1.

0 Pengenalan
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. Kemahiran bertutur amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Hal ini kerana fitrahnya manusia tidak hanya mendengar atau bertutur semata-mata, sebaliknya mereka boleh melakukan aktiviti mendengar dan bertutur pada masa yang sama. Dengan kata lain, kita boleh menuturkan sesuatu ujaran dan dalam masa yang sama menginterpretasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar. Justeru, kemahiran mendengar dan bertutur yang diaplikasikan di sekolah-sekolah lazimnya akan dijalankan secara beriringan. Penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara beransuransur, iaitu bermula daripada kemahirannya mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Seterusnya, mereka akan cuba mengajuk bunyi yang didengarnya itu dan akhirnya mereka akan dapat menuturkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Hal ini bermakna kemahiran mendengar dan bertutur dikuasai oleh kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan penginterpretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan indiviidu memahami dan menelah ujaran yang didengar. Dengan kata lain, kemahiran bertutur berlaku pada peringkat produksi atau pelahiran. Mereka yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik dapat mempertingkatkan keyakinan diri dalam bersosialisasi. Bertutur sebagai medium komunikasi melibatkan tiga perkara asas, iaitu siapa yang berkata, apa yang diperkatakan dan siapa pendengarnya.
1

2.0 Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan salah satu kemahiran dalam aspek kemahiran berbahasa. Kemahiran ini dikuasai dan dipelajari selepas seseorang kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran mendengar. Kemahiran ini dikuasai selepas menguasai kemahiran mendengar kerana kedua-dua kemahiran lisan ini mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain. Ini adalah kerana, jika seseorang kanak-kanak itu tidak berjaya menguasai kemahiran mendengar bermakna dia tidak dapat mengetahui tentang bahasa yang digunakan. Sekali imbas, dapat ditafsirkan kemahiran bertutur ini sebagai kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkandaripada alat sebutan (artikulator) manusia.

2.1 Definisi kemahiran bertutur
Menurut Nor Aina Dani dalam buku Pengantar Psikolinguistik (2007), satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran katakata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan ´suprapenggalan´ ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amatpenting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspekini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Nor Aina Dani lagi dalam buku yang sama iaitu Pengantar Psikolinguistik (2007),pertuturan adalah gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya. Individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya. Kemahiran bertutur dipengaruhi aspek fizikal, kesihatan, persekitaran, dan jantina.

2

Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.

2.2 Objektif Bertutur
Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah, kemahiran bertutur diajarkan kepada murid-murid bagi membolehkan murid-murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan betul dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapaserta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan. Dalam menguasai kemahiran tersebut,guru haruslah memastikan murid boleh bertutur dengan betul dari segi sebutan, intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat.

2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pertuturan
Faktor utama yang mempengaruhi pertuturan kanak-kanak ialah faktor kecerdasan. Kecerdasan berkaitan otak yang sihat dan dapat berfungsi dengan sempurna dalam memproduksi bahasa. Kanak-kanak yang cacat otaknya selalu mempunyai pertuturan yang tidak sempurna. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lembab bercakap didapati lebih lewat kecerdasannya berbanding dengan kanak-kanak yang cepatbercakap. Ini membuktikan bahawa kanak-kanak yang rendah tahap kecerdasannya akan mengalami kesukaran untuk bertutur dengan baik. Bagi membantu kanak-kanak ini menguasai bahasa sama seperti kanak-kanak sebaya mereka, pihak sekolah telah memberikan tanggungjawab tersebut kepada guru-guru pemulihan. Faktor kedua ialah faktor kesihatan yang bermaksud jika seseorang kanakkanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan
3

untuk berfikir dan bercakap. Terdapat beberapa penyakit biological yang memberikan kesan kepada keupayaan bertutur seseorang. Contohnya, jika terdapat kecacatan pada pita suaram seseorang itu tidak boleh mengeluarkan bunyi bersuara dan kesannya mereka tdak dapat bertutur. Hal ini termasuklah serangan penyakit pada tenggorok dan paru-paru yang memberikan kesan kepada pertuturan kerana alat-alat ini berperanan mengeluarkan bunyi bahasa. Kecacatan pada otak pula memberikan kesan kepada kegagalan alat pertuturan berfungsi dengan baik atau proses fonologi tergganggu sehingga menyebabkan kesukaran dalam penginterpretasian mesej dan seterusnya penghasilan ujaran tertentu. Selain itu ialah faktor fizikal yang mana pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik. Contohnya, seseorang manusia tidak dapat bertutur dengan baik jika terdapat kerosakan pada alat pertuturannya. Masalah pada alat merujuk kepada ketidakupayaan alat artikulasi seseorang berfungsi dengan baik bagi menuturkan ujaran. Kerosakan pada alat artikulasi menyebabkan seseorang itu bisu atau gagap. Ini termasuklah keadaan bibir yang sumbing dan rekahan pada lelangit. Keadaan ini member kesan kepada aktiviti bertutur kanak-kanak tersebut. Lazimnya, mereka yang mengalami masalah pendengaran juga turut mengalami masalah pertuturan. Bagi mereka yang gagap dan sumbing, mereka masih boleh bertutur dan menyampaikan sesuatu kepada orang lain dengan cara mereka sendiri. Bagi kanak-kanak yang bisu pula, mereka ditempatkan di kelas khas bagi membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat. Alat pendengaran juga memainkan peranan penting di dalam pertuturan seseorang kanak-kanak. Masalah pada alat pendengaran merujuk kepada

ketidakupayaan alat pendengaranm iaitu telinga untuk mendengar sebarang bunyi atau dalam istilah lain disebut sebagai pekak. Penyakit pekak berlaku kerana kerosakan pada gegendang telinga yang berperanan penting dalam menerima dan menyerap sebarang bunyi luaran. Kanak-kanak yang pekak sejak kecil lagi menyebabkan mereka juga tidak boleh bertutur kerana tidak pernah mendengar bunyi bahasa. Justeru, kanak4

kanak sedemikian akan ditempatkan di tempat khas bagi membolehkan mereka mempelajari dan menguasai bahasa menggunakan bahasa isyarat.

Keluarga turut memainkan peranan penting dalam penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan kanak-kanak. Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan bertutur kanak-kanak. Pada masa yang sama, mereka dapat menambah perbendaharaan kata, di samping mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Kanak-kanak yang bernasib baik sedemikian, akan lebih cepat menguasai kelancaran dan kefasihan dalam pertuturan. Sebaliknya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong ke arah interaksi dan komunikasi antara satu sama lain menyebabkan aktiviti bertutur mereka terhad. Di samping itu faktor taraf sosioekonomi iaitu kajian tentang penguasaan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak daripada keluarga atasan dan pertengahan didapati boleh menguasai bahasa dengan lebih cepat dan lebih baik daripada kanak-kanak keluarga bawahan. Sebagai contoh, ibu bapa yang mempunyai tahap sosioekonomi yang tinggi mampu untuk menyediakan kemudahan Internet, televisyen, buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan bertutur anak-anak mereka. Hal ini berbeza daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan sedemikian, menyebabkan penguasaan kemahiran bertutur mereka berlaku mengikut

perkembangan yang biasa sahaja. Oleh itu, semakin tinggi taraf ekonomi sesebuah keluarga, semakin tinggi pula taraf penguasaan bahasa ahli-ahli keluarganya. Seterusnya ialah faktor jantina yang mana melalui kajian-kajian yang telah dijalankan didapati kanak-kanak perempuan lebih dahulu bercakap daripada kanak-

kanak lelaki. Justeru, mereka lebih lancar bertutur berbanding dengan kanak-kanak lelaki pada peringkat umur yang sama. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka berlaku lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki. Namun demikian, pada tahap pertama
5

persekolahan, perbezaan jantina tidak lagi menampakkan kesan yang ketara dalam penguasaan kemahiran bertutur antara mereka. Hal ini kerana penguasaan kemahiran bertutur melalui aktiviti lisan di dalam bilik darjah dilaksanakan oleh guru secara menyeluruh kepada semua murid, sama ada lelaki atau perempuan. Akhir sekali ialah faktor dwibahasa iaitu kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak dwibahasa. Kanak-kanak yangmempelajari bahasa kedua sering menemui kesulitan. Ini kerana penguasaan bahasa pertama atau bahasa ibunda selalu menggangu bahasa yang dipelajari itu. Sistem nahu dan sebutan bahasa ibunda itu tidak sama dengan sistem bahasa sasaran dan ini menyebabkan kanak-kanak itu tidak boleh bertutur dengan baik dalam bahasa tersebut.

2.4 Aspek-aspek pertuturan
Terdapat beberapa aspek penting yang harus kita beri perhatian dalam kemahiran bertutur. Antaranya ialah sebutan, tekanan, mora, jeda, intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran dan juga laras bahasa. Dari segi sebutan, murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna. Tekanan pula adalah cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan kerasatau lembut sesuatu pengucapan.Mora atau panjang-pendek adalah kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan. Konsepnya sama dengan 'harakat' dalam bahasa Arab. Unsur ini biasanya tidak jelasdalam Bahasa Melayu dan kalau ada pun ia tidak membezakan makna. Penggunaanunsur ini agak lebih ketara dalam Bahasa Inggeris dan Arab. Unsur ini disebut jugasebagai persendian. la digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik sepertiperkataan, rangkai kata, atau ayat-ayat.

6

Dalam sesebuah ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini boleh membawa makna yang berbezajika ia digunakan.Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayatitu dilafazkan. la kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat dalam bahasaMelayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yangdituturkan. la boleh menaik, menurun, boleh mendatar dan sebagainya. Ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pulamempunyai intonasi yang menurun. Nada adalah keadaan bunyi yang menaik ataumenurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bidang muzik, kita dapati ada lapan nada iaitu Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, dan Do. Setiap nada ini mewakili satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik.Kewujudannya lebih ketara dalam Bahasa Cina. Tatabahasa adalah satu sistem, peraturan atau undang-undang

menggabungkankata untuk membentuk ayat. Peraturan-peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam bahasa pertuturan, walaupun lumrahnya aspek tatabahasa tidak begitu dipentingkan tetapi untuk memperolehi kebiasaan bertutur atau bercakap dengan baik dan berkesan aspek ini haruslah ditekankan. Kelancaran bermaksud murid-murid boleh bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan teratur. Waktu bercakap mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung. Kefasihan bererti murid-murid boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas, teratur dan lancar tetapi mereka juga boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dan ayatayat yang dituturkan itu secara jelas dan tepat. Mereka bolehbercakap seperti seorang penutur jati yang terpelajar. Laras bahasa dalam konteks ini ialah murid-murid boleh menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai. Tujuannya ialah supaya murid-murid boleh menggunakan bahasa itu untuk tujuan-tujuan berkomunikasi secara berkesan.

7

3.0 Kesusasteraan
3.1 Pengenalan Kesusasteraan
Menurut Hashim Awang dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1985), sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Satera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat namun ia juga terlibat dengan pergolakan-pergolakan yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Menurut Baharuddin Zainal dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1975), karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan pengarangnya. Kata sastera Melayu adalah gabungan dua perkataan, iaitu µsastera¶ dan µMelayu¶. Menurut Abd. Halim A. Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1986), kata µsastera¶ berasal daripada kata Sanskrit µcastra¶ yang bererti kitab atau buku. Hashim Awang dalam buku yang sama iaitu buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar mengatakan bahawa penambahan kata µsu¶ yang bermaksud indah, lebih baik, lebih berfaedah, dan juga dengan penambahan imbuhan apitan µke«-an¶ menjadikan ia bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.

3.2 Definisi Dan Konsep Sastera
Novel adalah satu bentuk kesusasteraan yang baru dibandingkan dengan genre lain mengikut perkembangan masa secara krononogi. Jika dibandingkan dengan cerpen, kemunculan novel adalah ebih awal daripada cerpen. Novel muncul dan berkembang dalam Kesusasteraan Melayu kira-kira satu abad yang lalu. Perkataan µnovel¶ berasal daripada bahasa Latin iaitu novellus dan novies yang bermaksud µbaru¶, atau novella yang bermaksud µsuatu benda kecil yag baru¶. Novel adalah karya fiksyen yang mengungkapkan aspek-aspek kehidupan dan kemanusiaan

8

yang lebih mendalam serta terperinci dan pengajiannya pula disampaikan dengan begitu halus dan teliti. Shahnon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar (1979) menyatakan novel ialah suatu bentuk pentafsiran rencaman hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Dalam kalangan penulis Inggeris dan Amerika pula, novel bermaksud menggunakan suatu konsentrasi kehidupan pada suatu saat yang tegang serta pemusatan kehidupan yang tegas.

3.3 Pendekatan Struktural
Pendekatan Struktural berasaskan kepada idea struktur dalam teori Struktural. Teori Struktural berkembang luas pada dekad 1960-an sebagai suatu usaha untuk menerapkan kaedah dan wawasan Ferdinand de Saussure pengasas linguistik moden kepada kesusasteraanm kata Terry Eagleton dalam buku Literary Theory : An Introduction (1983). Saussure ialah seorang ahli falsafah Swiss (1857-1913) percaya bahawa bahasa mempunyai struktur dalaman tersendiri dan peraturan-peraturannya yang sistematik, menurut Charles E Bressler dalam buku Literary Critism : An Introduction To Theory and Practice (1999). Peraturan-peraturan ini menguasai dan menggerakkan semua aspek bagi bahasa termasuk bunyi-bunyi yang dikenalpasti sangat bermakna, berbagai kombinasi bunyi yang membentuk perkataan dan bagaimana perkataan dikendalikan untuk menghasilkan hubungan yang bermakna dalam bahasa yang disediakan, kata Charles E Bressler lagi dalam buku yang sama iaitu Literary Critism : An Introduction To Theory and Practice (1999).

Secara umumnya, teori Struktural ialah suatu percubaan untuk menerapkan teori linguistik kepada objek-objek dan kegiatan-kegiatan lain, selain bahasa itu sendiri. Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka pendekatan Struktural memberi tumpuan penelitian terhadap aspek-aspek struktur yang membina teks. Struktur ini
9

adalah

perkara-perkara

dalaman

(content)

yang

membentuk

rangka

dan

membangunakan sesebuah teks. Struktur sesebuah teks termasuklah tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan sudut pandangan, kata Mana Sikana dalam buku Esei Dan Kritikan Drama (1983). Struktur ini adalah yang sangat biasa bagi genre novel.

Pengkritik juga harus memahami dengan baik prinsip-prinsip teori Struktur jika ingin mengkritik teks kesusasteraan berasaskan idea struktur. Terdapat bebrapa prinsip teori yang patut difahami pengkritik, antaranya keseluruhan,iaitu melihat perhubungan antara struktur secara keseluruhan, bukannya terpisah. Kedua ialah perkaitan; setiap satu stkrutur adalah berkait dengan sturktur yang lain. Tanpa perkaitan ini tidak mungkin makna teks dapat ditemui. Ketiga, transformasi; makna terhasil daripada satu proses transformasi. tema kemiskinan terhasil kesan daripada perhubungan pemilihan bahasa dengan persoalan. Seterusnya, regulasi diri; stuktur bergerak dan berfungsi dalam lingkaran tekstual teks, bukannya akibat daripada pengaruh pengarang atau aspek-aspek di luar teks. Akhir sekali, binari oposisi; maka terhasil daripada setentangan duaan.

3.4 KAJIAN NOVEL : TIVI KARYA SHAHNON AHMAD 3.5 Tema
Beberapa orang pengkaji sastera sependapat bahawa tema merupakan perkara paling penting yang diutarakan oleh seseorang dalam karyanya. Seorang pengkaji sastera tanah air yang tidak asing lagi iaitu Hashim Awang dalam buku Mendekati Kesusasteraan Melayu (1985), mendefinisikan tema sebagai gagasan, fikiran, atau persoalan utama yang menjadi dasar sesebuah karya. Perkara ini dapat dinilai sama ada secara langsung atau sebaliknya.

10

Othman Puteh dan Ramli Isin dalam buku Berkenalan Dengan Cerpen (1988) pula menjelaskan bahawa tema merupakan persoalan utama dalam sesebuah karya sastera terutamanya cerpen dan novel. Mereka juga berpendapat bahawa dalam sesebuah cerpen atau novel, terdapat sesuatu tema yang menjadi permasalahan dan pemikiran yang diketengahkan oleh pengarang. Menurut Sahlan Ahmad pula melalui bukunya Memperkatakan Tiga

Genre,(1985) Menjelaskan bahawa tema merupakan satu unsur ekstrinsik atau luaran yang selalunya dapat disimpulkan oleh seseorang pembaca selepas selesai membaca sesebuah karya sastera. Baharudin Zainal dalam buku Mendekati Kesusasteraan (1986) memberi pengertian bahawa tema ialah persoalan pokok kepada peristiwa daripada kehidupan manusia. Seorang pengarang cereka bukan semata-mata mencipta tetapi mungkin juga bertujuan untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat bahkan kepada manusia seluruhnya. Kewujudan tema turut menimbulkan motif, perasaan dan persoalan dalam sesebuah karya sastera. Maimunah Hj. Omar dalam buku Panduan Menganalisa Aspek-Aspek Di Dalam Cereka (1992) menjelaskan persoalan sebagai masalah yang ditimbulkan sepanjang cereka untuk membangunkan tema yang berfungsi mengunggulkan tema pokok.

3.5.1 KAJIAN TEMA NOVEL TIVI
Apabila membaca novel Tivi karya Shahnon Ahmad ini, satu perkara yang terlintas di fikiran kira ialah tentang nafsu manusia yang tidak dapat dikawal. Nafsu manusia yang tidak terkawal ini menyebabkan terjadinya berbagai-bagai perkara yang kurang bermoral terjadi. Oleh itu, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa tema novel ini ialah sumbang mahram yang terjadi di antara ayah dan anak. Pengertian sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah atau nasab (keturunan) dengan mangsa. Di dalam novel ini, perbuatan zina ini terjadi di
11

antara ayah dengan anak iaitu di antara Mat Isa dengan Chah dan di antara Mat Isa dengan Hasanah. Chah dan Hasanah kedua-duanya merupakan anak kepada Mat Isa sendiri. Kejadian ini merupakan pengaruh daripada filem-filem lucah yang selalu ditonton oleh Mat Isa. Mat Isa sering membayangkan bentuk tubuh anak-anak gadisnya yang semakin montok sehingga lupa bahawa mereka adalah darah dagingnya sendiri. Mat Isa menjadi semakin ketagih seks setelah Chah mengajak keluarganya menonton video lucah yang dibawanya dari Sungai Petani. Pada hari selepas mereka sekeluarga menonton filem tersebut di rumah, Mat Isa dan Chah telah melakukan perkara terkutuk sama seperti di dalam filem yang mereka tonton semalam. Peristiwa ini terjadi semasa ketiadaan ahli keluarga mereka yang lain di rumah. ³Di kaca TV pemuda dan pemudi sedang membunuh dajal bertubi-tubi. Dan di atas tikar mengkuang yang beragi indah, di depan tetamu khas yang menetap dibucu rumah itu, Mat Isa bersama-sama anaknya Chah yang dipimpin hebat oleh para hantu milik masing-masing sempat pula membunuh dajal yang tidak pernah direstui oleh sesiapa kecuali hantu-hantu milik Mat Isa dan hantu-hantu milik Chah.´ (Halaman 102)

Selain daripada melakukan perkara terkutuk itu dengan anak sulungnya, Chah, Mat Isa juga telah melakukan perkara yang sama dengan anak gadisnya yang seorang lagi, iaitu Hasanah. Peristiwa ini terjadi apabila Hasanah sedang membersihkan diri di telaga berdekatan rumah mereka. Pada waktu itu, hujan sedang turun dengan lebatnya. Mat Isa mengekori Hasanah ke telaga lalu bertindak merogol Hasanah di tempat itu juga. Sedang Mat Isa dah Hasanah berperang sesame sendiri di tepi telaga, dengan tiba-tiba halilintar menyambar kedua-dua mereka dan mereka dengan serta-mertanya menjadi mayat.

12

³Dan waktu Hasanah melangkah bendul dogol dan kemudian pijak jemuran turun memijak tangga silang, hantu Mat Isa memamah dagingdaging pejal Hasanah yang sudahpun rajin sangat sekarang ini melonjaklonjak tubuh. Kedua-dua belah mata hantu Mat Isa menojah ke dalam sampai entah ke mana. Jauh dan dalam sekali.´ (Halaman 110) ³Pada kala itulah lagi sekali, kilat dan Guntur membelah langit dan angkasa serta sekali lagi memanah batu lintarnya. Dan kali ini sasarannya bukan lagi memalui sebarang pucuk kelapa tetapi terus menuju ke tubuh mah Chah. Dan seperti dihempuk batu besar, tubuh mak Chah berkecai menjadi mayat.´ (Halaman 113)

3.6 Persoalan
Persoalan ialah perkara-perkara sampingan yang diketengahkan oleh pengarang selepas tema. Persoalan-persoalan yang didedahkan oleh pengarang di dalam novel ini banyak berkisar tentang betapa besarnya pengaruh media masa ke atas pemikiran seseorang individu.

3.6.1 KAJIAN PERSOALAN NOVEL TIVI
Novel ini mengetengahkan persoalan pengaruh media masa di dalam kehidupan seharian manusia. Hal ini dapat dilihat di dalam keluarga Mat Isa yang menerima kejutan budaya apabila anaknya Chah yang bekerja di Bandar membelikan mereka sekeluarga sebuah peti televisyen. Mat Isa sering menonton filem-filem yang berunsur lucah di rumah. Bukan hanya Mat Isa sahaja yang menonton filem-filem itu, malah kadang-kadang seluruh isi rumah mereka turut menonton filem-filem yang tidak

13

sepatutnya ditonton itu. Tambahan pula, Chah sering membawa video-video lucah jika ada balik ke kampung. Hal ini menyebabkan ayah Chah sendiri menjadi bernafsu melihat anak-anak gadisnya sendiri iaitu Chah dan Hasanah. Akhirnya, Mat Isa bertindak melakukan hubungan seks dengan anaknya sendiri iaitu Chah, dengan kerelaan Chah sendiri. Di sini, jelaslah bahawa televisyen mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas pemikiran manusia dan terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai baik buruknya program yang ditontonnya itu. ³Perlahan-lahan Mat Isa dan Jeha bangun lalu beredar ke penjuru lain serta menarik bantal dan lembek untuk tidur. Tak ada nafsu untuk tengok TV malam itu sebab telah terpukau oleh video Chah.Semua tidur awal malam itu sambil membawa pelbagai bayangan yang sukar dipadam.´ (Halaman 91) ³Macam-macam lagi igauan yang datang bersilih-ganti sebab dalam fikiran Hasanah macam-macam yang difikirkan. Kalau gambar it uterus saja tidak ditekan punat oleh Kak Chah, boleh jadi Hasanah tak fikir jauhjauh. Kini fikirannya terbantut di situ.´ (Halaman 92) Menerusi novel ini juga dipaparkan persoalan keingkaran manusia terhadap ajaran agama. Apabila televisyen baru mereka sampai ke rumah, Mat Isa menyuruh Jeha menjadikan sejadah yang selalu mereka gunakan semasa bersolat untuk dijadikan kain alas televisyen baru mereka. Sebenarnya, menjadikan sejadah sebagai alat lapik adalah satu perlakuan yang kurang elok kerana sejadah digunakan oleh umat Islam untuk bersembahyang. Maka, sejadah dianggap sebagai sesuatu yang penting di dalam Islam. Selain itu, Mat Isa dan keluarga juga memutuskan untuk meletakkan televisyen di sudut khas tempat mereka menunaikan solat dan bersembahyang. Mat Isa juga mengatakan bahawa solat boleh dilakukan di mana-mana, yang penting televisyen baru mereka ada tempat yang sesuai untuk diletakkan. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan duniawi daripada ukhrawi.

14

³Mak Chah sambar sehelai sejadah pula. Kali ini terkena sejadah yang baru bergambar Kaabah. Terang dan berlorek kemas. Cepat-cepat mak Chah hampar sejadah itu di atas lantai dan TV pun didudukkan di atas gambar Kaabah itulah.Mat Isa tarik nafas panjang.´ (Halaman 59) ³Basikal itu nampak bagaikan sedang menunggu seseorang sebab tegaknya macam bersedia begitu sahaja. Betullah sebab hari itu hari Jumaat dan ayah Chah hendak kayuhnya ke masjid. Dan pelantarnya akan diduduki Hassan. Tapi ayah Chah betul-betul terlupa langsung hari itu hari Jumaat. Hassan pun tak ingatkan ayah tentant itu sebab keduaduanya sedang lemas dalam kisah ayam togel, sabun proton, dan orang mati jatuh dari kuda dan kena tembak.´ (Halaman 68) Persoalan mengenai sikap manusia yang tidak pandai mengawal nafsu juga terdapat dalam novel ini. Persoalan ini jelas terpancar pada watak Mat Isa. Mat Isa pada yang terpengaruh dengan adegan-adegan ganas yang ditontonya dalam televisyen. Adegan-adegan ini menyebabkannya mula membayangkan tubuh badan anak-anak gadisnya iaitu Chah dan Hasanah. Namun, pada mulanya Mat Isa dapat mengawal perasaannya itu. Lama-kelamaan, Mat Isa menjadi semakin hilang kawalan.Boleh dikatakan Mat Isa menjadi seorang yang ketagih seks. ³Kadang-kadang Mat Isa renung muka dan tubuh Chah lama-lama juga sehingga naik lupa bahawa Chah itu anak daranya sendiri. Apabila dia teringat yang Chah itu anak daranya sendiri, cepat-cepat Mat Isa kikis sebarang ingatan yang tak baik.´ (Halaman 27) ³Dia Nampak betul lurah dan gelung-gelung itu dan ini, menyebabkan darahnya panas dan mendidih serta-merta. Tapi bilamana datangnya ingatan bahawa Chah itu bukan bayangan Chah dalam TV tetapi Chah
15

anaknya sendiri, cepat-cepat Mat Isa mengkeokkan perasaan dan khayalannya itu.´ (Halaman 33) ³Di kaca TV pemuda dan pemudi sedang membunuh dajal bertubi-tubi. Dan diatas tikar mengkuang yang beragi indah, di depan tetamu khas yang menetap di bucu rumah itu, Mat Isa bersama-sama anaknya Chah yang dipimpin hebat oleh para hantu milik masing-masing sempat pula membunuh dajal yang tidak pernah direstui oleh sesiapa kecuali hantuhantu milik Mat Isa dan hantu-hantu milik Chah.´ (Halaman 102)

³Dan waktu Hasanah melangkah bendul dogol dan kemudian pijak jemuran turun memijak tangga silang, hantu Mat Isa memamah dagingdaging pejal Hasanah yang sudahpun rajin sangat sekarang ini melonjaklonjak tubuh. Kedua-dua belah mata hantu Mat Isa menojah ke dalam sampai entah ke mana. Jauh dan dalam sekali.´ (Halaman 110) Antara lain persoalan yang dihuraikan oleh pengarang di dalam novel ini ialah persoalan tentang balasan Tuhan terhadap segala kecurangan yang dilakukan oleh manusia. Hal ini terjadi kepada keluarga Mat Isa. Pada akhir cerita, seluruh isi keluarga Mat Isa telah mati disambar petir kecuali anaknya yang sulung, Chah. Sedangkan di dalam novel ini, Chahlah yang sepatutnya disambar petir. Peristiwa ini boleh dikaitkan dengan balasan Tuhan terhadap kejahatan yang dilakukan oleh Mat Isa yang sanggup merosakkan darah dagingnya sendiri iaitu dengan merogol Hasanah dan melakukan hubungan seks dengan Chah. Walaupun hal ini terjadi di atas kerelaan Chah dan Hasanah sendiri, namun perkaran seperti ini sememangnya tidak patut terjadi kerana hubungan seks di antara bapa dan anak sememangnya satu perkara yang dilarang oleh setiap agama. Seorang ayah sepatutnya membimbing anak-anaknya ke jalan yang
16

benar, bukannya merosakkan anaknya sendiri. Perihal sumbang mahram yang berlaku ini memang sepatutnya dibalas dengan kuasa Tuhan. Contoh persoalan ini terdapat pada petikan di bawah, ³Di kaca TV pemuda dan pemudi sedang membunuh dajal bertubi-tubi. Dan di atas tikar mengkuang yang beragi indah, di depan tetamu khas yang menetap di bucu rumah itu, Mat Isa bersama-sama anaknya Chah yang dipimpin hebat oleh para hantu milik masing-masing sempat pula membunuh dajal yang tidak pernah direstui oleh sesiapa kecuali hantuhantu milik Mat Isa dan hantu-hantu milik Chah.´ (Halaman 102)

³Dan waktu Hasanah melangkah bendul dogol dan kemudian pijak jemuran turun memijak tangga silang, hantu Mat Isa memamah dagingdaging pejal Hasanah yang sudahpun rajin sangat sekarang ini melonjaklonjak tubuh. Kedua-dua belah mata hantu Mat Isa menojah ke dalam sampai entah ke mana. Jauh dan dalam sekali.´ (Halaman 110) ³Pada kala itulah lagi sekali, kilat dan Guntur membelah langit dan angkasa serta sekali lagi memanah batu lintarnya. Dan kali ini sasarannya bukan lagi memalui sebarang pucuk kelapa tetapi terus menuju ke tubuh mah Chah. Dan seperti dihempuk batu besar, tubuh mak Chah berkecai menjadi mayat.´ (Halaman 113) ³Senja kala mulai agak lewat. Azan di balaisah langsung tidak terdengar sebab petir dan kilat sabung-menyabung lagi, bagaikan belum lagi selesai tugas yang diberikan kepadanya. Kali ini rumah condong itu menerima
17

habuan. Dan rumah kecil yang dulunya dikelilingi pokok-pokok indah itu tiba-tiba begitu mudah diranapkan ke bumi.´ (Halaman 114)

3.7 Watak Dan Perwatakan
Pengenalan Setiap novel mempunyai watak pelaku. Penampilan watak oleh seseorang pengarang tidak kira sama ada dari kalangan manusia mahupun bukan manusia. Sekiranya sesebuah novel itu tidak mempunyai watak, cerita dalam novel tersebut akan hambar kerana tidak ada watak yang mendukung ceritanya. Oleh itu, jelaslah bahawa watak merupakan tokoh yang menggerakkan cerita berdasarkan hukum, sebab dan akibatnya. Manakala perwatakan pula bermaksud pengisahan seseorang watak dalam sesebuah novel. Pengisahan ini selalunya berkisar tentang aspek kejiwaan dan fizikal bagi watak tersebut. Aspek kejiwaan bermaksud sifat-sifat dalaman bagi seseorang watak seperti berani, penyayang, bertanggungjawab, peramah, cepat marah, dan sebagainya. Manakala aspek fizikal merujuk kepada rupa parasnya, bentuk tubuh badannya, warna kulit, dan lain-lain lagi. Dalam membincangkan watak dalam sesebuah karya terutama novel, S. Othman Kelantan dalam buku Teknik Mengkaji Novel (1985) telah mendefinisikan watak sebagai gambaran tentang pelaku yang memegang peranan dalam novel, sama ada watak itu manusia atau binatang. Gambaran watak meliputi bentuk tubuhnya, besar kecilnya, tinggi rendahnya, hitam putihnya, gemuk atau kurus dan sesuatu tentang sifat peribadinya. Menurut beliau lagi dalam buku yang sama, watak adalah personaliti atau individu-individu dalam novel yang memegang peranan dalam seluruh kehidupannya. Selain itu, watak merupakan unsur yang sangat penting dalam struktur novel. Ini kerana
18

watak berperanan dalam semua keadaan yang akhirnya berfungsi menghidupkan cerita. Bermula dengan watak, terjalinlah semua peristiwa yang menimbulkan sebab dan akibat. Perwatakan pula mengenai sikap, kebolehan, pendidikan, tabiat, kelakuan dan sesuatu yang berhubung dengan tingkah laku watak, kata S. Othman Kelantan dalam buku yang sama (1985) Hashim Awang dan rakan-rakan berpendapat bahawa watak dan perwatakan dalam sesebuah karya kesusasteraan ialah: ³Orang-orang yang mendokong gerak dalam perjalanan plot sesebuah cerita disebut watak. Perwatak pula ialah sistem bagaimana pengarang mencipta dan menyusun ke atas watak-watak ciptaannya..´ Ramli Isin dalam buku Memperkatakan Tiga Genre (1986) menyatakan bahawa watak adalah unsur yang paling penting untuk mengembangkan tema dan persoalan serta plot yang menjadi pemikiran dan telah direka oleh cerpenis atau novelisnya. Perwatakan pula ialah gambaran yang telah dilekatkan oleh cerpenis atau novelis itu kepada watak yang ditampilkannya dalam sesebuah cerpen atau novel. Marjorie Boulton dalam buku The Anatomy of The Novel (1975) pula mengatakan bahawa di dalam karya sastera, watak ialah manusia yang bergelut dengan masalah-masalah, mempunyai fikiran sendiri, mempunyai pengalaman pendidikan yang membolehkan mereka memperbaiki diri sendiri, menjadi lebih bijak, lebih bersopan dan merendahkan diri, mempunyai kesedaran dan kecerdasan seperti orang lain.

3.7.1 KAJIAN WATAK DAN PERWATAKAN NOVEL TIVI
Mat Isa Dari awal hingga akhir, watak Mat Isa diceritakan oleh pengarang di dalam novel ini. Watak ini diketengahkan sebagai watak utama, dinamik dan menggerakkan plot
19

cerita. Tegasnya, novel ini milik Mat Isa kerana setiap bab atau bahagian, terdapat pengisahan tentang Mat Isa. Boleh dikatakan novel ini mengisahkan tentang kehidupan Mat Isa dan keluarganya dengan terperinci. Mat Isa merupakan seorang penduduk kampung yang rutin hariannya bertanam sayur, bertani dan berkebun. Mat Isa mempunyai seorang isteri bernama Jeha. Mat Isa juga mempunyai tiga orang anak yang bernama Chah, Hasanah dan Hassan. Pada awal cerita, Mat Isa digambarkan sebagai seorang yang rajin bekerja. Dia sering kelihatan di sawah-sawah. Asal sahaja siang menjelma, Mat Isa akan terus turun ke sawahnya dan melakukan rutin hariannya iaitu mencerut rumput di sawah dan pelbagai aktiviti lain lagi. ³Seperti biasanya apabila cuaca baik dengan angin tenang dan matahari bermain dengan rancak bersama sinarannya, ayah tak ada di rumah. Adaada sahaja kerjanya bagaikan tulang empat keratnya tidak pernah rehat pun.¶¶ (Halaman 1) ³Begitulah kehidupan mak dan ayah setiap hari. Bangun pagi

sembahyang subuh, menyeruk apa yang patut, turun ke tanah buat apa yang patut dibuat, naik ke rumah lagi, sembahyang, makan, turun lagi ke sawah atau ke belukar, naik lagi sembahyang lagi, dan apabila malam tiba, tidur sesudah selesai selerah apa yang patut diselesaikan dan diserahkan.´ (Halaman 2) Selain itu, Mat Isa juga digambarkan sebagai seorang yang rajin beribadah kepada Tuhan. Pada awal cerita ini, Mat Isa dikatakan tidak pernah tinggal solat. Dia juga rajin turun ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung yang lain. Antara petikan yang menunjukkan bahawa Mat Isa sentiasa menunaikan solat ialah seperti berikut :

20

³Ayah dan mak begitulah setiap hari. Naik turun, makan tidur, sembahyang bergebang dan naik dan turun lagi.´ (Halaman 3) Namun, setelah kedatangan televisyen yang dibeli oleh anaknya, Chah untuk mereka sekeluarga, perangai Mat Isa berubah sekelip mata. Daripada seorang yang rajin bekerja di sawah dan kebun, dia bertukar menjadi seorang yang pemalas. Mat Isa sudah tidak lagi turun ke sawah, mahupun bersembahyang di balaisah dan masjid. Malah, Mat Isa boleh dikatakan telah meninggalkan amalan agama sepenuhnya. ³Pernah orang beritahu Mat Isa mengatakan kerbau kewehnya ada dalam rimba, sedang sakit kerana dicurah cuka entah oleh siapa. Mat Isa mendengar berita itu tapi dia tidak tergamak hendak meninggalkan TVnya sebab TVnya dalam seminggu dua itu banyak menunjukkan gambar yang hebat-hebat.´ (Halaman 83) Selain daripada menjadi seorang yang pemalas, Mat Isa juga berubah menjadi seorang yang tidak kuat pegangan agama. Semenjak mereka sekeluarga mempunyai sebuah televisyen sendiri di rumah, Mat Isa menjadi lupa pada tanggungjawabnya terhadap Tuhan. Mat Isa tidak lagi menunaikan solat lima waktu. Malah, dia juga telah banyak kali meninggalkan solat Jumaat.

³Semua kampung naik hairan dan bingung juga kebelakangan setahun dua ini sebab muka Mat Isa jarang nampak di mana-mana. Mat Isa tidak lagi ke balaisah berjemaah atau ke masjid sembahyang Jumaat. Mat Isa tak mampak lagi di majlis fardu yang lain.´

21

(Halaman 82) Mat Isa juga merupakan seorang yang tidak pandai mengawal nafsu diri sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila Mat Isa sering membayangkan tubuh badan anak-anak gadisnya, iaitu Chah dan Hasanah yang boleh dikatakan seksi. Lama-kelamaan, Mat Isa mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan seks dengan Chah kerana sudah bosan dengan isterinya, Jeha. Hal seperti ini memang dilarang sama sekali di sisi agama. Namun, oleh sebab tiada pegangan agama yang kukuh, akhirnya Mat Isa terpengaruh dengan hasutan syaitan lalu menyebabkannya merosakkan anaknya sendiri, Chah dan Hasanah. ³Kadang-kadang Mat Isa renung muka dan tubuh badan Chah lama-lama juga sehingga naik lupa bahawa Chah itu anak daranya sendiri.´ (Halaman 27) ³Di kaca TV pemuda dan pemudi sedang membunuh dajal bertubi-tubi. Dan di atas tikar mengkuang yang beragi indah, di depan tetamu khas yang menetap di bucu rumah itu, Mat Isa bersama-sama

anaknya Chah yang dipimpin hebat oleh para hantu milik masing-masing sempat pula membunuh dajal yang tidak pernah direstui oleh sesiapa kecuali hantu-hantu milik Mat Isa dan hantu-hantu milik Chah.´ (Halaman 102) Chah Chah ialah anak gadis kepada Mat Isa dan Jeha. Chah mempunyai dua orang adik yang masing-masing bernama Hasanah dan Hasan. Chah merupakan seorang pekerja kilang di Sungai Petani. Pada mulanya, dia berulang-alik dari kampung mereka ke tempat kerja. Tetapi, setelah lama bekerja di situ, Chah mengambil keputusan untuk menetap di Sungai Petani dengan alasan lebih mudah untuk turun ke kilang. Chah sering juga balik ke kampung untuk melawat keluarganya. Ibu bapa Chah sedikit sebanyak berbangga dengan kemajuan yang dilihat padanya.

22

Antara perwatakan yang terdapat pada watak Chah di dalam novel ini ialah Chah merupakan seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Semenjak Chah bekerja kilang di Sungai Petani, banyak perubahan yang dia telah bawa kepada keluarga mereka. Dia banyak membeli pakaian baru untuk adik dan ibunya. Selain itu, Chah juga sering mengirim sedikit sebanyak wang kepada keluarganya di kampung. Ini menunjukkan bahawa dia sedar akan tanggungjawabnya terhadap keluarga, apatah lagi Chah merupakan anak sulung keluarga mereka. ³Bertuah sungguh dapat anak macam Chah ini. Dia dah besar panjang dan makan gaji pula di pekan. Dia bukan saja boleh tengok pecan besar tapi juga boleh kirim duit balik sedikit sebanyak. Chah bukan saja ingat pada adik-adiknya Hasanah dan Hassan tapi juga tak lupa pada ayah Chah dan mak Chah. Syukurlah.´ (Halaman 11) Chah juga merupakan seorang yang mudah terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Semenjak dia bekerja di Bandar Sungai Petani itu, banyak perubahan yang telah berlaku kepada dirinya. Perubahan terbesar yang berlaku adalah pada penampilannya iaitu pada cara Chah berpakaian. Chah semakin berani mengenakan pakaian seksi yang dianggap moden dan sesuai dengan peredaran zaman. Chah juga terlalu berfikiran terbuka terhadap hubungan di antara lelaki dengan perempuan. Chah bergaul bebas dengan kaum lelaki di Bandar tempat dia bekerja. Chah juga pernah membawa balik lelaki yang kononnya ingin dikahwininya ke kampung. Selama berada di rumah Chah di kampung, mereka berdua tidur di bilik yang sama. Ini menunjukkan bahawa Chah seorang yang sosial. ³Memang Chah sudah besar panjang sekarang ini. Sekali-sekala balik kampung pun sudahlain sekarang ini. Memang Chah sudah sedia menerima sesiapa saja pun sekarang. Tengok dia pakai sekarang ini sudah cukup yakin diri. Memang Chah sedia menerima sesiapa pun. Tengoklah apabila sekali-sekala Chah balik.Chah pakai seluar ketat. Sama sendat dengan pahanya. Sama sendat dengan punggungnya.
23

Bajunya pun tak ada lengan. Nampaklah sana sini. Kata Chah, di pekan besar begitulah kemajuannya.´ (Halaman 13) ³Di mana saja mereka berdua berada apabila Chah rasa nak hulur bibir, dia hulur sajalah. Senang yang amat sangat. Dan teman jantannya itu pun kokak saja bibir itu. Di dalam bas, dekat telaga belakang rumah, malah sedang tengok TV bersama Mat Isa dan kaum keluarga pun, Chah hulur saja bibirnya apabila terasa nak hulur, dan teman jantannya itu terus saja kokak kuat-kuat macam tak ada apa-apalah.´ (Halaman 81) Selain itu, Chah juga digambarkan sebagai seorang gadis yang tidak berpegang teguh kepada agama. Di dalam novel ini, tidak pernah dinyatakan Chah menunaikan solat atau apa-apa ativiti yang berkaitan agama. Malah, Chah digambarkan sebagai seorang yang hidup di dalam dunia yang jauh bertentangan dengan ajaran agama. Contohnya, Chah sering memakai pakaian yang menjolok mata. Hal ini sememangnya bertentangan dengan ajaran agama Islam kerana Islam mewajibkan kaum wanitanya untuk menutup aurat mereka. Contoh ini sememangnya jelas menunjukkan bahawa Chah tidak mematuhi ajaran agama yang sepatutnya dilakukan oleh semua umat Islam. ³Memang dulu apabila Chah balik seminggu, gamat juga seluruh kampung. Chah balik dengan memakai seluar ketat berwarna merah berjalur biru. Dan kaki seluar ketat itu Cuma sampai di bawah lutut sedikit sahaja. Maka bogellah betis Chah. Memang nampaklah susuk, lurah dan gelung-gelung di sana sini. Memang nampaklah lurah punggung Chah sebab seluar itu memang ketat sungguh pun. Dan baju Chah pun tak ada lengan. Nampaklah ketiak apabila tangan terangkat. Nampaklah bukitbukau dan gunung-ganang Chah. Memang nampaklah sebab memang bajunya begitu.´ (Halaman 25)
24

Selain daripada itu, Chah juga seorang yang mudah menyerahkan tubuhnya kepada kaum lelaki. Setelah beberapa bulan bekerja di kilang skru di Sungai Petani, Chah membawa seorang lelaki mamak balik ke kampung. Lelaki itu sering membawa Chah ke mana-mana sahaja pada hujung minggu. Ada kalanya Chah tidak balik rumah langsung. Setelah berpisah dengan lelaki itu, Chah membawa balik pula seorang lelaki bernama Jefri. Semasa keberadaan mereka di rumah Chah di kampung, mereka berdua tinggal sebilik dan sering melakukan perkara yang tidak senonoh di hadapan keluarga Chah. Antara petikan yang dapat dijadikan bukti perwatakan Chah ini adalah seperti berikut : ³Tapi mamak muda itu tak tinggal lama sebab katanya dia ada kerja mustahak di Kuala Lumpur. Jeha taklah terkejut apa-apa sebab sudahpun diberitahu oleh Chah. Pada hujung minggu mamak itu akan bawa Chah ke mana-mana saja untuk makan angin, kadang-kadang tak balik pun waktu malam. Kalau hujung minggu selalulah Chah dibawa keluar jauh-jauh.´ (Halaman 17) ³Beberapa kali sewaktu semua orang sedang tengok TV, Chah dan Jefri duduk rapat-rapat di sebelah sambil dia pegang aku, aku pegang dia sampai benar-benar bergetah. Mat Isa dan Jeha yang berada di situ selamba sajalah.´ (Halaman 81) Jeha Jeha merupakan isteri kepada Mat Isa dan ibu kepada Chah, Hasanah dan Hassan. Jeha bekerja sebagai petani yang juga suri rumah. Seperti suaminya juga, Jeha digambarkan sebagai seorang yang taat kepada amalan agama pada awal cerita. ³Begitulah kehidupan mak dan ayah setiap hari. Bangun pagi

sembahyang subuh, menyeruk apa yang patut, turun ke tanah buat apa yang patut dibuat, naik ke rumah lagi, sembahyang, makan, turun lagi ke sawah atau ke belukar, naik lagi sembahyang lagi, dan apabila malam
25

tiba, tidur sesudah selesai selerah apa yang patut diselesaikan dan diserahkan.´ (Halaman 2) Jeha juga merupakan seorang isteri yang sangat patuh kepada arahan suami. Segala arahan suaminya tidak pernah diingkari. Sebagai contoh, jika Mat Isa mengarahkannya untuk melakukan sesuatu, Jeha akan terus mematuhi arahan suaminya itu. Contohnya terdapat pada petikan di bawah : ³Waktu itu Mat Isa menjerit kepada Jeha meminta cari apa saja untuk lapik TV. Tak manislah kalau TV diletakkan atas lantai dogol itu saja. Jeha pun naik gelabah.´ (Halaman 59)

Hasanah Hasanah merupakan anak kepada Mat Isa dan Jeha. Hasanan mempunyai seorang kakak bernama Chah dan adik lelaki iaitu Hassan. Hasanah tidak mempunyai kerja sepertimana Chah, dia hanya melakuka kerja-kerja ringan di rumah seperti memasak, membasuh baju dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa semua kerja di rumah dilakukan oleh Hasanah. ³Biasanya apabila Adik San balik dari sekolah pun ayaj dan mak belum balik lagi. Nahlah yang hiding nasi untuk adik San.´ (Halaman 9)

Hassan Hassan merupakan anak bongsu kepada Mat Isa dan Jeha serta adik kepada Chah dan Hasanah. Hassan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah

26

berdekatan kampung mereka. Hassan digambarkan sebagai seorang yang naïf dan masih berjiwa kebudak-budakan. Hal ini ditunjukkan pada dialognya yang memberitahu rakannya bahawa kakaknya akan membelikan mereka sebuah televisyen baru. Petikannya adalah seperti di bawah, ³Tak lama lagi kami aka nada TV di rumah. Besar dan cantik. Dah pun kak Nah siapkan penjuru untuk dia di rumah kami.´ ³Mana dia?´ ³Tak lama lagi datanglah dia.´ ³Sapa kata?´ ³Akulah kata. Sapa nak kata lagi. Kak Chah aku yang beli.´ (Halaman 18)

3.8 Latar
Latar ialah setting atau latar belakang bagi sesebuah cereka. Secara mudah, latar ialah di mana dan bila aksi atau kejadian itu berlaku. Dalam sesebuah cereka, aksi tokoh atau watak yang menimbulkan peristiwa itu berlaku dalam sesuatu ruang dan pada sesuatu masa tertentu. Latar biasanya dapat membantu memperlihatkan suasana cerita. Selain itu, latar juga dapat memperkuatkan jalinan cerita sehingga ia boleh menimbulkan satu penceritaan yang lebih realistic. Menurut S.Othman Kelantan dalam buku Teknik Mengkaji Novel (1987), latar ialah tempat seperti desa atau kota, kamar, rumah, dan sebagainya untuk dijadikan ruang bagi watak-watak bergerak dan berpijak. Latar juga mencakupi persekitaran, suasana, masa dan pemikiran watak dan berfungsi untuk menjelaskan sifat realiti masyarakat. Pendapat ini seiring dengan pendapat Rene Welleck dan Austin Warren dalam buku Theory of Literature (1973) yang menyatakan bahawa selain tempat, latar juga
27

meliputi persekitaran, latar pemikiran yang disebut sebagai ³a state of mind´ dan latar suasana yang mungkin menimbulkan pelbagai bentuk peribadi. Maksud persekitaran ialah keadaan yang mengelilingi kehidupan watak yang mungkin mempengaruhi cara berfikir watak. Latar pemikiran pula dimaksudkan sebagai asas pemikiran yang selalunya menentukan tindak-tanduk watak. Latar suasana pula ialah bagaiman watakwatak akan terbentuk dalam keadaan-keadaan tertentu. Hashim Awang dalam buku Kesusasteraan Melayu Dalam Kritikan dan Sejarah (1984) memberi pengertian latar sebagai latar belakang sesebuah cereka. Latar juga merujuk kepada waktu dan tempat berlakunya sesuatu peristiwa yang melibatkan watak-watak. Secara terperinci, latar merangkumi aspek-aspek seperti peluksian geografi, pemandangan, bangunan, segala macam peralatan dan ciptaan manusia hinggalah perincian yang terdapat dalam sesuatu ruang atau bilk penginapan, kerjaya dan segala tanggungjawab watak, waktu tercetusnya peristiwa, zaman, sejarah yang berkaitan, musim, lingkungan, agama, sosial, pendidikan kebudayaan dan emosi setiap watak, kata Othman Puteh dalam buku Pengisian Dunia Sastera (1993). Dengan adanya latar, sesebuah cerita yang diketengahkan akan lebih menarik dan kelihatan lebih realistik. Latar sebenarnya bertujuan untuk menjelaskan perkaraperkara berkaitan dengan watak mahupun ruang atau tempat terjadinya sesuatu peristiwa dalam novel yang diketengahkan oleh pengarang. Dalam sesebuah novel, kajian latarnya terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar masa atau era, dan juga latar masyarakat. Latar tempat bermaksud lokasi di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Perkara yang paling utama ialah negeri, Bandar, kampung, atau kawasan-kawasan lain yang menjadi fokus pengarang dalam novel. Jika kisahnya berlaku di hutan, bermakna latar tempat bagi cerita tersebut ialah di hutan. Mengikut Shahnon Ahmad dalam buku Gubahan Novel (1989), satu peristiwa atau sesebuah cerita perlu ada tempat di mana hal itu terjadi. Mungkin itu merupakan sebuah negeri, sebuah kota, sebuah kampung, antara desa kota, sebuah kilang, sebuah rumah, sebuah pondok, sebuah kamar, sebuah katil, sehelai tikar, sebuah kerusi, dan sebagainya.
28

Latar masa dikenali juga sebagai latar zaman atau era. Latar ini berkaitan dengan zaman sesuatu peristiwa itu berlaku. Jika kisahnya berlaku pada zaman pendudukan Jepun, bermakna peristiwa tersebut berlaku sekitar awal tahun 40-an. Dalam kajian latar masa juga, kita tidak terlepas daripada membincangkan jarak masa sesuatu peristiwa itu berlaku. Begitu juga penjelasan Shahnon Ahmad dalam buku Gubahan Novel (1989) yang menghuraikan latar masa seperti berikut: ³Masa meliputi zaman cerita itu berlkau seperti masa lampau atau masa kini atau masa depan. Juga waktu-waktu malam, siang, tengah hari, pagi, malam, senja dan sebagainya. Masa ini amat penting dalam hidup kita, malah hidup ini seperti dicorakkan oleh masa. Masa pagi, malam, senja dan sebagainya memberi erti sesuatu dalam hidup kita. Dan ini memberi kesan kepadan novel kita.´ Latar masyarakat pula bermaksud gambaran situasi masyarakat dalam sesebuah novel. Hal ini boleh dirujuk kepada aspek keagamaan, perkerjaan penduduk, kedudukan masyarakat, kaum, dan juga sikap masyarakat yang diketengahkan dalam novel tersebut. Latar masyarakat ialah latar yang memberi gambaran tentang keadaan masyarakat di tempat sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku. Ini termasuklah gambaran tentang keadaan cara hidup mereka, cara mereka berfikir, cara mereka bermasyarakat dan sebagainya yang memperlihatkan keseluruhan peribadi manusiamansia di situ, kata Hashim Awang dalam buku Kesusasteraan Melayu Dalam Kritikan Dan Sejarah (1984).

3.8.1 KAJIAN LATAR NOVEL TIVI 3.8.1.1 Latar Tempat
Tidak banyak latar tempat yang diketengahkan oleh pengarang di dalam novel ini. Nama perkampungan Kebanyakan peristiwa yang berlaku di dalam novel ini
29

bertempat di rumah Mat Isa dan keluarga. Rumah mereka digambarkan sebagai sebuah rumah kampung yang kecil, usang dan tidak berapa kukuh. ³Tapi hari itu mak berada di halaman rumah kami ; sebuah rumah kayu yang kecil sahaja, bertiang delapan dengan lepaunya yang mudah dapat angin, dan dapurnya yang terjongol menghala ke bendang.´ (Halaman 2) Banyak perkara yang terjadi di rumah Mat Isa ini. Di rumah Mat Isa inilah terjadinya peristiwa kedatangan televisyen baharu Mat Isa sekeluarga. ³Akhirnya sampai jugalah ke kepala kampung sesudah menempuh pelbagai ranjau dalam perjalanan atas bendang yang asyik terpokah dan yang bergelung luas-luas itu. Sampai juga di halaman rumah yang kecil dan lama itu. Dinding rumah itu sebahagiannya dinding pelepuh. Hanya bahagian dinding yang lepau sajalah yang menggunakan papan. Itu pun papan payung saja.´ (Halaman 57) Selain itu, peristiwa lain yang terjadi di sini ialah peristiwa Chah dan teman lelakinya bermesra-mesra di dalam bilik di rumah mereka. ³Banyak kali ayah Chah terdengar Chah dan budak jantan sengkek itu ketawa sendirian di bilik sebelah. Dan bilik pun hanya satu itu sajalah. Yang lain bukan bilik sangat. Cuma pakai sekat-sekat dengan tikar sangkut saja. Banyak kali Chah dengan Jefri ketawa sendirian saja.´ (Halaman 81) Di dalam rumah itu jugalah Mat Isa dan isterinya serta anak-anaknya menonton filem lucah yang dibawa balik oleh Chah. Chah beria-ia mengajak keluarganya menonton filem itu dengan menjanjikan kepuasan sepenuhnya.

30

³Apabila malam tiba, entah sesudah azan atau sebelum azan, Mat Isa kurang pasti. Tapi Chah tekan punat TV dan sekaligus punat video, maka keluarlah gambar. Terang-terang dan betul-betul hidup yang amat sangat.´ (Halaman 8)

3.8.1.2 Latar Masyarakat
Tidak banyak kepelbagaian latar masyarakat diketengahkan oleh pengarang di dalam novel ini. Namun begitu, golongan remaja, dewasa dan tua tetap difokuskan oleh pengarang daam novel ini. Watak remaja terdapat pada watak Hassan yang merupakan seorang pelajar sekolah. Watak Hasanah juga boleh dikatakan masih remaja. Watak Chah pula memegang latar masyarakat dewasa yang sudah bekerja di pecan. Golongan masyarakat tua pula terletak pada watak Mat Isa dan Jeha yang merupakan ibu bapa kepada Chah, Hasanah dan Hassan. Latar masyarakat Melayu yang tinggal di kampung memang sungguh jelas digambarkan dalam novel ini. Masyarakat ini masih mengamalkan tradisi bercucuk tanam dan bertani. ³Begitulah kehidupan mak dan ayah setiap hari. Bangun pagi

sembahyang subuh, menyeruk apa yang patut, turun ke tanah buat apa yang patut dibuat, naik ke rumah lagi, sembahyang, makan, turun lagi ke sawah atau ke belukar, naik lagi sembahyang lagi, dan apabila malam tiba, tidur sesudah selesai selerah apa yang patut diselesaikan dan diserahkan.´ (Halaman 2.) Masyarakat ini juga mengamalkan sikap tolong-menolong. Contohnya terdapat pada petikan di bawah :
31

³Kalau kenduri, Mat Isa sehari dua sudah datang untuk menolong itu menolong ini. Kalau sembelih kerbau lembu, Mat Isalah tukang lapahnya. (Halaman 82 ) Selain itu, latar masyarakat yang menerima kemajuan hidup di Bandar juga ada diketengahkan di dalam novel ini. Latar masyarakat ini terdapat pada watak Chah. ³Mereka tak ta ayah. Orang kampung tak tau. Mereka tak pernah ke mana-mana ayah kecuali hujung jalan kampung, kepala jalan kampung saja. Mereka tak pernah pergi ke Sungai Petani, atau Pulau Pinang. Mereka tak tau ayah. Chah saja yang tau sebab Chah kerja di pecan besar.´ (Halaman 26)

3.8.1.3 Latar Masa
Latar masa yang ditunjukkan oleh pengarang di dalam novel ini kurang jelas. Pengarang tiada menunjukkan tahun atau tarikh yang jelas. Namun, pengarang ada menggambarkan beberapa peristiwa yang berlaku pada masa-masa tertentu seperti masa pagi, tengah hari, petang atau malam. Antara peristiwa yang berlaku pada waktu pagi adalah seperti dalam petikan berikut : ³Hassan terus juga ke sekolah pagi-pagi melalui jalan semak, melangkah gelung dan kopak dalam sawah«´ (Halaman 84) ³Mat Isa sebenarnya sudah lama celik kedua-dua belah mata luas pagi itu. Matahari memang pun cepat naik dan pagi itu memang indah menabur
32

cahayanya melalui daun kelapa dan lurah-lurah batang dan ranting pokok. Nampak kelip-kelap cahaya itu apabila angin pula membedal daun-daun dan menggoyahkan pucuk-pucuk. Embun di rumput-rumput yang liar tumbuh di merata-rata tempat. Embun-embun itu masih ada meskipun matahari sudah menggalah tingginya.´ (Halaman 97) Terdapat juga peristiwa yang berlaku pada waktu tengah hari. Contohnya, ³Hari sudah pun meninggi dan matahari sudah hamper berdekatan ubunubun. Cahayanya terik dan pongah tapi Mat Isa masih berada di batas bendang mencerut rumput untuk kewehnya.´ (Halaman 35) Selain itu, pengarang juga menggambarkan peristiwa yang berlaku pada waktu senja. Antara peristiwa yang berlaku pada waktu ini ialah apabila rumah Mat Isa terkena panahan petir yang juga membunuh Hassan. Buktinya, ³Senja kala mulai agak lewat. Azan di balaisah langsung tidak terdengar sebab petir dan kilat sabung-menyabung lagi, bagaikan belum lagi selesai tugas yang diberikan kepadanya. Kali ini rumah condong itu menerima habuan. Dan rumah kecil yang dulunya dikelilingi pokok-pokok indah itu tiba-tiba begitu mudah diranapkan ke bumi.´ (Halaman 114)

33

Pengarang juga tidak lupa memasukkan beberapa peristiwa yang berlaku pada waktu malam. Antara peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah apabila Chah dan keluarga menonton video yang dibawa balik oleh Chah ke rumah mereka. Buktinya, ³Apabila malam tiba, ebtah sesudah azan atau sebelum azan, Mat Isa kurang pasti. Tapi Chah tekan punat TV dan sekaligus punat video, maka keluarlah gambar. Terang dan betul-betul hidup yang amat sangat´ (Halaman 86)

3.9 Plot
Menurut Mohd. Thani Ahmad dalam buku Sejarah Kesusasteraan Melayu (1973), plot dalam pengertian sastera dapatlah dihuraikan sebagai rangkaian daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa yang lain dalam sebuah cerita. Setiap peristiwa dan gerak laku itu pula terjadi berdasarkan hukum sebab akibat sehinggalah ke akhir cerita dan di tengah-tengah antara kedua-duanya terlaksana plot. Hashim Awang dalam buku Pengajian Sastera dan Sosiobudaya (1992) pula menjelaskan plot adalah susunan atau rentetan peristiwa-peristiwa dalam cerita. Peristiwa-peristiwa itu bergerak melalui masa, iaitu bergerak dari suatu masa ke suatu masa yang lain dalam keadaan tersusun dan bersambung-sambung dari permulaan kepada pertengahan, lalu bergerak kepada pengakhiran. Sementara itu, Ali Ahmad dalam buku Asas Menganalisa cereka (1978) menyatakan plot merupakan aksi-aksi yang berkembang dan berhubungan antara satu sama lain. Perkembangan ini dimungkinkan oleh adanya pertentangan antara satu kuasa dengan kuasa yang lain. Danzinger dalam buku An Introduction To Literary Criticism (1961)

mendefinisikan plot sebagai rangkaian kisah tentang peristiwa yang bersebab, dijalin dengan melibatkan konflik atau masalah yang pada akhirnya diberikan peleraian.

34

Berdasarkan beberapa definisi yang telah diberikan, plot bolehlah disimpulkan sebagai susunan atau jalinan peristiwa berdasarkan sebab dan akibat. Ini bermakna, jika cerita dalam sesebuah novel tersebut diketengahkan dari awal sehingga akhir mengikut susunan masa, plotnya bersifat kronologi. Perbincangan bagi aspek plot dalam sesebuah novel lazimnya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pengenalan, bahagian perkembangan, dan bahagian akhiran.

3.9.1 KAJIAN PLOT NOVEL TIVI
Peringkat Permulaan Bahagian pengenalan novel ini dimulakan dengan menceritakan tentang rutin harian Mat Isa dan isterinya Jeha. Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Chah, Hasanah dan Hassan. Pasangan suami isteri ini digambarkan sebagai pasangan yang rajin bekerja di sawah dan kebun kepunyaan mereka. Selalunya, jika cuaca baik, Mat Isa akan berada di batas bendang melakukan apa yang patut. Begitulah juga dengan Jeha, yang juga dikenali sebagai mak Chah. Anak mereka yang sulung, Chah merupakan pekerja di sebuah kilang skru di Sungai Petani. Pada mulanya, Chah berulang-alik dari kampung ke tempat kerjanya. Setelah enam bulan bekerja, Chah mengambil keputusan untuk menetap terus di Sungai Petani dan hanya sekali-sekala balik ke kampung. Chah mengirimkan surat kepada keluarganya di kampung dan mengatakan bahawa aka nada tetamu yang akan bertandang ke rumah mereka. Namun, Chah seakan-akan merahsiakan siapakah tetamu yang dimaksudkannya itu. Mendengarkan berita yang diberitahu oleh Chah itu, keluarganya di kampung pun bertungkus-lumus menyediakan tempat khas untuk tetamu mereka berehat kelak.
35

Mereka sekeluarga nekad untuk menjadikan penjuru tempat Mat Isa dan Jeha bersolat sebagai tempat berehat tetamu Chah itu kelak. Tetamu yang dimaksudkan oleh Chah di dalam suratnya adalah sebuah peti televisyen. ³Seperti biasanya apabila cuaca baik dengan angin tenang dan matahari bermain dengan rancak bersama sinarannya, ayah tak ada di rumah. Adaada sahaja kerjanya bagaikan tulang empat keratnya tidak pernah rehat pun.¶¶ (Halaman 1) ³Begitulah kehidupan mak dan ayah setiap hari. Bangun pagi

sembahyang subuh, menyeruk apa yang patut, turun ke tanah buat apa yang patut dibuat, naik ke rumah lagi, sembahyang, makan, turun lagi ke sawah atau ke belukar, naik lagi sembahyang lagi, dan apabila malam tiba, tidur sesudah selesai selerah apa yang patut diselesaikan dan diserahkan.´ (Halaman 2) ³Hari itu surat kak Chah datang. Pendek saja surat itu. Ada tetamu nak datang ke rumah, kata kak Chah dalam surat itu. Ayah dan mak terimalah tatamu itu. Kalau ada masa kak Chah akan balik membawa tetamu itu, tapi kalau tak ada masa, tetamu itu datang sendirilah ke rumah kami. Dan kak Chah berpesan sangat-sangat supaya ayah dan mak menerima tetamu itu.´ (Halaman 4)

Peringkat Perkembangan Bahagian ini menampilkan perasaan keluarga Chah yang sangat teruja menanti kehadiran televisyen baru mereka. Adik lelaki Chah, Hassan dengan gembiranya memberitahu rakan baiknya bahawa kakaknya akan membelikan mereka sebuah
36

televisyen dan selepas ini mereka tidak perlu lagi pergi ke rumah Tok Penghulu untuk menonton televisyen. Mereka sekeluarga sudah mula mengalihkan segala benda yang ada di penjuru tempat televisyen baru mereka akan diletakkan. Dalam pada itu, Chah sering balik ke kampung dengan penampilan baru iaitu berpakaian menjolok mata dan tidak menutup aurat. Hal ini menyebabkan penduduk kampung mula mengata Chah. Namun Chah tidak memperdulikan kata-kata orang kampung. Malah, dia turut mengajar ibu dan adiknya berhias kerana menurut Chah, orang perempuan mesti sentiasa kelihatan cantik. Walaupun penduduk kampung banyak yang mengata Chah, namun Mat Isa tetap berasa bangga dengan kemajuan yang telah dicapai oleh anaknya. Mat Isa juga berharap agar Hasanah dan Hassan akan mengikut jejak langkah kakak mereka bekerja di Bandar. ³Penjuru di sebelah matahari jatuh itu tak boleh diganggu lagi. Datang saja dia, di situlah takhtanya. Oleh itu mestilah bersih, mesti kemas, mesti tak ada habuk apa-apa.´ (Halaman 21) ³Mat Isa pada mulanya naik segan dan serba tak kena juga saginya tapi apabila Chah menerangkan semuanya, Mat Isa berfikir juga. Mak Chah pun berfikir juga. Chah pergi kerja buat skru di kilang. Chah balik kampung dan apabila Chah balik, Chah bawa balik macam-macam. Tiap bulan pula Chah hantar duit balik. Ada kala lima puluh ringgit dan adal kala lebih daripada itu.´ (Halaman 27) Konfliks Bahagian konfliks novel ini berkisar tentang kedatangan televisyen baru yang dibeli oleh Chah ke rumah keluarganya di kampung. Setelah menempuhi pelbagai rintangan di dalam perjalanan menuju ke rumah Mat Isa, akhirnya televisyen itu sampai
37

juga dengan selamatnya. Televisyen itu dihantar oleh seorang lelaki Cina yang memang tugasnya menjual televisyen. Konflik dalaman berlaku apabila Mat Isa berperang dengan perasaannya sendiri kerana dia sudah naik bosan dengan respons yang sama selalu diberikan oleh isterinya jika dia inginkan sesuatu. Mat Isa semakin mengalami konfliks apabila dia mula didatangi oleh bayangan tubuh badan anak-anak gadisnya yang mengiurkan.

³Akhirnya sampai jugalah ke kepala kampung sesudah menempuh pelbagai ranjau dalam perjalanan atas batas bendang yang asyik terpokah dan yang bergelung luas-luas itu. Sampai jugalah di halaman rumah yang kecil dan lama itu.´ (Halaman 57) ³Itulah sekarang ini apabila setahun berlalu, Mat Isa naik bosan juga kalau yang itu saja yang ada. Itulah kadang-kadang bukan dia tidak ingat pada bibir Chah atau bibir Nah. Mat Isa ingat juga dan lantas berperang seorang diri. Namun dia cepat-cepat mengalah waktu itu sebab dalam perperangan itu, dia sedar Chah dan Nah bukan bininya tapi anak daranya sendiri.´ (Halaman 75)

Klimaks Unsur klimaks novel ini muncul apabila Chah pulang ke kampung dan membawa sebuah filem video untuk ditonton bersama keluarganya. Chah menjanjikan kepuasan sepenuhnya kepada keluarganya tentang filem yang akan ditonton oleh mereka nanti. Cerita yang dibawa oleh Chah ini ialah sebuah cerita lucah. Mereka sekeluarga
38

menonton filem itu pada suatu malam. Namun, apabila aksi-aksi di dalam filem itu sampai kepada aksi kemuncaknya, Chah yang berasa bersalah telah bertindak mencabut pemain video itu keluar. Seluruh isi keluarganya berasa terkejut dan tidak dapat tidur nyenyak kerana belum mengetahui akhir filem itu tadi. Keesokan harinya, Mat Isa yang masih belum puas hati kerana belum menonton pengakhiran cerita tersebut bertindak mengejutkan Chah dari tidurnya. Pada masa itu, ahli keluarga mereka yang lain tidak berada di rumah. Maka, Chah menurut permintaan ayahnya dan mereka menonton video itu bersama-sama. Oleh kerana menjadi teransang setelah menonton filem itu, Mat Isa menjadi lupa bahawa Chah adalah anak gadisnya. Mat Isa lalu bertindak melakukan hubungan seks dengan anaknya sendiri, dengan kerelaan Chah. Sedang mereka asyik µberperang¶ sesame sendiri, mereka dikejutkan oleh suara Jeha di kepala tangga yang dimasuki seekor pacat. Jeha tidak tahu-menahu tentang adegan yang baru sahaja berlaku di dalam rumahnya sebentar tadi. ³Kata kak Chah dia akan balik membawa bersama mesin video. Apa benda itu pun kurang pasti tapi kata kak Chah, benda itu boleh dipasang pada TV yang sedia ada di rumah dan darinya akan keluar gambargambar yang lebih baik dan seronok.´ (Halaman 85) ³Di kaca TV pemuda dan pemudi sedang membunuh dajal bertubi-tubi. Dan di atas tikar mengkuang yang beragi indah, di depan tetamu bucu rumah itu, Mat Isa bersama-sama para hantu milik masing-

khas yang menetap di

anaknya Chah yang dipimpin hebat oleh

masing sempat pula membunuh dajal yang tidak pernah direstui oleh sesiapa kecuali hantu-hantu milik Mat Isa dan hantu-hantu milik Chah.´ (Halaman 102)

39

Perleraian Pada bahagian perleraian novel ini, Mat Isa dikatakan turun ke tanah untuk mencari lembu dan kerbaunya yang hilang. Mat Isa kemudiannya duduk di jemuran rumahnya sambil menatap sekeliling rumahnya. Tiba-tiba, muncul anaknya, Hasanah yang menuju ke telaga untuk mandi. Mat Isa merenung anaknya itu lama-lama dan menatap lenggokan tubuh anak gadisnya itu. Ini menyebabkan nafsu Mat Isa naik dan dia bertindak mengekori Hasanah ke telaga. Hujan mulai turun. Pada masa yang sama, Jeha dan Hassan sedang asyik menonton televisyen di rumah. Di telaga berdekatan dengan rumah mereka, Mat Isa bertindak merogol Hasanah yang merupakan darah dagingnya sendiri. Kilat sabung-menyabung dan tiba-tiba sebuah halilintar telah memanah Mat Isa dan Hasanah serta-merta. Mereka anak-beranak dengan sertamertanya menjadi mayat. Ibu Chah yang terkejut mendengar bunyi perit yang kuat dari telaga kemudiannya meluru ke telaga untuk melihat kejadian yang berlaku di sana. Dalam perjalanan menuju ke telaga, mak Chah pula dipanah petir dan dengan serta-merta menjadi mayat. Di dalam rumah mereka pula hanya tinggal Hassan. Hassan cuba menyelamatkan televisyen mereka daripada dipanah petir. Namun, nasib buruk juga menimpa Hassan yang juga dipanah petir . Petir itu juga telah meranapkan rumah mereka. Hanya Chah yang terselamat dari dipanah petir. Chah terus hidup bergelumang di dalam kancah dosa. ³Dan waktu Hasanah melangkah bendul dogol dan kemudian pijak jemuran turun memijak tangga silang, hantu Mat Isa memamah dagingdaging pejal Hasanah yang sudahpun rajin sangat sekarang ini melonjaklonjak tubuh. Kedua-dua belah mata hantu Mat Isa menojah ke dalam sampai entah ke mana. Jauh dan dalam sekali.´ (Halaman 110)

40

³Pada kala itulah lagi sekali, kilat dan Guntur membelah langit dan angkasa serta sekali lagi memanah batu lintarnya. Dan kali ini sasarannya bukan lagi memalui sebarang pucuk kelapa tetapi terus menuju ke tubuh mah Chah. Dan seperti dihempuk batu besar, tubuh mak Chah berkecai menjadi mayat.´ (Halaman 113) ³Senja kala mulai agak lewat. Azan di balaisah langsung tidak terdengar sebab petir dan kilat sabung-menyabung lagi, bagaikan belum lagi selesai tugas yang diberikan kepadanya. Kali ini rumah condong itu menerima habuan. Dan rumah kecil yang dulunya dikelilingi pokok-pokok indah itu tiba-tiba begitu mudah diranapkan ke bumi.´ (Halaman 114)

3.9.2 Pendapat Tokoh Tentang Teknik Plot
Ramli Isin dalam buku Memperkatakan Tiga Genre (1985) mendefinisikan dialog sebagai perbualan atau percakapan, sama ada secara lisan ataupun tulisan dan ia tergolong ke dalam unsur bahasa. Gaya bahasa ini lazimnya dilakukan sekurangkurangnya oleh dua orang watak atau lebih, sama ada antara watak utama dengan watak kedua ataupun dengan watak sampingan. Menurut Umar Junus dalam bukunya Stilistik: Satu Pengantar (1989) menerangkan bahawa monolog adalah lawan kepada dialog. Monolog adalah salah satu daripada unsur bahasa yang digunakan dlaam karya-karya kesusasteraan. Menurut S.Othman Kelantan dalam bukunya Teknik Mengkaji Novel (1985), monolog dalaman merupakan ucapan watak yang digambarkan secara dalaman atau internal life atau ucapan tanpa pendengar dan ucapan yang tidak dituturkan secara percakapan dialog atau juga disebut sebagai pemikiran yang hanya berada di dalam ingatan semata-mata. Di samping itu, monolog dalaman juga merupakan tumpuan kepada keseluruhan kesedaran watak yang menggambarkan sesuatu pemikiran yang

41

lebih tersusun dan lebih tajam serta memperlihatkan ³pusat´ pemikiran watak dalam perkataan bukan imej.

3.9.2.1 KAJIAN TEKNIK PLOT NOVEL TIVI
Teknik Plot Di dalam novel ini, pengarang menggunakan teknik imbas muka. Imbas muka merupakan bayangan terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang belum berlaku. Di dalam novel ini, terdapat contoh-contoh imbas muka, iaitu : ³Orang-orang putih itu memang lawa-lawa, dan putih-putih belaka. Mat Isa kerap juga menelanjangi mereka dalam khayalannya dan apabila tiba pada detik dan babak seumpama itu, macam-macamlah datang ke dalam ingatannya.´ (Halaman 32) Imbas kembali merupakan lintasan semula terhadap peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam urutan plot novel. Dalam novel ini terdapat beberapa contoh imbas kembali, iaitu : ³Mak Chah masih ingat lagi. Ayah Chah yang mengajaknya. Ayah Chah hulur muka untuk tampan hidung Mak Chah. Mak Chah faham sangatlah sebab begitulah pun gambar datang dalam TV. Mak Chah tak beri hidungnya. Dia beri pipinya. Ayah Chah merajuk. Nampak sangatlah rajukannya itu. Ayah Chah tak pernah berperangai begitu sebelum ini.´ (Halaman 75) ³Dulu Mat Isa dikenali dengan basikal tuanya itulah. Ada basikal tua itu adalah Mat Isa. Kalau kenduri, Mat Isa sehari dua sudah datang untuk menolong itu menolong ini. Kalau sembelih kerbau lembu, Mat Isalah tukang lapahnya. Tapi sekarang ini Mat Isa sudah tak ada lagi.´
42

(Halaman 82)

Teknik dialog semangnya banyak digunakan oleh pengarang di dalam novel ini. Antara contoh penggunaan dialog di dalam novel ini ialah : ³Tak lama lagi kami aka nada TV di rumah. Besar dan cantik. Dah pun kak Nah siapkan penjuru untuk dia di rumah kami.´ ³Mana dia?´ ³Tak lama lagi datanglah dia.´ ³Sapa kata?´ ³Akulah kata. Sapa nak kata lagi. Kak Chah aku yang beli.´ (Halaman 18) Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik monolog. Teknik monolog bermaksud pertuturan atau rungutan yang dilahirkan oleh seseorang watak yang selalunya tidak disambut oleh watak lain. Antara contoh penggunaan teknik monolog di dalam novel ini adalah seperti berikut : ³Mereka ada telinga tapi mereka Cuma mendengar bebek kambing dan kuak kerbau saja. TV pun mereka tak pernah tengok. Kalau mereka tengok TV tentu lainlah mereka itu, sebab dalam TV semua ada kemajuan. Nanti bila Chah bawa balik TV ke rumah kita kelak, ayah dan mak pun hairan. Yang Chah pakai ini hal biasa saja ayah. Tak songsang pun ; malah kalau kita pakai kain gumpal naik sampai kepala lutut itulah yang songsang. Yang kita di kampung ini pakai kain ikat kepala sampai tak ingat apa-apa lagi itulah yang songsang. Mereka itu sangat-sangat tak tahu, ayah. Betul-betul mereka tak tau.´ Mat Isa berfikir juga. Mah Chah pun berfikir juga.´ (Halaman 27)
43

³Lu olang jaga butut-butut. Yatuh itu tibi dalam itu selut. Nanti dia punya gambar tak mau keluar tau!´ Mat Isa dan keluarga bimbang yang amat sangat. (Halaman 56) Terdapat teknik pemerian yang digunakan oleh pengarang di dalam novel ini. Antaranya ialah teknik pemerian tentang latar tempat dan juga teknik pemerian mengenai watak dan perwatakan. Teknik pemerian mengenai latar tempat dalam novel ini ialah : ³Tapi hari itu mak berada di halaman rumah kami ; sebuah rumah kayu yang kecil sahaja, bertiang delapan dengan lepaunya yang mudah dapat angin, dan dapurnya yang terjongol menghala ke bendang.´ ( Halaman 2) ³Rumah kami hanya ada satu bilik saja. Itu pun bilik yang disekat-sekat dengan pemidang buluh saja ; bukan bilik yang sebenar. Rumah kami tak ada bilik pun.´ (Halaman 7) Teknik pemerian tentang watak dan perwatakan terdapat pada watak Chah. Contohnya, ³Apabila sudah agak enam bulan bekerja, Kak Chah tak lagi naik van dan turun van. Kak Chah pindah ke Sungai Petani tinggal bersama-sama kawan-kawan sekilang, katanya. Dan setiap kali Kak Chah balik, banyaklah yang diceritakannya. Kemudian Kak Chah menulis surat sebab tak sempat balik lagi. Kak Chah banyak kerja. Kata Kak Chah kilang itu kilang buat skru. Macam-macam skrulah sehingga tak ada masa nak balik kampung.´ (Halaman 3)

44

Unsur saspens dikenali juga sebagai ketegangan. Pembaca tertanya-tanya kisah yang akan berlaku seterusnya di dalam novel ini. Unsur saspens dalam novel dijalin dengan menarik oleh pengarang. Dari peringkat awal lagi, pembaca sudah didedahkan dengan unsur saspens iaitu apabila Chah mengirimkan surat kepada keluarganya di kampung dan mengatakan bahawa ada tetamu yang akan bertandang ke rumah mereka tidak lama lagi. Namun Chah seakan-akan merahsiakan siapakah tetamu itu. Hal ini menyebabkan pembaca berasa ingin tahu tentang perihal tetamu Chah itu. Contohnya, ³Hari itu surat kak Chah datang. Pendek saja surat itu. Ada tetamu nak datang ke rumah, kata kak Chah dalam surat itu. Ayah dan mak terimalah tatamu itu. Kalau ada masa kak Chah akan balik membawa tetamu itu, tapi kalau tak ada masa, tetamu itu datang sendirilah ke rumah kami. Dan kak Chah berpesan sangat-sangat supaya ayah dan mak menerima tetamu itu.´ (Halaman 4) Unsur saspens juga terdapat pada peristiwa Chah yang pulang membawa

mesin pemain video dan mengatakan bahawa dia akan mengajak keluarganya menonton filem yang menarik pada malam itu. Keluarganya tertanya-tanya apakah gerangan filem yang dimaksudkan oleh Chah itu. Buktinya, ³Kata kak Chah dia akan balik membawa bersama mesin video. Apa benda itu pun kurang pasti tapi kata kak Chah, benda itu boleh dipasang pada TV yang sedia ada di rumah dan darinya akan keluar gambargambar yang lebih baik dan seronok.´ (Halaman 85) ³Mat Isa pernah dengar juga video itu tapi tak pernah tengok. Entah binatang apa.´ (Halaman 85)

45

3.10 Gaya Bahasa
Gaya bahasa bermaksud cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang pengarang untuk menyampaikan tema, persoalan-persoalan, latar, dan pelbagai aspek lain dalam novel. Gaya bahasa turut memainkan peranan penting untuk memastikan sesebuah novel ini menarik atau tidak. Gaya bahasa yang kurang menarik sudah tentu akan membosankan pembaca dan begitulah sebaliknya. Suatu hakikat yang harus disedari dan difahami ialah gaya bahasa mempunyai pertalian yang amat akrab dengan ilmu linguistik. Menurut Mana Sikana dalam bukunya Kritikan Sastera: Pendekatan dan Teori (1986), gaya bahasa ialah: ³Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Ia bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana keberhasilan seseorang pengarang itu mengolah bahasa yang sesuai sebagai penerapan karya kreatif yang bersifat imaginatif, figurative, dan simbolik yang mampu mengukuhkan pemikiran.´ Keris Mas dalam bukunya Perbincangan Gaya Bahasa Sastera (1990) menyatakan gaya bahasa sebagai: ³...meliputi kebahasaan yang menimbulkan rasa khusus yang mengandungi estetik. Termasuk dalam manipulasi ini ialah pemilihan kata, pemilhan struktur sintaksis, pemakaian dan pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa kiasan dan penggunaan pola konvensional yang dipermoden dan sebagainya....´ Terdapat banyak jenis gaya bahasa yang biasa kita jumpa di dalam sesebuah karya sastera. Antaranya gaya bahasa yang biasa kita jumpa ialah personifikasi. Menurut Safian Hussain dalam buku Sejarah Kesusasteraan Melayu (1981), personifikasi adalah satu unsur dalam kesusasteraan yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat-sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan mahupun tindak-tanduk lainnya kepada objek mati atau kepada binatang atau benda-benda rekaan sebagai mempunyai peribadi, kecergasan fikiran dan emosi seseorang manusia.
46

Penggunaan simile juga banyak terdapat di dalam karya sastera. Henry Guntur Tarigan dalam buku Berbicara Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa (1983) menyatakan penggunaan unsur gaya bahasa simile atau perbandingan, tidak sebanyak personifikasi tetapi telah turut memberi sumbangan terhadap kerjayaan dan kekuatan bahasa novel. Simile berasal daripada bahasa asing yang bemaksud ³seperti´. Perbandingan yang dilakukan ialah secara eksplisit dan dijelaskan melalui penggunaan kata ³seperti´, ³ibarat´, ³bak´ ³sebagai´, ³umpama´, ³laksana´, ³penaka´ dan ³serupa´.

3.10.1 KAJIAN GAYA BAHASA NOVEL TIVI Pengarang banyak menggunakan unsur-unsur perulangan di dalam novel ini. Antara contoh perulangan di dalam novel ini adalah seperti pada petikan-petikan berikut, ³Dan burung berterbangan. Dan kerbau berkubang. Dan lembu pun terus menghidu juga.´ (Halaman 1) ³Tiba-tiba. Dan memang tiba-tibalah terjadinya. Tiba-tiba Jeha sudah berada di kepala tangga bersama-sama Hasanah.´ Halaman 102 ³Chah yang patut dipanah petir. Chah yang patut masuk ke dalam bumi dihenyak oleh batu lintar itu. Chah yang patut kena petir itu sebab Chah yang membawa pulang TV dan menetap di bucu rumah.´ (Halaman 116)

47

Pengarang juga menggunakan gaya bahasa simile di dalam novel ini. Contohcontohnya terdapat pada petikan di bawah : ³Dadanya itu besar yang amat sangat sampai mak Chah terasa macam tak padan dengan badan Chah.´ (Halaman 79) ³Waktu Mat Isa sedang melangkah macam bapa beruk menuju telaga petang yang gamat dengan pelbagai bunyi itu, bersama-sama hantuhantunya, petir dan halilintar telah pun bersedia menunggu ketika sebab sudah pun ada tanda-tandanya.´ (Halaman 116) Selain itu, pengarang juga banyak menggunakan sinkof iaitu singkatan perkataan di dalam novel ini. Antara contoh-contoh penggunaan sinkof di dalam novel ini adalah seperti yang berikut : ³Kak Chah tak cerita panjang lebar tentang tetamu ini ± bagaikan Kak Chah hendak rahsiakan pula. Siapa tetamu pun tak tahu.´ (Halaman 6) ³Kak Chah sengaja nak kejutkan ayah dan mak barangkali.´ Halaman 6 ³Mereka tak tau ayah. Orang kampung tak tau.´ (Halaman 26) ³Fasal kaulah, Chah. Mereka kata songsang. Chah tak manis lagi pakai macam tu.´ (Halaman 26)

48

Unsur personifikasi juga ada digunakan di dalam novel ini. Antara contoh penggunaan personifikasi adalah pada petikan di bawah : ³Penjuru di sebelah matahari jatuh itu tak boleh diusik oleh sesiapa lagi.´ (Halaman 21)

3.11 Nilai dan Pengajaran
Kajian mengenai aspek nilai dalam sesebuah novel adalah mengenai nilai-nilai kemanusiaan dan juga nilai kemasyarakatan. Kajiannya adalah meliputi nilai-nilai positif sahaja seperti tolong-menolong, kasih saying, bertanggungjawab, kerajinan dan sebagainya. Segala nilai ini dapat diselami menerusi watak-watak tertentu dan peristiwa-peristiwa yang melibatkan watak dalam sesebuah novel. Pengajaran pula bermaksud mesej atau amanat yang hendak disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Pengajaran juga dapat dikesan menerusi tindakantindakan watak dalam sesuatu peristiwa dalam novel tersebut.

3.11.1 KAJIAN NILAI DAN PENGAJARAN NOVEL TIVI
Menerusi novel Tivi karya Shahnon Ahmad ini, nilai yang dapat kita terapkan ialah nilai kepercayaan kepada Tuhan. Kita haruslah menerapkan nilai kepercayaan kepada Tuhan di dalam hidup kerana Tuhan adalah Pencipta segala makhluk yang ada di dunia ini. Kita tiada apa-apa jika tiada Tuhan. Pada awal cerita di dalam novel ini, keluarga Mat Isa dikatakan tidak pernah meninggalkan amalan agama. Mat Isa dan anaknya Hassan tidak pernah tinggal untuk ke masjid bersembahyang Jumaat. Namun, setelah mereka mempunyai televisyen sendiri di rumah, segalanya berubah. Segala amalan agama yang diterapkan selama ini tidak lagi mereka lakukan. Hal ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Tuhan. Mereka
49

kalah dengan hasutan syaitan yang membawa kepada kehancuran. Akhirnya, mereka sekeluarga mati dipanah petir. Nilai kedua yang patut kita amalkan ialah nilai bertanggungjawab. Sebagai ketua keluarga, kita haruslah menjalankan kewajipan terhadap keluarga. Mat Isa yang merupakan ketua keluarga tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, malah, dia telah merosakkan kedua-dua anak perempuannya dengan bersumbang mahram mereka. Ini menunjukkan bahawa Mat Isa telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Dia telah jauh terpesong dan lebih mementingkan nafsu. Selain itu, kita juga seharusnya mengamalkan nilai harga diri. Nilai ini sangat penting kerana ia harga diri merupakan tiang di dalam hidup seseorang. Jika harga dirinya musnah, maka musnahlah hidupnya. Hal ini terjadi di dalam watk Chah. Chah sudah terlalu jauh terpesong dengan gaya hidup orang Bandar yang dikatakan serba moden sehingga dia telah mengabaikan harga dirinya sebagai seorang perempun Melayu. Chah bergaul bebas dengan orang lelaki dan berpakaian menjolok mata. Hal ini telah menjatuhkan maruahnya di mata masyarakat kampung. Antara lain nilai yang patut kita amalkan melalui novel ini ialah nilai kasih sayang. Seorang bapa yang menyayangi anaknya tidak akan pernah cuba untuk merosakkan hidup anaknya sendiri. Di dalam novel ini, watak Mat Isa dikatakan selalu membayangkan perkara-perkara tidak elok tentang anak gadisnya, iaitu perkara yang boleh menimbulkan nafsunya sendiri. Sebagai seorang bapa, adalah tidak wajar jika dia mempunyai bayangan seperti itu dengan anaknya sendiri, apatah lagi merogol anak mereka sendiri. Mat Isa ternyata tidak mempunyai nilai kasih sayang terhadap anakanak. Malah, dia telah merosakkan kedua-dua anak perempuannya sendiri.

50

Rumusan
Kemahiran bertutur merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua orang. kita boleh menuturkan sesuatu ujaran dan dalam masa yang sama menginterpretasikan dan memahami bunyi ujaran orang lain yang kita dengar. Penguasaan bahasa dalam kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur, iaitu bermula daripada kemahirannya mendengar pertuturan orang di sekitarnya. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia merupakan penginterpretasian ujaran, iaitu proses yang membolehkan indiviidu memahami dan menelah ujaran yang didengar. Dengan kata lain, kemahiran bertutur berlaku pada peringkat produksi atau pelahiran. Bagi analisis novel pula, novel Tivi karya Shahnon Ahmad ini banyak member ikhtibar kepada pembaca-pembacanya. Setiap peristiwa yang terjadi di dalam novel ini meninggalkan kesan yang amat mendalam ke dalam jiwa pembacanya. Ia mengajar kita supaya dapat mengawal perasaan dan sentiasa taat kepada ajaran agama.

51

Refleksi
Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia. Pertama sekali, saya Rabiah Wong berasa bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya dapat saya menyiapkan kerja kursus pendek bahasa Melayu 2 ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bahasa Melayu 1 saya iaitu Encik Shamsudin Abu Bakar. Beliau telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dan panduan perlaksanaan tugasan ini. Dalam kerja kursus ini, kami telah diarahkan untuk membincangkan tetang faktor-faktor yang mempengaruhi pertuturan manusia dan juga membuat analisis novel. Saya juga semakin memehami tentang kepentingan menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kuasa bahasa Melayu tidak pernah tenggelam, sebaliknya terus semarak dan relevan sebagai bahasa ilmu yang ditutur oleh lebih 300 juta insan di seluruh dunia. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman di dalam membuat analisis novel, namun saya telah mencuba sedaya-upaya untuk melakukan yang terbaik untuk

menyempurnakan kerja kursus ini. Saya banyak mencari rujukan di perpustakaan dan tidak kurang juga rujukan dari internet. Secara kesimpulannya, saya telah banyak mendapat ilmu tentang kesusasteraan bahasa Melayu sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Saya berharap agar saya akan mendapat lebih banyak ilmu tentang bahasa Melayu sepanjang saya mengambil bahasa Melayu sebagai subjek minor saya di IPG Kampus Ipoh ini. Saya juga berasa bangga kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktunya. Sekian, terima kasih.

52

Lampiran
Sinopsis Novel Tivi Mat Isa dan keluarganya merupakan masyarakat Melayu kampung biasa yang masih mengamalkan aktiviti pertanian sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Melayu lain pada masa itu. Mat Isa mempunyai seorang isteri bernama Jeha dan tiga orang anak yang bernama Chah, Hasanah dan Hassan. Anak Mat Isa yang sulung, iaitu Chah bekerja di sebuah kilang skru di Sungai Petani. Chah sering juga pulang ke kampung melawat keluarganya. Pada suatu hari, Chah mengirimkan surat kepada keluarganya menyatakan bahawa dia ingin membelikan keluarganya sebuah televisyen. Seluruh isi keluarganya sangat teruja dengan berita yang Chah sampaikan itu. Sementara menanti kedatangan televisyen itu, keluarganya di kampung telah menyediakan satu penjuru khas untuk meletakkan televisyen itu kelak. Penjuru itu dahulunya adalah tempat bersembahyang Mat Isa dan Jeha. Segala alat-alat yang mereka gunakan untuk bersembahyang telah dialihkan dari penjuru itu termasuklah tasbih, al-Quran dan sejadah. Setelah kedatangan televisyen baru mereka, keluarga Mat Isa menjadi kera sumbang dan tidak lagi bergaul dengan masyarakat kampung. Mereka hanya berada di dalam rumah dan menonton televisyen sahaja. Pada suatu hari, Chah pulang ke kampung membawa sebuah pemain video untuk ditonton bersama keluarganya. Video itu merupakan video lucah. Setelah menonton filem itu, ayah Chah menjadi semakin buas dalam mencari mangsa tempat melepaskan nafsunya kerana dia sudah naik bosan dengan Jeha. Hal ini menyebabkan terjadinya sumbang mahram di antara Mat Isa dan anaknya sendiri, Chah dan hal ini terjadi dengan kerelaan Chah sendiri. Tidak cukup dengan itu, Mat Isa juga telah merogol anak gadisnya yang kedua isitu Hasanah di tepi telaga ketika Hasanah sedang mandi. Tiba-tiba, halilintar dan kilat yang sabung-menyabung telah membunuh Mat Isa dan Hasanah di tepi telaga itu juga, lau kedua-duanya menjadi mayat. Jeha dan Hassan juga turut mengalami nasib yang serupa iaitu dipanah petir. Chah tidak lagi memperdulikan hal keluarganya di kampung dan terus hidup di dalam kancah dosa.

53

Biodata Pengarang : Shahnon Ahmad Shahnon Ahmad sebagai pengarang tidak payah diperkenalkan lagi dalam kesusasteraan Melayu. Beliau bukan sahaja terkenal kerana novelnya Ranjau

Sepanjang Jalan dan Rentong, atau kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya untuk bersastera sematamata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran. Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Dan inilah salah satu sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya. Pendidikan awal yang diterimanya ialah di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V dalam tahun 1946. Kemudian beliau melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, hingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau menjadi guru dan mengajar di Grammer English School, Kuala Terengganu pada tahun 1954. Dari tahun 1955 hingga tahun 1956, beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson, Negeri Sembilan. Satu kemalangan telah menyebabkan beliau berhenti daripada

lapangan tentera dan bertugas semula sebagai guru dan mengajar bahasa Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah dari tahun 1957 hingga tahun 1959
54

Pada tahun 1960, Shahnon menjadi guru bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1963. Kemudian beliau berpindah ke Jenan, mengajar sastera di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim hinggalah ke tahun 1967. Pada tahun 1968, beliau berangkat ke Canberra, Australia dan bertugas sebagai pegawai penyelidik di Australian National University (ANU). Beliau mengambil

kesempatan itu untuk terus menuntut di ANU sehingga memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1971. Sekembalinya ke tanah air, Shahnon menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dan tidak lama selepas itu, ditawarkan berkhidmat di Universiti Sains Malaysia sebagai pensyarah dalam tahun 1974. Di

sinilah beliau memperoleh Sarjana Sastera pada tahun 1975. Shahnon kemudiannya dilantik menjadi Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan sejak awal tahun 1979. Mulai Jun 1980, Shahnon dilantik sebagai Profesor Sastera Universiti Sains Malaysia. Pada tahun 1982, Shahnon dilantik pula menjadi profesor penuh di universiti yang sama. Kemudian Shahnon dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia. Shahnon Ahmad dalam kesusasteraan Melayu moden merupakan tokoh penulis yang penting dan yang amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam majalah Mastika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutama cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Walaupun Shahnon telah meneroka hampir kesemua bidang penulisan, tetapi beliau mengaku bahawa menulis puisi dan drama dirasakannya amat canggung. Kekuatan beliau ternyata terletak dalam penulisan cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan. Beliau mulai giat menulis dan mulai terkenal sejak tahun 1956 lagi iaitu dengan tulisannya yang berbentuk cerpen, esei, dan kritikan. Persoalannya yang dapat dilihat melalui cerpen-cerpennya pada peringkat awal ialah persoalan yang berunsur sinis dan seks. Cerita-cerita yang dikemukakan lebih banyak menyingkap penderitaan manusia desa dan kehidupan di kota-kota. Tidak lama kemudian Shahnon menjadi lebih

terkenal sesudah menghasilkan novel pertamanya berjudul Rentong pada tahun 1965. Rentong merupakan novel Shahnon yang amat jelas menunjukkan bakatnya yang besar sebagai novelis. Sesudah menghasilkan novel keduanya berjudul Terdedah,
55

Shahnon melahirkan pula Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar, dan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Novel ini telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983. Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong dapat dianggap sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Ranjau Sepanjang Jalan telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah

menempatkan novel ini sebagai satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Shahnon menggemari karya beberapa orang penulis luar negeri, antaranya termasuklah karya-karya Pramoedya Ananta Toer dan Patrick White. kehidupan desa yang diutarakannya. Konsep perjuangan Shahnon terlihat dalam kebanyakan tulisannya dan konsepnya ini pula pernah dilahirkannya dalam kata alu-aluannya pada sebuah antologi puisi GATRA, Kebangkitan, berbunyi: Kami adalah bangsa Melayu, dalam perjuangan menegakkan identiti melalui sastera. Daripada riwayat hidup Shahnon, kita sekali gus dapat mengenal latar belakang novel-novel yang dihasilkannya. Melalui Rentong misalnya kita melihat bahawa Karya-karya

Pram digemari kerana kekuatan bahasanya sementara karya Patrick White kerana

Shahnon cuba menganalisis masyarakat desa yang amat memerlukan pembangunan. Shahnon Ahmad melahirkan simpatinya yang melimpah terhadap perjuangan kaum tani yang miskin di kampungnya Banggul Derdap. Terdapat kepadatan teknik dan isi yang baik dalam beberapa buah novelnya dan pembaca dapat merasakan keharuan daripada konflik-konflik yang dilalui oleh watak-watak seperti Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma. Kekuatan Shahnon dalam karya-karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman yang berhasil menangkap segala konflik jiwa orang kampung. Dalam mengabdikan kehidupan desa yang menjadi sebahagian daripada
56

kehidupannya, lukisan-lukisan alam dan suasana Banggul Derdap menjadi hidup dan bererti. Suatu keistimewaan yang kita dapati dan nyata daripada penyorotan Shahnon terhadap petani-petani miskin ialah bukan maksud dirinya meletakkan segala kesalahan kepada pemerintahan seperti yang sering dikemukakan oleh pengarang-pengarang ASAS 50 dalam waktu kegemilangan angkatan tersebut dulu. Beliau melihat orang

kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulan-bulat kepada Allah Azzawajalla. Segala musuh tanaman mereka datangnya daripada Allah dan kepada Allah jugalah mereka meminta perlindungan. Dalam pada itu, Shahnon ada juga mengetengahkan tema-tema berat, ketuhanan seperti dalam Protes dan soal politik orang Melayu dalam Menteri dan Perdana. Apa yang ketara dalam setiap karyanya ialah penggunaan gaya bahasa dan teknik penulisan yang bersahaja. Beliau banyak menggunakan perbandingan-

perbandingan yang asli, kata-kata loghat Kedah dan perulangan ayat supaya dapat meninggalkan kesan. Kata-kata itu dipilih demikian rupa hingga dapat menggambarkan suasana dan mood cerita dalam diri pembaca. Pada tahun 1973, terbit sebuah lagi novel Shahnon berjudul Serengenge. Pihak Panel Hadiah Karya Sastera telah memilih novel ini sebagai novel terbaik untuk tahun 1973. Srengenge memperlihatkan suatu usaha mencari sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden. Selain itu, teknik pemindahan dan dengan ilmu psikologi moden. Selain itu, teknik pemindahan dan pertukaran sudut pandangan

daripada satu watak kepada satu watak yang lain untuk melukiskan peristiwa-peristiwa yang berlaku secara imbas kembali merupakan suatu pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Shahnon. Pada tahun 1985, lahir pula novel Shahnon yang terbaru berjudul Al-Shiqaq I. Dalam bidang cerpen, beberapa buah karya Shahnon telah dipilih memenangi Hadiah Karya Sastera. Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen

persendirian beliau telah diterbitkan iaitu Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Di samping itu, cerpen Shahnon telah juga diterbitkan dalam beberapa antologi bersama.
57

Beliau telah beberapa kali memenangi hadiah RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika dalam tahun-tahun 1960-an. Pada tahun 1974, Shahnon memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula. Pada tahun 1975, Shahnon telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran `Pejuang Sastera¶ oleh

Perdana Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982, Shahnon telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shahnon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera. Seperti yang terlihat sehingga kini, Shahnon adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam berkarya. Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shahnon mula berminat menukar pokok persoalan penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan. Polemik Shahnon dengan Kassim Ahmad mengenai takrif sastera Islam disiarkan dalam majalah Dewan Sastera untuk beberapa keluaran pada tahun 1984. Shahnon telah dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk¶ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980. Pada 11 September 1993, Shahnon Ahmad dianugerahi gelar Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia. KARYA Novel : Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.; Terdedah, Melaka :

Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.; Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm.; Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.; Prostes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.; Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.; Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.; Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.; Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156 hlm.; Seluang Menodak Baung,
58

Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 304 hlm.; Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.; Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.; Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan Negara, 1995), 227 hlm.; Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.; TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.; Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 252 hlm.; Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.; Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2), 334 hlm. Cerpen : Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.; Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.; Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1964, 132 hlm.; Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.; Angin Retak

(antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177 hlm.; Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.; Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.; Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977, 164 hlm.; Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.; Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.; Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.; Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.; Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.; Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 346 hlm.; Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

59

Drama : Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.

Kajian: Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.; Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1978, 194 hlm.; Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.; Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1981, 113 hlm.; Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 167 hlm.; Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.; Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 566 hlm.; Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.¶ Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.; Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm. Esei/Kritikan : Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 ± 1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.; Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.¶ Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1980, 259 hlm.; Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.; Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.; Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 130 hlm.
60

Wawancara : Wawancara Sastera (disusun oleh A. M. Thani), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm; Mohd. Yusof Hasan, Shahnon Ahmad, Ahmad Kamal Abdullah (Peny.), Jambak I, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 181-206.

61

Bibliografi
Ali Ahmad, 1978. Asas Menganalisis Cereka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Baharudin Zainal, 1986. Mendekati Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Bressler, E. Charles, 1999. Literary Cristism : An Introduction To Theory and Practice. USA : Milkweed Publisher. Danzinger, 1961. An Introduction To Literary Critism. USA : Heath Publisher. Eagleton, Terry, 1983. Literary Theory : An Introduction. Great Britain : Blackwell Publishers Ltd. Hashim Awang, 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Hashim Awang, 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Hashim Awang, 1992. Pengajian Sastera Dan Sosiobudaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Keris Mas, 1990. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz, 1998. Kesusasteraan dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Maimunah Hj. Omar, 1992. Panduan Menganalisa Aspek-aspek Di Dalam Cereka. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

62

Mana Sikana, 1983. Esei dan Kritikan Drama. Selangor : Kebangsaan Malaysia.

Penerbit Universiti

Mana Sikana, 1986. Kritikan Sastera : Pendekatan dan Teori. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Thani Ahmad, 1973. Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Noor Aina Dani, 2007. Pengantar Psikolinguistik. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn Bhd. Othman Puteh dan Ramli Isin, 1988. Berkenalan dengan Cerpen. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Othman Puteh, 1993. Pengisian Dunia Sastera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Safian Hussain, 1981. Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sahlan Ahmad dan Ramli Isin, 1985. Memperkatakan Tiga Genre. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shahnon Ahmad, 1989. Gubahan Novel. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. S. Othman Kelantan, 1985. Teknik Mengkaji Novel (Dalaman dan Luaran). Kuala Lumpur : Karya Bistari Sdn Bhd. S. Othman Kelantan, 1987. Kecenderungan Baru Dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tarigan, H. Gunturm 1983. Menulis Sebagai Suatu Ketrampilan Berbahasa. Bandung : Penerbit Angkasa. Umar Junus, 1989. Stilistik : Satu Pengantar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Welleck, Rene, 1984. Theory of Literature. New York : Harvest Books Ltd.
63

64

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful