Kepimpinan profesional Kepimpinan merupakan faktor utama yang membawa kepada keberkesanan sekolah.

Mengikut Mortimore, kepimpinan bukan saja merujuk kepada kualiti pemimpin secara individu tetapi juga peranan yang dimainkannya, gaya pengurusan, hubung kait dengan wawasan, nilai dan matlamat sekolah serta pendekatan yang digunakan terhadap perubahan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan berkaitan sekolah berkesan, Mortimore berpendapat tiga ciri utama yang lazimnya dapat dilihat pada kepimpinan yang berjaya iaitu tegas dan bertujuan, pendekatan bermusyawarah, dan ahli profesinal. Menurut Mortimore, pengetua yang tegas dan bermatlamat, mempunyai sifat proaktif, memainkan peranan penting dalam pengambilan guru, menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan, serta sentiasa berusaha mendapatkan sumber-sumber tambahan daripada komuniti untuk kepentingan sekolah. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa peranan utama pengetua ialah menggerak dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Berdasarkan pengalaman berkhidmat di bawah pentadbiran tiga orang pengetua, didapati pengetua-pengetua tersebut jarang menunjukkan sifat proaktif Mereka selalunya bertindak apabila mendapat arahan daripada pihak atasan tetapi dalam masa yang sama mereka sentiasa mahukan guruguru bersikap proaktif. Perkara-perkara yang dijalankan selalunya tugas-tugas rutin dan bersifat reaktif sahaja. Mortimore juga menyatakan pengetua yang tegas dan bermatlamat memainkan peranan penting dalam pengambilan guru. Dalam konteks Malaysia, pengetua tidak mempunyai kuasa dalam bidang tersebut kerana amalan sistem sentralisasi, tetapi tidak dinafikan ada juga pengetua yang berpengaruh dan ada suara dalam hal ini. Pengetua yang berkesan mesti mempunyai ciri sebagai seorang ahli professional. Ciri-ciri yang dimaksudkan ini ini ialah seseorang pengetua mesti terlibat dan tahu apa yang berlaku dalam bilik darjah, termasuk kurikulum, strategi pengajaran serta memantau kemajuan pelajar ( Rutter et al 1979; Mortimore et al, 1988 ). Ini bermakna, pengetua mesti mahir dalam kurikulum secara keseluruhannya, patut terlibat dalam perancangan kurikulum sekolah, menilai pengajaran guru, serta berusaha membaiki amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Secara ringkasnya, pengetua sebagai pemimpin mestilah dapat memberi halatuju

Luyten. sebaliknya terdapat pengetua lansung tidak mengambil tahu dan tidak mendorong guru mengaplikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan dalam KBSM. didapati ketiga-tiga orang pengetua tidak banyak terlibat dalam hal-hal akademik kerana mereka bukanlah pakar dalam kurikulum.pendidikan dan memimpin guru-guru supaya dapat berfungsi secara berkesan dengan cara memberi bantuan serta sokongan kepada mereka. untuk mendapat seorang pengetua yang mahir dalam kurikulum. 1994. “Pengetua sepatutnya menjadi model kepada staffnya” (Hussein. penglibatan guru-guru dalam pengurusan dan perancangan kurikulum. Sepatutnya sebagai pemimpin kurikulum. kesemua mata pelajaran adalah sesuatu yang ideal. Pada pendapat saya. Jika ditinjau ciri-ciri kepimpinan profesional yang dinyatakan oleh Mortimore. pengetua mesti mengambil tahu tentang perkembangan dalam bilik darjah. dari segi kecekapan dan penglibatan ikhtisas. Pengetua juga tidak membuat sebarang pencerapan atau pemantauan bagi meninjau keupayaan guru-guru ketika mengajar. Selain itu. ciriciri tersebut dapat dikategorikan sebagai ciri yang berkaitan personaliti pengetua. 1993) tetapi tidak dapat dijadikan kenyataan kerana mereka tidak mengajar. 1994. Witziers. . Walau bagaimanapun ia merupakan soal individu dan tidak perlu dibincangkan. 1994 ). dan mendapatkan pandangan guru (consultation) dalam membuat keputusan berkaitan polisi mempunyai hubung kait dengan keberkesanan sekolah. Dalam satu kajian yang dijalankan. Contohnya ketika pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun 1989. Pengalaman ketika berkhidmat di sekolah berkenaan. Selain itu. Mortimore (1988) didapati penglibatan penolong kanan dalam membuat keputusan. didapati ada pengetua yang tidak tegas. tidak dapat membuat keputusan dan tidak asertif. walaupun dari segi peraturannya mereka perlu mengajar sekurang-kurangnya 9 waktu seminggu ( Kementerian Pendidikan ). pemimpin yang cekap juga patut mengagihkan sebahagian daripada tugas kepada ketua-ketua jabatan ( Caul. Pengetua yang mempunyai kepimpinan profesional juga patut mengamalkan pendekatan musyawarah iaitu berkongsi tanggungjawab kepimpinan dengan pegawai-pegawai bawahan lain. pendekatan pengurusan dan penglibatan serta kecekapan ikhtisas.

Ini bermakna. hal-hal kewangan sekolah dan kemudahan fizikal serta menjalankan hubungan erat dengan masyarakat setempat. begitu juga dengan pengetua-pengetua di kebanyakan sekolah. 1994. atau penolong kanan. tegas. Ciri-ciri pengetua yang disarankan oleh Mortimore. Pengetua yang cekap. Walau apapun sebabnya. . Keadaan ini berlaku kerana pengetua mempunyai banyak bebanan tugas. tidak ramai guru yang mahu terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat yang dijalankan dan selalunya mesyuarat menjadi taklimat. maka sudah tentulah guru besar dan pengetua akan memberi keutamaan kepada tugas-tugas tertentu sahaja dan yang menjadi masalahnya ialah dalam senarai keutamaan itu aspek bimbingan pengajaran dan penyeliaan. guru dan staf sokongan. Pendekatan musyawarah merupakan satu stail pengurusan yang melibatkan hubungan dua hala iaitu memerlukan kerjasama pihak kedua iaitu penolong kanan dan guruguru lain. Pendekatan ini akan gagal sekiranya guru-guru tidak memberi kerjasama. Ini berkemungkinan juga guru-guru tidak mahu terlibat dalam mesyuarat kerana ada kalanya suara mereka tidak dipedulikan.Urusan-urusan kurikulum yang lain juga diserahkan kepada guru-guru kanan mata pelajaran. pendekatan musyawarah sebagai salah satu ciri kepimpinan profesional untuk sekolah berkesan boleh diterapkan di mana-mana sekolah di Malaysia. sebagai ahli profesional adalah tidak jelas dalam konteks sekolah tersebut. pengetua dikehendaki menguruskan pelajar. dan komited dapat menanganinya. ia merupakan masalah dalaman yang sepatutnya diselesaikan oleh pengetua. di sekolah. selain menguruskan kurikulum dan pengajaran. Memandangkan begitu banyak tugas yang harus dijalankan. aspek profesional tidak diutamakan sedangkan Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa guru besar/pengetua mestilah memberi keutamaan terhadap fungsi pengajaran dan pelaksanaan kurikulum ( Robiah. manakala pengetua hanya menjalankan pemantauan melalui laporan-laporan minit mesyuarat dan kad laporan pelajar yang ditandatangani sekali setiap satu semester. pendekatan musyawarah tidak berlaku walaupun pengetua bukan autokratik. Situasi ini wujud dalam semua mesyuarat.r tidak mahu terlibat dalam mesyuarat supaya mesyuarat cepat selesai dan boleh pulang segera. Misalnya. tidak kira sama ada mesyuarat dikendalikan oleh pengetua. pentadbiran harian pejabat sekolah. 124-125 ). Bahkan terdapat guru yang mengambil kesempatan masa mesyuarat memeriksa buku latihan pelaja.

dan ada kalanya peraturan yang dibuat tidak dikuatkuasakan ataupun penguatkuasaanya bergantung kepada mood pentadbir dan guru-guru yang terlibat. Peraturan sekolah dari aspek akademik dan bukan akademik sentiasa berubah. Venezky & Winfeild.Pengetua mesti sedar bahawa mesyuarat berbeza dengan taklimat. Ciri yang dinyatakan oleh Mortimore pasti dapat diamalkan jika sesuatu perubahan dibuat berkaitan latihan untuk pengetua. 1976. falsafah sekolah juga tidak dibentuk. sekolah akan lebih berkesan apabila staf membina persefahaman ( consensus ) berkaitan matlamat dan nilai sekolah. tidak pernah dibincangkan matlamat serta objektif sekolah. Latihan yang diberi lebih bercorak kursus pendek secara intensif ( Robiah. amalan yang konsisten. kesejawatan dan kolaboratif. yakni tidak pernah dinyatakan secara ekspilit. Kelemahan pentadbiran juga amat ketara kerana dalam banyak hal wujud amalan yang tidak konsisten. 1983. Persefahaman ini akan membawa kepada peningkatan outcome pendidikan ( Trisman et al. Kelemahan-kelemahan yang ditonjolkan di atas tidak membayangkan yang ciri-ciri sekolah berkesan berkaitan kepimpinan profesional tidak dapat diamalkan di Malaysia. pengetua mesti mendengar pandangan guru-guru dan amalkan kepimpinan demokratik. Keadaan ini menyebabkan sekolah tersebut gagal menjadi sebuah organisasi yang mantap sehingga pelajar-pelajarnya juga tidak mempunyai identiti. Keadaan . Dalam konteks sekolah yang dijadikan bahan kes ini. 1979. Kelemahan-kelemahan tersebut dikatakan berlaku kerana pengetua-pengetua tidak diberi latihan formal sebelum dilantik ke jawatan pentadbiran. 1983. 1979. 1984 ). Perkongsian wawasan dan matlamat Menurut Mortimore. Semasa mesyuarat. Lighfoot. dalam tempoh perkhidmatan saya selama 8 tahun tidak ada matlamat atau wawasan bersama yang jelas. Dalam tempoh tersebut. 1994 ). Lipsitz. Walaupun Falsafah Pendidikan Negara boleh dijadikan matlamat tetapi ia tidak dibincangkan. Rutter et al. MacKenzie. Bagi Mortimore ciri penting untuk perkongsian wawasan dan matlamat ialah persamaan tujuan.

Kesejawatan dan kolaboratif juga merupakan syarat penting untuk mewujudkan persamaan matlamat tetapi tidak wujud di sekolah berkenaan. kelemahan ini adalah merupakan kelemahan di sekolah berkenaan sahaja. sudah tentu mereka akan mendapat input yang berguna untuk perkembangan diri dan profesionalisme masing-masing. kekurangan norma seperjawatan ini ada kaitannya dengan budaya Indonesia sendiri yang sukar bagi seseorang untuk mendapatkan pertolongan daripada teman sejawatan. Shaeffer. Disebabkan itu.seperti ini membuatkan pelajar sendiri tidak menghiraukan peraturan-peraturan sekolah. Walaupun kita biasa mendengar istilah ini. kepunyaan dan komuniti yang akhirnya membantu ke arah sekolah berkesan. Sekiranya kakitangan sesebuah sekolah mempunyai ciri-ciri tersebut. Guru-guru di sekolah ini juga jarang sekali membuat perbincangan mendalam bersama-sama rakan guru dengan tujuan memahami pengajaran dan masalah pengajaran. Namun norma ini bukan merupakan norma biasa di sekolah-sekolah terutama di sekolah-sekolah rantau Asia. Ciri yang dinyatakan oleh Mortimore iaitu amalan yang konsisten memang boleh dan patut diaplikasikan kerana ia menjadi satu ciri penting sekolah berkesan kerana yang diperlukan di sini ialah kesedaran dan kecekapan pentadbir serta guru-guru yang terlibat. masalah dan pandangan dengan orang lain. 1991 hal. Kesejawatan merujuk kepada sentimen atau keinginan untuk berkongsi idea. Walau bagaimanapun. Kesejawatan dan kolaboratif juga berkaitan dengan perasaan kekitaan. walaupun sekolah cuba memperbaiki disiplin pelajar dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah. 1990 ( dlm. dan sukar bagi seseorang itu meletakkan dirinya lebih tinggi daripada kawannya dengan menawarkan pertolongan. 19 ). namun ia sebenarnya belum dibudayakan di sekolah-sekolah. namun masalah disiplin makin meningkat.. Kalaupun guru-guru bercerita tentang masalah yang . bekerjasama untuk mengamalkan idea. guru-guru tidak mudah berkongsi sama ada pengetahuan mahupun kemahiran yang dimiliki dengan guru-guru lain … Menurut Shaeffer lagi.. pengetahuan. Zainal. bahkan di kebanyakan sekolah di Malaysia. 1991 ) dalam penyelidikan tentang perubahan pendidikan di Indonesia mendapati : . belajar melalui satu sama lain ( Zainal.

ia boleh dijadikan kenyataan di kebanyakan sekolah. Suasana penuh tertib amat penting kerana persekitaran yang teratur adalah prasyarat kepada pembelajaran yang berkesan. sebaliknya membuat bising dan seringkali berkelahi sesama rakan. Ciri-ciri yang dinyatakan oleh Mortimore itu bukanlah sesuatu yang sukar diwujudkan. 1991 ). ia tidak wujud di sekolah yang dijadikan kes perbincangan. Banyak penyelidikan mendapati keadaan persekitaran sekolah memberi kesan ke atas sikap. 1975. Kesedaran tentang pentingnya perkongsian wawasan dan matlamat seharusnya telah wujud dan diamalkan di semua sekolah di Malaysia memandangkan pendidikan dijadikan saluran untuk mencapai hasrat dan matlamat Wawasan 2020. 1979. Persekitaran kerja yang menarik juga amat penting kerana ia merangsangkan minat belajar dan meningkatkan pencapaian akademik. 1992 ). Persekitaran pembelajaran Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan patut mempunyai ciri-ciri yang kondusif untuk pembelajaran.Walau bagaimanapun. seminar Pengisian Wawasan Pendidikan telah diadakan di setiap negeri dengan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sendiri menyampaikan ucaptamanya. Norma kesejawatan boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah seperti menggalakkan kerjasama dan penyertaan semua. boleh dikatakan tidak ada usaha secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan keceriaan sekolah. Mortomore et al ( 1988a ). teratur dan wujud disiplin kendiri di kalangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran selalunya dijadikan sebagai urusan persendirian ( Zainal. Di sekolah ini selalunya pelajar tidak belajar tanpa guru. Walaupun ada pengetua yang memberi tumpuan kepada kebersihan sekolah. memupuk semangat pasukan dan sinergi. bukan untuk memahami dan menyelesaikan masalah. Di sekolah berkenaan. tetapi ramai guru tidak memberi . Pablant & Baxter.dihadapi ia sekadar mengisi masa yang terluang. Di antara ciri-ciri yang perlu ada ialah suasana penuh tertib dan persekitaran kerja yang menarik. puncanya ialah guru-guru telah dilatih untuk meneruskan perjuangan secara individu ( March. Suasana penuh tertib merujuk kepada suasana tenang. Justeru itu. Ciri kesejawatan dan kolaboratf dapat dipupuk melalui usaha yang bersungguhsungguh dan padu. moral dan pencapaian pelajar ( Rutter et al. Chan 1979.

Scheerens (1992). Kajian-kajian menunjukkan ada kaitan antara pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan keberkesanan guru dan yang dipentingkan di sini ialah meningkatkan kualiti serta kuantiti pengajaran dan pembelajaran. manakala pihak pentadbir pula perlulah kreatif di dalam usahanya untuk mendapatkan sokongan guru-guru. dan bekerja.1995 ). Fong Chan Onn dalam satu ucapan.11. tiga aspek yang patut diutamakan ialah memaksimakan masa belajar. dan indah dengan pokok-pokok bunga menghiasi halamannya. keadaan kelas kotor. persekitaran sekolah boleh dibangunkan untuk mewujudkan suasana yang sesuai untuk belajar . penekanan kepada akademik dan fokus kepada pencapaian. menyatakan Kementerian Pendidikan berusaha mempertingkatkan iklim sekolah supaya penuntut merasa seronok untuk ke sekolah ( Utusan Malaysia. Suasana lebih kelam-kabut kerana di dalam sesebuah kelas bilangan pelajarnya lebih kurang 40 orang dan terpaksa berkongsi kelas antara sesi pagi dan sesi petang.kerjasama. Menurut Mortimore. gangguan terhadap proses pengajaran-pembelajaran sering berlaku. sampah berselerak. Kekurangan disekolah ini menjadi lebih ketara jika sekolah yang menjadi bersebelahan begitu bersih. Guru harus mengikut ketepatan masa mengajar iaitu sebahagian besar masa ditumpukan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menggelakkan gangguan luaran. Memaksimumkan masa belajar bermaksud.. Cohen (1983). dan tingkap-tingkap berdebu. Mortimore (1993) dan Creemers (1994) merumuskan bahawa keberkesanan sekolah terletak kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di peringkat bilik darjah. Persekitaran kerja yang menarik tidak dinafikan sebagai ciri penting untuk sekolah berkesan apabila Timbalan Menteri Pendidikan. Sebenarnya suasana sekolah tersebut boleh berubah sekiranya ada perasaan kekitaan dan kerjasama di kalangan guru-guru. Tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran Tujuan utama sekolah adalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar masuk ke kelas membuat pengumuman ataupun untuk berjumpa dengan 30. Datuk Dr. Kesimpulannya. Dalam konteks sekolah yang dibincangkan ini. guru cuba menggunakan peruntukan masa yang diberi dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Keceriaan sekolah jiran ini berubah sebaik sahaja seorang pengetua baru ditukarkan ke situ.

pengumuman dari alat pembesar suara juga dibuat tanpa perancangan. dalam sehari selalunya guru cuma kelapangan satu atau dua waktu sahaja. Keadaan ini mengurangkan peluang pelajar untuk berbincang dengan guru tentang pelajaran secara terperinci. kebanyakan sekolah kecuali sekolah berasrama penuh. guru menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan tetapi tidak hiraukan keberkesanan pengajarannya. Di Malaysia. Memaksimumkan masa belajar dalam konteks sekolah-sekolah di Malaysia dapat diamalkan jika guru-guru membuat perancangan pengajaran yang teliti dan tidak berlengah-lengah ketika bergerak ke kelas. Kebiasaannya masa mengajar 40 minit untuk satu waktu hanya dapat digunakan tidak lebih daripada 30 minit atau mungkin kurang daripada itu kerana guru perlukan masa untuk bertukar kelas. ada juga tindakan guru yang bercanggah dengan matlamat asal untuk fokus pada pengajaran dan pembelajaran apabila guru terlalu mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran supaya dapat menyediakan murid untuk peperiksaan. Selain itu. menghadapi masalah kekurangan guru. Tambahan pula. Penekanan kepada akademik sememangnya dapat dilihat di mana-mana sekolah di Malaysia dan ia berhubung rapat dengan pencapaian pelajar kerana sistem pendidikan kini berorientasikan peperiksaan. Malah. Paling penting di sini ialah guru mempunyai rasa tanggungjawab dan iltizam terhadap tugas. sekolah ini juga menggunakan khidmat guru sandaran bagi mengatasi masalah kekurangan guru. Cuma guru-guru yang dedikasi saja sanggup menggunakan masa lapang dan masa selepas persekolahan untuk membantu pelajar. dan menghilangkan penat. Guru tidak mepunyai masa rehat yang cukup dan terpaksa pula berhadapan dengan bilangan pelajar yang ramai dalam sesebuah kelas.rakan tanpa kira waktu. Gangguan tersebut mencuri masa mengajar guru-guru. . sememangnya seseorang guru dianggap sentiasa dapat mengajar semua mata pelajaran dengan baik. Di Malaysia. walaupun bukan bidang pengkhususannya. Namun. Pengabaian ini akan berterusan selagi kita masih memberi penekanan kepada peperiksaan. kelemahannya di sini ialah komponen kemahiran asas seperti kemahiran belajar tidak diberi penekanan. adalah satu perkara biasa di sekolah jika guru mengajar mata pelajaran yang bukan di bawah pengkhususannya. Keadaan ini tentu saja memjejaskan keberkesanan pengajaran kerana Sammons et al (1994) melaporkan bahawa sekolah tidak berkesan adalah sekolah yang menghadapi masalah kekurangan guru pakar dalam subjek-subjek tertentu. Sebenarnya. Di sini seolah-olah satu ironi.

Ini menyebabkan guru-guru tersebut tidak mengajar dengan baik. Scheerens (1992) dalam analisis tentang sekolah berkesan mendapati pengajaran berstruktur amat penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran. . Sebaliknya guru tidak akan dapat mengawal kelas sekiranya cuba merancang pengajaran ketika pengajaran sedang berlangsung. tujuan yang jelas. dan tidak membuat perancangan awal. Semasa dalam latihan perguruan. Selain itu.Pengajaran yang bertujuan Kualiti pengajaran adalah nadi sekolah berkesan dan ia pula ditentukan oleh kualiti guru. Walau bagaimanapun. Guru yang baik adalah guru yang dapat menyesuaikan strategi dan stail pengajarannya terhadap pelajar. Pengajaran yang terancang dan jelas akan objektifnya amat penting bagi pengajaran yang berkesan. Tetapi di kalangan guru-guru di sekolah masih terdapat guru-guru yang bersikap sambil lewa. tidak prihatin. pembelajaran yang berkesan juga berlaku apabila pelajar tahu dan sedar akan objektif pembelajaran. elemen pengajaran yang bertujuan ialah organisasi yang efisien. guru-guru sentiasa diingatkan mengenai hal ini. atau ketika mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Tidak ada masalah besar yang menyekat guru-guru daripada melaksanakan pengajaran yang berkesan. Terdapat juga di antara guru yang tidak menulis buku rekod mengajar berbulan-bulan lamanya dan ada guru yang dikatakan mempunyai pengalaman setahun walaupun telah mengajar selama 20 tahun. Guru juga perlu menyesuaikan pengajarannya dengan kelas kerana terdapat perbezaan antara keupayaan dengan stail belajar. pengajaran berstruktur dan amalan yang diubahsuai. masih ada guru yang bermotivasi tinggi. mengambil inisiatif untuk merancang pengajarannya dengan baik. Rutter et al (1979) melalui penyelidikannya telah membuktikan persediaan mengajar awal membawa kepada kesan yang lebih baik. Mengikut Mortimore. Guru perlu menyatakan dengan jelas tentang objektif yang hendak dicapai serta dihubungkaitkan dengan pembelajaran sebelumnya. Ciri-ciri yang dinyatakan oleh Mortimore bagi pengajaran bertujuan bukanlah sesuatu yang asing bagi guru-guru di Malaysia.

guru-guru kurang menzahirkan jangkaan kejayaan terhadap pelajar malah guru juga jarang memuji pelajar. pelajar lebih kerap mendengar komen daripada pujian. Jangkaan kejayaan yang tinggi juga berhubung kait dengan peranan guru yang lebih aktif membantu pelajar dalam pembelajaran mereka Mortimore berpendapat guru perlu memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Edmonds. insentif positif. Mortimore et al ( 1988 ) dalam penyelidikan mereka terhadap pelajar junior di sekolah-sekolah rendah mendapati kanak-kanak yang dirangsang dan dicabar mampu mencapai kemajuan yang besar. 1979. 1989 ). suasana pembelajaran yang kondusif dan teratur. California. Galakan / Peneguhan positif Peneguhan positif sama ada dalam bentuk disiplin. seperti membuat pemantauan terhadap kejayaan pelajar. 1979. 1986. Jangkaan kejayaan juga akan lebih berkesan jika ia dijadikan budaya sekolah disamping itu pengetua juga meletakkan harapan yang tinggi kepada penglibatan dan komitmen guru-guru ( Murphy. Guru-guru digalakkan memberi peneguhan. Guru-guru boleh disedarkan akan kelemahan ini dan digalakkan supaya menzahirkan jangkaan kejayaan kepada pelajar. 1987 ). atau maklum balas kepada pelajar merupakan satu elemen penting sekolah berkesan ( Brookover et al. 1988 ). Schweitzer. Rutter et al. dan pujian kepada pelajar. pelajar dan ibu bapa adalah ciri penting sekolah berkesan ( United States Department of Education.Jangkaan kejayaan yang tinggi Jangkaan yang positif terhadap pencapaian pelajar di kalangan guru. guru juga digalakkan memberi cabaran intelek kepada pelajar melalui soalan-soalan aras tinggi. Stringfield et al. 1984. Rutter et al. termasuk juga sekolah-sekolah lain di Malaysia. Kajian sekolah berkesan menunjukkan bahawa ganjaran. Mortimore et al. Jangkaan kejayaan yang tinggi terhadap semua pelajar mempunyai hubung kait dengan pembelajaran yang berkesan ( Trisman et al. 1979. 1979 ). Selain itu. Kelemahan ini berpunca daripada budaya kita yang tidak gemar memuji. dan peraturan . Menzahirkan jangkaan kejayaan juga memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar. 1979. 1980.1976. Dalam konteks sekolah yang dibincangkan. Brookover et al. 1981. Walaupun guru-guru telah mendapat pendedahan tentang teori-teori pembelajaran dan psikologi.

Di sekolah yang dibincangkan ini. Maklum balas segera dalam konteks memberi pujian nampaknya diamalkan di sekolah ini. Paling memburukkan lagi keadaan ialah pelajar selalunya tidak berpuas hati atau tidak dapat menerima dendaan yang dijatuhkan terhadap mereka. jawatankuasa bimbingan dan kaunseling dan tatacara panduan disiplin yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan. tambahan pula tidak ada sebarang halangan untuk melaksanakannya. Di sekolah ini. ganjaran seperti pujian selalu diberikan kepada pelajar yang jujur seperti memulangkan barang yang dijumpai. banyak berlaku kes disiplin. Sebaliknya dendaan yang kerap akan menyebabkan ketegangan yang menyebabkan iklim negatif dan penentangan dalam bentuk perlakuan seperti ketidakhadiran ke sekolah ( Rutter. Memandangkan sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai jawatankuasa disiplin. 1983 ). Maklum balas dalam hal akademik ( bukan dalam kelas ) sepatutnya diberi perhatian kerana ciri amat penting ke arah mewujudkan sekolah berkesan. pelajar yang telah memberi sumbangan kepada sekolah seperti memenangi pertandingan. Di samping rasa kepunyaan dan ketertiban ( belonging and participating ). disiplin yang bersih dan adil menjadi syarat penting untuk mewujudkan iklim sekolah yang teratur. . Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid menghadapi berbagai-bagai masalah untuk menyelesaikan kes salah laku pelajar. tetapi maklum balas berkaitan pencapaian akademik tidak begitu mendapat perhatian. maka tidak dapat dinafikan sekolah dapat berusaha mewujudkan disiplin yang bersih dan adil. penghargaan atau pengiktirafan menunjukkan pertalian positif dengan tingkah laku pelajar. Misalnya pihak sekolah tidak pernah mengumumkan nama pelajar yang mendapat keputusan terbaik sama ada dalam ujian bulanan.yang jelas memberi kesan baik kepada pencapaian pelajar. semester. Ketidakadilan akan berlaku jika mana-mana bahagian tidak menjalankan tugas dengan betul. atau peperiksaan tahunan. sistem pengawas. Maklum balas kepada pelajar dalam bentuk pujian. Mereka mengatakan pihak sekolah bersikap tidak adil atau pilih kasih terutama sekali apabila kes melibatkan kaum yang berbeza. Ganjaran dan pujian tidak terbatas kepada kejayaan akademik sebaliknya boleh digunakan untuk kehadiran dan perlakuanperlakuan lain yang terpuji.

namun ia masih merupakan satu mekanisme yang penting kepada guru dan sebilangan kecil pelajar di sekolah ini. serta sekolah secara keseluruhannya yang dijalankan melalui prosedur formal atau tidak formal. Ujian bulanan dilakukan secara formal iaitu dilakukan serentak untuk semua tingkatan. Di sekolah yang dijadikan kajian kes ini. Ia juga dapat mendedahkan kepada pelajar bahawa guru berminat terhadap kemajuan mereka. Ia merupakan satu mekanisme untuk menentukan sejauh mana tujuan sekolah tercapai serta menarik perhatian guru. Memantau prestasi pelajar yang dilakukan secara sistematik dan kerap memberi sumbangan kepada sekolah berkesan. Guru-guru semuanya beria-ria menyediakan soalan dan skema pemarkahan. Pemantauan juga dapat dibuat perancangan dari segi penilaian dan kaedah mengajar. penilaian prestasi sekolah dibuat dalam bentuk ujian bulanan dan peperiksaan pada hujung setiap semester. dan ibu bapa tentang tujuan sekolah. Sebaliknya kebanyakan pelajar tidak menunjukkan minat dan tidak membuat persediaan untuk menghadapi ujian yang akan menilai pemahaman dan pencapaian mereka. pelajar. Disamping itu. kelas. dan dibuat jadual waktu khas. Walaupun kebanyakan pelajar bersikap tidak peduli kepada penilaian. memang tidak dapat disangkal bahawa memantau kemajuan pelajar sangat penting untuk sekolah berkesan dan pelaksanaanya tidak menimbulkan masalah di sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar berprestasi tinggi.Memantau Kemajuan Sekolah patut mempunyai satu mekanisme untuk memantau pencapaian dan kemajuan pelajar. Pemantauan ini berhubung kait untuk meningkatkan jangkaan kejayaan dan peneguhan positif. .

Kemesraan seperti ini tidak pernah saya lihat di sekolah yang saya berkhidmat sebelum ini. hubungan guru dengan pelajar memang erat malah guru dapat berbual mesra dengan pelajar dan pelajar juga berani bergurau dengan guru. dan beberapa tugas penting yang lain diserahkan kepada pelajar di bawah bimbingan guru. sejauh mana pelajar dihormati.Hak dan tanggungjawab pelajar Kajian-kajian menunjukkan keberkesanan sesebuah sekolah akan meningkat sekiranya harga diri pelajar ditingkatkan dan jika mereka diberi peranan aktif dan tanggungjawab dalam sekolah. Trismen et al (1976) mendapati hubungan rapat pelajar dengan guru mempengaruhi outcome. Satu perkara menarik di sekolah ini ialah ketika Hari Penyampaian Hadiah. Mortimore et al (1988) pula mendapati apabila guru menunjukkan minat dan kecenderungan kepada pelajar ia akan membawa kepada perubahan yang positif. Namun ciri ini tidak sesuai digunakan untuk pelajar . Lantaran perhubungan yang mesra ini menyebabkan pelajar dengan mudah dapat menceritakan masalah peribadi mereka kepada guru. seterusnya mendorong pelajar bertingkah laku secara lebih matang. tugas juruacara. Jawatan yang diamanahkan dalam sistem sekolah juga dapat memberi kesan positif dari segi pencapaian dalam peperiksaan dan perlakuan pelajar kerana ia mencerminkan kepercayaan guru kepada pelajar. Sikap guru terhadap pelajar dilahirkan melalui beberapa cara iaitu melalui komunikasi. Dalam konteks sekolah ini. Kajian Mortimore (1988) juga menunjukkan adanya kesan positif sekiranya pelajar diberi peluang mengawal kerja sendiri. Sekolah ini juga memberi jawatan penting kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin untuk mengelakkan mereka daripada mengganggu guru. pelajar-pelajar dan sekolah. Perhubungan guru dengan pelajar ini boleh diperkukuhkan di dalam dan di luar bilik darjah. Amalan ini juga dipraktikkan di sekolah berkenaan. dan rasa difahami. juga melalui usaha guru memenuhi keperluan pelajar. Ramai pelajar dilantik memegang jawatan pengawas perpustakaan dan jawatan-jawatan kecil yang lain.

Selalunya pelajar di sekolah ini akan berbual dengan rakan-rakan atau tidur apabila guru tidak mengawal mereka. Malangnya perkara yang sama berlaku walaupun guru-guru telah cuba mengetuk pintu setiap rumah.yang kurang minat belajar. Ketiga-tiga pengetua sekolah yang dijadikan kajian kes ini mengamalkan dasar pintu terbuka. Kesimpulannya. Hubungan rumah dengan sekolah yang erat bergantung kepada dua pembolehubah utama iaitu sekolah dan ibu bapa. sentiasa bersedia berjumpa dengan ibu bapa dan bersikap mesra dengan mereka. Armor et al (1976) juga menunjukkan kehadiran ibu bapa di persekitaran sekolah. Setiap tahun bilangan ibu bapa yang hadir sekitar 10 . sukar bagi pihak sekolah untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan seperti yang ditunjukkan oleh masyarakat barat yang amat bersedia dengan tugas-tugas sukarela.15 orang sahaja. Mereka lebih keberatan untuk datang jika dipanggil berbincang berkenaan anak-anak yang bermasalah. dan aktiviti-aktiviti sekolah memberi pengaruh positif ke atas pencapaian pelajar. Namun ibu bapa tidak gemar datang ke sekolah untuk berbincang dengan guru-guru atau pengetua berkaitan anak-anak mereka. dan penglibatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa. Sekolah-sekolah di Malaysia hanya boleh . Masalah seperti ini cuma dihadapi oleh sekolah-sekolah di kawasan bandar. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak mereka sama ada di dalam bilik darjah ataupun luar sekolah memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar khususnya murid-murid sekolah rendah. Hubungan rumah dan sekolah Sekolah yang berkesan selalunya memperlihatkan perhubungan rapat antara rumah dan sekolah yakni ibu bapa memberi sokongan dan kerjasama kepada sekolah. Keengganan ibu bapa untuk terlibat dengan sekolah amat ketara apabila tidak ramai yang menghadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru. Pihak sekolah pernah mengendalikan mesyuarat dewan orang ramai di kawasan kediaman majoriti pelajar supaya ramai ibu bapa hadir. Tizard et al (1982) mendapati penglibatan ibu bapa dalam kelas dan projek bacaan memberi kesan yang lebih berbanding dengan peranan guru tambahan dalam kelas.

organisasi dan kepimpinan.mendapat kerjasama ibu bapa dalam bentuk material seperti bantuan kewangan bukannya bantuan masa dan tenaga. Perkembangan staf mesti berasaskan sekolah iaitu berdasarkan keperluan guru-guru dan guru-guru mesti sedar akan kebaikan kursus yang akan diikuti itu ( Mortimore et al. 1988) Stedman. 1987). tetapi dibangkang habis-habisan oleh Kesatuan Guru. dan ditumpukan pada usaha untuk meningkatkan pengajaran di bilik darjah. Kelemahan . Dalam tempoh perkhidmatan saya di sekolah berkenaan. tidak pernah dikendalikan kursus-kursus dalaman. Salah satu cara mengoperasikan pembelajaran dalam sesebuah organisasi ialah melalui perkembangan staf. Pusat Perkembangan Kurikulum ataupun anjuran bahagian-bahagian lain di Kementerian Pendidikan. guru. Southworth (1994). Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pernah mengeluarkan arahan supaya sekolah-sekolah menjalankan perkembangan staf yang dinamakan Hari Profesionalisme. Sesuatu kursus akan lebih berkesan jika dibuat di kawasan sekolah. Keberkesanannya juga bergantung kepada rakan sejawat dan kolaboratif di kalangan guru-guru. Ini menunjukkan masyarakat guru di sini tidak berminat untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka. menyatakan ciri-ciri sekolah sebagai organisasi pembelajaran perlu diberi penekanan kepada keperluan pembelajaran pelajar. Berkemungkinan juga kegagalan Hari Profesionalisme itu kerana guru-guru tidak faham hasrat dan tujuan sebenarnya. juga pentadbir sentiasa terus belajar tentang amalan yang berkesan dalam konteks sekolah. Guru-guru berpeluang menambahkan pengetahuan dan meningkatkan profesionalisme mereka melalui kursus-kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri. Organisasi pembelajaran Mengikut Mortimore sekolah berkesan adalah organisasi pembelajaran iaitu guruguru secara keseluruhannya. staf bukan guru. Mortimore et al (1988) menyatakan bahawa kursus dalam perkhidmatan hanya akan mendatangkan kesan positif sekiranya guru-guru sedar yang kursus tersebut berguna kepada mereka.

Di samping itu. Sokongan ibu bapa kepada sekolah ada hadnya dan agak sukar kepada pihak sekolah untuk mengubah sikap mereka. Walaupun dalam perbincangan telah ditunjukkan bahawa ada di antara ciri-ciri tersebut tidak wujud di sekolah-sekolah.yang dapat dilihat dalam kebanyakan kursus dalaman yang diadakan di sekolah-sekolah ialah ia lebih memberi tumpuan kepada soal pengajaran dan pembelajaran. Paling utama. Cuma satu ciri yang agak sukar untuk diubah iaitu hubungan rumah dengan sekolah kerana ibu bapa berada di luar bidang kuasa pengetua atau sekolah. tetapi telah dibincangkan juga punca yang menghalangnya. berusaha mewujudkan kesejawatan dan kolaboratif di kalangan guru-guru dan kakitangan yang lain. jarang sekali diberi input untuk perkembangan diri guru sendiri yang tidak ada kaitan dengan profesionnya. penyatuan tenaga atau sinergi di kalangan warga sekolah juga amat perlu untuk mencapai matlamat bersama. pentadbir sekolah dan guru-guru patut tahu ciri-ciri yang perlu bagi mewujudkan sekolah berkesan. Pengetua harus proaktif. Sekiranya pihak sekolah mengambil inisiatif tertentu sudah pasti ciri-ciri positif tersebut dapat diwujudkan di sekolah. 11 ciri yang disenaraikan oleh Mortimore sebagai ciri yang boleh membentuk sekolah berkesan bukanlah merupakan syarat-syarat yang luar biasa dan tidak boleh dijadikan kenyataan. Kesimpulan Sebagai kesimpulan. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful