You are on page 1of 4

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor pertama ialah ibadah berkualiti membentuk aqidah yang

mantap. Aqidah yang mantap merupakan kepercayaan yang kukuh terhadap kekuasaan Allah S.W.T. serta menolak segala fahaman atau ideologi lain. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24 :

Maksudnya : Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah menyempurnakan kalimah yang baik seperti sepohon pokok yang baik. Kisah Bilal bin Rabah yang terus menyebut AhadAhadAhad tatkala diseksa berulang kali menjadi bukti kekentalan aqidah beliau. Oleh itu, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri negara kita ingin mewujudkan towering personality yakni personaliti unggul bagi melahirkan masyarakat hadhari. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor kedua ialah ibadah berkualiti melahirkan muslim yang adil dan beramanah. Melalui sifat-sifat terpuji yang dimiliki, individu muslim akan senantiasa berlaku adil dan beramanah sesama umat manusia. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 90 :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu berbuat keadilan dan kebaikan. Peribadi Saidina Umar bin al-Khattab harus dicontohi. Beliau sanggup membuat rondaan pada waktu malam semata-mata untuk menyiasat kehidupan rakyatnya dan member bantuan kepada yang memerlukan. Pada hari ini, kerajaan Malaysia sendiri amat menitik beratkan soal adil dan amanah sekaligus menerapkan slogan Bersih, Cekap dan Amanah dalam pentadbiran kerajaan.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor ketiga ialah ibadah berkualiti membentuk akhlak terpuji. Melalui ibadah yang dilaksanakan dengan sempurna, kita mampu memupuk sifat-sifat mahmudah ke dalam diri individu muslim. Lantaran itu, mereka akan terhindar daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 45 :

Maksudnya : Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Rasulullah SAW digelar al-Amin kerana tidak pernah bercakap bohong. Baginda sentiasa diberi kepercayaan untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan seperti peristiwa perletakan Hajarul Aswad. Namun, pada hari ini, isu Black Metal dan gejala hip hop semakin berleluasa lantaran ibadah diabaikan dalam kehidupan.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor keempat ialah ibadah berkualiti menjana penguasaan ilmu. Ilmu mampu mengangkat martabat umat Islam menjadi lebih baik. Sekiranya umat Islam tidak menguasai ilmu, maka kita akan ketinggalan, mundur dan akan diperlekeh oleh orang kafir. Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 11 :

Maksudnya : Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu beberapa darjat. Renungkan kembali, ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan di Gua Hira ialah Iqra yang membawa maksud bacalah. Kerajaan Malaysia juga telah mewajibkan warganegara yang mencapai umur 7 tahun mendapat pendidikan secara rasmi sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Kebangsaan 1996.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor kelima ialah ibadah berkualiti, ekonomi seimbang dan menyeluruh. Dunia menyaksikan gejala riba dan rasuah semakin berleluasa. Oleh itu, penghayatan dalam melaksanakan ibadah zakat dan bersedekah amat penting bagi membendung gejala tersebut daripada terus bermaharajalela. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 103 :

Maksudnya : Ambillah sedekah (zakat) dari harta mereka untuk membersih dan menyucikan dengannya. Pada zaman Saidina Umar bin Abdul Aziz, ekonomi umat Islam mantap lantaran pengurusan zakat yang berkualiti. Bagi mencapai kegemilangan Islam pada hari ini, Yayasan Bukhari telah memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar khususnya yang miskin agar keutuhan ekonomi terus terjamin. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor keenam ialah ibadah cemerlang, kehidupan berkualiti. Seseorang yang melaksanakan ibadah dengan sempurna sentiasa berusaha mengecapi kejayaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 :

Maksudnya : Carilah apa-apa kurniaan Allah untuk dibawa ke akhirat dan janganlah pula kamu lupakan habuan kamu di dunia. Rasulullah SAW pernah menjadi peniaga dan pengembala kambing bagi memenuhi tuntutan kehidupan duniawi. Pada hari ini, mantan perdana menteri kita telah mencetuskan idea pendekatan Islam Hadhari untuk melahirkan kehidupan berkualiti.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Faktor ketujuh ialah ibadah berkualiti menjamin keutuhan budaya dan moral. Ibadah berkualiti menjamin keutuhan budaya dan moral. Sebagai umat Islam, kita perlulah mempunyai jati diri agar tidak terpengaruh dengan budaya kuning dan sebarang anasir luar. Ibu bapalah orang yang bertanggungjawab mencorak masa hadapan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari :

Maksudnya : Anak-anak dilahirkan dalam keadaan bersih, maka ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kejayaan Saidatina Fatimah dalam mendidik anak-anak sejak kecil lagi untuk menjadi ulama harus dicontohi. Namun, realiti pada hari ini, anak-anak terbiar, gejala hip hop dan Black Metal terus menular. Inilah bukti ibadah berkualiti tidak tersemat dalam diri, bimbang bangsa akan rosak, negara akan mundur dan seterusnya musuh akan menguasai umat Islam. Kesimpulannya, daripada kesemua hujah yang telah saya bawakan tadi, jelaslah bahawa ibadah berkualiti sahajalah yang dapat menjamin negara dan ummah berdaya saing, negara akan menjadi maju, cemerlang, gemilang dan terbilang seantero dunia. Terserlahnya ibadah berkualiti, muslim cemerlang pasti dikecapi. Sekian, terima kasih.

You might also like