1.

1 OBJEKTIF Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat : Psikomotor : Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama -Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. Kognitif : Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. Afektif : Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

situasi penggunaan dan kesimpulan. Kognitif : Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. tiang bendera. Terdapat lapan sub topik dalam bahan bantu mengajar ini iaitu objektif. ikatan serong. dan papan untuk membuat jambatan. simpulan tindih kasih. 1.BAHAN BANTU MENGAJAR (IKATAN DAN SIMPULAN) 1. tempat dan keadaan. simpulan buku sila. perhiasan dan kegiatan luar.1 OBJEKTIF Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran. buluh. i. Afektif : Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. siapakah yang mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. penggunaan khas. simpulan manuk. Sukar di kesan. Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. ii. Ikatan (lashing) Ikatan digunakan untuk mengikat kayu. Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. Simpulan (knotting) Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas.2 PENGENALAN Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. tindih kasih. simpul himpit dan lilit dua simpul. pelajar-pelajar dapat : Psikomotor : Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Contoh simpulan seperti buku sila. simpulan rama-rama. pengenalan. Terdapat empat definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan. menara dan sebagainya. seperti pelabuhan. Sambat (splicing) . ikatan silang gunting dan lilit balak iii. Manuk. 1. tiang. Contoh ikatan seperti ikatan seraya.0 MAKLUMAT BAHAN BANTU MENGAJAR Tajuk pembelajaran yang dimuatkan dalam bahan bantu mengajar iaitu ikatan dan simpulan. Tali digunakan pada sepanjang masa.

Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa. kuat. Ia bertujuan supaya tali tidak terburai di hujungnya. 1.3 SIMPULAN MANUK Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak. Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali. dan mengikat khemah yang dilipat. Simpul ini mudah terikat di tengah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir. Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasa digunakan. Simpulan ini berperanan sebagai penghubung kepada tali sebagai contoh mendirikan ampaian.5 SIMPULAN TINDIH KASIH Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. penyambung kepada khemah. ampaian atau lain-lain gajet mengikut kreativiti kumpulan. tempat pinggan mangkuk.8 KESIMPULAN . ikatkan sebuah stopper knot bebas (contohnya simpulan angka no. iv. 1. Ia juga digunakan untuk mengikat benda-benda kecil seperti mengikat layar kapal.‡ Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya.Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan. 1. dan mudah terikat. bungkusan. Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Contoh sambat seperti sambat balik. Mematikan hujung tali (whipping) Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet. 1.7 SITUASI PENGGUNAAN Pelajar dikehendaki membentuk kumpulan yang mengandungi lima orang dalam satu kumpulan. 1. ikatan lantai. 1. ikatan silang gunting. sambat pendek dan sambat mata. mematikan simpulan pada anduh. Setiap kumpulan dikehendaki membuat gajet seperti rak kasut. ikatan silang nombor lapan.6 SIMPULAN RAMA-RAMA Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling selamat.4 SIMPULAN BUKU SILA Simpulan buku sila digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama besar dan merupakan simpulan yang tegap serta tidak mudah lucut.8) ke hujung tali untuk memastikan keselamatan. Gajet yang dibuat perlu menggunakan kemahiran simpulan dan ikatan yang telah dipelajari. lilit pemati selit dan sambat balik. tiang atau pancang.

Berikut adalah rancangan pengajaran dan pembelajaran yang terkandung di dalam software ini. Tindih Kasih (Bowline). mencari dan menyelamat serta bidang perkapalan dan sebagainya. Buku Sila (Reef Knot) dan Rama-Rama (Buterfly). ii. iii.Cara penjagaan tali juga diterangkan oleh guru kepada pelajar. kehidupan seharian.0 PROSEDUR PELAKSANAAN Prosedur pelaksanaan bahan bantu mengajar ini amat mudah dan mesra pengguna serta mempunyai maklumat pembelajaran yang berkesan. pengakap. iv.Guru menerangkan jenis-jenis ikatan dan simpulan serta fungsi dan peranannya mengikut keadaan. Video.Guru menerangkan jenis-jenis tali untuk membuat ikatan dan simpulan. Tali dan lembaran kerja) Set Induksi i. Langkah 1 : Pengenalan i. Manuk. Afektif : i) Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Persediaan guru : Alat bantu mengajar (Komputer. Slaid. Guru hanya perlu mengikut arahan yang tertera di software dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. memancing. dan mendaki agar menarik perhatian pelajar terhadap topik yang akan diajar.Guru bertanyakan apakah kemahiran-kemahiran yang penting dalam situasi yang disaksikan oleh pelajar. Rama-Rama dan Buku Sila dengan teknik dan cara yang betul. ii.Pelajar dipaparkan dengan gambar situasi perkhemahan. LCD. 2. Persediaan Pelajar : Tali. Semua maklumat berkaitan sub tajuk pembelajaran terkandung dalam software ini berserta dengan paparan video yang memudahkan pelajar memahami dan mengikuti ansur maju dalam sesi amali. (*Kesemua maklumat ditayangkan menggunakan slaid dengan gambar-gambar menyokong perincian penerangan oleh guru) . memancing. Objktif Pembelajaran : Di sepanjang pengajaran dan pembelajaran.Secara kesimpulan ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti mendaki.Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk. Pengetahuan awal murid : Pelajar pernah melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan. Tajuk Pembelajaran : Rekreasi (Ikatan dan Simpulan). Tindih Kasih. Kognitif : i) Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi tertentu dengan betul. Fokus Pembelajaran : Kemahiran ikatan dan simpulan Manuk (Clove Hitch). seni. Seraya dan Rama-Rama diberikan penekanan kerana ia merupakan kemahiran yang akan dipelajari. pelajarpelajar dapat : Psikomotor : i) Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih.

Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. iii. iii.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Rama-Rama. iv.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Buku Sila.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. iv. iv.Pelajar perlu membuat ikatan dan simpulan yang sesuai berdasarkan situasi yang dipaparkan melalui gambar dan video.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. Penutup . iv. ii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah.Guru perlu memantau hasil kerja pelajar dan memberikan pengukuhan berkaitan fungsi dan peranan ikatan dan simpulan.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. iii. iii. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya. ii.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Tindih Kasih. Kemuncak i.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah. iv. guru menerangkan pula kemahiran ikatan dan simpulan seterusnya.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah. ii.Setelah tayangan tersebut pelajar dikehendaki mengaplikasinya dengan mengikuti langkahlangkah yang disaksikan. Langkah 4 : Ikatan dan Simpulan Rama-Rama (Buterfly) i.Terdapat beberapa gambar situasi dan video yang memerlukan pelajar berfikir sebelum membuat keputusan jenis ikatan dan simpualan yang perlu dibuat berdasarkan paparan tersebut.Setelah kesemua pelajar dapat menguasi kemahiran tersebut. Langkah 3 : Ikatan dan Simpulan Tindih Kasih (Bowline) i.Pelajar dipaparkan dengan langkah-langkah membuat ikatan dan simpulan Manuk.Langkah 2 : Ikatan dan Simpulan Manuk (Clove Hitch) i. Langkah 5 : Ikatan dan Simpulan Buku Sila (Reef Knot) i. iii. guru meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan situasi sebenar melalui paparan.Guru memilih pelajar untuk menerangkan jenis ikatan dan simpulan yang dilakukan berdasarkan situasi yang dipaparkan. ii.Paparan diulang sekiranya pelajar tidak memahami cara membuat simpulan tersebut dan guru serta buddy system turut membantu kepada pelajar yang lemah. ii.

0 FAEDAH BAHAN BANTU MENGAJAR Terdapat beberapa faedah penggunaan bahan bantu mengajar ini yang mana diharapkan ia . Semasa pelajar melakukan tugasan. Berasaskan Pelajar (Kendiri) Walaupun semasa proses penerangan kaedah kuliah digunakan. Penerangan awal hanya maklumat penting sahaja dan selebihnya pelajar perlu melakukan tugasan secara maksimum. mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.i. Dengan kaedah ini ia dapat memberikan pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan. Penemuan Terbimbing Hasil daripada pemerhatian dan amali yang dilakukan oleh pelajar.0 STRATEGI PELAKSANAAN Strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bahan bantu mengajar ini melalui tiga kaedah iaitu secara kuliah.Guru memberikan lembaran kerja berkaitan kemahiran ikatan dan simpulan yang dipelajari untuk diselesikan oleh pelajar di rumah sebagai pengukuhan pembelajaran. Buddy system juga berperanan dalam membantu pelajar belajar kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugasan yang adalah berbeza. Interaksi dua hala perlu diwujudkan agar pembelajaran aktif dapat diterapkan. Kaedah Demonstrasi atau Tunjuk Cara Kaedah ini membolehkan pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan sekaligus mengetahui cara. 4. 1968). 3. grafik dengan iringan muzik agar ia menjadi lebih menarik minat pelajar. namun pelajar perlu melakukan tugasan secara kendiri yang mana pelajar dapat menilai sendiri tugasan yang dilaksanakan. ii. Kaedah ini dikenali sebagai penemuan terbimbing atau kaedah limitasi (Bilbrough & Jones. objektif atau matlamat tugasan yang diberikan. Bagi menjadikan maklumat yang disampaikan menarik. grafik animasi dan sebagainya. paparan slaid. Melalui pendekatan dapat mengembangkan tahap kognitif sekaligus memupuk pembangunan arah kendiri. Maklumat yang ingin disampaikan boleh ditunjukkan melalui video. i. Kaedah Kuliah Kaedah kuliah digunakan oleh guru secara aktif yang mana semasa penyampaian pelajar dibenarkan untuk bertanya sekiranya terdapat kemusykilan dan permasalahan berkaitan dengan tajuk pembelajaran.Guru memilih pelajar secara rawak untuk menunjukkan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari dan membuka soalan kepada pelajar sekiranya terdapat kemuskilan. Hasil daripada paparan tersebut pelajar dapat melihat sendiri contoh sesuatu kemahiran atau prosedur sebenar dilaksanakan dan secara tidak langsung pelajar dapat mengikuti contoh yang telah diperhatikan dengan baik. Guru perlu menyampaikan maklumat penting sahaja dan ia perlu disokong oleh bahan bantu mengajar. iii. iv. tunjuk cara atau demostrasi dan berasakan pelajar (kendiri).Guru bertanyakan soalan kepada pelajar berkaitan ikatan dan simpulan yang telah dipelajari. guru perlu menggunakan kreativiti dalam bahan bantu mengajar seperti video. teknik. pelajar dikehendaki menyesuaikan tugasan dengan situasi yang diberikan oleh guru. iii. ii. guru perlu memantau dan memberi teguran sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.

Membolehkan para pelajar berdikari dalam melakukan aktiviti tertentu untuk memenuhi sebarang tugasan.Memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai kepentingan dan komponen sistem komputer dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada guru. E. Guru akan menyediakan masalah dan masalah tersebut akan diselesaikan oleh pelajar. Bagi menggunakan bahan ini. v. Falsafah pengajaran berfokuskan pelajar menghasilkan pelajar yang bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memberikan hasil yang baik kepada pelajar dan guru. ii. Penggunaan bahan bantu mengajar ini juga dapat mewujudkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang mempunyai pelbagai keupayaan. iii. Penggunaan bahan bantu mengajar ini memberi manfaat kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana menjimatkan masa serta dapat digunakan masa pengajaran secara keseluruhan.Memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan secara berkesan. Penggunaan komputer dalam bahan bantu mengajar ini dapat menimbulkan minat pelajar dan daya usaha para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlulah mengikut arahan yang tertera dalam software agar proses pengajaran dan pembelajaran akan memberikan hasil yang bermakna. . Pelajar akan berusaha dan berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan sekaligus membentuk pembangunan kognitif pelajar.Mencetuskan satu perbincangan yang menarik di kalangan pelajar dan guru. iv. PENUTUP Secara kesimpulannya bahan bantu mengajar ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ikatan dan simpula.Menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang mudah serta dapat mengoptimumkan penggunaan masa guru dan pelajar. i.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful