You are on page 1of 23

PENGENALAN Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini. Matematik selalunya didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep. Menurut Mok Soon Sang (1995), Matematik mengandungi unsur-unsur yang utama iaiatu simbolnya seperti nombor, titik, garisan bentuk dan bahasa Matematik seperti prinsip, hokum, teorem dan peraturan-peraturan matematik digunakan untuk menjalankan seseuatu operasi. Matematik juga dikatakan bersifat abstrak dan sukar untuk ditakrifkan. Menurut Micheal Bernkopf (1999) di dalam noraini (2005) menyatakan ; “ Mathematic is the study of abstraction and their relationships in which the only technique s and their relationships which the only technique of reasoning that may be used to comfirm any relationship between one abstraction and another deductive reasoning”.

dan China Purba. anak mungkin mengalami kesukaran mengingati apa yang telah diajarkan guru atau dia mungkin mengalami kesukaran menggunakan strategi yang berkesan untuk menyelesaikan masalah matematik. dan perubahan. melalui penggunaan penaakulan logik.Masalah penguasaan matematik dikenalpasti melalui pelbagai prosedur. Biasanya guru kelas atau ibubapa mengamati bahawa anak mengalami kesulitan belajar matematik terus-menerus dan cenderung untuk melakukan penilaian buruk pada kelas matematik berbanding dengan seluruh kelas. India Purba. Pada setakat ini . Mesopotamia. Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti. struktur. ruang. Masalah ini merupakan masalah biasa bagi kanak-kanak pendidikan khas. Benjamin Pierce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". pengukuran. bertambah dengan kesusahan kemudiannya diperkenalkan oleh Greek purba. Pengetahuan dan gunanya matematik asas sentiasa ada sebahagian daripada sedia ada dan penting bagi individu dan kumpulan tertentu kehidupan. Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno. dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. daripada membilang. Ini adalah kerana keupayaan kognitif mereka yang lebih rendah berbanding kanakkanak normal. pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan. Misalnya. dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan tekaantekaan (kemungkinan) baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. pengiraan. . Ia berkembang.

Ia mempunyai 5 pendekatan iaitu : i) ii) iii) iv) v) Mengkaji masalah dan mengenalpasti sumber masalah Menyusun maklumat berkaitan dengan masalah Membina strategi tindakan bagi penyelesaian masalah Memilih dan mengaplikasikan kemahiran pengiraan yang betul. antaranya:  Perancangan mengajar  Pelaksanaan pengajaran  Penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai  Pengayaan dan pemulihan  Menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran  Pengurusan bilik darjah  Penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik Komponen Matematik a) Komponen Pengiraan – Melibatkan manipulasi ke atas nombor-nombor yang mengikut diterima. Ia terbahagi kepada empat bidang kemahiran iaitu : i) ii) iii) iv) Kesediaan Fakta Nombor Perkiraan Nombor Perkiraan nombor bulat dan pecahan peraturan praset untuk menentukan amalan dapatan.Pengajaran matematik yang berkesan akan melibatkan beberapa kemahiran. Hanya satu hasil dapatan boleh a) Komponen Penyelesaian Masalah – Merupakan aplikasi kemahiran perliraan yang telah dipelajari yang merangkumi cara berfikir bagi memahami beberapa situasi yang tidak diketahui. Menilai jawapan yang betul dan munasah .

KAJIAN KES .

Selain daripada guru. Melalui pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan ke atas murid tersebut.murid yang kami pilih ialah Mohd Aiman Zaki bin zakaria.KAJIAN KES Bagi tujuan ini. saya telah memilih seorang murid dari kelas pendidikkan khas dari sekolah kebangsaan padang hiliran. ibu bapa memainkanperanan penting bagi membolehkan murid berapa pentingnya untuk belajar bersungguh-sungguh supaya tidak mengecewakan ibu bapa. murid ini mempunyai masalah dari segi penguasaan dalam semua mata pelajaran terutamana dalam pembelajaran matematik. murid ini datang daripada keluarga yang sederhana pendidikannya.membolehkan murid untuk belajar dengan lebih tenang. Suasana persekitaranjuga mempengaruhi pembelajaran kerana suasana atau persekitaran yang tenteram. LATAR BELAKANG PELAJAR . Ahli keluarga murid ini memang kurang memberi perhatian kepada pelajaran anaknya semata-mata mengharapkan bantuan dari pihak sekolah Sebagaimana yang kita ketahui peranan ibu bapa dan keluarga tidak kurang pentingnya dalam pembelajaran anak-anak. Setelah diteliti latar belakang murid ini.

NAMA TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR : AIMAN ZAKI BIN ZAKARIA :13 JUN 1997 : HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH. . TERENGGANU DARUL IMAN UMUR BANGSA KATEGORI MASALAH ALAMAT : 12 TAHUN : MELAYU : SLOW LEANER : B-25 KAMPUNG PADANG MIDIN. KUALA TERENGGANU.KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN.

MASALAH YANG DI HADAPI Berdasarkan pemerhatian kami selama empat hari terhadap Adik Aiman zaki bin zakaria. dapat kami jelaskan bahawa penguasaan adik Aiman Zaki dalam pembelajaran tidak jauh bezanya dengan murid khas yang lain. Beralih kepada ujian kedua pula iaitu susunan nombor.hasil dari ujian yang kami sediakan.adik Aiman sering tertukar dan menulis huruf yang salah. 2)susunan nombor. dan 3) penambahan nombor. Jika di lihat dari segi fizikalnya.dapat kami jelaskan bahawa beliau tidak mengenal sepenuhnya dan kadang-kadang tidak dapat membezakan bentuk nombor dengan betul. Namun lumrah anak-anak khas adik Aiman Zaki antara salah seorang kanak – kanak khas yang tidak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancangkan. Seperti yang kita sedia maklum mengenal atau mengingati susunan nombor merupakan pengetahuan asas yang perlu di kuasai dalam pelajaran matematik. Walaupun telah kami perbetulkan kesalahan adik Aiman Zaki. .adik Aiman merupakan seorang murid yang lincah di dalam kelas atau bersama rakan sebayanya. namun tetap sahaja dia mengulangi kesalahan yang sama. Berdasarkan kajian kes ke atas Adik Aiman. Bagi mengenal pasti tahap masalah yang di hadapi oleh adik Aiman Zaki .kami telah menyediakan : Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik yang kami sediakan kepada beliau ialah ialah 1) perbandingan bentuk nombor. disini menampakkan lagi kelemahan dirinya. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik yang kami sediakan kepada beliau. Contohnya nombor enam dan nombor Sembilan.ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan nombor.beliau masih lagi tidak dapat mengingat turutan atau susunan nombor yang betul dengan baik.

Selepas murid menunjukkan kemajuan atau peningkatan.adik Aiman Zaki memerlukan masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Ini kerana. Adik Aiman Zaki mampu menjawab soalan operasi tambah dalam bentuk lazim. Ujian diagnostik yang kami sediakan bercirikan daripada kea rah yang lebih sukar bagi menilai sejauh mana tahap kebolehan murid dalam menguasai konsep operasi tambah. Adik Aiman Zaki lebih baik penguasaannya dalam menyelesaikan masalah operasi tambah dalam bentuk lazim.. Selain itu. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang berbeza di mana ada soalan yang kami sediakan berbentuk disediakan dalam bentuk lazim dan bentuk ayat. . Semasa menjawab soalan dalam operasi tambah dalam bentuk lazim. kami akan mengedarkan soalan atau ujian yang lebih tinggi tahapnya. akan menimbulkan kesulitan kepada adik Aiman Zaki.Bagi ujian penambahan yang di sediakan pula. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor namun mempunyai masalah apabila melibatkan dua tempat nombor. Namun kadang-kadang adik Aiman masih juga tersilap dalam menyelesaikan soalan tersebut. Kesimpulan yang dapat kami katakan di sini bahawa adik Aiman Zaki boleh menulis dan menjawab soalan nombor mengikut susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan dan mudah terlupa dengan apa yang pernah dikuasainya. soalan operasi tambah yang kami sediakan dalam bentuk ayat.berdasarkan pemerhatian kami terhadap hasil kerja beliau. STRATEGI MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI .

Ia juga cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian langkah-langkahnya berdasarkansusunan yang teliti dan rapi. antara kaedah-kaedahpengajaran matematikyang perlu difahami dan dikuasai oleh guru adalah kaedah kerja praktik. Bagi kanak-kanak ini. pengubahsuaian arahan-arahan berdasarkan rancangan mengajar. kaedah penemuan. namun pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam P & P masih sama. Manakala menurut Modul OUM HBSS2203 (2009). arahan-arahan matematik semasa pembelajaran atau latihan hendaklah diubahsuai kepada bentuk yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak ini.Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kebiasaannya sukar untuk menerima arahan yang kompleks. Pengubahsuaian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk sama ada menggunakan kertas graf dalam operasi penambahan atau penolakan. pengalaman dan latihan yang diterima oleh gurutersebut. Walaupun begitu terdapatbeberapa lagi kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan pengajaran pemilihan matematik di dalam kelas. Menurut Mok Soon Sang (1995). Oleh yang demikian. Walaupun terdapat perbezaan dari segi cara dan gaya penyampaian serta pengendalian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. terdapat tiga pendekatan yang boleh digunakandalam pengajaran matematik iaitu pendekatan berpusatkan murid. Kaedah merujuk kepada tindakan guru yang bersistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran tertentu dalam jangka pendek. pendekatan berpusatkan bahan dan pendekatan berpusatkan guru. kaedah induksi dan deduksi. sebagai guru. Bukan itu sahaja. Ini adalah kerana keupayaan kognitif mereka yang lebih randah berbanding kanak-kanak normal. . teknik mengajar dan ubahsuai isi kandungan juga adalah perlu. pembelajaran di dalam kelas semasa pembelajaran selalunya sukar untuk mereka fahami sepenuhnya. Setiap guru mempunyai gaya dan teknik serta kebolehan yang berbezabezabergantung kepada personaliti.

namun. lebih cepat dapat belajar atau memahami sesuatu yang di ajar. beliau akan mula menunjukkan sikap negetif dan tidak menghiraukan kerja yang di sediakan. Dimana. dapat kami rumuskan bahawa beliau mengharapkan perhatian penuh dari guru kerana jika guru tidak melihat perlakuannya. guru juga haruslah pandai mengaitkan Contoh-contoh pembelajaran matematik berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Memandangkan masalah yang di hadapi oleh adik Aiman Zaki ialah lebih kepada pranombor. kanak-kanak tidak kira normal atau istimewa. kemungkinan besar. bagi mengatasi masalah yang di hadapi oleh beliau.Kesedaran kami terhadap konsep nombor terutama dalam kemahiran menambah bagi adik Aiman Zaki.kami boleh merancang sesuatu aktiviiti yang boleh dilakukan dengan mengajar murid-murid ini menggunakan latihan seperti permainan papan nombor atau menggunakan perisian yang bersesuaian. Disebabkan Adik Aiman Zaki cepat hilang tumpuan. Kemahiran mengira pula boleh dibina menggunakan kaedah mengingati dan menyelesaikan masalah. guru boleh mengajak murid menggunakan permainan yang berterusan sebagai latihan. Berdasarkan keputusan yang kami dapat hasil dari lembaran kerja yang di buat adik Aiman Zaki . Ini membawa maksud Nisbah guru kepada murid haruslah di antara lingkungan 1:5 kerana lebih kecil saiz kumpulan. contohnya penggunaan . guru akan dapat memberikan tumpuan yang lebih terhadap murid tersebut. Selain itu. Hal ini banyak mendorong perilaku murid dalam meneruskan pembelajarannya.selain itu.Tidak salah jika guru ingin mengajar dengan bilangan murid yang ramai. kami telah menyediakan beberapa lembaran kerja khas untuk beliau bagi mengenal pasti tahap masalah beliau.Berdasarkan kajian kes kami ke atas adik Aiman Zaki. Ini kerana. murid ini seharusnya perlulah dalam kelompok yang kecik. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses mengingat. kaedah manipulatif seperti penggunaan tray blok 100 juga adalah bersesuaian. murid-murid bermasalah pembelajaran ini akan terus hilang dari fokus pembelajarannya. strategi terbaik yang kami pilih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi adik Aiman Zaki iaitu pendekatan berpusatkan murid dan pendekatan berpusatkan bahan dan berpusatkan guru.

saya memilih menggunakan kaedah bercerita dan kaedah permainan matematik yang mana ia tertumpu kepada penggunaan bahasa melayu dalam permainan tersebut. . 2009). Bagi menjalankan pengajaran pemulihan matematik untuk Nordina. kaedah-kaedah pengajaran yang kami rancangkan lebih menekankan kaedah yang berpusatkan : A. Rancangan Pengajaran yang kami rangka juga menekankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Aktiviti juga harus dikembangkan daripada yang mudah kepada sukar dan daripada konkrit kepada abstrak. bagi memudahkan perjalanan strategi yang kami rancang.dadu atau kad nombor dan objek-objek maujud yang tidak merbahaya sebagai bahan bantu mengajar. menyoal rakan dan berinteraksisecara terkawa. kami ada menyediakan satu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokuskan tajuk pranombor berserta dengan bahan banu mengajar yang menarik di samping sesuai dengan masalah dan tahap pencapaian adik Aiman Zaki. murid diberi peluang untuk memainkan peranan pentingdalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menggunakan teknik menyoal yang dapat merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif disamping memberi galakkan kepada murid untukmenyuarakan pendapat (Modul OUM HBSL2203. Aktiviti pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan matematik yang telah dikesan. Di samping itu saya juga menggunakan kad-kad gambar yang menarik dan persembahan powerpoint untuk menarik perhatian murid tersebut Secara jelasnya.Pendekatan berpusatkan murid Dalam pendekatan ini. Selain daripada itu. Murid dibahagikan kepadakumpulan kecil dan diberi peluang untuk berbincang.

Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambilbelajar. Iaitu bahasa yang difahami oleh murid akan memudahkan mereka untukmengambil bahagian dalam perbincangan dengan guru. Kaedah ini mempunyai kelebihan kerana murid berpeluang berinterksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalamansendiri. Juga menjadi kelaziman seseorang. murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitukumpulan sama kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. tumpuan murid akan lebih jika mereka melibatkan diri dalam permainan. pengetahuan ataupembelajaran yang diperoleh secara tidak formal (permainan) lebih diingati berbanding pembelajaran secara formal.Semasa bermain murid secara sedar atau tidak akan meneroka dan seterusnyamengetahui serta memperoleh ilmu baru dalam matematik. permainan adalah satu kaedah yang dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat murid terhadap matematik . Matematik berbentukr ekreasi secara lazimnya akan membantu guru memberi pendedahan konsep yangmudah diingati oleh murid. Permainan matematik juga termasuk dalam salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan murid dan amat sesuai untuk dijalankan kepada murid yangmengalami masalah dalam pembelajaran matematik.Dalam kaedah ini. Contohnya permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian dengan permainan atau rekreasi matematik.Salah satu kaedah dalam pendekatan pembelajaran berpusatkan murid ialah pembelajaran secara berkumpulan. Menurut (D’Agustine. Ianya dapatmengurangkan rasa bosan dan jemu semasa menyelesaikan masalah matematik. Secara lazimnya. Murid juga akan . Contohnya adalah lebih baik seorang guru mengajar matematik kepada seorang murid yang memerlukan pemulihan untuk menggunakan bahasa yang biasa dengan mereka. minat murid boleh dipupuk. 1973). Ini membolehkan gurumembimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktivitipemulihan.

Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar. bahan kit bantu mengajar Matematik dan Set Permainan Matematik. Contohnya jika guru menggunakan powerpoint. Alat bantu mengajar tebahagi kepada dua iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. 2009). Misalnya pada peringkat awal untuk mengenal nombor. situasi cerita yang bolehmerangsang mereka bercerita dan berbincang samada dengan guru atau rakan. yang dapat menarik perhatian perhatian murid.terdorong untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru.Dalam masa yang sama guru mesti menyediakan bahan. . guru bolehmemasukkan illustrasi dan grafik . B. Tujuan menggunakan bahan bantu belajar adalah bagi membolehkan pelajar memahami isi pengajaran dengan lebih mudah dan guru juga dapat menyampaikannya dalam bentuk yang lebih berkesan dan menarik. Guru yang mahir dengan penggunaan ICT boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan powerpoint. Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran yang hendak diajar adalah seperti bahan –bahan aktiviti.Pendekatan pemusatan bahan Penyampaian pengajaran dan pembelajaran matematik haruslah disertai dengan penggunaan bahan dan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran murid ke arah zaman maklumat. bunyi. guru boleh menggunakan ‘flash card’ sebagai bahan bantu yang ringkas (Modul OUMHBSS2203. excell ataupun mengakses laman web dalampencarian maklumat.

Topik : nilai tempat. 5. -.Topik : nombor. Abakus/dekak-dekak . Lembaran-lembaran kerja / kad kerja . operasi +.Topik : nombor. 3. susunan nombor ↑ ↓ . operasi tambah dan tolak.semua topik . Carta-carta . Kad-kad nombor / kad jalur .semua topik 4. alat pengukur atau penimbang  Berpusatkan guru  Berpusatkan bahan  Berpusatkan murid a) Kit bahan bantu mengajar matematik Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan buku panduan menggunakannya. 1. x dan - 6. Papan flanel bermagnet 2. Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah. Benda-benda pembilang .a) Bahan-bahan aktiviti  Bertulis – Lembaran kerja / Kad kerja  Lisan – Latih tubi / congak  Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict. kubus / bongkah.semua topik b) Set permainan matematik .

Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid. keluar. • • • • Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar. Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor. Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey) Jigsaw puzzle bernombor Boling nombor Roda impian Dart bermagnet Pancing ikan • • • • • Antara kaedah lain yang boleh di lakukan ialah : 1. Kaedah Pembelajaran Kontekstual .• Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari bendaMenyambungkan garis putus-putus atau titik untuk mencari jalan yang • benda yang tersembunyi. Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak • • Membentuk gambar daripada tangram.

namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. 2. Kaedah Konstruktivisme Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). Teori ini bertitik tolak daripada pandangan . Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau relevan bagi mereka. dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi. Secara lazimnya. iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah. Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedahkaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual.Kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri.

membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu “melangkau melebihi maklumat yang diberikan” (Beyond the information given). Hasil daripada pendekatan ini. konstruktivism adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Teknik Pembelajaran Aktif Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah konsep nombor yang dihadapi oleh murid ialah penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran dimana murid terlibat secara aktif seperti menulis dan berbincang bersama guru serta pergerakan yang melibatkan anggota badan. idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997). Apabila mereka bertemu dengan objek. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat.behaviorism yang mengkaji perubahan tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental. Bruner (1960). Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. 3. telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. .

Melalui penglibatan secara aktif. Oleh itu sebelum seseorang murid dimasukkan ke dalam kelas pembelajaran khas matematik. contohnya menggunakan bahan maujud. guru perlu libatkan pelajar dalam pembelajaran. Guru perlu menekankan pembelajaran berpusatkan murid supaya murid bertindak lebih aktif dalam pembelajaran dan mengelakkan rasa bosan terhadap pengajaran guru 4. Guru juga boleh membina bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan mengaitkan dengan persekitaran murid. murid perlu dilibatkan dengan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran ynag telah diajar. guru menyuruh murid mengira nombor yang ditulis atas papan hitam. Antara punca yang di kenal pasti ialah : . penekanan pembelajaran dapat diberikan kepada pembinaan konsep baru atau kemahiran penguasaan baru. Teknik latihan berterusan dan pelbagai Setelah guru mengajar murid mengenal dan menghafal nombor yang tertentu. Guru boleh memberikan lembaran kerja kepada murid untuk meningkatkan kemahiran murid dalam konsep mengenal nombor. Penglibatan aktif pelajar merupakan asas yang penting kepada pembentukan struktur secara retroaktif dan proses asimilasi yang menyeluruh. bahan 3D sebagainya. guru harus mengenalpasti murid-murid bermasalah di dalam pembelajaran matematik tersebut. dan PUNCA MASALAH Penentuan tahap penguasaan konsep dan kemahiran dalam mempelajari sesuatu topik matematik amat penting. Penguasaan Matematik tidak hanya bergantung pada kefahaman konsep semata-mata sebaliknya latihan yang mencukupi perlu dilakukan oleh guru dari masa ke semasa sehingga murid mencapai kemahiran yang hendak diajar.Selain itu. guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantu belajar untuk murid supaya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih mendalam lagi. contohnya. Apabila guru mengajar murid membilang nombor.

Masalah kurang kecerdasan dan mental • • • Warisan daripada genetik ibu bapa Masalah daripada sebelum. Sekolah Tidak menyediakan kelengkapan belajar seperti pensel. semasa. dan sebagainya Tidak memberi dorongan Tidak meninjau perkembangan pelajaran anak Sibuk dengan hal sosioekonomi Tidak meninjau rakan-rakan sebaya anak . Faktor Masalah pengamatan • Masalah pendengaran. buku. Murid i. dan psikomtor i.I. Faktor fizikal • • Makanan yang tidak berzat Murid cepat letih – tak mampu menumpukan kepada proses pengajaran dan pembelajaran seperti tidak menyiapkan latihan di sekolah atau kerja rumah • • Keletihan Berpenyakit . Faktor sikap • Menganggap matematik sesuatu yang sukar untuk dikuasai tidak berminat i. penglihatan. dan selepas kelahiran Kekurangan makanan yang berzat i.kerap tidak hadir – ketinggalan dalam pelajaran I. Ibu Bapa • • • • • I.

tidak • • • • menggunakan pengetahuan sedia ada murid.1. Guru • Strategi dan kaedah mengajar yang kurang sesuai seperti tidak berperingkat-peringkat. tiada aktiviti pengukuhan Bahan bantu mengajar yang kurang menarik dan sesuai Emosi guru – garang. Pihak pentadbir • • • Tidak memberi perhatian pada pelaksanaan kelas pemulihan Tidak memberikan peruntukan yang sewajarnya Panitia kurang memberikan perhatian serius kepada murid pemulihan sebaliknyamenumpu kepada murid UPSR . tidak sabar Kurang prihatin Tidak menjalankan ujian diagnostik dengan betul Guru kurang berminat Tidak memberikan tumpuan kepada murid yang memerlukan pengajaran dan pembelajaran secara individu • Pengurusan tingkah laku yang kurang berkesan • • 1. Kelas Pendidikan Khas • • • Tempat tidak sesuai Bahan-bahan disusun pada aras yang tidak bersesuaian Kebersihan dan keceriaan kelas kurang memuaskan 1.

.

tripod.Rujukan http://www.scribd.com .com/doc/22594101/Pembelajaran-Khas-Matematik-Pemulihan http://mujahid.