BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. 1.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Dua cabang lagi.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator). bibir. 5 . Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada. frekuensi dan amplitud. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang.1. anak tekak.1. 1. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad. iaitu fonetik artikulasi. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. dan sebagainya. 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan.Dari ketiga-tiga cabang ini.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. fonetik akustik dan fonetik auditori. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. lelangit lembut.1. lelangit keras. Selain itu. seperti lidah.

3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . dan fonetik auditori. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya. (Siti Hajar Abd. Asas kepada kajian fonologi. Input kepada kajian linguistik tinggi.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. Aziz. Banding beza bahan tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. fonetik akustik. iaitu morfologi dan sintaksis. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. 1. 2008: 90) 1. Dapat merumuskan. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. 2.

sintaksis dan semantik. dan kosa kata.1999). tatabahasa. Kini. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi. morfologi. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Bahasa baku ialah bahasa standard. Penggiat bahasa risau. dengan asas yang padu dan kukuh ini. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang. ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Menurut Awang Sariyan (2004).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. iii. ahli. sistem ejaan. ii. dan laras bahasa. supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. dan tidak ada huruf yang senyap”. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988).L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. iv. Secara khusus. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 .4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah). Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1.ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] . Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. tertutup.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. di tengah atau di akhir kata. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.

KVK + KVK. KVK . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. KV + KV . Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. Indonesia dan Inggeris 10 . Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV .

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab . Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .

Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. ayat tanya. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. kekecualian. 3 dan 4. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. 12 . iii. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. vi. kemarahan. ayat perintah. seperti khatib. kebosanan. kekejutan. Ada beberapa fungsi intonasi. iv. keakraban. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. 2. Antaranya: i. penjual ubat atau sarjan tentera. seperti kegembiraan. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. positif atau negatif dan seumpamanya. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. sama ada ayat penyata biasa. v. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. ii. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang.

gun] 13 . Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.vi.ros gha.go.la] [lim kéng yék] [but.ze.rul éh.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.lẼnd] [sun.nia her. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.san] [bos.ham.ros but.wéi le.ngor da.yang] [niu zi.mad hat.sen man.dé.la.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa.na] [pyong.

Öik.lo.sia] [u.si peng.mé. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.mé.lé. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.ké.nés.ni.lé.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .di.ra] [ra.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.ti.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara.lé.di. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ver.nan mul.si pe.él.dia] atau [a.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.ti.vi.mi.sia] [a.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.nan mul.ngi.ti ték.si.bi.gén.ké. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.la.te.gén.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.syen me.no. Scientific and Cultural Organization) [am.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu.dio té.la.pu.ko] atau (United Nations Educational.gi me.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.él. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Agensi Penerbitan Nusantara. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1988). Ilmu Fonetik dan Linguistik.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. (1982). Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . Awang Sariyan.ti. Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1977).

HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 .

gigi. gusi. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa.0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. lelangit keras dan lelangit lembut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. iaitu lidah. Oleh itu. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. 2. 17 . iaitu artikulator dan daerah artikulasi.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. lelangit keras dan lelangit lembut. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah). menelan dan menghembus nafas. gusi. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. iaitu mengunyah makanan. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. 2.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Tenggorok Rajah 2. Rongga mulut 15. Gigi bawah 5. i. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Huruf-huruf tersebut ialah a. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Bibir atas 2. Anak tekak 9. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Epiglotis 11. anak tekak. Pita suara 12. iaitu tinggi. Lelangit lembut 8. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. separuh 18 . Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. separuh tinggi. Rongga tekak 13. e. lidah. o. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. Gigi atas 4. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. Lidah 10. Gusi 6. Bibir bawah 3.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Rongga hidung 14. Lelangit keras 7.

iaitu neutral. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. seperti beg dan bos. separuh sempit. iaitu [i. bibir bundar 19 S e p a ru h . hampar dan bundar. iaitu [ε] dan [ ]. e.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. a. u. o. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga.3: Bahagian Lidah Seterusnya. Bunyi-bunyi [ε] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. bibir terhampar. iaitu sempit. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Rajah 2. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. T in g g i e m (s Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan.  ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. separuh luas dan luas. iaitu depan.

4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan.___________________________ x. berdasarkan rajah di bawah.______________________________ v.______________________________ vii. i.___________________________ xii.___________________________ xi.______________________________ iv.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.___________________________ 20 . labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa._______________________________ iii.__________________________ ix._______________________________ ii._______________________________ vi.__________________________ viii.

Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. 2. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1982). Indirawati Zahid. Mardian Shah Omar (2006). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Asas Fonetik. BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. (1980). Ilmu Fonetik dan Linguistik. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Rencana Linguistik. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.0 KANDUNGAN ISI 22 .1: Kerangka Tajuk 3 3. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.

gigi-gusi. dan [au] dalam [pulau] pulau?. [ai] dalam [pandai] pandai. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. anak tekak dan lain-lain. sama ada letupan.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. geseran dan sebagainya. lelangit keras. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. [au] dan [oi]. 3. [# panau #] dan [# amboi #]. 3. letusan. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. mengenai (Abdullah Hassan. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.1997:63). lelangit lembut.2006:44). sengauan. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. iaitu [ai]. 3. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya. 2006:42). Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #].3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. seperti dua bibir.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi.

2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. lelangit lembut atau pita suara. geseran. anda juga perlu mengetahui bahawa. [oi] dalam [sepoi] sepoi. [ai] dalam [pantai]. (ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. sengauan. [ai] dalam [pandai] pandai. letusan. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. dan [aυ ] dalam [pulaυ ] pulau. malaran dan getaran. (iii) diftong menurun. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. sisian. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. Bunyi Letupan 24 . Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. lelangit keras.

iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. **bunyi [] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. geseran (frikatif) dan malaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [ ] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu ] [kad] [kata] * [garau] [bε g] ** [ana ] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. [n]. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. 25 . Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. dan []. []. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ini menghasilkan bunyi [l]. Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. dan [h]. [z]. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. [s]. Untuk menghasilkan bunyi malaran. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. [v]. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [] [aa] [buja] [] [ai] * *Bunyi [] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. iaitu [r]. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. [š]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal.

Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [hafal] ‘hafal’. [t]. (iv) Geseran gigi bersuara. [f]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vε n] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. [l]. [g]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. [vərsi] ‘versi’. dan [h]. Contoh sebutan: [vkal] ‘vokal’. 27 . Perbezaannya ialah. (v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. dan [y]. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. seperti bunyi [p]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. [n]. seperti bunyi [b]. dan [univərsiti] ‘universiti’. [r]. [k]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. pita suara tidak digetarkan. dan [maaf] ‘maaf’. [s]. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. [m]. (iii) Geseran gigi tak bersuara. [w]. [d].

ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Perbezaannya ialah. dan [axer] ‘akhir’. Menurut Raja at] ] Mukhtaruddin (1965:44). ] Contoh sebutan: [ aeb] ‘ghaib’. 28 . [lo ‘loghat’. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. dan [bale ‘baligh’. Akhirnya. dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha). Perbezaannya ialah. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. [axbar] ‘akhbar’. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ a] dan  [ba a] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. ketika mengeluarkan bunyi [ pita suara digetarkan.

BAHAN BACAAN 29 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. LATIHAN 1.

Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Abdullah Hassan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1997). Asmah Hj Omar. Mardian Shah Omar (2006).Bhd. (1975). Lutfi Abas. TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (1977). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. (2006). Marzukhi Nyak Abdullah. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu.Bhd. Indirawati Zahid. (1980). (1985).

konsonan dan diftong. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. pinjaman. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. PINJAMAN. iaitu konsonan asal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. gandingan dan rangkap. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. gandingan dan rangkap.0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. pinjaman.

i. pinjaman.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. 1977:42). jenis-jenis huruf vokal. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Dengan perkataan lain. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. 4. e taling dan o. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal.1 Definisi Huruf Vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. u. iaitu huruf a. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. 4. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Seperti yang telah dipelajari. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.2006:44). konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. e pepet.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. iaitu konsonan asal. Rajah 4. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah.

duk] Rajah 4.ga] [ja.da] [sé.ran] .2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.ham] [syi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.lik] [bo.tol] [du.ri] [nya.ga] [ka.kah] [nge.pat] [sa.lai] [ma.dah] [naf.lem] [yu.la] [ka.la] [pa.di] [khai. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.jam] [vi.lak] [bi.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.ri] [ra.zal] [har.jah] [zi.rus] [wa.mak] [se.kir] [ga.la] [ca.par] [qa.tat] [da.rik] [ta..bus] [gha. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.da] [fa.rat] [la.

4 di bawah.poi] Rajah 4. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di bawah. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4. gandingan dan rangkap. 2006). Pinjaman. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. sisian. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan.tai] [pu. letusan.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et. iaitu ai. Daripada segi cara sebutan. sengauan dan separuh vokal. Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. geseran. pinjaman.pin] Rajah 4. getaran.lau] [se. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. 34 .3 Konsonan Asal.al. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. iaitu letupan.

Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. Selain itu. huruf ‘i (‘ilmu). Pada tempat lain. digantikan dengan huruf k menjadi makna. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6  h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j  s z Š  x Rajah 4. ‘u (‘umur) digugurkan.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. 35 . sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. ‘a (‘alam). skuasy. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. Sa’odah.

Namun. ch. gh. ng. AKTIVITI Secara berpasangan. iaitu kh. (Abdullah Hassan. bunyi sebutannya tetap sama. Sebenarnya jika anda peka. 36 . ny.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. Selain itu. dh dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini. sh. Akan tetapi. walaupun huruf berubah. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. iaitu kh. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. 2006:95-96). dh menjadi d dan th menjadi s. dz. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. iaitu empat kekal. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. dz menjadi z. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. ny dan ng. iaitu ch menjadi c. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. manakala satu berubah satu huruf. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. gh.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j   h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Bibir Cara Sebutan Pita Suara 6  1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh b w b b 2 t d 3 4 l 37 . Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.

(2006). (2006). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. 38 . Tatabahasa Dewan. Mardian Shah Omar (2006). Lutfi Abas. Marzukhi Nyak Abdullah.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Vokal BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan.Bhd. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.al. (1980). Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (1985). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Nik Safiah Karim et. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. (1975). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bhd. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Indirawati Zahid. Raminah Sabran dan Rahim Syam. Abdullah Hassan. (1997).

Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. simbol konsonan. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. 2. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . anda seharusnya dapat: 1. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Untuk mencapai tujuan tersebut.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 .0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. dan simbol diftong. 5. simbol konsonan. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. simbol konsonan rangkap.

[Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1. 41 . [/].2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k].2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5. kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. dan 3. 2.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [ ] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ ] [ð] [x] Rajah 5.

Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd. Agensi Penerbitan Nusantara. Linguistik Pengenalan. 2005. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Ilmu Fonetik dan Linguistik. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Petaling Jaya: Secara individu. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . (1982).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful