You are on page 1of 6

Kemahiran Mekanis

Anda perlu ketahui bahawa kemahiran menulis mekanis bertujuan supaya pelajar-pelajar menguasai kemahiran huruf-huruf kecil dan besar dalam abjad dengan betul dan seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Anda harus memberi penekanan kepada kepentingan kemahiran ini kerana kemahiran ini harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.

Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis ialah:

1. latihan menulis bentuk yang mirip kepada bentuk penulisan. 2. latihan menulis huruf daripada gambar-gambar yang mirip kepada huruf. 3. latihan menekap huruf mengikut acuan yang diperbuat daripada kad berlubang/ garis-garis putus. 4. latihan menamakan gambar secara terkawal.

5. latihan menyalin ayat atau frasa.

Kemahiran Mentalis

Kemahiran menulis mentalis melibatkan proses mental dan lazimnya dikuasai setelah murid-murid menguasai kemahiran menulis secara mekanis. Oleh yang demikian, aktiviti-aktiviti latihan mental boleh anda jalankan untuk membantu pelajar-pelajar anda menguasai kemahiran ini.

Latihan-latihan yang boleh anda jalankan ialah :

1. latihan pernyataan fikiran dan pendapat. 2. latihan pernyataan perasaan. 3. latihan pernyataan kehendak dan perbincangan. 4. menulis karangan esei, surat kiriman, rencana, berita. 5. menulis cerpen, puisi ,cereka. 6. menulis karangan berbentuk pengucapan awan seperti syarahan, ucapan perbahasan, forum dan sebagainya.

b)

Kemahiran-kemahiran Mengarang

Adakah anda mempunyai bakat sebagai pengarang. Syabas, dan anda boleh mewariskannya kepada pelajar-pelajar anda! Jika sebaliknya jangan putus asa. Seseorang itu masih boleh menjadi penulis yang berpotensi jika tahu kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam penulisan karangan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran menulis karangan, anda harus memberikan penekanan kepada perkara-perkara berikut: Mengenal pasti audiens Mengenal pasti tujuan Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan Kemahiran koheran dan kohensi Kemahiran pemerengganan Aspek kemahiran mekanis Mengenal pasti audien

Audien

amat penting dalam penulisan karangan. Jika anda tidak

mengenali audien, karangan yang anda tulis tidak mungkin dapat menepati kehendak dan keperluan mereka. Dalam konteks ini audien ialah rakanrakan pelajar dan guru-guru yang akan membaca dan memeriksa karangan harus bersesuaian dengan

karangan tersebut. Justeru,

kehendak dan keperluan mereka. Anda harus tahu keperluan pelajarpelajar anda untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik dari segi kemahiran mengarang dan kemahiran sistem bahasa serta menepati kehendak-kehendak format yang ditentukan dalam peperiksaan. Anda harus tahu tahap pengetahuan dan keupayaan pelajar-pelajar anda. Dalam konteks ini, pengajaran anda harus dirancang berdasarkan kemahiran, keperluan dan kemampuan audien anda.

Jika pelajar-pelajar anda mempunyai pelbagai tahap kemahiran berbahasa, anda perlu mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya penyampaian pengajaran dan pembelajaran anda berkesan. Pelajar yang lemah

mungkin perlukan bimbingan yang lebih berbanding dengan pelajar yang lain. Mengenal pasti tujuan Salah satu faktor yang penting dalam penguasaan kemahiran menulis ialah minat pelajar-pelajar untuk menulis. Minat menulis dan ditambah pula mempunyai tujuan-tujuan tertentu, merupakan adunan yang sangat baik untuk menghasilkan penulisan karangan yang bermutu.

Tujuan mengarang Mengeluarkan idea/pendapat

Meluahkan perasaan Mempertahankan hujah Menghasilkan cereka/imiginasi dengan bahasa yang retorik

Berdasarkan tujuan penulisan ini juga anda boleh mengajar pelajarpelajar, membuat pemilihan kosa kata yang sesuai dan tatabahasa yang betul. Anda juga dapat membantu mereka mengolah ayat dengan berkesan, menggunakan format karangan yang betul dan menggunakan gaya bahasa yang sesuai. Apakah tujuan anda mengajar pelajar-pelajar anda kemahiran mengarang ? Mengaitkan isi dengan tajuk dan tujuan Pelajar-pelajar anda harus benar-benar memahami tajuk karangan. Tersalah mentasfsir tajuk akan meyebabkan isi karangan terpesong. Isi karangan harus jelas, logik relavan dan menarik minat orang yang membaca. Isi harus diolah dan disampaikan dengan teratur, kemas dan padat. Pemilihan dan pengolahan isi juga harus sesuai dengan tujuan penulisan karangan tersebut. Memahami tajuk karangan dengan tepat dan mengetahui tujuan penulisan, akan dapat membantu kita memilih teknikteknik mengarang dan penggunaan kosa kata yang tepat serta format yang sesuai. Koheran dan kohensi Setiap isi karangan mestilah bersifat koheran iaitu mempunyai pertalian isi antara satu sama lain. Pertalian antara isi menampakkan satu pola atau

keseluruhan

karangan.

Penyusunan

isi

harus

mengikut

susunan

keutamaan tanpa mengabaikan pertalian antara isi-isi tersebut. Contohnya, jika kita melihat kesan akibat sesuatu tindakan, kesan itu harus disusun mengikut kesan keutamaan hasil kesan tersebut. Mungkin kesan ke atas faktor ekonomi menerima akibat yang paling banyak, diikuti oleh kesan sosial atau politik. Dalam kita mengolah isi karangan, kita akan menghuraikan kesan terhadap ekonomi terlebih dahulu, diikuti akibat kepada faktor sosial dan akhirnya kesan terhadap politik. Setiap isi yang ditulis akan memperlihatkan pertalian kesan antara faktor ekonomi, sosial dan politik akibat tindakan tersebut. Umpama permainan jisaw, kepingkeping kecil yang disusun dengan betul akan menghasilkan satu gambar yang lengkap dan sempurna.

Kohensi pula merupakan unsur-unsur pertautan idea-idea utama yang didukung dengan huraian dan bukti, contoh-contoh dan fakta

sokongan yang jelas dan bernas serta mempunyai pertalian dengan pokok persoalan. Setiap penulisan sesuatu perenggan isi mestilah dalam lengkongan tema yang sama. Pengolahan isi karangan sedemikian lebih menyakinkan audien dan dapat mengelakkan daripada penulisan isi karangan yang terpesong dan kabur. Kemahiran Pemerengganan Penyusunan pemerengganan penting dalam penulisan karangan.

Perenggan pendahuluan yang sesuai dan menarik hendaklah ditulis terlebih dahulu. Pemerenganan pendahuluan harus ditulis dengan mengunakan bahasa yang tepat, padat dan ekonomis. Pendahuluan yang meleret-leret akan membosankan. Isi-isi penting perlu ditulis dalam

perenggan yang berasingan mengikut keutamaan susunan isi karangan. Setiap perenggan isi perlu padat dan berfokus mengikut tema. Dalam penulisan karangan, setiap perenggan perlu didahului oleh ayat topik iaitu ayat yang menggambarkan tema atau isi penting dan disusuli dengan ayatayat huraian yang menghuraikan idea utama tersebut. Bukti-bukti atau contoh yang sesuai akan memperkukuh isi-isi karangan. keseluruhannya, Secara

setiap perenggan dalam sesebuah karangan mesti

mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

i.

Apakah perenggan pendahuluan menarik dan berkaitan dengan tajuk dan menarik?

ii.

Apakah setiap perenggan mengandungi satu isi penting dan isi itu dihuraikan dengan baik?

iii.

Adakah terdapat keseimbangan panjang sesebuah perenggan? Jika sebuah perenggan itu terlalu panjang bolehkan perenggan itu dipecahkan kepada subtopik?

iv.

Jika terdapat perenggan yang pendek berbanding perenggan yang lain, bolehkah perenggan itu digabungkan berdasarkan tema yang sama?

You might also like