ASAS FARDHU AIN

January 8, 2009

Isi Kandungan
1-TAHARAH (BERSUCI) Pengertian bersuci: Taharah zahir dan batin. 2-Jenis-Jenis bersuci. 3-Istinjak Syarat Istinjak Rukun Istinjak. Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak). Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj). Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak 4-Hukum Qada Hajat Cara Qada Hajat yang diharamkan. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan. Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Adab buang air. 5-Hikmah Bersuci 6-Najis dan jenis-jenisnya Benda-benda Najis 1. Najis Mukhaffafah. (Ringan) 2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) 3. Najis Mughallazah. (berat) Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan). Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) Cara Menyucikan Kulit Bangkai Cara menyucikan cairan yang memabukkan. Perkara yang tidak dikira sebagai najis. Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Air Liur Basi Hukum Madu

Mukasurat
5

6 7

10

13 13

http://tintarestu.com

Page 1

ASAS FARDHU AIN
7-Jenis-jenis Air Air MutlakAir Musta'mal Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) Air Mutanajjis Air Musyammas 8-Wudhu Syarat Wuduk Rukun Wuduk Sunat Wuduk Perkara yang dapat membatalkan Wuduk 9-Tayamum Syarat-syarat tayammum Rukun Tayammum Sunat Tayammum 10-Mandi Wajib & Sunat Perkara yang mewajibkan mandi Rukun Mandi Sunat Mandi 11-Takrif Solat Syarat wajib solat Syarat sah solat Perkara-perkara yang membatalkan solat Waktu-waktu Solat Fardhu Perbuatan sunat sebelum solat Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab

January 8, 2009 19

22

24

25

26

http://tintarestu.com

Page 2

ASAS FARDHU AIN
12-Rukun Solat Niat Takbiratul-Ihram Berdiri bagi orang yang berkuasa Membaca al-Fatihah Rukuk, berserta tama'ninah Iktidal Sujud Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah Tahiyyat/Tasyahud akhir Duduk ketika tahiyyat akhir Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w Salam pertama Tertib 13-Sunat Hai'ah & Ab'adh Sunat Hai'ah Sunat Ab'adh 14-Solat Berjemaah Syarat-syarat sah solat berjemaah Antara syarat untuk menjadi imam 15-Masbuq 16-Istikhlaf Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat 17-Sujud Sahwi Sujud Sahwi Kerana Kelebihan Sujud Sahwi Kerana Kekurangan Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

January 8, 2009 28

32

35

37 38

41

http://tintarestu.com

Page 3

ASAS FARDHU AIN
18-Sujud Sajadah-Tilawah Hukum sujud sajadah Ayat-ayat sujud sajadah Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud Rukun sujud sajadah di luar sembahyang Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang Sujud Syukur

January 8, 2009 43

http://tintarestu.com

Page 4

anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu. Benda-benda najis seperti darah. http://tintarestu. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu: Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas. 2009 TAHARAH (BERSUCI) Ertinya : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad). mengenai (hukum) haid. dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. tahi dan sebagainya. hingus dan lain-lain. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat. dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. Erti pada Syarak: Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis. dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. bangkai. (Surah Al-Baqarah ayat 222) Pengertian bersuci: Pada Bahasa: Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran.com Page 5 . Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu.ASAS FARDHU AIN January 8.

riya. menyentuh dan membaca Al-quran. Menyucikan pakaian. 1. yakin. 2. Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas . 2009 Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. mangkuk) dan masjid. tempat.ASAS FARDHU AIN Taharah zahir dan batin. Menyuci badan daripada hadas besar. Menyuci badan daripada hadas kecil: Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis. jujur dan rendah diri. juga daripada ujub. bersabar. dengki. mencintai kebaikan. Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh. alatan dapur (pinggan . membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan. 4. dan pakaian untuk mengerjakan solat. ragu-ragu. 3. Istinjak. Jenis-Jenis bersuci. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran. duduk di dalam masjid. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas. http://tintarestu. hasad. menipu dan dosa besar. mengerjakan haji.com Page 6 .Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat. Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi. January 8. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik. Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis.

3. Hukum Istinjak Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s. 4. Menghilangkan warnanya. 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . boleh diulang lagi sehingga suci.ASAS FARDHU AIN January 8. 2009 Istinjak Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air. 2. Cara mengerjakan Istinjak. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.com Page 7 . Seorang Islam. (Hadis Riwayat.a. Menghilangkan rasanya. 3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur. 1. 3. http://tintarestu. Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci. Rukun Istinjak. wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu. kertas atau seumpamanya. iaitu dari qubur atau dubur. 2.Dengan menggunakan air. Apabila keluar kotoran dari salah satu. Alat untuk istinjak. 1. 2.w) melalui dua buah kubur. Menghilangkan baunya. ketika itu baginda berkata.w yang bermaksud. Bahawa Nabi (s. Yang seorang diseksa kerana mengumpatgumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil. Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu. Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar. batu. batu. Bukhari dan Muslim) Syarat Istinjak 1. kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan.a.

Benda itu bukan benda yang dihormati seperti makanan. 1. kiranya masih tidak suci. hadis dan seumpamanya. 6. Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Kalau ia basah. Sekiranya ada . sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan. "Ya Allah. Benda itu mesti kesat. pakaian. 5. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur. 7. warna dan rasanya (rasa di tangan). berdosa menggunakannya. 4. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan. 2. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran.ASAS FARDHU AIN Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak). 2. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak. tulang atau seumpamanya. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi.com Page 8 . Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri. Benda itu mesti kering sama ada kayu. Sunat ketika intinjak membaca doa : Ertinya . http://tintarestu. 1. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak. 2009 Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.* Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air. batu." 8. Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur. 6. hendaklah ditambah batu sehingga suci. Hendaklah hilang ain najis. maka tidak boleh digunakan. 4. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan. 3. 3.* 5. January 8. tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat. 9. daun dan lain-lain.

bila memilih salah satu. 3. 2. Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.com Page 9 . Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan yang disapu. Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan. wajib menggunakan air. 4. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan. makanan atau tahi kering. Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj). Bila bersuci dengan air dan batu. seperti tiga ketul batu. Jika najis telah kering. Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan. January 8. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu. Jangan bersuci dengan tulang. Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak 1. 5. hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu. kemudian dengan air. 4.. maka wajib beristinjak dengan menggunakan air. lima ketul batu dan sebagainya. 2009 1.ASAS FARDHU AIN Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur. http://tintarestu. 3. dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil. pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci. Sunat istinjak dengan batu. 2.

7. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.com Page 10 . Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran. 6. 2. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan. Membuang air di bawah pokok buah-buahan 5. Cara yang makruh. hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting. 4. kecuali dalam keadaan darurat. 8. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau. 2. 1. 3. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan. http://tintarestu. 6. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir. musalla dan sebagainya. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan. 1. 3. 3. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. 2009 Hukum Qada Hajat Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum: 1. masjid. 2. 5. Cara Qada Hajat yang diharamkan. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya. 4.ASAS FARDHU AIN January 8. Membuang air di atas makanan. Cara yang haram. Membuang air di atas kitab-kitab agama . Cara yang sunat. Qada hajat di atas kubur.

2. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa: 5. di jalan-jalan. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas. 4. January 8. mulai langkah kaki kanan dahulu. 6. semutar dan sebagainya ketika qada hajat. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air. baca doa ini: Ertinya : "wahai tuhanku. 3. Memakai penutup kepala seperti tudung. ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat. aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air. 7. Ketika hendak masuk. 6. 2009 1. 5. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah. 8. membaca doa ini. Ertinya: "aku meminta ampun kepada Mu. iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar. Ketika keluar dari tandas. 3. 7." 4." Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. Beristibak. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu.com Page 11 . 2. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas). 1. http://tintarestu. di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding. Ketika keluar dari tandas. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.ASAS FARDHU AIN Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu. kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya. Jangan buang air di air yang tenang. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu. Jangan buang air di lubang tanah.ASAS FARDHU AIN Adab buang air January 8. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas. 9. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan. hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran. 3. Jangan membuang air di atas kubur.com Page 12 . kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan. dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. jangan buang air di mana-mana tempat perhentian http://tintarestu. 4. atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas. 8. 6. surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut). 2009 1. 7. 2. 11. 5. 10.

3.ASAS FARDHU AIN January 8. setiap manusia wajib membersihkan diri. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang. Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak. Najis dan jenis-jenisnya Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu. kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang. agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya. 4. 2009 Hikmah-Hikmah Bersuci 1. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia. Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang. pakaian dan tempat daripada najis. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci. 5. http://tintarestu.com Page 13 . Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit 2. hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Sebagai umat Islam.

Bangkai haiwan darat yang berdarah. Anjing dan babi serta keturunannya. Firman Allah. Setiap minuman keras yang memabukkan. 3.ASAS FARDHU AIN Benda-benda Najis January 8. 2009 1. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa. tulang. 2. urat. Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang. Air kencing. hendaklah kamu bersihkan" Al Muddatstsi ayat 4. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan. Terdapat tiga bahagian najis iaitu: 1. 7. dan mengisihi orang orang yang bersuci. Arak atau tuak ( masam) . Muntah. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair. 9. bulu dan sebagainya semuanya adalah najis. " Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat. Darah. Wadi. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak. 5. 2. 3. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. 10. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih. Najis mukhaffafah (najis ringan). 4.com Page 14 . Najis mughallazah (najis berat) http://tintarestu." Al Baqarah ayat 222. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagianbahagian bangkai seperti daging. Najis mutawassitah (najis pertengahan). " Mengenai pakainmu. 6. kulit. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tahi. Mazi. Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. 8.

Najis Mutawassitah. memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Wadi. (Pertengahan) .Bukhari dan Muslim. Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya. tetapi tidak mandi. darah dan lain-lain. Kencing Manusia.Basuh bahagian yang terkena najis dan lap. " Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik) dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. 2. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini. Tetapi baginda beristinjak dengan air " . rasanya serta warnanya." Ibnu Mundzir. Najis Mukhaffafah. Kotoran manusia. iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis. . rasa dan baunya seperti tahi.Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat.2 Najis Ainiah.com Page 15 . lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)". Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah: Ertinya :. (Ringan). Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa. sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan merecikkan air padanya. 2. Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis." Riyawat Ahmad Dalam satu hadith lain: Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci.1 Najis Hukmiah. berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW. http://tintarestu. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu kemudian dilap hingga kering." Wadi itu keluar setelah kencing. seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. 2.. . Yakni Najis Mughaladzah.iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya.Lap dengan kain bersih sehingga kering.Percikkan air di tempat yang terkena najis. sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. seperti kencing yang sudah lama kering. 2009 1. Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci. Rasulullah SAW bersabda. Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air. . Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i Cara menyucikan najis mukhaffafah: .Bukhari dan Muslim. .ASAS FARDHU AIN January 8. berdasar hadiths Anas bin Malik berkata. Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk. baunya .

Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit.Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah. Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya. Maka kusuruh seorang lelaki. Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata. Lalu is bertanya. Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). ii." (Riwayat Muslim). bukan kerana luka dan cedera. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali. Basuh bekas itu sehingga hilang bau. berdasar hadith Ali. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk. air pertama hendaklah dicampur dengan tanah. Darah haid termasuk benda najis. Darah :. Najis Hukmiyah.a. Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". 2009 Madzi. iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis. 3. http://tintarestu. bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian. sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah. i. Sabda Rasullullah (SAW) cara mencuci bejana seseorang kamu. 2. kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu. Ertinya :. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis. apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali." ." Bukhari dan Muslim Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Bukhari. Najis Ainiyah. berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar. warna dan rasa dengan air mutlak. kerana akulah suami puterinya. (berat) iaitu anjing dan babi. misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih. ataupun darah haid. i. Darah haid dan darah nifas : Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan. Dari Aisyah r.ASAS FARDHU AIN January 8. Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).Bukhari. 1. Buangkan najis itu terlebih dahulu. Najis Mughallazah. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.com Page 16 ." Saya lelaki yang sering keluar madzi.

Belalang. maka buanglah semuanya. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama . Tetapi memakannya tetap dilarang. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut). Perkara yang tidak dikira sebagai najis. rasa dan ainnya. Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis. http://tintarestu. kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya. 1. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan. Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah: 1. liur.termasuk dagingnya. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Cara Menyucikan Kulit Bangkai Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir. lemak. Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. 2. maka hukumnya makruh. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah. . Cara Menyucinya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku. maka dikira najis dan ianya wajib disamak. cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir. Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. 2009 * Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. Cara menyucikan cairan yang memabukkan. 2. Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair.com Page 17 . maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. tahi. Peringatan. darah. tulang. 5. 4. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak). Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci. 3.ASAS FARDHU AIN Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat) January 8.

kemudian kucing itu menjilat minuman. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk. 2. susu jika ia keluar dari: i. kesan darah di mulut kucing itu telah hilang. mani. kahak yang keluar daripada dada atau otak. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah. jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan.ASAS FARDHU AIN Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman. peluh . Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis. ii. Tidak najis air liur kucing. maka air yang dijilati itu menjadi najis. Hukum Madu 1. Jika selepas makan tikus atau sebagainya. 2. Air minuman itu tidak najis. maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut. Air liur. January 8. Jika air itu berwarna kuning atau busuk.com Page 18 . 1. 2009 1. Air Liur Basi Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur. tikus dan seumpamanya. maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut. air mata. i. 3. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa. air hidung. http://tintarestu. 2. ii.

2. http://tintarestu. harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas Suci dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan. Air Salji. Air Mutlak . Air sedikit yang kemasukan najis. Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib.Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. Air banyak Air sedikit Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya. 6. jernih. Air yang sah dibuat bersuci. perigi dan laut. 1. 7. 5. Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih. Air perigi. Air Mutanajis Tidak harus digunakan. Air Musta'mal . Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci. Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain. masim dan sebagainya. 4. Air mata air.ASAS FARDHU AIN January 8. Air embun. Air hujan. Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. boleh menyucikan. Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.com Page 19 . Air sungai. masam. 2. Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah.Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil. 1. 2009 Jenis-jenis Air Bahagiannya Air mutlak – suci lagi menyucikan Air Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan. 3. keruh. Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas Hukum bersuci dengannya Suci: harus dibuat makan dan minum. Air laut.

2009 3.Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu. iv.ASAS FARDHU AIN January 8. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya.11 tin http://tintarestu. i. Sukatan dua kolah. air mawar. Air yang lebih daripada dua kolah . Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci. Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis. iii.62. Air Mutanajjis terbahagi kepada dua. maka ia adalah suci. Kilogram . minuman dan bersuci. air kelapa. contoh: Air kopi. Hukumnya. maka air itu menjadi najis.174 liter ii. air sirap . iii. Panjang .Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis. suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. ii. contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai. Peringatan. air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya. Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) .5 inci).60 cm (22. ii. iv. Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci. 4.317 kati. Peringatan. air teh. jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna. Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci. tin minyak tanah . Bagi bekas segi empat sama. Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan .com Page 20 . Jika diukur dalam timbangan atau sukatan. air tebu dan sebagainya. bau atqau rasanya. i.5 cm ( 25 inci).5 inci). i. kati . Lebar 60 cm (22. liter . Dalam . i.190 kilogram. Air Mutanajjis .

ii. 2009 5. Keterangan: i. Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit. Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.com Page 21 . hukumnya. iv. Air Musyammas .Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.ASAS FARDHU AIN January 8. Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat. http://tintarestu. iii. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barangbarang lain.

Sunat Wuduk ada 12: 1. Syarat Wuduk ada lima: 1. Mendahulukan basuhan anggota kanan. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki. 10. Abu Daud)."(Al-Maidah : 6). Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu. 7. Mengusap sebahagian kepala dengan air. Membersihkan hidung dengan air. Tidak ada yang menghalangi kulit Rukun Wuduk ada enam: 1. 2. Membasuh dua tangan sampai ke siku. Tidak berhadas besar 4. 9. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali). dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri. 3. Mengusap seluruh kepala dengan air. Tertib (berturutan). Niat dengan bacaan: "Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah." 2." (H. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan) 5. 4. 8. 5. 4. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati. Firman Allah SWT. Berkumur. 11. kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki. Menggosok gigi (bersiwak). "Wahai orang-orang yang beriman. 3. 6. 6. Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk.com Page 22 . 2009 Wuduk Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.ASAS FARDHU AIN January 8. Baligh 3. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan. Islam 2. 5. apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu. Tidak berbicara. http://tintarestu. Membasuh kedua cuping telinga.R. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat.

2. 5. Membaca doa sesudah berwuduk: January 8. tidak ada sekutu bagiNya.ASAS FARDHU AIN 12. pengsan ataupun mabuk. Menurut Mazhab Maliki pula. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim. 2009 ""Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa. menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat). 3.Maha suci Allah saya memuji kepada Mu. hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya). Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orangorang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci. dewasa maupun anak-anak. http://tintarestu. Tidur. sama ada milik sendiri maupun milik orang lain. Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan. sata meminta ampun dan bertaubat kepada Mu " Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima: 1. Menurut mazhab Syafi'i. samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan. nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur. ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan. Hilangnya akal sama ada gila. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. 4. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak.com Page 23 .

maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sedang dalam perjalanan. Rukun Tayammum ada 4: 1.com Page 24 . Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah 4. Niat ertinya "Sahaja aku tayamum kerana menguruskan sembahyang ". Memakai tanah yang suci dan berdebu.. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya 3. kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Sudah masuk waktu solat 2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan. Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. 2. sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah."(Q. 2009 Tayammum Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci. 2. Menyapu muka dengan tanah 3..ASAS FARDHU AIN January 8. Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat. Syarat-syarat tayammum: 1. Sakit. Tertib atau berturutan Sunat Tayammum ada 2: 1. Firman Allah SWT : ". Al-Maidah : 6) 5. http://tintarestu.S. nota: Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk. 4.

2. Selain mandi wajib. 3. Meninggal dunia. "Apabila kamu junub. maka mandilah/bersuci. Membasuh seluruh tubuh. 5. 2. Rukun Mandi ada 3: 1.ASAS FARDHU AIN January 8." (Al-Maidah: 6) Perkara yang mewajibkan mandi: 1. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan. iaitu: Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah Mandi sehabis memandikan mayat Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam http://tintarestu. Bersetubuh. 2009 Mandi Wajib & Sunat Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. ada juga mandi-mandi sunat.com Page 25 . sama ada sengaja atau tidak. sama ada mengeluarkan mani atau tidak. 4. Firman Allah SWT. kecuali mati syahid. Sunat Mandi ialah: * Diawali membaca bismillah dalam hati * Menggosok seluruh tubuh dengan tangan * Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri * Berwuduk sebelum mandi * Tertib atau berturut-turut. Keluar air mani. 3. Habis masa haid. Niat. Nifas. iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.

Keluar/kedatangan hadas. Makan/minum walau sedikit. Syarat wajib solat: 1. 8. http://tintarestu. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat). Suci badan dari dua hadas. Terbuka aurat dengan sengaja.ASAS FARDHU AIN January 8. dan di pakaiannya. Firman Allah swt: "Dan dirikanlah olehmu solat. Baligh 3. mengikut syarat-syarat yang tertentu. Meninggalkan rukun solat. 2. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja. Berniat keluar dari solat (mufaraqah). kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari (perbuatanperbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45) Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam. lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi misalnya didapati ada najis di sejadah . 10. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain. 2. maghrib dan isya'. Islam 2. zuhur. iaitu subuh. Yakin masuk waktu solat. 9. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya) 5. 2009 Takrif solat: Solat dari segi bahasa ertinya doa. 4.maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat) Perkara-perkara yang membatalkan solat: 1. di tempat solatnya. (nota: sekiranya sesudah tamat solat. atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup. 3. Terkena najis yang tidak dimaafkan. 6. Menutup aurat. 5. atau tertawa. 3.com Page 26 . 4. 7. Berakal Syarat sah solat: 1. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam. asar. Suci dari najis sama ada di badannya.

Ketika masuk matahari.ertinya memberitahu. 2.ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi. Iqamah. 2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah. 4. Perbuatan sunat sebelum solat: 1.bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah di ufuk barat. 4. Azan . 2. Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab: 1. Solat Zuhur .bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam. 3. Selepas solat subuh sehingga naik matahari. http://tintarestu. Ketika matahari di tengah-tengah langit. 5. 2009 Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut: 1.bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam. Solat Subuh .ASAS FARDHU AIN Waktu-waktu Solat Fardhu: January 8. Bersugi . Solat Maghrib .com Page 27 . dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam. 3. Solat Isya' . Solat Asar . 3. 5.bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari.

Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud. 5. "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan. Niat.ASAS FARDHU AIN January 8. 2009 Rukun Solat Rukun solat ada 13: 1. Membaca salam 13. Duduk dalam Tasyahhud akhir. dengan tama'ninah. http://tintarestu. Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja. Umpamanya. Oleh itu. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati. Tertib. 4. untuk solat Zuhur. sebagainya). Huraian rukun solat: 1. 11. 6. Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat. 7. Duduk di antara dua sujud. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. tidak terburu-buru). maka seseorang itu akan bertakbiratulihram dan lalu hatinya berkata: Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. 3.com Page 28 . Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib. Iktidal dengan tama'ninah. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3. 8. 12. maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu. 2. Membaca surah Al-fatihah. iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"). niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat. Sujud dua kali. bahkan hanya sunat hukumnya. Berdiri bagi yang mampu. 10. Niat "Empat Rakaat". dengan tama'ninah. tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. 9. Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur.

Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram. 2009 Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat). dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan. Namun begitu. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan. Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. sebaiknya zikir "LaaIlaha-Illallah. kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat. dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang. Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. atau ketika mana-mana rukun yang lain. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar. adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif). sunat gerhana bulan." http://tintarestu. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat). Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. contohnya ketika rukuk. dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir. Maghrib dan Isya' sahaja. dan pergerakan tangan yang berkali-kali. iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha." Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah. kerana keduadua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar). tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya. Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur. Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat. adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".com Page 29 . iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad." Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab. maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara. 2. dan sebagainya). Takbiratul-Ihram.ASAS FARDHU AIN January 8. seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur.

Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah. ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Dua lutut 4. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk. dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan. 4. Berdiri bagi orang yang berkuasa.ASAS FARDHU AIN January 8.com Page 30 . Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Doa tasbih ketika rukuk ialah: "Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud. ke belakang. dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah. baring mengiring. berserta tama'ninah. berserta tama'ninah." 6. menelentang atau secara mana yang termampu." 7. namun tidak digalakkan. maka tidaklah wajib dibuka. 2009 3." Kemudian disambung pula dengan bacaan: "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji. Dua tapak tangan 3. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk. Dua perut jari kaki Doa ketika sujud ialah: "Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya" http://tintarestu. Dahi 2. Rukuk. 5. Anggota sujud ada 7: 1. Doa tasbih ketika iktidal ialah: "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.

Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia. Duduk ketika tahiyyat akhir. Selawat ke atas Nabi Muhammad s. Tertib. sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain.ASAS FARDHU AIN January 8. sihatkanlah aku dan maafkanlah aku. 2009 8. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya." 13. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.com Page 31 . Doa tasbih ketika sujud ialah: "Ya Allah ampunilah daku. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. rezekikanlah aku. maka hendaklah ia kembali sujud semula. angkatlah darjatku. Sejahtera ke atas kami dan atas hambahamba Allah yang soleh. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut: "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Tahiyyat/Tasyahud akhir. berilah aku hidayah. kayakan daku. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah." 9.a. rahmatilah daku. 10." 12." nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan. sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. umpamanya mengelakkan daripada binatang. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu. Oleh itu. sekurang-kurangnya.w. "Allahumma-solli 'ala Muhammad. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. http://tintarestu. 11. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Kuhadapkan mukaku. Doa iftitah ialah: "Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat. Membaca tasbih ketika bangkit dari sujud 12. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram.ASAS FARDHU AIN January 8. Membaca amin selepas fatihah 7. dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 13. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 14. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Membaca A'uzubillah 5. dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. Dan dengan demikian aku ditugaskan. Sunat Ab'adh Sunat Hai'ah ada 15 perkara: 1. Sunat Hai'ah 2. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. hidupku. Sesungguhnya sembahyangku." 4. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir 15. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk 10. 6. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan) 2. 2009 Sunat Hai'ah & Ab'adh Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua: 1. Membaca tasbih ketika rukuk 9.com Page 32 . Membaca tasbih ketika sujud 11. 3. Salam yang kedua http://tintarestu. kepada yang menjadikan langit dan bumi. aku cenderung lagi berserah kepada Allah. ibadatku. Membaca doa tawujud/iftitah. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan. dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah 8. ketika rukuk.

Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. 2009 "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Duduk Tahiyat 4. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.com Page 33 . dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Sejahtera ke atas kami dan atas hambahamba Allah yang soleh. Nabi yang buta-huruf. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. oh Tuhan. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. telah memberi berkat Engkau. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.ASAS FARDHU AIN Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 1. Tahiyat awal. Doa qunut ialah: "Ya Allah." 2. Doa tahiyat awal ialah: January 8. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. dan Maha Tinggi Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu." http://tintarestu. Selawat didalam Tahiyat awal 3. dan diberiNya kesejahteraan.

Selawat di dalam qunut 6. Berdiri semasa qunut 7.com Page 34 . January 8. manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi. http://tintarestu. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.ASAS FARDHU AIN 5. maka disunatkan ia sujud sahwi. 2009 Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh.

2009 Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang. 6. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. http://tintarestu. qasar. kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.ASAS FARDHU AIN January 8. sekurang-kurangnya di takat tumit. melainkan ketika solat Jumaat. manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. 4. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. makmumatan (makmum perempuan). 5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang. solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Jumaat. 2. ia wajib dikerjakan secara berjemaah. 8. misalnya sama-sama solat Zuhur. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum. atau secara beramairamai. Tetapi bagi sembahyang Jumaat. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah. 3. dengan diketuai seorang imam. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. dan tidak diwajibkan bagi solatsolat yang lain). Kedudukan imam ialah di hadapan makmum. Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum. Solat makmum harus sama dengan solat imam. jamak dan sebagainya. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.com Page 35 . imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan. seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki). Syarat-syarat sah solat berjemaah: 1. solat hari raya. Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. 7. Semasa berniat.

lalu disertai pula seorang lagi makmum. Terdapat sabda Rasulullah s.com Page 36 . maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam. dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam. apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri.” Dalam solat berjemaah bersama satu makmum. dan bukannya atas mereka (makmum). http://tintarestu. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah. asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam.ASAS FARDHU AIN Antara syarat untuk menjadi imam: January 8. 2009 * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. * Imam itu sudah mumaiyiz.a. * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan. maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.

atau duduk tahiyyat dan sebagainya) maka tidaklah dikira ia mendapat rakaat itu ("masbuq"). lalu ia takbiratul-ihram dan mendapati imam sedang rukuk. Setelah solat berakhir dan imam memberi salam. maka ia telah mendapat satu rakaat. Jika makmum sedang takbir lalu imam memberi salam."(H. 2009 Masbuq Masbuq ialah apabila makmum ketinggalan dalam solat berjemaah. Sekiranya makmum sempat mengikuti rukuk imam dengan sempurna (sekadar dapat menyentuh lutut) sebelum imam bangun untuk iktidal. dan imam telahpun selesai solatnya. atau makmum memasuki solat sesudah imam rukuk (iaitu semasa sujud.com Page 37 . Sekiranya makmum hanya sempat masbuq di tahiyyat akhir.ASAS FARDHU AIN January 8. “Semoga Allah menambah semangatmu tetapi jangan diulangi lagi. maka perlu makmum mengikuti rukuk imam itu dengan tanpa wajib menyelesaikan rukun fatihah. maka makmum ditegah duduk kerana duduk itu mengikut imam. biarpun tanpa sempat menyempurnakan rukun fatihahnya. maka ia dikira solat Zuhur dan perlulah menyempurnakan jumlah empat rakaat. Jika makmum tidak sempat menyempurnakan rukuk. Tetapi sekiranya makmum tidak sempat rukuk dalam rakaat terakhir solat Jumaat. Abu Daud). tidaklah ia perlu membaca doa dalam tahiyyat akhir kerana doa tahiyyat itu disunatkan hanya untuk orang yang bertasyahhud akhir.R. Dari hadis: Dari Hasan dari Abu Bakrah. maka makmum itu perlulah bangun dan menyelesaikan solatnya dengan menambah rakaat yang tertinggal.” (H. Makmum yang masbuq itu juga diperbolehkan duduk iftirasy seperti di dalam rakaat kedua. hendaklah ikut sujud dan janganlah kamu hitung itu satu rakat. maka dia rukuk sebelum sampai kepada saf. http://tintarestu. Barangsiapa yang mendapati rukuk bersama imam. Dalam solat Subuh. Dalam solat Jumaat pula. Hal itu disampaikan kepada nabi. sekiranya makmum sempat mendapat rakaat kedua dengan ia sempat rukuk bersama imam. makmum masbuq mestilah berqunut sekali lagi untuk dirinya di rakaat keduanya meskipun ia telah berqunut bersama imam di awal sembahyang tadi. dia sampai kepada Nabi saw.R. maka dikira ia mendapat solat Jumaat itu dan hanya perlu menyelesaikan jumlah dua rakaat sahaja. ketika Nabi sedang rukuk. dikira makmum sudah mendapat rakaat ("muwafiq"). Bukhari) Sabda Rasulullah saw: "Apabila seseorang diantara kamu datang (untuk) solat sewaktu kami sujud. Dari hadis di atas. Contoh: apabila seseorang makmum memasuki solat jemaah. Jika makmum itu duduk dengan sengaja dan tahu akan tegahannya maka batallah sembahyang itu. maka difahamilah bahawa orang yang mendapatkan rukuk dianggap telah mendapatkan satu rakaat. maka Nabi berkata.

adalah diharuskan bagi salah seorang makmum menggantikannya. Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang. maka ditegah penggantiannya selepas itu. maka tidak sah sembahyang makmum yang lain jika mengikutinya. Jika imam keluar daripada sembahyangnya disebabkan berhadas. Abu Bakar memperdengarkan takbir kepada orang ramai. sama ada rukun fi‘li (perbuatan) atau rukun qauli (percakapan). sama ada di sebelah atau di belakang. http://tintarestu. Beliau (mengulangi perintah yang sama) pada ketiga atau keempat kalinya Baginda bersabda: "Kamu adalah (macam) sahabat-sahabat Yusuf. Jika imam itu diganti oleh makmum yang kurang fasih dalam bacaan fatihah (ummiyan). Hadis: "Ketika Nabi SAW sedang sakit tenat. Tempatnya yang kosong di saf hendaklah pula diisi oleh makmum lain. kerana mustakhlif (pengganti) itu sudah dalam kedudukan imam yang awal. Kemudian Nabi SAW datang dengan bantuan dua orang lelaki. kerana ia tidak sah menjadi imam. Pada waktu Abu Bakar melihatnya." Nabi SAW bersabda: "Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami sembahyang. seakan-akan baru saja aku melihat Baginda memijakkan kakinya ke tanah. Juga ditegah penggantiannya jika makmum tersebut diam terlalu lama dengan kadar berlalunya satu rukun.ASAS FARDHU AIN January 8.com Page 38 ." (HR Bukhari) Disyaratkan bagi makmum yang menggantikan imam itu adalah pengganti (khalifah/mustakhlif) yang sah menjadi imam kepada jemaah yang lain. Istikhlaf hendaklah dilakukan dengan serta-merta." Maka Abu Bakar mengimami sembahyang. Saya berkata: "Abu Bakar adalah seorang lelaki yang penyedih dan jika dia berdiri mengambil tempatmu (sembahyang). dia akan menangis dan tidak mampu membaca Al-Qur’an. Sekiranya didapati tiada sesiapa yang maju menggantikan imam. atau orang yang tidak jelas bacaannya seperti mendengungkan pada tempat yang tidak dengung serta mengubah bacaan. juga dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. (nota sampingan: makmum saf pertama di belakang imam adalah juga bertanggungjawab untuk menegur imam di kala kesilapan bacaan dan perbuatan solat dengan isyarat bacaan "Subhanallah") Imam yang keluar itu hendaklah keluar dengan tertib. sekurang-kurangnya beralih ke kirinya jika tiada luang kosong untuk ia mundur. atau biarpun dengan tiada sebab. 2009 Istikhlaf Istikhlaf bererti imam digantikan oleh salah seorang daripada makmumnya (lalu menjadi imam) bagi menyempurnakan sembahyang mereka. disebabkan keuzuran imam pertama itu. atau orang bisu. Disyaratkan juga imam itu diganti oleh makmum yang berada di saf pertama betul-betul di belakang imam." Saya pun mengatakan hal yang sama seperti di atas. Kemudian makmum yang mengganti imam itu hendaklah pula maju ke hadapan dengan tidak lebih dari dua pergerakan langkah. Abu Bakar berundur sedikit dan Nabi SAW duduk di sebelah kirinya. Maka Nabi SAW menyuruhnya supaya mengatakan kepada Abu Bakar agar mengimami orang ramai. datang Bilal untuk memberitahu Baginda tentang sembahyang. Jika imam keluar daripada jemaah sedangkan makmum telahpun lanjut melakukan satu rukun. dia mencuba untuk berundur tetapi Nabi SAW memberi isyarat kepadanya untuk tetap sembahyang. Tidak disyaratkan ke atas makmum dalam istikhlaf untuk berniat lagi untuk menjadi makmum. maka makmum diperbolehkan mufaraqah (berpisah) dari berjemaah dan meneruskan solat bersendirian.

jika makmum yang masbuq pada rakaat kedua dalam sembahyang subuh. Jika makmum yang masbuq menggantikan imam yang keluar daripada jemaah hendaklah dia menjaga tertib imam tersebut. duduk dan bertasyahud biarpun pada asalnya dia baru melakukan satu rakaat. lalu berqunut lagi pada rakaat keduanya itu bagi dirinya sendiri sahaja (doa qunut bersendirian dan bukan qunut berjemaah).com Page 39 . Adapun jika diganti oleh seorang yang di luar sembahyang (mustakhlif bukan daripada kalangan makmum. Jika berlaku percanggahan dalam tertib. Makmum-makmum masbuq yang bangkit semula untuk menyempurnakan sembahyang mereka setelah sempurna solat berjemaah adalah diperbolehlah kepada salah seorang daripada mereka yang masbuq itu untuk maju ke hadapan menjadi imam dan makmum masbuq yang lain itu boleh mengikutinya. dan terus masuk menjadi imam). maka sah penggantian tersebut di mana-mana rakaat pun kerana mustakhlif itu mengikuti tertib imam sebelumnya dan tidak membawa kepada percanggahan. dan dia (pengganti) itu akan bangun berdiri bagi rakaatnya yang pertama sedangkan makmum yang lainnya duduk tahiyyat awal (atau tahiyyat akhir) di rakaat mereka. Para jemaah yang mengikuti mustakhlif yang masbuq tersebut ada dua pilihan pada tahiyyat akhir tadi iaitu sama ada berniat mufaraqah (berpisah daripada imam) dan terus memberi salam.ASAS FARDHU AIN Cara Istikhlaf Dalam Sembahyang January 8. sebagaimana perbuatannya jika imam belum keluar daripada jemaah. ataupun duduk menunggu mustakhlif itu dan memberi salam bersama-samanya. Istikhlaf sebegini adalah diharuskan kecuali dalam sembahyang Jumaat kerana tidak harus mendirikan lagi sembahyang Jumaat selepas selesai dikerjakannya. atau rakaat ketiga (pada sembahyang yang empat rakaat) kerana tidak akan bercanggah dengan tertib makmum yang mengikutinya. 2009 Apabila seorang mustakhlif menggantikan imam dalam sembahyang yang sama atau bilangan rakaat yang sama. maka menurut pendapat Imam Nawawi dan jumhur ulama adalah diharuskan istikhlaf dengan syarat mustakhlif tersebut menggantikan imam pada rakaat pertama. kemudian imam itu berhadas lalu diganti oleh makmum yang masbuq itu. maka makmum yang menggantikan itu hendaklah menjaga tertib imam pertama dengan menyambung perbuatan sebagaimana yang perlu dilakukan di dalam rakaat kedua dalam sembahyang subuh iaitu berqunut. maka tidaklah diharuskan istikhlaf. Contohnya ialah apabila seorang yang di luar sembahyang mengganti imam pada rakaat kedua atau rakaat terakhir. Sebagai contoh. Selepas itu baharulah mustakhlif yang masbuq itu bangkit semula (tanpa salam) untuk menggenapkan solat dua rakaatnya. http://tintarestu.

Manakala jika imam itu keluar selepas rukuk dalam rakaat kedua sembahyang Jumaat. Jika ia tidak menghadiri khutbah maka dia tidak diharuskan mengganti imam itu. Manakala makmum yang mengikutinya ada dua pilihan. adalah harus dia diganti oleh mustakhlif yang bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah itu. antara memberi salam dengan niat mufaraqah atau makmum menunggu mustakhlif dan memberi salam bersamanya. kerana mustakhlif itu dikira tergolong dalam ahli Jumaat. Akan tetapi hendaklah mustakhlif itu menjaga tertib imam yang awal. Akan tetapi jika mustakhlif itu bersama imam sebelum imam keluar daripada jemaah tetapi dia tidak bersama imam sebelum rukuk pada rakaat kedua (mustakhlif masbuq). imam tidak harus diganti oleh mustakhlif yang tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada jemaah. http://tintarestu.ASAS FARDHU AIN January 8. maka tidak diharuskan ia mengimamkan sembahyang itu kerana dia tidak tergolong dalam ahli Jumaat. adalah diharuskan menggantikannya jika mustakhlif itu juga turut menghadiri khutbah. Makmum yang bersembahyang Jumaat diharuskan pula mengikuti mustakhlif yang difardhukan ke atasnya sembahyang Zuhur itu.com Page 40 . 2009 Istikhlaf Dalam Sembahyang Jumaat Apabila imam keluar selepas membaca dua khutbah dan sebelum mengangkat takbiratul ihram bagi sembahyang Jumaat. Cara ini adalah yang lebih afdhal dilakukan. maka difardhukan ke atas mustakhlif itu sembahyang Zuhur. Jika imam keluar daripada sembahyang selepas mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama sembahyang Jumaat dan sebelum rukuk di rakaat kedua. Jika ia tidak bersama imam sebelum dia keluar daripada sembahyang.

atau hanya 50-50 pasti). dan hukumnya adalah sunat. maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. justeru terlupa. lalu sujud sahwi sebelum salam. 2. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. dan tidak condong pada salah satunya (dzan. 1. maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini. iaitu jumlah rakaat yang sedikit." Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan. makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak). Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang. umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh. atau lebih 50% pasti). 2. 2009 Sujud Sahwi Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham. maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya.ASAS FARDHU AIN January 8. maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. dan kerana raguragu. umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat. sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam. ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam. dan sebagainya. Keraguan ada dua jenis: 1. maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi. Doa sujud sahwi adalah seperti berikut: Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa. 3. Kemudian menutupi kekurangan tersebut. atau sujud. maka dia perlu sujud sahwi. kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.com Page 41 . http://tintarestu. Namun. Misalnya. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan Barangsiapa. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk. kerana kekurangan. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal.

Sekiranya imam terlupa sujud sahwi. dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya.ASAS FARDHU AIN Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi January 8. dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya. Jika ketinggalan kerana lupa. maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya. 3. maka sunat ab'adh itu gugur.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam. maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut. 4. kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut. maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu. http://tintarestu.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja. dan kembali meneruskan solat dari situ.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja. maka harus pula melakukan salam sekali lagi.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi. Pada kedua-dua hal ini. 5. 2. makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam. maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama. 2009 1. maka batallah solatnya. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya. lalu sujud sahwi selepas salam.com Page 42 . wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya. akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

lalu dia sujud. sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah.a. maka dia sujud. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15 3. Surah 38 (Shaad) Ayat 24 12. lalu mendapat syurga. dan Sujud Sajadah atau sujud Tilawah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Qur'an sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Tetapi barangsiapa bersujud. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109 5.: Pada suatu hari Jumaat. "Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud. Pada hari Jumaat berikutnya. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50 4.ASAS FARDHU AIN January 8. telah bersabda: Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah. 2009 Sujud Sajadah/Tilawah Tilawah ertinya bacaan. lalu apabila sampai pada ayat sajdah dia berkata: "Wahai manusia. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18 7. Katanya.a. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206 2. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60 9. dia lalu turun dan sujud. dibacanya surah berkenaan. Rasulullah s. http://tintarestu.a. Dari Umar r. maka dia tidak mendapat dosa. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15 11. Surah 19 (Maryam) Ayat 58 6.w.com Page 43 . dia telah melakukan yang benar. tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur (keterangan sujud syukur akan menyusul selanjutnya). katanya. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19 Nota: Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah. dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar. Aku disuruh sujud. atau sunat yang amat digalakkan. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 8. Untuk mengenali ayat-ayat sajadah itu di dalam al-Qur'an. Daripada Abu Hurairah r. Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah. tetapi aku menolak maka untukku neraka. maka ketika sampai pada ayat sajadah. maka syaitan jatuh sambil menangis. pada kebiasaannya pada ayat-ayat itu ada ditandakan dengan garis atau di penghujung ayat itu ditandakan simbol dengan tertulis perkataan sajadah. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62 14. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38 13." (HR Al-Bukhari dan Muslim) Hukum sujud sajadah adalah sunat mu'akad. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21 15." (HR Bukhari) Ayat-ayat sujud sajadah ialah: 1. Surah 27 (An Naml) Ayat 26 10.

makmum wajib mengikuti imam sama ada imam itu melakukan sujud sajadah ataupun tidak. Disunatkan juga agar bertakbir apabila naik dari sujud. sebaik-baik Pencipta. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Niat .iaitu "Sahaja aku sujud sajadah kerana Allah Ta'ala" Takbiratul-ihram Sujud Salam. umpamanya solat Zuhur." Cara melakukan sujud sajadah ialah terus bersujud (tanpa niat.com Page 44 . Sekiranya bacaan ayat sajadah itu telahpun tamat. sujud tilawah itu sunat dibuat oleh imam setelah dia selesai menunaikan sembahyang supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan makmum. adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan sujud tilawah selepas selesai salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.ASAS FARDHU AIN Bacaan doa yang sunat dibaca ketika sujud ialah: January 8. 4. http://tintarestu. dan membaca doa sujud sajadah di dalam sujud. 3. dan tanpa mengangkat tangan) sebaik sahaja selepas membaca ayat sajadah. Akan tetapi. Adalah sunat bertakbir "Allah-Akbar" sebelum turun dari qiam untuk melakukan sujud sajadah. Maha memberkati Allah. lalu kembali berdiri dan meneruskan bacaan selanjutnya. dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Di dalam solat berjemaah. 2. Rukun sujud sajadah di luar sembahyang ialah: 1. 2009 Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya. Sujud sajadah di luar solat adalah disunatkan kepada pembaca dan juga pendengar bacaan ayat sajadah. Walau bagaimanapun bagi sembahyang yang dibaca dengan suara perlahan. Adalah tidak perlu mengangkat tangan ketika naik dari sujud. maka teruslah rukuk selepas berdiri sebentar apabila bangun dari sujud. dan sujud si pendengar itu tidak tergantung sama ada pembaca (qari) itu turut sujud atau tidak.

mengadap kiblat. dan hanya dilakukan di luar solat. Disunatkan bacaan takbir "Allahu-Akbar" (selepas daripada Takbiratul-ihram) ketika hendak sujud.com Page 45 . maka batallah solatnya. dan sebagainya). duduk. Di samping melaksanakan sujud syukur. 2009 Syarat sah sujud sajadah di luar sembahyang adalah sama seperti syarat sembahyang (suci dari hadas besar dan kecil. Nota sampingan: Sujud Syukur Sujud Syukur adalah perbuatan sujud ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah.ASAS FARDHU AIN January 8. menutup aurat. disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. dan salam. lalu sujud. Adalah tidak perlu untuk seseorang itu bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) apabila hendak melakukan sujud sajadah di luar solat. dan tidak berjangka waktu yang lama antara bacaan ayat sajadah dan perbuatan sujud. atau terhindar daripada malapetaka. Namun begitu. Hukum sujud syukur adalah sunat. apabila seseorang itu sedang berdiri. dan disunatkan juga bertakbir apabila bangun dari sujud sebelum salam. Sekiranya seseorang itu melakukan sujud syukur di dalam solat. maka perlulah dia bertakbiratul-ihram di kala qiam. http://tintarestu. Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu). Tidak perlu berwuduk untuk sujud sajadah ketika di luar solat. namun berwuduk itu adalah lebih afdal. Cara sujud syukur dan syarat sujud syukur adalah sama seperti sujud sajadah di luar solat. asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya. maka bolehlah ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh.