You are on page 1of 17

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/1

PRINSIP ASAS PEMUAT
(CAPACITOR)

OBJEKTIF AM

Memahami prinsip-prinsip asas pemuat dalam litar elektrik.

Un

6
it
OBJEKTIF
KHUSUS
Di akhir unit ini anda dapat :

 Mentakrifkan pemuat beserta dengan unitnya.

 Melukis cas-cas di atas plat pemuat.

 Menjelaskan penyusunan pemuat dalam litar siri
dan selari.

 Memberikan contoh-contoh kesan pemuat dalam
litar dan alat elektrik.
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/2

INPUT

6.0 PEMUAT
Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenaga
elektrik. Kuantiti dan lamanya tenaga yang boleh disimpan bergantung kepada nilai
kemuatan pemuat tersebut. Tenaga elektrik yang disimpan di dalam pemuat berbentuk
cas di mana satu plat akan mempunyai cas negatif (-ve) dan plat lain mempunyai cas
berlawanan iaitu cas positif (+ve) seperti dalam Rajah 6.1 di bawah.

Arah pengaliran arus

++++ ++++
____ C
V ____

Rajah 6.1 : Cas Di Atas Plat Pemuat

Pemuat atau juga dinamakan kondenser terbina dengan dua pengalir yang disusun
bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh bahan penebat . Pengalir bagi
penebat itu dipanggil plat dan penebat pemisah itu dipanggil dielektrik seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 6.2(a), manakala Rajah 6.2(b) pula menunjukkan simbol bagi
pemuat.

Penebat

Pengalir Simbol : C Unit : Farad (F)

(a) (b)

Rajah 6.2 : Binaan Asas Pemuat

6.1 KEMUATAN
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/3

Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat untuk menyimpan tenaga elektrik . Ia juga boleh
ditakrifkan sebagai kuantiti atau jumlah cas elektrik yang diperlukan untuk mengadakan
satu perbezaan upaya di antara dua platnya. Unit bagi kemuatan ialah Farad (F),
simbolnya C. Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 coulomb
cas elektrik apabila voltan dibekalkan pada pemuat itu ialah 1 volt. Hal ini dapat
ditunjukkan secara persamaan (6.1).

Cas (Coulomb)
Kemuatan, (Farad) =
Bezaupaya(Volt )

(6.1)

Dalam penggunaan harian, unit Farad mungkin terlalu besar untuk digunakan.
Kemuatan pemuat biasanya menggunakan unit-unit gabungan yang lebih kecil misalnya
mikroFarad (μF) atau pikoFarad (pF).

1 mikroFarad = 10-6 Farad
1 pikoFarad = 10-12 Farad

6.2 TENAGA ELEKTRIK DI DALAM PEMUAT
Tenaga elektrik di dalam pemuat boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.2) di
bawah.

1
E = QV (6.2)
2

Kita juga boleh menerbitkan beberapa formula tenaga eletrik di dalam pemuat dengan
memasukkan persamaan (6.1) ke dalam persamaan (6.2).

1 1 Q2
E = CV dan E = ( )
2
(6.3)
2 2 C
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/4

Contoh 6.1 :
Sebuah pemuat 8pF di sambungkan ke bekalan kuasa 600V. Kirakan cas dan tenaga yang
dapat disimpan oleh pemuat tersebut.

Penyelesaian :

Diketahui cas, Q = CV
= (8 x10 −12 )(600) = 4.8 x 10-7 C
1
tenaga elektrik, E = QV = ( 4.8 x10−12 )(600) = 2.88 x 10-9 Joule
2

6.3 JENIS-JENIS PEMUAT
a) Pemuat Jenis Dielektrik Udara Boleh Ubah
b) Pemuat Jenis Kertas
c) Pemuat Jenis Poliester
d) Pemuat Jenis Mika
e) Pemuat Jenis Seramik
f) Pemuat Jenis Elektrolitik
g) Pemuat Jenis Tantalum

6.4 KEGUNAAN PEMUAT DALAM LITAR ELEKTRIK
a) Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.
b) Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.
c) Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.
d) Menguatkan arus elektrik.
e) Menyimpan cas elektrik.

Pelajar semua seharusnya
faham di dalam pertukaran
unit kerana ia
mempengaruhi jawapan di
dalam sebarang
pengiraan. Jika tidak pasti,
gunakan calculator.
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/5

AKTIVITI 6A

6.1. Berikan takrifan bagi pemuat dan kemuatan .
6.2. Lukiskan gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat.
6.3. Sebuah pemuat 50μF di sambungkan ke bekalan kuasa 240V. Kirakan cas dan tenaga
yang dapat disimpan oleh pemuat tersebut.
6.4. Nyatakan tiga(3) kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik.
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/6

MAKLUM BALAS 6A

6.1. Pemuat ialah komponen elektronik yang berkemampuan untuk menyimpan cas eletrik.
Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat yang berkemampuan untuk menyimpan cas dan
tenaga elektrik.

6.2. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;

Arah pengaliran arus

++++ ++++
____ C
V ____

Cas di atas plat pemuat

6.3. Diketahui cas, Q = CV
= (50 x10 −6 )(240) = 12 x 10-3 C
1
tenaga elektrik, E = QV = (12 x10 −12 )(240) = 2.88 Joule
2

6.3. Kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik adalah :
a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.
b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.
c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.
d). Menguatkan arus elektrik.
e). Menyimpan cas elektrik.
(Pilih tiga sahaja)

INPUT
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/7

6.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI KEMUATAN
Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat iaitu,
keluasan plat, jarak di antara plat dan ketelapan.

6.5.1 Keluasan Plat, A
Di mana kemuatan berkadar terus dengan luas keratan rentas bagi plat. Ini
bermakna kemuatan sebuah pemuat berubah mengikut keluasan plat pemuat.
Keluasan plat yang besar dapat menampung banyak elektron dan dapat
menyimpan banyak cas.

C ∝ A.
6.5.2 Jarak Di Antara Kedua-Dua Plat, d
Di mana kemuatan berkadar songsang dengan jarak di antara plat. Ini bermakna
kemuatan bagi satu pemuat berubah apabila jarak di antara platnya berubah.
Kemuatan akan bertambah apabila plat-plat didekatkan bersama dan
berkurangan apabila plat-platnya dijauhkan.
1
C∝
d
6.5.3 Ketelapan, ε
Di mana kemuatan berkadar terus dengan ketelapan pengalir.

C ∝ε .

6.6 REGANGAN BERKEMUATAN, X C
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/8

Dalam litar AU arus dan voltan bekalan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu proses
mengecas juga berubah. Pada separuh kitar pertama, ia mengecas pada satu arah arus
dan pada separuh kitar kedua ia mengecas pemuat itu pada arah yang bertentangan pula.
Pada masa yang sama wujud satu nilai penentangan arus ketika voltan bekalan mula
menurun yang dipanggil regangan. Dalam litar pemuat regangan ini dipanggil
regangan berkemuatan,. Nilai regangan berkemuatan ini berkadar songsang dengan
nilai frekuensi voltan A.U. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditulis seperti
persamaan (6.4).

Simbol : X C , Unit : ohm ( Ω )
1
XC = , di mana ω = 2πf .
ωC

1
XC = (6.4)
2πfC

di mana, C = kemuatan (F)
f = frekuensi(Hz )
ω = halaju sudut (rads-1)
2π = pemalar

Contoh 6.2
Pemuat 8μF disambungkan ke bekalan 240V, 50Hz. Kirakan berapakah nilai regangan
berkemuatan.

Penyelesaian :

1 1
XC = = = 397.9Ω
2πfC 2π (8 x10− 6 )

6.7 PENYUSUNAN PEMUAT DALAM LITAR SESIRI DAN SELARI
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/9

Kaedah analisis litar pemuat berbeza sedikit dengan kaedah analisis litar pearuh dan
perintang. Dalam bahagian ini para pelajar akan didedahkan mengenai analisis litar
sesiri, selari dan gabungan kedua-duanya.

6.7.1 Litar Sesiri

C1 C2 C3

V

Rajah 6.3 : Litar Sesiri

a). Kemuatan jumlah bagi litar sesiri boleh dikira menggunakan persamaan (6.5).

(6.5)

Persamaan (6.5) di atas boleh juga ditulis dalam bentuk persamaan (6.6).

C1C2C3
Cj = (6.6)
C1C2 + C1C3 + C2C3

b). Cas setiap pemuat adalah sama,
Q1 = Q2 = Q3 = Q j , di mana Q j = C jV (6.7)

c). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai
kemuatan masing-masing dan boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.8).

Qj Qj Qj
VC1 = , VC 2 = dan VC 3 = (6.8)
C1 C2 C3

Untuk dua(2) buah pemuat seperti litar Rajah 6.4 di bawah, kemuatan jumlah juga boleh dikira
dengan menggunakan persamaan (6.9).
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/10

C1
V C1C2
Cj = (6.9)
C1 + C2 (6.9)

C2

Rajah 6.4 : Litar Sesiri 2 Pemuat

Kejatuhan voltan pada setiap pemuat boleh dikira dengan menggunakan formula (6.10) di
bawah.

C2
VC1 = ( )V
C1 + C2 (6.10)
C1
VC 2 =( )V
C1 + C 2

Cas yang melalui setiap pemuat juga sama,
Q1 = Q 2 = Q j di mana Q j = C jV .

Pelajar digalakkan
Begitu juga untuk menggunakan per.
mengira kemuatan (6.8) untuk mengira
jumlah. Pelajar kejatuhan voltan pada
digalakkan setiap pemuat.
menggunakan Pers.(6.10) tidak
pers.(6.5) kerana digalakkan kerana ia
pelajar selalu cuai mengelirukan pelajar.
apabila menggunakan

6.7.2 Litar Selari
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/11

a). Kemuatan jumlah, Cj bagi litar pemuat selari adalah hasil tambah semua kemuatan
dalam litar. Formula matematiknya adalah seperti persamaan (6.11) di bawah.

V C1 C2 C3

Rajah 6.5 : Litar Selari

C j = C1 + C2 + C3 (6
.11)

b). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah sama ;
VC1 = VC 2 = VC 3 = V j
(6.12)

c). Cas yang melalui setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai kemuatan
pemuat tersebut dan ia boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.13).

Vj Vj Vj
QC1 = , QC 2 = dan QC 3 =
C1 C2 C3
(6.13)

Contoh 6.3
Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan kemuatan 120μF
jika ia disambung secara :
a) selari
b) sesiri

Penyelesaian

a) C J = C1 + C2 + C3 = (120+120+120) x 10-6 = 360 x 10-6 = 360 μF (selari)
1 1 1 1 1 1 1 3 1
b) = + + = + + = = (sesiri)
C j C1 C2 C3 120 120 120 120 40
∴ C j = 40µF .
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/12

Contoh 6.4

Dua(2) buah pemuat mempunyai kemuatan masing-masing dengan nilai 6 µF dan 10 µF
dihubungkan bersiri dengan satu bekalan kuasa 200V. Dapatkan ;
a) Jumlah kemuatan
b) Cas setiap pemuat
c) Bezaupaya merentasi setiap pemuat.

Penyelesaian :

a) Kemuatan jumlah, C j
C1C2 (6)(10)
Cj = = = 3.75µ F
C1 + C2 6 + 10
b) Cas setiap pemuat adalah sama ,
Q1 = Q2 = Q j = C j V = (3.75 x10 −6 )(200) = 750 x10 −6 = 750 µC

c) Kejatuhan voltan pada setiap pemuat,
Qj 750 x10−6
V1 = = = 125V
C1 6 x10− 6
Qj 750 x10 −6
V2 = = = 75V
C2 10 x10− 6

Ta hukah Anda ? Jika di
dalam suatu soalan itu
mempunyai nilai yang sama
unitnya, semasa
penyelesaian dilakukan
unit tersebut tidak perlu
dimasukkan untuk
memudahkan proses
pengiraan. Unit hanya
perlu dimasukkan pada
jawapan akhir sahaja.
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/13

AKTIVITI 6B

6.4. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat.
6.5. Apakah yang dimaksudkan dengan regangan berkemuatan.
6.6 Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan
kemuatan 120μF, 240 µF dan 360 µF jika ia disambung secara :
a). Selari
b). Sesiri

Selesaikan soalan dalam aktiviti ini sebelum anda
menjawab soalan dalam Penilaian Kendiri..
Selamat Mencuba.
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/14

MAKLUM BALAS 6B

6.4 Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat ;
i). Keluasan plat
ii). Jarak antara plat
iii). Ketelapan penebat.

6.5 Regangan berkemuatan ialah penentangan pengaliran arus terhadap pemuat apabila
bekalan
voltan mula menurun.
6.6 a) C J = C1 + C2 + C3 = (120+240+360) x 10-6 = 720 x 10-6 = 720 μF (selari)
1 1 1 1 1 1 1
b) = + + = + + = 0.0153 (sesiri)
C j C1 C 2 C 3 120 240 360
1
∴ Cj = = 65.45µF .
0.0153
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/15

Penilaian Kendiri
1. Berikan definisi bagi regangan berkemuatan berserta persamaan dalam bentuk
matematik.
2. Berikan definisi pemuat, seterusnya lukiskan binaan asas pemuat beserta simbol dan
unitnya.
3. Lukiskan gambar rajah yang menunjukkan cas di atas plat pemuat dan beberapa
kegunaannya.
4. Dapatkan nilai kemuatan jumlah bagi litar-litar dalam Rajah K6.1 di bawah;
i). 120 µF

A 40 µF 60 µF 80 µF B

20 µF

850pF

ii).
350 µF

200 µF
A

400 µF

B
500pF

Rajah K6.1
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/16

MAKLUM BALAS KENDIRI

1. Regangan berkemuatan ialah penentangan arus ketika voltan bekalan mula menurun
yang dipanggil regangan. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditunjukkan
dalam persamaan di bawah.

1
XC = ’ di mana, C = kemuatan (F)
2πfC
f = frekuensi(Hz )
ω = halaju sudut (rads-1)
2π = pemalar

2. Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenaga
elektrik, manakala rajah dibawah menunjukkan binaan asas dan simbolnya.

Penebat

Pengalir Simbol : C Unit : Farad (F)

(a) Binaan asas pemuat (b) Simbol

3. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;

Arah pengaliran arus

++++ ++++
____ C
V ____
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/17

Terdapat beberapa kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik antaranya ;
a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.
b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.
c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.
d). Menguatkan arus elektrik.
e). Menyimpan cas elektrik

4. i). C P = 120 + 60 + 20 = 200 µF (selari)
1 1 1 1 1 1 1
= + + = + + = 0.0425 (sesiri)
CS 40 CP 80 40 200 80
1
∴ CS = = 23.53 µF
0.0425
∴ C AB = CS + 850 x10 −12 = 23.53 x10 −6 + 850 x10 −12 = 2.44 x10 −5 = 24.4µF (selari)

ii). C A = 300 + 400 = 750 µF (selari)
1 1 1 1
= + + (sesiri)
C AB 200 µF C A 850 pF
1 1 1
= −6
+ −6
+ −12
= 1.19 x109
200 x10 750 x10 850 x10
1 −10
∴ C AB = 9
= 8. 45 x10 F
1.19 x10