LAPORAN BULAN KEMERDEKAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS SULTAN MIZAN.

Sepanjang bulan Ogos 2009, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan, Terengganu telah mengadakan Bulan Kemerdekaan. Tujuan majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menanamkan rasa cinta terhadap tanah air dalam kalangan pelajarnya. Hal ini ditegaskan oleh Tuan Pengarah ketika merasmikan majlis yang bersejarah itu pada 1 Ogos 2009 di Dewan Besar institut. Tuan Pengarah juga mengharapkan aktiviti yang diadakan dapat menimbulkan rasa syukur, sekali gus para pelajar dapat menghargai pengorbanan para pejuang tanah air dengan berusaha mengekalkan perpaduan dan kemajuan negara ini. Selepas upacara perasmian dengan menaikkan bendera kebanggaan kita, Jalur Gemilang, pentas pun dibuka. Pentas diserikan dengan pementasan drama oleh pelajar-pelajar Kursus Persediaan Semester 1 yang bertajuk Darah Pertiwi. Drama mengisahkan seorang pemuda yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air seorang diri pada mulanya kerana tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan penduduk Tanah Melayu yang ketika itu sangat takut untuk bertindak melawan pihak penjajah Barat. Akhirnya, berbekalkan semangat kental dan tidak mudah mengalah, pemuda tersebut berjaya menyatu padukan penduduk setempat untuk sama-sama berjuang dalam memperoleh erti kemerdekaan yang sebenar. Drama yang telah diarahkan oleh Puan Saaodah Zambri telah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Pada 12 Ogos, diadakan pertandingan Mendeklamasi Sajak. Salah satu syarat pertandingan ialah pelajar diwajibkan membaca sajak bertemakan nasionalisme yang dikarang sendiri tanpa sebarang unsur plagiat. Hakim menitikberatkan suara, gaya, dan penghayatan penyajak serta kreativiti. Seramai 20 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pemenang bagi kategori lelaki ialah Mohd. Effendi bin Sanusi manakala bagi kategori perempuan dimenangi oleh Zaimatul Alifah binti Saifullah. Kesemua sajak yang yang dicipta sendiri oleh para peserta akan diterbitkan dalam sebuah antologi yang bertajuk ³ Antologi Sajak : Titik-titik Perjuangan´. Pertandingan ini telah berjaya mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar yang boleh diperbaiki dan diperkembangkan lagi mutu persembahan mereka. Para pemenang seterusnya akan mewakili IPGM Kampus Sultan Mizan dalam pertandingan Mendeklamasi Sajak Kemerdekaan peringkat kebangsaan. Pada hari yang sama juga, para pelajar berpeluang melihat pameran di sekitar dewan. Pameran yang disediakan oleh Biro Pendidikan menonjolkan tokoh yang terlibat dalam menuntut kemerdekaan dengan menentang penubuhan Malayan Union seperti Dato¶ Onn, Tunku Abdul Rahman, dan Pendita Zaba. Gambar serta biodata tokoh-tokoh yang lain turut dipamerkan seperti Dato¶ Maharajalela, Mat Kilau, Dato¶ Bahaman dan sebagainya. Selain gambar, salinan perjanjian serta salinan dokumen-dokumen yang lain seperti penubuhan gagasan Malaysia turut dipamerkan. Pelajar juga berpeluang untuk mengikuti rentetan perjalanan kemerdekaan Tanah Melayu yang kini menjadi Malaysia, menerusi sumber-sumber ilmiah dan info yang disediakan.

Tepat jam 12. Dalam ucapannya. Pelajar dikehendaki untuk menjalani latihan koir pergerakan yang turut melibatkan 2000 orang pelajar IPGM daripada kampus yang lain. berbanding ketika perhimpunan bulanan. Malaysia Berjaya. beliau menyatakan perasaan bangga terhadap kesungguhan dan kerjasama pelajar dalam kalangan pelajar dan pensyarah menjayakan majlis dan memberikan sokongan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. menandakan Bulan Kemerdekaan peringkat institut telah tamat. Warisan. turut diadakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan di Dewan Besar IPGM Kampus Sultan Mizan. Tuang Pengarah telah memukul gong sebanyak tiga kali.Pada 28 Ogos. Kemudian. Pada 28 Ogos juga. Tuan Pengarah menyampaikan upacara penutup. Sebagai simbolik Majlis Penutupan. Mereka dilatih untuk berdisiplin ketika menjalankan latihan agar hasilnya akan membuka mata pelbagai pihak. ( NURUL FAZELIA BT TOKIJAN ) . IPGM Kampus Sultan Mizan telah menghantar seramai 160 orang pelajar untuk menyertai pasukan koir bagi sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan. Para pelajar menyanyikan lagu dengan begitu bersemangat sekali. Mereka telah menjalani latihan selama seminggu dan kembali ke IPGM Kampus Sultan Mizan pada 31 Ogos jam 11 malam. Disediakan oleh. Para pelajar telah diiringi oleh tiga orang pensyarah pengiring yang diketuai oleh Encik Yahya bin Selamat. Majlid dimulakan dengan perarakan dari Dataran Laksamana ke Dewan Besar. Keranamu Malaysia dan diakhiri dengan lagu Negaraku. Para peserta yang terdiri daripada pelajar membawa sepanduk dan berbaris tegak. para pelejar dikehendaki untuk menyanyikan lagu-lagu patriotic yang boleh menaikkan semngat seperti Jalur Demilang.00 tengah hari.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful