ALAT SEBUTAN

ALAT-ALAT ARTIKULASI Alat artikulasi ialah alat-alat bahagian tubuh yang boleh membuat penyempitan dan boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi ialah bibir atas, bibir bawah, tulang rahang, lidah, lelangit lembut dan pita suara. Alat pernafasan juga memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi bahasa. Antara alat-alat penting yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa ialah paru-paru, rongga rengkung, rongga tekak, rongga hidung, dan rongga mulut. Pada bahagian paru-paru, udara yang masuk ke paru-paru di tahan keluar oleh paru-paru apabila dinding paru-paru dikecutkan. Proses penghasilan bunyi akan berlaku apabila semasa udara sedang keluar dari paru-paru, iaitu melalui pelbagai jenis sekatan ke atas arus udara. Melalui kelainan titik artikulasi dan cara penyekatan udara, bunyi-bunyi bahasa yang berlainan akan terhasil, misalnya bunyi-bunyi vokal ‘a’ dan ‘i’ serta bunyi-bunyi konsonan ‘p’, ‘t’, dan ‘g’. Kotak suara adalah tempat terletaknya halkum. Kotak suara amat penting bagi penghasilan bunyi. Di dalamnya, terdapat goltis atau pita suara. Jika pita suara digetarkan (oleh udara), bunyi yang dihasilkan di katakan bunyi bersuara, jika tidak bunyi tidak bersuara. Rongga tekak adalah ruangan yang bermula dari rongga rengkung hingga ke rongga hidung. Ia juga boleh disempitkan dan diluaskan. Lelangit lembut yang terletak di dalam rongga ini boleh diangkat untuk menutup rongga hidung atau diturunkan untuk membuka dan meluaskan rongga ini supaya udara ini dapat melaluinya. Rongga hidung adalah ruangan yang berada di atas rongga mulut, dan dipisahkan dari rongga mulut oleh lelangit lembut. Rongga ini bermula dari rongga tekak hingga ke lubang hidung.

Rongga mulut ialah ruang yang terletak di antara bibir dengan rongga tekak. Bagi alat artikulasi yang pertama adalah bibir atas dan bibir bawah. Bibir atas dan bibir bawah dapat digerakkan, dihamparkan, dan dibundarkan. Misalnya untuk menghasilkan bunyi seperti ‘b’, ‘w’, dan ‘v’. Alat kedua pula ialah tulang rahang. Ia terlibat dalam penghasilan bunyibunyi bahasa dalam menentukan kedudukan bibir dan gigi. Mulut akan terbuka luas jika rahang dibuka dan tertutup jika rahang ditutup. Alat ketiga pula ialah lidah. Ia merupakan alat artikulasi yang paling penting. Gerakan lidah ke daerah-daerah tertentu dalam rongga mulut menghasilkan bunyi-bunyi bahasa yang berlainan. Lidah dapat dibahagikan kepada lima bahagian iaitu bahagian pertama ialah hujung lidah. Ia adalah bahagian di mana ia bertemu dengan gigi. Bahagian kedua ialah daun lidah, iaitu bahagian lidah yang bertemu dengan gusi. Bahagian ketiga ialah depan lidah, iaitu bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras atau bahagian lidah selepas daun lidah. Bahagian keempat adalah belakang lidah. Ia adalah bahagian lidah yang paling belakang. Bahagian yang kelima pula adalah akar lidah, bahagian lidah yang terdekat dengan anak tekak dan berfungsi mengubah saiz ruang rongga tekak. Lelangit lembut ialah bahagian yang bermula dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut dan merupakan bahagian lelangit yang paling belakang dalam rongga mulut. Lelangit lembut boleh diturun naikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak dan saluran rongga hidung. Jika ia diturunkan, udara akan keluar melalui rongga hidung menghasilkan bunyi sengau. Jika lelangit lembut dinaikkan, udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga tekak. Peranan lelangit lembut adalah untuk menentukan sesuatu bunyi itu sengau atau tidak sengau. Peti suara terletak dalam rongga rengkung. Dalam peti suara terdapat otot-otot selaput nipis yang dikenali sebagai pita suara. Pita suara dapat dirapatkan dan direnggangkan. Ruang antara pita suara itu dipanggil glotis. Glotis boleh disempitkan, dikecilkan atau dirapatkan hingga tertutup sama sekali.

Sewaktu pernafasan biasa, pita suara direnggangkan supaya arus udara lalu tanpa sekatan. Dengan kata lain, dalam pernafasan biasa, glotis terbuka. Jika glotis dirapatkan serapat-rapatnya dan tekanan udara dari paru-paru yang kuat mengakibatkan rapatan itu dilepaskan serta merta, terjadilah bunyi letupan pita suara, yang dilambangkan seperti [ ]. Jika glotis dirapatkan tetapi tidak menutup keseluruhan ruang, udara dari paru-paru dapat lalu. Jika laluan udara itu menggetarkan pita, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi bersuara, contohnya [ a ]. Sebaliknya, jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan dikatakan bunyi tidak bersuara, contohnya, [ s ]. DAERAH ARTIKULASI Daerah artikulasi ialah bahagian dalam rongga mulut yang tidak dapat bergerak atau digerakkan dalam penghasilan bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila menyentuh daerah artikulasi yan berlainan. Daerah-daerah artikulasi ini ialah gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras, dan velum iaitu bahagian atas lelangit lembut.

PERANAN UDARA Di dalam peranan udara, alat ujaran yang berfungsi serentak dengan gerakan udara yang keluar dari paru-paru menghasilkan setiap bunyi bahasa. Otot-otot menggerakkan paru-paru untuk mengeluarkan dan memasukkan udara. Biasanya, bunyi-bunyi bahasa dihasilkan sewaktu udara keluar dari paruparu, melalui rongga-rongga rengkung, tekak, mulut, dan hidung. Kesemua alat artikulasi yang telah dinyatakan berfungsi bagi menghasilkan bunyi vokal, konsonan dan diftong yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Bagi konsonan, keadaan pita suara juga memainkan peranan penting kerana klasifikasi bersuara dan tidak bersuara diambil kira. Selain itu, ciri penting bunyi konsonsan adalah lafaznya yang berbeza-beza akibat sekatan yang berlaku semasa melafazkannya. Bagi bunyi vokal, pengklasifikasian seperti ini tidak berlaku kerana kesemua bunyi vokal adalah bersuara dan tiada sekatan pengaliran udara berlaku semasa lafaz.

bunyi bahasa dihasilkan dengan dua cara jika dilihat secara kasar. Bunyi yang dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paruparu merupakan cara yang kedua.bunyi bahasa ini sebagai sesuatu yang bermakna. Antara bunyi–bunyi yang bukan bahasa . bunyi dikeluarkan dengan menggunakan cara udara tidak terganggu dalam rongga mulut. Masyarakat penutur bersetuju bahawa bunyi. bunyi. Selain itu. Kedudukan lidah dan bentuk bibir mempengaruhi bunyi. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal.1) BIBIR ATAS 2) BIBIR BAWAH 3) GIGI ATAS 4) GIGI BAWAH 5) GUSI 6) LELANGIT KERAS 7) LELANGIT LEMBUT 8) ANAK TEKAK 9) HUJUNG LIDAH 10) HADAPAN LIDAH 11) TENGAH LIDAH 12) BELAKANG LIDAH 13) AKAR LIDAH 14) EPIGLOTIS 15) PITA SUARA 16) RONGGA TEKAK 17) RONGGA HIDUNG 18) RONGGA MULUT 19) RAHANG 20) TENGGOROK BUNYI BAHASA Bunyi. Bunyi ini pula ialah bunyi konsonan. Pertama. aliran udara akan terganggu oleh alat. Manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dalam berkomunikasi. Semasa melalui mulut atau rongga hidung.Udara yang keluar tidak tersekat atau terhimpit apabila melalui rongga mulut.alat sebutan tadi. Ia terlafaz dalam deretan bunyi yang tertentu.bunyi bahasa juga boleh diwakili dengan lambanglambang yang telah ditentukan.

Oleh hal demikian. bunyi [ ρ ] dan [ ь ] dianggap sebagai dua fonem yang berasingan. Kurungan jenis [ ] digunakan untuk menggambarkan sesuatu bunyi. bunyi bahasa terbahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan menurut cara sebutan. unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan telah dipenggal.bunyi supra. Dalam bentuk ujaran. Bunyi-bunyi bahasa dihasilkan secara rentetan yang berterusan namun bagi tujuan analisis. berdehem. bunyi yang didengar itu dipenggalkan.ialah batuk. setiap fon dimasukkan ke dalam kurungan [ ].Oleh sebab kehadiran dua bunyi ini membawa perbezaan makna. Bagi kajian pula. Fonem ialah satu unit bahasa yang diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi sesuatu bahasa. bunyi klik pada bibir gusi dan ianya tidak mempunyai sebarang lambang. misalnya [ ρ ] dalam [ parang ] . ρ FONEM Apabila bunyi-bunyi bahasa dikaji pada peringkat satu bahasa khusus. bunyi yang dikeluarkan berterusan dan tidak putus-putus. Terdapat juga bunyi yang menyertai bunyi penggal dikenali sebagai bunyi.perlu disebut tentang penggunaan kurungan. diberi lambang dan digolongkan pada fonemfonem atas dasar ciri-ciri fonetiknya.penggal. Setiap penggal bunyi itu dipanggil fon.penggalan. kewujudannya mempunyai makna. Dua bunyi dikatakan tergolong kepada dua fonem jikalau berkontras dari segi makna dalam persekitaran yang sama. Sebagai contoh pasangan [ parang ] dan [ barang ] sama kecuali antara bunyi-bunyi [ ρ ] dan [ ь ]. Pada tahap itu. Walau bagaimanapun. Bagi menandakan ianya merupakan satu bentuk bunyi. yakni pada tahap bidang fonemik maka istilah fonem digunakan.

tetapi berbeza dari segi kehadiran dalam perkataan. Diskripsi bunyi vokal bergantung kepada kualiti bunyi . keadaan ini dikatakan satu fonem /ρ/ yang mempunyai dua alofon atau kelainan bunyi. penghasilan letupan tidak disempurnakan dan ciri ini ditandai dengan lambang [ ] selepas bunyi tersebut. Apabila telah terbukti [ ρ ] dan [ ь ] itu dua fonem berasingan.dan [ ь ] dalam [ barang ]. [ ρ ] dikatakan berlaku atau tersebar dalam lingkungan awal atau tengah perkataan sementara [ ρ ] dalam lingkungan akhir perkataan. menandakan ciri letupan yang tidak disempurnakan. dan lingkunganlingkungan pemakaian alofon dari satu fonem dikatakan penyebarannya. Dari segi peristilahan. Dengan mengambil contoh fonem /ρ/ di atas. iaitu [ ρ ] yang letupannya dilaksanakan dan [ ρ ] yang letupannya tidak terlaksana. Sesuatu fonem boleh mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada bunyi ( atau alofon ) yang ciri-ciri fonetiknya sama. kedua-duanya digolongkan ke dalam golongan fonem yang sama. maka jenis kurungan yang digunakan berubah menjadi /ρ/ dan /ь/. Sebagai contoh ialah fonem /ρ/. [ ρ ] dan [ ρ ] adalah sama. misalnya dalam [ atap ]. Bunyi vokal ini merupakan bunyi bersuara. Kesimpulannya terdapat dua jenis fonem /ρ/. Bunyi. iaitu ρ pada awal dan tengah perkataan. seperti dalam perkataan [ pagi ] dan [ apa ]. Oleh itu. Setiap alofon yang menjadi anggota fonem digunakan dalam lingkungannya sendiri.Bunyi Vokal Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. iaitu [ ρ ] dan [ ρ ]. Dari segi ciri fonetik. Tetapi apabila [ ρ ] hadir di akhir perkataan. Lazimnya fonem ini dihasilkan sebagai bunyi letupan yang sempurna letupannya. Kurungan / / digunakan bagi menunjukkan status fonem. Kadangkala ada fonem yang mempunyai anggota-anggota lain yang ciri fonetiknya sama. Penyebaran alofon dari satu fonem itu dikatakan bersifat saling melengkapi.

di antara kedudukan vokal hadapan yang sempit dan vokal hadapan yang luas boleh dijadikan dua jenis .tesebut. Gabungan ciri. tedapat lagi satu jenis vokal iaitu vokal tengah di mana lidah berada dalam keadaan yang bersahaja iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit ternganga. tetapi tidak menutup aliran udara. Jikalau bahagian belakang lidah yang terlibat pula. Hujung lidah diangkat setinggi yang boleh ke atas dan ke hadapan. Rongga rengkung juga dapat dikawal untuk menjadi besar atau kecil. maka bunyi vokal yang dihasilkan itu adalan vokal depan. maka ia akan disertai dengan keadaan bentuk bibir yang leper atau terhampar. Pekara yang berlaku ialah lidah turun dan naik untuk mengawal saiz rongga mulut. Bunyi vokal yang dilafazkan itu ditentukan oleh bentuk bibir dan saiz rongga mulut dalam keadaan terbuka.ciri inilah yang dapat menghasilkan bunyi vokal. Selain itu. Jika bahagian yang terlibat itu ialah hujung lidah. Ketika udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara. iaitu merujuk pula kepada rongga mulut. Terdapat empat titik kedudukan lidah di di bahagian depan mulut yang terlibat untuk hasilkan bunyi vokal depan. bunyi itu akan berubah-ubah berdasarkan perubahan kedudukan lidah dan rupa bentuk bibir. Selain itu. Lidah berfungsi untuk menentukan corak bunyi dengan melihat bahagian mana lidah terlibat dalam menghasilkan bunyi. Jika bahagian depan lidah yang terlibat dalam menghasilkan bunyi vokal. Lain pula jika bahagian belakang lidah terlibat. Bunyi vokal hadapan luas pula berlaku apabila hujung lidah diturunkan paling ke bawah yang mungkin. Semasa melalui rongga mulut. Ini kerana lidah terletak dibahagian depan mulut. lidah akan membundar. separuh sempit ataupun luas. ia akan bergetar untuk menerbitkan suara. Ia dikenali sebagai vokal hadapan sempit. vokal yang dihasilkan itu merupakan vokal belakang. separuh terbuka.

didapati berlaku vokal depan separuh sempit dan kita juga boleh ujarkan vokal depan separuh luas dengan mengangkat depan lidah 1/3 ke atas dari bawah. Rajah Vokal . Kaedah untuk mendiskripsikan bunyi-bunyi vokal berpandukan diagram vokal kardinal yang diperkenalkan oleh Daniel Jones(1956). vokal tengah dapat dihasilkan.ubah. separuh luas dan luas boleh menggunakan cara yang sama bahagian belakang yang berubah. Jika meletakkan lidah dalam keadaan bersahaja dan bahagian tengah lidah diangkat sedikit. Di bawah ini merupakan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut. Bagi menghasilkan vokal belakang sempit.vokal yang lain. Dengan menurunkan lidah 1/3 ke bawah.

Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. .Vokal Depan Vokal depan mempunyai empat buah fon vokal depan iaitu [ i ]. Pada ketika itu. udara keluar melalui rongga mulut. Alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan bunyi ialah lidah. [ ε ] dan [ a ]. saiz rongga mulut dan bentuk bibir. [e ]. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras. Lidah pula berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut. Sambil menggetarkan pita suara. Vokal depan sempit dihasilkan apabila hujung diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut. Bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi dilafazkan. bibir akan dileperkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ i ]. tetapi tidak akan menyekat aliran udara dari paru-paru.

Pembukaan bibir agak sederhana semasa melafazkan bunyi vokal separuh sempit yang dihasilkan ialah [ e ]. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru ditekan keluar. Bibir berada dalam keadaan terhampar. .Vokal separuh sempit ini dihasilkan apabila hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit. Udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara digetarkan.

Dua bibir ini akan dileperkan. Ini akan menghasilkan bunyi vokal depan separuh luas iaitu [ ε ] .Vokal depan separuh luas dihasilkan dengan depan lidah diturunkan 2/3 dari kedudukan separuh sempit ketika ingin melafazkan bunyi. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. udara akan keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara disebabkan udara ditekan dari paru-paru. Bibir akan berada dalam keadaan terhampar ketika bunyi dilafazkan. . Oleh hal demikian.

Bunyi vokal yang dapat dihasilkan ialah [ a ]. Lelangit lembut akan diangkat rapat kepada belakang tekak dan rongga hidung akan ditutup. .paru dan ia akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit. Justeru itu. udara akan ditekan keluar dari paru. Sejurus itu.Vokal depan luas berlaku apabila hujung lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. bibir berada dalam keadaan terhampar semasa bunyi terlafaz.

Dalam menghasilkan bunyi ini. Pengaliran udara tidak . Kadar bukaan mulut ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Oleh itu. iaitu ke titik yang paling tinggi setakat yang boleh. Lidah perlulah merapati lelangit keras. bibir hendaklah dibundarkan. Daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras. Vokal belakang sempit dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin tetapi aliran paru-paru tidak ditutup dan bibir dibundarkan. untuk menghasilkan bunyi vokal depan perlulah menurunkan belakang lidah 1/3 ke bawah.Vokal Belakang Vokal belakang terhasil dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.

udara akan keluar melalui rongga mulut sambil pita suara bergetar. Seperti biasa. .tersekat. Lelangit lembut diangkat tepat kepada belakang tekak dan rongga hidung ditutup. Kemudian. Bibir berada dalam keadaan bundar semasa ia dilafazkan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ u ]. udara akan keluar melalui rongga mulut. bibir dibundarkan. Apabila udara ditekan keluar. Vokal belakang separuh sempit iaitu belakang lidah diturunkan 1/3 di antara titik yang paling tinggi dan titik yang paling rendah boleh dicapai oleh belakang lidah. maka bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ o ]. lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Sambil menggetarkan pita suara. Ketika itu.

Udara akan ditekankan keluar dari paru.Vokal belakang separuh luas dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada ketika menghasilkan vokal separuh sempit. udara keluar sambil pita suara dalam keadaan bundar dilafazkaan. Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung.paru. Contoh di keluarkan oleh vokal luas adalah pokok. Di samping itu juga. Bibir berada semasa bunyi perkataan yang akan belakang separuh . melalui rongga mulut bergetar.

Bunyi vokal yang dihasilkan ialah [ D ]. Pita suara bergetar sambil udara keluar melalui rongga mulut.Vokal belakang luas diletakkan di titik paling bawah dan dapat dicapai dengan belakang lidah. Kemudian. . Lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. udara ditekan dari paru-paru. Bibir berada dalam keadaan bundar ketika bunyi dilafazkan.

Vokal Tengah Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka tetapi keluasan rongga mulut adalah agak sederhana. Bunyi vokal yang terhasil dikenali sebagai vokal tengah [ ə ]. . Contoh-contoh bagi vokal tengah adalah əmas. Udara kemudiannya ditekan keluar dari paru-paru. Tengah lidah itu melengkung ke atas sedikit. Keadaan bibir waktu itu adalah bersahaja. cəkal dan idealismə.

[ i ] . [ ∂ ] . Antara contoh bukaan bibir apabila bunyi dilafazkan adalah seperti berikut: .Bahasa Melayu mempunyai enam bunyi vokal. iaitu. [ e ]. [ a ]. [ u ] dan [ o ] .

Ini pula merupakan kedudukan lidah apabila melafazkan semua vokal yang ada: BUNYI KONSONAN Konsonan Letupan .

Apabila udara tertahan. Semua bunyi ini berlaku apabila alat artikulasi menyentuh titik-titik artikulasi tertentu dalam mulut dan bibir. Pelepasan udara iaitu menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan bersuara [b]. Udara itu kemudiannya dilepaskan serta merta. Grafik ini menunjukkan konsonan letupan dua bibir.Dalam Bahasa Melayu.paru. Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ] ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan serta lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak. aliran udara yang melalui hidung dengan menaikkan lelangit lembut menghasilkan bunyi konsonan letupan dan aliran udara tertahan dalam rongga mulut. Dari paru. Bagi menyekat rongga hidung. tiga lagi ialah bunyi tidak bersuara dan satu adalah letupan glotis. Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ] dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. udara dari paru-paru terkumpul dan dilepaskan secara tiba-tiba mengakibatkan udara itu tadi terlepas keluar menghasilkan letupan pada masa yang sama. terdapat tujuh bunyi konsonan letupan. lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Kemudian. Semasa berlakunya setuhan pada titik artikulasi. Antaranya ialah tiga daripadanya merupakan bunyi bersuara. Ini akan menyebabkan udara dari paru-paru tertahan dalam rongga dan saluran udara. kedudukan lidah menyekat udara dan apabila ia . yang dilepaskan itu keluar tanpa menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil itu merupakan letupan bibir tak bersuara [ p ].

dibebaskan serta merta maka bunyi yang terhasil adalah letupan gusi. Secara serta merta. bunyi yang terhasil adalah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Letupan gusi bersuara [ d ] berlaku dengan tidak getarkan pita suara. Grafik konsonan letupan gusi seperti di bawah. udara yang tertahan dilepaskan. Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ] dihasilkan apabila bahagian belakang lidah dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Pelepasan udara tersebut tidak menyebabkan pita bersuara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah . Jika letupan gusi itu tidak menggetarkan pita suara.

Konsonan letupan pita suara dihasilkan apabila pita suara dirapatkan. ini akan menyebabkan aliran udara terkumpul dan tertahan. bunyi tidak dapat dikatakan bunyi bersuara atau tidak bersuara. bunyi berlaku pada pita suara. Pita suara terbuka dan membebaskan udara secara serta merta untuk menghasilkan bunyi. Grafik bagi konsonan letupan lelangit lembut seperti di bawah. dan sebaliknya apabila pita suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan adalah letupan lelangit lembut bersuara [g] .letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ]. Rajah di bawah menunjukkan letupan pita suara. Oleh sebab itu. .

Konsonan letusan dalam bahasa Melayu adalah letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Konsonan Sengau Konsonan sengau ( nasal ) ialah bunyi yang terhasil apabila lelangit lembut direndahkan dan udara keluar melalui rongga hidung.Bahasa Melayu mempunyai dua letusan. . lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan tidak bersuara . Terdapat empat jenis sengauan dalam Bahasa Melayu : a) Sengauan dua bibir bersuara [ m ] .lahan dan ini dapat membezakan bunyi . Dalam keadaan ini. Bunyi ini terhasil dalam keadaan yang sama seperti bunyi letupan. Bunyi gelencuran dilepaskan perlahan. Rajah ini adalah konsonan letusan.

Lelangit lembut pula. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara. Bagi konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] pula. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan.c) d) b) Sengauan gigi-gusi bersuara [ n ] . hujung lidah perlu di rapatkan ke gigi-gusi manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. . Bagi konsonan sengauan 2 bibir bersuara [ m ]. Bunyi konsonan sengauan lelangit keras bersuara [ л ] dihasilkan dengan merapatkan depan lidah ke lelangit keras manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Sengauan lelangit keras bersuara [ л ] . dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ] . bibir bawah perlu dirapatkan ke bibir atas. Udara yang dikeluarkan dari paruparu terus melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan.

Bunyi konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ŋ ] dihasilkan dengan menaikkan rapat belakang lidah ke lelangit lembut manakala lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung dan menggetarkan pita suara. Konsonan Geseran .

Terdapat sembilan bunyi geseran dalam bahasa Melayu. Geseran yang berlaku itu disebabkan oleh udara yang keluar dari paru.paru dan menyebabkan geseran berlaku. . Kemudian. bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Ia juga diberi lambang dengan [ h ]. Apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan. Empat yang bersuara. Aliran udara tidak dapat disekat dalam situasi ini. Laluan yang sempit itu adalah laluan yang terbentuk. bunyi geseran gigi bibir terhasil dan ia tidak akan menghalang aliran udara untuk keluar. Bunyi geseran itu adalah [ f ] dan yang bersuara ialah [ v ] . Rajah ini menunjukkan geseran gigi bibir. Ini memberi kesan kepada udara yang keluar dari paru.paru. empat tidak bersuara dan satu lagi merupakan geseran pita suara yang tidak dapat dikatakan bersuara atau tidak bersuara.

Bunyi geseran lelangit keras dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi ia tidak rapat. udara dari paru-paru terdesak keluar. Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat rapat ke lelangit lembut. Ketika berlakunya geseran. Inilah yang menyebabkan geseran berlaku. Bunyi geseran ini ialah bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] dan bunyi geseran lelangit keras bersuara ialah [ ž ] . udara terdesak keluar dari rongga mulut.Bunyi geseran yang tak bersuara ialah [ s ] dan yang bersuara ialah [ z ]. Rajah di bawah merupakan geseran lelangit keras. Rajah ini ialah geseran gusi. Konsonan yang . Melalui paru-paru.

Konsonan Getaran . Rajah ini menunjukkan geseran lelangit lembut.terlibat bagi geseran lelangit lembut tak bersuara ialah [ x ] dan konsonan geseran lelangit lembut bersuara ialah [ γ ]. Bunyi ini berlaku di pita suara maka dengan itu tidak akan timbul soalan sama ada bunyi itu bersuara ataupun tidak. Ini ialah rajah bagi geseran pita suara. Seterusnya ialah geseran pita suara [ h ] di mana ia dihasilkan apabila pita suara dirapatkan dan mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara bergeser.

Ini merupakan rajah konsonan sisian. Ketika itu. Apabila lidah digetarkan dalam rongga mulut.Bahasa mempunyai satu bunyi konsonan getaran iaitu [ r ]. bunyi akan dihasilkan. Hujung lidah diangkat ke arah gusi atas manakala lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. lidah diangkat kearah gusi. Udara yang dilepaskan dari paru-paru menggetarkan hujung lidah dan pita suara. Konsonan Sisian Bahasa Melayu mempunyai satu bunyi konsonan sisian iaitu [ l ] . Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengeluarkan udara dari kiri ke kanan. Bunyi yang terhasil adalah [ l ] . Separuh Vokal . Udara dari paru-paru ditekan keluar ikut kiri dan kanan lidah serta menggetarkan pita suara. Ini yang akan menghasilkan bunyi getaran [ r ] . Rajah menunjukkan konsonan getaran.

kedudukan lidah dan ruang mulut sama seperti menghasilkan bunyi vokal dan ianya berlaku separuh jalan sahaja. Bunyi tersebut tidak boleh dipanggil vokal penuh kerana mempunyai gangguan kepada aliran udara. Kadangkadang ia juga dipanggil separuh konsonan. Ketika pengucapannya. Kedudukan lidah juga terus berubah selepas itu. separuh vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit keras [ y ] .Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai. DIFTONG . Terdapat dua bunyi separuh vokal iaitu.

Dengan kata lain. Diftong bertindak sebagai satu bunyi. kerbau dan pulau. Bibir dibundarkan. bahagian depan lidah diangkat ke arah vokal [ i ]. Hujung lidah menyentuh ke bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. iaitu ai. tauladan. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. ghairah dan gulai. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ oi ] . CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ au ] Untuk menghasilkan diftong [ au ]. tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal.Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. au. tetapi tidak sehingga berada kedudukan tersebut. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. CARA MENGHASILKAN DIFTONG [ ai ] Untuk menghasilkan diftong [ ai ]. dan oi. pandai. Pada mulanya bibir terhampar tetapi menjadi semakin bundar. lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [ a ] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [ i ]. Contoh kehadiran dalam perkataan : haiwan. Contoh kehadiran dalam perkataan : aurat. lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [ a ] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [ u ].

Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. sepoi dan amboi.Untuk menghasilkan diftong [ oi ]. Contoh kehadiran dalam perkataan : boikot. bibir dibundarkan tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Pada mulanya. pada mulanya lidah berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [ o ] dan kemudiannya berubah pada kedudukan vokal depan separuh sempit [ i ]. Depan i e ε a Tengah Belakang u o oi ‫כ‬ ai au FUNGSI ALAT ARTIKULASI . Anak panah menunjukkan arah geluncuran. Carta di bawah menunjukkan kedudukan lidah dalam penghasilan ketiga-tiga diftong di atas. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak.

menutup. Tulang rawan krikoid berbentuk seperti lingkaran sebagai tumpuannya terletak di belakang titik. c) sepasang pita suara dan d) tulang rawan tiroid. Rongga ini terdiri daripada empat komponen. pipa pernafasan. iaitu : a) tulang rawan krikoid. otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur. Berkurangnya tekanan udara dalam paru-paru kerana adanya pembesaran ruangan. Arus udara yang dari paruparu inilah yang menjadi sumber syarat mutlak terjadinya bunyi. Udara luar yang mengandungi oksigen akan mengalir ke paru-paru jika tekanan udara luar lebih besar daripada tekanan udara dalam paru-paru. dan mengeluarkan udara yang telah kotor keluar. b) dua tulang rawan aritenoid. Dua tulang rawan aritenoid bentuknya kecil seperti piramid terletak di atas tulang rawan krikoid. begitu pula sebaliknya. Sistem otot aritenoid dapat bergerak mengatur gerakan pada sepasang pita suara. membuka. proses ini disebut menghembuskan nafas. Udara akan mengalir dari paru-paru keluar hanya apabila tekanan udara yang ada dalam paru-paru lebih besar daripada tekanan udara yang ada di luar. proses ini disebut menarik nafas . Fungsi utama pita suara ini adalah sebagai pintu klep yang mengatur pengawasan arus udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung. sehingga memungkinkan gas karbon dioksida mengalir ke luar. Pita suara bahagian muka terkait pada tulang rawan tiroid. Tulang rawan tiroid atau halkum yang dapat dilihat berbentuk .1) PARU-PARU Fungsi utama paru-paru adalah untuk pernafasan. Sepasang pita suara dapat membuka lebar. Selama manusia masih hidup. Bernafas pada dasarnya ialah mengalirkan udara ke dalam paru-paru. dan menutup rapat. proses mengembang ( pembesaran ruangan paru-paru ) dan mengempis ( pengecilan ruangan paru-paru ) paru-paru yang dikerjakan oleh otot-otot paru-paru. 2) PANGKAL TENGGOROK Panggal tenggorok atau laring adalah rongga pada hujung. sedangkan bahagian belakang pada tulang rawan aritenoid.

Dalam pembentukkan bunyi bahasa peranannya terutama sebagai tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Sehubungan dengan terjadinya bunyi dan pernafasan maka glottis biasa dibezakan atas empat posisi.Pada waktu kita menelan makanan dan minuman epiglottis menutup batang tenggorok.Epiglotis (katup pangkal tenggorok) terletak pada pintu masuk pangkal tenggorok berfungsi untuk melindungi masuknya makanan atau minuman ke batang tenggorok. Lelangit Lembut .Proses menggetarnya pita suara itu sendiri disebut fonasi (phonation).Rajah di lampiran C akan dapat memperjelas huraian ini.Dalam pembentukan bunyi bahasa epiglotis ini tidak mempunyai peranan apa-apa.Glotis dalam keadaan terbuka dalam menghasilkan bunyi tak bersuara.tertutup. pada waktu menghasilkan bunyi bersuara.terbuka.iaitu dalam keadaan :terbuka lebar. 3. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh faring disebut bunyi faringal.Yang terakhir.sehingga makanan atau minuman tidak masuk ke saluran itu.sedang dalam keadaan tertutup.dan tertutup rapat. Rongga kerongkong (pharynx) Rongga kerongkangan atau faring (pharynx) ialah rongga yang terletak antara pangkal tonggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung.keadaannya tertutup rapat. maka terbentuklah suatu celah atau ruang diantara sepasang pita suara.sehingga memungkinkan arus udara yang mengalir.iaitu dalam menghasilkan bunyi hamzah. 4.menggetarkan pita suara.menonjol pada kaum lelaki sebenarnya tidak begitu mempunyai peranan yang bererti dalam pembentukan bunyi bahasa. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan minuman. Dengan peristiwa membuka dan menutupnya pita suara.Celah itu disebut glotis.Glotis dalam keadaan terbuka lebar terjadi apabila kita bernafas secara normal.

6. Dalam kebanyakkan pembentukkan bunyi bahasa iaitu bunyi non-nasal. Demikian pula pada waktu terbentuknya bunyi nasal.Lelangit lembut berserta bahagian ujungnya yang disebut anak tekak dapat turun naik sedemikian rupa. 5. dan bunyi yang dihasilkan dengan halangan atas hambatan tengah lidah disebut medial. Gabungan keduanya menjadi dorsol-velar. Gabungan yang pertama menjadi apikopalatal. Bunyi yang dibentuk oleh pangkal lidah( dorsum) disebut dorsal. Dalam pembentukkan bunyi ia sebagai artikulator pasif (dasar atau basis artikulasi). Bunyi yang dihasilkan oleh lelangit keras disebut palatal. Gambar di lampiran d menunjukkan lelangit lunak berserta anak tekaknya dalam keadaan menurun. Bunyi bahasa yang dihasilkan oleh lelangit lembut ini disebut bunyi velar. Dalam keadaan bernafas normal maka lelangit lunak beserta ujung anak tekak menurun. sedangkan artikulator (aktif)-nya ialah pangkal lidah. sedangkan gabungan yang kedua menjadi medio-palatal. sehingga udara dapat keluar masuk melalui rongga hidung. atau pada waktu kita menguap. Lelangit Keras Lelangit keras merupakan susunan bertulang. Untuk bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hamabtan anak tekak (uvula) disebut bunyi uvular. Gusi Dalam . Bunyi yang dihasilkan oleh ujung lidah disebut apikal. lelangit lembut berserta anak tekaknya terangkat ke atas menutup rongga hidung. sedangkan artikulator aktifnya adalah ujung lidah atau tengah lidah. Pada bahagian depan mulai lelangit melengkung cekung ke atas dan bahagian belakang berakhir dengan bahagian yang terasa lembut apabila raba. Dalam pembentukkan bahasa lelangit keras ini sebagai artikulator pasif.

Bibir . Walaupun gigi bawah dapat digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukkan bunyi bahasa tidak banyak berperanan. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan atau hambatan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi labio-dental. iaitu gigi bawah dan atas. dan yang dihasilkan hambatan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyi apiko-dental. Bunyi yang dihasilkan oleh daun lidah disebut bunyi laminal. Sehingga bunyi yang dihasilkan dengan halangan atau hambatan hujung lidah dengan gusi disebut bunyi apiko-alveolar. sedangkan artikulator aktifnya adalah hujung lidah. Selain itu. Fungsi pokok gigi untuk mengunyah. lekuk gigi) adalah bahagian gusi tempat letak akar gigi depan atas bahagian belakang. Gigi Gigi terbahagi menjadi dua. Bunyi yang dihasilkan gusi disebut alveolar. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi disebut bunyi dental. 8. hanya bersifat membantu sahaja.Gusi dalam (gusi belakang. 7. terletak tepat diatas serta dibelakang gigi yang melengkung ke dalam menghadap lidah. ceruk gigi. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir disebut bunyi labial. Yang berfungsi penuh sebagai artikulataor atau dasar artikulasi adalah gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. Gabungan dari keduanya menjadi bunyi lamino-alveolar. dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah sebagai artikulator aktifnya. lengkung kaki gigi. Dalam pembentukkan bunyi bahasa gusi ini sebagai artikulator pasif.

Lidah dapat dibahagi kepada lima bahagian iaitu: akar lidah. Hujung lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi apiko-palatal. Selain hujung lidah dapat pula bekerjasama dengan gusi dan gigi atas. Lidah Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa . dan hujung lidah. LAMPIRAN . Yang pertama menghasilkan apiko-alveolar. Akar lidah bekerjasama dengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi radiko-faringal. Tengah lidah bekerjasama dengan lelangit keras menghasilkan bunyi medio-palatal.Bibir terbahagi menjadi dua . Fungsi utama bunyi bahasa bibir adalah sebagai artikulator pasif bekerjasama dengan bibir bawah sebagai artikulator aktifnya. sedangkan yang kedua menghasilkan bunyi apiko-dental. tengah lidah. pangkal lidah. Dalam pembentukkan bunyi bahasa lidah sebagai artikulator aktif mempunyai peranan yang amat penting.dan untuk memindahkan makanan yang akan atau sedah dikunyah . daun lidah.hasilnya ialah bunyi labio-dental. 9. Pangkal lidah bekerjasama dengan lelangit lembut menghasilkan bunyi dorso-velar. iaitu bibir bawah dan atas .Dapat juga bibir bawah sebagai artikulator aktif itu bekerjasama dengan gigi atas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful