Topik 3 Bahasa Melayu

Sebelum dan Selepas Merdeka

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. Menerangkan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka; Menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka; dan Membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

PENGENALAN
Kenalkah anda dengan O.T. Dusseck (lihat Rajah 3.1)? Pada tahun 1935, beliau memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,

„...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.
Rajah 3.1 : O.T.Dusseck Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya hlm. 123

38

TOPIK 3

BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bangsa kamu‰. (The Straits Times, 1935.)
Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50 hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957 hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

3.1

BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarangpengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil

Rajah 3.2: Usman Awang

petani dan nelayan. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk: (a) (b) (c) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu. 2002). Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita tertentu.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 39 Sarkam. 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. 2Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan terhadapnya. ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. selari dengan konsep perjuangannya. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu. iaitu selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan. Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu telah mendorong sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Asas 50 juga merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden. Bentuk bahasa ini belum dipawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara sistematik. Oleh itu. Asraf dan Hamzah. Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan. bahasa ini begitu dipengaruhi oleh tatabahasa ZaÊba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan ZaÊba dan Ejaan Kongres (1956-1957). Malah dari segi tatabahasa. Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau berkonsepkan perjuangan. Pada umumnya. keadilan sosial dan kemajuan fikiran. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen. Pertemuan guru-guru Melayu . banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada menentang golongan atasan dan membela kaum buruh. tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. dan Mengadakan pembaharuan dalam sastera. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan bahasa dan sastera. Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui saluran politik. Berita Harian dan juga beberapa majalah. sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka kendalikan. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang.

Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga. (iii) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman. tujuan penubuhannya adalah untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. Butir-butir piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. hlm. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View.40 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi. Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. buku. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. 1260): Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. dan (v) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga. sasterawan dan ahli bahasa Melayu. memperkaya. Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. majalah. dan seumpamanya. Singapura dan Borneo Utara. mempertinggi dan menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup. Dari segi perkembangan bahasa Melayu. . (iv) Menerbitkan risalah. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM. memperbaiki. dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang. Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. hlm. Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1956 merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu. kitab. 1269): (i) (ii) Mengawal. tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa bahasa Melayu. memperluas. Antaranya ialah ‰Ilmu Mengarang Melayu‰ dan ‰Pelita Bahasa Melayu‰ tulisan ZaÊba. Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS).

Majlis Mesyuarat Negeri. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke kongres tersebut. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 di Sekolah King George. Seremban mengusulkan rapat besar bagi ahli persuratan Melayu dengan Indonesia. dan melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa Penapis Filem. Dalam kongres ini telah diputuskan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah . segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi yang terbanyak. menganjurkan satu rupa hadiah bagi karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun. dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja. sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres. pengambilan juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. hlm. mendesak penggunaan bahasa Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu. dan Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 41 Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu. pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu. menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. 1261). Pada Mac 1954.

Johor Bahru. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus. menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap. dan Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.com/images .3) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan. Kuala Lumpur. Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut: Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan. Kongres tersebut juga telah membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi persekolahan dan pendidikan. 2008). Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan. Rajah 3. iaitu mengembangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku. Di situlah Dewan Bahasa dan Pustaka mengaturkan langkah pertama. DBP hendaklah menyiasat. Dewan Bahasa dan Pustaka (Rajah 3. risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain.3: Dewan Bahasa dan Pustaka Sumber: http://images. Setahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas merdeka. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan.42 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. Johor (Penubuhan Balai Pustaka.google. Jalan Young. membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital Tangling.

sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebelum tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu diutamakan. Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam bahasa Malaysia bagi negara ini.my/doc/ jilidi/mac/07_03_1957_1980. iaitu sekolah Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819).htm .3). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan membaca al-Quran.4). Rajah 3.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 43 Pada 31 Januari 1962.arkib.4: Laporan Razak 1956 Sumber: http://hids. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada pendidikan agama. Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.gov. Gagasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah 3.

Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. m. Laporan Razak juga telah mengemukakan perkara-perkara yang berikut: Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah. Dato' Abdul Razak bin Hussein.44 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Penyata Razak (lihat Rajah 3. AKTIVITI 3. Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan.s. dalam Huraikan peranan pendukung bahasa Melayu melalui tiga kongres bahasa yang telah diadakan. SEMAK KENDIRI 3. Menteri Pelajaran.1 (a) (b) Terangkan peranan Lembaga Bahasa Melayu memperjuangkan bahasa Melayu era pramerdeka. Perbincangan tentang Laporan Razak akan diperkatakan dalam subtopik bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. 1 & 21). dan untuk Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan. (Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh Y.1 Huraikan dengan perinci peranan yang dimainkan oleh ASAS 50 dalam memperjuangkan Bahasa Melayu.B. . Pada 14hb April. 1956 jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.

Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka. apa-apa bahasa lain. naskhah yang sahih: (a) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen. (b) 4. segala pembicaraan dalam Mahkahmah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa Inggeris. . dan bagi segala maksud rasmi yang lain.2 BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. 3. selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka. dan Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 45 3. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. atau daripada mengajar atau belajar. Dengan syarat bahawa. keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam bahasa Inggeris. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh Parlimen. selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen. (b) 2. dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen. selain daripada maksud rasmi). dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri. jika mahkamah dan peguam bagi keduadua pihak bersetuju. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 1. bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen. dan Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan. hendaklah dalam bahasa Inggeris. Walau apa pun peruntukan fasal (10). Dengan syarat bahawa: (a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud. Walau apa pun peruntukan Fasal (10).

DBP dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus. dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak. jelaslah bahawa pertimbangan sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. kumpulan ini membentuk 49. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak disanggah oleh mana-mana pihak. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum.).3). Sejak tahun 1957. Pemberian autonomi ini membolehkannya menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. Laporan ini dinamakan Laporan Razak 1956. bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid. Pada 7 Mac 1957. bahasa Melayu dapat melahirkan jati diri penduduk negara ini. Pada tahun 1959. Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan. Faktor kedua. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi.78 peratus. Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan. (Kita akan bincangkan perkara ini dalam subtopik 3. dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta. ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. keempat ialah bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. dan kaum India 11. hlm. iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada waktu itu.1 peratus. 1260). manakala kaum Cina merupakan 37. Pada dasarnya. Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undangundang. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa faktor. menyusun rancangan .46 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Berdasarkan peruntukan yang diberikan. 2008.0 peratus (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957. Akhirnya. Oleh itu.

Tuan Syed Nasir bin Ismail. DBP melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa secara besar-besaran. dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari. Matlamat utamanya ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.5: Pelancaran Pertama Minggu Bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960 Sumber: Arkib Negara http://hids.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 47 pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak pengurusannya sendiri. memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966.gov. 1961. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang berbilang kaum. satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa .my/doc Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa Kebangsaan. menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan.arkib. Pada 30 Januari 1960. untuk menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Rajah 3.5). Minggu Bahasa Kebangsaan ini merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari. (lihat Rajah 3.

‰ (Mahfudz bin Abdul Hamid. pelekat-pelekat cogan kata. peraduan mengarang rencana dan sebagainya. 1960) Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti mengadakan poster-poster.48 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. ialah melalui peraduanperaduan untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas dibahagi kepada peringkat-peringkat. acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam segala lapangan. Di peringkat negeri pula diadakan peraduan-peraduan bahas. akhbar-akhbar. peraduan melukis poster. kain-kain cogan kata. syarikat-syarikat swasta. iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang Melayu dan bukan Melayu. pertubuhan-pertubuhan yang mengenai bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancanganrancangan penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan Minggu Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan rancangan kebangsaan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun separuh kerajaan. . dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan. Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduanperaduan syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Keadaan yang demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga sekarang. dan yang kedua. peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Setiausaha-Setiausaha Kementerian dan jabatan-jabatan. iaitu peringkat daerah. Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk: „pertama.

Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan. Ruddjiati Muljadi. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Ini mencakupi masalah sastera. Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3. iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan. Antara perkara-perkara yang dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan kesusasteraan.my/doc/jilidii/jun/27_06_~1. ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein. Kuala Lumpur. iaitu pada tahun 1967.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 49 Pada 15 April 1962. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan. praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. 1963 (Pindaan 1967). Rajah 3. 2008).arkib.6: Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia Sumber: Arkib Negaravhttp://hids. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang berlangsung selama empat hari ini. Seminar anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri.gov. Selepas 10 tahun merdeka. perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat (Seminar Bahasa dan Sastera Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan Kesusasteraan Kebangsaan.htm . Pada 11 April 1963. W.6) satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah. satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967. 2008).50 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. maka terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. baik pertuturan mahupun tulisan. dan pelaksanaannya bergantung kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah negara. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar. radio dan televisyen. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran. Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat bahasa Inggeris. dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia. serta melalui majalah-majalah. Hasil pertukaran fikiran dan pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama. baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah kemerdekaan negara ini. Dalam warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan televisyen. Sepuluh tahun selepas merdeka. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam rundingan itu tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. kedua-dua pihak telah mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara rakyat Indonesia dan Malaysia. . Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai bahasa rasmi negara ini.

Berikutan daripada pengisytiharan baginda itu.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 51 Rajah 3. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960. iaitu bahasa Melayu sahaja .7: Pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.7) pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat. Sumber: Utusan Malaysia. 10. pada hari yang sama. m. Bahasa Kebangsaan. YM Tunku Abdul Rahman. perjuangan politik bahasa. serta menambahkan buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu.s. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan bahawa daripada tarikh itu. Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa Kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu dan bulan Bahasa Kebangsaan. Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3. Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 1 September 1967.

Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Siri buku tulisan ZaÊba dalam bentuk tiga jilid. Jabatan-Jabatan Kerajaan. Jikalau Bahasa Kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan dalam Sek. AKTIVITI 3. bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan sejak tahun 1900. Kerajaan-Kerajaan Negeri. SEMAK KENDIRI 3. bahasa sains dan teknologi.52 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari yang dijalankan oleh kementerian-kementerian. Walau bagaimanapun. 4 Akta tersebut.3 BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris. Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju.2 (a) (b) Bincangkan akta-akta yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan implikasinya terhadap kedudukan Bahasa Melayu selepas merdeka. terdapat dua bahasa yang digunakan. iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. bahasa kegiatan intelektual dan budaya. Dewan-Dewan Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. 3. Di sekolah menengah pula. Perbincangan tentang perkara ini akan dilanjutkan dalam Topik 4 (Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5 (Masa Depan dan Cabaran Bahasa Melayu).2 Huraikan peranan DBP dalam hubungan kerjasama kebahasaan antara negara Indonesia-Malaysia dalam memperkukuhkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa pada zaman selepas merdeka. iaitu . bahasa ilmu pengetahuan. Bincangkan peristiwa penting yang berlaku sepanjang era selepas merdeka yang berkaitan dengan perjuangan Bahasa Melayu. Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen.

Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L. sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Laporan Barnes 1951 kaum Melayu menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957). maka bahasa yang satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian. dan Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran. zaman pascamerdeka (1957-1970). Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut: 1. dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990). Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa ini termasuklah: Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa Inggeris Meningkatkan kualiti guru. Barnes. sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama. 3. Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai pengantar. Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957) Menjelang kemerdekaan. 4. Jawatankuasa Barnes yang telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan .TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 53 Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan. timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem persekolahan.J. 2. Apabila salah satu daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut.

iaitu: . dan membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Ini membawa kepada pembentukan jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu. Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Barnes tidak mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang pembubaran pendidikan vernakular Cina. Laporan FennWu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu. (iii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari berbagai kaum. Laporan ini mencadang agar usaha merapatkan jurang perbezaan lakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan yang tidak bercorak perkauman. menggalak. Laporan Fenn-Wu 1951 Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: (i) (ii) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran negara ini. Laporan Fenn-Wu dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang dikemukakan. Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Antara lain. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan sistem pelajaran baru diwujudkan. Ordinan Pelajaran 1952 Pada 21 November 1952. Antara yang tercatat dalam penyata. merangsang.54 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan kemahiran.

Cina atau Tamil. 2. Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua. 2008): 1. Datuk E. Mengenai Bahasa Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guruguru dan nazir-nazir sekolah. juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu. Dalam cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956. Laporan Razak 1956 Pada hari 6 Mei 1956. 3. Selain daripada itu. sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing. Sungguhpun begitu. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis. Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris. 2. beberapa cadangan yang membawa perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah dikemukakan. Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan "vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195. Oleh . semua Perkhidmatan Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu. Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 55 1.C. Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing. Tamil dan Cina untuk terus maju.E. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah. Pada masa akan datang. 2008).

dengan mengadakan isi sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Bagi mengelola dan menjamin kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu. 17). Zaman Pascamerdeka (1957-1970) Selepas mencapai kemerdekaan. Satu Institut Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. 2006. Oleh itu. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah. jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.56 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. mengadakan pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran teknik. . ms. banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap kepada yang bercorak Tanah Melayu.

dan sebagainya diberi kesempatan untuk mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji itu. Menteri Pelajaran. 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. 7) Kapten Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan. 2) Menteri Kehakiman. 12) Ketua Menteri Pulau Pinang. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus Pengajian) Sekolah 1956. 8) Penolong Menteri Buruh. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : 1) untuk mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Mereka ialah : 1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi. Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran. 5) Encik Mohd. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956. Dahari Ali. dan 3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Tamil dan Inggeris. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar . 6) Penolong Menteri Pelajaran. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Manickavasagam. 10) Senator Koh Kim Leong. 3) Tun Leong Yew Koh. 11) Encik Mohd. Orang ramai. Khir Johari. 1956. Pada 18 Februari 1960. badan-badan pelajaran. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. 9) Encik V. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. 13) Datuk Wong Pow Nee dan 14) Encik Abdul Ghani bin Ishak. sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. 4) Menteri Perdagangan dan Perusahaan.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 57 Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 – Zaman Kemas Kini Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.

17). Laporan ini telah: Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca. antaranya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982. dan akhirnya Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. selaras dengan Akta 1961. kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama. Falsafah ini pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmnai. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. pendidikan menengah atas melalui dua jurusan. rohani dan intelek. manakala di Sarawak pada tahun 1990.58 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA penyertaan ke sekolah menengah. Di institusi pengajian tinggi. Pada tahun 1973. kedua. ms. analisis linguistik. menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia . dan aspek budaya. Pada tahun 1980. Pada tahun 1979. Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan. Bahasa Melayu sebagai mata kursus. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010. emosi. Walau bagaimanapun. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. 2006. sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar diteruskan. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. . akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara.

Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini diperjuangkan melalui saluran politik. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura. Huraikan perkembangan Bahasa Melayu pendidikan dalam era selepas tahun 1957. maktab dan universiti terlaksana dengan lancar. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki universiti pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950) hingga kepada kemerdekaan 1957. penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan baik pada peringkat sekolah rendah. dalam sistem Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. AKTIV ITI 3.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 59 Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1980.3 (a) (b) Bincangkan perkembangan Bahasa Melayu dalam pendidikan persekolahan Melayu sebelum merdeka. sistem Terangkan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Cina dan Tamil selepas merdeka. menengah. SEMAK KENDIRI 3. Kewujudan bahasa Melayu pada era .3 (a) (b) Bincangkan kedudukan Bahasa Melayu sebelum merdeka. Sejak tahun 1983 hingga tahun 1991.

Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Johor Bahru. Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja. Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan lain dibuat kemudiannya kelak. Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu seluruh negara. Johor. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan.60 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. dan kesusasteraan Melayu. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2 Januari 1954 diadakan di Sekolah King George. Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air begitu rancak dilaung-laungkan. Seremban. sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956 merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum . Pada bulan Mac 1954. Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951. Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa. Perjuangan ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15 Disember 1954. Singapura memutuskan asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahliahlinya sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran.

praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia telah dicapai. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Minggu Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang berlangsung hingga 6 Februari. 1961. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Pada tahun 1959. Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru yang ilmiah. ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Pada 15 April 1962. DBP berubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Faktor pemilihan bahasa Melayu ialah: pertama. Pada 11 April 1963. 1963 (Pindaan 1967). bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Kuala Lumpur. Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. kedua. satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka. satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan. dan akhirnya. . iaitu pada tahun 1967. ialah bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. ketiga.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 61 merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas 10 tahun merdeka. bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini. Pada 30 Januari 1960. iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.

dan Inggeris sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar. Pada tahun 1980. Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982. menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan Laporan Fenn-Wu 1951 menyemak pendidikan kaum Cina Ordinan Pelajaran 1952 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan Laporan Razak 1956 meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran kebangsaan untuk semua. bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan. Pada tahun 1973. Laporan Barnes 1951 kaum Melayu. Pada tahun 1979. bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. zaman pascamerdeka (1957-1970). Tamil. . sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960.62 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau era yang berikut. iaitu zaman pramerdeka (seblum 1957). dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).

gov. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.gov. Penubuhan Balai Pustaka. Muafakat bahasa: Sejarah MBIM/MABBIM sebagai Pembina Bahasa.s. 2004. 1 . htm pada 20 Januari 2008. Asmah Haji Omar. Arkib Negara http://hids.arkib.my/doc/ 1998/jun/22_06_1956_1998. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. "Keteranganketerangan tentang MINGGU BAHASA KEBANGSAAN. 1998.s. Ensiklopedia Kebudayaan Melayu. Kementerian Pelajaran 2007. 668-669.gov. 1 & 21 Penubuhan Balai Pustaka. Arkib Negara http://hids. Persekutuan Tanah Melayu). Mahfudz bin Abdul Hamid (Setiausaha Jawatankuasa Kerja Minggu Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.my/doc/2002/ogos/ 06_08_1950_2002.arkib. Apa tujuannya dan bagaimana hendak menyertainya." Dewan Bahasa Jilid IV Bil. m. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Terbitan Khas (30 April 1981). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.my/doc/ 1998/ jun/22_06_1956_1998. m.arkib. Caxton Press Ltd.TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 63 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 ASAS 50 Dewan Bahasa dan Pustaka Kongres Bahasa dan Persuratan Perkara 152 Perlembagaan Malaysia Laporan Barnes 1951 Laporan Fen-Wu 1951 Laporan Rahman Talib 1960 Laporan Razak 1956 Lembaga Bahasa Melayu Bahasa Melayu pramerdeka Bahasa Melayu pascamerdeka Bahasa Melayu selepas Zaman Dasar Ekonomi Baru ASAS 50 dipetik http://hids.htm pada 20 Januari 2008 dipetik .Januari 1960.htm dipetik pada 20 Januari 2008 Penyata jawatankuasa Pelajaran 1956.

gov.64 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA Penyata Pelajaran 1952 Dipetik daripada http://hids.Ke arah meninggikan mutu bahasa dan kesusasteraan kebangsaan dipetik daripada http://hids.gov.T.arkib.my/doc/ 2000/mei/06_05_1956_2000.arkib.arkib. my/ doc/jilidii/jun/27_06_~1.arkib.my/doc/2002/november/21_11_1952_2002. Dusseck.gov.htm dipetik pada 20 Januari 2008.htm pada 20 Januari 2008 Ucapan O. Undang-Undang Pelajaran 1957 http://hids.arkib. Penyata Razak 1956 Dipetik daripada http://hids. (Terjemahan) dilaporkan dalam The Straits Times 23 November 1935.gov. Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia Dipetik daripada http://hids.htm pada 20 Januari 2008. .htm pada 20 Januari 2008.htm pada 20 Januari 2008 Seminar Bahasa dan Sastera .gov.my/doc/jilidi/ mac/ 07_03_1957_1980.my/ doc/ 2001/april/15_04_1988_2001.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful