Kesihatan Malaysia. 1999. 2005. Panduan Kebersihan & Keselamatan Makanan. Bahagian MOH. 38 . 2004. Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan Diet Malaysia.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Rujukan: KKM. Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. KKM. Panduan Penyedian Hidangan Sihat. KKM. Ministry of Health Malaysia.

622 6028 Faks: 09. Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya .622 1385 2.608 6626 Tel: 03-8883 4092 Faks:03 – 8888 4647 3. Marlina Binti Mokhtar Penyelia Operasi 1 Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Tingkat 5. Pn. Blok E10. Shahrulnaz Norhazli bin Nazri Pegawai Zat Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Bangunan Kuala Terengganu Bussiness Centre.327 7834 Tel: 09.088-787610 Faks: 088-787621 4. En.Felecia Dora Tiongin Lumbok Pegawai KEMAS Daerah Pejabat KEMAS Daerah Tuaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah Kementerian Kemajuan Luarbandar Dan Wilayah Tel. Mukim Cabang Tiga.: 088-787621.MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA Ahli Kumpulan: 1. Tel: 012. Pn. 21100 Negeri Terengganu. Tel: 012. Cik Teh Wai Siew Penolong Pengarah (Pemakanan) Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 7. Wisma Persekutuan Jalan Hang Tuah 75300 Melaka Tel : 06-2823987 Faks : 06-2835198 39 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful