KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104

)

1.0

PENDAHULUAN

Literasi bahasa melayu merupakan salah satu dari cabang dalam pengajian bahasa melayu. Secara umumnya literasi bahasa melayu merangkumi beberapa aspek penting yang harus dipraktikkan kepada murid-murid. Antaranya ialah proses pemupukan prabacaan, pratulisan, pemulihan membaca dan pemulihan tulisan. Secara umumnya kesemua murid akan dapat melepasi kesemua peringkat literasi bahasa melayu ini. Namun terdapat segolongan minoriti kecil yang tidak mampu untuk melepasi setiap tahap dalam literasi bahasa melayu dengan jayanya. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah sama ada masalah berkaitan dengan aspek kognitif, mental, fizikal dan sebagainya. Kesemua masalah ataupun faktor ini akan merencatkan proses seseorang murid untuk menyerap segala kemahiran yang terdapat di dalam literasi bahasa melayu ini.

Kajian yang dilakukan adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul yang menghalang murid-murid darjah pemulihan dalam menempuh aspek kemahiran literasi bahasa melayu ini. Subjek kajian akan dipilih dalam kalangan murid darjah pemulihan dan ujian kognitif, mental dan fizikal seperti aktiviti penulisan akan dijalankan ke atas subjek bagi mengenalpasti apakah permasalahan yang timbul. Setelah masalah tersebut berjaya dikenalpasti, maka suatu set bahan bantu belajar akan diwujudkan bagi memudahkan murid tersebut untuk belajar dan mengatasi masalah yang wujud di dalam dirinya. Ini bagi memastikan murid tersebut tidak ketinggalan dari arus pendidikan perdana.

H a l a m a n |1

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

2.0

LAPORAN PEMERHATIAN MASALAH PEMBELAJARAN

Pada _______ 2011 (Selasa), kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester 2 _______ telah mengadakan lawatan ke Sekolah Kebangsaan _______ bagi membuat pemerhatian bagi memenuhi keperluan tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) Literasi Bahasa Melayu (WAJ 3104). Lawatan kami bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi yang telah dihadiri seramai 21 orang (Unit _______). Dalam pada itu, tugasan ini berfokuskan kepada pemerhatian terhadap masalah dalam penguasaan literasi bahasa Melayu.

Oleh yang demikian, dalam kumpulan seramai tiga orang, terdiri daripada _______, _______ dan _______, telah melakukan kaedah pemerhatian terhadap masalah dalam penguasaan literasi bahasa Melayu murid pemulihan bagi Tahun 1. Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi semasa taklimat yang telah diberikan oleh En. _______ selaku salah seorang daripada guru pemulihan di sekolah tersebut

menerangkan bahawa seramai 9 orang pelajar pemulihan bagi Tahun 1.

Gambar 1 : Sesi pemerhatian bersama _______

Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pelajar pemulihan tahun 1, yang bernama _______ mengalami masalah disleksia dan masalah dalam

H a l a m a n |2

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

proses penulisan. Disleksia yang merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Secara literalnya, disleksia merupakan suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, namun mereka masih gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Namun demikian, mereka tetap mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asas pelajar tersebut adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan hasil ingatannya. Di samping itu, pelajar tersebut juga mengalami sedikit kesukaran dalam proses mengenal huruf, menyebut huruf dan membaca, menulis serta mengeja perkataan-perkataan mudah.

Dalam proses mengenal huruf vokal, terdiri daripada huruf a, e, i, o dan u, pelajar tersebut masih tidak dapat mengenal huruf tersebut dengan tepat dan jelas. Hal ini dapat dibuktikan, apabila latihan pengukuhan diberikan setelah di ajar terlebih dahulu, pelajar tersebut masih mengalami kesukaran untuk menyempurnakan latihan tersebut.

Gambar 2 : Pelajar menghadapi masalah untuk mengenal huruf apabila latihan diberikan.

H a l a m a n |3

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

Sebagai contoh, dalam proses menyebut, pelajar tersebut masih menghadapi kekeliruan antara sebutan „m‟ dan „n‟. Tambahan pula, jika dilihat dalam aspek masalah menyebut pula, pelajar tersebut menghadapi masalah untuk mengingat kembali sebutan huruf yang telah dipelajari sebelum ini menyebabkan sesuatu perkataan itu tidak dapat dibaca dengan jelas dan sempurna.

Gambar 3 : Pelajar tidak dapat menulis huruf vokal yang disebut oleh guru.

Dalam aspek proses penulisan pula, _______ menghadapi konflik untuk menulis perkataan-perkataan mudah berikutan proses mengeja dan membaca yang belum dapat dikuasai lagi.

Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dilakukan terhadap latihan yang telah diberikan kepada _______:

Gambar 4 : Gambar menunjukkan hasil latihan penulisan _______.
H a l a m a n |4

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

Walaubagaimanapun, sebagai langkah mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar pemulihan Sekolah Kebangsaan _______, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan dan akan terus berusaha untuk menghasilkan sifar pelajar pemulihan di sekolah tersebut. Antara langkah yang telah diambil oleh guru pemulihan sekolah itu dalam menangani masalah tersebut ialah dengan melaksanakan Program Literasi Dan Numerasi (Linus) Tahun 1 yang telah diwajibkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu daripada National Key Result Area (NKRA) iaitu “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012”. Program LINUS menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan

mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3. Tiga saringan mulai tahun 2010. Saringan 1 untuk semua murid Tahun 1 iaitu pada bulan Mac 2010. Saringan 2 untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi saringan 1 pada Jun 2010 dan saringan 3 untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi saringan 2 pada September 2010. Keputusan Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September 2012 akan dijadikan ukuran pencapaian pelajar.

Tambahan pula, guru juga membantu pelajar menguasai maklumat yang diperolehi secara beransur-ansur mengikut tahap kemampuan pelajar tersebut. Selain itu, pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) turut diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan. Hal ini bertujuan bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut dapat menerima maklumat yang disampaikan oleh guru dengan jelas dan mudah untuk difahami. Tambahan pula, bagi menarik minat pelajar untuk meneruskan proses P&P, guru juga menggunakan tayangan video atau kaset bagi meningkatkan lagi kemahiran melihat dan mendengar pelajar-pelajar tersebut.

Bersangkutan dengan tugasan yang telah diberikan, bagi menambahkan lagi usaha guru-guru di Sekolah Kebangsaan _______ dalam menangani masalah

H a l a m a n |5

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar pemulihan sekolah tersebut, satu set bahan bantu belajar akan dihasilkan bagi mengatasi masalah disleksia yang dihadapi oleh _______.

3.0

PANDUAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU BELAJAR

3.1

Permainan Peta Ahmad

Permainan Peta Ahmad merupakan permainan yang dicipta khas untuk membantu murid-murid yang baru berjinak-jinak dengan pensel dan aktiviti menulis. Ianya merupakan lanjutan dari aktiviti pratulisan iaitu kaedah memegang pensel. Permainan ini merupakan permainan pertama bagi melatih murid-murid menulis. Melalui permainan Peta Ahmad ini, murid-murid dapat melatih otot halus jari-jemari mereka untuk menulis atau melakar abjad-abjad mudah yang menggunakan lengkungan, bulatan, bersimpang dan sebagainya.

Permainan ini mengisahkan perjalanan seorang watak kanak-kanak bernama Ahmad yang tersesat mencari jalan pulang ke rumahnya. Justeru, guru harus meminta seorang murid untuk membantu Ahmad pulang ke rumahnya dengan melalui sepanjang garisan putih dan halangan yang wujud. Permainan Peta Ahmad ini bermula dari garisan putih atas sebelah kiri iaitu di mana watak Ahmad berada. Guru mempunyai pilihan sama ada mengarahkan murid untuk menggunakan pensel ataupun

menggunakan jari mereka sewaktu aktiviti Peta Ahmad ini diadakan. Peta Ahmad mengandungi suatu garisan kecil berwarna putih dan murid harus mengikut aliran putih tersebut sehingga sampai ke destinasi akhirnya. Sewaktu murid sedang menggunakan jari atau pensel mengikut garisan putih tersebut, guru bolehlah menerangkan objekobjek yang didapati di sepanjang garisan putih tersebut. Untuk menjadikan permainan ini lebih interaktif, guru bolehlah bercerita berdasarkan objek-objek yang ditempuhi murid sepanjang mengikut garisan putih tersebut.

H a l a m a n |6

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

Gambar 5 : Permainan dimulakan di garisan putih di bahagian atas kiri permainan Pada akhirnya, watak Ahmad akan tiba ke destinasi terakhir iaitu ke rumahnya di garisan putih terakhir di bahagian bawah sebelah kanan permainan. Setelah selesai permainan, guru bolehlah menerangkan kembali objek-objek yang telah ditempuh oleh Ahmad sepanjang perjalanannya pulang ke rumah dan pelbagai rumusan dapat dibuat oleh guru.

Gambar 6 : Permainan diakhiri di garisan paling akhir di bawah kanak permainan.

H a l a m a n |7

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

3.2

Permainan Mari Menulis Bersama Ahmad

Permainan Mari Menulis Bersama Ahmad merupakan lanjutan kepada permainan Peta Ahmad. Permainan Peta Ahmad bertujuan untuk melatih otot halus jarijemari bagi melakar huruf, manakala permainan Mari Menulis Bersama Ahmad pula akan memberikan peluang kepada murid-murid merasai sendiri bagaimana membentuk huruf-huruf yang boleh mengelirukan mereka. Untuk permainan ini, murid-murid akan dapat merasai sendiri bagaimana untuk menulis dan melakar huruf-huruf yang mungkin sukar untuk dibezakan. Antara huruf yang dimuatkan dalam permainan ini ialah huruf „b‟ dan „d‟, huruf „f‟ dan „t‟, huruf „m‟ dan „n‟ dan juga huruf „w‟ dan „u‟. Penggabungan dua deria iaitu deria sentuh dan deria penglihatan akan dapat mengukuhkan lagi ingatan murid-murid mengenai huruf yang mengelirukan.

Gambar 7 : Permainan Mari Menulis Bersama Ahmad yang mengandungi beberapa huruf. Guru harus memanggil seorang murid untuk ke hadapan dan mengarahkan murid berkenaan untuk menggunakan jari jemari mereka mengikut tali yang membentuk huruf berkenaan. Setiap huruf yang dipaparkan mempunyai beberapa langkah mudah untuk melakarnya. Maka guru haruslah membimbing murid untuk merasai setiap langkah membuat huruf tersebut. Ini bagi memastikan mereka mengalami sendiri langkah membuat huruf itu. Setelah selesai satu huruf, guru haruslah menyebut huruf apakah itu. Digalakkan untuk guru menyuruh murid-murid menyebutnya berulang kali bagi memastikan ingatannya terpasak kukuh. Setelah selesai kelapan-lapan huruf

H a l a m a n |8

KERJA KURSUS PENDEK LITERASI BM (WAJ 3104)

diikuti dan disebut oleh murid-murid, maka guru bolehlah mengulangi kembali kelapanlapan huruf tersebut dan murid-murid mengikutnya. Digalakkan menyebutnya berulang kali. Setelah itu guru bolehlah berganjak ke langkah seterusnya iaitu memberi peluang kepada murid untuk menulis secara bebas huruf-huruf tersebut menggunakan kertas putih.

Gambar 8 : Murid akan mengikut garisan huruf dari benang menggunakan sentuhan hujung jari. 3.3 Rumusan

Kedua-dua jenis permainan ini akan membantu murid-murid yang mempunyai masalah disleksia minimum dan juga kurang kemahiran menulis. Permainan Peta Ahmad contohnya dapat melatih otot halus jari-jemari murid-murid untuk menulis dan membiasakan tangan untuk menulis. Maka murid tidaklah terlalu kekok sewaktu mula menulis. Manakala permainan Mari Menulis Bersama Ahmad, murid-murid dapat merasai sendiri melalui deria sentuh dan deria rasa mereka bagaimana membentuk huruf-huruf yang mungkin mengelirukan mereka. Dengan ini, mereka dapat

membezakan huruf-huruf yang sama bentuk dan penulisannya. Disamping itu, mereka tidak akan tersilap dalam kaedah menulis huruf-huruf tersebut.

H a l a m a n |9

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.