Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Manual Kit Fertigasi 10 Beg Siri 2
Kaedah Penanaman

**Sebelum memulakan sessi ini, anda perlu memastikan media polibeg anda lembab dengan cara menyiram air pada setiap polibeg. Jika boleh, gunakan air kumbahan dari sinki dapur anda atau air basuhan beras. Jika tidak, air paip juga boleh digunakan.
Sebagai info, sebahagian benih perlu disemai dahulu sebelum menanam di dalam polibeg. Sila rujuk www.sabakagro.com.my tentang cara penanaman sesuatu benih di bahagian BENIH. Cara mudah CARI ‘nama benih’. Anda boleh juga menyemai benih terus ke dalam polibeg dengan menggunakan kaedah yang di terangkan dalam ruangan BENIH untuk setiap benih. Kaedahnya, masukkan benih ke dalam media sedalam 2.5cm, ulangi proses ini untuk 2~3 biji benih setiap polibeg. Setelah tumbuh setinggi 10cm, pilih satu anak benih yang paling sihat dan buang yang lain dengan cara memotong dan bukan mencabut. Anda juga boleh menggunakan kaedah menyemai di bekas lain dahulu, seperti tray penyemaian dan bila benih telah mencapai tinggi 10cm, alihkan kedalam polibeg. Kaedah ini dapat menjimatkan biji benih bila anda memulakan projek fertigasi secara komersil. Kaedah Pembajaan & Kawalan Serangga

**Didalam kotak Kit Fertigasi anda, ada 3 jenis pek disediakan. Pek kecil yang mengandungi serbuk berwarna KELABU adalah bahan kawalan serangga. Pek lain adalah baja.
Baja yang disediakan ada 2 jenis, mengikut permintaan anda. -Baja Organik >> dibuat dari ekstrak pokon Neem (semambu) dan di bungkus dalam bentuk pallet. -Baja Komposit >> dari jenama Miracle Gro dan di bungkus dalam bentuk serbuk (powder)

Cara pembajaan menggunakan Baja Organik adalah seperti berikut :
Masukkan semua isi pek Baja Organik (pek besar) ke dalam bekas takungan air anda. Masukkan juga 1 pek Baja Komposit (pek kecil). Masukkan air kedalam takungan sehingga 90% penuh dan peram selama 24 jam. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 14 atau 21 hari, anda digalakkan memasukkan 1 pek Baja Komposit sebagai baja tambahan untuk pokok. Ini bukan satu kemestian jika anda mahukan 100% hasil organik.
sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Cara pembajaan menggunakan Baja Komposit adalah seperti berikut :
Masukkan 1 pek Baja Komposit (pek kecil) ke dalam bekas takungan air. Masukkan air sehingga 90% bekas takungan penuh. Kacau air dalam takungan untuk memastikan baja terlarut. Selepas itu anda boleh memasukkan Pam Mini ke dalam bekas takungan air untuk disalurkan ke setiap polibeg. Setiap 7 hari anda mesti memasukkan 1 pek Baja Komposit ke dalam takungan air anda. Pek baja yang disediakan boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan.

Cara Pengawalan Serangga **Bahan Kawal Serangga ialah pek yang mengandungi bahan berbentuk serbuk berwarna KELABU.
Gunakan penyembur (sprayer) kecil yang ada dijual di kebanyakan pasaraya. Jika ada, gunakan penyembur yang mempunyai bekas isi air 1.5 liter. Masukkan sebungkus Bahan Kawal Serangga untuk setiap 1 ~ 1.5 liter bekas air. Selepas itu masukkan air dan goncang sekadar air dan Bahan Kawal Serangga boleh larut dan bercampur dalam air. Sembur pada bahagian daun, batang dan tanah (media) pada kadar 7 hari sekali. **Bahan Kawal Serangga yang digunakan berjenama DIPEL dan tidak merbahaya kepada manusia dan binatang peliharaan. Telah diiktiraf sebagai bahan kawalan serangga organik.

Secara Amnya
Pengairan ke dalam polibeg perlu dilakukan setiap hari selama 5 ~ 10 minit, 2 kali sehari, sebaiknya pada pukul 5 pagi dan selepas pukul 5 petang. Lama masa pam air berfungsi adalah bergantung kepada kelembapan media. Jangan terlalu lembab sebab ia akan menyebabkan kulat mudah membiak yang boleh menyerang pokok anda. Penyaluran baja dilakukan setiap 7 hari untuk Baja Komposit dan setiap hari untuk Baja Organik. Baja Organik sememangnya telah terendam di dalam air, jadi anda hanya perlu menambah air sahaja untuk setiap kali penyiraman dilakukan. Penambahan air boleh dilakukan secara automatik jika anda menambah pelampung injap air (yang digunakan pada tangki air tandas) pada takungan air anda. Harga sekitar RM 5 ~ 7 di pasaran. Penyemburan Bahan Kawal Serangga perlu dilakukan pada setiap 7 hari.
Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863

Manual Kit Fertigasi

sabakAgro

Masalah & Penyelesaian
Masalah 1. Pam Mini tidak berfungsi 2. Air tidak keluar Penyelesaian Sila pastikan ‘power source’ anda atau ‘setting digital timer’ anda berfungsi dengan baik. 1. Pastikan pam anda berfungsi. 2. Sila buka ‘end clip’ dan alirkan air selama 15 saat untuk membuang udara terperangkap. 3. Keluarkan pen penitis dari media dan cabut pen penitis dari tiub 6mm. Bersihkan / basuh bahagian aliran masuk pen penitis dengan air bersih.

3. Pokok layu 4. Daun pokok kekuningan

Jangan terlupa memberi air. Air dalam polibeg tidak seperti air di dalam tanah. Ianya cepat kering. Pastikan anda memberi baja pada setiap 7 hari untuk baja komposit dan setiap 14 hari untuk baja organik + komposit.

Penyelenggaraan 1. Pada kadar 15 hari sekali atau pada bila-bila masa jika perlu, lakukan pembersihan Pam Mini terutama dibahagian kipas penyedut. Lakukan juga pembesihan di bahagian alur masuk air Pen Penitis secara berkala. Ini untuk mengelakkan sampah atau kotoran lain yang akan menyekat perjalanan air. 2. Pastikan punca elektrik untuk ‘Digital Timer’ anda sentiasa ‘ON’ sebab bateri di dalamnya mesti sentiasa di cas semula. 3. Pastikan media tanaman anda tidak terlalu lembab untuk mengelakkan kulat membiak.

Manual ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan masalah sabakAgro Lot 6017 Sg Lias, 45300 Sg Besar, Selangor, Malaysia
www.sabakagro.com.my | sabakagro@yahoo.com | Tel / Fax : +603-3224-5639 | SMS : +6013-270-5863

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful