SULIT

*
PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPAHANGPPERCUBAAN STPMPAHANPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBA ANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERC UBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANG PPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPA HANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTP MPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAA NSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERC UBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANG PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAH ANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTP MPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBA ANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANG PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAH TIGA JAM ANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTP MPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBA

900/2

STPM 2011

PENGAJIAN AM
KERTAS 2 ESEI

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Arahan kepada calon : JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D, dan E, dan dua soalan dalam Bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian Markah untuk bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

______________________________________________________________________

Kertas soalan ini terdiri daripada STPM 900/2

9 halaman bercetak [Lihat sebelah
SULIT*

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

2

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Dasar Teknologi Hijau merupakan satu transformasi ke arah pembangunan lestari yang memerlukan komitmen semua pihak. . Bincangkan potensi dan cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan Dasar Teknologi Hijau. 2. Isu pekerja asing bukanlah perkara baru di negara kita. Kemasukan mereka disebabkan oleh faktor tarikan ke negara ini dan situasi yang berlaku di negara asal mereka. Bincangkan penyataan di atas.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Pengurusan sisa pepejal yang baik bukan sahaja dapat mewujudkan alam sekitar yang bersih tetapi mempunyai pelbagai manfaat lain. Bincangkan pernyataan di atas. 4. Tenaga nuklear merupakan sumber yang banyak membantu kehidupan manusia. Namun, sumber ini juga membawa pelbagai kesan sampingan. Bincangkan.

3

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5 (a) “Globalisasi mengakibatkan nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus oleh masyarakat yang akhirnya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia. Jika tidak dibendung, cabaran tersebut akan membentuk semangat perkauman, prasangka, dan akan mengukuhkan lagi fahaman etnosentrisme yang akhirnyna memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan rusuhan kaum…”. , (Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik, Pusat Penerbitan Universiti, 2008) (i) Apakah kesan sosial akibat globalisasi? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, ulaskan bagaimana kesan yang dinyatakan dalam petikan di atas dapat dielakkan.

ATAU

5. (b) “Pelancongan kesihatan amat berpotensi berdasarkan perkembangan pesat dalam bidang perubatan dan kesihatan. Pelancongan ini merujuk kepada kedatangan seseorang ke negara lain untuk merawat penyakit yang dihidapi. Selain kepakaran, kadar bayaran yang lebih murah berbanding beberapa buah negara menarik pelancong ke negara kita. “ (Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, Disember 2002). (i) Apakah yang dimaksudkan pelancongan kesihatan? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, mengapakah Malaysia menjadi destinasi penting pelancongan kesihatan?

4

6(a) “Telekesihatan adalah lebih besar daripada teleperubatan yang lebih fokus kepada aspek merawat atau penyembuhan sedangkan telekesihatan merangkumi aspek penjagaan kesihatan, perlindungan dan rawatan penyembuhan. Masyarakat boleh mengakses maklumat dan pengetahuan kesihatan. Kualiti maklumat kesihatan dan kepantasan penghantarannya memainkan peranan penting dalam pembangunan bidang ini…” (Disesuaikan daripada,Mohd Ridzwan Iman, Telekesihatan Untuk Kehidupan Lebih Baik, Estidotmy, 2010) (i) (ii) Apakah kelebihan telekesihatan? Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kaedah yang dapat diambil untuk merealisasikan matlamat telekesihatan.

ATAU

6 (b) “Apabila menyebut tentang pencemaran udara, kita sering membayangkan udara di persekitaran luar kita seperti jerebu. Namun sebenarnya, pencemaran udara yang paling bahaya sebenarnya pencemaran udara di dalam rumah kita sendiri yang dikenali sebagai pencemaran udara dalaman. Aktiviti seharian dalam rumah boleh menjadi punca kepada pencemaran ini”. (Disesuaikan daripada Estidotmy, Julai 2007)

(i)

Apakah pencemaran yang dianggap paling berbahaya?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan punca-punca pencemaran udara di rumah.

5

Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan petikan di bawah, lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi negara ASEAN terpilih antara tahun 2007 hingga tahun 2011. Pertumbuhan ekonomi Malaysia berkembang dengan kukuh iaitu 6.5% pada tahun 2007. Namun demikian, pada tahun 2008 ekonomi Malaysia bertumbuh secara perlahan iaitu hanya 4.7%. Pertumbuhan ekonomi yang perlahan di Asia Timur telah mempengaruhi ekonomi Malaysia menyebabkan ekonomi Malaysia menguncup kepada -1.7%.pada tahun 2009. Ekonomi Malaysia bagi tahun 2010 melebihi sasaran awal kerajaan iaitu sebanyak 7% setahun. Pencapaian itu ialah hasil pelan transformasi ekonomi yang sudah mula menunjukkan kesan positif selain faktor persekitaran ekonomi dunia yang semakin baik. Namun demikian, keadaan ekonomi dunia, dan malapetaka tsunami yang berlaku dii Jepun sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2011 ekonomi Malaysia bertumbuh sebanyak 5.2%. Kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia agak menggalakkan walaupun bertumbuh agak perlahan. Pada tahun 2007 kadar pertumbuhannya agak tinggi iaitu 6.5% tetapi jatuh dua tahun berturut-turut kepada 6.0% dan 4.5% sebelum pulih dan kembali meningkat kepada 6.0% dan 6.2% masing-masing pada tahun 2010 dan 2011. Dalam keadaan ekonomi dunia mengalami kemelesetan dan pasaran kewangan global yang goyah, kemasukan modal bersih swasta ke negara membangun susut kepada AS$707 bilion pada tahun 2008, kejatuhan ketara berbanding waktu puncak sebanyak AS$1.2 trilion (AS$1=RM3.50) pada 2007. Keadaan ini meninggalkan kesan yang ketara kepada ekonomi Kemboja, Singapura dan Vietnam. Pada tahun 2007, ekonomi Kemboja berkembang paling pantas iaitu sebanyak 10.2% berbanding Singapura dan Vietnam yang masing-masing bertumbuh sebanyak 8.5%. Ketiga-tiga negara tersebut telah mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi pada tahun berikutnya iaitu masing-masing kepada hanya 6.7%, 1.8% dan 6.3%. Kemboja dan Singapura telah mengalami pertumbuhan yang negatif pada tahun 2009 iaitu hanya -2.0% dan -1.3% walaupun Vietnam mengalami pertumbuhan positif iaitu 5.3% pada tahun tersebut. Namun demikian, kadar pertumbuhan ekonomi Singapura telah meningkat mendadak iaitu sebanyak 15.2% pada tahun 2010 dan dijangka berkembang secara perlahan kepada hanya 4.5% pada tahun ini. Pertumbuhan ekonomi Kemboja dan Vietnam pula telah berkembang secara perlahan pada tahun 2010 dan 2011. Pada tahun 2010, KDNK Kemboja dan Vietnam masing-masing bertumbuh sebanyak 4.8% dan 6.5% sebelum meningkat kepada 6.8%. Sungguhpun negara-negara ASEAN mengalami kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan yang negatif pada tahun 2009, prestasi ekonomi Filipina tidaklah seteruk negara-negara lain. Pada tahun 2008, kadar pertumbuhan ekonomi Filipina telah jatuh kepada 3.7% daripada 7.1% pada tahun 2007. Pada tahun 2009,kadar tersebut terus menguncup kepada 1.1% sebelum bertumbuh pada 2010 sebanyak 5.9% dan dijangka menyusut kembali sebanyak 1.4% pada tahun 2011. Kemelesetan ekonomi dunia juga turut menjejaskan kadar pertumbuhan ekonomi negara Thailand. Pada tahun 2009, kadar pertumbuhan ekonomi Thailand menyusut kepada -

6

2.2% daripada 2.5% pada tahun sebelumnya. Namun, keadaan ekonominya mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat pada tahun 2010 iaitu 7.5% berbanding hanya 4.9% pada tahun 2007. Kerajaan Thailand menjangkakan pada tahun ini ekonominya mengalami pertumbuhan sebanyak 4.0%. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2010/2011)

8. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan nilai eksport Malaysia ke Negara-negara rakan dagang terpilih bagi tempoh Januari – April 2010 dengan Januari –April 2011.

Perkembangan ekonomi Malaysia telah menjadikan negara ini semakin luas perdagangan dengan negara-negara serantau dan negara-negara lain di dunia. Sebagai sebuah negara yang yang bermatlamat negara berpendapatan tinggi perlu meningkatkan eksport dengan negaranegara rakan dagang yang ada. Brunei Darussalam merupakan rakan dagang Malaysia yang rapat mempunyai nilai dagangan yang meningkat pada tempoh berkenaan iaitu RM425.65 juta kepada RM474.01 juta. Situasi yang sama juga bagi negara Kampuchea iaitu RM181.07 juta meningkat kepada RM249.86 juta. Hubungan yang erat antara negara-negara ini telah meningkatkan nilai perdagangan. Selain itu, rakan dagang utama, iaitu Indonesia mempunyai nilai perdagangan antara yang tertinggi iaitu RM6,455.53 juta pada tahun 2010 dan RM6,592.23 juta pada tahun berikutnya. Bilangan penduduk yang ramai di negara berkenaan dan hubungan yang erat antara faktor nilai perdagangan agak tinggi. Sebuah negara lain dalam ASEAN mempunyai nilai perdagangan yang kecil iaitu Laos mempunyai nilai sebanyak RM16.81 juta menurun sebanyak RM3.25 juta pada tahun berikutnya. Myanmar yang kurang stabil politiknya juga mempunyai nilai perdagangan yang agak tinggi dengan negara kita. Negara ini mempunyai nilai perdagangan sebanyak RM438.29 juta pada tahun 2010 meningkat kepada RM563.16 juta pada tahun berikutnya. Rakan dagang lama dalam ASEAN iaitu Filipina juga menunjukkan peningkatan dagangan yang agak ketara iaitu RM3,977.12 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu RM3,076.69 juta. Barangan dagangan utamanya ialah kepada hasil makanan. Singapura yang merupakan rakan dagang terbesar Malaysia mempunyai nilai perdagangan sebanyak RM27,615.77 juta telah menunjukkan peningkatan perlahan pada tahun berikutnya iaitu kepada RM28,720.98 juta. Singapura mempunyai sejarah perdagangan yang lama dengan negara ini. Rakan dagang di utara iaitu Thailand mempunyai nilai perdagangan yang agak tinggi pada tempoh berkenaan iaitu RM12,617.87 juta telah mengurangkan urusan dagangannya sebanyak RM784.49 juta pada tahun berikutnya.

7

Sebagai sebuah negara ASEAN yang pesat membangun, Vietnam mempunyai nilai perdagangan yang agak tinggi iaitu RM4,343.56 juta. Namun merosot sedikit kepada RM3,657.84 juta pada tahun 2011. Banyak pelabur asing menanam modal di negara berkenaan termasuk pelabur-pelabur dari Malaysia (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.statistics.gov.my , Jabatan Perangkaan Negara)

Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15]

9. Berdasarkan carta di bawah, bincangkan faktor-faktor secara langsung dan secara tidak langsung yang menentukan kejayaan seseorang pelajar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESEORANG PELAJAR

Masyarakat

Ibu bapa

PIBG

Sikap

Kejayaan pelajar

Guru

Adik beradik

Rakan sebaya

Tuisyen

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Ahmad Salleh, 2003, Motivasi Untuk Pelajar, Kuala Lumpur.

8

10. Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut punca kegiatan dari tahun 2008 hingga tahun 2010. Kemukakan juga langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan Pahang bagi menjadikan pertanian sebagai sektor berpendapatan tinggi,. Pahang: KDNK Negeri Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi, Tahun 2008 - 2010*

Tahun 2008

Tahun 2009

RM23, 181 juta

RM24, 538 juta

Tahun 2010*

16.78%

0.79%
Pertanian

53.98%

Perlombongan

26.22%

Pembuatan
Pembinaan

Perkhidmatan

2.23%

RM25,157 juta

* anggaran

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur, 2010)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful