2. SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 2.

1 Proses Perubahan Ejaan Rumi Bahasa Melayu Secara Ringkas Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisantulisan oleh orang- orang Inggeris dalam abad ke- 19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan. Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah- sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum. Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato¶ Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato¶ Muda Linggi (1924). Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Za¶ba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Za¶ba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Za¶ba.

lebih kepada cara Inggeris. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli. Akibat pergolakan politik. Kelainan. Perubahanperubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia.dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke semasa.sistem yang ada. majalah dan buku. 2. dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942. satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu.ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan dan menyatukan sistem ejaan.Selain daripada sistem ejaan Za¶ba. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. wujudlah pula "Ejaan Malindo". Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar.rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo. Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Za¶ba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia.dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". (Allahyarham) Tun Hussien Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repiblik Indonesia. sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan.ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia.ahli bahasa berdasarkan rumusan.kelainan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli. Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April 1959.Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua.2 Ejaan Wilkinson. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini. Angkatan Sasterawan ¶50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka.usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957. . Pada tahun 1956. wujud pula "Sistem Ejaan Kongres". Selain daripada itu. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu. termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Usaha. Hasil daripada pertemuan ini. Kemudian. Slametmuljana.1945. Bapak Mahsuri. Pada 23 Mei 1972. Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Za¶ba dan ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem. terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa. hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura. satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham) Syed Nasir bin Ismail dengan Panatia Pelaksanaa Kerjasama Bahasa Melayu.

4. Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logis bagi perumian bahasa Melayu. Ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Kebaikan kaedah harafiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Za¶ba. 2. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943). Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).1 Ejaan Rumi Fajar Asia. Kelemahan kaedah fonetik pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu berbeza-beza menurut sesuatu tempat. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Yang dimaksudkan secara harafiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. 2. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem Ejaan Rumi Za¶ba muncul apabila Pendita Za¶ba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem yang pertama ialah perumian secara harafiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. 2. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun 1903. Sistem ejaan Rumi Za¶ba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi.4 Ejaan Rumi selepas Ejaan Za¶ba.3 Ejaan Za¶ba. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Za¶ba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an.Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. .

Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. 2. dan untuk ini maka sistem fonoloji diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya.luimewah. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik.Sistem Ejaan Fajar Asia dapat dikatakan percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai Ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya.net/cobra_ayaq/articles/kajian/bab2.4. kesederhanaan. 2. http://www. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu: y y y y Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan.htm .4.3 Ejaan Rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu.4. Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu. Peraturan ejaan hendaklah mudah. Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. 2. Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik.2 Ejaan Kongres. ekonomi. Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun 1959.4 Ejaan Rumi Baharu (ERB). Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Bahasa mencerminkan tahap tamadun sesuatu bangsa. . 3. Kalau sebelum pengisytiharkan penggunaan sistem ejaan baru. Kerjasama yang erat dan dipergiatkan antara universitiuniversiti dan maktab-maktab di kedua-dua negara akan dapat membantu negara masing-masing berkembang dengan pesat. sejajar dengan dasar negara yang merasakan pendidikan amat penting untuk kemajuan negara. dokumen-dokumen dan buku teks yang dicetak semula. timbul masalah kefahaman antara bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan dari kedua-dua negara tetapi setelah wujudnya ejaan bersama. Sumber-sumber ilmiah yang digunakan di institusi-institusi pengajian tinggi tidak lagi perlu diterjemah dari sistem ejaan Malaysia kepada sistem ejaan Indonesia atau sebaliknya. Penuntut-penuntut di universiti pengajian tinggi dapat memahami dengan jelas dan teratur maklumat yang cuba disampaikan oleh rakan mereka dari negara jiran. oleh itu perubahanperubahan seperti ini perlu wujud supaya bahasa Melayu boleh diterima pakai di dalam manamana bidang. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah dalam bidang ilmu bahasa memberikan pedoman-pedoman baru untuk pakar-pakar bahasa bagi penyusunan ejaan yang baik.3 Memperbaiki kekurangan yang ada. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Perubahan ke atas Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Lama (1972) berlaku kerana ingin mewujudkan bahasa Melayu standard yang boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi negara-negara yang mengamalkan bahasa Melayu. Penggunaan tanda diaktiris ini dirasakan tidak sesuai kerana ia melambatkan proses penulisan dan proses percetakan.istilah baru dicipta berpandukan sistem ejaan yang tersusun. Beberapa tanda baca yang biasa digunakan semasa sistem Ejaan Za'ba telah dimansuhkan seperti penggunaan tanda diakritis pada huruf e untuk membezakan sebutan e pepet dan e taling. Terdapat tiga faktor utama yang difikirkan menyumbang ke atas perubahan ini.3. undang-undang. Pertama. 3. 3. Kedua. iaitu mengubah beberapa cara penggunaan tanda baca dan ejaan supaya lebih mantap dan mudah. masalah ini tidak ketara lagi. Ketiga ialah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.2 Pentingnya ejaan dalam pendidikan. Istilah . maka terdapat langkah untuk menyamakan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan yang mudah tidak akan membebankan ingatan pengguna dan ianya akan mudah diterima oleh masyarakat. Hal ini dapat diperkukuhkan apabila sejak pengisytiharan dibuat penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu digunakan secara meluas di akhbar-akhbar.1 Menyesuaikan sistem ejaan. surat rasmi. untuk menyesuaikan sistem ejaan sekarang dengan perkembangan semasa yang pesat membangun. Perubahan sebegini amat penting kerana ia akan dapat menentukan aliran ilmu antara kedua-dua negara.

Oleh yang demikian penulis terbabit memberikan petua sebutan yang tidak tepat dan melambangkannya dengan grafem yang janggal pula. Penulisan kata banyak yang tidak seragam dan tidak berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul kerana kejahilan penulis atau penyusunnya tentang perkara berkenaan. v). serta banyak menggunakan tanda diakritik.3.1 Kelemahan dari aspek fonem Ejaan Rumi mengalami proses standardisasi disebabkan oleh beberapa faktor yang timbul akibat arus peredaran zaman atau berpunca daripada kelemahan sistem ejaan Rumi itu sendiri. Kodifikasi fonem Melayu tidak tepat dan tidak jelas kerana penulis atau penyusunnya tidak mengetahui sistem bunyi atau fonologi Melayu yang sebenar. Belanda. terdapat juga kelemahan-kelemahan lain pada sistem ejaan terdahulu yang menyebabkan perlunya proses standardisasi dilaksanakan. ny. iii). sy). ii).2 Kelemahan dari aspek lain Selain kelemahan yang berpunca daripada aspek bunyi. dan sebaliknya. Antara kelemahan dan kekurangan berkenaan diperlihatkan dengan ciri-ciri seperti yang berikut: i). Tidak ekonomis: Banyak menggunakan digraf iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng. banyak menggunakan digraf dan geminasi. Itali. fonem dan huruf atau ejaan. khususnya konsonan daripada bahasa Arab.3. fungsi serta kelas kata. Selain daripada itu. Perancis dan seumpamanya. serta pendekatan yang mencampuradukkan antara bunyi. iaitu menggunakan satu grafem bagi lebih daripada satu fonem. tidak seragam dan tidak jelas dalam kebanyakan sumber kerana penulis atau penyusunnya tidak tidak memahami dan tidak dapat menyebut bunyi konsonan asing dengan betul seperti dalam bahasa Arab. Antara kelemahan tersebut termasuklah: i). sebaliknya banyak berdasarkan bahasa pasar. vi). Jadi. melambangkan satu fonem dengan lebih daripada satu grafem. Perumian atau pengejaan vokal sering tidak tepat kerana dibuat berdasarkan proses penukaran huruf daripada tulisan jawi yang sistemnya tidak dapat menggambarkan kesemua bunyi enam vokal Melayu baku dengan sahih. Perlakuan terhadap fonem asing. iv). Ini merangkumi aspek pembentukan kata.3. Pengejaan kata sering tidak tepat kerana kebanyakannya tidak berdasarkan sebutan penutur asli yang sebenar atau penutur yang terpelajar. penggunaan tanda sempang dalam penulisan . Pelambangan fonem dibuat dengan pelbagai grafem. kodifikasi fonem diperlakukan berdasarkan nilai sebutan bahasa asal penyusun atau penulisnya yang berkenaan seperti Inggeris. Kodifikasi fonem tersebut turut dilambangkan dengan huruf yang terdapat dalam sistem ejaan bahasa penulis terbabit. 3.

Kesimpulannya. pelaksanan sistem ejaan rumi Bahasa Malaysia dapat menyatukan bidang kebudayaan. Ini bermakna sistem ejaan .4 Kesan-kesan sampingan Penggunaan sistem Ejaan Rumi Baharu ini telah meluas ke negara jiran selain Indonesia. Penulisan kata yang mencampuradukkan unsur bentuk terikat dengan unit bentuk bebas. penulisan kata depan <di> dan <ke> yang serupa dengan awalan <di>dan <ke> serta penulisan frasa dan kata majmuk yang tidak tetap bentuknya kerana tidak jelas kategorinya. vii) Tidak simple: Penggunaan tanda trema <"> diatas <i> sebagai akhiran selepas <a>. dan /s/. Melalui Kongres Kebangsaan Singapura. ix). Tidak fonemik: penggunaan satu grafembagi satu fungsi. Hal ini lebih jelas lagi apabila Kementerian Pelajaran Singapura telah mengarahkan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan rasmi pembelajaran dan pengajaran. penggunaan tanda koma di atas (µ) dan peraturan pengejaan keselarasan vokal yang berbagaibagai. penulisan huruf. Tidak fleksibel iaitu penolakan fonem asing seperti /f/. iv). Tidak praktis: Pengunaan grafem baru yang janggal. lambang dan angka tidak lengkap.imbuhan atau bentuk terikat dan pengunaan grafem baru terutamanya dalam tulisan Za¶ba turut dilihat sebagai tidak ekonomis kerana memerlukan biaya yang besar apabila dilaksanakan. vi) Tidak jelas: Penulisan kata ulang berimbuhan dengan menggunakan angka dua. ii). viii) Tidak seragam: Menggunakan dua cara bagi penulisan kata depan <di> dan <ke> serta penulisan kata depan <di>yang berbeza daripada <ke>. /v/. sosial dan ekonomi antara negara-negara yang telibat. sukar ditulis dan membebankan ingatan pengguna serta penggunaan tanda diakritik yang menyukarkan penulisan dan percetakan. Tidak menyeluruh: Senarai fungsi atau kegunaan bagi tanda baca. v). iii). penggunaan digraf yang tidak sesuai dengan fonem dan transkripsi satu fonem dengan dua grafem. Negara Brunei juga tidak ketinggalan dengan menggangotai Majlis Bahasa Indonesia (MBIM) pada 4 November 1985 dan serentak dengan itu MBIM telah bertukar nama kepada Majlis Bersama Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). sebuah jawatankuasa ejaan bahasa Melayu telah ditubuhkan untuk menyelaraskan Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedang digunakan di Singapura supaya dapat disesuaikan dengan Sistem Ejaan Bahasa Malaysia. 3. Penulisan kata ulang juga dilakukan dengan menggunakan tanda sempang disamping dengan penggunaan angka dua.

Contoh penggunaannya ialah: Ejaan Lama émak kéledek méntéri témpoh jadi " " " Ejaan Sekarang emak keledek menteri tempuh 4.net/cobra_ayaq/articles/kajian/bab3. Di antaranya ialah: 4. Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Perubahan lima huruf konsonan.2 Penggunaan Huruf Konsonan Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. PERBEZAAN ANTARA SISTEM EJAAN RUMI BARU DAN SISTEM EJAAN RUMI LAMA Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. http://www.1 Grafem Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Za¶ba). iaitu: Huruf Lama (i) ch Huruf Sekarang c Contoh Penggunaan chacat jadi cacat chuchi " cuci (ii) dh d kadhi " kadi dharab " darab (iii) dz z dzalim " zalim .luimewah.baru merupakan alat percantuman kembali sendi kebudayaan Melayu yang selama ini terpisah akibat penjajahan.htm 4.

Contohnya: ma¶na tama¶ jadi " makna tamak ) digantikan dengan y Tanda koma di atas (µ) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( membuka suku kata. Contohnya: µalam ma¶af jadi " alam maaf ) dihapuskan jika y Tanda koma di atas (µ) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( huruf konsonan k jika menutup suku kata. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut: y Tanda koma di atas (µ) yang sepadan dengan huruf jawi ain ( membuka suku kata.dzat " zat (iv) sh sy sharat " syarat mashhor " masyhur (v) th s mithal " misal ithnin " isnin Tanda koma di atas (µ) dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi dalam sistem Rumi sekarang. Contohnya: masa¶alah so¶al jadi " masalah soal ) dihapuskan jika y Tanda koma di atas (µ) yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( dengan huruf konsonan k jika membuka suku kata. Contohnya: dato¶ jadi datuk ) digantikan .

di pangkal kata atau di pangkal suku kata. e pepet.e taling a --. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a.u Contoh alih batuk lebih tempuh . Contohnya: versi subversif universiti y Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z.3 Pola Ejaan Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan.u e --. v dan x. y Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qariah qunut y Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasabahasa Eropah yang lain.i a --. Ejaan Rumi Lama Pola Ejaan (1) (2) (3) (4) a --. Contohnya: xelophone xenomorph jadi " xelofon xenomorf 4.i e --.o e pepet ---e taling e pepet --. sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q.o Contoh aleh batok lébeh témpoh Ejaan Rumi Baru Pola Ejaan a --. i atau u di suku kata praakhir.ru¶yah " rukyah Selain itu.

e taling u --. 4. ng atau r.i i --.i u --.e taling i --.4 Penulisan Imbuhan Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut: y tanda sempang ± pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.o u --.u u --.u pilih tidur usik untung Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h.o pileh tidor usek untong i --. k. Contohnya: Ejaan Lama sa-bagaimana sa-bélas sa-orang sa-saorang Ejaan Sekarang sebagaimana sebelas seorang seseorang . Contohnya: Ejaan Lama di-makan di-pandang di-pérkatakan di-sélideki Ejaan Sekarang dimakan dipandang diperkatakan diselidiki y tanda sempang (-) pada awalan sa.(5) (6) (7) (8) i --.dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.

net/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.6 Penulisan Kata Ulang Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. tanpa tanda sempang. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang: ber-ulang2 di-paksa2kan di-marah2i berulang-ulang dipaksa-paksakan dimarah-marahi http://www. Contohnya: Ejaan Lama ada-lah tolong-lah apa-kah kenapa-kah bila-tah Ejaan Sekarang adalah tolonglah apakah kenapakah bilatah 4. dan ±tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu. -kah. dalam ejaan Rumi sekarang.luimewah. kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan.5 Penulisan partikel Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang. Partikel ± lah. -tah dan pun. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. iaitu ±lah.sa-umpama-nya seumpamanya 4. -kah.htm . kata ulang jamak.

Kedua. misalnya dengan ditulis dngan atau dangan. Manakala µSaribu tlu ratus sapuloh dua¶ bermaksud seribu dua ratus tiga belas. Bagi mengkaji dengan lebih terperinci bentuk dan sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 terutamanya bahasa Melayu kuno. Diikuti oleh Batu Bersurat Karang Berahi yang di jumpai di Sg. dan yang makmur. Antara batu-batu bersurat tersebut ialah batu bersurat yang bertarikh 683 masihi. µ«. µTsyara disambau dangan jalan¶ pula dimaksudkan dengan pawang di kapal yang jalan kaki. Batu bersurat yang terakhir telah dijumpai bertarikh 1375 masihi iaitu Batu Bersurat Surawasa yang dijumpai di Hulu Sg. Ismail Hamid dalam bukunya Masyarakat dan Budaya Melayu merumuskan bahawa tidak terdapat letupan bilabial bersuara tetapi digunalkan vokal bilabial. misalnya perkataan wulan (bulan). Jambi bertarikh 686 masihi. µMamawa jang bala dua laksa¶ pula bermaksud membawa bala dua laksa. Batu bersurat itu ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang. dua ratus¶ pula di maknakan dengan dengan. Hulu Sg. µShuklapaksa Wulan Waishokha Dapunta¶ telah diberi makna sebagai hari bulan terang dari bulan. Batu bersurat yang bertarikh 686 masihi iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di jumpai di Bangkahulu. µJyestha dapunta hiyang marlapus dari Minanga Tamwan¶ membawa maksud Jyestha Baginda berangkat dari muara Tamvan (Tamvar?).SEJARAH SISTEM EJAAN RUMI BM Sebelum abad ke-19. Batang hari. µDatang Di matajap¶ bermaksud datang di Matajap (Mataya). µShokawarsatito 605 Ekadoshi¶ pula bermaksud dalam syaka 605. Antara ayat yang terdapat pada teks pada batu bersurat tersebut adalah itu ialah µSwasti Shri¶ yang bermaksud selamat dan bahagia.Keempat. sistem ejaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. .sekarang misalnya niparwat (diperbuat) dan nikenai (dikenai). µJayasiduhayatia subhiksa¶ pula di maksudkan dengan kota yang jaya.. Batu Bersurat Pagar Ruyong pula bertarikh 1356 masihi.. awalan ni. µHiyang naik disambau mengalap Siddhayantra¶ pula bermaksud waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya. Seterusnya Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 masihi. µDangan«. huruf e pepet tidak digunakan atau ditulis dengan vokal a. pada sebelas. µDi pantshami shluklapaksa Wulan¶ bermaksud pada lima hari bulan terang dari bulan. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara ejaan pada Batu Bersurat Kedukan Bukit dengan ejaan bahasa Melayu moden. wanyak (banyak) dan wuat (buat) dalam teks yang ditemukan pada batu bersurat tersebut.. untuk mengkaji sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 eloklah dikaji berdasarkan batu-batu bersurat tersebut.dua ratus. µMarwuat manuo«Syriwijaya¶ bermaksud membuat benua « Sriwijaya¶. misalnya marlepas (berlepas) dan marwat (berbuat). Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada batu-batu bersurat yang ditemui di sekitar Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. berikut ditunjukkan teks tulisan yang dijumpakan pada batu bersurat tertua iaitu batu bersurat Kedukan Bukit yang dijumpakan di Palembang. µSukhotshitta¶ bermaksud sukacita.loghu mudik datang¶ bermaksud belajar mudik datang. Di ikuti Batu Bersurat Kertanagara pada tahun 1285 masihi.ditulis dalam bahasa Melayu kuno dalam bentuk mar-. Oleh hal yang demikian. Ketiga awalan ber. µDi Sartami Shuklapaksa Wulan¶ bermaksud pada tujuh hari bulan terang dari bulan. Merangin.dahulu adalah sama dengan awalan di. yang bahagia.

Sistem ejaan rumi yang pernah wujud: a) Sistem Ejaan Wilkinson (1904) ± ejaan sekolah Melayu di Malaya b) Ejaan Za¶ba (1949) ± ejaan sekolah hingga 1972 c) Sistem Ejaan Fajar Asia (1945 ± 1954) ± ejaan majalah Fajar Asia d) Ejaan Rumi Kongres 1956 ± ejaan Asas 50 (Angkatan Sasterawan ¶50) e) Kaedah Ejaan PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya) ± ejaan majalah Bahasa . Spraeck Ende Wood. Menurut Omar Awang pula huruf µca¶ dan µga¶ diambil dari huruf parsi.blogspot. Hal ini dapat dibuktikan dengan terjumpanya batu bersurat Kuala Berang. Pada1521. Menurut Prof. peN-. Pada 1613.M Naquib Al-Attas.Secara amnya. Kamus ini juga membicarakan tentang tatabahasa misalnya imbuhan meN-. µga¶. Kamus ini dikenali sebagai Pretionarium MalaicumLatinum et Latinum. 5 huruf tersebut ialah µca¶. Pada 1603 pula. S. http://ramlibinyahya. Ejaan-ejaan jawi telah disesuaikan dengan lidah orang melayu. dan µnya¶. seorang kelasi Itali telah berlayar bersama dengan Magellan dan singgah di Pulau Tidora dan menyusun daftar kata Melayu-Itali iaitu daftar kata bahasa Melayu tertua.html TATABAHASA: SEJARAH RINGKAS SISTEM EJAAN RUMI Rancangan Pembakuan Rancangan pembakuan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972. Buku ini ditulis dalam bahasa Belanda dan mengandungi senarai BM dan Madagascar. tulisan bahasa Melayu telah menggunakan huruf arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Paderi Dovie Haex telah menyusun sebuah kamus Melayu-Latin dan Latin-Melayu untuk tujuan penyebaran agama kristian. Huruf-huruf jawi terdiri daripada 29 huruf-huruf arab dan 5 huruf yang dicipta oleh orang Melayu. µpa¶.com/2009/06/sejarah-sistem-ejaan-rumi-bm. rujukan tentang ejaan bahasa Melayu telah diperkaya oleh sarjana asing dan tempatan. teks pada batu-batu bersurat membuktikan perkataan bahasa Melayu kuno banyak dipinjam dari bahasa Sanskrit. gabenor Belanda di Ambon telah menerbitkan µBook in do Malaysche ende Madagaskar Talen o Frederick De Houtman. Kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda telah ditulis oleh Caspar Wittans dan Sebastian Danckaerts di The Hague 1623. dan sebagainya. Tun Seri Lanang telah merawikan Sejarah Melayu pada 1612. Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan tulisan Kawi dan Nogori yang berasal dari Pallava di India. beR-. Namun pada kurun ke-13 & ke-14. Pigafetta. µnga¶. Bermula kurun ke-16.

blogspot. sistem ini dikenal sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.html . iaitu Ejaan Malindo pada tahun 1959 ini tidak dapat dilaksanakan. http://witra. Walau bagaimanapun. ejaan yang disetujui bersama-sama. Di Malaysia.Penyelarasan dan Pelaksanaan Penyatuan ejaan rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959. Persetujuan tentang Sistem Ejaan Rumi Bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967 telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan Indonesia pada 16 Ogos 1972.com/2008/11/tatabahasa-sejarah-ringkas-sistem-ejaan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful