9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

PENGENALAN

Setelah mengenalpasti masalah, kepentingan, objektif, skop dan kaedah kajian, kajian literatur akan dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan langkah seterusnya dapat dilaksanakan. Dalam bab ini akan membincangkan tentang istilahistilah yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Istilah-istilah ini amat penting untuk diketahui dan difahami sebelum penerangan yang lebih terperinci mengenai keselamatan dan kesihatan. Selain itu, topik ini juga membincangkan tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, teori punca kemalangan dan gangguan kesihatan pekerjaan yang merupakan perkara penting bagi mencapai objektif projek ini. Setelah kajian literatur dibuat, barulah borang selidik dapat disediakan dan diedarkan. dibincangkan di dalam bab yang seterusnya. Hasil kajian kaji selidik ini akan

10

2.2

ISTILAH-ISTILAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Terdapat beberapa istilah yang perlu difahami dan diketahui sebelum penerangan lebih lanjut dibuat. Antaranya ialah :-

2.2.1

Keselamatan dan Kesihatan

Keselamatan bermaksud bebas daripada sebarang bahaya yang wujud di persekitaran kerja dan menurut kamus Webster pula keselamatan diertikan sebagai kualiti atau keadaan yang tidak membawa risiko. Manakala definisi kesihatan pula ialah keadaan tubuh badan atau minda berada dalam keadaan baik atau tidak baik (OHSAS 18002 ). Maksud keseluruhan keselamatan dan kesihatan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktivitiaktivitinya.

2.2.2

Hazard

Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersalingtindak antara satu dengan lain yang mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbezabeza ketenatannya, daripada yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil. “Occupational Safety and Health Assessment Series 18002”

11

(OHSAS 18002) dan ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan persekitaran tempat kerja, atau gabungannya. Contoh-contah Hazard adalah seperti bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak selamat.

2.2.3

Risiko

Menurut

(OHSAS

18002),

risiko

adalah

gabungan

kemungkinan

(kebarangkalian) dan akibat sesuatu peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh didefinisikan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut. Kebarangkalian di sini bermaksud cansa kemalangan itu berlaku. Kebarangkalian ini boleh ditentukan

daripada statistik kemalangan itu berlaku. Sebagai contoh, dua kecederaan berat berlaku dalam satu juta jam kerja. Dedahan bermaksud kekerapan pekerja terdedah kepada hazard. Kesan kemalangan pula bermaksud impak kemalangan. Di dalam konteks kecederaan, kesan kemalangan boleh mengakibatkan kematian, kecederaan kecil, kecederaan besar atau kemalangan nyaris.

2.2.4

Bahaya

Bahaya lebih menerangkan tentang dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang sentiasa terdedah kepada hazard berada di

12

dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.

2.2.5

Kemalangan

Kemalangan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang tidak dirancang, di mana ianya berkemungkinan mengakibatkan kecederaan perseorangan atau kerosakan harta benda. (King dan Hudson).

2.3

KEPENTINGAN PENJAGAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Kepentingan keselamatan dan kesihatan

adalah sangat penting bagi

membendung dan mengurangkan kebarangkalian timbulnya kemalangan dan penyakit kepada pekerja. Dengan itu, para pekerja dapat menjalankan kerja dengan baik, selesa serta dapat menyiapkan kerja yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Kepentingan keselamatan dan kesihatan bertujuan untuk memastikan kelancaran kerja yang licin di tapak pembinaan. Ini kerana apabila berlakunya

sesuatu kejadian yang tidak diingini, maka kerja di tapak bina akan tergendala disebabkan penyiasatan terhadap tempat pembinaan dan soal selidik terhadap pekerja oleh pihak berkuasa akan dilaksanakan. menambahkan lagi kos pembinaan. Ini secara tidak langsung akan

Selain itu, ia juga bertujuan untuk

menyelamatkan harta benda iaitu logi, mesin dan semua peralatan pembinaan daripada kerosakan atau kehilangan. Bila sesuatu kejadian berlaku, kos yang lebih terpaksa dikeluarkan untuk membeli mesin, jentera atau peralatan lain. Di samping

13

itu, kepentingan keselamatan dan kesihatan juga dapat meransang produktiviti pekerja dan menjimatkan kos pembinaan. Apabila pekerja mengetahui bahawa

tempat kerja adalah selamat dan selesa untuk bekerja maka ini akan menaikkan semangat pekerja untuk bekerja dan sekali gus menjimatkan kos kerana dapat dilakukan dalam masa yang telah ditetapkan. Keperluan untuk meningkatkan usaha bagi membendung kemalangan di tempat kerja kini amat mendesak dan perlu disegerakan secara kolektif. Kawasan

pembinaan merupakan salah satu tempah yang mudah terdedah dengan suasana berlakunya kemalangan. Oleh itu, setiap pekerja yang berada di dalam kawasan yang kerap berlaku kemalangan seharusnya mengambil langkah pencegahan supaya sebarang kemalangan yang bakal berlaku dapat dielakkan. Pada asasnya, terdapat tiga sebab mengapa berlakunya kemalangan di tapak pembinaan yang perlu dicegah. Antaranya ialah :-

i.

Sikap Perikemanusiaan

Sifat ini mestilah perlu ada pada setiap pekerja yang bekerja di dalam kawasan tapak pembinaan bagi memastikan semua pekerja berada dalam keadaan yang selamat ataupun sihat dan tiada sesiapa pun yang mengalami kemalangan semasa bekerja atau dijangkiti semasa di tempat kerja. Sekiranya berlakunya kecelakaan atau kemalangan, kehilangan nyawa atau kecederaan di tapak pembinaan ia meninggalkan kesan negatif kepada industri dan juga masyarakat sekeliling. Kesedihan yang dirasai apabila kehilangan seseorang tidak dapat dibayar ganti. Akibat kejadian tersebut, ia akan terus menjadikan

14

industri

pembinaan sebagai satu industri yang bahaya, tidak digemari dan

melanjutkan penggantungan kepada buruh asing sebagai punca utama menggerakkan industri pembinaan negara.

ii.

Undang-undang

Seperti yang kita sedia maklum,

semua pekerja perlu memahami,

mengetahui dan mempraktikkan segala peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Undang-undang tersebut telah

dipiawaikan khusus bagi memastikan tidak ada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku di kawasan tapak pembinaan. Kemalangan atau kecelakan yang berlaku di tapak pembinaan akan mengundang beberapa implikasi perundangan. Sekiranya gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ianya boleh mengakibatkan tindakan undang-undang dijalankan. Prosedur perundangan yang dijalankan akan mengambil masa yang panjang, di mana ianya boleh menjejaskan perjalanan projek pembinaan dan boleh menyebabkan pembinaan tersebut tergendala.

iii.

Ekonomi

Bagi mencegah sebarang kerugian disebabkan oleh kemalangan yang berlaku semasa pembinaan dilaksanakan iaitu perbelanjaan dari segi perubatan jika seseorang itu cedera atau sakit, kos ganti rugi jika berlakunya kemusnahan barang-barang pembinaan atau logi dan ia juga akan berlakunya pembaziran

15

terhadap masa. Ini telah membuktikan bahawa impak ekonomi adalah paling penting. Ianya berlaku secara langsung atau tidak langsung di mana pembayaran ganti rugi boleh dikategori sebagai kerugian terus. Selain itu, penutupan tapak bagi penyiasatan juga merupakan satu kerugian yang akan ditukar kepada wang, kualiti dan masa.

2.4

TEORI PUNCA KEMALANGAN DAN GANGGUAN KESIHATAN PEKERJAAN

2.4.1

Teori Domino – H.W.Heinrich

Herbert William telah mengasaskan suatu teori tentang punca kejadian kemalangan dan gangguan kesihatan pekerjaaan, iaitu Teori Domino pada tahun 1929, dan pertama kali diterbitkan pada 1931 di dalam bukunya ‘Industrial Accident Prevention’. Ia telah digunakan secara meluas dan masih diterima sehingga kini sebagai konsep asas punca berlakunya kemalangan di tapak pembinaan. Asasnya, teori ini menyatakan bahawa kemalangan berlaku disebabkan oleh kejadian berangkai yang berkaitan antara satu sama lain, seperti jatuhan deretan domino. Apabila satu domino disusun sederet dalam satu barisan jatuh, ia akan menyebabkan kejatuhan domino di sebelahnya dan domino-domino yang seterusnya. Teori Domino Heinrich berkisar tentang kefahaman bahawa punca suatu kejadian adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang dibentuk dalam simbol domino. Faktor-faktor tersebut adalah persekitaran sosial dan keturunan yang membawa

16

kepada kesalahan individu dan menyebabkan situasi kurang selamat yang mengakibatkan kemalangan serta kecederaan. Oleh itu, untuk mengelakkan terjadinya kemalangan tiga faktor sebelum domino kemalangan perlulah ditangani dengan baik. Salah satu cara bagi

mengelakkan kemalangan yang berpunca daripada faktor persekitaran sosial dan keturunan ialah dengan mendidik pekerja tentang keselamatan untuk mengelakkan tingkahlaku dan situasi kerja yang berbahaya serta mengelakkan diri mereka daripada melakukan kesilapan hingga menjejaskan keselamatan mereka dan orang lain yang terlibat.

Tingkahlaku & Situasi Berbahaya

Persekitaran Sosial & Keturunan

Kejadian Kemalangan

Kesalahan Individu

Rajah 2.1 : Struktur Teori Domino Heinrich

Kecederaan

17

2.4.1.1 Persekitaran Sosial Dan Keturunan

Domino yang pertama ini berkaitan dengan personaliti pekerja.

Secara

biologinya, seseorang akan dipengaruhi oleh keturunannya, sama ada dari segi fizikal ataupun sikapnya. Pekerja yang mempunyai keturunan yang bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas, tidak berdisiplin dan bertindak melulu selalunya lebih cenderung mengalami kemalangan. Contohnya terjatuh dari binaan, ditimpa objek ataupun peralatan binaan dan cuai dalam pengendalian jentera. Kebanyakkan penyakit yang menimpa pekerja selalunya dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan bergantung kepada jenis pekerjaaan yang dilakukan. Contohnya, persekitaran kerja yang beradioaktif boleh mengganggu kesuburan sistem pembiakan manusia. Dalam pembinaan pula, tukang batu atau pembagas pasir terdedah kepada penyakit silikosis. Pekerja yang mengendali alat tukulan pula cenderung mendapat penyakit sendi dan tulang. Contoh penyakit lain yang terdedah kepada pekerja-pekerja tapak bina ialah keracunan plumbum bagi tukang cat, penyakit mata seperti kataraks bagi pekerja bahagian kimpalan dan penyakit kulit yang disebabkan oleh bahan kimia seperti kapur dan simen. Selain itu, persekitaran tapak bina yang tidak bersih akan menjadi tempat kegemaran pembiakan nyamuk Aedes yang boleh membawa penyakit denggi yang berbahaya.

18

2.4.1.2 Kesalahan Individu

Komitmen yang kurang semasa bekerja dan sikap yang tidak bersungguhsungguh mengundang situasi kerja yang tidak selamat dan boleh mengakibatkan kemalangan. Ini akan mendorong pekerja kepada sikap malas. Selain itu, kurangnya latihan dan kemahiran kerja boleh menyebabkan pekerja cenderung melakukan kesilapan yang membawa padah kemalangan. Kurangnya tumpuan terhadap kerja kerana masalah peribadi yang lain juga melalaikan pekerja dalam melakukan kerja di tapak pembinaan. Kesalahan individu ini akan menyumbang kepada tingkahlaku dan situasi yang berbahaya sehingga kemalangan berlaku.

2.4.1.3 Tingkahlaku Dan Situasi Berbahaya

Keadaan tempat yang kurang selamat disebabkan pelbagai punca. Antaranya ialah penggunaan peralatan tanpa mengambil berat tentang arahan dan amaran yang khusus untuk sesuatu alat tersebut. Kadangkala, tiada pengawasan daripada penyelia tapak ataupun golongan juga mengundang kepada situasi berbahaya. Situasi ini menjadi lebih kritikal apabila tapak bina tidak dilengkapi dengan ciri-ciri kawalan keselamtan yang secukupnya. Contohnya penghadang keselamatan, papan tanda amaran dan label bahan binaan yang berbahaya. Susun atur mesin dan kelengkapan kerja juga mempengaruhi keselamatan kawasan kerja. Keadaan yang bersepah dan lintang-pukang menjadikan situasi kerja yang berbahaya.

19

2.4.1.4 Kejadian Kemalangan

Tiada siapa pun yang menginginkan kemalangan berlaku daripada terjadi. Kejadian kemalangan merupakan peristiwa diluar jangkaan dan sangat tidak diingini berlaku. Ia berpunca daripada faktor-faktor yang telah dinyatakan diatas, sama ada disebabkan oleh individu itu sendiri ataupun beberapa individu yang terlibat. Kemalangan ini akan mengakibatkan kecederaan ataupun gangguan kesihatan pekerja yang mengalami kemalangan tersebut.

2.4.1.5 Kecederaan

Kecederaan boleh dibahagikan kepada tiga peringkat.

Peringkat pertama

ialah kecederaan sementara, contohnya luka ringan sahaja. Kedua ialah kecederaan kekal seperti patah atupun menyebabkan kecacatan anggota badan. Ketiga pula ialah peringkat yang paling teruk iaitu kehilangan nyawa atau maut. Perkara sebegini mestilah boleh dielakkan seberapa yang mungkin.

2.4.2

Pembaharuan Pertama Teori Domino-Frank Bird Jr.

Sejak diasaskan, teori Domino Heinrich digunakan secara meluas selama 30 tahun. Frank Bird Jr. ialah orang pertama yang telah membuat pembaharuan

terhadap teori Domino ini pada penghujung 1960-an, selaras dengan perubahan dan

20

kemajuan di dalam teori keselamatan dan persekitaran sosial.

Pembaharuan ini

memberi gambaran yang lebih jelas tentang hubungan antara keberkesanan pengurusan dan punca serta kesan kejadian kemalangan yang boleh mengakibatkan penurunan mutu sesuatu operasi. Teori Frank Bird Jr. ini masih mengandungi lima elemen domino seperti di dalam Rajah 2.2 dan mempunyai perkaitan yang hampir sama dengan Teori Heinrich. Berikut adalah lima elemen yang terkandung dalam Teori Domino Frank Bird Jr. :-

Kekurangan Pengawasan Pengurusan

Rajah 2.2 : Struktur Teori Domino Frank Jr.

Manusia & Kehilangan

Punca Serta-Merta

Hubungan Kejadian

Punca Asas

21

2.4.2.1 Kekurangan Pengawasan Pihak Pengurusan

Penurunan kualiti kerja adalah disebabkan oleh kelemahan dan kekurangan pengawasan oleh pihak pengurusan kerja. Dalam aspek ini, ia merangkumi 4 fungsi pengurus, iaitu perancangan, penyelian, kepimpinan dan pemeriksaan. Fungsi-fungsi pengurus ini berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak bina, kualiti dan produksi pembinaan ataupun kos projek. Domino pertama ini adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan di tapak bina.

2.4.2.2 Punca Asas

Punca pertama yang dinyatakan dalam Teori Domino Heinrich sebelum ini akan mendedahkan punca kedua iaitu punca asas berlaku. Kejadian ini mengugat keselamtan dan kesihatan pekerja. Punca asas terbahagi kepada dua, iaitu yang pertama ialah individu pekerja itu sendiri dan yang kedua faktor kerja yang dilakukan. Contoh faktor individu adalah seperti kekurangan pengetahuan dan kemahiran, masalah fizikal dan mental serta kekurangan motivasi pekerja. Faktor ini merupakan domino kedua dan ketiga di dalam teori Heinrich. Faktor kerja pula ialah jenis-jenis kerja yang terdedah kepada berbahaya seperti yang telah dijelaskan dalam teori Heinrich pada domino yang pertama. Contohnya, kelengkapan bekerja yang

22

berkualiti rendah, kekerapan penyelenggaraan yang rendah dan bilangan pekerja yang tidak mencukupi.

2.4.2.3 Punca Serta-Merta

Punca serta-merta berlaku disebabkan oleh punca asas. Punca serta-merta ini merupakan simptom ataupun tanda-tanda daripada punca asas. Jika aspek sebenar punca asas di sebalik sesuatu simptom ini tidak dapat dikenalpasti dan ditangani, punca serta-merta pula akan berlaku. Punca-punca inilah yang akan menyebabkan berlakunya kejadian kemalangan yang tidak diingini.

2.4.2.3 Hubungan Kejadian

Kejadian yang berlaku perlu dianalisis untuk mengenalpasti kesan daripada aspek kerugian yang bakal dihadapi. Ia penting bagi mengetahui sama ada kejadian yang berlaku ini dapat memberikan maklumat tentang cara mengatasinya atau langkah berjaga-jaga yang boleh diamalkan bagi mengelakkan kejadian kemalangan itu berulang. Selain itu, ia juga mampu mengelakkan kejadian berulang dan

kemalangan yang lebih teruk daripada berlaku.

23

2.4.2.4 Manusia Dan Kehilangan

Kejadian kemalangan ini akan mengundang kerugian dan kehilangan kepada manusia, mungkin dari segi nyawa atau harta benda. Kehilangan ini dikategori sebagai minor,serius dan major. bencana. Kesan daripada kejadian kemalangan ini juga boleh ditafsirkan sebagai kecederaan dari segi fizikal atau kerosakan material. Selain itu, kesan ini juga dapat dilihat sebagai kesan kepada manusia dan kesannya terhadap ekonomi. Kehilangan major ini boleh mengakibatkan

2.4.3

Pembaharuan Kedua Teori Domino – Edward Adams

Pembaharuan kedua ini mengatakan bahawa teori pengurusan ini masih tetap sama dengan pembaharuan pertama yang dibuat oleh Frank Bird Jr. iaitu bagi domino yang keempat dan kelima. Namun Bagi Edward Adams elemen ketiga ialah kesilapan teknikal yang merangkumi tingkahlaku dan persekitaran yang tidak selamat. Kemalangan dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor tingkahlaku dan persekitaran yang tidak selamat. Namun demikian, kesilapan teknikal ini adalah rentetan daripada kesilapan daripada operasi yang berpunca daripada struktur pengurusan yang lemah. Hal ini berlaku, mungkin disebabkan oleh kekurangan dari segi objektif organisasi,

24

perlaksanaan kerja dan juga perancangan operasi. Secara keseluruhan, pembaharuan kedua oleh Edward Adams ini juga menumpukan kepada aspek pengurusan.

2.4.4

Pembaharuan Ketiga Teori Domino – D.A.Waever

D.A.Waever pula menerangkan tentang konsep dan gejala berkaitan dengan kesilapan operasi. Kesilapan operasi ini menyebabkan kemalangan atau kecederaan yang akan membawa kepada keputusan yang tidak dirancang dan tiada kesudahan. Oleh itu, gejala-gejala yang berkemungkinan untuk berlaku ini perlu diawasi pengurusannya secara berterusan. Gejala ini juga merupakan kemalangan dan kecederaan. Dalam mencari

punca-puncanya secara alternatif yang betul bagi melaksanakan pengawasan pengurusan, ia memerlukan gabungan mengesan dan mengenalpasti kesilapan operasi kerja. Pengurusan yang berkesan dapat dilihat daripada penguatkuasaan polisi, keutamaan dan struktur organisai. Selain itu, gejala ini juga dapat dikesan dengan membuat keputusan, penilaian dan pengawalan pentadbiran. Ia dapat digambarkan dengan jelas pada rajah dibawah :-

25

Sifat Warisan & Persekitaran

Tingkahlaku & Situasi

Kesilapan Individu

Rajah 2.3 : Struktur Teori Domino D.A Weaver

Jika diperhatikan, ia hampir sama dengan teori Domino asal oleh Heinrich. Namun, pembaharuan yang dibuat ini lebih kepada penumpuan kepada input yang diperlukan dalam mengenalpasti tingkahlaku dan situasi yang tidak selamat. Ia

membolehkan pencapaian matlamat pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkesan.

2.4.5

Kepersisan Teori Domino

Walaupun teori ini telah diperkenalkan lebih daripada 80 tahun yang lalu, ia masih lagi digunakan dengan meluasnya. Teori ini adalah sangat menyakinkan sebagai model penyebab berlakunya kemalangan kerana beberapa sebab.

Kemalangan

Kecederaan

26

Terutamanya, teori Domino ini adalah sangat mudah, sama ada daripada aspek pemahaman ataupun penggunaan praktikal. Bukan sahaja dalam bidang

pembinaan, ia juga relevan untuk digunkan dalam bidang yang lain. Selain itu, teori ini turut memberikan langkah bagi mengelakkan kemalangan itu daripada berlaku dengan mengetahui penyebabnya. Jika faktor penyebbnya dapat dielakkan, maka sebarang kemalangan dapat diatasi daripada berlaku. Dalam kebanyakkan kes kemalangan , tiada apa yang dapat diubah pada latar belakang dan peribadi pekerja. Langkah yang penting adalah bagaimana untuk

mengelakkan tingkahlaku dan situasi yang berbahaya. Salah satu caranya adalah dengan mendidik pekerja tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

2.5

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

(AKTA 514)

2.5.1

Pengenalan

Akta 514 diwartakan pada 24 Februari 1994 dengan tujuan untuk menjadi payung kepada semua akta yang mengawal atau mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Payung yang dimaksudkan ialah Akta 514 merupakan Akta induk kepada semua Akta berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. peruntukkan Akta 514 adalah tambahan kepada sebarang undang-undang bertulis

27

sebelumnya dan mengatasi sebarang peruntukkan bertulis yang bercanggah dengannya. Amnya Akta 514 mengandungi empat tujuan utama iaitu : i) Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja. ii) Melindungi orang di tempat kerja selain daripada pekerja di tempat tersebut. iii) Menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka. iv) Menyediakan kaedah di mana peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat diganti secara progresif dengan sistem peraturan dan kod amalan industri yang beroperasi bersama dengan peruntukkan akta bagi mengekal atau meningkatkan standard keselamatan dan kesihatan.

2.5.2

Peruntukan Utama Akta 514

Akta 514 mengandungi 15 bahagian. Antaran peruntukan utama bahagian Akta ini termasuklah :

2.5.2.1 Penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Akta menetapkan penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)dan menjelaskan tugas MNKKP. Majlis ini dianggotai oleh wakil kerajaan, majikan dan pekerja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan semua perkara yang suaimanfaat atau semunasabahnya perlu bagi perjalanan tujuan

28

Akta 514 (Bahagian II seksyen 11 Akta 514). Keanggotaan, kuasa dan fungsi majlis ini mencirikan kerjasama tiga kumpulan atau iga parti antara kerajaan, majikan dan pekerja untuk sama-sama merangka, menjaya dan meningkatkan usaha ke arah keselsamatan dan kesihatan di tempat kerja.

2.5.2.2 Tugas dan tanggungjawab majikan

Akta ini telah menetapkan tugas dan tanggungjawab am majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja. Antara tugas utama majikan ialah merangka dan melaksanakan dasar am atau polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi dan perkiraan untuk menjayakan dasar tersebut (Bahagian IV dan V Akta 514). Sebelum ini, akta-akta lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak mewajibkan penyediaan dan penyelenggaraan dasar am keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Apa yang penting mengenai peruntukkan ini ialah untuk mencapai objektif iaitu mahu majikan menunjukkan iltizam yang tinggi dengan menetapkan secara bertulis dan memaklumkan kepada semua kakitangan pekerjanya, arah tuju serta standard keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ingin dicapai. Ini dilakukan sebelum sebarang program pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dirancang dan dilaksanakan. Di samping itu, segala usaha dan tindakan yang diambil oleh majikan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerjanya mestilah dibuat sepraktik yang mungkin. Ini bermakna majikan mesti mencuba sedaya upaya yang mampu berdasarkan sumber (kewangan, manusia dan ilmu) yang ada. Beban

membuktikan had apa yang praktik yang sesuai diletak di atas majikan. Dengan

29

meletakkan tanggungjawab di atas kepada majikan, Akta 514 meletakkan kepercayaan bahawa oleh kerana majikan „mencipta‟ hazard pekerjaan, belaiu mampu mengarah cara bekerja yang selamat dan mengurangkan risiko pekerjaan di tempat kerjanya.

2.5.2.3 Kewajipan Pekerja

Akta menjelaskan kewajiban am pekerja yang sedang bekerja di dalam semua program dan usaha yang dibuat oleh majikan (Bhagian VI Akta 514). Peruntukkan dalam bahagian VI ini sangat penting kerana ia bukan sahaja mewajibkan pekerja memberi perhatian dan mematuhi segala arahan keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh majikan dan Akta 514. Selain itu, pekerja juga hendaklah

melibatkan diri secara langsung di dalam segala usaha yang dibuat untuk menjayakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Wujudnya kerjasama antara dua pihak ini ia dapat merealisasikan prinsip kerjasama dan pengaturan kendiri yang menjadi prinsip Akta 514.

2.5.2.4 Pemberitahuan Kemalangan

Akta mewajibkan majikan memberitahu dan melaporkan kepada pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah atau mungkin

30

terjadi di tempat kerja (Bahagian VII Akta 514). Peruntukan ini melebihi peruntukan undang-undang terdahulu kerana sebelum Akta 514, pemberitahuan dan laporan wajib dibuat ke atas kecelakaan yang sudah berlaku sahaja. Akta 514 juga

mewajibkan majikan memberitahu/melaporkan kecelakaan yang belum berlaku dan berpotensi untuk berlaku. Peruntukan ini penting kerana ia menggalakkan majikan supaya tidak hanya reaktif kepada kemalangan yang sudah berlaku tetapi proaktif terhadap apa yang mungkin berlaku. Dengan cara ini, majikan digalakkan

melakukan penaksiran risiko pekerjaan di tempat kerja.

2.5.2.5 Peranan Aktif Pengamal Perubatan

Akta memastikan agar pengamal perubatan berdaftar memainkan peranan yang aktif di dalam menjaga kesihatan pekerja. Untuk itu akta mengkehendaki pengamal perubatan berdaftar untuk membuat laporan kepada Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, jika beliau terlibat dalam merawat atau melawat pesakit yang dipercayai menghidap mana-mana penyakit yang tersenarai dalam Jadual Ketiga Akta Kilang dan Jentera 1967, atau mana-mana penyakit yang dinamakan dalam peraturan atau perintah yang dibuat oleh menteri di bawah akta ini. Laporan ini juga termasuk kejadian keracunan. Peruntukan ini meningkatkan pernanan yang dimainkan oleh pengamal perubatan dalam sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan negara.

31

2.5.2.6 Kuasa Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Akta memperuntukkan perlantikan pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP) dan memperjelaskan kuasa penguatkuasaan dan siasatan mereka. Akta 514 juga memperjelaskan kuasa mendenda yang diberikan kepada PKKP terhadap mereka yang melanggar sebarang peruntukan akta ini (Bahagian II, XI dan XII Akta 514). Sebelum tewartanya Akta 514, kuasa yang hampir sama diletakkan di atas Inspektor Kilang dan Jentera, tetapi kuasa yang ada padanya terhad kepada aktiviti yang berkaitan dengan kilang dan jentera sahaja. Sekarang PKKP (mantan Inspektor Kilang dan Jentera) dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasa semua peruntukkan Akta 514, Peraturan-Peraturan dan Perintah yang berkaitan.

2.5.2.7 Pengawasan dan Pemeriksaan Perubatan

Akta membenarkan menteri untuk mengarah pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan ke atas pekerja yang mempunyai risiko kesihatan akibat pekerjaan yang dilakukan (Bahagian VII, seksyen 28 Akta 514). Peruntukan ini penting memandangkan bahawa impak kesihatan sesuatu pekerjaan itu tidak semua diketahui sepenuhnya pada masa pendedahan. Pengawasan perubatan dan

pemeriksaan perubatan ini bertujuan untuk memastikan risiko terhadap kesihatan sentiasa terkawal.

32

2.5.2.8 Perlantikan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

Akta 514 menetapkan setiap kelas atau jenis industri yang ditentukan oleh menteri mesti mengambil kerja seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (PKK) yang ditugaskan khas untuk mematuhi kehendak Akta (Bahagian VII, Akta 514). Senarai kelas atau jenis industri yang diwajibkan untuk mengambil kerja seorang PKK dinyatakan dalam Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997. Mengambil kerja seorang PKK bertujuan

membantu majikan memastikan Akta 514 dipatuhi sewajarnya. PKK yang dilantik ini mestilah seorang yang kompeten dan dipertanggungjawab untuk memberikan tumpuan yang khas terhadap menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Peruntukan ini juga menekankan pentingnya mengenalpasti seorang yang kompeten dan mengagihkan tugas dan tanggungjawab pengurursan bagi menjamin

kebertanggungjawapan.

2.5.2.9 Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Akta mewajibkan seorang majikan yang mengambil kerja di tempat kerja, empat puluh orang atau lebih atau apabila diarah oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan, menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja tersebut (Bahagian VII, seksyen 30 Akta 514). Komposisi dan fungsi jawatankuasa ini diperjelaskan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan)

33

1996.

Penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh majikan atau

seorang pegawai yang diberi kuasa oleh majikan ini, dan yang dianggotai oleh wakil majikan dan pekerja, untuk mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat tidak pernah diwajibkan sebelum ini ke atas sebarang organisasi. Jawatankuasa dengan komposis keanggotaan yang mewakili semua pekerja ini, memberi jaminan bahawa sebarang perancangan dan tindakan yang diambil berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, telah dibuat dengan sumbangan wakil semua peringkat pekerjaan. Buat pertama kali kepentingan dan fungsi jawatankuasa seperti ini

diperuntukkan secara legislatif.

2.6

Kelas-Kelas Keselamatan dan Kesihatan

International Labour Organisation (ILO) mengklasifikasikan kemalangan mengikut lima kategori berikutan revolusi hasil daripada Konferens Antarabangsa Statistik Pekerja ke-10 pada Oktober 1962. King dan Hudson (1985) menerangkan tujuan pengkelaskan kategori kemalangan dibuat adalah untuk merancang strategi pendekatan yang sesuai untuk menangani kemalangan di tapak pembinaan. Pengkelaskan tersebut merangkumi:-

34

2.6.1

Tahap Kecedaran

Mengikut klasifikasi ini, kemalangan dapat dipecahkan kepada tiga tahap iaitu kematian, kecacatan kekal dan kecederaan major dan minor. Klasifikasi Bird pula menunjukkan pengelasan peringkat kecederaan kepada empat iaitu kecederaan kekal ( kecederaan major), kecederaan sementara (kecederaan minor), kerosakan harta benda dan kemalangan nyaris. Rajah 2.4 menunjukkan klasifikasi kemalangan mengikut urutan tahap kecederaan.

TAHAP Kecederaan Besar Kecederaan Kecil Kerosakan Kemalangan Nyaris 600

1 10

30

Rajah 2.4: Klasifikasi Bird

2.6.2

Jenis Peristiwa Yang Mengakibatkan Kemalangan

Klasifikasi ini mengkelaskan kemalangan kepada sembilan kategori. Jadual 2.1 menunjukkan statistik kemalangan dalam industri di Malaysia mengikut jenis peristiwa yang telah dikeluarkan oleh pihak PERKESO pada tahun 2003.

35

Berdasarkan jadual tersebut, sebanyak 12.5% daripada bilangan kes yang dilaporkan menyebabkan kecacatan kekal dan kematian, manakala 41% daripada kemalangan disebabkan oleh peristiwa terpijak benda atau objek.

Jadual 2.1: Statistik kemalangan mengikut jenis peristiwa pada tahun 2003 dalam industri di Malaysia

Sebab kemalangan

Bilangan Kes

Kecacatan kekal

Maut

Orang terjatuh i. tempat tinggi/lubang ii. aras sama

10,776 7,380

1,096 896

301 49

Terhempap oleh benda jatuh i. tertimbus oleh tanah ii. ditimba dinding,tangga iii. benda jatuh semasa penyenggaraan iv. dihempap oleh benda lain

985 828 7,349 4,323

61 71 526 395

8 10 10 24

Terpijak benda i. terpijak sesuatu objek ii. terkena benda pegun iii. terpijak benda bergerak iv. terhempap benda melayun

1,871 9,270 16,097 8,385

180 614 2,218 645

5 12 252 52

Tersepit di dalam atau diantara benda i. tersepit di dalam objek ii. tersepit di antara objek pegun iii. tersepit antara objek bergerak

3,955 3,316 1,306

943 495 207

16 6 19

36

Sebab Kemalangan

Bilangan Kes

Kecacatan kekal

Maut

Pergerakan yang berat i. terseliuh apabila mengangkat objek ii. terseliuh apabila menolak objek iii. terseliuh apabila melontar objek iv. pergerakan yang berat

1,675 478 154 451

70 24 15 66

1 0 0 0

Terdedah/tersentuh objek panas i. terdedah haba yang panas ii. terdedah hawa dingin beku iii. trededah objek panas iv. tersentuh objek sejuk

567 20 1,076 11

27 17 79 19

3 1 2 0

Terdedah/tersentuh karan elektrik i. tersentuh arus elektrik

75

20

8

Terdedah kepada bahan merbahaya i. terhidu/tersera bahan merbahaya ii. terdedah sinaran radiasi/ion iii. terdedah kepada lain-lain radiasi

820 119 107

39 9 17

1 0 0

Lain-lain kemalangan i. kemalangan yang tidak dijeniskan ii. kemalangan tidak diklasifikasikan

4,151 1,402

779 144

313 68

JUMLAH

86.767

9,672

1,162

(Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial – Skim Pampasan pekerja, Laporan Tahunan PERKESO 2003)

37

2.6.3

Sifat Kecederaan

Sifat kecederaan dapat dikelaskan kepada enam kelas kategori mengikut jenis kemalangan. Jadual 2.3 menunjukkan statistik kemalangan di tapak bina

mengikut sifat kecederaan dalam industri di Malaysia yang dilaporkan oleh PERKESO pada tahun 2003.

Jadual 2.2 : Statistik kemalangan mengikut sifat kecederaan pada tahun 2003 dalam industri di Malaysia Jenis kecederaan Keretakan Dislokasi Tergeliat/terseliuh Hentaman kuat Amputasi/enukulasi Kecederaan lain Luka luaran Kontusi dan kehancuran Terbakar Terdedah kepada racun Kesan cuaca Mati lemas Terdedah kepada elektrik Kesan radiasi Kecederaan berganda Kecederaan tak khusus JUMLAH Bilangan kes 10,755 1,419 4,274 2,979 1,153 38,516 6,291 2,566 1,284 119 123 69 43 26 1,911 2,330 73,858 Kecacatan kekal 3,412 165 301 314 432 3,816 439 416 129 4 8 3 5 3 239 185 9,871 Maut 127 3 4 61 3 69 9 23 9 1 19 27 4 0 131 332 822

(Sumber : Pertubuhan Keselamatan Sosial – Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan PERKESO 2003)

38

Jadual 2.3 : Statistik jumlah kemalangan industri yang dilaporkan PERKESO

Tahun

Sektor

1995 20,465 1,016 62,483 542 4,406 10,187 4,826 672 3,412 6,125

1996

1997

1998

1999

2000

2001 12,424 573

2002 9,456 545

2003 6947 536 29,780 510 4,654 13,395 4,104 572 5,617 7,743 73858

2004 5,667 533 26,690 496 4,445 12,948 4,151 605 5,295 8,325 69,155

Pertanian, Perhutanan & Perikanan Perlombongan & Kuari Pengilangan Elektrik, Gas, Air & Kebersihan Pembinaan Perdagangan Pengangkutan Institusi Kewangan & Insurans Perkhidmatan Perkhidmatan Awam JUMLAH

13,372 23,296 12,678 12,753 11,893 919 760 739 756 626

55,549 36,668 37,261 40,730 41,331 716 5,302 13,027 5,052 506 5,338 6,153 364 3,510 3,573 979 592 4,747 537 4,873

35,642 33,523 442 4,593 516 5,015

9,235 12,986 14,685 15,452 3,295 363 3,723 5,225 4,050 700 5,294 7,078 4,462 627 5,987 6,735 4,778 687 6,581 8,248

13,774 13,685 4,382 602 5,950 7,487 4,439 567 5,924 8,140

114,134 105,934 86,439 85,338 92,074 95,006

85,869 81,810

39

STATISTIK JUMLAH KEMALANGAN INDUSTRI YANG DILAPORKAN PERKESO
70,000 60,000 50,000 40,000 30,000

20,000
10,000 0 1995 1996 1997 1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

Pembinaan Pengangkutan Perkhidmatan

Pertanian, Perhutanan & Perikanan Perlombongan & Kuari Perkhidmatan Awam

Pengilangan Elektrik, Gas, Air & Kebersihan Institusi Kewangan & Insurans

Rajah 2.5:

Jumlah Kemalangan Pembinaan Berbanding Keseluruhan Industri ( Perkeso )

40

2.7

Sistem Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus risiko yang berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan pengurusan yang berkesan. Sistem pengurusan risiko bermula dengan peringkat: a) Mengenalpasti hazard b) Menilai risiko c) Mengawal risiko d) Mengukur pencapaian Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian.

41

2.8

Jenis-Jenis Hazard

Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh ditemui di dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut: i) ii) iii) iv) hazard fizikal hazard kimia hazard biologikal hazard ergonomik

(i)

Hazard fizikal.

Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika: a. Direka tidak selamat dan tidak sempurna b. Tidak diselenggara dengan baik c. Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih d. Digunakan bukan untuk kerja sebenar e. Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza f. Ditukar/dipinda secara haram g. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya.

42

(ii)

Hazard Kimia Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat

sentuhan dan terhidu bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilangkilang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya. Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh, terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat tindak balas sesuatu bahan kimia.

iii)

Hazard Biologikal

Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut: i) ii) iii) sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit laluan masuk agen penyakit ke dalam badan ketahanan pekerja yang terdedah

43

Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah: a) penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah. c) Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit kuku dan makan tanpa mencuci tangan d) Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan, pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.

iv)

Hazard Ergonomik

Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan „Tunnel Carpel Syndrome‟ dan sakit belakang.

44

2.9

Kelengkapan Perlindung Peribadi

Kelengkapan Perlindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Jadual 2.6 menunjukkan beberapa jenis Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan. Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila digunakan.

2.9.1

Cermin Perlindungan dan “goggle’

Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang beterbangan , partikel, wasap, luapan aau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin

45

biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan. Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan. Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianya melindungi

seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah.

2.9.2

Perlindungan dan topi keledar

Pelindung muka dan topi kaledar bukanlah alat pelindung mata, tetapi kerapkali digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung tambahan. Pelindung penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi kaledar pula digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.

2.9.3

Pemilihan Kasut dan but keselamatan

Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut keselamatan

46

penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik. But keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api. Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrik direka khas seperti menggunakan tapak penebat elektrik.

2.9.4

Pemilihan Sarung tangan

Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya mengamalkan cara kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti: i) Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal ii) Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin.

47

Ia juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk. iii) Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau pengeseran pada permukaan kasar.

Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.

Rajah 2.6 : Kelengkapan perlindung peribadi

48

Jadual 2.4 : Kelengkapan perlindungan peribadi dan kegunaannya

KELENGKAPAN PERLINDUNGAN PERIBADI

KEGUNAAN

KEPALA Kelas topi: Kelas A Hazard hentakan misalnya diguna dalam industri perlombingan, pembinaan, pembinaan kapal, pembalakan dan pembuatan. Hazard hentakan dan penembusan daripada objek tajam dan hazard elektrik, misalnya diguna oleh pekerja elektrik. Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa perlindungan hazard elektrik. Diguna dalam industri pembuatan, penapis minyak, logi kimia.

Kelas B

Kelas C

Perlindung kepala dalam operasi memadam Topi keselamatan dilengkapi dengan kebakaran. perlindungan telinga dan pengikat dagu.

KAKI  Kasut keselamatan Tapak berlapik dengan bahan kalis haba Hujung kasut (bahagian jari kaki) diperkukuh dengan logam atau pelindung metatarsal Tapak bergetah dan berlekuk dan beralur Perlindungan kaki daripada hazard panas Perlindungan kaki daripada hazard berat, tekanan dan tajam Perlindungan daripada tergelincir

-

49

KELENGKAPAN PERIBADI

PERLINDUNGAN KEGUNAAN

MATA DAN MUKA  Pelindung mata dan muka direkabentuk untuk hazard tertentu. Pemilihan boleh dibuat berdasarkan jenis dan darjah hazard serta keselesaan memakai.  Pelindung mata dibuat dalam berbagai spesifikasi lensa bagi tujuan perlindungan daripada tenaga pencaran. Misalnya; ketebalan <3.2mm, kegelapan perlindungan minimum 4 (lensa paling gelap membawa nilai 10)  Ketebalan > 12.7 mm, kegelapan perlindungan minimum 6  Perisai muka, „geoggles‟

Perlindungan mata dan muka

Untuk kerja sederhana

kimpalan

gas

yang

Sesuai dipakai oleh mereka yang memakai kaca.

PERNAFASAN  Kelengkapan pernafasan dipakai jika had dedahan melebihi PEL Keperluan pernafasan dalam atmosfera semasa kerja dilakukan kurang oksigen atau yang merbahaya  Apparatus pernafasan serba kepada nyawa dan kesihatan lengkap tekanan positif

PENDENGARAN  Pelindung telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat Cegah hilang pendengaran

Sumbat lubang telinga  Penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk. Penyumbat telinga boleh dibentuk biasanya dibuat daripada kapas berlilin, buih, kapas gentian kaca.

50

KELENGKAPAN PERIBADI

PERLINDUNGAN KEGUNAAN

 „Earmuff‟

Tutup keseluruhan telinga

BADAN DAN TANGAN (Pakaian)  Pakaian dan sarong diperbuat daripada: tangan

i. ii. iii. iv. v. vi.

Bulu kambing Kulit Fabrik getah, neoprene dan plastik Fabrik berlapikkan plumbum Fabrik kapas berkait

Perlindungan daripada hazard haba Pelindungan daripada haba kering dan api Perlindungan daripada asid Perlindungan daripada sinar gama Perlindungan daripada benda tajam, kasar dan berat

 „Harness‟ tubuh

2.10

Latihan Keselamatan Dan Kesihatan

Latihan keselamatan perlu bermula apabila seseorang pekerja baru memulakan pekerjaannya dan berterusan selama pekerja tersebut masih berkhidmat dengan sesebuah syarikat. Walaupun pekerja baru tersebut sudah mempunyai

pengalaman kerja tetapi beliau perlu menjalani latihan mengenai keselamatan di

51

syarikat baru untuk memastikan kecederaan dan kemalangan tidak berlaku kerana mereka masih belum menyesuaikan diri dengan keadaan di tempat baru. Objektif latihan adalah untuk merealisasikan polisi keselamatan dan kesihatan serta mewujudkan kesedaraan di kalangan pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan mereka di tempat kerja.

2.10.1 Kepentingan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan

a)

Menggalakkan majikan dan pekerja untuk mengurangkan hazard di tempat kerja

b)

Program-program keselamatan dan kesihatan yang terkini dapat dilaksanakan

c)

Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

d)

Menggalakkan penyelidikan yang boleh menghasilkan penyelesaian yang inovatif terhadap masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

e)

Majikan dan pekerja mengetahui akan hak masing-masing yang berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

f)

Majikan dan pekerja mengetahui akan hazard yang berkaitan dengan kerja atau proses, pencegahan dan kawalan, dan kesannya terhadap kesihatan.

52

2.10.2 Tujuan Latihan Keselamatan Dan Kesihatan

  

Meningkatkan kemahiran kepada semua yang terlibat Mengenalpasti hazard yang terdapat di tempat kerja Mengenalpasti tanda atau symptom awal penyakit sebelum ia menjadi kekal

 

Menilai persekitaran tempat kerja Memastikan pihak pengurusan membuat perubahan sebelum wujudnya keadaan tidak selamat dan tidak sihat.

2.11

Artikel Mengenai Isu Kemalangan Di Tapak Bina

Risiko di tapak pembinaan

Untuk mencapai sasaran sifar kematian di tapak pembinaan, lebih banyak langkah pencegahan dan keselamatan perlu dilakukan.

53

Tapak pembinaan boleh dikategorikan sebagai zon berbahaya bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga orang awam di sekitar atau berhampiran kawasan tersebut. Rata-rata pekerja di tapak pembinaan terdedah kepada bahaya atau risiko antaranya akibat ketinggian tempat kerja, barang-barang yang dikendalikan, elektrik, motor, objek tajam yang bergerak, lif, kimia, habuk, bunyi bising dan ruang yang terbatas.

Kebanyakan tapak pembinaan tidak dapat memisahkan sepenuhnya keselamatan di antara pekerja dan orang awam. Tapak pembinaan jalan umpamanya pada kebanyakan masa perlu membenarkan trafik menggunakan laluan tersebut. Kompleks beli-belah atau bangunan awam yang lain pula tidak boleh ditutup apabila sebahagian daripada bangunan-bangunan tersebut menjalani pengubahsuaian. Ini menyumbang sedikit sebanyak risiko kepada orang awam.

54

Presiden Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Datuk N. Marimuthu, berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pemaju, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan banyak pihak lain mempunyai peranan penting dalam mengurangkan kemalangan di tapak pembinaan. "Sasarannya harus kematian sifar di tapak-tapak pembinaan dan mana-mana tempat kerja," katanya mengulas laporan akhbar mengenai kematian seorang pemuda akibat terjatuh ke dalam lubang ketika memasuki kawasan yang sedang diubahsuai di sebuah kompleks beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kemungkinan berlakunya kecederaan melibatkan orang awam bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kedudukan tapak kerja pembinaan dengan lokasi seperti kawasan perumahan, taman permainan dan sebagainya. Beberapa faktor yang boleh mengundang kecelakaan kepada orang awam, selain pekerja di kawasan pembinaan itu sendiri termasuklah kecuaian, tiada pagar keselamatan atau ciri-ciri lain yang boleh mengelakkan kemalangan. "Apa yang kita inginkan ialah tapak pembinaan dipastikan berada dalam keadaan selamat sekiranya dicerobohi oleh orang awam," kata Marimuthu.

Beliau menyatakan beberapa contoh pencegahan termasuk memagar lubang yang dikorek, menutup lubang, mengadakan tanda amaran, mengunci pintu masuk tapak yang dipagar dan menugaskan pengawal keselamatan sekiranya perlu. "Pendekatan kejuruteraan atau prosedur lain yang benar-benar berkesan bagi mengelakkan orang awam daripada menceroboh tapak pembinaan boleh juga dipertimbangkan," katanya. Menjelaskan lebih lanjut tentang standard keselamatan untuk orang awam sewaktu operasi pembinaan, Marimuthu berkata, ia perlu juga mengambil kira objek yang jatuh daripada membahayakan keselamatan orang awam.

55

"Gunakan penghadang atau jaring, ambil langkah berwaspada untuk melindungi orang awam daripada kren, kenderaan bermotor atau sebarang jentera dan peralatan. Beri ingatan kepada orang awam tentang kesan bunyi bising, peralatan pembinaan dan pastikan laluan berhampiran tapak pembinaan boleh dilalui dan selamat.

"Simpan bahan yang berbahaya, kaji kawasan yang hendak digerudi atau digali lubang serta adakan pelan bertindak kecemasan di tapak pembinaan," tambahnya. Menurut Marimuthu, apa yang diharapkan oleh pihaknya ialah supaya industri pembinaan atau pengilangan dapat mengawal perjalanan industri masingmasing. Setakat ini, katanya, perkara yang menjadi kebimbangan besar ialah ramai bilangan pekerja asing yang diambil bekerja oleh pihak industri pembinaan di mana kecederaan yang dialami mereka tidak dimasukkan ke dalam statistik yang disediakan oleh DOSH.

Keadaan itu, katanya tidak memberikan gambaran yang tepat mengenai tahap keselamatan dalam industri pembinaan di negara ini. "Negara kita semakin

bergantung kepada pekerja asing dan pengecualian data tersebut mungkin memberikan kita gambaran palsu bahawa semuanya selamat dan tidak perlu mengambil sebarang tindakan segera," hujah Marimuthu.

56

PERKARA yang menjadi kebimbangan besar ialah ramai bilangan pekerja asing yang diambil bekerja oleh pihak industri pembinaan. - Gambar hiasan

Menurutnya, pihaknya berharap DOSH, CIDB dan dua kementerian (Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya) dapat memastikan agensi penguatkuasaan masing-masing menggunakan sepenuhnya kuasa berhubung tapak pembinaan dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. "Hentikan sikap melindungi pemaju dan pemilik tapak yang sedang dibangunkan. Undang-undang sepatutnya menghukum pemilik dan pemaju dan bukannya mencari kambing hitam. "Meletakkan tanggungjawab ke atas pemaju dan pemilik tapak yang sedang dalam pembinaan akan memastikan insiden lampau (seperti insiden yang menyebabkan kematian Dr Liew Boon Horng pada awal 2006 di Plaza Damas dan dua pekerja di Pavilion Kuala Lumpur pada 2007 tidak berulang," tegas Marimuthu. - Bernama

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful