PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION Konsep perguruan Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan

pengasuh.[1] Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala perguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. Berdasarkan pengertian yang dihuraikan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa perguruan merupakan suatu bidang yang berkaitan dengan guru yang mengajar atau melaksanakan pengajaran di sekolah atau di institut-institut pendidikan lain untuk menyampaikan ilmu kepada anak murid atau masyarakat. Pekerjaan yang dianggap professional. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional ialah: 1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting, sama ada kepada masyarakat atau negara. 2. Banyak menggunakan keupayaan intelek. Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guruguru dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. 3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. 4. Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut dan benar-benar mahir dalam bidangnya. Mendapat latihan khusus. Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu

5. Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka. Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap. Mengapakah taraf professional dalam bidang perguruan sering dipertikaikan? Sesetengah masyarakat masih lagi menganggap profesion perguruan bukanlah suatu pekerjaan yang profesional. keputusan-keputusan yang telah dibuat. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut. malahan juga perlu ada tanggungjawab. Peraturan-peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan. iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di mana mereka bekerja. cekap dan dedikasi terhadap kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional. Tanggungjawab tersebut bukan hanya Jika seseorang itu bertanggungjawab meliputi tugas-tugas yang mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala terhadap keputusan yang dibuatnya. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya. tujuannya adalah sama. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya. Namun begitu. maka jelaslah bahawa sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan atau profesion yang profesional. Ini kerana ramai di kalangan individu yang terbabit . 6.sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut. 7. Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain. 8.

malah boleh juga melakukan tugastugas golongan profesional yang lain. Faktor lain yang menyebabkan timbulnya sebab mereka mempertikaikannya ialah mereka menganggap pekerjaan tersebut merupakan pekerjaan biasa yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. jurutera. contohnya menjadi doktor. doktor perubatan ataupun peguam. Mereka masih terpengaruh dengan keadaan lampau di mana seseorang yang telah tamat Darjah Enam boleh menjadi guru. Mengapakah sesetengah masyarakat tidak memandang pekerjaan guru sebagai profesional sedangkan mereka tidak tahu tugas guru sebenarnya? Pendek kata. Wujudnya guru pengganti semasa seorang guru cuti bersalin juga adalah satu sebab yang mendorong mereka mengatakan bahawa pekerjaan guru bukanlah satu pekerjaan yang profesional. eksekutif firmafirma. tetapi perlu juga melakukan banyak tugas lain yang bukannya senang untuk dilakukan oleh orang yang tidak berpengalaman. tugas seorang guru bukan hanya mengajar semata-mata. Mereka juga seringkali menganggap kerja ini sebagai ‘pilihan terakhir’ dan ‘terpaksa’.memikirkan bahawa profesion keguruan ini tidak ‘seglamour’ pentadbir. polis. akauntan. Etika perguruan. eksekutif. hakim. Mungkin sesetengah orang yang tidak terlibat dalam profesion ini menganggap pekerjaan ini tidak profesional kerana tugas guru hanya mengajar sahaja. Pada pandangan saya. Hal ini tidak boleh dipertikaikan lagi kerana. barulah mereka sedar bahawa seorang guru bukan hanya perlu mengajar. . akauntan. kerani dan sebagainya. Sebab itulah ada di kalangan mereka yang beranggapan sedemikian. Namun. sekiranya mereka terlibat secara langsung dalam pekerjaan ini. ciri-ciri pekerjaan ini banyak mengandungi ciri-ciri sebuah pekerjaan yang profesional. jawatan guru memang layak dianggap satu pekerjaan profesional. Berdasarkan pengalaman anda sila beri pandangan peribadi anda adakah jawatan guru layak dianggap sebagai jawatan profesional? Berikan alasan untuk memperkukuhkan jawapan anda.

Hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan Seperti mana sebuah kata-kata yang sering diungkapkan. serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. jika seseorang itu memahami dan mematuhi segala peraturan yang termaktub dalam etika perguruan maka dia telahpun menghayati tatasusila tersebut. Pembelajaran sepanjang hayat Konsep pembelajaran sepanjang hayat atau lifelong learning bukanlah merupakan satu konsep yang baru dalam sistem pendidikan negara. Sifat-sifat diri seperti itu yang wujud daripada pemahaman tatasusila akan melahirkan seorang guru yang berkualiti dan seterusnya dapat meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. “Belajar sepanjang hayat”. . diri kita sendiri haruslah telah bersedia terlebih dahulu. sekiranya kita hendak menaikkan taraf profesionalisme keguruan. mematuhi tatasusila dan sedia menerima segala perubahan. Seseorang yang melanggar etika tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan dikenakan hukuman sewajarnya. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk. Penghayatan tatasusila bermakna seseorang pendidik memahami dan mematuhi etika perguruan atau tatasusila yang telah ditetapkan oleh organisasi pendidikan. mempunyai nilai dan berkualiti tinggi. Martabat yang tinggi akan menjadikan profesionalisme itu disanjung tinggi. Maksudnya. Kesediaan tersebut adalah dari segi memahami tanggungjawab sebenar seorang guru. Peningkatan taraf profesionalisme pula bermakna menaikkan atau meningkatkan martabat profesion keguruan khususnya di negara kita. Terlebih dahulu. “Segala sesuatu itu bermula daripada diri kita dulu”. kita cuba memahami makna penghayatan tatasusila.[2] Dalam konteks perguruan. Perlu diingat. Ungkapan tersebut akan menjelaskan hubungan penghayatan tatasusila dengan peningkatan taraf profesionalisme keguruan. etika yang dipegang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah “Tatasusila Profesion Keguruan”. Etika tersebut menjadi garis panduan dan dasar yang harus dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.

Guru juga perlu mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat agar sentiasa mempertingkatkan mutu kehidupan dan dapat membentuk individu yang berfikiran rasional. dan  Proses pembelajaran seseorang bagi meningkatkan ilmu pengetahuan tidak akan berakhir apabila seseorang itu meninggalkan alam persekolahan. Oleh itu. kita haruslah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang dinamik. Guru harus memahami dan menghayati tugasnya sebagai guru yang menghendaki agar kita bertanggungjawab terhadap tugas-tugas lain selain daripada mengajar. pembelajaran sepanjang hayat dapat disimpulkan kepada proses seperti berikut:  Proses pembelajaran seseorang secara berterusan sama ada bagi tujuan meningkat kemahiran atau membangunkan kerjaya dalam sesuatu bidang pekerjaan pada masa sekarang. pusat latihan vokasional. Pengalaman yang bersifat pengetahuan seperti ini tidak akan dapat dipelajari secara bentuk yang biasa. a. Konsep ini merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkatkan pengetahuan. ia adalah proses sepanjang hayat. setiap guru harus menerima dan menambahkan ilmunya melalui pembelajaran sepanjang hayat untuk disebarkan kepada para pelajar. mahupun pada masa akan datang. guru haruslah sentiasa belajar memahami tugas-tugasnya. Oleh itu. Pembelajaran sepanjang hayat dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. kreatif dan mempunyai daya tahan fizikal dan mental. kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal di sekolah. Berdasarkan kepada pandangan di atas. tidak juga secara formal dan latihan. dissemination dan memahami erti perkongsian ilmu.membawa makna: Kita harus sentiasa belajar sepanjang hidup kita dan yang paling penting sekali ialah pembelajaran mestilah melahirkan tindakan pro-kehidupan. Sebagai seorang pendidik. atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di sekolah. Menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip pembelajaran sepanjang hayat. b. mengamalkan prinsip pembelajaran sepanjang hayat akan menjadikan ilmu seseorang guru itu sentiasa dinamik. inovatif. Oleh itu. Selain menjadi sumber maklumat kepada para pelajar. Ia memerlukan pusingan yang berterusan mencipta. . guru juga menjadi bahan rujukan rakan setugas dan ibu bapa. c. d.

3. pengurusan aktiviti berkumpulan. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. strategi dan kaedah mengajar. bersikap terbuka. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini o Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Langkah yang boleh anda dan guru lakukan untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme perguruan. mempengaruhi cara kerja seseorang guru. o Bagi memperkembangkan kemahiran. o Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah. perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. Guru perlu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat memahami budaya ilmu yang akan diterapkan kepada para pelajar. o Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin. . percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. 4.e. 2. 1. Usaha ke arah perkembangan kendiri o Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. penggunaan bahan bantu pelajaran. Membuat penyelidikan dan penulisan o Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan o Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar.

. tingkah laku. Mengutamakan kemajuan.o 5. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknikyang berkesan. akauntabiliti keguruan Akauntabiliti atau membawa maksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Pembelajaran sepanjang hayat o Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. mental. Akauntabiliti guru terhadap: 1. o Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Pelajar tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi bidang pekerjaan. kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas. emosi. sosial dan sebagainya. 3. Akauntabiliti keguruan. murid-murid dan profesion keguruan. agama. 2. Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira bangsa. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. sekolah. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. 4. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas. faktor jasmani. Membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta apa-apa bayaran atau hadiah. 1. Dalam erti kata yang lain. politik. 5.

Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. . Berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik. 3. Bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. 5. Mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Memupuk nilai dan sikap murni dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. 3. 3.2. Menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan Matlamat Pendidikan Negara berlandaskan Rukun Negara. Melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. 2. Bangsa dan Negara 1. Diri 1. Menjaga kebersihan dan kesihatan agar dapat menjalankan tugas dengan sempurna. 2. 4. Mengawal emosi sendiri dan menghindarkan ketegangan jiwa. 5. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang. 6. 4.

5. setiap guru perlu sedar akan tanggungjawabnya terhadap tugas agar mereka dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan dedikasi. tingkah laku. Menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah. sekolah. Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang merangkumi bidang pekerjaan. Pentingnya kesedaran akauntabiliti keguruan dihayati oleh semua guru. Memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Terhadap Tugas dan Kerja 1. . Memahami akauntabiliti bererti memahami tanggungjawab sebenar seseorang guru. Mengajar fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan khususnya di negara kita. 4. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.4. Hubungan akauntabiliti dengan peningkatan profesionalisme keguruan. 2. Meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. 3. murid-murid dan profesion keguruan akan ditingkatkan sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Penghayatan akauntabiliti akan meningkatkan profesionalisme keguruan kerana semua guru akan menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi.

termasuk seorang pengawal keselamatan. Perasaan itu hanya diluahkan menerusi tulisan di kertas selepas aduannya kepada ibu bapa tidak diendahkan berikutan mereka beranggapan murid itu mungkin melakukan kesalahan di sekolah. Oleh itu. 26 April 2007: KOTA BHARU: Akibat tidak tahan menjadi pemuas nafsu gurunya. membuat laporan polis kelmarin. Dalam operasi dijalankan sepasukan anggota Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. 8. dipercayai akibat dipukul guru terbabit. ditendang guru agamanya kerana bangun dari tempat duduk untuk mengambil kotak pensil yang terjatuh. penoreh getah dari Kampung Kuala Beris di sini. berkata perbuatan guru itu tidak boleh diterima kerana menegur menggunakan kaki sehingga menyebabkan anaknya kesakitan. Siti Nur Fatihah Samsudin. didapati positif dalam ujian air kencing bersama beberapa suspek. mengalami pendarahan beku. yang mengajar di sebuah sekolah di Lembah Klang. dekat Pasir Mas.Beliau mendakwa guru itu menendang anaknya dua kali di depan 40 murid lain ketika kelas agama Islam. 6 April 2007: PASIR GUDANG: Beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua yang mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu bagaikan menjadi bukti ‘penderaan’ di sebuah sekolah rendah di sini. lelaki berusia 20-an itu. kesedaran terhadap akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. petang kelmarin. .Pada pendapat saya. maka ia tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan gagal melahirkan insan pelajar yang benar-benar lengkap dari segi ilmu dan peribadi yang baik. Abdul Rashid Hussain. seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Rantau Panjang. termasuk di sekolah dan rumah suspek. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu. KUALA LUMPUR: Sukar dipercayai apabila seorang guru antara empat lelaki yang ditahan polis bandar raya kerana terbabit dalam penagihan ganja. Isnin lalu. Pelajar berusia 15 tahun itu mendakwa guru itu beberapa kali mencabul kehormatannya. murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini. Sekiranya seseorang itu mengabaikan akauntabilitinya. 50. ia perlu dihayati oleh semua guru di negara ini. Hal tersebut akan menjatuhkan martabat profesionalisme keguruan negara kita. 7 April 2007: SIK: Seorang bapa mendakwa anaknya.

berkata guru muzik itu bertindak demikian kemungkinan sebagai hukuman berikutan dia tak membawa buku latihan. guru itu sepatutnya merujuk kepada ibu bapa pelajar atau anaknya diberi amaran terlebih dulu. tiada Perdana Menteri. Rabu lalu. hanya tiga murid lelaki terbabit yang mula-mula dipukul guru berkenaan mengalami pendarahan di kepala hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut. dan lebih malang lagi lebih percaya kepada artis daripada fatwa mufti.Ketika itu. Ibu-bapa lebih percaya kepada ejen skim pelaburan internet. Kini. Mohammad Nabill Iman Hakkiem Zulkifli. Walaupun aku bukanlah seorang guru(pernah bercita-cita juga). Tekanan kerja .Benarkah tuntutan kerjaya sebagai guru terlampau berat? Bagi aku. menghadapi kemungkinan buta apabila terkena pembaris kayu dilontar seorang guru. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Man berkata. guru zaman sekarang lebih banyak . pelajar tingkatan dua itu mengikuti mata pelajaran Sains berkaitan mata di sebuah sekolah di Pulau Carey di sini. semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu. salah siapa dan kenapa? Guru merupakan salah satu professsion yang amat mulia di mata masyarakat kita. Tanpa guru. Puncanya? 1. 26 Februari 2007: KUALA NERANG: Tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Padang Sanai dekat sini. termasuk dua perempuan. 8. Persoalannya. mendakwa guru muzik melondehkan seluarnya hingga ke paras lutut di depan teman sekelasnya. tiada Professor dan tiada juga wujudnya ketamadunan. :-Itulah senarai kes salah-laku yang membabitkan guru-guru di Malaysia sepanjang tahun 2007 ini. kira-kira 40 kilometer dari sini.6 Mac 2007: BANTING: Seorang pelajar yang baru dua jam mendaftar diri pada hari pertama persekolahan di sekolah barunya. tiada Doktor. kepala lapan murid dalam satu kelas. menerima satu hingga dua jahitan di kepala selepas didakwa diketuk dengan kasut tumit tinggi oleh seorang guru wanita. 14 Januari 2007: DUNGUN: Seorang murid lelaki tahun dua di Jerangau. rasa hormat kian hilang terhadap kerjaya ini. memang berat. 10 Januari 2007: GUA MUSANG: Seorang bapa menganggap tindakan guru disiplin sebuah sekolah menengah di sini menggunting kolar baju anak lelakinya kerana didakwa tidak mengikut peraturan pakaian seragam. pembawa kupon gores dan menang. Di mana letaknya kepercayaan kepada guru? Guru ajaran sesat lebih mudah dapat tempat dalam hati rakyat kita. Kepercayaan kian terhakis.Bagaimanapun. sebagai tidak bertamadun dan mengaibkan. didakwa diketuk guru wanita berkenaan selepas dikatakan tidak membawa buku latihan Bahasa Inggeris.

”Pukullah anak saya tu selagi tidak patah tulang atau cacat. Masyarakat hari ini memandang tinggi sesuatu kerjaya hari ini bukan kerana apa yang dibuat. Sekarang ditambah satu lagi. Mereka juga ada maruah dan pendirian. Aku mengadu cikgu sekolah selalu cubit aku kerana nakal. takkan nak “pasrah” je. kalau tak mau anak sendiri menjadi mangsa “pelempang” dan “sepak terajang” guru. Sejak hari itu. Jurutera.. didiklah anak di rumah dengan baik. Yang menyedihkan. Barulah timbul rasa hormat. Malah pemain bolasepak yang mutunya entah apa-apa dan pekerja buruh binaan lagi tinggi gajinya daripada guru. aku tak berani nak mengadu lagi. anak sendiri terabai. Kalau anak murid dah berani memaki guru. berjumpa dengan guru besar. majoritinya akan mengatakan bahawa tahap disiplin pelajar sekarang berada di tahap kritikal. bapa aku mengizinkan. doktor. Kepada pihak kementerian yang berkenaan. tetapi berapa duit yang diterima daripada hasil kerjayanya. Gaji . guru diberikan kuasa penuh oleh ibu-bapa untuk mendidik anak-anak walau dipukul atau dirotan(selagi tak patah-riuk atau cacat). Jika dulu. ibu-bapa dah bawa ke mahkamah. Pelajar salah-laku disiplin? Kurang didedahkan. Pelajar . Sedangkan kerjaya guru adalah salah satu kerjaya yang terpenting di dunia. Aku pernah mengadu dengan ibu-bapa aku semasa aku sekolah dulu. Itu yang kita tahu. sila peka dengan nasib guru. Memang dimudahkan dengan kemudahan yang pelbagai yang ada pada hari ini. Bila pelajar melakukan kesalahan. Takkan lebih rela tengok anak sendiri mati merempit dan mengandung tanpa bapa? Jangan ‘dok’ leka tengok rancangan tv dan undi artis. Fkirkanlah yek…. pihak pengurusan sekolah cuba sembunyikan kerana bimbang nama sekolah tercemar. . Saman guru. peguam antara nama kerjaya yang sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat. 3. Senang kan? Walhal anak sendiri nakal kurang sedikit dari “syaitan”. Kerja lain pun macam tu. jentik telinga sedikit pun. artis. Bapa aku pergi ke sekolah keesokan harinya. Itu kisah aku. Aku tak pernah dengar lagi kes guru saman pelajar dan ibu-bapa. 2.Orang bekerja sebagai guru kerana nak cari makan daripada duit gaji yang diterima. Kepada ibu-bapa pula. kerjaya guru merupakan salah satu kerjaya di Malaysia ini yang mendapat gaji yang rendah.bebannya. Setiap sekolah pasti ada masalah disiplin pelajar kecuali mungkin sekolah pendidikan khas.Orang jawa kata “respect”. Yang kita selalu terdedah apabila guru membuat salah-laku disiplin. Inilah hakikatnya kisah kehidupan seorang guru di Malaysia. Rupanya.Tanyalah kepada guru-guru. Tapi hari ini. asalkan dia jadi manusia”. Kerana apa? Kerana pendapatan mereka yang lebih lumayan. Malah dia kata kepada guru besar. tetapi hakikatnya tak semudah yang kita nampak. melayu khususnya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful