ZALINAH BINTI AHMAD

zalinah@uum.edu.my

Tel: 604-9284220

ROZITA BINTI ABDUL MUTALIB
rozita@uum.edu.my

Tel: 604-9284231

MUSLIMIN BIN WALLANG
muslimin@uum.edu.my

Tel: 604-9284246

FAZILAH BINTI MOHD OTHMAN
PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W
fazilah@uum.edu.my

Tel: 604-9284233 Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah Fax : 604 -9284205

KERAJAAN ELEKTRONIK: KE ARAH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM BERKESAN
ABSTRAK
Masyarakat kini mendambakan satu perkhidmatan yang bukan saja efisyen dan efektif tetapi juga mudah, cepat dan pintar. Misalnya, segala urusan harian seperti memperbaharui lesen, pendaftaran hak milik, pembayaran cukai tanah, cukai pendapatan dan sebagainya dapat diselesaikan melalui hujung jari dengan hanya melibatkan sebuah komputer tanpa melakukan sebarang pembaziran masa dan tenaga. Dengan kata lain, masyarakat hari ini menghendaki agar kerajaan dapat memberikan perkhidmatan terbaik melalui penggunaan sumber, masa, dan tenaga yang minimum. Semua ini boleh direalisasikan melalui satu mekanisme yang semakin popular sekarang iaitu, kerajaan elektronik. Justeru itu, kertas kerja ini akan melihat secara mendalam mengenai peranan dan juga kepentingan kerajaan elektronik dalam memperbaiki mutu perkhidmatan awam. Secara ringkasnya, penyampaian perkhidmatan awam melalui kerajaan elektronik melibatkan proses permintaan (demand) dan penawaran (supply). Proses penawaran dalam melaksanakan Kerajaan Elektronik menghendaki agar agensi kerajaan/ pelaksana menyediakan beberapa aplikasi sebagai elemen penting dalam memberikan perkhidmatan yang bersifat lebih mudah, cepat dan boleh dipercayai (reliable). Sehubungan itu, beberapa agensi kerajaan di negara-negara maju telah memperkenalkan portal kerajaan yang bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui pengenalan website, pembayaran cukai melalui mesin kiosk, pertanyaan saman melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan seterusnya menerima sebarang komen serta maklumbalas dari masyarakat melalui e-mel. Penyediaan aplikasiaplikasi ini hendaklah bersifat mesra pengguna (user friendly), di mana semua pihak boleh menggunakannya tanpa mengira status dan latarbelakang pendidikan. Namun begitu, wujud halangan-halangan di pihak kerajaan sendiri dalam memanfaat sepenuhnya faedah yang terdapat dalam kerajaan elektronik. ‘Keywords’ : Kerajaan elektronik; penyampaian perkhidmatan awam; ICT; halangan penawaran

2

Semua ini diharap dapat direalisasikan melalui dua objektif utama kerajaan elektronik iaitu pendefinisian semula hubungan antara kerajaan-rakyat serta entiti perniagaan. penyelarasan dan pelaksanaan polisi-polisi kerajaan. Ini seterusnya akan membaikpulih aliran maklumat demi meningkatkan kualiti pembangunan. Ini memastikan bahawa aspek keselamatan ke atas rekod dan maklumat kerajaan terjamin. b. Antara aplikasi-aplikasi utama kerajaan elektronik yang dibangunkan oleh kerajaan di Malaysia ialah:a. Kita sedia maklum bahawa Wawasan 2020 yang dilancarkan dalam tahun 1991 akan menerajui kegemilangan Malaysia sebagai negara maju. maklumat Talian Kementerian Kesihatan dan pembayaran bil utiliti. Konsep Kerajaan Elektronik berobjektifkan ketelusan dan keselesaan di samping peningkatan hubungan antara kerajaan-rakyat melalui bentuk interaksi yang lebih mudah. e-Perolehan (e-Procurement) yang merupakan pembelian secara elektronik oleh kerajaan untuk mempercepatkan masa dan menjimatkan kos pembelian. Ia dijangka akan dapat memperbaiki operasi dalaman kerajaan dan penawaran perkhidmatan kepada rakyat. kerajaan perlu mengkaji dan meneliti semua aspek sama ada dari segi penawaran perkhidmatan secara elektronik mahupun dari segi permintaan terhadap bentuk penyampaian perkhidmatan tersebut. kerajaan berhadapan dengan perubahan yang pesat ekoran daripada pengaruh globalisasi yang mengakibatkan penyaluran maklumat yang bebas melalui internet. Salah satu aplikasi penting dalam projek MSC ini adalah kerajaan elektronik. Justeru. artikel ini akan membincangkan konsep kerajaan elektronik dan bagaimana kerajaan elektronik dapat dimanfaat sepenuhnya bagi menghasilkan penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan. JANUARY . mengambil langkah yang pro-aktif dengan mengetengahkan aplikasi kerajaan elektronik dalam sistem pentadbiran negara. Ini bermakna.JUNE 200 8 VOL. Sehubungan dengan itu. 1 3 2. di mana Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuainya. Kewujudan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran yang baru dan canggih serta kewujudan Cyberjaya sebagai sebuah bandar pintar dikatakan menjadi pelengkap kepada projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia. Antara intipati utama pelancaran MSC ini ialah pembangunan Kerajaan Elektronik. e-Services seperti pelesenan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kegunaan kenderaan. Perbincangan mengenai aspek halangan penawaran di pihak kerajaan juga akan dikupas selain daripada menyentuh sedikit aspek halangan permintaan di pihak orang awam dan sektor swasta. Objektif yang kedua ialah sebagai pemangkin kepada pembangunan MSC melalui kerjasama yang lebih baik di antara sektor awam dan swasta. iaitu kesediaan rakyat sendiri dalam memastikan kejayaan aspirasi ini. Perhubungan ini akan membolehkan rakyat mendapat akses yang lebih meluas. cepat dan berkesan. kerajaan telah . selesa dan berkualiti pada harga yang lebih memuaskan terhadap perkhidmatan kerajaan. Justeru itu. Begitu juga kepada sektor swasta di mana perlaksanaan kerajaan elektronik dilihat dapat meningkatkan perhubungan dan kepekaan terhadap sesuatu prosedur atau polisi di samping memudahkan lagi sesuatu proses permohonan dan kelulusan. Kepentingan sistem penyampaian dasar yang berkesan telah menarik perhatian kerajaan dan merupakan salah satu strategi utama dalam merangsang pembangunan ekonomi negara. Pada masa ini. Rakyat mahu masalahmasalah yang menghalang kepada pencapaian matlamat negara sebagai sebuah negara maju dapat ditangani oleh pihak kerajaan secara efektif. Ini kerana segala tindakan dan keputusan kerajaan sering mendapat perhatian pihak rakyat. secara tersiratnya negara didedahkan dengan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam kebanyakan urusan khususnya melalui kerajaan elektronik. segala penyimpanan maklumat dan rekod kerajaan adalah dalam bentuk hardcopy dan disimpan di kabinet atau rak simpanan.1. Amalan yang baik dari negara luar mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu ke atas penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat. pelancaran projek mega seperti Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1996 telah dijadikan batu loncatan bagi merealisasikan impian melahirkan sebuah negara dan masyarakat yang bermaklumat. kerajaan perlu berusaha ke arah tersebut dengan memperkenalkan kaedah-kaedah baru atau sekurang-kurangnya menambahbaik mekanisme sedia ada dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan. KERAJAAN ELEKTRONIK Pada peringkat awalnya. Apabila kerajaan melancarkan projek MSC. Oleh itu. 2 NO. PENGENALAN Masyarakat kini yang semakin terdedah kepada arus globalisasi menuntut agar kerajaan mampu dan sentiasa bersedia menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada mereka. Pembinaan sebuah negara maju akan menjadikan teknologi maklumat (ICT) sebagai salah satu nadi pembangunannya.

gov. sebagai pemulaan. e-Khidmat (ujian teori berkomputer untuk lesen memandu).hasil. Urusan-urusan berkenaan akan dikendalikan secara elektronik..vic. e-Filing yang diamalkan di Malaysia (www. Antara agensi-agensi terbabit adalah Multimedia Development Corporation (MDC).australia.kr) yang antara lain menekankan penubuhan projek Government for Citizen (G4C) sebagai salah satu projek teras dalam pelaksanaan kerajaan elektronik. kerajaan elektronik juga dilihat berpotensi membentuk semula sektor awam dan mengubah perhubungan di antara rakyat.com) yang mana rakyat boleh mendapatkan maklumat walaupun tanpa talian internet. laman web rasmi kerajaan Korea Selatan (www. beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi pantas.e. Sistem Informasi Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) yang dibangunkan untuk menguruskan aspek sumber manusia di kalangan penjawat awam dengan lebih cekap dan mudah. Sistem GOE-EGDMS membolehkan proses kerja dalaman agensi kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan. Projek ini adalah projek pelaksanaan sistem pengurusan dokumen di agensi kerajaan yang dinamakan Generic Office Environment-Electronic Government Document Management System (GOE-EGDMS). Selain itu. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan kerajaan elektronik.go. penglibatan dan dialog terbuka dalam penggubalan polisi dan peraturan dalam negara. efisyen serta menjimatkan dengan menggunakan aplikasi ICT. dan Kailash.direct. Majlis Teknologi Kebangsaan (NITC) dan juga MIMOS Berhad yang bertanggungjawab dalam melakukan program-program penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi maklumat dan multimedia negara. Pelaksanaan kerajaan elektronik juga dilaksanakan dan dikemaskinikan di kalangan negara-negara maju. Ini dapat ditunjukkan melalui proses e-Undi yang dijalankan di Nimi-City di Jepun (Mohd. Ini dapat dilaksanakan melalui takrifan semula hubungan antara rakyat dengan kerajaan dan sesama agensi kerajaan kerana kebolehcapaian (accessibility) adalah lebih baik dan meluas di samping meningkatkan ketelusan.canada.gov. e. J. Dalam konteks ini. kerajaan Norway telah memperkenalkan web portal kerajaan (www. Australia Portal (www. sektor perniagaan dan pemerintah melalui komunikasi terbuka.au).org. Kerajaan elektronik ini juga merupakan komitmen dan inisiatif pemerintah untuk meningkatkan perhubungan dengan rakyat serta sektor swasta melalui penyampaian perkhidmatan.ecitizen. 2007) menyatakan bahawa kerajaan elektronik bukan sahaja membantu proses penyampaian perkhidmatan yang lebih cepat.egov. Singapura eCitizen Portal (www.no/).sg) dan juga Canada Portal (www. Secara umumnya. d. Contohnya. kerajaan melalui NITC telah melaksanakan projek Subang Jaya Malaysia 2005. segala informasi yang diperlukan akan disalurkan terus kepada pengguna tanpa sebarang caj (www.my) dan juga iHUBS yang dilaksanakan di Australia (www. Sistem Pemantauan Projek iaitu mekanisme yang membantu perlaksanaan projek-projek kerajaan dengan menyediakan pelantar penukaran idea dan mendemonstrasikan model amalan terbaik. boleh dikatakan tidak ada satu definisi yang mutlak mengenai kerajaan elektronik. 2007). Ramai sarjana yang berpendapat bahawa kerajaan elektronik adalah satu usaha kerajaan bagi menggantikan segala bentuk operasi yang berbentuk tradisional kepada bentuk moden. West (2000).ca).gov. e-Syariah (operasi mahkamah syariah secara online yang melibatkan 31 mahkamah) dan penggunaan ICT untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah.uk).au). maklumat dan pengetahuan yang lebih meluas. Operasi bentuk moden ini ditunjangi oleh teknologi maklumat dan multimedia yang sememangnya menekankan pendekatan yang lebih cekap dan efisyen (Muhammad Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid. terdapat juga beberapa aplikasi lain seperti e-SPKB (Sistem Perancangan dan Kawalan Bajet)..melbourne. Ke dan Wei (2004) serta Tan dan Subramaniam (2005) (dalam Edhy. kerajaan elektronik juga dikatakan mampu mentransformasikan cara kerajaan distrukturkan dengan menghapuskan hirarki-hirarki tertentu dalam agensi kerajaan. dan boleh dipercayai kepada rakyat dan sektor swasta tetapi boleh membantu kerajaan dalam pembuatan keputusan dengan lebih cekap dan tepat.norway. Dengan hanya mendial nombor yang diberikan.gc. Dinesh. 4 . Selain daripada itu. perkhidmatan e-Bisnes tempatan dan juga pembinaan portal kerajaan. Bagi meluaskan penyebaran maklumat di kalangan rakyat. R. 2003).norway. kualiti interaksi dengan masyarakat serta membaiki arah aliran dan proses maklumat. ekonomik.PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W c. Kerajaan elektronik ini diharap dapat meningkatkan operasi kerajaan di samping menambahbaik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dari segi keselesaan. Antara negara maju lain yang memiliki portal kerajaan ialah DirectUK di UK (www. yang mana menekankan tentang projek menaiktaraf kemampuan pencapaian internet. kerajaan juga telah melancarkan beberapa agensi dalam membantu dan menyeragamkan perlaksanaan kerajaan elektronik di seluruh negara.gov. orang awam tidak perlu lagi meminta maklumat yang diperlukan daripada pelbagai agensi terbabit malah maklumat tersebut akan dikongsi bersama dan ini memudahkan lagi urusan orang awam dengan kerajaan. Pada masa yang sama. Shafiq dan Zulkapli.. Antaranya. M.

adalah tidak mustahil jika kerajaan elektronik akan menjadi seperti Auto Teller Machine (ATM) yang mana perkhidmatannya boleh diperolehi dan diakses di mana-mana sahaja tanpa keterbatasan masa dan tempat. Keadaan yang sama juga turut berlaku bagi agensi awam yang menawarkan hanya satu dan dua sahaja perkhidmatan secara online.org Menurut Margetts dan Dunleavy (2002). Justeru itu. Jadual 1: Peratusan Laman Web Kerajaan yang Menawarkan Perkhidmatan Online Tahun 2002 77% 12 % 4% 7% JANUARY . Raslan (2002) berpendapat bahawa kerajaan elektronik adalah proses interaktif terkini dalam perhubungan antara pengguna dan agensi-agensi awam melalui kecanggihan teknologi seperti mel elektronik (e-mel). didapati bahawa kewujudan portal-portal kerajaan ini sebenarnya akan meningkatkan lagi penyampaian pekhidmatan di kalangan sektor awam. Pendapat ini turut dipersetujui oleh Caldow (2002). 2005).Kewujudan portal-portal kerajaan ini telah dilihat sebagai satu medium dalam mendekatkan rakyat dengan jurang digital di kalangan masyarakat (West. melalui sistem PARKIT. beliau juga turut berpendapat bahawa kemudahan-kemudahan teknologi ini akan membantu pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki dari agensi terbabit tetapi turut membolehkan pengguna melakukan proses memuat turun (download) borang yang dikehendaki. Malah. insurans dan sebagainya. al (2007). Perkhidmatan ini juga turut diperluaskan lagi apabila pengguna boleh melanjutkan tempoh meletak kenderaan juga dengan menggunakan kemudahan telefon bimbit (http://e. tetapi turut membantu kerajaan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Kemudahan ini bukan sahaja akan menjimatkan masa dan wang pengguna kerana hanya perlu membayar kepada bilangan jam yang digunakan sahaja. 2007).my). pembayaran tempat letak kereta boleh dilakukan dengan hanya melalui telefon bimbit.JUNE 200 8 VOL. kerajaan elektronik adalah segala bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan di mana kemudahan elektronik menjadi perantara antara pemberi (sektor awam) dan penerima (rakyat) perkhidmatan. (2007). penyampaian perkhidmatan kerajaan tempatan dapat disampaikan dengan mudah dan lebih berkesan. 1 Tiada perkhidmatan Hanya satu perkhidmatan Dua perkhidmatan Tiga atau lebih perkhidmatan 2000 78 % 16 % 3% 2% 2001 75 % 15 % 4% 6% 2003 56 % 15 % 8% 21 % 2004 44 % 18 % 11 % 27 % 2005 27 % 11 % 8% 54 % 5 Sumber: West. Melalui teknologi seperti telefon bimbit. boleh dilayari di http://www.fi/netcomm/news/showarticle. Ini dapat dilihat melalui bilangan peratusan agensi awam yang memberikan perkhidmatan secara online. pada masa hadapan.finland. Sebagai contoh. Melalui Jadual 1. Di Finland. pelancaran laman web Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) yang juga dikenali sebagai ePBT merupakan kemudahan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat yang relevan daripada semua PBT di Malaysia (www. West (2005). Di Amerika Syarikat.epbt.firstgov. Justeru itu. Malah. Di Australia. Contohnya. Victorian Local Government Online Service Delivery Project (VGLOSD) . mengisi dan menghantarnya dengan serta merta. yang melihat kerajaan elektronik sebagai perkhidmatan talian (online service) iaitu pelanggan boleh mendapatkan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan secara online tanpa perlu membazirkan wang untuk membayar tempat letak kereta dan tidak perlu lagi beratur di kaunter-kaunter.insidepolitics.gov) sebagai portal rasmi kerajaan pusat dan negeri. Melalui portal ini. Australia juga merupakan salah satu negara yang memberi penekanan ke atas kerajaan elektronik (United Nations. kebanyakan negara maju telah menekankan kewujudan portal ini sebagai sumber rujukan utama bagi rakyat mendapatkan maklumat-maklumat yang dikehendaki. rakyat Amerika Syarikat boleh mendapatkan maklumat seperti permohonan pinjaman pendidikan pelajar. Namun berbeza pula keadaannya apabila bilangan peratusan agensi awam yang menawarkan perkhidmatan tiga atau lebih secara online di mana meningkat kepada 54% pada tahun 2005 berbanding hanya 2% pada tahun 2000. Reyes et. kerajaan telah memperkenalkan FirstGov (www.asp?intNWSAID=7240). 2002). didapati bahawa bilangan agensi awam yang tidak menawarkan sebarang pekhidmatan melalui online berkurangan dari 78% pada tahun 2000 kepada hanya 27% pada tahun 2005. melalui kajian West (2005). Seperti Caldow(2002).gov. D (2005). 2 NO. semua kerajaan tempatan dikehendaki untuk mempertimbangkan penggunaan internet sebagai satu kaedah alternatif untuk menyampaikan perkhidmatan dalam usaha mengurangkan kos dan memperbaiki kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Mehdi Sagheb. kiosk dan internet. State and federal e-Government in the United States. tidak hairanlah jika FirstGov telah menjadi rujukan utama penduduk Amerika Syarikat dengan rekod 6 juta pengunjung sebulan (Mehdi Sagheb.

87 0. Kedudukan Malaysia boleh dikatakan agak baik berbanding negaranegara jiran yang lain seperti Thailand (ke-56) dan Indonesia (ke-70). umpamanya. kerajaan pusat telah memperkenalkan Local Government Wide Area Network (LGWAN) yang menghubungkan kesemua 2500 kerajaan tempatan di seluruh Jepun dengan kerajaan pusat.117 0. d. Malaysia berada di tangga ke-43 berbanding Singapura di tempat ke-12. Indeks Kerajaan Elektronik Indeks Ukuran Web Indeks Telekomunikasi Indeks Modal Manusia PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W Jadual 2 menunjukkan laporan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) berhubung pencapaian kerajaan elektronik berdasarkan petunjuk ICT (Jadual 2) di kalangan 173 negara-negara membangun pada tahun 2003. Kerajaan Jepun juga tidak ketinggalan dalam memperluaskan lagi penggunaan e-Demokrasi di dalam sistem pentadbirannya.8 juta talian tetap didaftarkan di Indonesia. dalam laporan tahunannya pada 2004 menunjukkan terdapat 7.693 0. maka akses dan perkhidmatan talian telefon memang agak sukar untuk diwujudkan. tidak hairanlah jika laporan tersebut menyenaraikan Indonesia di tangga ke-70.91 0.524 0.045 Indeks Modal Singapura Korea Jepun Filipina Malaysia Thailand Indonesia 0.380 0. M.432 0.446 0..626 0.95 0. Indeks Ukuran Web merujuk kepada indeks kuantitatif yang mengukur keupayaan sesebuah kerajaan menggunakan kerajaan elektronik sebagai medium untuk penyampaian maklumat. berinteraksi.80 0. Infrastruktur ICT berperanan penting dalam kemajuan kerajaan elektronik sesebuah negara.480 0. Syarikat telekomunikasi terbesar di Indonesia. Selain itu. Dari sudut lain. Di Indonesia. Kerajaan New Zealand misalnya melihat kerajaan elektronik sebagai satu peluang yang bukan sahaja untuk memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan awam.744 0. c. Berdasarkan laporan tersebut. kerajaan Switzerland telah melancarkan e-Voting bagi referendum kebangsaan yang mana pengundian secara online ini telah melibatkan seramai 2.723 orang di empat daerah di Geneva ( The Star..607 0. input dan komen kepada kerajaan khasnya dalam memperbaiki dasar-dasar pembangunan bandar dan pembangunan masyarakat.064 0. Ini kerana ianya lebih murah dan mudah didapati untuk kegunaan internet. Terdapat empat indeks digunakan untuk mengukur pencapaian kerajaan elektronik dan petunjuk ICT bagi negara-negara yang terpilih pada tahun 2003. tetapi turut melihat lebih jauh lagi di mana kerajaan elektronik dikatakan mampu meluaskan lagi institusi demokrasi (www.gov. Melalui e-Forum Fujisawa City.524 0. terdapat sarjana yang melihat hubungan antara kerajaan dengan proses demokrasi sebagai tafsiran kepada kerajaan elektronik (Caldow: 2002. R.79 Sumber: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dipetik dari (Edhy.574 0.nzgov. TELKOM. kesediaan kerajaan 6 Jadual 2: Pencapaian Kerajaan Elektronik dan Petunjuk ICT Negara Indeks Kerajaan Elektronik 2003 0. berhubung dan membuat jaringan. 2007) . Di Jepun pula. J. bagi kerajaan yang telah mewujudkan sistem ’dalam-talian’. diikuti Korea (ke-13) dan Jepun (ke-18).675 0. Justeru itu.84 0.000 daripadanya yang mendapat akses komunikasi adalah dari sekitar 72 kawasan pedalaman. Indeks berkaitan ialah:a.746 0.com). aplikasi dan secara langsung atau tidak mempengaruhi sistem informasi. di mana banyak kawasannya dipisahkan oleh laut dan gunung serta hutan rimba.292 0. manakala 30. penggunaan talian tetap bagi telefon (The Public Switched Telephone Network) merupakan komponen utama pembangunan infrastruktur ICT. Memandangkan geografi Indonesia berbentuk Archipelago.703 0. b. 2004).666 0. bagi menggalakkan penurunan kuasa yang lebih kepada kerajaan tempatan.93 0.747 0. Mohd. ia boleh dianggap lebih daripada sekadar isu berhubung jaringan. Contohnya.422 Tahap 2003 Web 12 13 18 33 43 56 70 Indeks Ukuran Indeks Telecom Manusia 0.yang merupakan satu inisiatif yang dijalankan untuk memantapkan pelaksanaan kerajaan elektronik. Shafiq dan Zulkapli: 2007). rakyat bebas untuk memberikan pendapat. & Kailash. Dinesh. Malahan. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Peranan aplikasi ICT dalam memberi input dan maklumbalas terhadap dasar-dasar kerajaan telah memberikan maklumbalas yang positif.

Keberkesanan penyampaian perkhidmatan ini juga merupakan salah satu sasaran atau TEKAD 2008 yang terdapat dalam Pelan Integriti Nasional (PIN). e-Demokrasi. Kerajaan akan mengkaji semula untuk tujuan penambahbaikan dan meminda peraturan dan undang-undang yang sedia ada agar dapat memudahkan pembangunan dan mengurangkan halangan di pihak kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang baik. e-Masyarakat. tetapi turut menyumbang kepada kekaburan aplikasi kerajaan elektronik itu sendiri. Salah satu strategi yang dirancangkan ialah strategi yang ke IV iaitu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dasar kerajaan. Kegagalan untuk menguruskan elemen-elemen ini bukan Penekanan kepada aspek penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan telah menarik perhatian pihak kerajaan Malaysia sejak tahun 2003 apabila Perdana Menteri pada ketika itu. Kesemua negara ASEAN dalam Jadual 2 mempamerkan nilai yang hampir sama bagi indeks ini walaupun Korea mendahului dengan bacaan 0. mewujudkan Pusat Sehenti di dua peringkat iaitu. Ini jelas menunjukkan aspek kecekapan amat dititikberatkan oleh kerajaan bagi memastikan kejayaan perancangan kerajaan mencapai matlamat dasar yang ditetapkan. Dalam pernyataan sistem penyampaian JANUARY . Indeks Telekomunikasi pula ialah indeks komposit purata daripada 6 petunjuk (Rujuk Jadual 2) yang berdasarkan petunjuk infrastruktur asas yang mempamerkan kapasiti infrastruktur ICT sesebuah negara. Jadual 3: Enam Petunjuk Indeks Komunikasi Item Komputer Pengguna Internet Talian telefon Populasi ’dalam-talian’ Telefon bimbit Televisyen Jumlah Per 1000 orang Per 1000 orang Per 1000 orang Per 1000 orang Per 1000 orang Per 1000 orang sahaja akan memberikan impak yang terhad kepada pelaksanaan kerajaan elektronik.747) yang lebih tinggi berbanding Singapura dan Korea. Russell (2001) pula melihat sistem penyampaian perkhidmatan yang diamalkan di negara Afrika Selatan. Menurut beliau lagi. Hasil kajian beliau menunjukkan.JUNE 200 8 VOL. secondary and tertiary). Aspek ini dinyatakan dalam Teras Kelima iaitu mengukuhkan keupayaan institusi dan keupayaan pelaksanaan negara (INTAN. 3. peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan di peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri.elektronik akan diukur mengikut skala yang dipanggil progressively sophisticated services. boleh dilihat Singapura. SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM Indeks Modal Manusia seterusnya. menunjukkan ukuran Web (0.N Development ‘education index’. sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Ianya adalah berpandukan nilai komposit bagi kadar nisbah literasi dewasa sebanyak 2/3 manakala 1/3 lagi bagi kombinasi kemasukan ketiga-tiga peringkat pendidikan (primary. Selain itu. walaupun berada di tangga ke-33. sebagai sebuah negara yang baru merdeka. Caldow (2002) telah menggariskan tujuh pegangan asas (milestones) bagi melahirkan sebuah kerajaan yang benar-benar melaksanakan aplikasi kerajaan elektronik. Pegangan asas ini mampu untuk direalisasikan dan dalam perkara ini kerajaan haruslah memiliki beberapa elemen pengurusan yang jitu dan kukuh khususnya dari segi pengurusan sumber manusia yang efektif. Tun Dr. dan 7. Statistics Division dan Bank Dunia. setiap asas adalah saling bergantungan antara satu sama lain. 2. bersandar kepada The U. Mahathir Mohamad telah melancarkan strategi baru ke arah merangsang pertumbuhan ekonomi negara pada 21 Mei 2003 di Putrajaya. Sumber utama data yang diperolehi PBB datang daripada The U. 2 NO.N. Pembangunan ekonomi. pernyataan tentang perkhidmatan berkualiti terhadap masyarakat adalah penting. 4. Dalam hal ini. Penggunaan internet yang meluas. Filipina. 1 7 . International Telecommunication Union. 6. 2006). Antara lain. Korea dan Jepun mempunyai indeks yang tinggi berbanding negara ASEAN lain yang jauh ketinggalan. pemantauan dan penilaian agar lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan pembangunan modal insan kelas pertama. teras ini menggariskan tugas kerajaan untuk menyusun jentera pelaksanaan. 5. Integrasi atau penggabungan. Strategi baru ini mencadangkan untuk mewujudkan Pusat Sehenti bagi aktiviti-aktiviti agensi awam bagi proses permohonan yang melibatkan banyak agensi awam contohnya. dalam Rancangan Malaysia Ke-9 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri juga turut menggariskan kepentingan sistem penyampaian perkhidmatan dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan. wujudnya perkongsian yang erat antara agensiagensi awam dan kerajaan juga sepatutnya mempunyai strategi pelaburan dan kewangan yang terancang. Tujuh pegangan asas tersebut ialah: 1. 3. Dasar persekitaran.95. The U. Selain itu. Daripada Jadual 2. Mekanisme utama yang digunakan ialah sistem penyampaian. Perhubungan antara agensi-agensi kerajaan.N.

internet dan server. Layanan yang baik perlulah diberikan terhadap masyarakat e. Kerajaan elektronik dilihat sebagai satu usaha ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Masyarakat perlu dimaklumkan tentang tahap kualiti dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan b. Dari segi permintaan. Ini kerana pengenalan kepada konsep paperless telah menjadi agenda utama dalam urusan pentadbiran sama ada ketika berurusan sesama jabatan di kementerian lain atau pun ketika memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Pelbagai kemudahan dan transaksi secara elektronik telah diperkenalkan seperti kiosk. Contohnya adalah pengisian borang cukai yang boleh diisi dan dihantar melalui internet (www. projek-projek berteraskan ICT yang gagal dilaksanakan. 2003). kebarangkalian untuk berlaku masalah pasti wujud. prasarana (hardware dan software) yang lengkap. Memandangkan aplikasi kerajaan elektronik bergantung sepenuhnya kepada penggunaan teknologi seperti komputer. Memastikan perkhidmatan adalah berpatutan dengan nilai cukai yang dikenakan.63 pada tahun 2001. 2007). Halangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan amatlah banyak dan sekiranya tidak diatasi dengan jayanya akan membantutkan usahausaha murni kerajaan.998. Namun. iaitu peningkatan lebih daripada 50% berbanding hanya kira-kira RM300. HALANGAN PENAWARAN 8 Penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan dengan menggunakan sepenuhnya kerajaan elektronik sebagai satu mekanisme bukanlah merupakan satu aspek yang mudah untuk dijayakan.gov. Halangan penawaran yang pertama ialah pengalaman dan sejarah yang dilalui oleh agensi awam berhubung dengan pembangunan ICT. Justeru itu. teknologi itu sendiri tidak menjanjikan kejayaan kepada kerajaan elektronik. tidak berfungsi seperti yang diharapkan. PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W 4.my) dan juga membuat permohonan kerja secara online (www. Antara agensi kerajaan yang menyambut baik saranan ini ialah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang telah membuat perisytiharan Ipoh sebagai Bandaraya Maya pada tahun 2000. Malah menurut Zakareya dan Zahir (2005).my). Ini menyebabkan agensi-agensi awam berasa takut untuk . kerajaan haruslah sentiasa memastikan bahawa sumber yang dimiliki mencukupi.000. Pihak kerajaan juga perlu menetapkan standard yang sesuai dalam menyampaikan perkhidmatan dan pengagihan barangan awam c. Melalui program ini. Kerajaan perlu lebih bersikap telus dalam menyampaikan perkhidmatan g. sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam menawarkan perkhidmatan. Konsep kerajaan elektronik yang diperkenalkan juga dapat menjimatkan kerajaan dalam aspek kertas yang digunakan. Kerajaan juga perlulah bersedia menerima sebarang kritikan dan seterusnya melakukan pembaikan terhadap perkhidmatan yang dikeluarkan h.00 selepas pelancarannya pada Mac 2000. e-Billing dan juga e-Payment (Syahrul Nizam.org. sokongan pihak pengurusan. tidak hairanlah jika kebanyakan agensi kerajaan di negara ini lebih senang berurusan dengan menggunakan e-mel dan internet. perbincangan berikut lebih menjurus kepada halangan penawaran iaitu halangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam melaksanakan kerajaan elektronik. Ini seiring dengan matlamat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang ingin melihat semua urusan perdagangan antarabangsa menjelang 2010 dapat dilaksanakan dengan menghadkan penggunaan kertas dan dokumen oleh negara membangun dan negara maju (Utusan Malaysia.hasil. Pihak kerajaan juga perlu memberi kemudahan yang sepatutnya untuk masyarakat terutama dalam mendapatkan perkhidmatan dan barangan awam d. Justeru itu. jelas menunjukkan aplikasi konsep kerajaan elektronik amat perlu diterapkan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan supaya perkhidmatan yang disampaikan lebih cekap dan berkesan. Berdasarkan kepada definisi kerajaan elektronik yang digariskan di atas. perkhidmatan yang ditekankan ialah seperti berikut:a. terdapat empat elemen yang dibangunkan iaitu e-Booking. staf yang memiliki kepakaran IT dan juga latihan IT yang efektif. e-Request. Terdapat beberapa halangan dari pihak kerajaan yang boleh dikenal pasti. Justeru dengan adanya kemudahan sebegini. Begitu juga halnya dengan kerajaan negeri Sarawak yang telah memperkenalkan progaram Electronic Local Authorities (ELA) yang ditunjangi oleh 26 kerajaan tempatan dengan menyediakan perkhidmatan secara online. melibatkan kos yang besar dan terlebih bajet. didapati bahawa sambutan daripada orang ramai terhadap penawaran perkhidmatan ini adalah menggalakkan apabila MBI berjaya mengumpul sebanyak RM667. rakyat akan mudah untuk berurusan dengan pihak kerajaan walaupun dibatasi dengan kedudukan geografi yang pelbagai. internet dan Interactive Voice Response (IVR) untuk melunaskan bayaran pelbagai bil.jtr. Misalnya.perkhidmatan negara Afrika Selatan tersebut. Penyampaian maklumat tentang perkhidmatan awam adalah penting untuk disampaikan kepada masyarakat f.e.

JANUARY . Selain aspek kesediaan. Persepsi penjawat awam yang tidak yakin dan selesa dengan pemodenan yang cuba dilakukan sedikit sebanyak menyumbang kepada halangan di pihak kerajaan dalam menjayakan kerajaan elektronik. nilai-nilai yang dinyatakan di atas cenderung mewujudkan halangan yang juga disebut technology perverse. perkongsian maklumat secara intranet dan mengaitkan perkongsian maklumat dengan agensi kerajaan yang lain akan memberi tekanan kepada hirarki di kalangan penjawat awam yang sudah wujud di peringkat kerajaan tempatan khususnya (Margetts dan Dunleavy. Dalam perkara ini. Dari segi keseragaman (uniformity) pula. 1 9 . Menurut Yining. Dari segi formaliti. Ini ada kaitannya dengan aspek keengganan untuk melakukan perubahan (resistance to change) iaitu wujudnya golongan yang bersikap demikian yang mengakibatkan organisasi gagal memperkenalkan sebarang perubahan. tetapi agensi kerajaan yang berkenaan juga telah melaksanakan dengan jayanya kaedah tersebut. Sikap technophobia. Menurut Yining. Halangan dari segi nilai-nilai organisasi. Noor Faizzah dan Sakinah (2007) ke atas kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri di Kedah dan Perlis mendapati bahawa kesediaan kalangan mereka untuk menggunakan ICT adalah lemah dan mereka hanya akan melakukan kerja seminimum yang mungkin apabila menggunakan komputer. rakyat sebenarnya mahukan zero stop centre di mana mereka tidak perlu lagi mendapatkan khidmat nasihat di kaunter tetapi. kerjasama dan batasan yang wujud antara jabatan amat sukar dicapai.JUNE 200 8 VOL. Walaupun sekarang kita dikatakan berada di era Pengurusan Awam Baru (New Public Management) namun. Namun begitu. Para penjawat awam juga takut jika dihubungkaitkan dengan kegagalan sesuatu projek kerana ia melibatkan masa depan kerjaya mereka. contohnya penggunaan e-mel dalam urusan harian. iaitu sifat risau dengan perubahan teknologi yang berlaku di persekitaran (Muhammad Rais dan Nazariah. et al (2007). situasi ini berubah dengan kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri memperkenalkan penggunaan sepenuhnya e-Filing untuk urusan taksiran cukai pendapatan. sentiasa dilengkapi dengan faedah dan perkhidmatan terkini oleh agensi kerajaan yang bersesuaian. Permohonan pekerjaan secara talian bukan sahaja ditawarkan oleh pihak swasta. khususnya nilai-nilai yang dikaitkan dengan organisasi awam seperti formaliti. Tambahan pula sumbersumber dan peruntukan yang digunakan itu datang daripada rakyat dan rakyat pula pasti akan mempersoalkan akauntabiliti mereka. 2002). dikatakan tidak sesuai atau tidak formal berbanding surat atau telefon. 1999).membuat pelaburan seterusnya dalam bidang yang sama. halangan budaya inter dan intra jabatan tidak memungkinkan zero stop centre ini dilaksanakan (Margetts. adalah ditakuti apa yang dikomunikasikan tidak sampai secara seragam atau serentak kepada semua kerana medium internet terdiri dari pelbagai peringkat dan digunakan secara berbeza oleh lapisan masyarakat yang berbeza. Selain itu. Malangnya. aspek kesediaan dan keyakinan penjawat awam untuk menggunakan kemudahan teknologi yang moden dan canggih memungkinkan halangan kepada pihak kerajaan. Ini merupakan salah satu sebab wujudnya one stop centre. Pekeliling ini bertujuan memastikan aspek formaliti ditekankan dan sekaligus dapat mengurangkan penggunaan kertas yang merupakan salah satu faedah yang terdapat dalam kerajaan elektronik iaitu mewujudkan paperless government. pelaksanaan kerajaan elektronik di negara membangun juga menghadapi masalah yang mana 20-25 peratus daripada projek kerajaan elektronik sama ada tidak dilaksanakan atau dibiarkan selepas dilaksanakan. Halangan seterusnya dari segi nilai organisasi iaitu technology ephemeral myth di mana projek-projek kerajaan elektronik dianggap akan membawa perubahan yang kecil sahaja (Margetts dan Dunleavy. 2003) di kalangan penjawat awam boleh membantutkan usaha kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih berkesan secara elektronik. Oleh itu. menurut beliau lagi. 2 NO. Selain itu. hirarki merupakan nilai dan budaya tradisi yang tidak dapat dipisahkan daripada agensi-agensi kerajaan. Selain itu. agensi kerajaan perlu mewujudkan kerjasama antara satu sama lain bagi memastikan kerajaan elektronik dilaksanakan dengan jayanya. Kajian yang dijalankan oleh Muslimin. keseragaman dan hirarki juga turut menyumbang kepada ketidakberkesanan pembangunan kerajaan elektronik. 2002). Namun begitu. kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling mengenai Langkahlangkah Penggunaan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan secara meluas penggunaan e-mel dalam urusan pentadbiran harian. iaitu cuba mewujudkan peraturanperaturan terhadap peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka (trying to regulate unusual occurrences). Walau bagaimanapun. et al (2007). Hirarki yang banyak dan berlapis menyukarkan rakyat mendapat apa yang mereka kehendaki dalam masa yang singkat dan tepat. aspek keyakinan juga turut dikaji dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa keyakinan kakitangan awam dalam menggunakan ICT adalah masih rendah dan mereka tidak yakin dengan transaksi yang diwujudkan melalui internet. mereka mungkin mengambil sikap tidak peduli dengan anggapan bahawa kebanyakan pelanggan tidak mempunyai kebolehcapaian (accessibility) terhadap internet.

2001). isu keselamatan dikatakan merupakan halangan ketiga terbesar dalam pelaksanaan penggunaan ICT selain daripada kekurangan teknologi dan staf. Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat pada tahun 2001 menunjukkan bahawa jurang digital wujud di kalangan kelompok sosial yang kaya dengan miskin. jurang digital boleh berlaku antara generasi muda dan tua. HALANGAN PERMINTAAN Tidak dinafikan juga bahawa halangan untuk melaksanakan kerajaan elektronik bukan sahaja datang dari dalam agensi-agensi kerajaan. Ini kerana penekanan yang diberikan kepada laman web lebih fokus kepada aspek pemberitahuan dan maklumat yang hendak disampaikan kepada komuniti berbanding kepada aspek pembayaran secara talian (aktiviti e-Commerce) yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak Councils (Shackleton. ada kaitannya dengan halangan berikutnya. dan kekurangan sumber kewangan. Ini sekaligus membantutkan usaha memajukan kerajaan elektronik kecuali inovasi ini ditetapkan oleh kerajaan pusat. Kos transaksi yang perlu ditanggung akibat perubahan tersebut sama ada kos nyata mahupun tidak nyata juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan. telah memberi kesan kepada usaha untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara elektronik (electronic service delivery atau ESD). Australia. Kesinambungan daripada kurangnya penekanan kepada aktiviti e-Commerce. integriti dan ketersediaan (availability). businesses and geographic areas at different socio-economic levels with regard both to their opportunities to access ICTs and their use of the internet for a variety of wide activities” (OECD.10 Halangan seterusnya ialah kurangnya usaha daripada organisasi kerajaan untuk melakukan sebarang inovasi. definisi jurang digital juga mencakupi perbezaan antara negara kaya dan miskin. namun masih wujud jurang digital (digital divide) di kalangan kelompok-kelompok sosial. Weerakkody dan Jones. aspek keselamatan ini merupakan perkara penting yang perlu ditekankan dalam pelaksanaan kerajaan elektronik. Fisher. Contohnya. Kepercayaan orang ramai akan menurun apabila berlaku penipuan atau kesalahan maklumat dalam penggunaan medium elektronik. Contoh. Jurang digital merujuk kepada “gap between individuals. Sekiranya faedahfaedah yang diterima oleh pengguna hasil dari perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan secara . PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W Oleh itu. Ini bermakna halangan utama yang dapat dilihat adalah masalah pengecualian sosial (social exclusion) yang disebabkan oleh kebolehcapaian yang tidak sama rata terhadap internet. Persaingan sihat ke arah mewujudkan inovasi dalam urusan seharian mungkin tidak wujud antara organisasi-organisasi kerajaan. Sekiranya masalah keselamatan berlaku di salah satu agensi kerajaan. households. Ini ditambah dengan kos teknologi yang terlibat dan kurangnya pengalaman pihak yang terlibat. 2002). 2006). sama ada dalam organisasi itu sendiri ataupun antara organisasi awam. Antaranya. Orang awam melihat masalah keselamatan merupakan satu aspek yang menyeluruh dan perlu diberi perhatian khusus oleh kerajaan. ianya sekaligus menggambarkan bahawa semua agensi kerajaan adalah gagal dalam memastikan aspek keselamatan ini terjamin. kurangnya pengalaman Councils di daerah Victoria. kerajaan perlu juga melihat kepada insentif negatif yang mungkin wujud akibat pelaksanaan kerajaan elektronik. iaitu aspek keselamatan. tetapi juga dari pengguna dan masyarakat sendiri. Beberapa tindakan diambil untuk memastikan keselamatan maklumat (information security) diuruskan dengan sebaik mungkin. Walaupun era sekarang menyaksikan kemunculan kafe siber yang pesat dan penggunaan internet yang semakin meluas di kalangan masyarakat khususnya generasi muda. komuniti kulit putih berbanding kulit hitam dan di antara rakyat yang berpendidikan tinggi dan kurang berpendidikan (Margetts & Dunleavy. antara golongan yang berpendidikan dan kurang berpendidikan serta masyarakat bandar dan desa. Australia and New Zealand (AS/NZS ISO/IEC 17799:2001 Information Technology – Code of Practice yang mengandungi 12 bahagian utama yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan maklumat. Masalah pengecualian sosial merupakan halangan yang penting yang perlu diatasi oleh kerajaan (Choudrie. kos untuk melaksanakan teknologi baru seperti komputer. Jadi. Namun demikian. adalah masalah yang berkaitan dengan kemampuan dan kebolehcapaian terhadap inovasi teknologi itu. kos untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dan juga kos dari segi masa untuk mempelajarinya. iaitu kerahsiaan (confidentiality). mentadbir dan memantau tindakan-tindakan dan dasar-dasar agensi kerajaan (Smith dan Jamieson. Isu keselamatan transaksi-transaksi kerajaan yang boleh dianggap sulit merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. walaupun dari aspek yang lain ia lebih cepat dan mudah. Pemakaian standard ini semakin penting dalam usaha membentuk tanda aras dan kepastian (assurance) kepada organisasi dan pelanggan dalam menjalankan transaksi dalam talian. 5.dan Dawson. 2005). Keselamatan bermaksud perlindungan dokumen dan data yang disimpan bertujuan untuk merekod. Aspek keselamatan maklumat ini bertujuan untuk menjamin tiga perkara utama. 2006). Menurut kajian yang dijalankan oleh Norris dan Moon (2005). Di Malaysia. Misalnya.

Janet. waktu berurusan tidak tertakluk kepada hari dan masa bekerja sahaja (seperti penggunaan automatic teller machine di bank-bank). JANUARY . “Realising e-Government in the UK: Rural and Urban Challenges. Komunikasi dua hala perlu wujud antara kerajaan dan rakyat. ms 44-65. Halangan-halangan yang wujud sama ada yang datang dari dalam kerajaan sendiri (penawaran) mahupun dari rakyat (permintaan) perlu ditangani sebaik mungkin jika kerajaan mahu melaksanakan konsep kerajaan elektronik tersebut secara konsisten. 2003. Journal of Enterprise Information Management. 3. and Local Improvisations. rakyat perlulah aktif dalam perkara ini. rakyat dan ini sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.” The International Journal of Public Sector Management.elektronik tidak jelas dan tidak penting kepada mereka. 1 BIBLIOGRAFI 1. Yining Chen et al (2007).” The Information Society. 18. 10 (1). ms191 – 218. J. penglibatan awam juga penting dalam menjayakan pelaksanaan kerajaan elektronik. Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia. 18. Peranan kerajaan tempatan adalah penting kerana mereka boleh menyampaikan maklumat dan membantu mengatasi masalah kebolehcapaian dengan lebih baik. Stephen. elektronik ini dapat menjimatkan kos seperti masa. 8. ms 568-585. 1(2). Caldow. Issue 2. (2005). Vol 16. Aplikasi kerajaan . Penglibatan masyarakat ialah hak dan tanggungjawab yang bukan sahaja melibatkan persoalan-persoalan teknikal. Jyoti. “e-Government Functionality and Website Features: A Case Study of Indonesia.JUNE 200 8 VOL. tetapi penglibatan dalam proses pembuatan keputusan. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi beberapa halangan yang timbul adalah dengan menghebahkan dan memastikan faedah-faedahnya diketahui dan difahami oleh rakyat. “Information Systems and Developing Countries: Failure. Misalnya. ms 31-50. Orang awam bukan hanya sekadar penerima dan pengguna tetapi mereka perlu memahami konsep kerajaan elektronik. 2. Richard. dan tenaga selain daripada kos penggunaan kertas apabila konsep paperless government diaplikasikan sepenuhnya. boleh memastikan setiap organisasi yang melanggan talian telefon diberi alamat e-mel. 7. Choudrie. 5. Weerakkody. dari pihak kerajaan sendiri seperti sikap penjawat awam. Penggunaan sepenuhnya kerajaan elektronik ini dapat memberi kepuasan kepada semua pihak khususnya. KESIMPULAN Kerajaan elektronik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti-aktiviti kerajaan ke tahap yang maksimum dari segi liputan kepada semua rakyat. ms 101112. 6.” Journal of Global Information Technology Management. memberikan rebet atau potongan tertentu kepada pembayaran secara online dan sebagainya. kerajaan juga boleh mendapatkan tajaan pihak swasta untuk membantu menyediakan medium elektronik tersebut seperti kafe internet tanpa mengambilkira tempat atau kawasan. Feng Li. 5/ 6. nilai agensi awam dan sebagainya. Vishanth dan Jones. Criado. M Carmen. 2002. Selain itu.” Diambil dari www.” Journal of Electronic Commerce in Organisation. (2007). “Seven e-Government Leadership Milestone. No 3. Telekom Malaysia misalnya. “Electronic Government Implementation: A comparison Between Developed and Developing Countries. Success. maka kemungkinan kerajaan elektronik gagal adalah tinggi.ibm. Masalah pengecualian sosial (social exclusion) ini perlu diatasi oleh kerajaan pusat dengan memberikan peruntukan kepada kerajaan negeri dan kerajaan tempatan untuk melaksanakannya. INTAN (2006). 4.1. Edhy Rahardjo.com /industries/govt/ieg/library/papers. Volume 3. International Journal of Electronic Government Research. Kerajaan seharusnya sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan-halangan yang dihadapi khususnya. 2003. Selain itu. 11 6. 2002. Heeks. Ignacio dan Ramilo. Mereka perlu mempunyai sikap positif terhadap konsep kerajaan elektronik menjangkaui sikap teknologi canggih yang disediakan. “Implementing e-Government Strategy in Scotland: Current Situation and Emerging Issues. Pada masa yang sama. Dinesh Mirchandani dan Kailash Joshi. 2 NO. Kerajaan elektronik ini dilihat mampu meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan seperti yang digariskan oleh kerajaan dalam usaha membangunkan ekonomi negara. “e-Government in Practice: An Analysis of Web Site Orientation to the Citizens in Spanish Municipalities.

” Laporan kepada House of Commons. 2007. e-Government Success: Some Principles from Spanish Case Study. Vol 23. 2006. OECD.gov. D. 24.kr 33. 12. ‘ Alternative Service Delivery and Public Service Transformation in South Africa. “Advancing e-Government at the Grassroots:Tortoise or Hare? Public Administration Review.my 11. ms 64-75. e-Government Adoption: Architecture and Barriers. Noor Faizzah Dollah dan Sakinah Muslim. 2002. Shafiq Abdullah dan Zulkapli Mohammed.my/Feb02/febkhas01. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.1 14. 25. JIL 22 BIL 7. www. 10.org/dataoecd. e-Government in Malaysia. http://opensource. F dan Moon. “Penglibatan Awam dalam Kerajaan Elektronik. West. Business Process Management Journal. Tahun 2003. Jae. 2: 23-32. 2003. www.” The Star Online.G. Reyes Gonzalez.my 35. 2002.go.” Utusan Pengguna. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 1. International Journal of Public Sector Management. November 12. Information Technology in Government: Britain and America. Stephen dan Jamieson. 2005. Julie dan Dawson. Vol. www. H dan Dunleavy. e-Demokrasi dan e-Kerajaan: Analisis Konsep dan Pelaksanaan di Peringkat Kerajaan Tempatan di Negara Jepun. Mohd. 1999.mampu. Putrajaya. 2002. New York. ms 12. 2007.org 27. 13. 26. Industrial Management & Data Systems. Success of e-Government Initiative in Sarawak. 2006. United Nations Division for Public Economics and Public Administrtaion. www. London: Routledge. 18. Peter. “Warga Ipoh diserasikan dengan Aplikasi Kerajaan Elektronik.my 32. Public Sector ICT Management Review. PUBLIC SE CTOR ICT M ANAGE M E N T RE V I E W 22. Raslan Sharif. 1: 88 – 100. Business Process Management Journal. 2001.epbt. State and Federal e-Government in the United States: Diambil daripada http:// www. pp 589-61 28.1 23. Margetts. 19. perak. 1998. Margetts. 17. Vol 12. E. Donald.kpkt. Oktober 2006 – Mac 2007 vol.gov. Shackleton. “Determining Key Factors in e-Government Information System Security. 12 . Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di AgensiAgensi Kerajaan.gov.com/gostudy2003 31. “Cultural Barriers to e-Government. Jan/February. Universiti Utara Malaysia (tidak diterbitkan) 16. Strategi Baru ke Arah Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Negara. (2007).mampu. D. 15. 2005.my 36. 6 pp845-861 20. 2005. H.sj2005. www. Benchmarking e-Government: A Global Perspective: Assessing the Progress of the UN Member States.my 30. Fisher. “Understanding the Digital Divide.htm 29.tns-global. 2001. Ismail Hashim. United Kingdom.gov. Julai 1998.oecd. October 2006 – March 2007 vol.net.11 No. Rodger.nzgov. Vol 14. 241-265 21. Pejabat Audit Negara. Tahap Kesedaran Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Negeri Kedah dan Perlis Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT ). P. Muslimin Wallang.W dan Bvuma. Smith. 2003.5.egov. Norris.9. Muhammad Rais Abdul Karim dan Nazariah Mohd Khalid. pp. No.com 34. “ Malaysians Think e-Government is Safe. United Nations. NY. Shahrul Nizam Junaini. Zakareya Ebrahim dan Zahir Irani. Russel. www.” Information Systems Management.” Diambil daripada www.insidepolitics. www. Public Sector ICT Management Review.” Diambil daripada http://berita. e-Government Services in the Local Government Context: An Australian Case Study. Vol 10.gov. Jose Gasco dan Juan Llopis. Linda. 2007.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful