Pembuangan bayi

17 Februari 2010 Dicatat oleh EmahTimah di 2:29 PM

1. ISU pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana. 2. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar. 3. Pada 14 Feb. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini dilihat bukan sesuatu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga. 4. Isu ini juga menyedihkan dan tidak kurang melahirkan rasa marah apabila mengetahui ianya terjadi. 5. Perbuatan yang zalim ini pastinya dari meraka yang digelar remaja yang terlanjur dan berfikiran sempit. 6. Saya bimbang hal ini akan bertambah rumit bilamana banyak pihak yang beranggapan perlu memberi perlindungan kepada si ibu yang mengandung anak luar nikah tanpa memikirkan kesan buruknya.

7. Tidak salah melindung tetapi perlu juga membendung gejala ini agar ia tidak berulang. 8. Semua pihak perlu memikul dan mengalas tanggungjawab yang sama kerana isu ini tidak dapat diselesaikan jika kita tidak bersatu hati untuk benar-benar menghapuskannya.

Label: buang bayi

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata... anak muda skrg byk yg dh terpesong..sedih dan hiba bila melihat bayi yang xberdosa dibuang..dipukul..dibunuh ngeri..mana letaknya perikemanusiaan..adakah patut digubal undang2 untuk pembuang bayi dan yang bersekongkol dengan nya patut di hukum gantung mandatori? 6/11/2010 3:00 PM

Tanpa Nama berkata... ksihan tgok baby kna buang..sdangkan binatang tahu sayang anak inikan pula manusia yg berakal..memang betul dalam dunia haiwan tak ada manusia tp dlm dunia manusia ada yg yang kejam dpd binatang..memang binatang betul..astaghfirullah..semoga orang yg melakukan kekejaman ini mendapat balasan yg setimpal..

8/15/2010 5:07 PM

Tanpa Nama berkata... terlalu sebak dada bila mendengar berita-berita bayi dibuang,.. ada yang telah meninggal dan ade juga yang masih bernyawa,.. sungguh sebak tak tau nak kata,... Ya Allah,. daku memohon kepadaMu semoga anak-anak ini telah kau tempatkan mereka ditempat yang sebaik2 nya diSANA ... daku tidak sanggup melihat jasad-jasad mereka diperlaku sehina itu,.. Hanya kepadaMu Ya Allah daku memohon,.. 8/16/2010 4:01 PM

Tanpa Nama berkata... kadang2 perkara ni balik kepada keluarga yg mencorakkan kita.mungkin dia dtg dari keluar yg baik,tp kata org iman tak dapat diwarisi...remaja yg membuang anak ni mungkin dibuang keluarga kerana mengandung anak luar nikah..seterusnya mereka kehilangan arah dan tak tahu kemana hendak dituju kerana tiada tempat bergantung..semua pihak harus ambil peranan supaya anak2 yg tersasar dari landasan ini sedar kemana harus mereka pergi jika ada masalh ini timbul..sy bukan mengalakkan kelahiran anak luar nikah..sekadar ingin menyalamatkan bayi2 kecil dan juga ibu yg telah berdosa... 8/17/2010 2:41 PM

suzie92 berkata... pmbuangan byi smakin mnjadi2..reda skjap..esoknya da jd hiasan akhbr plak..sdih dgn byi2 yg d buang...mreka pn x mnta d lhrkn mcm 2..lau mreka d bri pluang mreka akn plh utk x lhr d dnia ney..dr d buang oleh ibubpa mreka mrata2 tmpat..jdla mnusia yg ada aty..haiwan pn syg ank..ney ag mnusia yg ada akal...kpda mreka yg trlbat cba ltakkn dr anda d sna...fkr kn andai anda buang ank ary ney..x msthl s2 ary nnt anda akn d buang gak...jgn mnyesal...ckup la anda mmbuat dosa x kn nk tmbh ag dgn mmbnh byi2 yg x brdsa...pleaz..jdla mnusia yg py nluri mnsia..btul r org kta..dlm mnusia ada sfat bntng..dlm bntng xde mnusia.... 8/19/2010 1:04 PM

Tanpa Nama berkata... knpe semue org smekan org yg buang byi ngn binatang?Dyeorg tuh sebenarnye lebih trok pd binatang..Binatang syg ank dyeorg..Kalo dyeorg pandai buat tak pandai tanggung... 3/12/2011 6:47 PM

Tanpa Nama berkata... budak zaman sekarang memang tidak berhati perut!!mereka layak di katakan pembunuh!! 6/09/2011 2:02 PM

Tanpa Nama berkata... remaja sekarang sudah alpa dan tidak tahu membezakan yang baik dan buruk..inilah akhir zaman yg hampir kepada kiamat,manusia kembali kepada zaman jahiliah... 7/28/2011 1:44 AM

Gejala pembuangan bayi
Posted on 23 Julai, 2008 by admin

Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

gejala | 121 Komen » Media massa merupakan antara faktor berlakukan gejala sosial. Namun. Media. 2009 by admin Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Filed under: PMR | Tagged: bayi. buang. buang. 2008 by admin Dahulu. gejala | 121 Komen » Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. 2008 by admin Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Filed under: PMR | Tagged: bayi. buang. massa. Filed under: PMR | Tagged: bayi. gejala | 121 Komen » . buang.Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. gejala | 53 Komen » Gejala pembuangan bayi Posted on 23 Julai. 2008 by admin Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. pada era teknologi maklumat kini. 2008 by admin Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. gejala | 53 Komen » Gejala pembuangan bayi Posted on 23 Julai. mesej-mesej dapat disampaikan dalam sekelip mata. Posted on 25 Mac. gejala sosial… Filed under: STPM | Tagged: bayi. alat komunikasi dan perhubungan untuk menyampaikan maklumat tidak dicipta. Media massa terbahagi kepada dua iaitu media cetak seperti [. Posted on 11 April.. pada zaman manusia belum mencapai tahap ketamadunan yang tinggi. buang.] Filed under: SPM | Tagged: gejala. Posted on 11 April. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Mereka sekadar menggunakan burung dan asap daripada unggun api sebagai petunjuk dan utusan kepada seseorang. gejala sosial… Filed under: STPM | Tagged: bayi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Namun.. 2009 by admin Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. sosial | 26 Komen » Gejala pembuangan bayi Posted on 23 Julai. Namun.

Namun.Langkah-langkah untuk menangani gejala buang bayi di kalangan remaja. gejala sosial… Filed under: STPM | Tagged: bayi. Posted on 11 April. buang. gejala | 53 Komen » . 2009 by admin Remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan.

Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Terdapat juga. Saban hari.com/2008/07/23/gejala-pembuangan-bayi/ . kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. August 21. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Yang tidak prihatin. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan. terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas. Selepas itu.PUNCA-PUNCA GEJALA PEMBUANGAN BAYI Saturday. Ekoran itu. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Dipetik daripada: http://mazlan66. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka.wordpress. di tepi longkang. Gejala sosial. masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. PEMBUANGAN BAYI Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Sebagai masyarakat. dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. hanya berpeluk tubuh. ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. 2010 5:01:25 AM MASALAH SOSIAL. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Di samping itu sikap masyarakat.

diberi susu dan diletakkan di tangga surau atau di hadapan rumah orang yang berpengaruh. . Manakala di Amerika Syarikat. tempat pembuangan dan siapa yang membuangnya? Tempat yang sering dicari ialah di dalam tandas. Pelaku membuang bayinya di tempat-tempat tertentu kerana tidak tahu apa yang perlu dibuat dengan kelahiran malah ia lebih malang jika perempuan berkenaan berumur 14 atau 15 tahun kerana keadaan mental dan fizikal mereka belum bersedia untuk menerima kelahiran tersebut. saluran tangki najis. bayi akan dipam masuk ke dalam saluran tangki najis bagi menghilangkan bukti kelahiran. Bagaimanakah bayi dibuang. perempuan yang dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban di atas perbuatan tersebut. Di Brunei. Kepelbagaian tempat pembuangan memberi gambaran kepada kita sejauh mana tahap simpati pelakunya. rumah kosong. tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan. longkang atau di rumah ibadat. 2010 5:05:49 AM FAKTOR PEMBUANGAN BAYI. Gejala sosial. Krystal Johnson dituduh membunuh setelah membuang bayinya ke kawasan yang kotor. Ada sesetengah kes yang pelaku menunjukkan kekejaman dan kezaliman. sebanyak 70 kes telah dilaporkan dan pada tahun 2001. gejala ini terus berlaku dan menunjukkan aliran yang menaik. PEMBUANGAN BAYI Membuang bayi adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil.PEMBUANGAN BAYI: MENCARI PUNCA DAN JALAN PENYELASIAN Saturday. Di Malaysia. seorang remaja perempuan berumur 19 tahun. MENANGANI PEMBUANGAN BAYI. Isu pembuangan bayi merupakan isu sejagat. sungai. Selain itu. Umpamanya pada tahun 1999. MASALAH SOSIAL. tepi pantai. stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan. Pelaku yang masih ada simpati dan rasa bersalah akan menghormati bayi mereka dengan menyelimut. Bagi kebanyakan kes. Tidak sekadar berlaku di Malaysia malah di merata tempat. ia meningkat kepada 97 kes. seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana menyebabkan kematian seorang bayi dengan meletakkannya di dalam karung sampah yang mengakibatkan bayi berkenaan mati kelemasan. Peningkatan bilangan kes ini memerlukan langkah-langkah penyelesaian dari akar umbi punca tersebut. Di Indonesia. August 21. seorang penduduk Bekasi melihat benda berwarna kuning disyaki bayi terapung-apung di tepi sungai. Di China pula seorang bapa membuang anaknya yang berusia setahun ke dalam sungai kerana menyangka anaknya itu mati setelah tidak sedarkan diri kerana sakit perut. tempat pelupusan sampah.

Kaedah ini dipraktikkan di tempat terpilih khususnya hospital dan dipantau oleh kamera litar tertutup sepanjang masa.Pembuangan bayi melibatkan banyak faktor. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong. Jerman adalah di antara negara yang berusaha mengatasi masalah ini dengan pelbagai cara. pertubuhan bukan kerajaan dan politik. anak-anak menjadi liberal. hiburan dan perkembangan emosi mereka. Kita tidak boleh membuat tuduhan atau menuding jari kepada satusatu pihak kerana menyebabkan kehamilan luar nikah yang bertambah. dalam kes pembuangan bayi. tidak lagi kedapatan secara meluas di bandar-bandar sebaliknya digantikan dengan perkhidmatan berbayar. Sosiolisasi merujuk kepada pengaruh keluarga. Pembuangan bayi adalah satu masalah yang wujud sebagai impak kepada masalah lain yang wujud lebih awal. Sasaran uatama ialah ibu muda yang ketakutan dan panik supaya anak yang dilahirkan akan diberi penjagaan kesihatan yang sewajarnya. Selain pendidikan seks. sebaliknya melihat punca tersebut daripada pelbagai aspek. Gotong-royong umpamanya. Pergaulan bebas. Dr. Masyarakat membentuk sistem nilai berasaskan proses sosiolisasi yang menunjuk ajar bagaimana untuk bertingkah laku. Khaidzir Ismail melalui “Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi terhadap kalangan remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah” memberi pendedahan betapa punca sebenar terletak pada keluarga yang bermasalah. betul atau salah. Peredaran masa menyebabkan nilai-nilai tersebut merosot dengan teruknya dan digantikan dengan nilai kontemporari yang disesuaikan dengan kehidupan moden. sekolah. Namun. ziarah-menziarahi dan bantu-membantu semakin luntur di dalam masyarakat moden. kerajaan membantu ibu muda untuk meletakkan bayi yang baru dilahirkan di tempat-tempat . bersikap kurang ajar dan merencana kehidupan mengikut kehendak hati. pengalaman kerja. Ibu muda berkenaan diberi tempoh lapan minggu untuk menuntut anaknya dan tempoh ini cukup untuk menstabilkan emosi dan fizikalnya. institusi agama. Sistem pendidikan adalah elemen yang sangat mustahak untuk mengukuhkan nilai-nilai yang dikehendaki bagi menggantikan nilai-nilai yang tidak menyumbang kepada kemajuan. capaian yang mudah terhadap bahan-bahan lucah dan pengaruh kawan adalah antara punca yang sering kali diperkatakan. pengaruh dadah. perpaduan dan kesejahteraan masyarakat. Justeru. Pengaruh rumah tangga memberi kesan ke atas pembentukan personaliti anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja. Masalah akan membiakkan masalah jika tidak disekat. Konflik dalam keluarga menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup dan pada masa yang sama memenuhi keperluan kewangan. jarang kita membuat analisis terhadap perubahan yang berlaku dalam masyarakat akibat daripada proses sosialisasi. negara-negara Barat mengambil pendekatan memperkenalkan pendidikan seks di sekolah. Nilai yang dikongsi bersama oleh masyarakat akan mengelakkan sesuatu konflik berlaku kerana fungsi nilai ialah mengehadkan ruang dan peluang untuk konflik daripada merebak dan mengganggu sistem nilai. Nilai memberi hala tuju tindakan terakhir yang boleh dijangkakan dan membantu mengenal pasti baik atau buruk. Kemodenan menyebabkan perubahan yang sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Tanpa pengawasan. Di Amerika Syarikat. Kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Bayi yang diletakkan di “Baby’s Craddle” akan diambil oleh jururawat bertugas dalam masa dua minit. Jerman memperkenalkan “Baby’s Craddle” untuk mereka yang tidak tahu ke mana hendak membuang bayi yang baru lahir. Nilai-nilai dipelajari dan dinyatakan melalui perlakuan dan komunikasi. media massa dan kumpulan rakan sebaya.

Namun apakah kita mahu melihat adanya kes buang bayi di dalam longkang. Masyarakat Malaysia menentang langkah yang diguna pakai oleh Barat kerana dikhuatiri menggalakkan pembuangan bayi secara berleluasa. Kesedaran masyarakat terhadap undangundang “Safe Haven” ini turut dibantu oleh jaringan ibu bapa yang menyedari keperluan memberi bantuan dan sokongan kepada remaja yang terlibat. Jika ibu atau bapa tidak menuntut bayi berkenaan dalam tempoh tiga bulan. Penjagaan seterusnya diambil alih oleh kerajaan. Pada masa yang sama mendidik masyarakat untuk menghargai nyawa dan kehidupan tanpa mengira siapa dan di mana.blogspot. agensi kebajikan swasta.html .com/. hasil akhir yang dijangka ialah bayi yang ditinggalkan akan diserahkan kepada keluarga angkat. Penguatkuasaan sepatutnya diguna pakai untuk menjadi pengajaran kepada ahli masyarakat tetapi peningkatan kes buang bayi dari setahun ke setahun menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan hukuman sedia ada ini? Dipetik daripada: http://zahirzainudin. Melihat penyelesaian yang dilaksanakan oleh masyarakat Barat. ibu muda dibenarkan untuk meningggalkan bayi mereka tanpa dikenakan tuduhan jenayah.terpilih seperti hospital. Dalam kebanyakan kes. Pendidikan yang menekankan kesucian hubungan lelaki dan perempuan perlu didedahkan sejak kecil di samping pencegahan daripada institusi agama dan budaya masyarakat. Melalui undang-undang “Safe Haven” yang diperkenalkan. Ibu atau orang yang meninggalkan bayi tersebut tidak perlu memberi butir terperinci.robynsnest. mayat bayi dijumpai di tempat yang yang sangat menyedihkan.com/2007/03/pembuangan-bayi-mencari-punca-dan. pagar masjid atau di hadapan rumah kita? Penyelesaian yang terbaik ialah menutup punca kepada masalah ini. balai bomba. agensi anak angkat dan gereja. hak ibu bapa boleh ditamatkan dan anak tersebut boleh diberi kepada keluarga angkat. Salah satu daripadanya ialah www. Rasional kebenaran seperti ini untuk mengelakkan bayi dibuang di merata tempat yang boleh membahayakan diri dan mengelakkan mati sebelum dijumpai.

Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak.mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah). Kempen. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar". Tong sampah. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179: Maksudnya: "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik. pertunjukan. Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Mereka itu seperti binatang ternakan. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. Anakanak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Mereka itulah orang yang lalai". segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. lubang tandas. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya. Sebagaimana yang telah disebut dalam AlQuran surah An-Nisa' ayat 93: Maksudnya: "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam. tempat pembuangan sampah. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri. sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.bahkan mereka lebih sesat lagi. akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Oleh itu. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri.UTAMA ARTIKEL "PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH" "PEMBUANGAN BAYI ADALAH SUATU JENAYAH" Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. . Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.

..Oleh itu........... renung-renungkanlah.... Jabatan Agama Islam Selangor ........ Disediakan oleh Bahagian Dakwah....

Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian. kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. . Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang. masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak. Ekoran itu. Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Terdapat juga. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. 2008 by admin Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Yang tidak prihatin. Selepas itu. Di samping itu sikap masyarakat. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggupdiejek dan dicaci oleh masyarakat setempat. Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Sebagai masyarakat. Saban hari. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.Gejala pembuangan bayi Posted on 23 Julai. ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. hanya berpeluk tubuh. di tepi longkang. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas. dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ianya merupakan dosa besar kerana membunuh dengan niat sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah AnNisa' ayat 93: Maksudnya: "Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam. Secara keseluruhannya. sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36 kes.berbincang dan bermuhasabah diri. Malah.lihatlah zaman sekarang ini. Mereka seolah-olah tidak mengenal dosa dan akibat buruk perbuatan itu. 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10. Sekarang menunggu tempat untuk melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda) Kebelakangan ini. amalan seks luar nikah di kalangan remaja Malaysia mencatatkan purata 62 kali setahun. isu pembuangan bayi hangat diperkatakan di kaca televisyen dan di dada-dada akhbar. anak yang dilahirkan itu bukan atas kehendak mereka malah.758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu. Setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi di dada-dada akhbar. Maksiat dan aktiviti seksual bebas berlaku dimana-mana tanpa ada perasaan segan silu. Hal ini menunjukkan kes pembuangan bayi semakin meningkat dan sukar dibendung. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala tidak bermoral ini? Pendidikan bermula daripada rumah.bayi yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan demi mempertahankan maruah dan hanya kerana mahu menutup aib sendiri. kes penderaan kanak-kanak turut mendapat perhatian. Pada tahun 2003. kemudian ia kembali senyap dan kini isu ini kerap berlaku dan sukar untuk dibendung lagi. Ibu bapa telah .Kebanyakannya adalah remaja yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.mengikut nafsu serakah yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya.bayi perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan mempertahankan maruah keluarga semata-mata. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Mari kita duduk semeja. Mengikut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM). BILAKAH KESUDAHANNYA? Posted by Munirah Bahari Monday. Terkini. Ini terbukti apabila statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3.234 kes penderaan kanak-kanak. masih terdapat juga kes pembuangan bayi yang dilaporkan. Apakah kita mahu digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan? Zaman jahilliyah dahulu. kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".GEJALA PEMBUANGAN BAYI. 2010 (Artikle ini ditulis oleh bekas anak murid saya. Suatu ketika dahulu isu ini hangat dikatakan. Tetapi. April 12. Apatah lagi selepas kempen „Kami Prihatin‟ dilancarkan baru-baru ini. berlaku di Hulu Selangor di mana bayi ditemui dalam timbunan sampah! Gejala yang berlaku sekarang iaitu buang bayi macam buang sampah sarap sahaja seolah-olah bayi tersebut tiada nilai dan nyawa. Islam melarang perbuatan pembuangan dan pengguguran bayi. Ingatlah bahawa. Beliau adalah bekas pelajar SMK Agama Kuala Lumpur.

mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah). Pengawalannya perlu diambil perhatian oleh ibu bapa agar diri anak-anak sentiasa diawasi. Justeru. Kesimpulannya didikan awal yang diberikan di rumah sangat penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku kanak-kanak agar tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk. Mereka itu seperti binatang ternakan. Nurul Athirah binti Ramli . Apa yang penting ialah kesedaran dalam diri sendiri tentang dosa dan pahala. mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Tiada siapa yang mampu mengubahnya.segalanya datang dari remaja itu sendiri kerana perubahan bermula dari kesedaran diri. Namun. Menyokong penuh saranan yang dikemukakan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) baru-baru ini. Pelbagai saranan telah dikemukakan untuk membendung masalah ini setiap kali isu ini diperkatakan.bahkan mereka lebih sesat lagi. Antara faktor lain ialah keteguhan iman masing-masing. Tidak dapt dinafikan.memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak tetapi apabila meningkat dewasa mereka membuat haluan sendiri.masalah ini tiada penghujungnya jika tiada kesedaran masyarakat untuk mengubah sikap mereka yang kejam malah lagi kejam dari binatang. Maka. Jika perkara ini telah difahami. Maksudnya: "Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia. Mereka itulah orang yang lalai". Oleh itu. hiasilah diri dengan didikan agama yang sempurna sejak kecil. Jika diri sentiasa dalam keadaan keimanan yang teguh maka perbuatan ini tidak akan berlaku. iaitu meminta kerajaan mengkaji dan meminda undang-undang sedia ada agar hukuman setimpal dikenakan ke atas lelaki yang berzina.pokok pangkalnya salah remaja yang memilih haluan yang salah. isu ini tidak akan berlaku.program-program hiburan mendorong remaja ke arah kemaksiatan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179.kecanggihan teknologi kini seperti internet dan telefon bimbit serta kemajuan media elektronik seperti VCD lucah.

.

Pada mula. Sementara itu. ketika sedang mencedok air di tebing Sungai Klang kira-kira pukul 6.45 pagi. “Saya terkejut kerana objek yang sejuk dan dihurung lalat itu rupa-rupanya mayat bayi lelaki yang saya percaya baru dilahirkan. kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. pihak polis yang tiba kira-kira 20 minit kemudian membawa mayat bayi malang itu ke hospital kira-kira pukul 8 malam. Ketua Polis Daerah Kuala Langat. “Saya dan suami terus memanggil orang kampung sebelum menghubungi polis. Yusuf ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. Katanya. bayi malang itu lengkap berpakaian dan dipercayai baru dilahirkan beberapa hari lalu. Supritendan Nordin Manan ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi itu. Bayi perempuan ditinggal depan rumah penduduk KUALA LANGAT 19 Feb. bayi berkenaan ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang terletak di Jalan Aman Kedai Karim di kampung berkenaan kira-kira pukul 6. objek itu disangkakan anak patung. Tambahnya.05 petang ini. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Labohan Dagang. Bayi yang masih bernyawa itu kemudian dibawa oleh pemilik rumah berkenaan ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut sebelum membuat laporan polis. Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.” katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini. Namun.Koleksi Berita Buang Bayi (ke 36 pd 29/7/2011) ARKIB : 28/07/2011 Mayat bayi lelaki ditemui dalam sungai KLANG 27 Julai – Seorang suri rumah tidak menyangka objek yang disangkanya anak patung rupa-rupanya mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir. mayat itu yang masih bertali pusat mungkin dihanyutkan arus sungai sehingga ke tebing tempat dia mencedok air. Norazizah ketika ditemui berkata. Ketua Polis Daerah Klang Selatan. Katanya lagi. 43. Difahamkan. Asisten Komisioner Mohamad Md. dia sedang mengambil air sungai itu bersama suaminya untuk disiram di kebun yang terletak berdekatan sebelum ternampak objek terapung-apung menghampiri tebing. katanya. Mayat yang cukup sifat itu ditemui Norazizah Ismail. akibat ingin tahu dia menghampiri tebing sungai itu dan menterbalikkan objek itu. Sementara itu. Banting di sini awal pagi ini. . Ketika ditemui.

mayat bayi yang masih lengkap dengan tali pusat dan uri. “Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya segera melaporkannya kerana kerjasama mereka sangat penting bagi membolehkan individu yang melakukan kerja terkutuk itu dihadapkan ke muka pengadilan. Lagi bayi perempuan dibuang Oleh RAFIDAH YAAKUB pengarang@utusan. semalam. masing-masing empat kes di Kota Kinabalu dan satu di Sandakan. mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat. kami masih menjalankan tugas bina longkang dan tembok rumah di kawasan itu. Ketua Polis Daerah. “Mayat bayi perempuan itu telah ditemui di bawah rumah penduduk kampung oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis. dekat sini hari ini. Katanya. Johor. Namun itulah terjadi terhadap si kecil ini yang mayatnya ditemui oleh pekerja kontrak di dalam longkang sebuah kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan. sepasukan anggota polis kemudiannya telah bergegas ke lokasi penemuan mayat bayi berkenaan bagi menjalankan siasatan lanjut. bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.” katanya. Bulan ini sahaja sebanyak lima kes pembuangan bayi telah direkodkan di negeri ini. Aris ketika dihubungi berkata. Ibrahim meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi polis bagi membantu siasatan. hari ini. Asisten Komisioner Ibrahim Mohd.Bayi baru lahir dibuang dalam longkang BATU PAHAT 29 Jan.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut. HAMID Marsuki menunjukkan tempat dia menemui mayat bayi lelaki di Taman Mekar.my SANDAKAN 24 Jan. – Apa gelaran selayaknya diberikan kepada manusia bertopengkan syaitan yang sanggup membunuh dan membuang anak sendiri? Nampaknya. Ketua Polis daerah. Katanya. mayat bayi tidak berdosa itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk bedah siasat. Menurutnya. Beliau berkata. kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.” katanya. “Mungkin dibuang pada lewat malam atau awal pagi ini kerana pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi semalam. Mayat bayi lelaki itu ditemui Hamid Marsuki. 43.” katanya kepada pemberita di sini. dia terkejut melihat mayat bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter. “Saya dapati bayi tanpa seurat benang berada dalam keadaan mengiring. kes ini disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan menyembunyikan kelahiran.com. (Gambar kecil). mayat bayi berkenaan yang masih bertali pusat ditemui orang awam kira-kira pukul 6 pagi ini. lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong. . Jalan Batu Sapi di sini. Kampung Gas Baru. Menurut beliau. – Apalah dosa seorang bayi yang baru dilahirkan ini apabila dia diperlakukan seperti haiwan dan dicampakkan ke dalam sebuah longkang di Taman Mekar Air Hitam. Tambah Rowell. Ayer Hitam. Batu Pahat. kes pembuangan bayi seperti tiada penghujung apabila hari ini satu lagi mayat ditemui terapung di perkampungan atas air. Asisten Komisioner Rowell Marung berkata. pada pukul 8.

di sini.2 sahabat terkejut jumpa mayat bayi terapung JOHOR BAHRU 16 Jan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda. si kecil yang tidak mengerti apa-apa itu dibiar kesejukan sehingga menggigil berdekatan laluan siar kaki Hospital Pakar Metro (HPM). – Dua sahabat yang sedang mandimanda di sungai berhampiran Kampung Sungai Bakar Batu.45 pagi. pihaknya mengandungi mayat bayi yang ditemui di Sungai menerima panggilan daripada penduduk kampung mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 1 petang. Pada mulanya. Mayat bayi tersebut kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. hari ini. dia meminta bantuan petugas Jabatan Kecemasan HPM untuk diberikan rawatan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada tangkapan dilakukan. bayi itu dalam keadaan menggigil akibat kesejukan kerana hanya dibalut dengan sehelai tuala.” katanya di sini. orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan diminta menghubungi talian hotline di 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sementara itu. – Di manakah naluri seseorang insan bergelar ibu atau bapa apabila sanggup membuang bayinya yang masih hidup di bawah pokok.” katanya. Katanya. selepas memeriksa dan mendapati bayi itu masih bernyawa. sebaik sahaja dua anak Orang Asli itu membuka beg plastik berkenaan. Sementara itu. Taman Perling di sini terkejut apabila menemui sebuah beg plastik terapung yang mengandungi mayat seorang bayi perempuan. “Saya bekerja syif malam sampai pagi. “Saya ingatkan ada pakaian yang dibuang dalam beg plastik itu. semalam. Justeru. “Bayi itu berkulit cerah. Anbalahan. rupa-rupanya mayat bayi. Taman Perling. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara. pemeriksaan awal mendapati. mereka menemui satu mayat bayi yang masih bertali pusat. Dua kanak-kanak itu bergegas pulang ke rumah masingmasing yang terletak tidak jauh dari sungai berkenaan. ketika ditemui. “Sebaik sahaja anggota polis membuka beg plastik tersebut. pukul 6. Tanpa perikemanusiaan. 21. Mujurlah bayi lelaki seberat 1. Katanya. Johor Bahru.” katanya ketika dihubungi di sini. . Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan bayi tersebut. Semasa hendak tamat waktu kerja. tiada kesan kecederaan pada mayat bayi itu yang dipercayai baru dilahirkan. kedua-duanya berusia sembilan tahun menganggap beg plastik yang terapung berhampiran mereka hanya berisi pakaian terbuang. saya membuat kerja-kerja mengemas kawasan terakhir dan terkejut mendapati satu bungkusan kain ditinggalkan bawah pokok. mereka menjerit ketakutan apabila menemui mayat bayi. dia seterusnya memberanikan diri untuk membuka bungkusan itu dan terkejut mendapati ia adalah seorang bayi. Bayi baru lahir dibuang depan hospital swasta SUNGAI PETANI 16 Dis. bungkusan plastik berwarna kuning terapung di sungai – UTUSAN/Baazlan IbrahiM sebelum membawanya naik ke darat. masih elok dan bertali pusat serta ada sedikit darah.25 kilogram dan masih bertali pusat itu ditemui seorang tukang cuci. Namun. Kami kemudian segera pulang dan memaklumkannya kepada ibu bapa kami. Anbalahan berkata. Skudai di perkampungan Orang Asli Kampung “Polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui satu Bakar Batu.” kata Mazni ditemui di tempat kejadian di sini hari ini. katanya. BEBERAPA anggota polis memeriksa plastik Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata. Mazni John dan Pina Paizal. M. Ruslan memberitahu. ketika membersihkan kawasan tersebut.

Amelia Shatirah Dorahim berkata. pihaknya percaya bayi tersebut baru dilahirkan sebelum dibuang antara tengah malam dan awal pagi ini. “Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berdekatan untuk membantu siasatan. Pulai. taska di Kampung Titi Teduri.Katanya. Pemilik taska terbabit. 40. bayi berkenaan dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik taska membuat laporan polis. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai mengesan suspek dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4219999. Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan turut ditemui bersama bayi itu adalah urinya yang diletakkan berdekatan bayi itu. Kesan darah turut ditemui dalam kawasan pagar taska itu serta di kawasan bayi ditinggalkan. berkata dua guru di taska itu terpandang tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu sebelum bayi berkenaan ditemui pada jarak tiga kaki dari mereka berdiri. – BERNAMA . Supritendan Mohd. polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat. Daut Md. ditemui ditinggalkan dalam semak di tepi pagar berdekatan sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Kampung Titi Teduri. Hasan mengesahkan. Bayi baru lahir dibuang dalam semak BALING 12 Okt. Siti Hawa Othman. Ketua Polis Daerah Baling. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani petang ini untuk rawatan lanjut berikutan jangkitan kuman. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling. Berpandukan tompokan darah di atas simen dalam kawasan taska terbabit. Sementara itu. Tambahnya. Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan terdapat semut di badannya. dua guru terbabit membuat siasatan hingga BAYI lelaki yang ditemui dalam semak berdekatan menemui bayi yang berbungkus dengan sehelai tuala dalam semak di sebelah pagar taska itu. – Seorang bayi lelaki baru lahir berbalut dengan tuala. semalam. Mukim Pulai di sini hari ini. ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pukul 10 pagi ini dan kemudian membuat laporan polis.” katanya. Siti Hawa yang mengambil dan membersihkan kotoran yang terlekat di badan bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis. kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi. Bayi yang terdapat kesan luka di badan akibat terkena duri.

hasil siasatan.” katanya. Menurutnya. bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. hari ini. purata setiap negeri lebih 1000 orang !! Dan 5 lalu lalu berjumlah hampir 80. Bayi seberat 2. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini. kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. bilangan bayi Melayu luar nikah adalah seramai lebih dari 17. polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan. semalam. 50. selepas diberitahu oleh anak saudaranya berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi itu kira-kira pukul 8 pagi. Ibrahim berkata. Yusoff memberitahu. Bayi seperti ini tidak didaftar di Pejabat Pendaftaran. Difahamkan.000 orang !!. . Timbalan Ketua Polis daerah. bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini. Adapunyang didaftarkan tahun lepas. Gadis tersebut yang berusia 20 tahun.5 kilogram itu ditemui oleh Mohssin Sheikh Mohammad. “Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama.Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13. Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai. – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kampung Salor dekat sini terbantut apabila mereka dikejutkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan ditinggalkan di beranda rumah keluarga itu.000 bayi Melayu-luar-nikah !! Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur KUBANG PASU 19 Sept. seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya „menemui‟ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam. Tidak cukup dengan itu. ARKIB : 15/09/2010 Keluarga sambut raya terkejut dengan penemuan bayi 15/09/2010 9:10pm Oleh AZRAN FITRI RAHIM KOTA BHARU 15 Sept.

Mohssin yang pulang bercuti di rumah keluarganya di kampung berkata. Ogos 29. Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata. sebaik sahaja dimaklumkan. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas beberapa batang paip di bawah sebuah jambatan di Kampung Cegar. bayi yang masih bertali pusat itu dalam keadaan sihat dan dibawa ke Klinik Kesihatan Sungkai untuk pemeriksaan lanjut. – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan masih bertali pusat dicampak keluar dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak sehingga menyebabkan kepalanya pecah. Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah. – Utusan Menyambut 10 Malam Terakhir Ramadan … Gambar baby yang dibuang di tiang papan tanda. – Utusan. Astagfirullahazim…. Perbuatan kejam itu berlaku di sebuah lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang di sini malam tadi.30 petang. Bidor di sini petang ini. Bayi malang itu ditinggalkan kira-kira 1.5 kilometer dari Taman Rekreasi Air Panas Sungai Kelah dan ditemui seorang wanita pada pukul 5. dia terus membuka pintu dan mendapati bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala itu diletakkan di atas beranda rumahnya. ARKIB : 15/09/2010 Bayi maut dicampak dari kenderaan bergerak 15/09/2010 9:11pm Oleh SOPI SAMAILE SIBU 15 Sept. 2010 oleh syahrilkadir . Mayat bayi yang dibungkus dengan kertas suratkhabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam itu ditemui seorang peniaga wanita yang kebetulan lalu di lorong berkenaan antara pukul 9 hingga 10 malam. – Utusan Bayi lelaki ditinggalkan di bawah jambatan 15/09/2010 9:12pm Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR IPOH 15 Sept.

.

. Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata. siasatan awal mendapati bayi tersebut dilahirkan kurang dari 24 jam apalagi nak dikata… KOLEKSI BERITA KE 24 pada 27/8/2010 Sepasang suami isteri yang baru pulang dari solat terawih menemui seorang bayi perempuan yang berusia seminggu ditinggal didepan rumah pasangan tersebut.30 petang itu.* gambar Jidin Giding Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam Ketika ditemui kira-kira pukul 5. Ketua Polis Daerah Shah Alam. bayi malang yang dibaluti dengan kain batik tersebut masih bertali pusat dan mempunyai uri.

bayi tersebut kini dirawat di hospital berkenaan dan keadaannya dilaporkan stabil. Muhammad Safiuddin Mohd. selepas remaja lelaki itu dan pasangannya.4. Sehubungan itu. Lapuran bayi dibuat di pejabat polis berdekatan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Tengah semalam. Zahari dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. seorang remaja. Menurut wanita berusia 57 tahun yang enggan dikenali itu. Bayi yang seberat 1. Majistret Muhamad Faizal Ismail turut menggenakan denda RM8. kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai di Taman Melaka Baru di sini. bayi itu berkulit cerah tetapi keturunannya masih belum dapat disahkan. Ketika pertama kali didakwa di mahkamah pada 18 Mei lalu. Bayi perempuan dalam beg ditemui di hentian bas JOHOR BAHRU 22 Julai – Dari tong sampah ke semak sehinggalah dalam sungai. dia memberanikan diri membuka beg tersebut dan alangkah terkejutnya apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di dalamnya. Pihaknya sedang mengesan individu yang terlibat membuang bayi tersebut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.000 kepada Muhammad Safiuddin. Muhamad Faizal yang membuat keputusan di kamarnya turut mengarahkan remaja perempuan itu membayar jaminan bon sebanyak RM2.sumber dari berita harian Kejadian berlaku kira pukul 11 malam. Bayi malang yang ditemui pukul 6. Pesalah juvenil terbabit turut dikenakan syarat wajib berada di rumah sebelum pukul 6 petang selama dua tahun dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali selama dua tahun.” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata. Seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi Jalan Persiaran Mutiara Emas di sini mengesyaki sesuatu apabila melihat beg itu bergerak-gerak lalu menghampirinya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan. seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg dekat tempat menunggu bas berhampiran Hospital Sultan Ismail di sini. Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun (Lelaki Melayu 19 tahun & wanita Melayu 15 tahun). MELAKA 17 Jun – Akibat menyembunyi dan menanam bayi lelaki yang baru dilahirkan pada 12 Mei lalu. Terbaru pagi ini. gejala buang bayi terus berlaku. beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2218999 bagi membantu siasatan. 19.40 pagi itu segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. seorang pesalah juvenil berusia 15 tahun mengekalkan pengakuan bersalah mereka atas tuduhan tersebut.000. .kilo itu lengkap berbalut dengan lampin dan selimut. “Kita percaya bayi itu baru sahaja dilahirkan awal pagi ini sebelum diletakkan dalam sebuah beg berhampiran hospital. Menurut Zainuddin.

keputusan menjatuhkan hukuman penjara maksimum itu dibuat memandangkan kes tersebut adalah berat. kedua-dua tertuduh mempunyai rancangan untuk membuang bayi mereka. pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 dan pukul 12. Muhamad Faizal menyatakan hukuman setimpal yang dijatuhkan bukan hanya untuk pesalah semata-mata tetapi lebih kepada memberi pengajaran kepada masyarakat tentang kesalahan serius yang dilakukan itu. ”Kedua-dua mereka telah merancang untuk membuang bayi itu dengan bukti lokasi bayi ditanam jauh daripada orang ramai termasuk sebuah peralatan cangkul yang digunakan untuk menggali lubang. Melaka semalam atas tuduhan . Ali yang dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Turut hadir dalam prosiding tertutup itu ialah dua penasihat dari Mahkamah Juvenil iaitu Rizal Abdullah dan Zainon Mohd. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah selepas prosiding tersebut.” katanya. Farah Wahida menghujahkan bahawa perbuatan kedua-dua tertuduh bukan sahaja memberi impak negatif kepada masyarakat malah lebih teruk lagi. kedua-dua tertuduh bukan sahaja melakukan hubungan seks tanpa nikah malah menyembunyikan kelahiran bayi mereka dan secara tidak langsung menyebabkan bayi itu meninggal dunia. Pasangan remaja mengaku salah tanam bayi TERTUDUH (menutup muka) hadir di Mahkamah Majistret.30 tengah hari.Mengikut pertuduhan. Kata pendakwa raya itu lagi. Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Sementara itu. Nor memberitahu. Farah Wahida Md. 12 Mei lalu. sebelum hukuman dijatuhkan. Ujarnya. ini kerana pada pandangan Muhamad Faizal. Timbalan Pendakwa Raya.

Batu Berendam di sini. Timbalan Pendakwa Raya. ”Saya mohon diberi peluang kedua.” katanya.” katanya. Sebaik sahaja disahkan anaknya baru melahirkan seorang bayi. Mahmoodah Abdul Latif menawarkan jaminan RM10. Muhammad Safiuddin Mohd. stokin dan berselipar juga memberi alasan sama iaitu masih belajar. Majistret Muhammad Faizal Ismail menetapkan 17 Jun ini untuk menjatuhkan hukuman dan fakta kes sementara menunggu laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.MELAKA 18 Mei – Tindakan kejam sepasang remaja menyembunyikan kelahiran bayi. Melaka. dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara mengebumikannya. 19. Zahari. Kejadian itu mula disedari oleh ibu kepada remaja perempuan terbabit yang terkejut apabila mendapati anaknya itu dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. Mereka yang tidak diwakili peguam bela didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Kedua-dua tertuduh kemudian dibebaskan selepas dijamin oleh ibu masing-masing. ”Ibu saya juga merupakan ibu tunggal selain adik-adik lain juga masih sekolah. Beliau juga membenarkan pasangan remaja itu masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM2. tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun atau denda atau keduaduanya. Remaja tanam bayi MUHAMMAD Safiuddin Mohd. seorang remaja berusia 15 tahun dari Durian Tunggal. 18 Mei. Ibu bayi itu. di Alor Gajah. 12 Mei lalu. – Utusan/ABDUL RAZAK LATIF . Zahari.000 dengan seorang penjamin.30 tengah hari. Muhammad Safiuddin memohon mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan yang ditawarkan dengan alasan dia masih belajar dan sedia untuk berubah. Teman wanitanya yang kelihatan menggigil ketika di mahkamah memakai dua lapis baju T. Jika sabit kesalahan. Terdahulu. Kedua-dua mereka yang bertubuh kecil dituduh melakukan kesalahan itu di antara pukul 12 dan 12. Saya akan berubah dan ingin meneruskan pelajaran. Alor Gajah dan teman lelakinya.000 bagi setiap tertuduh. enam hari lalu telah mengheret mereka berdua ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. 19. Batu Berendam di sini pada Rabu lalu. ibu berusia 30-an itu kemudian membuat laporan polis sebelum polis berjaya menahan remaja lelaki terbabit. dari Taman Melaka Baru mengaku bersalah secara bersama-sama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dan mengebumikannya di tepi sebatang sungai dekat Taman Melaka Baru. menanam mayat bayi mereka yang baru dilahirkan di tepi sebatang sungai. Muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan pasangan remaja tersebut yang bertindak menyembunyikan kelahiran anak mereka dengan cara menanamnya di tebing Sungai Melaka di Taman Melaka Baru.

sebaik sahaja dilahirkan. Batu Berendam di sini pada Rabu lalu.Difahamkan.Mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan meninggal dunia di Taman Melaka Baru. Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata. Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah.com.” katanya.my MELAKA 17 Mei – Bagaikan bermusim. Kampung Batu 29. polis pergi ke lokasi tempat mayat bayi tersebut ditanam pada pukul 4 pagi keesokan harinya. Puchong. Ketika masyarakat bimbang dan simpati.“Terperanjat dengan kata-kata doktor itu.“Siasatan mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala. Beliau berkata.Oleh Rizanizam Abdul Hamid pengarang@utusan. disumbat ke dalam lubang tandas. seorang lagi bayi lelaki menjadi mangsa kekejaman ibu bapanya.” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini. doktor yang membuat pemeriksaan kemudian mengesahkan remaja perempuan yang masih bersekolah itu baru sahaja melahirkan seorang bayi. Kampung Bukit Lancung. Adnan memberitahu. Asisten Komisioner Mohd. dibuang ke longkang dan dicampak ke tempat pembuangan sampah. Sungai Klang.Susulan daripada itu. untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki. semasa turun ke sungai. dibakar. ibunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 2. satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung. dia adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Mohd. Mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok.30 petang hari yang sama. “Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu. polis menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di mencurigakan terapung atas air. Adnan Abdullah berkata.” katanya di sini hari ini. Jenderam Hulu di Sepang.Tambahnya.my SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan.“Wanita berusia lingkungan 30-an itu terkejut apabila mendapati anak gadisnya yang baru berusia 15 tahun dalam keadaan berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan. Lagi mayat bayi ditemui Oleh ANGELINA SINYANG pengarang@utusan. kejadian itu disedari ibu kepada remaja perempuan terbabit selepas pulang dari tempat kerjanya pada Rabu lalu.” katanya. Ketua Polis daerah. mereka kemudian mengambil objek tersebut semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka. polis menahan teman lelaki pelajar perempuan terbabit yang merupakan penuntut sebuah pusat pengajian tinggi di Terengganu.com. .Semuanya ini menimbulkan persoalan bilakah episod kejam itu akan berakhir.8 meter di tebing sebatang sungai sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat.Yang mengejutkan.Ketika masyarakat masih diselubungi rasa simpati.Berikutan itu.Tambahnya. bayi yang cukup sifat itu masih hidup tetapi dipercayai meninggal dunia sebelum ditanam.Ada yang dihanyutkan ke sungai. hasil soal siasat terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu. gejala buang bayi kini seperti tiada penghujungnya. Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari. Puchong di sini hari ini.“Polis kemudian menemui mayat bayi yang ditanam sedalam 0.

Katanya. bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang Melayu. Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM). Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222. semasa. Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun. Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis. dekat sini. “Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui. “Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat semalam. Katanya. Itulah yang dialami Aminah Muhamad. “Bayi lelaki ini cukup bulan. Tertuduh. Zarina Sulaiman. Chendering. Jenderam Hulu di sini hari ini.” katanya. Mengikut fakta kes. Kemaman. sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan. ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang. . rupanya bayi menangis SEPANG 4 Mei – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau. 29 Jan 2008. Kampung Batu 29. Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata. Ingatkan bunyi kucing. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang. polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung. tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang. Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering. yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah. dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya. Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi. Sementara itu. mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu. Zaihairul berkata. Yusoff Yunus.” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. “Disebabkan perasaan tidak puas hati. Beliau berkata.Zainal Rashid berkata. kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.” katanya. dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi lebih dua tahun lalu. dari Kampung Felda Cherul. antara pukul 11 malam dan 12 malam. saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah. “Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik. bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang. “Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras. 21. siasatan awal mendapati bayi malang itu dilahirkan kira-kira 24 jam yang lalu kerana masih bertali pusat. 56. Chendering. Kubang Ikan.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3. SIASAT…anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai . Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Marzita Subaker. tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.500 dengan seorang penjamin. – Bernama Oleh Mohd Fadly Samsudin HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga „bunting‟ anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan. Bagaimanapun.

sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.‟ Hakikatnya. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik. malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi. semak. asas agama kuat. Sebagai manusia waras. pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti „tolong kebumikan mayat ini. ia ibarat di persimpangan. Allah s. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam. Tetapi. sungai. Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji. . Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan. Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana „dimamah‟ haiwan liar. Sudahlah melakukan dosa berzina. antara hidup dan mati. cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu. tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.” (Surah Al-Israa‟ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah. Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan. jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga. apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina. kaki lima. Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal. lubang tandas. Justeru.TIDAK BERHATI PERUT…bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu.w. Kepong. masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran. kubur. Tong sampah. lebih buruk berbanding haiwan.

berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukan bermakna mereka tidak berilmu. Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu. tetapi kerana nilai kemanusiaan sudah hilang. Rasulullah s. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan.” (Surah al-A‟araf ayat 179) Mayat bayi ditemui dalam longkang KUCHING 6 Mac – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini. wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut. dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Maka mereka perlu bijak memilih jalan kehidupan yang sempurna. ibu bapa perlu memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri Islam sejati. Rahimi Saad. “Ketika ditemui. Supritendan Abdul Majid Md. Ketua Polis Daerah. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah).” katanya. “Perbuatan membunuh anak mengatasi nilai hidup kebinatangan.Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka. Ali berkata. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala. Universiti Malaya (UM). . Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya. manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu.” katanya.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ. tetapi kebanyakannya atas faktor survival (dijadikan makanan). dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab. bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini. tetapi bukan kepada Allah s. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.w. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata. Beliau berkata. mereka itulah orang yang lalai. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika. Kock Keong berkata. kini muncul lagi kes yang sama. tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu. Pensyarah Jabatan Pendidikan. keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah.” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.t. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah. bahkan mereka lebih sesat lagi. “Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan. Bayi malang itu ditemui pada pukul 2. mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.a. Katanya. Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina. malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup.” (Surah al-Ahzab ayat 36) Justeru. “Zina adalah dosa besar. Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini. “Siasatan awal mendapati. Binatang mungkin membunuh anak mereka ketika dilahirkan. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu.” (Riwayat Bukhari) Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Bukan saja manusia dan haiwan. “Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Menurutnya. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius kerana dikhuatiri „lesen‟ berkenaan akan merencatkan pembinaan watak dalam diri anak mereka. suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.” katanya. Ketua Polis Daerah Kuching. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat. mereka itu seperti binatang ternak.

memastikan semua perkhidmatan adalah percuma di mana-mana yang perlu serta pemakanan yang berkhasiat semasa mengandung dan menyusukan anak. semasa melahirkan anak dan semasa menyusukan anak.Dua peruntukan ini memberi perlindungan perundangan kepada ibu yang mengandung tanpa nikah terutama jika ibu tersebut masih kanak-kanak. negara ahli hendaklah memastikan setiap wanita mendapat perkhidmatan kesihatan berhubung dengan kehamilan. tanpa mendiskriminasi. Penjagaan mengikut piawaian antarabangsa kerana kita sebahagian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau keduaduanya sekali. mendapat akses kepada penjagaan kesihatan. Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki. tentu mereka mendapat jagaan yang rapi untuk membolehkannya melahirkan anak .Di hospital atau di rumah perlindungan. semasa berpantang dan selepas melahirkan anak.Jika dilihat dari konvensyen ini. termasuk perancangan keluarga.Kita juga menandatangani konvensyen berkaitan Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) di mana artikel 12 menjelaskan bahawa:1) Negara yang menjadi ahli kepada konvensyen hendaklah membuat cara sesuai untuk menghapuskan diskriminasi terhadap wanita dalam hal kesihatan untuk memastikan. Akta Kanak-kanak 2001 membuat peruntukan perlindungan bagi gadis yang mengandung luar nikah di mana seksyen 41(2)(d) membenarkan kanak-kanak perempuan berumur bawah 18 tahun yang mengandung luar nikah ditempatkan di tempat selamat di atas permohonannya sendiri untuk ditempatkan sedemikian. Malaysia terikat dengan artikel 12 kerana kita telah menandatangani dan meratifikasi CEDAW. seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita. ARKIB : 23/02/2010 Banyakkan Rumah Perlindungan Apakah hak perlindungan dari segi kelahiran bayi menurut undang-undang ke atas ibu yang hamil di luar nikah ini?NOOR AZIAH: Sebenarnya semua wanita sama ada yang berkahwin atau pun tidak berhak kepada penjagaan semasa mengandung dan melahirkan anak.“Jika didapati bersalah.Jika yang hamil luar nikah. Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi. dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui. dan berasaskan kesamarataan di antara lelaki dan wanita.Perlindungan yang mereka berhak perolehi adalah hak perkhidmatan kesihatan.” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.2) Apa pun yang dinyatakan oleh para (1). Maka setiap wanita mempunyai hak mendapatkan perkhidmatan kesihatan semasa mengandung. Oleh yang demikian. semua wanita yang hamil berhak kepada perlindungan ini dan hospital di Malaysia mesti atau wajib memberikan mereka perkhidmatan tersebut. Rabu lalu.

masyarakat salah…pemimpin salah. Maka jika ibunya tidak berkemampuan maka kerabatnya berkewajipan melindungi anak tersebut dan jika tiada. anak gadis panik. mereka juga . semua orang salah… ibu bapa salah. dia mesti menjalankan hukuman selepas melahirkan anaknya. cuba gugurkan dan akhirnya jika semua ikhtiar gagal. diabai ibu bapa.Dia juga perlu dibantu untuk boleh hidup berdikari selepas menjalani hukuman. Hukuman itu pula mesti memberi kesan kekesalan. Kajian ini saya buat bersama tiga rakan yang lain iaitu Dr. mereka tidak ditangkap. Godaan amat besar dan anak-anak kita teruja minda. Bagi yang atas 18 tahun.Tetapi anak luar nikah yang dilahirkan itu tidak bersalah. Dalam kes ini ia telah berlaku. jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lainlain. mereka tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak kerana tiada surat nikah. maka yang melakukan kesalahan tidak akan merasa berdosa dan bersalah. lebih berat bahu memikul”.Fikiran mereka buntu dan mereka tiada siapa nak mengadu. Apabila kejadian seperti ini berlaku.Malangnya kita manusia yang sangat lemah. Lari dari rumah. hukuman boleh ditangguhkan sehingga beliau melahirkan anaknya. Namun dalam masa yang sama kita lebih senang menghukum dari membantu mangsa.Pasangan yang berzina boleh dipenjara sehingga 3 tahun. Ini bukan soal tiada didikan agama atau ibu bapa kurang peka.Dalam kajian.Dunia kita hari ini telah terlalu moden dan mendidik anak di dunia yang serba moden dan tanpa sempadan ini bukanlah suatu perkara yang mudah. ibu yang mengandung luar nikah hendaklah dipastikan sebab dia mengandung luar nikah. emosi dan iman. Che Norlia Mustafa. Kita semua manusia yang dijadikan Allah sebagai hambanya. Adakah ini turut menyumbang kepada peningkatan kes membuang bayi?NOOR AZIAH: Masyarakat kita masyarakat yang berpegang kepada adat dan agama.000 atau kedua-duanya. semua salah…Jangan cari salah. biasanya juga tidak ditangkap kecuali selepas melahirkan anak.Sebagai orang Islam.Bagi wanita Islam.Cari macam mana nak hindar dan baiki keadaan. Apabila ditanya kenapa mereka mengandung luar nikah mereka menjawab sedemikian:Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf         Suka sama suka (23 kes) Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih (8 kes) Suka bebas/terlalu bebas (6 kes) Ingin mencuba seks (3 kes) Kurang didikan agama (2 kes) Dirogol (11 kes) Pengaruh kawan-kawan (7 kes) Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga.Sebenarnya menjadi kewajipan semua orang Islam menghalang kemungkaran berlaku.Perlakuan seks bebas di kalangan remaja kita semakin menjadi-jadi.Bagaimana mengambil jalan tengah antara membantu ibu yang hamil luar nikah dengan hukuman?NOOR AZIAH: Sebenarnya tiada jalan tengah dalam isu mengandung luar nikah. atau denda maksimum RM5. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah dan kita mesti melihatnya sebagai pengajaran dan perlu diambil iktibar. Jika sah kerana zina.Sebagai langkah pertama.Apakah punca sebenar kes-kes begini berdasarkan kajian?NOOR AZIAH: Saya baru selesai menjalankan kajian yang bertajuk „Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia‟. keinsafan dan bukan rasa benci terhadap agama atau penghukumnya. maka ia adalah suatu kesalahan jenayah syariah jika didakwa dan disabitkan.Bagi kanak-kanak perempuan. Itupun setahu saya Jabatan Pendaftaran Negara tak pernah lapor kepada pejabat agama pun. Mereka diberi perlindungan jika berumur bawah 18 tahun.Mereka boleh mendaftarkan kelahiran anak dan memberi anak nama tapi anak tak ada nama ayah.dengan selamat dan semasa mengandung mendapat jagaan yang rapi termasuk makanan berkhasiat.Masyarakat kita umumnya sukar memberi sokongan kepada mangsa terlibat. cari salah siapa. Salah tetap salah. Mohd Al Adib Samuri dan Hafilah Musa.Bagi gadis di bawah 16 tahun. dia mesti tahu bahawa berzina itu berdosa besar dan mesti dihukum.Kata orang “berat mata memandang. Jika wanita tersebut sedang hamil. jika hamil luar nikah. saya menemu bual 58 responden yang hamil luar nikah dari sebuah rumah perlindungan. Biasanya tindakan pendakwa syarie akan dibuat berasaskan siasatan dan aduan. mereka buang bayi. kehamilannya adalah disebabkan rogol (kesalahan jenayah mandatori – mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun) dan pelaku boleh dihukum penjara dan rotan. jika kehamilan tidak disebabkan rogol malahan kerana perzinaan secara suka sama suka. Semua salahkan mereka. kita tuding jari. maka kerajaanlah bertanggungjawab terhadapnya. Dah berlaku. Tiada seorang wanita pun mahu mengandung luar nikah jika diberi pilihan. Yang perlu ialah pesalah menjalani hukuman dunia terhadap kesalahannya. Jika tiada tindakan diambil. Kita semua ada peranan masing-masing dalam kehidupan seharian kita di dunia ini. Sebab itu apabila tahu saja mengandung.

Kata mereka. Mesti ada modul yang sesuai untuk memperbaiki diri dan sahsiah mereka.Saya pernah cadang dulu lelaki membayar diat (denda) kepada wanita yang dihamilkannya itu. Itu lebih berkesan kerana mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.Kita boleh buat DNA pada anak dan pada lelaki yang dikatakan menyebabkan seseorang wanita itu hamil. – Utusan Buang bayi tindakan kejam Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA pengarang@utusan. wanita membawa bukti yang jelas. Rumah ini boleh menyelamatkan nyawa ibu dan anak. mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.malu.Bagi yang tidak kena batang hidung. Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam. “Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini. Shahrizat berkata. Yang malangnya. Dia juga perlu membayar pampasan kepada anak biologinya. Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW). Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata.Kita boleh beri peluang untuk anak tak sah taraf hidup normal sebagai anak angkat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai. bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita. Beliau berkata.com. di sini hari ini. Semalam.rahim@utusan. berdasarkan siasatan. Kita ada teknologi. Keluarga dan Masyarakat.Satu lagi ialah mereka patut diperintahkan membayar nafkah anak tak sah taraf tersebut bukan kerana nasab tetapi sebagai hukuman.NOOR AZIAH: Kata orang Inggeris. Ibu yang terlanjur boleh diberi peluang kedua membaiki hidupnya dan memulakan kehidupan yang baru. saudara-mara lain juga akan tolong. . ia betul-betul kejam. jika Islam. Timbalan Ketua Polis Daerah. – Betul-betul kejam.my KUALA LUMPUR 11 Feb. Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar. Kalau tak nak. “Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. terus baca tentang kes ini. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini. Itu anggapan salah. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. “Saya bangun pagi tadi. Kedah sehari kemudian. mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu. Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah 13/02/2010 3:02pm AZRAN FITRI RAHIM azran.” tegasnya. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.Kehamilan tidak akan berlaku tanpa penglibatan lelaki. Kita hadapkan kedua-duanya ke mahkamah. Benarkah NOOR AZIAH: Rumah Perlindungan atau Persinggahan untuk ibu yang hamil sangat perlu kerana ia boleh mengurangkan jumlah pembuang bayi. Beliau berkata. ia hanya akan mendorong lebih banyak kes sedemikian.my KUALA KRAI 13 Feb. pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. Apa pula tindakan yang perlu diambil ke atas lelaki terlibat. kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan. It takes two to tango. Itu anggapan yang biasa dibuat masyarakat umum. lelaki mesti menjalani hukuman juga. mereka tidak melihat perlunya diwujudkan rumah persinggahan untuk golongan ibu hamil di luar nikah ini. Tapi ia mestilah tanpa syarat dan no question ask?Kita bukan nak galakkan mereka berzina. Saya yakin memang sikap kita secara tak langsung menyumbang kepada pembuangan bayi.com.” katanya.

Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting 09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa. Saya percaya hospital akan terima. Apa yang penting bagi Shahrizat. Mengulas mengenai NIEW. Kekejaman Terhadap Bayi Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan. “Berdasarkan fizikalnya. bayi ini cukup sifat dan berambut nipis. semalam. gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.com. Shahrizat berkata.my . Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi. pertubuhan itu akan menjadi penggerak kepada wanita di negara ini dan seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan dalam isu-isu wanita. Ketua Wanita UMNO itu memberitahu pergerakan itu dan NGO mempunyai kaunselor yang boleh membantu mereka yang bermasalah. Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran. mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam. perbuatan kejam dan tidak bertanggungjawab seperti membuang bayi tidak boleh dijadikan budaya dalam masyarakat Malaysia hari ini. kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju. Tolong jangan buat macam ini.” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah. Menurutnya. Katanya.” tegasnya. “Kadang-kadang imej negatif terhadap wanita menjadi masalah kerana persepsi yang tidak dapat dihakis. Sehubungan itu. “Banyak orang nak bantu. Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah.” katanya. namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian. semalam. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak. penjenayah berkenaan boleh dikatakan „baik hati‟ apabila meletakkan ubat anti semut. NIEW juga diyakini dapat meningkatkan imej wanita terutama di Malaysia untuk mencapai kecemerlangan dalam segala hal. kalau tak mampu bawa ke hospital atau balai polis. bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran. “Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan. berdekatan Juru Autocity. Beliau berkata. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita. kita boleh jaga. Kejadian kira-kira jam 3. Asisten Komisioner Azman Abd Lah. Lebih memeranjatkan.“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. ~~myMetro Mayat bayi dalam tong sampah Oleh HAMIMAH HAMID utusanperak@utusan.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu. berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.” katanya. “Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu. Jadi NIEW perlu berusaha gigih untuk meningkatkan martabat wanita. di sini. beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah.

Asisten Komisioner Azisman Alias berkata. katanya. Bayi perempuan tidak cukup bulan ditemui tertanam di tanah perkuburan Seorang anggota polis mengangkat mayat bayi perempuan yang ditemui oleh pekerja Majlis Bandaraya Ipoh ketika memungut sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby. Bayi malang itu dijumpai oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang bertugas memungut sampah di kawasan tersebut. – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini. Ipoh.30 pagi dan terus melaporkannya kepada polis. “Sehingga kini belum ada suspek yang ditahan. pekerja MBI itu yang sedang menjalankan rutin harian terkejut apabila menemui mayat bayi berkenaan kirakira pukul 11. Mayat bayi itu. Sejarah berulang. dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat. Sehubungan itu. Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh.” katanya ketika dihubungi di sini. “Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal „Kerana dosa apa dia dibunuh‟ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9). Polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan.IPOH 30 Dis. Jahiliyah Arab di zaman Nabi saw kini berulang di Zaman Internet. tidak mustahil berulang jika umat menjauhi petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah. “Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. ANGGOTA polis memeriksa mayat .

semalam. Menurutnya. Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa „sakit perut‟. ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah. kata beliau. polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi perempuan berusia kirakira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di tanah perkuburan itu. Deputi Supritendan Mohd.” tegasnya. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut. Bayi lelaki baru lahir ditemui MERSING 21 Mac – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan. “Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan lendir dan darah. penjaga kubur itu kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut. “Dalam kejadian pada pukul 8. beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat. bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10. Senawang. mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil. kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu. “Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat. Kali ini. belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja‟afar untuk bedah siasat. Sehingga kini juga. ”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah. Ketika ini. Asisten Komisioner Hashim Ali berkata.” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Muda. polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah. tambah Saiful Azly.30 pagi itu. Menurut Saiful Azly. Bukit Selambau. bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. sebelum ditemui polis malam tadi. Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya. Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa. Nor Rashid berkata. Katanya. Sehubungan itu. Ketua Polis Daerah Mersing. Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin. SUNGAI PETANI 14 Mei – Sungguh kejam. dekat sini. Ketua Polis Daerah Seremban. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata.” jelasnya. pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab. bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. dekat sini hari ini. Dipercayai. wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya. penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang pengkebumian. Difahamkan. Seremban.SEREMBAN 30 Mac – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi bayi perempuan yang dijumpai di perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi Tanah Perkuburan Islam. Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah perkuburan berkenaan.” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya. “Hasil siasatan awal. .30 pagi.

suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3. http://inijalanku. Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima. bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk.” katanya. Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.com/berita-baru/mayat-bayi-ditemui/ .000 atau kedua-duanya sekali. Sementara itu.“Curiga dengan tindakan wanita itu. Katanya. Beliau berkata. pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik. kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman. “Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil.wordpress. Jika sabit kesalahan. ketika ditemui. Hashim memberitahu.

status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Sebagai contoh.Akhbar Berita Harian hari ni. katanya. berkata usaha menangani gejala sosial golongan muda ketika ini perlu diteliti bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mengelak kes itu daripada berleluasa. manakala 403 individu gagal dikesan peringkat umur mereka. malu punca remaja buang bayi – 2010/07/02 KUALA LUMPUR: Sebilangan besar individu yang terbabit dengan kes pembuangan bayi dikesan berusia antara 18 hingga 25 tahun mengikut statistik bermula 2004 hingga 2009 yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia(PDRM). berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). berdasarkan kajian yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). sebanyak 20 kes dikesan PDRM membabitkan individu berusia bawah 18 tahun dan sebanyak 33 kes buang bayi dicatatkan individu berumur 25 tahun ke atas. Katanya. “Faktor lain yang turut dikenal pasti adalah kerana perasaan takut dan malu oleh remaja dan wanita yang hamil luar nikah kerana tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat mengenai kehamilan mereka. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Timbalan Ketua Polis Negara. Tan Sri Ismail Omar. Katanya.” katanya. “Pembuangan bayi juga disebabkan kurang pendidikan agama dan nilai murni serta tiada pengetahuan mengenai khidmat bantuan sosial yang disediakan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO). ada satu artikel bertajuk… Takut. cadangan menguatkuasakan larangan remaja bawah umur 18 tahun keluar . status bayi luar nikah menjadi faktor utama bayi dibuang. Senator Heng Saei Kie berkata.

“Tidak salah jika remaja keluar lewat malam bersama keluarga tetapi jika keluar bersendirian atau bersama kawan. http://zaryl.” katanya.rumah selepas jam 12 malam.com/seks-bebas-dan-kes-buang-bayi-di-malaysia-bukan-hanya-remaja.html . perlu dibincangkan dengan mendalam kerana ia membabitkan hak kebebasan individu. tidak bermakna mereka membuat perkara tidak elok.

Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Negara kita dah lebih sedekat merdeka tapi segelintir masyarakyat. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi. Mungkinkahperkahwinan di usia muda dapat membantu membanteras gejala pembuangan bayi. tak berperasaan dan banyak lagi perkataan-perkataan yang seumpama dengan berikut dapat di gambarkan tentang kes pembuangan bayi sekarang ni yang berlakunya di Malaysia. inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. pilu.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya.Sedih. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia. Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. Firman Allah S. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini.com/isu-semasa/isu-pembuangan-bayi-semakin-berleluasa .T didalam surah an-nisa’ ayat 93: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja. tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan.W. Apa pandangan anda? http://www. Baru-baru ni ada terbaca yang Kementerian Pembangunan Wanita. bangsa melayu yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia. ngeri. kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”. Apabila tiada pegangan agama.khairilafzal. Anak merupakan anugerah Allah S. fikiran mereka masih lagi dijajah dengan pengaruh budaya barat. ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah.W. kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa. Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Keluarga dan Masyarakat menyokong dan memberi bantuan kepada ibu yang telah melahirkan bayi luar nikah. maka balasannya ialah neraka jahanam. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful