BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK -KANAK

DEFINISI KAUNSELING Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya . Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan masalah pada dirinya. James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Krumboltz (1965) Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien. Persatuan Bimbingan Dan Personal Amerika (1980) Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain berkaitan dengan sains tingkah laku untu membantu mempelajari k bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan dengan pemilihan kerjaya pertumbuhan kendiri,perkahwinan keluarga, atau perkara interpersonal lain.

MATLAMAT KAUNSELING

y y

y

y

Setiap individu mempunyai harapan yang berbeza mengik ut perspektif mana dia melihat proses kaunseling yang telah dijalankan. Sebagai contoh individu yang meminta pertolongan daripada seorang kaunselor atau sesiapa yang diharapkan semuanya mempunyai persepsi yang berbeza tentang kesudahan yang diharapkan, se lepas ia melalui proses kaunseling. Perbezaan pendapat mungkin akan wujud, tetapi ini tidak harus dibimbangkan kerana pilihan terakhir yang menentukan apakah matlamat kaunseling adalah terletak kepada persetujuan antara klien dan kaunselornya. Mereka berdualah yang akan menentukan arah manakah perbincangan akan dilakukan

5 matlamat kaunseling : 1. 2. 3. 4. 5. Perubahan Tingkah Laku Perhubungan Yang Positif Pengurusan Diri Proses Membuat Keputusan Efektif Pencapaian Potensi

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful