PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 WAJ3115

(TESL) SEKOLAH RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan

Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Fungsi Bahasa Melayu 1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi       Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Perdagangan

Tajuk 2: Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi     Takrif Budi Takrif Bahasa Takrif Budi Bahasa Ciri-ciri Budi Bahasa

Tajuk 3: Kesantunan Bahasa Melayu 3.0 3.1 3.2 3.3 Sinopsis Hasil Pembelajaran Kerangka Tajuk Kandungan Isi    Konsep Kesantunan Kesantunan Verbal Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh)

Tajuk 4: Sistem Sapaan 4.0 Sinopsis 4.1 Hasil Pembelajaran 4.2 Kerangka Tajuk 4.3 Kandungan Isi    Kata Panggilan dalam Keluarga Kata Panggilan dalam Masyarakat Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi

Protokol:

Tajuk 5: Gaya Bahasa 5.0 Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Kandungan Isi Diksi          Metafora Simile Hiperbola Personafikasi Imejan Paradoks Simbol Ambiguiti Konotatif

ii

   6.0

Denotatif Bahasa sindiran dan kiasan Peribahasa

Tajuk 5: Gaya Bahasa Sinopsis 5.1 Hasil Pembelajaran 5.2 Kerangka Tajuk 5.3 Kandungan Isi

Tajuk 6: Laras Bahasa 6.1 Sinopsis 6.1 Hasil Pembelajaran 6.2 Kerangka Tajuk 6.3 Kandungan Isi Konsep, Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa  Agama  Sains (perubatan, angkasa lepas,farmasi dan lain-lain)  MatematikTeknologi (pertanian, kejuruteraan, masakan dan lain-lain)  Kreatif  Media/Multimedia  Undang-undang  Ekonomi  Sukan  Politik Tajuk 7: Wacana 7.1 Sinopsis 7.1 Hasil Pembelajaran 7.2 Kerangka Tajuk 7.3 Kandungan Isi      Konsep Ciri Wacana Jenis Wacana Penanda Wacana Keutuhan Wacana

iii

Tajuk 8: Wacana 8.2 Kerangka Tajuk 8.1 Sinopsis 8.3 Kandungan Isi Analisis Kesilapan Tatabahasa     Sebutan Ejaan dan Tanda Baca Morfologi dan Sintaksis Semantik Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul iv .1 Hasil Pembelajaran 8.

bahasa rasmi. menyatakan definisi bagi setiap fungsi berkenaan. bahasa pengantar. Setelah merdeka. Perkara ini termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang . 2. bahasa perpaduan. 3. bahasa ilmu dan bahasa perdagangan.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. menjelaskan kedudukan Bahasa Melayu mengikut perlembagaan.  KERANGKA TAJUK-TAJUK FUNGSI BAHASA MELAYU BAHASA KEBANGSAAN BAHASA RASMI BAHASA PERPADUAN BAHASA PENGANTAR BAHASA ILMU BAHASA PERDAGANGAN  KANDUNGAN ISI Pengenalan Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman berzaman.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 1 FUNGSI BAHASA MELAYU  SINOPSIS Tajuk 1 menjelaskan fungsi Bahasa Melayu kepada pelajar. anda seharusnya dapat: 1. iaitu sebagai bahasa kebangsaan. iaitu sebelum kedatangan pengaruh Barat ke rantau Melayu. menyenaraikan fungsi-fungsi Bahasa Melayu. bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara Malaysia.

namun bahasa tersebut tidak memperlihatkan identiti kebangsaan bagi negara Malaysia kerana bahasa-bahasa tersebut merupakan bahasa pendatang. Contohnya di Malaysia. bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi tunggal Malaysia. Asmah Hj. bahasa Melayu telah menjalankan dua tugas utama dalam aktiviti kebahasaan di Malaysia.   bahasa   rasmi   ialah   ”bahasa   yang   digunakan   .   Bahasa   kebangsaan dipilih daripada salah satu bahasa tempatan atau bahasa peribumi yang dianggap mantap dan luas penggunaannya. iaitu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Selain itu. Omar (1993). Walaupun bahasabahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil dituturkan oleh sebahagian rakyat Malaysia. Omar (1993)   berpendapat. bahasa yang dipilih juga haruslah mempunyai ciri-ciri kebangsaan negara berkenaan di samping berpotensi besar untuk menyatupadukan pelbagai kaum yang tinggal dalam negara tersebut. o Bahasa Rasmi Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan bagi sesebuah negara. Oleh itu. Kemudian pada tahun 1967. mentakrifkan   bahasa   kebangsaan   sebagai   ”bahasa   yang   melambangkan   identiti   dan   kedaulatan   negara”. Asmah Hj.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan disebabkan bahasa ini merupakan bahasa tempatan dan telah lama digunakan sebagai alat perhubungan dalam kalangan penduduknya. Fungsi Bahasa Melayu o Bahasa Kebangsaan Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diberikan fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan bagi sesebuah negara.

Walau bagaimanapun. Pemilihan bahasa rasmi tidak semestinya bahasa tempatan atau peribumi tetapi boleh dipilih daripada bahasa asing. bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa rasmi.”   Bahasa   rasmi   tidak semestinya bahasa kebangsaan kerana bahasa rasmi ini penggunaannya semata-mata untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan nasionalisme. Saat Md Yasin (2007) menganggap bahawa penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum di Malaysia adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia. selepas negara merdeka fungsi bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi telah diambil alih oleh bahasa Melayu. Dengan sokongan bahan grafik. Bahasa Melayu juga menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan dalam kalangan masyarakat menerusi fungsinya sebagai bahasa kebangsaan. Ini bermakna bahasa Melayu adalah merupakan agen penyatuan masyarakat.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) dalam situasi rasmi. Contohnya. sisitem pendidikan negara. . upacara   rasmi   dan   sebagainya. yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran. banding bezakan antara bahasa rasmi dengan bahasa kebangsaan. urusan perdagangan dan perusahaan. Layari laman web yang berkaitan. o Bahasa Perpaduan Bahasa perpaduan ialah bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan menyatupadukan masyarakat berbilang kaum (majmuk). di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.

kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan di Malaysia ? o Bahasa Pengantar Bahasa pengantar merupakan bahasa yang digunakan diperingkat sekolah rendah hinggalah peringkat institusi pengajian tinggi. Menurut Siti Hajar Abd. Sebagai bahasa ilmu.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering dilaungkan oleh kerajaan. Ini bermakna bahasa Melayu telah berada pada tahap yang tinggi dan seiring dengan bahasa-bahasa utama lain. bahasa Melayu perlu mempunyai perbendaharaan kata. Aziz (2008). semua kursus tahun pertama di universiti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. istilah dan bahasa yang sesuai agar dapat menghurai konsep kompleks dan abstrak. Peranannya seiring dengan penekanan terhadap budaya ilmu yang dilaungkan kerajaan. Bagi mencapai tujuan ini bahasa Melayu perlu mempunyai dua ciri utama iaitu keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa. bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar di semua peringkat persekolahan. keintelektualan bahasa dicapai . Menurut Siti Hajar Abd. Aziz (2008). Pada pendapat anda. segala usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang peranannya untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai pemikiran yang tinggi tidak akan berjaya selagi rakyat sendiri tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 merupakan titik permulaan di mana universiti ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tunggalnya. Pada tahun 1981 iaitu melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan. o Bahasa Ilmu Bahasa ilmu ialah bahasa yang digunakan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pada tahun 1983 pula.

bahasa Inggeris telah menjadi pilihan utama para perdagang pada masa kini kerana besarnya jumlah penutur yang menjalankan perdagangan dengan negaranegara yang menggunakan bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat. Australia. Latihan 2 – Jelaskan bagaimana anda boleh memainkan peranan anda sebagai pelajar. New Zealand dan Britain. . o Bahasa Perdagangan Bahasa perdagangan ialah bahasa yang digunakan dalam urusan perdagangan melibatkan aktiviti tawar-menawar dan sebagainya. Contohnya. untuk merealisasikan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di IPG anda.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) melalui perkembangan perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa. Sekiranya banyak dalam kalangan mereka terlibat dalam urusan ini. Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik. kelenturan. Nikmati secawan kopi sebelum meneruskan latihan seterusnya. kepelbagaian. Kanada. Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan bergantung pada sejauh mana penutur-penutur bahasa ini menggunakannya dalam urusan perdagangan mereka. Kesempurnaan bahasa pula dicapai melalui kestabilan. Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. maka bahasa yang digunakan akan berkembang dan menjadi alat komunikasi utama. keberkesanan dan keindahannya. huraikan pelbagai fungsi bahasa Melayu di negara kita.

Siti Hajar Abdul Aziz. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Mari sukat gantang Ali. minum-minum sambil hayati pantun. Orang baik bahasa budinya. Bagaimana tidak diingat. Bahasa Kebangsaan A. Bahasa tak boleh dijual beli. Omar. Saat Md. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall. (2008). Yasin. Bahasa Melayu untuk Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagaimana tidak diikat. (1993). (2007). (2005). Bahasa Melayu 1. TAMAT Rujukan: Asmah Hj. Nuraini Yusoff et al. Bhd. Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada perancangan bahasa Melayu. Kain batik sama sujinya. . Dari hidup sampai mati. Apa dijual apa dibeli. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn..(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Hilangkan stres.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 2 KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MELAYU DAN MALAYSIA  SINOPSIS Tajuk 2 menjelaskan tentang konsep budi. bahasa dan konsep budi bahasa.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini.  KERANGKA TAJUK-TAJUK Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia Takrif Budi Takrif Bahasa Takrif Budi Bahasa Ciri-Ciri Budi Bahasa   KANDUNGAN ISI Pengenalan Perhubungan sosial dalam masyarakat Melayu khususnya Malaysia diikat oleh perkongsian makna yang disimbolkan melalui bahasa. menerangkan amalan budi bahasa masyarakat Malaysia. bahasa dan budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia kepada pelajar. menyenaraikan ciri-ciri budi bahasa. 3. gerak geri badan dan gabungan perlakuan dan sikap keseluruhannya. menjelaskan konsep budi. 2. Turut dibincangkan ialah ciri-ciri budi bahasa. anda seharusnya dapat: 1. Simbol ini dilambangkan dengan nilai-nilai yang perlu diamalkan oleh .

dan mempengaruhi cara mereka berhubungan dengan orang lain. semakin cenderung manusia untuk memandang ke atas. hutang budi dibawa mati Tegak rumah kerana sendi. tegak manusia kerana budi.  Takrif Budi Menurut Asma Abdullah (2009). Kegagalan seseorang individu mengendalikan hubungan sosial ini akan menyebabkan dia disingkirkan atau dipulaukan oleh masyarakatnya sendiri. jika kita berkebolehan menguasai hubungan sosial ini dengan baik. . Apakah kayu ukur dalam membina hubungan yang luhur ini? Adakah harta kekayaan atau budi bahasa? Budi bahasa tetap menjadi keutamaan. Hutang emas boleh dibayar.”  Tetapi. Perjalanan kehidupan harian dipandu oleh budi yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu seperti yang dicerminkan dalam pantun Melayu berikut: Pisang emas dibawa belayar. budi ditakrifkan sebagai intelek atau kebaikan. maka kita akan dihormati dan berjaya dalam hidup. asalkan pandai  membawa  diri.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) seseorang apabila berdepan dengan alam sosialnya. dalam apa jua keadaan budi dan bahasa adalah citra masyarakat negara Malaysia.  semakin  maju  masyarakat. masak sebiji di atas peti. Sebaliknya. Walaupun budi bahasa masih menjadi keutamaan. semakin tinggi tahap ekonomi. Budi adalah sebahagian daripada sistem etika orang Melayu dan Malaysia yang mencerminkan peribadi dan asuhan mereka.  sistem  budi   bahasa juga berubah. kalau ada harta lebih dihormati. Namun.   Sebab   itu   ada   bidalan:   ”Biar buruk kain dipakai.

kesedaran. Jelasnya budi ialah pancaran nilai utama yang telah menetapkan corak akhlak dan nilai manusia. adil. berpengalaman dan berakal. budi ialah akal. Rasional membolehkan manusia mengawal dan mengeksploitasi alam semula jadi dan dapat mengelak daripada dianggap sebagai tidak berhati perut. Dengan ini. Budi menghendaki manusia bersifat rasional tetapi dengan sensitiviti dan keprihatinan yang sewajarnya terhadap rasa. Pentakrifannya juga melibatkan perbuatan dan tingkah laku yang baik. perlakuan dan akhlak yang menjelaskan persoalan dalaman manusia. Tegasnya persoalan budi berkait rapat dengan conscience. amanah dan akauntabiliti. mengetahui. kita bukan sahaja mampu membentuk aspek pembangunan luaran semata-mata. Berbudi menjadi keutamaan dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Guru-guru memerlukan pembangunan budi yang terpuji seperti ketulusan. pemikiran. perasaan. pandai. adalah konsep kognitif. hati dan berhati perut. rasa. Kesimpulannya. Budi ialah satu keseluruhan sifat. sikap. pengucapan. mengerti. tetapi perlu memperbaiki aspek dalaman yang dikenali sebagai aspek keperibadian untuk menjadikan masyarakat sebagai suatu masyarakat yang benar-benar bertamadun. bijak. perangai dan akhlak yang baik. intergriti. Menurut Noriati (2002).(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Profesor Dahlan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menggambarkan budi sebagai penguasaan rasa (rasa dalaman intuitif) ke atas pemahaman yang rasional semata-mata. kebijaksanaan. kata hati.  Takrif Bahasa Bahasa ialah suatu sistem simbol lisan yang arbitrari yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat bahasa untuk berkomunikasi dan . kejujuran. seseorang yang berbudi ialah orang yang berilmu.

c. Bahasa adalah sistem yang arbitrari bagi simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh. membina dan mengekalkan persahabatan serta perhubungan dengan orang lain. 1972). . merujuk dan berurus bagi mendapatkan maklumat dan perkhidmatan. b. 1987) Dalam konteks dunia pendidikan. terdapat beberapa definisi yang mengungkapkan maksud bahasa. bahasa adalah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem lambang bunyi bersuara arbitrari yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan digunakan sebagai alat berinteraksi.2007) Selain itu. (Soenjono Dardjowidjojo. Hasilnya pelajar dapat berinteraksi. Nik Safiah Karim (2002) mengatakan bahawa penggunaan bahasa merujuk kepada kebolehan pelajar memulakan. Bahasa ialah lambang pertuturan arbitrari yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung. Bahasa adalah sistem yang arbitrari iaitu simbol bunyi bersuara yang membenarkan semua orang dalam budaya itu ataupun mereka yang mempelajari sistem budaya berkomunikasi (Finocchiaro. berunding. d.1964).(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) berinteraksi sesama mereka berlandaskan kepada budaya yang mereka miliki bersama. Menurut Kamus Linguistik (1997). a. memberi pendapat. membuat pertimbangan. Bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia bagi menghasilkan sejumlah perkataan yang tidak terbatas untuk berkomunikasi dan mengumpulkan ilmu pengetahuan (Mangantar Simanjuntak.

membuat apresiasi dan penghayatan. menunjukkan sikap mesra pelanggan dan merupakan satu elemen penting bagi meningkatkan martabat budaya bangsa (Abd.   melalui   bahasa   pelajar   dapat   menikmati karya sastera dan melahirkan idea serta perasaan secara kreatif. Proses mendapat maklumat adalah keupayaan pelajar memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat tentang budi dan bahasa masyarakat Malaysia. Akhirnya pelajar dapat memproses dan menyampaikan maklumat. Dengan sokongan bahan grafik. Rahim Abd Rashid. 2006) Budi bahasa ialah kebolehan menyampaikan simbol-simbol makna dalam bentuk pertuturan iaitu satu bentuk komunikasi yang paling mudah . Bidang ini juga mementingkan kenikmatan daripada hasil karya yang indah. menghormati tetamu atau pelanggan.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Dalam   bidang   ’maklumat’.  Takrif Budi Bahasa Budi bahasa merupakan satu pendekatan budaya.   bahasa  merujuk  kepada  keupayaan   pe lajar memperoleh dan menyampaikan maklumat secara berilmu. Dalam   bidang   ’estetik’   pula. banding bezakan antara budi dan bahasa masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Maklumat boleh diterokai melalui aktiviti mendengar. Layari laman web yang berkaitan. keindahan dan kehalusan bahasa. membaca dan mengakses maklumat daripada multimedia. melahirkan perasaan. Fokus lebih kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan. komunikasi dan hubungan yang ditekankan serta mengandungi unsur-unsur sopan santun.

malu sabar dan sopan. Kempen budi bahasa menjadi sebahagian daripada agenda menyatupadukan masyarakat Malaysia berbilang kaum. tuturkata. setia. pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Bersifat Sabar Kesabaran menjadi nilai yang dapat menyelesaikan segala masalah hidup dengan beransur-ansur dan bijaksana. tidak berbudi dan dianggap biadap. penuh kehalusan. . Bahasa yang dituturkan hendaklah kata-kata yang baik. tertib. bijaksana. mudah difahami dan sentiasa memuliakan orang lain. Lebih banyak mendengar daripada berbicara. Sifat Merendah Diri Tidak menunjukkan perasaan bangga diri yang keterlaluan semasa berkomunikasi. Sesuai dengan corak kehidupan masyarakat yang mementingkan pemeliharaan maruah orang lain. Umumnya setiap gerak laku. 2. kenapakah perkara ini penting dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ? Ciri-Ciri Budi Bahasa 1. kemahiran berbahasa penting dalam masyarakat Malaysia bagi memastikan wujudnya suasana harmoni dalam kelompok. aspek budi bahasa ini dititikberatkan. tatacara hidup. Seseorang perlu berhati-hati apabila berkata-kata. Perkara penting bagi memelihara maruah orang lain adalah bijaksana dalam menuturkan kata-kata. berani. hormat. adil.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) difahami. mulia. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia. Pada pendapat anda. Oleh itu. Orang yang tidak berbudi bahasa dianggap berperangai rendah.

Tertib dan Bersopan santun. kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain. Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan selanjutnya.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 3. . Kesantunan Bahasa Apabila Berinteraksi Melalui cara ini mereka akan menjadi mesra dan saling mengenal hati budi masing-masing. mesra dan manis tutur kata. Boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. peramah. Latihan 2 – Jelaskan dengan contoh bagaimana anda boleh mengamalkan konsep berbudi bahasa dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru yang terdiri daripada pelbagai kaum. 4. Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia dan sokongan pengurusan grafik. 5. Menunjukkan sikap menghormati orang lain. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat agar tidak timbul kegusaran. Bersikap Positif Sentiasa memilih cara yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran yang positif. huraikan ciri-ciri budi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia.

Perigi dikatakan telaga. Budi bahasa bernilai abadi. . sambil hayati pantun budi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Dicupak Datuk Temenggung. Asma Abdullah. Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Emas merah ada harga. (2006). (2009). Kuala Lumpur: Utusan Publication and Dist. Tempat budak berulang mandi. Noriati dan Sanat. Teknik Mengajar KOMSAS. Naffi Mat.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Hilangkan stres seketika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ke Arah Glokal Dimensi Budaya dalam Pengurusan Malaysia. (2009). Diribut runduklah padi. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2. Duduk tegak ke mari tanggung TAMAT Rujukan: Abd. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS. Rahim Abd Rashid. (2002). Hidup kalau tidak berbudi.

menjelaskan konsep kesantunan. kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa tubuh).(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 3 KESANTUNAN BAHASA MELAYU  SINOPSIS Tajuk 3 menjelaskan kesantunan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu konsep kesantunan. Cara sapaan tersebut diucap atau .  KERANGKA TAJUK-TAJUK   KANDUNGAN ISI Pengenalan Kesantunan adalah merujuk kepada cara sapaan sama ada secara lisan atau bertulis dalam bahasa Melayu. 3. 2. menyatakan takrif kesantunan verbal dan bukan verbal.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. anda seharusnya dapat: 1. memberi contoh kesantunan verbal dan kesantunan bukan verbal (bahasa tubuh).

mencemar duli dan sebagainya. berangkat. bersemayam. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.  Konsep Kesantunan Kesantunan berbahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa dan sering kali dilihat dalam interaksi antara individu semasa berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut. umur. junjung kasih. rujukan hormat dan ganti nama. terdapat beberapa pendapat yang menjelaskan konsep dan takrif kesantunan. termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. dan keakraban hubungan. . Selain itu. tuanku. Kesantunan berbahasa juga mempunyai ciri-ciri yang tertentu.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ditulis dengan sopan santun supaya pengucap atau penulis berkenaan tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Antara ungkapan berkenaan ialah patik. umur dan keakraban hubungan. Dalam erti kata lain kesantunan bermaksud kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan. Dalam kesantunan berbahasa. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengambil kira bentuk atau pilihan kata tetapi turut menitikberatkan sistem sapaan yang akan diguna pakai. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus dalam kesantunan agar sesuai dengan kedudukan. pangkat. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. pangkat. bersiram. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat sering kali dipenuhi oleh norma budaya masyarakat tersebut.

sama ada secara lisan atau bertulis. (e) Noriati A. (2000) mendefinisikan kesantunan sebagai perihal santun. (c) Amat Juhari Moain (1992). Omar (2000) pula. pula berpendapat kesantunan berbahasa adalah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Orang yang berbudi bahasa. Air muka berasaskan maruah dan martabat itu berbeza dengan bahasa tubuh berasaskan keinginan mencapai sesuatu. (d) Menurut Asmah Hj. Kesantunan juga merujuk kepada maksud timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar perkara yang diperkatakan atau terhadap apa-apa yang ditulis.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) (a) Abdull Sukor Shaari et al. berbudi mulia dan sopan dalam berbahasa diberi nilai yang . kehalusan (budi bahasa dan budi pekerti). Bahasa yang digunakan penuh dengan adab tertib. kesopanan. tidak menimbulkan konflik. (b) Noresah Baharom et al. taraf sosial. kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan dan menjaga air muka. nada. mereka memandang tinggi terhadap budi bahasa. Oleh itu. Ia merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan). kesantunan melibatkan kesedaran peranan. (2003) mentakrifkan kesantunan sebagai cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuh sopan. dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Sehubungan dengan kesantunan orang Melayu. kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa ketika berkomunikasi. gerak laku dan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi. Rashid (2005) mentakrifkan kesantunan sebagai penggunaan kata-kata yang sesuai. sopan santun dan mengandungi nilai-nilai hormat yang tinggi. tidak biadap atau kurang ajar.

Proses penyampaian maklumat yang berkesan akan memudahkan penyampaian dan penerimaan maklumat. idea. Kedua-dua tajuk ini akan dihuraikan dalam tajuk empat nanti. Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi. Orang yang tidak berbudi bahasa dan bercakap dengan tidak sopan dianggap berperangai rendah.  Kesantunan Verbal dan Persekitaran Guru o Kesantunan Menggunakan Telefon  Semasa menjawab telefon Jawab tiap-tiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi. senaraikan ciri-ciri kesantunan bahasa.  Kesantunan Verbal Kesantunan verbal bermaksud komunikasi lisan. Layari laman web berkaitan. Komunikasi akan menjadi lebih menarik dan berkesan apabila kesantunan verbal diamalkan dalam percakapan. Perhubungan antara kita dengan orang lain itu melalui proses komunikasi secara verbal. Kesantunan verbal berkait rapat dengan sistem sapaan dan protokol. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain samada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) sangat tinggi. Dengan sokongan bahan grafik. nama pejabat atau nama sendiri dengan nada . kesopanan. Berkomunikasi jenis ini banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut. maklumat dan perasaan dengan orang lain. Dengan ini dapatlah kita berkongsi atau bertukar-tukar fikiran.

Saya Puan Nurul dari Unit Bahasa Inggeris. jumpa lagi. Unit LDP JPNS.  Semasa membuat penggilan Selepas ungkapan hello. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. o Kesantunan bahasa di kaunter Bahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Unit Stor IPG Kampus Raja Melewar. Contoh: (a) Hello Unit Stor... Selamat Petang. boleh saya bantu? Terima kasih.   Terima kasih. Boleh saya bantu? Hello . Selamat tengahari. bimbinglah mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan. Boleh saya bercakap  dengan  Puan  Nadia?  ….. Puan Normala pegawai bertugas sedia membantu. Puan Nadia bercakap.. Pusat Sumber IPG Kampus Raja Melewar. (b) Hello Unit Pentadbiran. o Kesantunan bahasa di pintu masuk Imej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Puan Masita dari Pusat Sumber. Selamat pagi. Boleh saya bantu? Hello . mulakan dengan buat semakan untuk mempastikan tempat yang dihubungi dan nama pegawai betul..  Terima  kasih. Contoh:   Selamat pagi encik/puan.. Contoh: . Izinkan saya  bercakap  dengan  Puan  Faezah  ?  …. Contohnya: (a) (b) (c) Hello . Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat gagang telefon. Kemudian perkenalkan diri dan organisasi yang diwakili. Puan Masitah bercakap.

Selamat jalan. . Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang kesantunan verbal. (c) Maaf encik. (d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan. ’bahasa   badan’   dan   ’bahasa   tubuh’. komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemah maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. tujuan. Buat rujukan di perpustakaan. boleh saya bantu? (b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Maaf Encik/Puan.   ’BL   (body language). dan gerakan badan. dan status sosial seseorang individu. Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana. di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan. (1999) apa yang disebut bahasa badan (bahasa tubuh) termasuklah perhubungan ruang dari jarak. Selain itu. personaliti. hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk. orientasi masa. hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkan masuk.  Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh) Istilah   ’bukan   verbal’   ialah   istilah   popular   untuk   beberapa   istilah   lain   seperti   ’nonverbal’.   Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) (a) Selamat pagi encik. air muka. Kemudian buat peta minda untuk memudahkan pemahaman. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. o Kesantunan bahasa di tempat letak kereta Contoh: (a) (b) (c) Maaf encik/puan. gerak-geri.

Biasanya   pergerakan   anggota   badan   perlulah   ’sejagat’     dan   boleh   difahami oleh semua orang sebelum berkomunikasi. Gerak . menunjukkan minat tetapi tidak percaya Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta Tidak memandang mata semasa bercakap. Contohnya:     Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat Mata dan dahi berkerut. menunjukkan berminat tetapi malu atau tidak tenteram perasaannya. sentuhan. Ada empat jenis pergerakan anggota badan manusia yang menyumbang kepada pelaksanaan bahasa tubuh. suara dan kadar kelajuan kita bercakap.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) roman (rupa) muka. kita dapat mengetahui sama ada mesej yang diperkatakan itu dapat diterima secara positif atau sebaliknya. o Gerakan Mata Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Dengan membaca bahasa tubuh. larangan dan lain-lain. Contohnya:    Menggelengkan kepala bermaksud tidak setuju atau berminat. gerak mata. iaitu: o Gerak Anggota Badan Peranan gerak anggota badan penting dalam komunikasi tanpa lisan. o Gerakan Tangan Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang budaya. pergerakan anggota badan dapat menyampaikan mesej secara lebih berkesan semasa proses berkomunikasi berlaku. Membesarkan kelopak mata bermaksud geram atau marah. Oleh itu. Hentak kaki untuk maksud penegasan.

kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Semasa bercakap. bengis atau penyayang. Memek muka juga menggambarkan perasaan sebenar penutur semasa berinteraksi seperti sedih atau gembira. . o Memek Muka Memek muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemah maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Menggenggam tangan menunjukkan maksud geram atau amaran. Memek muka juga menggambarkan keperibadian seseorang seperti lemah-lembut. Contohnya: Isyarat gerakan tangan yang digunakan menggunakan gaya tersendiri semasa berpidato untuk menyampaikan maksud tertentu. Memek muka dapat menyatakan emosi.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) tangan     yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. lazimnya kita akan mengetahui maklumat tersurat dan tersirat. Meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermaksud diam. Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya. seseorang gemar menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan. Contohnya:    Berdasarkan memek muka orang yang sedang berinteraksi dengan kita. jelaskan bagaimana kesepaduan bahasa lisan dan bahasa tubuh dalam komunikasi dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam antara pemberi dengan penerima mesej. Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)

Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik, banding bezakan pelbagai jenis fungsi anggota badan yang terlibat dengan kesantunan bukan verbal.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TAMAT

Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL
SINOPSIS Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi. 

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu; menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat; memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

SISTEM SAPAAN

KATA PANGGILAN DALAM KELUARGA

KATA PANGGILAN DALAM MASYARAKAT

PROTOKOL PANGGILAN DALAM MAJLIS RASMI

24

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

KANDUNGAN ISI

a. Bahasa Sapaan Apakah maksud bahasa sapaan ? Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap. Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa. b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Keluarga Sedarah Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.

25

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1

i.

Keluarga asas
PANGGILAN Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Ketua keluarga lelaki

Ketua keluarga perempuan

PANGGILAN Long Ngah Lang Uda Andak Teh Busu

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Anak sulung / anak pertama Anak kedua Anak ketiga Anak keempat Anak kelima Anak keenam Anak Bongsu / anak terakhir

CARA MENYEBUT Bang Long, Kak long Bang Ngah, Kak Ngah Bang Lang, Kak Lang Bang Uda, Kak Uda Bang Andak, Kak Andak Bang Teh, Kak Teh Busu, Kak Su

PANGGILAN Abang

KEDUDUKAN DALAM KELUARGA Ahli lelaki yang tua dalam keluarga

CARA MENYEBUT Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan

Kakak

Ahli perempuan yang tua dalam keluarga

Adik

Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu

26

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 ii. adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahliahli dalam keluarga jenis ini. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah 27 . sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak. Keluarga Suku / Perut Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. KELUARGA ASAS Bang Long / Kak Long Bang Ngah / Kak Ngah Bang Lang / Kak Lang Bang Uda / Kak Uda Bang / Kak Andak Bang Teh / Kak Teh Bang Busu / Kak Su KELUARGA SUKU / PERUT Pak Long / Mak Long Pak Ngah / Mak Ngah Pak Lang / Mak Lang Pak Uda / Mak Uda Pak Andak / Mak Andak Pak Teh / Mak Teh Pak Busu / Mak Busu PANGGILAN Abang sepupu Kakak sepupu GELARAN Sepupu selari lelaki Sepupu selari perempuan CARA MENYEBUT Abang + nama Contoh : Abang Ali Kakak + nama Contoh : Kak Lili Bapa saudara Sepupu lelaki kepada ibu atau Sama seperti sepupu bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim Emak saudara Sepupu perempuan kepada ibu Sama seperti sepupu dan bapa panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak.

Generasi perempuan Mak tok. tok Generasi lelaki wan keluarga asas Mak tok. sebelah datuk dan nenek tok Cucu lelaki / perempuan Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu. tok. cucu. Contoh : Bang Long Bang Ngah Cucu 28 . Ahmad Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur) Contoh : Amin . tok . moyang CARA MENYEBUT Generasi yang lebih tua sama Moyang . onyang ada lelaki/ perempuan sebelum Datuk. opah. wan sebelum keluarga asas opah. 1970: 1304 ) PANGGILAN Onyang. nek. baka zuriat ( Teuku Iskandar. wan Datuk saudara Nenek saudara Saudara kandung Datuk.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 PANGGILAN Anak sepupu GELARAN CARA MENYEBUT Anak saudara sepupu ( lelaki / Bahasa sapaan nama ( perempuan) tidak mengira umur ) Contoh : Milah. Hasnah Cucu saudara iii) Keluarga Turun-temurun Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak. tok wan GELARAN Datuk. nenek. tok lelakisebelah datuk dan nenek Saudara kandung perempuan Nenek. nenek. datuk.

Biras Suami / isteri kepada abang / Sama seperti kata kakak / adik ipar sapaan bagi panggilan ipar Pasangan suami isteri Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang Suami / isteri 29 . PANGGILAN Ayah/ mertua GELARAN CARA MENYEBUT emak Ibu bapa kepada suami atau Ayah.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 b.Sepupu suami atau sepupu Sama seperti kata lamai isteri sapaan bagi panggilan ipar. Keluarga Semenda Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan. isteri emak Suami atau anak sendiri isteri kepada Memanggil nama anak menantu tersebut Abang serta nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga serta nama : Alang Hamid Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh Anak menantu Ipar Abang/ adik suami atau isteri Ipar-duai / ipar. bapak/ ibu.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT Yang Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along. Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Keluarga Angkat Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah. seseorang yang merantau. 30 . Contohnya. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga: i) Anak angkat benar Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya. Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya c. Anak angkat ini akan memanggil ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik. ii) Anak angkat panggilan Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu.

Contohnya. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 iii) Anak angkat sementara Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. pak cik. mak cik Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak Man Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Munah Kurang rapat Jauh lebih tua daripada penutur Tok + nama Contoh : Tok Man Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah 31 HUBUNGAN Erat Lebih erat Rapat Jauh lebih tua daripada penutur . i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan biasa UMUR Lebih tua daripada penutur / separuh umur Lebih tua daripada penutur / separuh umur KATA GANTI DIRI Pak. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. pangkat atau status dalam masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur. mak. d. projek anak angkat.

sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Nama sahaja Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan) Rapat Kurang rapat Sebaya Sebaya Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu. a. atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain. c. Contohnya. Gelaran pergaulan tak sengaja Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. d. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Omar. 32 .WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Rapat Lebih tua daripada penutur Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah Rapat Lebih muda daripada penutur Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja. e. pembahagian dibuat seperti berikut: a. ii) Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. b. 1982) Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal) Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial.

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Kata ganti sapaan Tuan diri Orang yang ditujukan Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan ) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan rumah. Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi Puan 33 . Tuan Profesor Encik Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi. imam. hakim. Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor. Tuan tanah. Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. doktor.

Raja ( Engku) Engku Megat ( Encik Megat) Syed ( Tuan Syed ) Wan ( Encik Wan / Cik Wan) Nik ( Pak Nik ) Abang ( Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku ( Brunei) 34 . Gelaran Warisan Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: GELARAN / BAHASA SAPAAN Tengku.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekelian Cik Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur Saudara ( lelaki)/ Saudari (perempuan) Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan perdebatan dalam mesyuarat dan majlis b.

GELARAN Profesor Doktor Cikgu Ustaz BAHASA SAPAAN Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Gelaran Keagamaan Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam. GELARAN Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka BAHASA SAPAAN Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan. atau Haji. Contoh : Tuan Doktor. GELARAN BAHASA SAPAAN Haji Tuan Haji / Pak Haji Osman Hajah Imam Lebai Puan Hajah / Mak Hajah Esah Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan ) Tuan Imam Pak Lebai 35 . Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor . Contoh : Tun Dr. Profesor . terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad d. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Puan . Tengku . Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. juga dikenali sebagai gelaran profesional. Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 c. Puan Profesor e.

(   nama ) 36 .(  nama  ) Duli  Yang  Maha  Mulia  Sultan  …….WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Protokol Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan .. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan :      Gelaran Diraja Gelaran Turun –temurun Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran Keagamaan Protokol Panggilan Hormat Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar.    (  nama  ) Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi  Tuan Yang Terutama Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di. Yang memerintah       Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong Duli  Yang  Maha  Mulia  Tuanku  …….(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Tuanku  ……. adab berbual. penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat.(  nama  ) Duli  Yang  Maha  Mulia  Almutawakkil  Alallah  ……(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Sultan  ….Hilir Perak     Duli  Yang  Teramat  Mulia  Tuanku  ……(  nama  ) Duli  Yang  Amat  Mulia  Tuanku  ……  (  nama  ) Yang  Amat  Mulia  Undang  ……(  nama  ) Kebawah  Duli  Yang  Teramat  Mulia  Tuanku  …..

WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan         Yang Amat Berhormat Yang Amat Berhormat Mulia Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Mulia Tuan Yang Dipertua Yang Berhormat Senator Yang Berhormat Mulia Senator Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah    Yang Amat Berbahagia Yang Amat Mulia Yang Mulia    Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara Yang  Amat  Arif  Tengku….(  nama  ) Yang Mulia ( kerabat diraja ) Yang Mulia Tuan Haji Yang Mulia Puan Hajah 37 . Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka   Yang Berbahagia Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )      Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah Yang Berbahagia Tuan Mufti Sahibussamahah  Tan  Sri/  Datuk  Mufti  …...

.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus  Yang Berbahagia Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang  Yang Berbahagia Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua  Yang Berbahagia Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis     Yang Mulia Tuan Syed Yang  Berbahagia  Tuan…. Yang  Mulia  Cik…… Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi 38 .

Amat Johari Moain. Jun). 1: 112-128. TAMAT Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik. Bahasa Melayu Komunikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya. buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi. 39 . (1999). Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa. jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni. Noresah Baharom et al. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan. Noriati A. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005. Konsep kesantunan dalam masyarakat Melayu. Rashid.WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia. Komunikasi Untuk Guru. Jilid 3 Bil. (2003). Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1992). Abdull Sukor Shaari et al. Bhd. (2000). Bentong: PTS Publications.

Ragam ayat .Asonansi . 2.Aliterasi .Metafora .Simile .Cogan kata AYAT .Pengulangan UNGKAPAN .Diksi . menjelaskan unsur gaya bahasa dalam bahasa Melayu. mengaplikasikan Melayu.  HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 5 GAYA BAHASA  SINOPSIS Tajuk 5 menjelaskan tentang maksud gaya bahasa dan kepelbagaian gaya bahasa yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu.Bentuk ayat .Peribahasa . dan 3.Rima PERKATAAN . anda seharusnya dapat: 1.Kata-kata Hikmat . Beberapa contoh diberikan agar pelajar dapat meneliti dan memahami penggunaan gaya bahasa tertentu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau tulisan.Personifikasi .Hiperbola . unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa  KERANGKA TAJUK-TAJUK GAYA BAHASA BUNYI .Jenis Ayat . menjelaskan maksud gaya bahasa.

  Za’ba   pula dalam buku Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan gaya bahasa sebagai rupa susuk ayat yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. frasa. ikatan ayatnya. Setiap orang mempunyai gaya dan cara yang tersendiri kerana sifat bahasa yang kreatif. jalan bahasanya. gaya bahasa juga akan dapat menarik perhatian dan tumpuan pendengar atau pembaca yang terlibat. Penggunaan gaya bahasa yang tepat dan sesuai akan meningkatkan keberkesanan komunikasi. dan sebagainya kita akan menggunakan bahasa sama ada secara lisan ataupun secara bertulis.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1)  KANDUNGAN ISI  Pengenalan Untuk menyampaikan idea.  Maksud Gaya Bahasa Menurut Nik Safiah Karim (1988). iaitu tentang perkataannya. Selain itu. cara susunan atau bentuk perbahasaannya. Othman Putih (1993) menyatakan bahawa setiap pengarang mempunyai menyatakan caranya sesuatu yang tersendiri Cara untuk mengekspresi itu atau amat ceritanya. Berdasarkan gaya bahasa yang digunakan oleh penutur atau penulis. Mungkin perkataan yang digunakan atau ayat yang dibina adalah berbeza kepada setiap individu walaupun mereka memperkatakan perkara yang sama. dalam kajian gaya bahasa akan melihat aspek-aspek kesesuaian penggunaan parkataan. Oleh itu. Gaya yang tersendiri itu boleh menjadi cerminan peribadi pengarang. . bagi penulisan sesebuah cerpen. gaya bahasa ialah cara bagaimana seseorang itu mengungkapkan bahasa sama ada semasa bertutur atau menulis. perasaan. penyampaiannya bergantung pada keupayaannya menguasai bahasa tersebut sebagai alat komunikasi atau pengucapannya. Misalnya. ayat dan ungkapan tertentu dalam situasi-situasi tertentu. pendapat. emosi. kita boleh mengenal peribadi seseorang.

Perulangan ini bukan sahaja dapat menimbulkan kesan bunyi indah tetapi turut memberi kesan makna. Bunyi o Asonansi Asonansi ialah perulangan bunyi vokal yang terdapat dalam baris. penggunaan bahasa yang baik. kita boleh membahagikannya kepada empat aspek.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Berdasarkan huraian di atas jelaslah bahawa gaya bahasa ialah cara bahasa diungkapkan oleh seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam komunikasi sama ada secara lisan atau secara tulisan. dan ayat yang digunakan. beberapa aspek boleh dilihat. iaitu dari segi pemilihan kata. Cuba lihat contoh   baris   sajak   ’Bunga   Popi’   karya   Sasterawan   Negara   Usman Awang berikut: Dari darah. dari nanah yang punah di tanah . Bunyi Perkataan Ungkapan Ayat i. ii. iv. Selain itu. Keperluan untuk membuat pemilihan dari aspek bahasa ini sangat penting agar apa yang hendak disampaikan mudah difahami oleh penerimanya. iii. iaitu: i.  Aspek Gaya Bahasa Untuk meneliti gaya bahasa. frasa. Dalam hal tersebut. tepat dan menarik akan membuatkan pendengar atau pembaca memberi sepenuh tumpuan dalam komunikasi tersebut.

Lihat contoh pantun berikut yang mempunyai rima abc-abc. Hancur daging berkecai tulang. Hendak bersama denganmu tuan.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) o Aliterasi Aliterasi ialah perulangan bunyi konsonan yang terdapat dalam baris. Nyiur gading tinggi menjulang. Masak ketupat berisi inti. Nilai diksi yang baik terletak pada ketepatan pemilihan perkataan sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. . bunyi yang berima akan menimbulkan kesan indah pada indera pendengaran. Buah delima di dalam cawan. pemilihan perkataan yang baik akan menghasilkan bait -bait puisi yang puitis. Belum dapat belum berhenti. Perulangan konsonan juga akan menimbulkan keindahan bunyi dan membawa makna yang tersendiri. ii. Contoh: malam kelam berbalam-balam o Rima Rima bermaksud perulangan atau pertentangan bunyi yang terdapat dalam baris atau pada akhir baris. Dalam penciptaan puisi. Perkataan o Diksi Diksi ialah pemilihan dan susunan perkataan yang tepat dan sesuai dalam pertuturan atau tulisan. Sama seperti asonansi dan aliterasi.

bagai. umpama. Dari mata turun ke hati. Contoh: Kehidupan adalah lautan o Simile Kiasan atau perbandingan setara yang menggunakan perkataan bagai. Contoh: Bagai aur dengan tebing o Personafikasi Dikenali juga perorangan atau memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda bukan manusia. Contoh: Daun nyiur melambai-lambai o Hiperbola Pernyataan berlebih-lebihan yang bertujuan untuk menekankan tentang sesuatu idea atau perkara. bak. ibarat dan sebagainya. Dari mana datangnya sayang. . Dari sawah turun ke padi. Contoh: Lautan api sanggup ku renangi o Pengulangan Pengulangan sesuatu perkataan sama ada dalam baris atau antara baris bertujuan untuk menimbulkan keindahan bahasa. Contoh: Dari mana punai melayang. bak dan seumpamanya.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) o Metafora Kiasan atau perbandingan setara secara terus atau langsung yang tidak menggunakan kata perbandingan seperti. umpama.

Tempat budak berulang mandi. Sampan sakar di Pulau Angsa. Kemudian dapatkan seberapa banyak maklumat lain tentang gaya bahasa dari aspek perkataan. minum-minum sambil hayati pantun.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Layari laman web yang berkaitan. Ada perigi dikata telaga. Budi bahasa sukar dicari. Dengan menggunakan pengurusan grafik buat gambar rajah atau jadual yang menunjukkan aspek gaya bahasa tersebut. Rehatlah seketika sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah Hilangkan stres. . Emas perak ada harga. Tingkap papan kayu bersegi. Indah tampan kerana budi. Tinggi bangsa kerana bahasa.

Kemudian huraikan aspek gaya bahasa yang boleh anda kenal pasti yang terdapat dalam sajak tersebut. 1990. tersusun indah. Bunga Pagi itu Kutemui dikau di kaki gunung Bunga kecil yang baru tumbuh Daunmu tersembunyi Tanpa bau Tanpa warna Kecuali bunga Yang menghidupkan rerama Bunga Menyusun warna Membenih seri Dalam kegilaan siang Dalam keharuan malam Setelah menemui wasiat itu Kau harus bangun dan tumbuh Seperti bunga gunung Terpencil dan jauh Kau hidupkan aku Dengan tiupan angin Dan jari pelindung! (Siti Zainon Ismail. dan sedap . Tambahan peribahasa mengandungi kebijaksanaan fikiran. Ungkapan o Peribahasa Penggunaan peribahasa dalam lisan atau tulisan berfungsi untuk menimbulkan keindahan berbahasa.22) iii.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Latihan 1 – Baca dan fahami sajak di bawah. menguatkan makna dan menimbulkan suasana pula yang sesuai dalam situasi berbahasa. ringkas. hal.

kata-kata bijak pandai. kata-kata bestari atau dikenali juga madah pujangga ialah kata-kata yang tersusun indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi pedoman hidup masyarakat.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) didengar. Ada pengarang mempunyai kecenderungan untuk menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu dalam tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya tersebut. ayat yang berkesan ialah ayat yang dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau menulisnya. Bincangkan kenyataan yang mengatakan bahawa penulis sesebuah karya sastera dapat dikenali melalui hasil karyanya. Contoh: Rajin dan usaha tangga kejayaan o Cogan kata Cogan kata atau slogan ialah ungkapan pendek yang menjadi pegangan sesaorang atau sesebuah masyarakat. pemilihan jenis ayat. bidalan. pepatah. Contoh: Berkhidmat untuk negara iv. . Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa. perbilangan dan perumpamaan. Walau bagaimanapun. ragam ayat dan bentuk ayat juga akan dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu. Contoh: Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah o Kata-kata hikmat Kata-kata hikmat. Penggunaannya dalam lisan atau tulisan akan meningggalkan kesan keindahan berbahasa. Ayat Apabila memperkatakan gaya bahasa sama ada lisan atau tulisan.

analisis aspek gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya itu. Dewan Bahasa. 32:9. TAMAT Rujukan: Abdul Rahman Ab. Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya : Pearson Malaysia Sdn. (1993). Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam. (2002). Bhd. UKM. (2009). Bangi: GRUPEMUISI.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Latihan 2– Dengan menggunakan sebuah cerpen sebagai bahan kajian. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Rahman Shaari. Nik Safiah Karim. Rashid dan Yap Kim Fatt. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. .. (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa Melayu II. (1988). 636-647. Bhd. Othman Putih. Bahasa Melayu dalam Pembinaan: Beberapa Laras Bahasa Melayu Moden.. Bhd. Kau nyalakan lilin. Siti Zainon Ismail. Siti Hajar Abdul Aziz. (1990). Memahami Istilah Sastera.

▪ HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini. ciri-ciri laras bahasa. ▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK LARAS BAHASA Takrif Laras Bahasa Ciri-ciri Laras Bahasa Contoh-contoh Laras Bahasa  Ciri Keperihalan Sesuatu Peristiwa  Ciri-ciri Linguistik             Laras Agama Laras Sains Laras Matematik Laras Teknologi Laras Kreatif Laras Undang-undang Laras Ekonomi Laras Sukan Laras Politik Laras Sejarah Laras Geografi Laras Seni . dan contoh laras bahasa. 2. anda seharusnya dapat: 1. 3. menyenaraikan ciri-ciri laras bahasa.TAJUK 6 LARAS BAHASA ▪ SINOPSIS Tajuk 6 menjelaskan kepada pelajar tentang takrif laras. memberi contoh-contoh yang sesuai bagi setiap jenis laras yang dipelajari. menjelaskan takrif laras bahasa.

pertanian. ekonomi. selaras dengan kemajuan dunia abad ke-20. Seseorang pengguna bahasa menggunakan laras yang berbeza-beza bagi situasi yang berlainan. undang-undang.▪ KANDUNGAN ISI Pengenalan o Laras bahasa juga disebut sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.  menganggap  laras  sebagai  “ jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi  yang  berlainan”. Takrif Laras Bahasa Laras bahasa merujuk kepada cara atau gaya penggunaan sesuatu bahasa menurut situasi bahasa itu digunakan dan bidang yang diperkatakan. Laras bahasa yang digunakan merupakan variasi atau jenis bahasa yang ada pada tiap-tiap pengguna bahasa. (2008). Demikian juga dalam konteks mata pelajaran di sekolah-sekolah dan institusi lain semuanya dapat diperkatakan dalam bahasa Melayu. mengatakan bahawa salah satu daripada ukuran bagi menentukan taraf kemajuan ialah menerusi jumlah laras yang wujud dalam bahasa berkenaan. Pada peringkat universiti pula. mengikut kesesuaiannya. perubatan dan psikologi. Jumlah laras yang wujud dalam kelompok masyarakat bahasa sebenarnya menggambarkan pengalaman bahasa masyarakat tersebut. misalnya jenis bahasa yang digunakan kepada ibu bapa kita. hampir semua bidang ilmu diajarkan dalam bahasa Melayu merangkumi bidang sastera. setelah empat dekad berlalu bahasa Melayu kini telah dapat memperkatakan apa jua bidang ilmu dan kegiatan. hingga ke bidang kejuruteraan. kepada rakan baik kita atau kepada penjual ikan di pasar. fizik. Malah Nik Safiah (2006) sendiri berpendapat bahawa pilihan laras amat luas sama ada laras semasa lisan ataupun secara bertulis. Laras bahasa berubah selaras dengan perubahan-perubahan sosial dan kebudayaan yang berlaku dalam masyarakat. kepada guru kita. Jumlah laras seseorang itu . o Menurut Nik Safiah et al. o Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial kerana sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Menurut Ure & Ellis dalam  Nik  Safiah  (2006). Furguson (1968) dalam Nik Safiah (2006).

Banyak istilah yang digunakan dipinjam daripada bahasa Arab. serta perkara yang diperkatakan dan fungsi sosial. Ciri-ciri sesuatu laras boleh dikenal pasti melalui peristiwa bahasa dan situasi penggunaan bahasa itu. agama dan lain-lain. sintaksis dan fonologi. Ciri-Ciri Laras Fungsi laras bahasa adalah berbeza-beza mengikut bidang yang hendak diperkatakan seperti bidang ketenteraan. hubungan sosial dan peribadi.menggambarkan keseluruhan pengalaman bahasanya dan peranan yang telah dimainkan olehnya dalam masyarakat. Ciri Linguistik pula merujuk kepada aspek morfologi. komersial. Layari laman web yang berkaitan. Wacana jenis ini banyak digunakan untuk menerangkan sebarang topik yang ada kaitan dengan agama termasuklah . Isha Awang (2003). Kemudian dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang ciri-ciri laras bahasa dan huraikan perbezaannya dari segi keperihalan sesuatu peristiwa bahasa dengan ciri-ciri linguistik. Struktur ayatnya juga banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab. Ciri-ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa Ciri-ciri Linguistik Ciri keperihalan sesuatu peristiwa bahasa terbahagi kepada dua jenis iaitu situasi luaran dan situasi persekitaran. maka semakin besarlah jumlah laras bahasa yang digunakan. sains. Semakin besar jumlah peranannya.  Laras bahasa agama Laras bahasa agama mengandungi beberapa istilah agama. Manakala situasi persekitaran melibatkan aspek yang berkaitan dengan penggunaan bahasa seperti cara penyampaian. Situasi luaran bermaksud semua aspek yang mempunyai kaitan dengan latar kebudayaan dan sosial sesebuah komuniti bahasa. penggunaan laras bahasa yang berlainan ditentukan oleh dua faktor utama. 2. iaitu: 1. Nuraini Yusoff dan Mohd. Menurut Abdul Shukor.

dramatik dan puitis. alat ganti tulin. Banyak menggunakan istilah yang berkaitan dengan pengiraan dan simbol-simbol atau unit-unit bagi mewakili   sesuatu   perkataan   seperti   ‘m’   untuk   meter. asteroid. bumper. saintifik dan formal berdasarkan hasil kajian dan fakta.  Laras Bahasa Sains Wacana laras bahasa sains disampaikan secara formal.H2SO2 meteoroid.  Laras Bahasa Matematik Laras bahasa Matematik merupakan laras ilmiah. Selain itu. papan kekunci. sistem pesanan ringkas dan sebagainya dalam bidang telekomunikasi. kisah-kisah Nabi dan para sahabat. wacana ini juga menggunakan kosa kata dan formula atau rumus yang berkaitan dengan bidang sains seperti fotosentesis.  Laras Bahasa Teknologi Laras bahasa jenis ini merupakan laras bahasa yang banyak digunakan dalam bidang teknologi iaitu teknologi maklumat dan teknologi mekanikal. Laras matematik mempunyai sifat intelektual. . Wacana ini juga kerap menggunakan kias ibarat. Bahasanya merangkumi bentuk naratif. email.   ‘km’   untuk   kilometer dan sebagainya. Penggunaan perkataan yang tepat menjadi keutamaan dalam wacana jenis ini. H2O.tentang akidah. pen-drive dan sebagainya merupakan laras bahasa untuk teknologi komputer manakala istilah seperti laman sesawang. preskriptif. bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. istilah seperti servis. pH. Untuk teknologi mekanikal pula. Segala maklumat yang diberikan adalah berdasarkan hasil kajian dan fakta. SO2. minyak pelincir dan sebagainya digunakan untuk kenderaan. Beberapa istilah seperti tetikus.  Laras Bahasa Kreatif Laras bahasa sastera mempamerkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif. Kadang kala diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis. buruj dan sebagainya. deskriptif. fiqah.

novel. Hal ini bertujuan membolehkan pembaca memahami keseluruhan berita itu setelah membaca bahagian awal berita tersebut. kejituan dan ringkas mudah difahami tiada bahasa yang berbunga-bunga.  Laras Bahasa Media Massa Laras bahasa media massa digunakan dalam penulisan berita atau rencana tentang isu semasa. a.Laras bahasa sastera klasik banyak menggunakan kata-kata yang sudah tidak digunakan kini. bentuk bahasanya lebih berbentuk formal dan ilmiah. wacana ini merupakan pendapat surat khabar atau majalah tentang sesuatu isu. b. Rencana adalah karangan yang memberikan ulasan tentang sesuatu isu semasa. iaitu yang penting didahulukan . f. berbelit-belit dan berlapis-lapis kandungannya berbentuk piramid terbalik. Bentuk wacana laras bahasa media massa yang penting adalah rencana dan berita. Laras bahasa sastera moden pula banyak menggunakan bunga-bunga bahasa yang terkandung dalamnya bentuk bahasa figuratif. dalam rencana berbentuk kritikan sastera. Terdapat kepelbagaian idea dan wacana serta penggunaan kosa kata yang senang difahami oleh masyarakat umum. bahagian yang penting diletakkan pada bahagian awal penulisan berita berkenaan. Namun begitu. teater dan puisi. d. e. Penggunaan kata-katanya banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. filem. c. Antara ciri-ciri berita adalah . Berita pula bertujuan memberikan maklumat tentang sesuatu kejadian yang dapat menarik perhatian orang ramai. Dalam berita. Biasanya. bentuknya ringkas tetapi kandungan beritanya maksimum tidak mementingkan gaya dan nahu menitikberatkan ketetapan. Bentuk-bentuk karya kreatif seperti cerpen.

Judul berperanan memperkenalkan apa-apa yang ada dalam teks berita. pemain perseorangan. suku akhir. latihan. Wacananya ditandai dengan kosa kata dan istilah ekonomi seperti eksport. mandatori. perdagangan antara bangsa.  Laras Bahasa Ekonomi Laras bahasa ekonomi mementingkan susunan rapi setiap maklumat. lebihan dagangan. terdapat pula pecahan atau sub-seksyen. Pada sesuatu seksyen. misalnya ‘Selangor Juarai Tiga Piala’ tafsiran. iaitu setiap fakta yang diberikan benarbenar berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistik.  Laras Bahasa Sukan Laras bahasa sukan biasanya disampaikan dengan gaya bersahaja dan jelas.  ringkasan. a. melonjak. b. pertandingan. wacana ini juga menyelitkan kosa kata berkaitan dengan sukan atau bidang sukan tertentu seperti menang. industri dan jumlah dagangan. Laras bahasa undang-undang juga mengandungi frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam bidang teknikal lain. c. dan keterperincian. Teks undang-undang mengandungi prinsip undang-undang dan biasanya berbentuk akta yang terbahagi kepada bahagian dan seksyen. pendakwaan. Selain menggunakan kata-kata umum yang senang difahami. pilihan ketiga. tahap tertingi. Maklumat disampaikan secara jelas atau eksplisit. Judul berita disampaikan dalam tiga bentuk iaitu. . atlit. misalnya ‘Jangan Politikkan Slogan Satu Malaysia – PM’ Laras Bahasa Undang-undang Laras bahasa jenis ini banyak terdapat dalam teks yang berkaitan dengan perundangan. misalnya ‘Peningkatan Jumlah Kenderaan Punca Jerebu’ petikan. Wacana ini juga menggunakan istilah-istilah dan kata-kata yang ada kaitannya dengan undang-undang seperti petisyen. kejelasan. tewas. Antara ciri penting dalam laras undang-undang termasuklah kepersisan. kejohanan terbuka. keobjektifan. beregu wanita.Berita mengandungi judul dan teks. hukuman dan penjara. pembelaan. denda. pusingan kedua dan pasangan bukan pilihan.

Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Rehatlah sebentar sambil berbual-bual dengan rakan sekuliah. Secara berkumpulan. Secara individu. Kemudian dapatkan maklumat lanjut tentang kepelbagaian laras dan banding bezakan setiap jenis laras tersebut. Nuraini Yusoff & Mohd Isha (2003). cuba anda buat simulasi penyampaian teks pelbagai laras mengikut intonasi.Layari laman web yang berkaitan. bincangkan ciri-ciri dan perbezaan bagi setiap laras yang telah anda pelajari. . Bahasa Melayu Komunikasi. TAMAT RUJUKAN Abdull Sukor. gaya dan nada yang berbeza.

▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK WACANA Definisi Wacana Ciri-ciri Wacana Jenis-jenis Wacana Penutup Penanda Wacana ▪ KANDUNGAN ISI Pengenalan Ayat dianggap sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa mengikut kajian sintaksis. menyenaraikan ciri-ciri dan jenis wacana dalam bahasa Melayu. keutuhan wacana dan penanda wacana. dalam mengungkapkan sesuatu perkara (sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan) seseorang individu tidak mengungkapkannya dalam satu ayat sahaja. tetapi gabungan atau jalinan beberapa ayat.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 7 WACANA ▪ SINOPSIS Tajuk 7 menjelaskan tentang definisi wacana dalam bahasa Melayu. 2. 1. menjelaskan konsep wacana dalam bahasa Melayu. Namun begitu. anda seharusnya dapat. ciri-ciri wacana. Gabungan beberapa ayat ini dinamakan sebagai wacana. menghuraikan maksud penanda wacana dan keutuhan wacana dalam bahasa Melayu. 3. . ▪ Pada akhir tajuk ini.

Hal ini ditunjukkan oleh rajah di bawah. Kemudian dapatkan huraian yang lengkap tentang konsep wacana wacana. dapat disimpulkan bahawa wacana merupakan jalinan unit-unit bahasa yang tersusun rapid an berkesinambungan bagi melahirkan kesatuan bahasa yang utuh. Wacana Ayat Klausa Frasa Rajah 8. Oleh itu. wacana boleh terdiri daripada ayat. siri ayat atau perenggan. Wacana dapat direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel. wacana dikatakan terletak dalam heirarki yang tertinggi selepas ayat. Dari segi heirarki tatabahasa. hubungan penghasil wacana dengan khalayak. sejumlah ayat. Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap dalam hierarki tatabahasa yang tertinggi. siri buku dan lain-lain.(2008).(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Definisi Wacana Menurut Asmah. Oleh itu. wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Ciri-ciri wacana dapat diteliti daripada segi tujuan. Menurut . keutuhan suasana (berturutan) dan maklumat. Ciri Wacana Sebagai unit bahasa yang lengkap. buku. wacana mempunyai beberapa ciri penting. buku.1: Heiraki Tatabahasa Kata Layari laman web berkenaan. ceraian bab.

Buat rujukan di perpustakaan. iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara pendengar secara langsung. penulis tidak mendapat respons secara langsung daripada pembaca. intonasi suara. Oleh itu. gerak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. Wacana tulisan melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. khutbah. Biasanya dalam wacana lisan. keadaan dan interteks untuk menghasilkan wacana yang utuh. keadaan dan interteks. Wacana lisan Wacana lisan adalah wacana yang dihasilkan melalui media lisan. tujuan. iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Komunikasi yang terlibat adalah komunikasi tidak langsung. iaitu melibatkan pembicara dan pendengar.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Beaugrande dan Dressier (1981) dalam Nik Safiah (2006). terdapat tujuh ciri ketekstualan yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang utuh.runtutan. Kumpulkan maklumat berkaitan tautan. Wacana tulisan sering kali disunting terlebih dahulu bagi menghasilkan tulisan yang berkualiti dan tepat. ceramah. maklumat. runtutan. iaitu tautan. Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini adalah komunikasi interaktif. pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah. iaitu komunikasi satu arah. pembaca perlu membaca teks . Antara contoh wacana lisan adalah melalui perbualan. Dalam wacana tulisan. Dalam wacana lisan. pidato dan siaran televisyen atau radio. Wacana tulisan Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis. temu ramah. penerimaan. tujuan. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan. maklumat. pembicara akan mendapat respons daripada pendengar pada ketika itu juga. Jenis-jenis Wacana Wacana dapat dibahagikan kepada dua jenis. penerimaan.

Selepas berehat layarilah laman web berkenaan. Penanda wacana dalam bahasa Melayu terdiri daripada : a. penanda leksikal penanda rujukan penanda penghubung penanda penggantian penanda ellipsis atau pengguguran Buatlah rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang penanda-penanda wacana. . Penanda Wacana Dalam sesebuah teks. Kemudian anda buat catatan lengkap di dalam buku catatan anda. b. majalah dan buku.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis. Kumpulkan maklumat dan contoh-contoh tentang wacana tulisan dan lisan yang baik. d. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh iaitu. e. penanda wacana sangat penting kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan. Antara contoh wacana tulisan ialah tulisan-tulisan yang terdapat di dalam akhbar. Keutuhan Wacana Keutuhan wacana terhasil daripada wujudnya susunan yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. c. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.

. terdapatnya dan b. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Seterusnya. (2008).(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) a. Buatlah catatan dan nota dalam bentuk grafik supaya anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan semasa sesi toturial. wujudnya tautan atau kohesi iaitu keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Nik Safiah et al. Nik Safiah et al. Bhd. Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keutuhan wacana. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Teks Bahasa Melayu STPM. Bahasa Melayu Komunikasi. (2003). leksikal. runtutan atau koheren. (2006). Rujukan : Abdul Shukor Shaari et al. (kesinambungan idea) yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. dan gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. Berehatlah sebentar sambil menghubungi rakan-rakan yang lain. Bhd. keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Berkongsilah sebarang maklumat yang anda perolehi dengan rakan-rakan sekuliah semasa sesi tutorial anda.

ii. membuat analisis kesilapan tatabahasa dari segi ejaan dan tanda baca. menghuraikan definisi tatabahasa bahasa Melayu. iii. Menghasilkan satu wacana lengkap yang betul dari segi tatabahasa bahasa Melayu. anda seharusnya dapat. morfologi dan sintaksis serta semantik berdasarkan bahan bacaan. ▪ KERANGKA TAJUK-TAJUK TATABAHASA BAHASA MELAYU DEFINISI TATABAHASA ANALISIS KESILAPAN TATABAHASA Sebutan Ejaan dan Tatabahasa Morfologi dan Sintaksis Semantik . 1. 3. a) b) Definisi Tatabahasa Analisis Kesilapan Tatabahasa i. 2. Ejaan dan Tanda Baca Morfologi dan Sintaksis Semantik ▪ HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) TAJUK 8 TATABAHASA BAHASA MELAYU ▪ SINOPSIS Tajuk 8 menjelaskan tentang beberapa perkara penting yang berhubung dengan tatabahasa bahasa Melayu seperti yang berikut.

iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terkira jumlahnya. kesemua ayat yang terbentuk itu masih tetap mematuhi dan berasal daripada satu ayat dasar yang menjadi sumber menerbitkan ayat-ayat yang lain. Goay. Menurut Nik Safiah (2006). Kajian terhadap bidang tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi. Ahli bahasa aliran tranformasi-generatif menganggap bahawa bilangan ayat dalam sesuatu bahasa tidak terhad jumlahnya. Namun demikian.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ▪ KANDUNGAN ISI Definisi Tatabahasa Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai peraturan.al.menjelaskan analisis rumus meneliti cara sesuatu ayat dibina berdasarkan rumus tatabahasa tertentu. Terdapat dua pendekatan yang kerap digunakan oleh ahli-ahli bahasa untuk menganalisis dan menghuraikan ayat iaitu. Ayat terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Perkataan dibina daripada gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa yang bermakna yang digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seterusnya konstituen subjek dan predikat dilihat terbentuk daripada frasa-frasa tertentu. et. Bidang tatabahasa melihat bagaimana perkataan-perkataan ini terbentuk dan seterusnya bagaimana perkataan-perkataan ini bercantum membentuk frasa dan ayat. tatabahasa ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. analisis melalui rumus dan analisis transformasi – generatif. Manakala pendekatan tranformasi-generatif menggunakan konsep ayat dasar dan ayat terbitan untuk menganalisis dan menghuraikan ayat. kaedah dan sistem sesuatu bahasa. Ayat yang lengkap dilihat terbina daripada konstituen subjek dan predikat. Ayat-ayat yang diterbitkan daripada ayat dasar ini dikenali sebagai ayat terbitan atau ayat tranformasi. dalam Nik Safiah (2006). Dalam istilah ilmu linguistik. .

Dengan kata lain. iaitu morfologi dan sintaksis. sementara bidang huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis. yang berbeza daripada sistem yang digunakan dalam sistem-sitem ejaan terdahulu. Ada juga kesalahan bahasa yang berlaku kerana pengaruh bahasa lain. bidang tatabahasa terbahagi kepada dua. tetapi kerap kali berlaku kesalahan kerana kita kurang arif tentang peraturan-peraturan tertentu. Kesilapan berlaku apabila pola keselarasan ini dipatuhi.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi. Layari laman web berkenaan untuk mendapatkan maklumat tentang kajian terhadap bidang tatabahasa bahasa Melayu yang telah dilaksanakan. yang strukturnya tidak sama dengan bahasa Melayu. ◦ Kesalahan Berkait Dengan Pola Keselarasan Vokal Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah menetapkan pola-pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu. Berikut ialah beberapa contoh kesilapan yang berlaku. Walau bagaimanapun beberapa perkataan yang dipinjam daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan vokal ini. ◦ Kesalahan Ejaan Kesalahan ejaan umumnya berlaku disebabkan tidak arif tentang peraturanperaturan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. kita selalu membuat kesilapan. Analisis Kesilapan Bahasa Ketika menggunakan bahasa. ▪ . Kadang-kadang kesalahan ini berlaku kerana kecuaian semata-mata.

iaitu dialek. Terdapat 15 patah perkataan yang dianggap telah mantap dalam bentuk ejaan yang digabungkan. Perkataan-perkataan ini tidak boleh dieja secara terpisah. tidak dieja mengikut peraturan penyesuaian bentuk visual. yang dari segi sejarah.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ◦ Kesalahan Berkait dengan Ejaan Gugus Konsonan Dalam bahasa Inggeris terdapat perkataan-perkataan yang dieja dengan gugus konsonan. terutama bahasa Inggeris. Apabila perkataan ini dipinjam oleh bahasa Melayu. apatah lagi meleburkan dua bunyi sama yang berderetan. tidak dianggap sebagai kata majmuk yang terkecuali ejaannya. Terdapat juga sejumlah perkataan. . tetapi kini telah dianggap sebagai satu perkataan. yang akan disenaraikan kemudian. Soal sebutan asal dalam bahasa asing tidak diambil kira kerana cara menyebut perkataan dialek ditentukan oleh sistem bunyi bahasa Melayu. Oleh itu. unsur gugus konsonan ini dikekalkan dan tidak dieja seperti dalam sistem ejaan lama. ◦ Kesalahan Berkait dengan Ejaan Kata Majmuk Kata majmuk lazimnya dieja terpisah. misalnya diterima dengan bentuk demikian. adalah salah jika kata majmuk itu dieja bercantum. kecuali beberapa bentuk kekecualian. iaitu dengan dua konsonan atau lebih. dan oleh itu. ◦ Kesalahan Berkait dengan Prinsip Mempertahankan Bentuk Visual Kata Pinjaman Satu daripada prinsip yang dipegang apabila meminjam perkataan daripada bahasa asing ialah agar dipertahankan bentuk visual perkataan itu. Kesalahan ejaan berlaku apabila kata pinjaman daripada bahasa asing. Perkataan Inggeris dialect. dengan hanya membuat penyesuaian pada ejaannya. setelah disesuaikan ejaan ct menjadi k dalam bahasa Melayu. terbina melalui percantuman perkataan-perkataan.

) Tanda Baca Sempang (-) Antara ke dengan angka Antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran –an Antara huruf kecil dengan huruf besar Tanda Baca Tanda Seru (!) . Banyak orang terkeliru dengan cara mengeja kata sendi nama di dan ke dengan awalan di. Tanda Baca Titik (. Sebagai contoh. 6. tidak menggunakan huruf besar. 4. 1.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Berehatlah seketika sementara sebelum membuat aktiviti seterusnya. ◦ Kesalahan Berkait dengan Cara Mengeja Kata Sendi Nama dan Awalan Kata sendi nama dieja terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.dan ke. koma atau titik pada tempat-tempat yang sepatutnya merupakan kesalahan-kesalahan penggunaan tanda baca. manakala awalan dieja bercantum dengan kata dasar. 2. Buatlah nota dan catatan dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham dan boleh berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Mana-mana pelanggaran terhadap penggunaan tanda-tanda baca tersebut dianggap sebagai kesalahan bahasa. 5. Gunakan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapat maklumat tentang analisis kesilapan tatabahasa yang telah anda baca. 3. ◦ Kesalahan Tanda Baca Tanda baca ialah lambang-lambang tertentu yang digunakan sewaktu menulis untuk memberi penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Buatlah rujukan di perpustakaan.

Kita boleh. Seterusnya cara kita melihat. yang didahului oleh perkataan yang . Tidak betul jika dikatakan seseorang kanak-kanak itu jahat. membawa perbezaan-perbezaan tertentu dan kesesuaiannya begantung pada cara digunakan dalam ayat. dan penggunaan kata sendi nama yang salah. 2. 1. semua. memandang. Satu daripada caranya adalah dengan menggandakan perkataan yang berkenaan atau dengan menggandakan perkataan-perkataan yang sedia mendukung maksud banyak seperti segala.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ◦ Kesalahan Kosa Kata Kosa kata ialah perbendaharaan kata atau keseluruhan perkataan dalam sesuatu bahasa. 3. maka makna yang ingin disampaikan tidak jelas. Demikian juga. dan beberapa. merenung. Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang mendukung konsep-konsep tertentu. misalnya. meninggal dunia. kerana dia hanya nakal. dan mengintai. Kesemuanya. 1. para. dan mampus tidak boleh bertukar ganti walaupun maknanya sama. Jika perkataan yang salah digunakan. mati. membuat pilihan perkataan yang tidak tepat atau tidak sesuai menggunakan penanda jamak dengan cara yang salah. Antara aspek kosa kata yang sering dibuat kesalahan ialah. ◦ Penggunaan Penanda Jamak dengan Cara yang Salah Bahasa Melayu mempunyai cara tersendiri bagi menunjukkan jumlah yang banyak. Antara kesalahan bahasa yang berkait dengan penanda jamak ialah. walaupun sama. Menggandakan kata nama menandakan banyak. Sebagai contoh ialah perkataan jahat dan nakal.

frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya. Menggandakan kata majmuk yang dieja terpisah ◦ Penggunaan Kata Sendi nama yang Salah Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. 4. 2. 5.an ◦ Kesalahan Frasa Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu frasa nama. 1. Kesalahan berlaku apabila syarat-syarat binaan ini tidak dipatuhi. Jumlahnya agak besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berlainan dan kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan kata sendi nama.an dengan apitan per…. 1. 3. frasa kerja.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 2. 3. 4. 4. Tiap-tiap frasa mempunyai binaan tersendiri. 2. Menggandakan kata nama yang sudah mendukung makna banyak. Kesalahan penggunaan imbuhan Tidak menggunakan imbuhan Menggunakan imbuhan yang salah Awalan mengeTidak sedar bentuk itu awalan Perbezaan antara Apitan peN…. . 3. Kata sendi nama di Kata sendi ke Kata sendi nama dari Kata sendi nama kepada ▪ Penggunaan Perkataan yang Hampir Sama Bunyi tetapi Berlainan Makna Kesalahan dalam kes ini ialah membuat pilihan perkataan yang tidak sesuai.

tertakluk pada hukum D-M. . pada amnya. melainkan kedua-duanya sekali. Kesalahan berlaku apabila binaan pelbagai jenis dan bentuk ayat ini tidak sempurna.tidak boleh digugurkan secara berasingan. bentuk perbandingan dapat dinyatakan dalam tiga darjah. Ada ayat tunggal dan ada ayat majmuk. iaitu (a) darjah biasa. iaitu tentang penggunaan bentuk-bentuk ter-. misalnya dari semasa ke semasa. iaitu bahagian yang diterangkan (D) mendahului bahagian yang menerangkan (M). Apabila se. ▪ Kesalahan ayat Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada subjek dan predikat.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) ◦ Melanggar Hukum D-M Binaan frasa nama. sekali dan paling. ada ayat aktif dan ada ayat pasif. ◦ Frasa Kerja Tak Transitif Kata kerja tak transitif boleh diikuti unsur keterangan. misalnya dari masa ke masa. bentuk se. Jika susunan ini tidak dipatuhi maka akan menjadi kesalahan iaitu apabila diletakkan bahagian (M) sebelum bahagian (D). yang selalunya berbentuk frasa sendi nama.digunakan. (b) darjah bandingan dan (c) darjah penghabisan. ◦ Bentuk Perbandingan dalam Frasa Adjektif Dalam frasa adjektif. ◦ Frasa Sendi Nama Gabungan dengan SeFrasa sendi nama boleh digabungkan dengan kata sendi nama dari dan ke-. Kesalahan berlaku apabila kata sendi nama tidak digunakan.

(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) 1. Ayat Tergantung Partikel – Kah Ayat Nafi dengan Kata Nafi yang Salah Ayat dengan Kata Pemeri Rujuklah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara-perkara di atas. 4. Analisis kesilapan tatabahasa yang terdapat dalam bahan teks yang anda baca dan buat huraian untuk dibincang dan dibentangkan semasa sesi tutorial. Berehatlah sebentar sambil menikmati minuman sebelum meneruskan aktiviti seterusnya. TAMAT . Bentangkan hasil analisis yang peroleh sewaktu sesi tutorial bersama pensyarah anda. 3. Buat catatan dan nota dalam bentuk grafik untuk memudahkan anda faham. 2.

Bhd. Bhd. (2008). Malek bin Zainal. al. Teks Bahasa Melayu STPM. Nik Safiah Karim et. Mengenal pati Kesalahan Tatabahasa. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.al (2006). Melaka: Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.(WAJ3115 Bahasa Melayu Komunikatif 1) Rujukan : Ab. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Nik Safiah Karim et. (2000). . Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Siti Hajar Abdul Aziz.

Seremban. IPG Kampus Raja Melewar. Seremban.MPPM Pengalaman Mengajar BM – 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 7 Tahun Dr. khairuddin37@hotmail. maridah_alias@yahoo. Seremban.com Dr.MPMK Pengalaman Mengajar BM – 19 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun Faiziah binti Hj. Falsafah (Kesusasteraan Melayu) – UPM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac.com Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac. Bangi.UKM Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) . naza4509@gmail. Khairuddin bin Mohamad Ketua Unit Pengajian Melayu.UPM Bac. Maridah binti Hj. IPG Kampus Raja Melewar. Selangor.PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (TESL PENDIDIKAN RENDAH) NAMA Dr. Seremban. Negeri Sembilan. IPG Kampus Pendidikan Islam. Negeri Sembilan.IPSI Pengalaman Mengajar BM – 18 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun Azmi bin Ayub Pensyarah. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas – MPPM Sijil Perguruan Khas . Hjh. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas (PM/PS) .com Sarjana Sastera (Bahasa Melayu) – UPM Bac.MPKI Pengalaman Mengajar BM – 14 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun Sarjana Pengajian Melayu – UM Sarjana Muda Pengajian Melayu – UM Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) – MPMK Pengalaman Mengajar BM – 15 Tahun Pengalaman Pensyarah IPG – 5 Tahun . Falsafah (Pemikiran Kritis dalam BM) .com KELAYAKAN Dr. Negeri Sembilan. Negeri Sembilan. IPG Kampus Raja Melewar. Alias Ketua Jabatan Pengajian Melayu. faiziahshamsudin@yahoo.com Nazariyah binti Sani Pensyarah. Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas . Pendidikan (PBMP) – UPM Sijil Perguruan Asas . IPG Kampus Raja Melewar. azminbr966@hotmail. Shamsudin Pensyarah.

IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat .

Menjelaskan wacana yang utuh dalam penulisan bahasa Melayu serta menganalisis dan membetulkan kesilapan bahasa Melayu dalam penulisan. Mengaplikasikan unsur gaya bahasa dalam komunikasi bahasa Melayu. 4. 5. laras bahasa dan wacana serta menganalisis kesilapan tatabahasa bahasa Melayu dalam konteks. 2. discourse and the Malay language grammer. 6. concept of courtesy in the Malay society. 3. Membandingbezakan laras bahasa Melayu. gaya bahasa. Mengaplikasikan sistem sapaan bahasa Melayu dalam komunikasi. language register.Pro Forma Kursus                                                                          Program Pensiswazahan  Guru  (PPG)  2011 Nama Kursus Bahasa Melayu Komunikatif I (Communicative Malay Language I) Kod Kursus WAJ3115 Kredit 2(2+0) Jam Interaksi 30 jam Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Prasyarat Tiada Semester Satu/Dua Hasil Pembelajaran 1. konsep budi bahasa dalam masyarakat Melayu dan Malaysia. This course focuses on the role of Malay language. 1 . language styles. addressing people and protocol. kata sapaan. kesantunan berbahasa. Menghuraikan fungsi bahasa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Sinopsis Kursus ini menghuraikan peranan bahasa Melayu. Menghuraikan konsep budi bahasa dan kesantunan dalam masyarakat Melayu dan Malaysia.

Tajuk 1 Kandungan Fungsi Bahasa Melayu • • • • • • Bahasa Kebangsaan Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Perdagangan Jam 2 2 Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia • Takrif Budi • Takrif Bahasa • Takrif Budi Bahasa • Ciri-ciri Budi Bahasa 2 3 Kesantunan Bahasa Melayu 3 • • • Konsep Kesantunan Kesantunan Verbal Kesantunan Bukan Verbal (bahasa tubuh) 4 Sistem Sapaan : • • Kata Panggilan dalam Keluarga Kata Panggilan dalam Masyarakat 3 Protokol: • Panggilan Hormat dalam Majlis Rasmi 2 .

Tajuk 5 Gaya Bahasa • • • • • • • • • • • • • Diksi Metafora Simile Hiperbola Kandungan Jam 4 Personafikasi Imejan Paradoks Simbol Ambiguiti Konotatif Denotatif Bahasa sindiran dan kiasan Peribahasa 6 Laras Bahasa Konsep. masakan dan lain-lain) Kreatif Media/Multimedia Undang-undang Ekonomi Sukan Politik 3 4 . angkasa lepas. Kepelbagaian dan Perbezaan Laras Bahasa • Agama • • • • • • • • • Sains (perubatan.farmasi dan lain-lain) Matematik Teknologi (pertanian. kejuruteraan.

(2003). Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors 4 .Tajuk • • • Sejarah Geografi Kandungan Jam Seni (muzik. Nuraini Yusoff. Bahasa Melayu Komunikasi. Mohd Isha Awang.kraf tangan dan lainlain) 7 Wacana • • • • • Konsep Ciri wacana Jenis wacana Penanda wacana Keutuhan wacana 4 8 Tatabahasa Bahasa Melayu Analisis Kesilapan Tatabahasa • • Sebutan Ejaan dan tanda baca 4 Analisis Kesilapan Tatabahasa • • Morfologi dan Sintaksis Semantik 4 JUMLAH Penilaian Kerja Kursus Ujian Akhir Kursus 60% 40% 30 Rujukan Asas Asmah Haji Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perbincangan. Wacana.(2000). tarian. Abdull Sukor Shaari. Perbahasan dan Perundingan.

(1995). Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan. 5 . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noriati A. Bhd. Abdullah Hassan. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Rujukan Tambahan Ab. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. (1987). Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Longman. Awang Sariyan. Henry Guntur Tarigan. Kesantunan Orang Melayu dalam Majlis Pertunangan. Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al. Santun Berbahasa. (2008).Tajuk Sdn. Rahman Ab. (2005). Rashid. Kuala Lumpur. (1984). Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. (2004). Kandungan Jam Nik Safiah Karim et. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Yap Kim Fatt.Rashid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengajaran Wacana. Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu.

1 2 3 4 5 6 7 8 Tajuk/Topik Fungsi Bahasa Melayu Konsep Budi Bahasa dalam Masyarakat Melayu dan Malaysia Kesantunan Bahasa Melayu Sistem Sapaan dan Protokol Gaya Bahasa Laras Bahasa Wacana Tatabahasa Bahasa Melayu Interaksi Tutorial 1 ( 2 Julai 2011) Jumlah Jam 4 Tutorial 2 (30 Julai 2011) 6 Tutorial 3 (20 Ogos 2011) Tutorial 4 (24 September 2011) Tutorial 5 (1 Oktober 2011) 8 4 8 30 JUMLAH .WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1 AGIHAN TAJUK Kod Nama Kursus : : WAJ3115 Bahasa Melayu Komnikatif 1 Kandungan modul ini dibahagi kepada lapan (8) tajuk. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk pembelajaran melalui modul. Bil.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful