BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. 1. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. bibir. seperti lidah.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. fonetik akustik dan fonetik auditori. 1. lelangit keras. lelangit lembut. 5 . frekuensi dan amplitud.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.1. anak tekak. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).1.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. dan sebagainya. iaitu fonetik artikulasi. Dua cabang lagi. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.1. Selain itu. 1.

Banding beza bahan tersebut. 2008: 90) 1. Input kepada kajian linguistik tinggi. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. 1. 2. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. fonetik akustik. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. Dapat merumuskan. iaitu morfologi dan sintaksis. (Siti Hajar Abd.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Aziz. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Asas kepada kajian fonologi. dan fonetik auditori.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Penggiat bahasa risau. dan kosa kata. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. sintaksis dan semantik. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. dengan asas yang padu dan kukuh ini. Kini. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. morfologi. Menurut Awang Sariyan (2004). Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Bahasa baku ialah bahasa standard. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini.1999). tatabahasa. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi.

ii. dan tidak ada huruf yang senyap”. kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). dan laras bahasa.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. sistem ejaan. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 . iv. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. ahli.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. iii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Secara khusus. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ].Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. di tengah atau di akhir kata. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. KVK . Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. KV + KV . Indonesia dan Inggeris 10 . sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. KVK + KVK. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab . Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 . Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.

sama ada ayat penyata biasa. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. 12 . kemarahan. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya: i.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. 3 dan 4. ayat perintah. vi. kekejutan. seperti kegembiraan. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. iii. 2. kekecualian. kebosanan. penjual ubat atau sarjan tentera. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. v. positif atau negatif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. keakraban. ayat tanya. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. ii. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. iv. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. seperti khatib. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap.

nia her.dé.go.ros gha.na] [pyong.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.sen man.la] [lim kéng yék] [but.ros but.mad hat.san] [bos.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.ze.yang] [niu zi.vi.lẼnd] [sun.ngor da.wéi le.gun] 13 .rul éh. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu. Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.ham.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.la.

no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.sia] [a.la.lé.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.mi.la.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.lé.ko] atau (United Nations Educational.mé.no.si peng.di.si pe.dio té. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ké.ké. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.vi.gén.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .gén.ti ték.pu.ra] [ra.dia] atau [a.lo.nan mul. Öik.nés.sia] [u. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.ti.ver.bi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ni. Scientific and Cultural Organization) [am.gi me.nan mul.lé.ti.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.syen me.ngi.él.si.mé.te.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Raja Mukhtaruddin Raja Dain.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.ti. Agensi Penerbitan Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.él. (1988).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . Awang Sariyan. Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1977).

Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 . Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran.

0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. 2. 2. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. gigi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. iaitu lidah. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). Oleh itu. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. iaitu mengunyah makanan. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. gusi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. gusi. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. 17 . menelan dan menghembus nafas. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas. lelangit keras dan lelangit lembut. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. lelangit keras dan lelangit lembut.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Rongga tekak 13. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Gigi bawah 5. Lelangit lembut 8. Epiglotis 11. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. i. Anak tekak 9. Pita suara 12. iaitu tinggi. Gigi atas 4. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. separuh 18 . dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. Rongga hidung 14. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Bibir bawah 3.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Lelangit keras 7. lidah. Rongga mulut 15. o.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. e. Bibir atas 2. Huruf-huruf tersebut ialah a. Tenggorok Rajah 2. Gusi 6. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Lidah 10. Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. separuh tinggi. anak tekak. dan u.

hampar dan bundar. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. iaitu [ε] dan [Ο ]. o. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. bibir terhampar. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. ≅ ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. iaitu neutral. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. bibir bundar 19 S e p a ru h . seperti beg dan bos. iaitu depan. e. a. u. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang.3: Bahagian Lidah Seterusnya. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. iaitu [i. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο ] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. iaitu sempit. separuh sempit. separuh luas dan luas.

______________________________ vii.___________________________ xii._______________________________ iii. i._______________________________ vi.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan._______________________________ ii.______________________________ v.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.___________________________ xi. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.__________________________ viii.___________________________ x.___________________________ 20 . berdasarkan rajah di bawah.__________________________ ix.______________________________ iv.

Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Asas Fonetik. (1980). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). 2. Abdullah Hassan. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Nor Hashimah Jalaluddin (1998).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Indirawati Zahid. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. (1982). Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Mardian Shah Omar (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

1: Kerangka Tajuk 3 3. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI 22 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.

Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. gigi-gusi. iaitu [ai]. lelangit lembut. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . lelangit keras. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya.1997:63).1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. geseran dan sebagainya. 2006:42).2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. 3. letusan. sama ada letupan. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. [# panau #] dan [# amboi #]. mengenai (Abdullah Hassan. anak tekak dan lain-lain. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. [ai] dalam [pandai] pandai. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. sengauan. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. [au] dan [oi]. dan [au] dalam [pulau] pulau?. 3. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya.2006:44).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. seperti dua bibir. 3.

lelangit lembut atau pita suara. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. malaran dan getaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. sisian. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. sengauan. [ai] dalam [pantai]. (iii) diftong menurun. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. [ai] dalam [pandai] pandai. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. letusan. geseran. Bunyi Letupan 24 . [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. lelangit keras. [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. anda juga perlu mengetahui bahawa. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif).

[n]. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. dan [ϑ ]. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. **bunyi [? ] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. geseran (frikatif) dan malaran. [Ν ]. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. Ini menghasilkan bunyi [l]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [? ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu? ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana? ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. 25 . Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

[v]. dan [h]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. iaitu [r]. [s]. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran. Untuk menghasilkan bunyi malaran. [š]. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. [z]. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν ] [Ν aΝ a] [bujaΝ ] [ϑ ] [ϑ aϑ i] * *Bunyi [ϑ ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f].

Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. seperti bunyi [b]. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. [d]. dan [h]. [f]. dan [ma af] ‘maaf’. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. Contoh sebutan: [vΟ kal] ‘vokal’. [w]. [hafal] ‘hafal’. [r]. ? 27 . bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. [n]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. seperti bunyi [p]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. dan [y]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. pita suara tidak digetarkan. (iv) Geseran gigi bersuara. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. [m]. [k]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. [vərsi] ‘versi’. [l].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. (iii) Geseran gigi tak bersuara. dan [univərsiti] ‘universiti’. Perbezaannya ialah. [s]. [t]. [g].

28 . [axbar] ‘akhbar’. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [Ο 7 aΝ ] dan [ba7 aΝ ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. Perbezaannya ialah. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah. ketika mengeluarkan bunyi [7 ] pita suara digetarkan. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). dan [bale7 ] ‘baligh’. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). dan [axer] ‘akhir’. [lo7 at] ‘loghat’. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [7 aeb] ‘ghaib’. Akhirnya. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.

LATIHAN 1. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. BAHAN BACAAN 29 .

Bhd.Bhd. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1980). Lutfi Abas. Mardian Shah Omar (2006). TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Marzukhi Nyak Abdullah. Indirawati Zahid. (1977). Abdullah Hassan. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. (1985). Asmah Hj Omar. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (2006). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1997). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1975).

pinjaman. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . gandingan dan rangkap.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. PINJAMAN.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. konsonan dan diftong. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. iaitu konsonan asal. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. pinjaman. gandingan dan rangkap.

pinjaman. 4. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . e taling dan o. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. Rajah 4. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Seperti yang telah dipelajari. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. iaitu huruf a. jenis-jenis huruf vokal.1 Definisi Huruf Vokal. 4.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. Dengan perkataan lain. 1977:42). Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal.2006:44). iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. i. u. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. e pepet.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. iaitu konsonan asal.

lai] [ma.dah] [naf.la] [ca.tol] [du.rat] [la.bus] [gha.tat] [da.jah] [zi.ga] [ka.lem] [yu.kah] [nge.rik] [ta.la] [ka.par] [qa.lik] [bo.pat] [sa.3 di bawah.ran] .da] [sé.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.ri] [nya.lak] [bi.rus] [wa.jam] [vi.mak] [se.ga] [ja.ham] [syi.di] [khai. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.zal] [har. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.kir] [ga.la] [pa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga..ri] [ra.duk] Rajah 4.da] [fa.

5 di bawah. sengauan dan separuh vokal. iaitu letupan. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. geseran. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. getaran. 34 .4 di bawah. gandingan dan rangkap. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. letusan.lau] [se.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za.al. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et. pinjaman. 2006).3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. Pinjaman.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. sisian. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.tai] [pu.pin] Rajah 4.poi] Rajah 4. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. Daripada segi cara sebutan.3 Konsonan Asal. iaitu ai.

35 . skuasy. huruf ‘i (‘ilmu). Pada tempat lain. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. Sa’odah. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Selain itu. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4. ‘a (‘alam). digantikan dengan huruf k menjadi makna.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. ‘u (‘umur) digugurkan.

36 . dz. ng. iaitu empat kekal. dh menjadi d dan th menjadi s. gh. sh. dz menjadi z. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. AKTIVITI Secara berpasangan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. dh dan th. Sebenarnya jika anda peka. walaupun huruf berubah. manakala satu berubah satu huruf. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. Akan tetapi. ch. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. Namun. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. iaitu kh. bunyi sebutannya tetap sama. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. iaitu ch menjadi c. 2006:95-96). iaitu kh. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. ny. ny dan ng. Selain itu. gh. (Abdullah Hassan.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 . Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah.

Bhd. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (1985). Mardian Shah Omar (2006). Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1980). Tatabahasa Dewan. (1997). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 38 .Bhd. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah. (2006). Nik Safiah Karim et. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al. Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. (1975). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Lutfi Abas. Indirawati Zahid. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.

Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. 2. simbol konsonan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. anda seharusnya dapat: 1. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 .

berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 . Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. Untuk mencapai tujuan tersebut.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. dan simbol diftong. simbol konsonan rangkap. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. simbol konsonan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5. dan 3. 41 . 2. [/].3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5.

4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7 ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.

Petaling Jaya: Secara individu. (1982). Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Ilmu Fonetik dan Linguistik. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. 2005. Linguistik Pengenalan. Agensi Penerbitan Nusantara. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful