ISI KANDUNGAN Muka surat PRAKATA 2

1.0 PENGENALAN 2.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEHARMONIAN DAN KERJASAMA ANTARA KAUM DI MALAYSIA 2.1 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 2.2 MEMUPUK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME 2.3 MENGHORMATI DAN MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS PERPADUAN RAKYAT 2.4 MENGAMALKAN NILAI DAN NORMA HIDUP BERMASYARAKAT YANG POSITIF 2.5 MENJADIKAN SISTEM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PENYALUR PERPADUAN 3.0 KESIMPULAN RUJUKAN

3 3-7

8 9

1

Ezhar Tamam. Ternyata ianya amat berfaedah kepada saya dalam mempertingkatkan pengetahuan dan secara tidak langsung membantu diri saya dalam usaha memperlengkapkan diri sebagai pendidik. 2 .w. Akhir sekali. saya amat berharap semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat serta sumbangan kepada pihak yang membacanya.t memberikan ganjaran yang berlipat ganda buat anda semua serta beroleh keberkatan-Nya. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia iaitu pensyarah bagi kursus ini yang telah memperkenalkan dan memberi bimbingan kepada saya melalui modul yang dibekalkan.w.t menjadikan semua ini sebagai ilmu yang bermanfaat buat saya. segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.PRAKATA ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ Alhamdulillah.t kerana dengan izin-Nya. Jabatan Komunikasi. Bahasa dan Linguistik (BABM). Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada. dapat saya menyiapkan tugasan yang dipertanggungjawabkan ini. Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Prof. Terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi sumbangan berupa idea dan bahan-bahan rujukan serta bahan-bahan ilmiah berkaitan sebagai rujukan untuk melengkapkan tugasan ini. Madya Dr. bimbingan serta teguran beliau sehingga tugasan ini selesai disiapkan mengikut masa yang ditentukan. Pn. Zanida selaku tutor di atas kerjasama. Semoga Allah s. semester 6.w. Semoga Allah s. Universiti Putra Malaysia. Tugasan ini merupakan tugasan wajib bagi KOH 3361 – Komunikasi Silang Budaya dalam Program Bacelor Sastera.

keseimbangan dan matlamat jarak jauh negara. Cina.1. Tun Abd. prakarsa-prakarsa perdana harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan keharmonian dan kerjasama antara kaum di negara kita. India dan 27 etnik lagi di kawasan Sabah serta Sarawak. Kepelbagaian kaum di Malaysia ini menyebabkan kerajaan perlu menjalankan dasar yang menyatupadukan rakyat di negara ini supaya kestabilan negara dapat diperoleh. Perpaduan merupakan tunggak menyatupadukan anggota masyarakat dan negara keseluruhannya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama . kedudukan orang Melayu dan Islam serta Raja-Raja Melayu semuanya tersurat dengan seimbang di dalam Perlembagaan. 2. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sejak merdeka lagi.1 MEMAHAMI DAN MENGHAYATI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Kerajaan perlu mewajibkan semula pelajar dan mahasiswa memahami sedikit sebanyak perkara pokok dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru. Marcapada ini. Rakyat perlu tahu atau patut tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka. seterusnya dapat meningkatkan keharmonian dan kerjasama antara mereka. Pakar-pakar perundangan Perlembagaan memberitahu kita bahawa Perlembagaan Malaysia adalah sebuah dokumen organik yang unik yang memperlihatkan kebijaksanaan luar biasa dari segi keadilan.0 PENGENALAN Negara Malaysia sememangnya terkenal dengan penduduk yang berbilang kaum. Perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan dan kemajuan negara. Kursus-kursus boleh disediakan mengikut tahap kemampuan masing-masing dan tidak terlalu teknikal. Idea penubuhan Datuk Seri Mohd Najib B. masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni.0 LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KERJASAMA ANTARA KAUM DI MALAYSIA KEHARMONIAN DAN Antara prakasa perdana bagi mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah : 2. kerajaan telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. 3 . Kaum yang terdapat di Malaysia ialah Melayu. mewujudkan satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.

keguruan dan kelengkapan yang terbaik selain diadakan pengajaran Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang teratur. Walaupun bahasa-bahasa lain dibenar penggunaannya tetapi Bahasa Melayu mesti diutamakan dalam semua keadaan. Sekiranya perkara ini dilakukan. Dengan demikian. Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institusi pengajian tinggi. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. bagi membangun kembali keyakinan rakyat dan perpaduan nasional dalam meningkatkan keharmonian dan kerjasama antara kaum. pelaksanaan secara serius tanpa kompromi iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyatukan semua rakyat dan juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Selepas hampir 54 tahun merdeka semua orang harus menerima Bahasa Melayu sebagai lambang penyatuan dan darah daging mereka. Kementerian Penerangan Malaysia. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besarbesaran melalui media massa. Oleh hal yang demikian. “melentur buluh. murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. 2. di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam 4 . perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu. Pertama. sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Sekolah kebangsaan akan menjadi sekolah nasional atau sekolah perdana dalam erti kata yang sebenar di mana semua anak Malaysia belajar bersama serta bersaing di bawah satu bumbung yang melambangi perpaduan. sekolah kebangsaan akan dapat menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar anak-anak mereka bermula daripada sekarang. rasmi atau tidak rasmi. Kedua sistem pendidikan nasional iaitu sekolah kebangsaan wajib diberi prioriti dari segi infrastruktur. adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa tonggak penyatuan yang kita cipta. Tambahan pula. biarlah dari rebungnya”. semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil. diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Dengan perkataan lain.2 MEMUPUK DAN MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.Justeru. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu.

Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Dengan cara itu. promo. antara langkah yang boleh diambil ialah pertama. Perkara paling penting ialah Rukun Negara mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai agama serta budaya. Oleh itu. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. melindungi perpaduan dan kestabilan. perhimpunan jabatan dan agensi kerajaan mahupun swasta. saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.kalangan masyarakat. Bagi memastikan kita tidak melupakan semangat itu. Setiap rakyat perlu menghayatinya. “Paloh”. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. ikrar Rukun Negara dibaca pada setiap majlis rasmi. Hal ini penting kerana. Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. 2. Ia adalah asas kepada keutuhan dalam membangunkan negara. Kedua. bersatu padu. keharmonian dan kemajuan rakyat dan negara Malaysia. menyedia dan mengeluarkan bahan-bahan publisiti dan penerbitan 5 . Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. agama dan fahaman politik. Di samping itu. menyiarkan klip video. 'jingle'. dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila seterusnya akan memberi makna kepada generasi yang akan datang dalam melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan mempunyai jati diri. Dengan perkataan lain. Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa. dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa perlu menjadikan Falsafah Rukun Negara sebagai teras yang membawa kepada perpaduan. televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Justeru. kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati. 'tagline' mengenai Rukun Negara melalui siaran media elektronik kerajaan dan swasta. Ketiga.3 MENGHORMATI DAN MENJADIKAN RUKUN NEGARA SEBAGAI TERAS PERPADUAN RAKYAT Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 selepas peristiwa 13 Mei 1969 bertujuan supaya rakyat dapat hidup dengan muhibah.

6 . Antara nilai-nilai yang ada adalah sikap toleransi. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah komuniti. namun kita dapat melihat adanya persamaan dari aspek nilai dan norma yang boleh dikongsi bersama bagi memupuk perpaduan. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang menyayangi antara satu sama lain. pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan. berkasih-sayang dalam hubungan kemanusiaan. rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan. sikap bersederhana. kotak bergambar (showcase). kesedaran dan penghayatan rakyat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai teras dan landasan kehidupan dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia. kepercayaan. Pendek kata. Keempat. dan kemesraan. Amalan masyarakat yang baik adalah salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni. Garis persamaan yang terdapat antara seorang manusia dengan manusia yang lain walau berbeza agama ini jika ditekankan akan mampu mencapai dan mempertingkatkan nilai perpaduan dalam masyarakat. 'billboard'. tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. 2. Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain.4 MENGAMALKAN NILAI DAN NORMA HIDUP BERMASYARAKAT YANG POSITIF Walaupun Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi ideologi. Sebagai contoh. meningkatkan pemahaman. melalui aktiviti sesi ceramah berkaitan penghayatan Rukun Negara dan pertandingan menulis esei serta persembahan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi Semangat Rukun Negara perlu dalam memberi pendedahan secara berterusan tentang pentingnya Rukun Negara sebagai tonggak perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum. Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia. sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. pelekat kenderaan dan iklan di media cetak dan elektronik. amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum. kebudayaan dan tradisi sesuatu bangsa. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.seperti poster. Sebagai contohnya. Amannya sesuatu komuniti amnya bergantung kepada sikap individu itu.

kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara Sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam. Dalam konteks Malaysia. menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambutansambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan. kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran. iii.2. hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari. Berikut merupakan cara bagaimana sistem pendidikan boleh membentuk perpaduan: i. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam. iv. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. sebagai bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain tanpa menimbulkan rasa curiga. nilai-nilai dan norma. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Contohnya. perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia. Selain daripada sistem pendidikan. pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Sistem persekolahan yang sama bagi semua. keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia. 7 . ii. peranan pihak sekolah sebagai juga penting sebagai penyalur kepada perpaduan kaum. yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman. Pihak sekolah merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni.5 MENJADIKAN SISTEM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN SEBAGAI PENYALUR PERPADUAN Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu. Dalam konteks negara Malaysia. Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Kurikulum yang sama yang mengandungi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum.

8 .0 KESIMPULAN Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini. rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat iaitu membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan negara. maju. selamat dan makmur. berikrar untuk memberi sumbangan penuh bererti kepada masyarakat.bulat manusia kerana muafakat‟. lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana sesungguhnya „Bulat air kerana pembetung. Sejajar dengan ini. Justeru. marilah kita sama-sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik.3. perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman.

Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1993). Integrasi Nasional. Jabatan Hal Ehwal Khas.ikim. Rukunegara : Ideologi. Membina Bangsa Malaysia Jilid 4.org/keharmonian-kepelbagaian-landasan-malaysia-terus-maju.RUJUKAN Hussein Hj. ( 2011 ).html http://www. Sistem dan Falsafah. ( 2011 ). Jabatan Hal Ehwal Khas. Kuala Lumpur Jom 1. Pendidikan Di Malaysia – Sejarah. Kesenian Dan Warisan Mohd Ayop Bin Abd. Shah Alam : Federal Publication Sufean Hussin. Razid. ( 1992 ). Dewan Bahasa Dan Pustaka. ( 2009 ). (1996). Kementerian Perpaduan.my 9 . Kebudayaan. Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur. Ahmad. Ranjit Singh Malhi. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasinal. Falsafah Dan Etika. http://beritaharian.gov.

.

.-079.3 47.7.

.3 050-.: 92   995.7243.3 .3 2.8. 907:8 2.3/.8.0...

.

 2 4. 2       .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful