You are on page 1of 10

KONFLIK SELATAN THAILAND

Pertembungan budaya dan agama diantara kelompok yang berbeza dalam sesebuah negara kadang kala menjadikan manusia amat sukar untuk mencari kesepakatan dalam mewujudkan suatu keadaan yang aman dan damai didalam sesebuah negara itu. Keputusan untuk berkompromi mungkin tidak dapat dihasilkan kerana budaya dan agama telah menetapkan peraturan tertentu yang wajib diikuti dan dihindari oleh setiap penganutnya bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan sesebuah kaum atau budaya masing-masing.

Berdasarkan daripada tajuk utama di atas yang dipilih sebagai tajuk bagi tugasan individu ini iaitu konflik atau keharmonian antarabangsa, artikel ini adalah dari sumber Utusan Online yang ditulis oleh wartawan Berita Utusan Malaysia pada 9 Disember 2009 (09/12/2009) yang bertempat di Bangkok, Thailand.

Seperti yang sedia maklum, konflik di Selatan Thailand telah lama berlaku sejak beratus-ratus tahun lagi sehinggalah sekarang. Buktinya, sejak tahun 1786 lagi apabila wilayah kesultanan Melayu Fathoni (yang kini lebih dikenali sebagai Pattani) telah dikuasai oleh kerajaan Siam. Walaupun pada sekitar awal tahun 2000 konflik ini dikatakan dapat dikawal dengan tiadanya insiden-insiden besar yang menarik perhatian pihak luar. Namun hakikatnya, konflik ini masih lagi berlangsung apabila ia dikejutkan dengan peristiwa 4 Januari 2004 (04/01/2004). Peristiwa ini tercetus apabila sebuah Kem Tentera dalam wilayah Narathiwat telah diserang dan dirompak serta 18 sekolah milik kerajaan telah dibakar oleh kumpulan yang tidak dikenali. Malahan konflik ini masih berlaku sehinggalah sekarang dan masih belum menemui jalan penyelesaiaannya kerana tidak ada tolak ansur dan kesepakatan oleh keduadua pihak dalam mewujudkan kedamaian didalam negara ini.

ULASAN ARTIKEL

1. Pembunuhan dan letupan bom terus berlaku dan sebab itu hal ini tidak boleh pandang ringan dan masalah ini perlu ditangani dengan segera. Berdasarkan kenyataan diatas, masalah dan pergolakkan yang besar seperti pembunuhan dan pengeboman telah banyak berlaku disebabkan oleh masalah ini yang berlaku secara berterusan. Tindakan-tindakan yang tidak sewajarnya dan kemusnahan yang lebih dasyat mungkin akan berlaku jika masalah ini tidak diselesaikan secepat mungkin dan dengan cara yang baik seperti yang dinyatakan diatas. Kesan seperti kehilangan nyawa, harta-benda, pepecahan kaum dan banyak lagi mungkin akan terjadi jika tiada sebarang langkah-langkah kawalan yang diambil oleh kedua-dua pihak. Hal ini berlaku disebabkan sikap pentingkan diri yang terdapat pada sesuatu pihak sahaja iaitu mahu mangawal dan menakluki seluruh kawasannya sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati dan rasa marah satu pihak yang lain yang boleh menyebabkan pihak itu mengambil langkah-langkah agresif dalam memperjuangkan hak-hak kaum mereka masing-masing. Oleh sebab itu, setiap pihak haruslah mempertimbangkan dan memikirkan kesan-kesan yang bakal terjadi sekiranya melakukan sesuatu perkara tanpa adanya perbincangan dan sikap tolak-ansur antara kedua-dua pihak dalam pencapai kesepakatan sesebuah negara. Sebagai contah, di zaman kegemilangan Tamadun Islam pada masa dahulu, setiap masalah yang dihadapi dibincang terlebih dahulu dengan adanya sikap tolak-ansur dan kesepakatan antara kedua-dua belah pihak sebelum satu kata putus diambil dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Hal ini menunjukkan sikap tolak-ansur dan melakukan perbincangan dengan cara yang baik dapat menyelesaikan sebarang masalah.

2. Walaupun tidak nampak wujudnya pengaruh luar terhadap masalah militan di selatan Thailand setakat ini tetapi masalah itu tidak boleh dibenarkan terus berlarutan kerana ia akan membuka pintu kepada elemen luar itu untuk masuk. Merujuk perkara diatas, sesuatu masalah yang berlaku di dalam sesebuah negara perlulah diatasi secepat mungkin daripada membiarkannya berlaku secara berterus dan mungkin akan menyebabkan ia berlaku lebih serius dan tidak dapat diatasi lagi. Selain itu, masalah lain yang mungkin akan berlaku disebabkan konflik ini ialah membuka peluang kepada pihak luar dalam masuk campur dalam menyelesaikan konflik di negara ini. Campur tangan pihak luar didalam konflik di dalam sesebuah negara terbahagi kepada dua sebab mengapa campur tangan ini terjadi. Antara asbab-asbabnya berlakunya campur tangan ini ialah adalah melalui peranan yang baik sesebuah negara itu, iaitu dengan niat untuk membantu negara lain daripada menyebabkan masalah di negara itu berlaku secara berterusan. Sebab lain mengapa campur tangan ini berlaku ialah melalui niat dan peranan yang tidak baik sesebuah negara itu dengan ingin mengambil alih dan merampas kuasa sesebuah negara itu bagi memperluaskan kawasan taklukanya. Masalah ini akan berlaku apabila sesebuah negara itu mengalami kejatuhan dari pelbagai segi seperti kejatuhan dari segi politik, ekonomi, sosail dan banyak lagi. Disebabkan itu, masalah ini memberi peluang kepada pihak luar untuk masuk campur dalam masalah ini sebagai satu alasan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di

negara itu, bahkan ia menjadikan campur tangan ini sebagai salah satu langkah dalam memperluaskan kawasan jajahannya. Oleh itu, setiap negara perlulah berwaspada dalam mengekalkan keharmonian negara masing-masing daripada terjadi sesuatu konflik yang tidak diingini kerana ini memberi peluang kepada kuasa luar dalam melakukan rampasan kuasa kepada sesuatu negara itu. Sikap yang positif perlulah diambil dalam sesebuah negara supaya tidak berlakunya sebarang konflik. Jika terjadi juga sesuatu konflik langkah yang sewajarnya perlulah segera diambil supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin kerana ada kalanya campur tangan sesebuah negara lain dapat dilakukan dari sudut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penaklukan dari segi ekonomi, sosial dann sebagainya. Disini kita dapat melihat Malaysia sebagai negara yang mempunyai sifat campur tangan yang baik di mana kehadiran bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir sebagai perunding dalam memberi buah pandangan dalam menyelesaikan masalah ini daripada berterusan pada konflik di Selatan Thailand yang berlaku pada Januari 2004. Selain itu, pada konflik yang berlaku pada Disember 2009, kehadiran Datuk Seri Najib Tun Razak juga memberikan campur tangan yang positif dimana beliau memberikan pandangan-pandangan yang baik kepada pihak kerajaan dan anti-kerajaan supaya menyelesaikan masalah ini dengan lebih adil dan saksama bagi kedua-dua belah pihak. Contoh lain yang dapat kita lihat disini sebagai salah satu campur tangan yang negatif dapat diambil daripada konflik yang berlaku di negara Iraq dimana Amarika Syarikat telah mengambil peluang dalam memusnahkan negara Iraq melalui campur tangannya dimana banyak kemusnahan dan kematian telah berlaku secara serius yang berlaku hasil daripada konflik dalaman yang berlaku secara berterusan. Ini menunjukkan bahawa sesuatu konflik perlulah diatasi secepat mungkin bagi

mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar lagi sehinggakan membawa kepada kemusnahan sesebuah negara itu.

3. Konflik di selatan Thailand mampu diselesaikan jika rakyat di wilayah itu menolak keganasan, bekerjasama dengan kerajaan negara itu serta terus setia kepada negara dan raja mereka. Berdasarkan petikan diatas, jika sikap yang positif diamalkan oleh kedua-dua pihak, ini dapat menghindari sesebuah negara daripada berlakunya sesebuah konflik yang mana boleh memusnahkan negara itu. Nilai-nilai positif seperti bekerjasama, setia pada raja dan negara , bertolak-ansur dan sebagainya diantara kedua-dua belah pihak dapat membentuk sebuah kerajaan yang lebih harmoni dan teguh. Jika sesuatu masalah itu diselesaikan dengan perbincangan dan kesepakatan antara kedua-dua belah pihak, masalah seperti perbalahan, konflik dan sebagainya tidak akan berlaku dan hasil perbincangan itu pasti akan membuahkan satu hasil yang lebih baik. Dengan memikirkan masalah yang bakal berlaku terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya, ini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu masalah yang tidak diingini. Patuh pada undang-undang yang telah ditetapkan juga merupakan salah satu daripada perkara yang perlu diambil berat dalam mengambil sebarang tindakan. Undang-undang yang perlu diikuti ini bukalah undang-undang yang ditetapkan oleh pihak itu sendiri bahkan undang-undang yang perlu diikuti ini ada adalah undang-undang yang ditetapkan oleh dunia yang mana memberi keadilah dan kesaksamaan kepada semua pihak.

Sebagai contoh, kita dapat melihat rakyat Malaysia yang patut pada Tuhan, raja, undang-undang dan negara bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai yang hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Rukun Negara yang berlandaskan lima aspek itu diikuti dengan begitu sempurana oleh rakyat Malaysia dalam mencapai keharmonian . Ditambah lagi dengan tema 1 Malaysia yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menambahkan lagi sifat cintakan negara pada setia rakyat Malaysia pada masa kini.

KESIMPULAN

Akhir sekali, apa yang dapat dirumuskan di sini ialah, konflik adalah salah satu perkara yang boleh memusnahkan sesebuah kaum atau negara itu daripada mencapai kemajuan dan pembangunan. Oleh itu, kita seharusnya berbincang dan mengambil sikap tolak-ansur antara satu sama lain dalam mencapai kesepakatan bagi menyelesaikan sesuatu masalah supaya kita dapat menyelesaikan semua masalah yang melanda bagi mencapai keamanan dan kemakmuran dalam hidup secara bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

LAMPIRAN Artikel Asal

ARKIB : 09/12/2009

Konflik selatan Thai perlu dipandang serius


BANGKOK 8 Dis. - Walaupun Malaysia menganggap konflik di selatan Thailand adalah masalah dalaman negara itu dan perlu diselesaikan dengan pendekatan mereka sendiri tetapi ia tidak boleh dipandang ringan kerana boleh membawa kepada isu keselamatan yang serius kepada negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan yang menyatakan terdapat sekitar 10,000 militan di wilayah itu perlu diberikan perhatian serius dan ditangani dengan segera sebelum ia mengancam keselamatan Malaysia. "Pembunuhan dan letupan bom terus berlaku dan sebab itu hal ini tidak boleh pandang ringan dan masalah ini perlu ditangani dengan segera," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasminya ke Thailand di sini hari ini. Beliau berkata, walaupun tidak nampak wujudnya pengaruh luar terhadap masalah militan di selatan Thailand setakat ini tetapi masalah itu tidak boleh dibenarkan terus berlarutan kerana ia akan membuka pintu kepada elemen luar itu untuk masuk. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia yakin konflik di selatan Thailand mampu diselesaikan jika rakyat di wilayah itu menolak keganasan, bekerjasama dengan kerajaan negara itu serta terus setia kepada negara dan raja mereka. Katanya, walaupun ia akan mengambil masa yang panjang tetapi perkembangan positif ke arah itu sudah dapat dilihat menerusi pelbagai usaha yang diambil kerajaan Thailand. Menurutnya, Thailand telah mengambil langkah secara berperingkat-peringkat untuk meningkatkan keyakinan rakyat mereka termasuk menggantikan undang-undang tentera dengan Ordinan Darurat yang lebih longgar di tiga kawasan dan akan mewujudkan undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa di wilayah itu melapor terus ke peringkat nasional. Selain itu, Thailand juga melantik pegawai dari kalangan mereka yang bermastautin di wilayah terbabit serta mengadakan pilihan raya bagi memilih pihak berkuasa tempatan...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2009&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Gambar

Tiga Kawasan Selatan Thailand yang mana berlakunya konflik ini (Yala, Pattani dan Narathiwat).

Pembunuhan awam yang berlaku hampir setiap hari di mana-mana saja.

UWS10202 - Hubungan Etnik

Tugasan Individu
NAMA: MOHAMAD IHSAN BIN MOKHTAR NO. MATRIK: DD 100017 SEKSYEN: 12 PENSYARAH: DR. KHAIRUL AZMAN BIN HJ. SUHAIMY

NAMA: MOHAMAD IHSAN BIN MOKHTAR SEKSYEN: 12 NO. MATRIK: DD 100017 TARIKH LAHIR: 16 JUN 1989 ALAMAT: 48 MK F PAYA KONGSI, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG AGAMA: ISLAM BANGSA: MELAYU

FALSAFAH HIDUP: BILA OTAK TERANG, ADA KEMAJUAN.