1.

0 PENGENALAN Pelaksanaan Visi 2020 adalah untuk menentukan rakyat Malaysia dapat dibangunkan secara bersatu menerusi program-program pendidikan. Guru sebagai agen perubahan perlu mendidik dan membina generasi masa hadapan,

bertanggungjawab untuk membantu menyedarkan tentang matlamat dan aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Visi 2020, terutamanya objektif pendidikan kebangsaan. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.

Maka, berteraskan kepada Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya, FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah

progresivisme dan eksistensialisme. . perenilaisme. realisme. Maka.dealisme. Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. matlamat FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

0 KEPENTINGAN ELEMEN-ELEMEN YANG TERKANDUNG DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Elemen-elemen Berpekerti mulia Analisis Sahsiah guru yang baik ± bersopan. berdisiplin. berpandangan progresif dan saintifik. Jadual: Elemen-elemen dalam FPG Falsafah Pendidikan Guru (FPG) mengandungi enam elemen iaitu berpekerti mulia. menyanjung warisan kebudayaan negara. Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. demokratik. Menyanjung warisan kebudayaan Menghayati warisan kebudayaan negara yang unik. Memelihara suatu masyarakat yang Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang bersatu padu. dan berdisiplin Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan. progresif menyumbang kepada pembangunan negara. emosi. berbudi bahasa dan sebagainya Berpandangan saintifik progresif dan Berkembang mengikut peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi. rohani dan intelek. menjamin perkembangan individu dan .2. Menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara. bermoral. negara Memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. bersedia menjunjung aspirasi negara. Menjamin perkembangan individu Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara menyeluruh dari segi aspek jasmani. Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesion perguruan Bersedia negara menjunjung aspirasi Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan.

bermoral. Situasi seperti inilah yang patut kita hapuskan dari dunia pendidikan di negara kita. menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah. Elemen berpekerti mulia membawa maksud guru yang mempunyai sahsiah yang baik. melakukan setiap tugas dengan bersungguhsungguh dan yang terbaik. berbudi bahasa. Ciri-ciri seperti bersopan-santun. Selain itu. Apabila guru menunjukkan . Guru yang bermoral merupakan asas pembentukan sahsiah seseorang guru itu. ketidakupayaan guru menunjukkan model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. demokratik progresif dan berdisiplin. Antara contoh jenis-jenis amanah dalam konteks seorang guru ialah mengetahui bidang tugasnya. Elemen guru berpekerti mulia sudah jelas sebagai salah satu tonggak kepada pembentukan sahsiah yang baik. guru haruslah mempunyai nilai disiplin. membocorkan soalan peperiksaan. Hal ini demikian kerana seseorang yang bermoral mempunyai prinsip hidup yang diterima baik oleh masyarakat. Guru yang berdisiplin akan sentiasa aktif dalam penubuhan profesional. Amanah bermaksud sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan dijaga. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar. Apabila berinteraksi dengan pelajar atau masyarakat sekeliling dua ciri ini adalah amat penting untuk ditonjolkan dalam diri seorang pendidik yang bergelar sebagai guru. mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan rakan sekerja lain. Guru menjadi model kepada pelajar dan akan sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang penting dalam masyarakat. dan berpegang teguh dengan prinsip hidupnya. Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai elemen ini. kebanyakan guru di negara kita mempunyai budi pekerti yang mulia kerana telah dididik oleh sistem pendidikan dalam profesion perguruan yang melatih dan menerapkan guru-guru dengan nilai-nilai murni. seperti rasuah. serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan prinsip hidupnya. Namun begitu. amanah dan berdisiplin menjadi inti pati kepada sahsiah yang baik. Keenam-enam elemen ini merupakan nadi kepada FPG. ianya merupakan ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang pendidik. dan membina dan mengekalkan hubungan profesional.memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. pecah amanah. guru perlulah amanah dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan kepada nya. Guru yang mempunyai budi bahasa dan tahu bersopan-santun mencerminkan imejnya sebagai seorang pendidik.

dia akan mendengar nasihat dan pandangan orang yang dihormatinya. pelajar menjadi lebih hormat kepada gurunya. guru yang berpandangan progresif akan sentiasa memikirkan cara untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) lebih efektif dan kondusif dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang terkini. sekali gus membentuk asas kepada sahsiah yang baik. dan pengetahuan serta kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada guru bertindak melulu sehingga boleh meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan . Dari aspek kemahiran mengajar. Dari aspek kepimpinan pula. masyarakat juga akan menghormati dan membentuk kepercayaan terhadap guru yang berpekerti mulia. terutama dalam kalangan ibu bapa akan menjadi lebih yakin untuk µmenyerahkan¶ anak mereka kepada guru di sekolah. Sebagai seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil kira kepentingan pelajar-pelajarnya. ini dapat mewujudkan suasana PNP yang lebih efektif dan kondusif. seorang guru haruslah mengemaskinikan dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang baru supaya sesuai dengan arus perubahan zaman pada masa kini yang memberi penekanan kepada sains dan teknologi. Guru yang berpandangan progresif dan saintifik akan berusaha untuk memastikan diri tidak ketinggalan dari segi profesional. guru perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Di sinilah guru sekali lagi perlu memainkan peranan dalam membentuk dan mengembangkan sahsiah yang baik dalam diri pelajar. Progresif bermaksud menuju ke arah perbaikan atau kemajuan. Sebagai contoh. Pelajar mula membentuk sahsiah yang baik dengan menjadikan nilai hormat kepada guru sebagai asas perkembangan sahsiah dirinya. guru menggunakan tayangan slaid (slide show) yang interaktif untuk menarik minat pelajar yang bosan dengan kaedah pengajaran yang biasa. kecekapan dan kewibawaan seorang guru. Sesuai dengan peredaran masa zaman kini. Selain daripada pelajar. penekanan kepada sains dan teknologi dititikberatkan.budi pekerti yang mulia. Masyarakat. Apabila seseorang pelajar hormat akan seseorang. Profesionalisme seorang guru merangkumi kemahiran mengajar. Elemen kedua yang terkandung dalam FPG ialah guru berpandangan progresif dan saintifik.

Guru memikul tanggungjawab yang besar dalam menyediakan pelajar ke arah pencapaian aspirasi negara. iaitu wawasan 2020. minat terhadap hal-hal intelektual. guru merupakan satu- . Amanah yang telah diberikan menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga guru. malah guru berperanan membentuk bangsa yang bersatu padu dan bangsa yang mampu memahami aspirasi negara seterusnya membawa Malaysia ke arah yang lebih gemilang pada masa depan. Bukan hanya mendidik. Bak kata mantan Perdana Menteri Malaysia. Guru bertanggungjawab membentuk pelajar dalam menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan. Guru harus memainkan peranan untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan melalui aktiviti kurikulum. Ilmu yang meluas amat diperlukan oleh pelajar untuk perkembangan minda dan pemikirannya supaya sentiasa bersikap terbuka dan positif. menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional dalam usaha untuk mencapai wawasan negara. Selain itu. dan bijak merancang. Pertambahan guru yang berpandangan progresif dan saintifik semakin hari seiring dengan pertambahan guru yang berijazah. Selain itu. graduan-graduan daripada Institutinstitut Pendidikan Guru dan Institut-institut Pengajian Tinggi Awam telah dilatih untuk berpandangan progresif dan saintifik. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan generasi berkemahiran dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara. Guru menghayati aspirasi negara yang dihasratkan dan berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. guru juga mestilah memiliki ciri intelektual di mana ciri ini dapat menunjukkan kebolehan akademik. Pengetahuan guru dalam mata pelajaran yang diajar boleh diperbaiki melalui proses pembacaan. Ia juga dapat mengelakkan guru kekeringan idea ketika menyampaikan ilmu kepada murid. Bersedia menjunjung aspirasi negara merupakan elemen ketiga dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG).masyarakat. Guru yang mampu membuat keputusan yang rasional adalah seorang guru yang berwibawa. kokurikulum dan sukan. Secara tidak langsung. guru-guru di sekolah rendah yang berkelulusan diploma telah diberi ruang dan peluang untuk menyambung lagi pengajian ke peringkat ijazah melalui Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Patriotisme adalah semangat yang murni. agamanya terus mulia. Malaysia terkenal dengan keunikan kebudayaan rakyatnya daripada pelbagai kaum. Pendek kata. Tiga kaum yang berlainan bahasa dan agama dapat hidup saling bergantungan antara satu sama lain dengan aman damai sebagai sebuah unit di bawah nama bangsa Malaysia. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Antara cara untuk menyanjung warisan kebudayaan negara adalah dengan menghayati warisan kebudayaan negara yang unik. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. budayanya mantap. perpaduannya teguh. universal dan bebas daripada elemen perkauman. pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni.satunya golongan yang mempunyai kuasa istimewa untuk membentuk budaya. nilai. Misalnya. Ini menjadikan kebudayaan negara Malaysia yang unik. kasih. patriotisme Malaysia boleh menjadi senjata utama untuk menangkis seluruh elemen dalaman dan luaran yang boleh mengancam agama. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Abdullah Ahmad Badawi (2002). Malaysia terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu. India dan Cina dan beberapa kaum minoriti yang lain. ini secara tidak langsung dapat menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. dan masa depannya terus cerah. jati dirinya tetap unggul. sikap dan watak remaja negara yang bakal menentukan nasib bangsa di masa hadapan. dalam konteks suasana dunia hari ini. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis perkahwinan dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. apabila perasaan bangga terhadap kebudayaan negara dapat dipupuk dalam kalangan pelajar. semangat juang nya tinggi. bangsa dan negara Malaysia boleh terhindar dari pancaroba. Semangat perjuangan dan pengorbanan ini lahir daripada nilai-nilai cinta. minda. sayang dan kesetiaan kepada nusa dan bangsa. Menerusi patriotisme. politiknya bebas dari pengaruh universalism. . bangsa. Nilai keempat dalam elemen FPG ialah menyanjung warisan kebudayaan negara. bangsa dan negara. keturunan dan agama. Guru perlulah memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid.

Perkembangan dari aspek emosi pula bermaksud kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Guru haruslah peka terhadap perkembangan jasmani pelajar dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pertumbuhan fizikal pelajar. berlari. yang merangkumi aspek jasmani. rohani. emosi. Perkembangan jasmani melibatkan kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti membuat kerja. Adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru dalam menjamin perkembangan pelajar dalam keempat-empat aspek ini. gurulah yang akan memainkan peranan dalam menentukan alat bantu mengajar yang digunakan bertepatan dan sesuai untuk digunakan. mengingat. dan melompat. emosi dan rohani. Isi kandungan pelajaran yang hendak diajar hendaklah diajar mengikut tahap daripada tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks. Guru memainkan peranan dari segi perkembangan diri dan perkembangan secara menyeluruh. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru sebagai ahli masyarakat untuk . demokratik. Menjamin perkembangan individu merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam elemen FPG. progresif dan berdisiplin. Selain jasmani. perkembangan aspek intelek juga harus dititikberatkan. umum kepada yang khusus dan daripada yang konkrit kepada abstrak. Elemen terakhir yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ialah memelihara sesuatu masyarakat yang bersatu padu. menunjukkan sifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dalam situasi tertentu. terbuktilah bahawa sifat patriotisme dan cintakan negara adalah sangat penting dan haruslah disemai ke dalam jiwa pelajar. Perkembangan intelek bermaksud perkembangan dari segi kemahiran berfikir. sesuai mengikut tahap perkembangan intelek pelajar. Tidak hanya menumpukan pada aspek jasmani dan emosi. Sebagai contoh. Misalnya. menaakul.Dengan ini. dan intelek. Guru juga hendaklah memahami mereka tidak boleh mengadakan aktiviti yang begitu kompleks atau sukar untuk diikuti oleh pelajar sekiranya pelajar tersebut belum cukup matang atau mahir untuk mengendalikan sesuatu aktiviti. dan menganalisis. Di sini. guru juga haruslah memberi perhatian terhadap perkembangan rohani murid. guru bertindak untuk memupuk emosi yang sihat dan mencegah tingkah laku yang tidak baik yang mungkin boleh berlaku di kalangan pelajar.

Usaha perlu diteruskan untuk memperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. ini sekali gus memberi impak yang positif kepada pembangunan negara. Di sinilah peranan dan tanggungjawab guru memainkan peranan. berakhlak. berdaya saing dan berdaya tahan. Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. berkemahiran. Guru menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan pada masa hadapan. . Guru juga harus berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang ditetapkan dengan mendidik generasi muda tanpa mengira agama atau warna kulit bagi memastikan aspirasi dan hasrat negara tercapai. Ia merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu. Hal ini demikian kerana pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan negara maju terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi.menyumbang kepada pembangunan negara. Apabila guru mampu membentuk pelajar yang menjadi modal insan.

dan kemasyarakatan. Model Konseptual Pendidikan Guru dibina. penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang patuh kepada ajaran agama. agama itulah fungsinya untuk menjawab . soal nasib dan sebagainya. ketuhanan. Sebahagian pertanyaan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan pertanyaan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Maka. iaitu kendiri. Contohnya pertanyaan kehidupan setelah mati. Bagi kebanyakan manusia. Sudut ketuhanan menganjurkan peningkatan ilmu. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga sudut utama. tujuan hidup.3.0 KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU TERHADAP PERANAN GURU BERDASARKAN MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU Rajah: Model Konseptual Pendidikan Guru Menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai asas. pertanyaan-pertanyaan ini sangat menarik dan perlu untuk menjawabnya. Agama mengajar manusia untuk membezakan antara kebaikan dan keburukan.

Sudut kendiri merangkumi pembinaan daya ketahanan. Di sinilah kita memerlukan seorang guru yang mempunyai akhlak yang baik yang dapat membina keyakinan. guru yang baik . Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Jika salah satu peranan diabaikan nescaya akan pincanglah masyarakat. Tanpa bimbingan dan asuhan guru. Apabila guru berjaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal. pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama. agama menjadi fungsi peranan sosial. Mengikut Falsafah pendidikan kebangsaan yang melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. patriotisme. Sudut kemasyarakatan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru mempunyai hubung kait dengan elemen memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu. meluas kepada masyarakat dan negara. pemimpin dan sebagai agen perubahan merupakan salah satu akauntabiliti guru. adab sopan. Menekankan peranan guru sebagai pendidik. demokratik progresif dan berdisiplin dalam FPG. Dari sudut perubahan sosial. penghayatan dan pengamalan nilai murni. kefahaman. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi peranan sosial. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin maju memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Selain itu. Kerjaya mendidik ini mempunyai pertalian yang erat antara ibu bapa dan guru. kebanyakan agama di dunia ini menyarankan kepada kebaikan. moral dan disiplin sekolah. iaitu dari sudut kemasyarakatan. budaya. Sudut kendiri dapat dikaitkan dengan elemen berpekerti mulia dalam FPG. Guru boleh merujuk pada nilainilai murni dan seterusnya membina nilai positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. pemupukan budaya ilmu dan berpekerti mulia.soalan-soalan ini. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga. Peranan guru sebagai seorang insan yang berpekerti mulia merupakan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sahsiah pelajar yang baik. Hubungan guru dan masyarakat memang tidak boleh dipisahkan.

Aspek pengetahuan merangkumi pengetahuan am. guru adalah sebagai pemimpin yang menjadi sumber atau teladan serta contoh bagi masyarakat sekitar.tidak sahaja harus mampu melaksanakan tugas profesionalnya di dalam kelas. yang merangkumi kemahiran mengajar. kemahiran belajar. literasi komputer dan pedagogi. Mereka adalah pemegang norma dan nilai-nilai yang harus dijaga dan dilaksanakan. Guru yang mempunyai kemahiran ikhtisas akan berusaha untuk memastikan diri tidak ketinggalan dari segi profesional. kemahiran berfikir. . Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan mengambil usaha menambah baik sesetengah daripada aspek pengajarannya setiap kali mengajar (Khairulniza. Seorang guru haruslah menambah baik dirinya dengan kemahiran-kemahiran yang baru supaya sesuai dengan arus perubahan zaman pada masa kini. Hal tersebut sesuai pula dengan kedudukan mereka sebagai agen perubahan yang berperanan sebagai pemangkin terhadap kemajuan serta pembaharuan. Kemahiran ikhtisas merangkumi kemahiran berkomunikasi. Dalam masyarakat. dan ilmu pengetahuan. namun harus pula berperanan melaksanakan tugas-tugas pembelajaran di luar kelas atau di dalam masyarakat. 2007). Aspek ini saling berkait dengan elemen berpandangan progresif dan saintifik dalam FPG. Melalui cara ini guruguru dapat memperbaiki banyak kelemahan dan menambah baik pengajarannya agar lebih efektif dan menarik. Ini dapat kita lihat bahawa betapa peranan guru dalam masyarakat sangat berpengaruh terhadap orang lain. Model Konseptual dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan tiga aspek asas iaitu pengetahuan. Rahim. kecekapan dan kewibawaan seorang guru. 2005). pengetahuan mata pelajaran dalam KBSM dan pengetahuan ikhtisas keguruan. kemahiran ikhtisas dan nilai.

Memandangkan bidang pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam menjayakan harapan dan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dan bertaraf dunia. intelek dan jasmani (JERI).Aspek nilai pula merangkumi penghayatan amalan nilai-nilai murni. Oleh itu. patriotik. emosi. Kecemerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP) dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. berpekerti mulia. berdaya tahan. dan patuh kepada etika profesion perguruan. kreatif. . dan patuh kepada etika profesion perguruan. berdaya tahan. guru-guru juga perlu menyiapkan diri mereka dengan ciri-ciri pendidik yang baik seperti. kreatif. ketinggian kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. berpekerti mulia. penyayang. patriotik. Di samping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani. guru yang penyayang. Aspek ini mempunyai saling kaitan dengan semua elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG).

Saya juga berasa input yang diperoleh akan mampu untuk membantu saya dalam menambah ilmu di dada supaya suatu hari nanti saya berupaya menjadi seorang guru yang kompeten. Kalaiselvan A/L Patcheyapan. En. memberikan kuliah berkenaan dengan Model Konseptual Pendidikan Guru ini.4. saya akui saya berasa teramat kabur tentang apa yang perlu dilakukan. kami membuat tugasan KKBI sedikit demi sedikit. begitu cepat masa yang berlalu. kekaburan itu mula menghilang dan saya berasa jelas tentang apa yang perlu dilakukan dalam menyiapkan KKBI ini. En. Seiring masa dengan masa yang berjalan. Saya juga telah mengalami sedikit kekeliruan tentang Model Konseptual Pendidikan Guru. setelah pensyarah kami. Untuk itu. Falsafah Pendidikan Guru(FPG). Masa yang berlalu bagaikan arus sungai yang deras. Pada hari pertama menerima tugasan ini. Kalai. banyak input yang telah saya peroleh mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Tetapi. Masalah ini telah diatasi apabila pensyarah bimbingan. Namun begitu. akhirnya saya berjaya menyiapkan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi mata pelajaran EDU 3101: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kalai memberi penerangan berkenaan kerja kursus ini. saya mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya melalui buku-buku dan sumber daripada internet di pusat sumber IPG. Saya tidak menghadapi sebarang kesukaran dalam mendapatkan maklumatmaklumat tersebut kerana mendapat kerjasama yang baik daripada petugas-petugas di pusat sumber. Sepanjang proses itu.0 REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi. dan Model Konseptual Pendidikan Guru. tugasan KKP yang diberikan kepada saya sudah berjaya disiapkan. Di akhir proses tugasan ini. . Antaranya ialah saya dapat memahami akan kepentingan peranan FPK dan FPG dalam senario pendidikan di negara kita. saya berterima kasih kepada En. saya menghadapi beberapa kesukaran dalam menyiapkan tugasan ini kerana dibebani dengan kerja tugasan yang lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful