Professional Documents
Culture Documents
Terdapat pelbagai sistem pernomboran sebelum Sistem Pernomboran Hindu-Arab iaitu Sistem Pernomboran Gundalan, Sistem Pernomboran Mesir, Sistem Pernomboran Roman,Sistem Pernomboran Mayan dan Sistem Pernomboran Babylonian. Ia merupakan Sistem Pernomboran Awal. Dalam Sistem Pernomboran Awal , manusia menggunakan pelbagai cara untuk merekodkan nombor yang mereka perlukan. Mereka akan mewakilkan bilangan sesuatu benda dengan bilangan yang sama dengan benda yang lain. Sebagai contoh pengembala akan mewakilkan bilangan kambing dengan bilangan batu-batu kecil. Dengan memadankan bilangan kambing dengan batu-batu kecil, pengembala akan tahu jika kambingnya hilang. Ahli Matematik pada masa itu menamakan cara padanan ini sebagai padanan satu dengan satu.
SISTEM PERNOMBORAN MESIR Ia adalah contoh Sistem Pengumpulan Pernomboran mudah.Nombor-nombor dibentuk dengan menggabungkan symbol hieroglifik