NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN

BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PPISMP BM 1 SEM. 03

1.0 Pengenalan

Pengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Dalam kerja kursus Bahasa Melayu Kontekstual kali ini, saya telah ditugaskan untuk menghasilkan satu tugasan berkaitan dengan komunikasi khalayak/lisan dalam bentuk pengurusan grafik. Melalui tugasan ini, saya telah diminta untuk menjelaskan konsep, ciri -ciri dan bentuk-bentuk komunikasi khalayak dalam bentuk grafik. Di samping itu, saya juga diminta membuat penulisan teks komunikasi khalayak yang bertemakan globalisasi pendidikan sama ada berbentuk pidato, ucapan, syarahan, taklimat atau ceramah. Seterusnya, saya diminta menyampaikan penulisan teks tersebut berdasarkan topik yang dipilih dengan gaya penyampaian yang baik.

2.0 Pengenalan Kepada Pengucapan Awam Pengucapan Awam
Pengucapan awam merupakan satu kaedah berkomunikasi secara lisan. Ianya dilakukan dalam situasi yang terancang iaitu tempat, masa dan isu yang disampaikan telah ditetapkan. Tujuannya adalah untuk memindahkan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain.

Pengucapan awam menggunakan anggota komunikasi verbal dan bukan verbal (Abdul Mua¶ti Ahmad, Panduan Pengucapan Awam: 1994).

Komunikasi berteraskan adanya penyampai mesej dan ada pihak yang menerima mesej (Psikologi dalam Pengucapan Awam).

2.1 Jenis-jenis Pengucapan Awam

Pidato

Ucapan

Syarahan Ceramah

Taklimat

1

penyampai menyampaikan fakta faktanya dan pendengar hanya mendengar (Mohd Sharifudin Yusop (2007). Ucapan ini dilafazkan secara ringkas dan terus kepada maksud.0 Ucapan 3. kata -kata yang mengandungi harapan. perlu Contoh mempunyai ucapan kemahiran rasmi ialah dalam ucapan menyampaikan dalam majlis pengaugerahan. Ketrampilan Berbahasa. ucapan hari jadi ucapan tahniah dan sebagainya. Contoh ucapan tidak rasmi ialah ucapan hari raya. Selangor: Universiti Putra Malaysia).  Ucapan juga diertikan sebagai apa yang diucapkan atau perkataan yang diucapkan.2 Jenis-jenis Ucapan UCAPAN RASMI UCAPAN TIDAK RASMI Kegiatan melafazkan ujaran dalam majlis-majlis formal yang dihadiri oleh orang-orang tertentu seperti orang kenamaan. majlis tidak rasmi. 03 3. penutupan dan sebagainya. Penyampai ucapannya. maka kandungan ucapannya tidaklah mengandu fakta atau buah ngi fikiran yang berat. Dilafazkan secara bebas tanpa terikat pada sebarang prosedur. 3.  Kandungan ucapan bergantung kepada majlis yang diadakan.1 Konsep Ucapan  Ucapan merupakan satu kegiatan melafazkan kata-kata sama ada berbentuk nasihat atau pemberitahuan secara terbuka kepada sekumpulan orang. Maksudnya penutur melafazkan dan pendengar boleh menjawab ucapan tersebut selepas itu. atau cara menyebut atau melafazkan sesuatu kata. perasmian. Misalnya.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM.  Ucapan adalah pidato yang bersifat sehala. Ia juga boleh diucapkan di mana-mana sahaja dan sesuai secara dua hala. 2 .

Cara penyampaian Cara penyampaian yang baik dan penuh keyakinan adalah perlu kerana penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan yang kurang. senyuman.3 Ciri-ciri Ucapan Bahasa yang mudah difahami Bahasa yang digunakan dalam sesebuah ucapan haruslah mudah difahami. berkesan dan meyakinkan. mata serta badan perlu sesuai. Kemudian diikuti dengan isi ucapan dan diakhiri dengan penutup yang baik. Ucapan mestilah disampaikan dengan suara yang jelas dan terang supaya mudah didengar oleh pendengar. Bahasa hendaklah mudah dan tidak berbelit-belit. Faktor taraf pendidikan juga diambil kira. 3 . Keyakinan diri Ucapan harus dimulakan dengan penuh keyakinan diri.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. padat. mimik muka. Suara yang jelas Suara merupakan aspek utama yang mempengaruhi keberkesanan ucapan seseorang. kepala. tegas. Sesuatu ucapan mestilah didahului dengan kata alu-aluan. Isi ucapan yang sesuai Isi ucapan mestilah disesuaikan dengan tahap keupayaan pendengar. Gerak geri badan yang berkesan Gaya dan pergerakan termasuk pergerakan tangan. Cara ini dapat membolehkan pengucap bertenang dan yakin semasa berucap. Seseorang itu perlu yakin terhadap diri sendiri dan juga terhadap pengetahuan yang sedia ada. Ucapan harus tersusun Setiap ucapan mestilah disampaikan dengan mengikut susunan yang teratur. 03 3.

0 Syarahan 4. Syarahan juga bermaksud pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang sesuatu tajuk.4 Format Ucapan Kata alualuan Pendahuluan Pembukaan ucapan Isi Penutup ucapan Kesimpulan 4. Individu akan berucap bagi menghuraikan dan menjelaskan perkara-perkara tentang sesuatu tajuk. iaitu orang yang memberi syarahan akan menjelaskan perkara -perkara tentang sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang diperkatakan. syarahan ialah aktiviti yang dilakukan secara individu. Syarahan merupakan aktiviti berkomunikasi secara sehala . Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dalam buku Aktiviti Galakan Membaca. Syarahan juga bertujuan menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar .1 Konsep Syarahan Menurut Dato¶ Haji Omar bin Haji Hashim. mereka akan mengetengahkan penjelasan isi.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. 4 . Dalam penghuraian. individu yang terlibat akan berusaha untuk mendapatkan idea atau pokok yang dibicarakan bagi mendapat sokongan dan mempengaruhi pendengar. 03 3. penggunaan bahasa dan gerak geri. Pada masa penyampaiannya.

2 Tujuan Syarahan Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek -aspek penting tentang tajuk tersebut. 4. 03 4. Lebih jelas lagi. taklimat boleh dikatakan sebagai ucapan untuk memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi formal atau kombinasi formal dan tidak formal . Memberitahu pendengar tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal semasa yang menarik hati.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. 5 . Mempengaruhi audiens supaya memberi perhatian yang serius terhadap isu yang penting.3 Format Syarahan 1 Kata alu-aluan 4 Penutup + Ucapan terima kasih FORMAT SYARAHAN 2 Pendahuluan + Tajuk syarahan Isi-isi 3 5. Memberi keyakinan kepada pe ndengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu perkara.0 Taklimat 5.1 Konsep Taklimat Menurut Ab Rahman Ab Rashid dan Yap Kim Fatt dalam buku Dinamika Guru: Kemahiran Komunikasi dan Sosial Bahasa Melayu buku 2 menyatakan bahawa taklimat boleh didefinisikan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan atau sesuatu yang berlaku.

ianya terdiri daripada tetamu pemimpin-pemimpin peringkat jemaah menteri. dan lain .2 Penyediaan Taklimat Pertimbangan khalayak/hadirin Perucap mesti tahu siapa audien yang hadir.Y. dan orang kenamaan tertentu. datin. Oleh sebab objektif taklimat ialah untuk memberitahu.Y. dan kandungan taklimat. Sultan atau D. Taraf khalayak Bagi audien taraf satu.M.lain lagi. Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal jika audien terdiri daripada golongan awam. 03 Dalam taklimat ada sesi soal jawab antara komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin).M. Tengku Mahkota.M. Raja Muda. suasana. orang yang bergelar datuk. Penganjur dan perucap taklimat mestilah tahu bilangan audien yang hadir supaya memudahkan dalam usaha untuk menyediakan nota-nota yang berkaitan. 6 . komunikator perlulah melakukan penyelidikan yang teliti di samping memilih maklumat yang paling baik dan tepat serta sesuai dengan tajuk yang dip ilih. Pertimbangan suasana Suasana dikatakan formal apabila audien yang hadir terdiri daripada orang orang kenamaan. ketua-ketua jabatan.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. maka taklimat lebih ringkas. Penentuan taraf audien dapat menjelaskan bahasa. maka tingkat bahasa yang digunakan mestilah berbentuk formal dan tinggi serta bertepatan dengan taraf audien yang hadir. dan sebagainya Audien taraf dua pula ianya dianggotai oleh tetamu seperti D.T. orang kenamaan. 5. dato¶.

salutasi berprotokol dan sapaan biasa Puji-pujian Ringkasan sembah taklimat Kandungan Sesi soal jawab 6. 03 5. Audien amat penting sebab mereka diharapkan dapat menerima dan memahami mesej dalam ceramah itu untuk membolehkan mereka bertindak balas terhadap isi ceramah.3 Format Taklimat Taklimat satu taraf khalayak Tajuk Salam. Sehinggalah selesai segala informasi atau m aklumat yang hendak disampaikan. Pemujukan pula bolehlah dianggap sebagai proses seseorang perucap mengubah sikap.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. 7 . beliau menerangkan bahawa ceramah lain daripada syarahan atau ucapan. sapaan biasa atau salutasi berprotokol Kata alu-aluan Pengenalan diri/organisasi/jawatan/ dan sedikit ringkas taklimat Kandungan taklimat Penutup Sesi soal jawab Taklimat dua taraf khalayak Tajuk Salam. kepercayaan atau tindakan audien sasaran. Ceramah boleh digunakan untuk tujuan memujuk.0 Ceramah 6. Dalam ceramah harus ada idea pokok atau tajuk penting yang ingin disampaikan melalui mesej dalam ceramah tersebut. Dalam buku Speaking with A Purpose yang ditulis oleh Author Koch (1984).1 Konsep Ceramah Ceramah boleh dedifinisikan sebagai pengemukaan fikiran atau idea -idea melalui perucapan dan disampaikan secara syarahan dua hala . Dalam sesi ceramah terdapat penerangan daripada penceramah.

6. £§ ¢ 8 ¢ ¢ ¦ ¦ ¢ ¥ ££¢      . j i 6.3 m m Pengenalan Isi Penutup ¤ ¤¤ ¡ NUR E¶ A I BINTI NORI AN B BA ASA E AYU KONTEKSTUA PPIS P B SE . Di i i ii i l m jli t i j it t j i t if i i i l i f t t .

Fakta dan contoh hasil kajian dijadikan bahan baru dalam ucapan.0 Pidato 7. Pemujukan supaya Khalayak Bertindak dan Berubah Fikiran Bertujuan untuk menjelaskan sesuatu perkara kepada khalayak yang bersifat mempengaruhi khalayak agar bersetuju dengan idea yang dikemukakan. 03 7.2 Tujuan Pidato Penerangan Menjelaskan aspek penting dalam sesuatu perkara.3 Format Pidato Muqaddimah Isi Penutup 9 .NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. Memberitahu Perkara-perkara Baru Mengupas sesuatu isu yang baru.1 Konsep Pidato Disampaikan secara individu kepada khalayak bagi meyakinkan khalayak berkenaan dengan sesuatu tajuk. 7. Mengemukakan dengan Memberi Justifikasi dan Fakta-fakta Sokongan Kajian yang terperinci dan saintifik dijadikan bahan baru dalam ucapan. 7. Ia suatu bentuk komunikasi sehala dalam suatu masa yang ditentukan.

Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik. modal intelektual 10 . menekankan pembangunan ilmu pengetahuan. 03 8. staf-staf dan guruguru pelatih. kita sebagai bakal guru digalakkan untuk menambahkan ilmu pen getahuan. pendidikan menuntut kita supaya lebih bekerja keras untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani. menulis dan berdiskusi. jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap tersebut. yang dikasihi Pensyarah -pensyarah. mengamalkan budaya membaca. Dalam konteks ini. Seperti yang kita sedia maklum. Tuan dan puan sekalian. emosi. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan. Teras kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Kesembilan adalah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi Negara serta memupuk ³minda kelas pertama´. Rakyat adalah aset negara paling berharga. Saya Nur E¶zzati Binti Norizan . salam perpaduan dan salam 1 Malaysia . bukan lagi satu kemewahan. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Pengarah Institut Perguruan Rajang.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. Sekiranya kita ingin melangkah ke er a ekonomi berpaksikan pengetahuan. Selamat pagi. terlebih dahulu ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana pihak institusi sudi menjemput saya menyampaikan taklimat tentang ³Globalisasi Pendidikan Berteraskan Minda Kelas Pertama´. rohani.0 Teks Taklimat tentang Globalisasi Pendidikan GLOBALISASI PENDIDIKAN BERTERASKAN MINDA PERTAMA Oleh Nur E¶zzati Binti Norizan Terima kasih suadara Pengerusi Majlis yang dihormati. Hal ini demikian kerana. intelek dan sosial selaras dengan Falsa fah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan khususnya. kemahiran. pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global.

kita di peringkat masyarakat umum perlu kepada kesediaan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran. Budaya membaca. Para hadirin sekalian. pengukuhan keupayaan pengetahuan. Melihat strategi penguasaan ilmu pengetahuan. kekayaan moraliti. dan pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. µMinda Kelas Pertama¶ difahami sebagai ciri -ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu. Ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini. µMinda Kelas Pertama¶ adalah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. masyarakat. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengeta huan. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama. Setiap etnik. sumbangan ilmu. kreativiti dan inova si. 03 termasuk ilmu sains. kita sebagai bakal guru harus memandang serius tentang pembangunan modal insan bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan yang dahulunya mungkin hanya dianggap sebagai suatu kemewahan. dan juga pembudayaa n sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. sikap proaktif. R&D dan inovasi. kelas sosial. pembangunan modal insan ini pula memerlukan kepada µMinda Kelas Pertama¶ supaya elemen mikro dalam masyarakat ini memberi imp likasi makro terhadap pembangunan negara. Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang ting gi. negara dan dunia. Maka. teknologi maklumat 11 . teknologi dan keusahawanan. keluarga. komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Untuk mempersiapkan diri mengambil bahagian dalam masyarakat dan misi negara. budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Saudara saudari yang dihormati sekalian. nilai murni. Seterusnya dengan penguasaan ilmu ini. kita semua mempercayai tentang µbayaran¶ erti kemajuan. Budaya seterusnya akan mengikut norma -norma sebagai 12 . beretika dan masyarakat timur. integriti. Apakah benar bahawa pembangunan sesebuah tamadun itu semestinya disertai dengan kejatuhan moral masyarakatnya? Inilah yang ditekankan dalam misi nasional dengan mengambil kira aspek kekayaan moral agar masyarakat kita membangun tamadun melalui µMinda Kelas Pertama¶. R&D dan inovasi yang juga sebagai salah satu ou tput penghasilan µMinda Kelas Pertama¶. 03 dan prointelektual adalah budaya yang sangat menyumbang ke arah strategi ini. Norma adalah peraturan masyarakat mengenai tingkah laku yang betul dan salah. Tetapi adalah memandang kepada kualiti modal insannya yang menjadi peneraju kekayaan dan potensi negara. Acuan kita adalah pembangunan fizikal yang disertai dengan kekayaan mentaliti masyarakatnya.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. kedudukan strategik dan u sia tamadun semata-mata. Budaya pula adalah merangkumi cara hidup sesebuah masyarakat secara asli atau tersendiri yang bukan tiruan. Tetapi adalah meliputi aspek akhlak mulia. kita akan semakin terdedah kepada bidang sains. Apa gunanya pembangunan jika dalam masa yang sama masih bany ak lagi timbul elemen-elemen yang boleh menjejaskan pembangunan itu semula. Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah masyarakat. Dalam perjalanan mencapai kemajuan serta membina tamadun. Keperluan dan cabaran global hari ini adalah berpaksikan kepada aset modal insan yang berpengetahuan serta berinovasi tinggi. budi bahasa. Kekayaan moral bukanlah suatu skop kelebihan yang kecil dalam pembangunan insan. Dunia kini tidak mengenal siapa yang kaya dengan sumber fizikal.

Ini dilaksanakan melalui program program Maal Hijrah. Sesebuah masyarakat boleh dilabelkan sebagai berbudaya dan bertamadun dengan menjadikan cara hidup timur sebagai imej tersendiri. Sebagai renungan bersama. Tuisyen Kampung dan Tuisyen Ibnu Sina melalui Program Hikm ah akan terus dimantapkan bagi mempertingkatkan prestasi pelajar-pelajar terutamanya di kawasan luar bandar.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. Khatam al-Quran. kita harus memu ji dan menyanjung tinggi usaha kerajaan negeri Johor melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insane kelas pertama. Imej masyarakat kita adalah kaya dengan norma -norma istimewa yang kebanyakannya selari dengan hukum agama. 03 membentuk tamadun. Seterusnya µMinda Kelas Pertama¶ kita adalah penyumbang ke arah mewujudkan jaringan terhadap mentaliti di setiap peringkat serta pihak masyarakat yang lain. strategi bajet negeri Johor menyahut agenda keperluan semasa dengan menekankan aspek pembentukan µMinda Kelas Pertama¶ di kalangan masyarakat negeri ini. Kempen Memupuk Maruah Mulia Insan dan Kem Memupuk Bakti Kepada Negara. Dalam Strategi Pembangunan Holistik. Sehinggalah jaringan ini membentuk budaya masyarakat membangun dari dua aspek pembangunan fizikal dan juga mental. Norma dan budaya ini perlulah dipertahankan untuk membentuk µMinda Kelas Pertama¶ . Permulaannya adalah azam bagi memulakannya. komponen Masyarakat Berilmu menjadi peneraju bagi mencapai misi berkenaan. Semuanya adalah program yang dirangka sebagai di antara usaha melahirkan modal insan berkualiti. Kita perlu menanamkan mentaliti yang sentiasa berlegar dalam pemikiran serta tindakan kita bahawa µMinda Kelas Pertama¶ perlu wujud dalam diri sendiri. Di peringkat sekolah-sekolah dan pelbagai agensi masyarakat di sekitar negeri Johor. Begitu juga dengan aspek pembangunan sumber 13 . pendekatan bagi membangunkan modal insan yang bermoral tinggi juga turut diberikan perhatian. Pada tahun 2007 lalu.

Saya menegaskan bahawa setiap warga mempunyai peranan penting dalam menjayakan usaha negara -bangsa. Hanya ia perlu dengan sokongan se rta azam kita semua agar usaha murni ini dimulakan sebagai budaya pembangunan masyarakat dan peneraju ke arah pembinaan tamadun manusia yang benar -benar berjaya. Terima kasih. bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. hasrat kerajaan da lam Teras Kedua Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Ke-9 mampu meningkatkan keupayaan pengetahuan. Komitmen dan tind akan bersama setiap pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. Kesimpulannya. 03 manusia yang terus diperkayakan melalui latihan dan peningkatan integriti. 14 . Pihak kerajaan dan juga pihak swasta menyambut baik agenda µMinda Kelas Pertama¶ ini. Setakat inilah sahaja taklimat saya tentang ³Globalisasi Pendidikan Berteraskan Minda Kelas Pertama´. usaha untuk merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan. sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Sektor swasta perlu menjadi peneraju pertumbuhan ekonomi sementara sektor awam sebagai pemudah cara pertumbuhan ekonomi dan penyedia kemudahan sosioekonomi. kreativiti dan inovasi negara serta memupuk µminda kelas pertama¶. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sesungguhnya. meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.

pelajar akan dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan seharian. Selain itu juga pelajar telah ditugaskan untuk membuat satu teks komunikasi berdasarkan pengucapan awam yang dikaji. Hasilnya pelajar dapat memahami pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari -hari sama ada di dalam atau di luar sekolah. Antara pecahan yang terdapat dalam pengucapan awam ialah pidato. 03 9. 15 . Oleh itu. Oleh itu. ucapan.NUR E¶ZZATI BINTI NORIZAN BM3311 BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL PPISMP BM 1 SEM. Hal ini kerana setelah mengkaji secara mendalam pengucapan awam maka pelajar dapat dalam kehidupan seharian lantas membolehkan mengaplikasikannya seseorang itu bersosial dalam komuniti. pelajar dapat belajar cara untuk membuat teks pengucapan awam secara bertulis dengan lebih berkesan lagi.0 Kesimpulan Justeru itu. dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak pecahan di dalam pengucapan awam. pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan. Di samping itu juga. syarahan. taklimat dan ceramah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful