TAZKIRAH RINGKAS : BAGAIMANA MENENANGKAN HATI DAN JIWA..

Di dalam ajaran Islam semua masalah, ada jalan penyelesaiannya atau jalan keluar untuk mengatasi masalah, faham atau tidak sahaja atau mahu atau tidak kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan: FIRMAN ALLAH:
³Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang iaitu menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan orang yang zalim itu melainkan rugi´. Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat.Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin.Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, tidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya. Allah SWT ada menyebut dalam Al Quran bahawa orang mukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaran Islam atau ajaran Allah.

FIRMAN ALLAH:
³Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh.´

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, berkira dengan orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islam sangat susah. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada Allah SWT dan Rasulnya, lebih liat lagi. Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi: ³Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang.´ Di sini tahulah kita ubat hati tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT.Apabila banyak meningati Allah SWT, jika tidak tenang atau terasa kosong. Al Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi; ³Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.´ Maksudnya, orang menolak atau melupai Tuhan serta tidak faham apa yang Allah suruh dan larang serta tidak faham apa yang Allah lakukan pada dirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah, resah, susah sekalipun ia kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

Di copy n paste dari saifulnizam.blogspot seronok rasanya utk dishare.

TAZKIRAH RINGKAS TENTANG DOA
10 Sebab Doa Terhijab ³Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya?´ Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..´ 1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya). 2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya. 3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya. 4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya. 5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya. 6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa. 7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. 8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri. 9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya. 10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil ikhtibar daripadanya. nauzubillah... mohonlah doa dengan sebaiknya... moga dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah

Amalan Memurahkan Rezeki

w.) 3. hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.: ³Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.w.: ³« dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.´ (Riwayat Ahmad.´ (Riwayat Abu Ya¶ala.Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Sabda Nabi s.a.a. Firman-Nya: ³(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . juga bersabda: ³Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.a.a. Rasulullah s.w.w.Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.w.a. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Sabda Nabi s. Tirmizi.Berbakti dan mendoakan ibu bapa Dalam hadis riwayat Imam Ahmad.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya.al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah . Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r. Baginda s.w. Ingatlah. berdasarkan sabda Nabi s.: ³Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.a.´ (Riwayat Ahmad.) 2.Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat . anak yatim dan fakir miskin.a.Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.´ (Ar-Ra¶d: 28) 5.: ³Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s. seperti sabda Nabi s.´ (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami) 6.Abu Daud.a.´ (Riwayat at-Tirmizi) 4. an-Nasa¶i.juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. orang sakit. seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: ³Wahai anak Adam.´ (Riwayat Bukhari) 7. Di antaranya: 1. Sabda Nabi s.: ³Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya«´ (Riwayat Muslim) 8.w. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. at-Tabrani.a.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua. Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya.t akan menghapuskan segala kedukaannya. menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.w.

yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.´(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r. Baginda s. dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat. Salah satu nama Allah .w.w.´ (Riwayat alHakim dan Thabrani) 16.´ (Ali Imran: 145) 17.´(Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: ³« dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.a. dimudahkan faham agama.w.) 14.Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: ³Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati.menghilangkan kesusahan.w.a. Misalnya. sesungguhnya azab-Ku amat keras. bersabda: ³Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.´ (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid) 13.a. ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu. dan demi sesungguhnya jika kamu kufur. kemurahan rezeki.Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.kesedihan. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: ³Hai Zubair. berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. nescaya Allah membanyakkan baginya.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa.. menggelapkan hati.a.Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s. terbukanya pintu hidayah. menjenihkan dan melunakkan hati. nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. al-Fattah (Maha . Nabi s. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain. nescaya Allah menyedikitkan baginya. diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. bersabda: ³Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. juga mempunyai rahsia tersendiri. dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a¶lam. ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy.Bersyukur kepada Allah Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.a. 9.Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki. melemahkan tubuh.Menjalin silaturrahim Nabi s. 11.´ 10. jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha).´ (Riwayat Bukhari) 12.Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian). menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah 15.Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Lawannya adalah kufur nikmat.a. Allah berfirman: ³Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur.w.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma¶ul husna selain menenangkan. Dan siapa yang menyedikitkan. nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu. Firman Allah dalam hadis qudsi: ³Wahai anak Adam.

siapa amalkan baca surah al-Waqi¶ah setiap malam. Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman. Dalam al-Quran.bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu. dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Firman-Nya: ³Barang siapa bertawakal kepada Allah . Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma. lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal. diatidak akan ditimpa kepapaan. diiringi doa: ³Ya Allah . tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki. 3) Sifat dengki. bersabda: ³Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal. 3 Yang Menghancurkan Manusia Ketua pemuda ahli syurga. 20. ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. ms 30 ) Inilah hikmah yang hebat dan cukup meruntun jiwa untuk menginsafi diri dan mendorong taqwa kepada Allah. Semoga Allah merahmati Hasan bin Ali radhiaLlahu anhuma dan menempatkan kita bersamanya dan para sahabat radhiaLlahu anhum di syurgaNya. at-Tirmizi.Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Misalnya. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya. bagi orang Islam.w. Kehancuran manusia adalah pada 3 perkara: 1) Sifat takabbur. Dengan takwa.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. ( Kitab Allimu auladakum hubba aali baiti al nabi. Ibnu Hibban. ia menghancurkan ugama dan kerananyalah iblis dilaknat oleh Allah. Ini sunnatullah.´ (Riwayat Ahmad. Manakala sifat dengki adalah pengepala kepada kejahatan dan kerananyalah Qabil telah sanggup membunuh Habil. bukalah hati kami untuk mengenali-Mu. hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik. Sifat tamak pula. hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi. Allah akan beri ³jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) .Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya.a. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah . (Riwayat Ahmad. nescaya Dia akan perkenankan. kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. misalnya dibaca ³Ya Allah ya Fattah´ berulang-ulang. penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.´ (At-Thalaq: 3) Nabi s. 18. ya Fattah ya `Alim. tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.´ (At-Talaq: 2-3) Pendek kata. . hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram.Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah . Ibnu Majah.hendak tenang dibacanya Quran.a. di dalam himpunan nasihat dan kata kata hikmah yang terakam di dalam sejarah ketinggian ilmu dan budinya pernah bekata. dia akan dapat.´ Ada juga hadis menyebut. al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr. Wallahu a¶lam.Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha. nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) . 19. 2) Sifat Tamak. Allah suruh kita meminta kepada-Nya.Bertawakal Dengan tawakal. Adapun sifat takabbur. ia adalah musuh kepada diri sendiri dan kerananyalah nabi Adam dikeluarkan daripada syurga. dan sebagainya.

Sifat takabbur mudah dikesan kerana wujud tanda tanda yang zahir. ketamakan terhadap harta sehingga mendorongnya melampaui had yang dibenarkan syara . Sifat takabbur adalah lawan sifat tawadhu . Kemudian datuk kita terlalai oleh pujukan dan tipudaya iblis daripada mengingati pesanan tuhannya untuk tidak mendekati pokok sambung nyawa di syurga itu. Kedua. Inilah penyakit asy syuhh ( terlalu bakhil ) yang diingatkan Allah di dalam al Quran agar dijauhi. Sifat tamak pula adalah keinginan melampau untuk menikmati harta dan kedudukan. ibadahnya. terlalu inginkan harta dan bersungguh sungguh menperolehinya melalui jalannya yang harus dan dibenarkan. lalu iblis dilaknat Allah. tidak suka kata katanya ditolak sekalipun salah bahkan enggan menerima teguran dan memandang rendah terhadap orang yang lemah dan miskin. penyokong dan pembantunya yang ramai dan lain lain lagi. Kemudian Allah menceritakan jenayah pertama di muka bumi yang dilakukan oleh Qabil yang telah sanggup membunuh saudara kandungnya sendiri. kecantikannya. Ia memasuki jalan jalan haram tanpa lagi menghiraukan kemurkaan Allah.Manusia gagal mengambil iktibar daripada cerita cerita awal kejadian manusia itu. Sabda Rasulullah sallaLlahu alaihi wasallam: Berhati hatilah kamu daripada sifat asy syuhh. seterusnya memandang leceh dan rendah terhadap orang lain.Adam memakan daripada pokok itu. Habil kerana sifat dengki yang meluat luat sehingga membutakannya daripada mendengar nasihat yang benar daripada saudaranya itu. Tamak terhadap harta ada 2 peringkat. Selain itu. Inilah sifat paling buruk kerana daripadanyalah akan lahir dan bercabangan sifat sifat buruk yang lain. menonjolkan kelebihannya di hadapan mereka. kekuatannya. Ini tetap tercela kerana betapa banyak masanya dihabiskan untuk memburu harta sedangkan masa itu adalah emas yang lebih bernilai daripada harta. gagal mengesan keburukan sifat sifat tersebut di dalam tubuh mereka dan gagal menghindari dan mengubatinya. antara tanda tanda takabbur lagi adalah suka menyucikan diri sendiri dan memuji mujinya. suka menunjuk diri di khalayak ramai. Ia bermula dengan sifat angkuh dan sombong Iblis yang enggan sujud kepada Adam alaihissalam. lalu baginda dihukum dengan dikeluarkan daripada syurga disebalik taubatnya yang diterima Allah. Sebelumnya tiada satupun makhluk kecuali tunduk dan patuh kepada tuhan sang pencipta yang maha agung.Masanya itu sepatutnya dihabiskan untuk memburu taqwa dan taat kepada Allah berbanding harta yang telah ditetapkan oleh Allah untuknya.Ia menyuruh kepada putus . Pertama.Ia bermaksud membesar diri dan membangga banggakan keadaan dirinya. antaranya. suka mengetuai majlis keramaian dan berlagak semasa berjalan. ilmunya. Sayyidina Hasan telah mengingatkan kita bahawa ketiga tiga sifat buruk inilah yang akhirnya terus membunuh dan menghancurkan manusia selepas daripada itu.Nabi Adam didorong oleh ketamakan untuk kekal hidup tanpa mati di syurga menikmati anugerah Allah. Ini kerana sifat itu hanya layak untuk Allah dan menjadi milikNya semata mata.Inilah 3 sifat buruk yang disebut di dalam al Quran sebagai punca awal maksiat sang makhluk kepada tuhannya. Sesungguhnya asy syuhh itu telah menghancurkan orang sebelum kamu. berbangga dengan keturunannya dan menunjuk nunjuk dengan kekayaannya. Di situlah bermula keengkaran dan kekufuran.

Ia adalah penyakit yang buruk. sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Ini cukup bahaya kerana ia akan menghalang daripada kebaikan akhirat dan kemuliaannya.hubungan. hina dan menghancurkan segala kebaikan. ujub. Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.( Surah al alaq.) Adapun tamak kepada kedudukan. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'. Orang yang menggilai kekuasaan tidak akan dibantu dan diberi petunjuk oleh Allah kecuali mereka yang menerimanya tanpa meminta. Kadang kita terlambat. permusuhan. tetapi mereka ini telah menyalah gunakannya untuk keduniaan. Allah menyuruh nabiNya berdoa agar dijauhi daripada kejahatan mereka yang berdengki. . lalu mereka menjadi bakhil. Manakala sifat dengki pula. Inilah seburuk buruk ketamakan. Dengki menjadikan tuannya terlalu mengimpikan sesuatu nikmat itu hilang daripada orang lain. Itulah gambaran ringkas keburukan 3 penyakit utama yang menghancurkan manusia sebagaimana digambarkan oleh Sayyidina Hasan bin Ali radhiaLlahu anhu.Dia masih memberikan rahmatNya. Ia terbahagi kepada 2 bahagian. Ia menyuruh kepada kejahatan. masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya. lalu mereka melakukan kejahatan. Ia menyuruh kepada kebakhilan. 5 ) Hasad dengki terjadi akibat beberapa perkara. cintakan kedudukan. Tazkirah: Tiga Panggilan Allah Allah memanggil kita hanya 3 kali dalam hidup: 1) Panggilan pertama adalah Azan Azan adalah panggilan Allah yang pertama. tamak kepada kedudukan melalui perkara perkara ugama seperti ilmu. lalu mereka memutuskannya. Pertama. kezuhudan dan sebagainya. kawan kawan.Bersamalah menghias diri dengan sifat sifat ugama yang mulia. 2) Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. busuk hati dan lain lain penyakit hati. baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Albani mensahihkannya. Tetapi Allah masih fleksibel. kebencian. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita. amal. Allah tidak marah seketika. maka ia adalah lawan sifat suka dan mengimpikan kebaikan untuk orang lain.Ketika kita sholat. sangat kuat terdengar. Kedua.Agama adalah untuk memburu dan mengejar ridha Allah dan kedudukan di sisiNya. maka ia adalah lebih buruk daripada tamak kepada harta. Semoga Allah memudahkan kita untuk menjauhi diri daripada berakhlak dengan akhlak akhlak yang buruk dan terhina. ( Riwayat Abi Daud. Ia terlalu buruk dan menakutkan kerana ia boleh saja berlaku di kalangan sendiri. para ulama dan peniaga dan keluarga. tamak kepada kedudukan melalui kuasa dan harta.

Oleh itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.... Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita. laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu. Yang tidak punya wang menjadi punya wang. .Panggilan ini bersifat halus. sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.. 3) Panggilan ketiga adalah Kematian..Saat itu kita merasa bahagia. .. Jalan nya bermacam-macam...Pada kebanyakan kasus.Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh... dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan." Soalnya. kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? .. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain.. berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik'.Insya Allah syurga adalah balasannya. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. meskipun panggilan itu halus sekali... . Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. yang tidak merancang pula akan pergi.. kerana panggilan Allah sudah kita jawab. "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye. Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung...' Tazkirah: Hujan . Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah. ada yang memang merancang dan terkabul. ..Allah berkata.

. Menyubur tanaman 3. Sekarang ini. dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11) Maka.Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? . BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. tak kering la baju kalau asyik hujan je. DOA mustajab. Membersihkan udara 2...Tak boleh balik lagi.Alahai. Hakikatnya. Sedarkah Kita? Bila hujan turun." (Al-A'raf : 57) Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.. hingga apabila angin itu membawa awan mendung. mendung pun tidak.Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka? "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit.susah la mcm in . tiba-tiba je bermuram in.Sebab itu. Hari esok akan lebih baik. bila hujan turun.Payah nak buat apa2 kalau Hujan . "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan). hujan laaagiiii .. hujan! Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah. kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.Iskk. di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami). Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.?" Macam biasa dengar ayat TU kan ?Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best.Tiap-tiap Hari hujan. 1. Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang).Kesian hujan. Nabi pun pernah pesan. . lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu.Ada banyak lagi. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati.Membekal air ke empangan Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. hujan itu rahmat. Dan semoga. rahmat dilimpahkan buat manusia.

" (Surah Hud : 123) So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek. maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit. kemudian kami berikan kamu meminumnya. Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. Oleh itu. Ada sukatannya.Baru Hari ini Kita tahu. "Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih. Kemudian. Selama mana?Itu semua rahsia Allah. Tazkirah: Hutang . serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi.Berdoa ler banyak2.. air itu akan disimpan di bumi.Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu. sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan.." (Al-Mukminun : 18) Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN." (al-Hijr : 22) Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita. Dan (ingatlah). bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya. Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.

Hal ini termasuk juga hutang yang berlaku dengan orang yang bukan Islam serta seseorang . Pepatah ada mengatakan ³ Beringat sebelum kena.Sabda Rasulullah s.w yang maksudnya: ´ Berhati-hatilah kamu dalam berhutang. iii) Hutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. ii) Seharusnya setiap individu mengamalkan sifat µqanaah¶ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada serta memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan. Amalkan sikap berjimat cermat dan membuat simpanan (tabungan) bagi mencapai keselamatan ekonomi kerana orang yang mengamalkan sikap tamak dan boros sehingga sanggup berhutang bukan sahaja boleh meningkatkan inflasi malah membawa kemuflisan dan kepapaan.´ [Riwayat al-Baihaqi ] Pengajaran hadis: i) Strategi pengawalan perbelanjaan adalah bergantung pada kesesuaian dan keperluan tertentu seseorang atau sesebuah keluarga. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut. berjimat sebelum habis´.a. sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. Ganjaran yang besar menanti iaitu berupa naungan Arasy di akhirat kelak.Maka ahli waris si mati hendaklah berusaha untuk melangsaikannya. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia. dan dia akan mendedahkannya. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim). Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya. maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Ia bertujuan untuk mengelak dari sebarang penipuan dan penganiayaan. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat.Sesungguhnya. ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud). inikan pula daging saudara sendiri. Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Dosa mengumpat bukan saja besar. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. v) Sesungguhnya melepaskan hutang orang menghutangi kita adalah suatu perbuatan yang mulia. iv) Islam selaku agama yang sempurna telah menyusun beberapa langkah mengenai proses berhutang di mana hutang yang dibuat hendaklah dicatat jumlah dan masa pembayarannya serta dilantik seorang penulis yang adil sebagai saksi. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan. bermaksud. Tazkirah: Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa Dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim. sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya.yang berhutang tetapi telah meninggal dunia dan belum sempat membayar hutangnya. Sabda Rasulullah. malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. maka Allah akan mengintip keaiban. . maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban.

Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim. Maka. air. tetapi di dalam sudah busuk dan berulat. malah orang yang mendengar juga turut mendapat saham yang sama. jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat. Jika kita bersifat tanah kita . Antaranya ialah: . sudah tentu kita tidak akan mengumpat. dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini. Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV. kita akan diumpat balik.Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat?Luar nampak cantik. Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. memerhati. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Orang yang mengumpat bukan saja melambangkan keburukan si pelaku. orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. sedangkan aku tidak pernah melakukannya" .Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat. Kejadian manusia dari tanah. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat.Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang. dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku. .Ingat dosa. Maka. berfikir. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu. angin dan api. kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Sebaliknya.Sabda Rasulullah bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". filem dan cerpen dan novel. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita. maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. menanggapi dan membuat spekulasi. Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. . di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.

wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini. sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati. Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Kita juga mungkin bersifat api.w. Sebagai contoh." Huraiannya Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r. maka lakukanlah.. Jika kita bersifat air. jangan tunggu hinga ke pagi.a. maka kita akan mendapat kekuatan dalaman yang memungkinkan kita berpendirian tegas. suka marah-marah. jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia. tetapi Allah sekali-kali tidak demikian. dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.. jujur dan ikhlas. Kesukaan mengumpat ini sudah tentu datangnya dari empat unsur kejadian yang tidak cuba diseimbangkan oleh diri kita sendiri. peringatan penting dipinggirkan Muslim Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati. Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi. sekejap peramah dan sekejap lebih suka membisu. berani. walaupun kita telah melupakannya.a. kita juga harus bersifat tenang dan sabar. kita tidak mendengarnya. Orang yang alim sentiasa sujud hampir dengan tanah apabila bersujud. terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam. maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar? Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia. apakan daya. maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu. Tazkirah: Mati. meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup. bertengkar dan berhujah.akan tenang dalam jiwa yang luhur. oleh itu. maka fikir-fikirlah. terutamanya ahli keluarga terdekat. berprinsip. Jika ikat dengan kuat keempat-empat unsur tersebut. . jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang.Jika kita bersifat angin pasti perasaan cepat marah tetapi segera reda. tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara. kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat. Justeru. Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur.

atau PhD. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja).Tetapi mereka lupa.Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu. mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu µAin).a.Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak.a. Hati menjadi keras Rasulullah s. kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim. pembacaan alQuran. sama ada di masjid. Tetapi persoalannya di sini.Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).A. maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. ³Sesiapa yang mahukan .w. Selepas daripada itu.w. sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. ada bersabda maksudnya. kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat. isteri dan anak-anak. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah. atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT. kaunseling diri. pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib.Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusatpusat mereka. membaca zikir Ma¶thurat. itupun bukan dalam keadaan berjemaah. daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. lepas solat tidur semula. pada penghujung hayatnya. surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak. Bangun selepas itu bersarapan pagi. Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian? Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah. Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan. melakukan dosa-dosa pula. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar. kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M. tidak berapa terikat dengan kuliah subuh.Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur. Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan. Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. bahawa Rasulullah s. Kalau pada hujung minggu. tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam. paling tidak menunaikan solat Subuh.Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama.

jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu. Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu. kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia. sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap. pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu. sirah. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya. memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi. persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat. menghias rumah. Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia. tidak berakhlak. Penyelesaian masalah Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah. jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu.´ Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu. Begitulah cuba kamu bayangkan. Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat. mestilah dengan ilmu (agama). perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga. Justeru.kejayaan di dunia. iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s. penagihan dadah. keluarga. maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali: Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik. keruntuhan moral serta harga diri. kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja. sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak. meninggalkan solat.w. masyarakat dan negara mereka. semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini. Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain. bekalan untuk hari akhirat. akidah dan sebagainya. Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri. Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi. tahudid. .a. Mereka tidak akan bercakap mengenai mati. kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim. sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh. mentadbir negara bukan dengan hukum Allah.

kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya.Pada langit kelima. namanya ialah iblis.w.Lalu iblis berkata. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir.Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud.Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin.s." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan. maka dia enggan sujud kepada Adam a. "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku. membentukkan kepalanya seperti kepala unta.Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka.Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.Pada langit ketiga.w. kedua bibirnya seperti bibir lembu.Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur.Pada langit keempat.w. maka orang itu akan disibukkan Allah SWT. tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu.Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera. taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. banyak ilmu.Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz. Rasulullah s. sedangkan aku lebih baik daripadanya. Dia (iblis) lupa akibat urusannya. .t.t.t. kerana bangga dan sombong.t. berfirman yang maksudnya. namanya disebut at-Taqi. bahkan dari langit. tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. namanya disebut al-Arif. mengusirnya dari syurga.Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.w. Setelah itu. "Aku membuat apa yang aku kehendaki.Allah s. pada langit yang keduanya disebut az-Zahid.t.w. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi.t. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya. dari bumi dan ke beberapa jazirah.w. namanya adalah al-Wali.a. dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya.Maka Allah s. lalu Allah s."Lalu Allah s. mempunyai sayap empat. banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya. dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung. Kemudian Allah s. Allah s. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Kisah Malaikat Jibril Dan Malaikat Mikail Menangis Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama.w.Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam.

" (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. "Ya Tuhanku.w. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1. 4. berfirman yang bermaksud. dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad padajalan Allah.maka beristighfarlah para malaikat untuknya.t. Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam." Wanita dan Kubur."Berkata lagi iblis laknatullah. "Ya Allah!Kami tidaklah aman dari tipu dayamu.dan Mikail.000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1. maka iblis laknatullah pun berkata. "Engkau dikuasakan atas dia. berfirman yang bermaksud. maka menangislah Jibril a."Allah s.w.w. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. "Tambahkanlah lagi untukku.Ketika Allah s. ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu.s. bagi bermaksud.w. . "Apakah yang membuat kamu menangis?"Lalu mereka menjawab. iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang.t. berfirman dengan maksud.Dan berserikatlah dengan mereka pada harta."Berkata iblis laknatullah lagi. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin."Firman Allah s. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya.000 kejahatan.t.t. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan. 1. berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza. seperti melakukan senggama dalam masa haid. berfirman yang maksudnya.Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku. engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."Berkata iblis laknatullah lagi.t." "Dan pada anak-anak.t.w. "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Lalu Allah s. "Begitulah aku. jawab baginda."Lalu Allah s. iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."Setelah diusir. berfirman lagi yang bermaksud. sebab para nabi adalah maksum. "Tambahkanlah lagi untukku. "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki.w. "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak. menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil.w. membalas tipu daya iblis laknatullah. 3. keluarlah diadari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. "Tambahkanlah lagi untukku. "Dada-dada mereka adalah rumahmu. yakni atas anak cucunya."Maka Allah s.Lalu Allah s. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. 2. mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka.t.

semua ikan-ikan di laut. 8. 14. Apabila telah lahir anak lalu disusui. memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya. (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya. Barangsiapa membawa hadiah. 6. maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10. matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknyayang sakit. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama. masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah diamemerdekakan anak Nabi Ismail. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu. 15. puasa bulan ramadhan.5. maka jawablah panggilan ibumu dahulu. maka pahalanya seperti bersedekah.000 tahun). 7. Aku bertanya kepada Rasulullah: "siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita" Jawab Rasulullah: "Suaminya. 13." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" JawabRasulullah: "Ibunya". Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya. 9. 10. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Perempuan apabila sembahyang lima waktu. darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah.000 lelaki yang soleh. burung diudara. Aisyah berkata. Wanita yang taat akan suaminya. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 11.malaikat di langit. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu .Maka. 12. maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

3. Aku rumah yang gelap. 5. Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. Harta itu racun. Perkataan yang sia-sia itu racun. Seluruh umur itu racun. Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab. Dunia itu racun. Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 2.syurga. 16. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya. Aku rumah ular berbisa. janganlah sesekali kita merasa lemah.supaya kamu dapat jawapan kepadanya. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. Seluruh tahun itu racun. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu. 19. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir. Daripada Aisyah r. makabaginya syurga. .Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Jadi. Taat itu ubatnya.Muhammadur Rasulullah". Aku rumah yang terpencil. 1.a.a.Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. maka mereka akan menjadi penghalang baginyadaripada api neraka. Maka teranglah aku dengan selalu solat malam. 17. Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah. 2. Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya. 1. Zakat itu ubatnya. lalu dia berbuat baik kepada mereka. SATU PERINGATAN!! KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAk LIMA KALI. Ramadhan itu ubatnya. Zikir itu ubatnya. 4. Zuhud itu ubatnya. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. 18. 4.w) di dalam syurga.

akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. . jauhilah dirimu daripada orang yang buruk budi pekerti dan keras kepala kerana ditakuti apabila diturunkan bala Allah. Wasiat dan nasihatnya yang mengandungi falsafah tersirat dan tersuratbanyak dijadikan pedoman dan panduan berguna kepada umat manusia. tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan." Katanya lagi : "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini.Beliau hidup ketika zaman Nabi Daud. Sentiasalah bersama-sama mereka dan tumpanglah kebaikan mereka. "Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan.Tazkirah: Nasihat Luqman penuh makna tersirat LUQMAN Al-Hakim ialah seorang Islam yang zuhud dan warak. kamu turut merasakan nikmat itu. 3) Sekiranya engkau seorang yang soleh.Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia. engkau turut menjadi mangsanya." Luqman berkata : "Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya. Luqman pernah berkata kepada anaknya: "Apabila perutmu penuh dengan makanan. tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang.Kemungkinan besar apabila Allah menurunkan kebaikan kepada mereka. 2) Berkawan dan hampirilah ulama serta duduk dan ziarahilah rumah mereka agar kamu akan menjadi seumpama mereka. termasuk:- l) Kamu hendaklah sentiasa berada dalam majlis ulama dan dengarlah kata-kata hukama (orang yang bijaksana). "Aku sudah rasa kepahitan." Nasihat lain Luqman yang berguna untuk pedoman dan hidup kita." "Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati. Hal ini kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat seperti Dia menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. umurmu yang masih lagi berbaki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi. Tazkirah: Khutbah Terakhir Rasulullah SAW Wahai Manusia. 7) Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air yang menyirami tanaman. Sementara. iii) Saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripada mereka. 10) Tanda-tanda seorang pendengki itu ada tiga iaitu: i) Mengumpat kawannya apabila ketiadaan kawan mereka. iii) Gembira jika kawannya ditimpa bala.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.4) Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan. sedangkan keseluruhan umurmu lebih sedikit daripada itu. jadikanlah takwa sebagai kapalnya dan iman pula sebagai air yang menyirami tanaman.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Allah telah mengharamkan riba.dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. 6) Dunia ini bagaikan lautan dalam yang mana sudah ramai diteggelamkannya. ii) Orang yang berani melainkan ketika berperang. 8) Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan iaitu: i) Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah.sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci. sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu. ii) Memuji-muji kawannya apabila berada bersama mereka. ia telah berkokok pada waktu pagi hari.maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Oleh itu. . Wahai manusia. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. 5) Jangan sekali-kali engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang bila-bila masa saja. 9) Sesungguhnya dunia ini sedikit saja.

Ingatlah. (Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah.Gunung Arafah.yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya .Oleh itu wahai manusia.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Wahai manusia.Sembahlah Allah.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Wahai manusia.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.a.tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kamu semua adalah sama.Dirikanlah solat lima kali sehari.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik.maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkaraperkara kecil.sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu . Wahai manusia .berlemahlembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini.) .nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful