You are on page 1of 45

Perbezaan wujud ekoran asas pembinaan tamadun yang berbeza paling asas agama

Perbezaan Kekeluargaan & Kemasyarakatan Ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasna harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confusius sedangkan agama Islam matlamatnya lebih jauh lagi iaitu untuk mendapat keredhaan & keberkatan Allah s.w.t Perbezaan Agama (Teologi) Manifestasi ketuhanan yang berbeza konsep monoteisme Islam, Kristian, Hindu berbeza Wujud perbezaan agama Hindu dan Buddhisme tentang konsep reinkarnasi Setiap agama juga ada institusi keagamaan sendiri Mempunyai peranan yang sama dalam masyarakat Sebagai tempat ibadah & upacara keagamaan Rumusan Lebih mudah cari perbezaan daripada persamaan Berbeza kerana setiap tamadun dibina atas unsur agama & budaya berbeza Perkara paling asas AGAMA Cth : Islam, Barat, Cina Perbezaan jangan jadikan penghalang usaha jalin hubungan baik dan harmoni antara setiap tamadun misalnya ?????? Tamadun Barat Kontemporari dan Tamadun Islam berbeza dalam memahami matlamat & dasar wujudnya sebuah tamadun lihat penekanan Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk Oleh itu persamaan & perbezaan memang wujud Lihatlah perbezaan bukan penghalang untuk hidup dalam aman dan harmoni Jangan jadikan perbezaan ini juga alasan untuk hidup terasing & pentingkan diri sendiri Jangan perbesarkan perbezaan sebuah tamadun anggap itu satu keunikan Lihat persamaan sebagai peluang untuk jalin hubungan yang baik Paling penting amalkan sikap hormat-menghormati & mengiktiraf tamadun orang lain Cabaran Terhadap Kehidupan Bertamadun

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/persamaan-dan-perbezaan-antara-tamadun.html

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Ciri-ciri perbezaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari konteks teologi dan etika. Sebagai contoh persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep tuhan pencipta Islam, Kristian dan yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayan monoteisme mereka berbeza anatara satu sama lain. Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat. Pencanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku anatara satu tamadun dengansatu tamadun yang lain, tetapi boleh berlaku dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Dalam konteks melihat persamaan dan perbezaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan.
PERSAMAAN

PERSOALAN

PERBEZAAN Terdapat dalam beberapa tamadun yang memelihara alam sekitar diberikan penafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan di anggap sebagai "Divine Power"

ALAM SEKITAR

Hidup secara harmoni Alam sekitar adalah anugerah tuhan, manusia adalah bertanggungjawab sebagai khalifah untuk menjaganya.

KELUARGA

Keluarga adalah sebagai asas pembentukan masyarakat Menurut konfucianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan kekeluargaan yang paling penting Komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti memastikan nilainilai dan norma masyarakat sentiasa dihormati.

Islam amat menekankan tentang kasih sayang dan hormat menghormati.

KOMUNITI

Dalam sejarah tamadun dapat dilihat bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi

Dapat memberi sokongan moral,material, dan psikologi kepada anggota. Menekankan persoalan akhlak dan moral sebagai dasar sesebuah kerajaan. Sifat raja adil dan saksama merupakan tema utama tamadun-tamadun

tertentu seperti Islam dan Buddhime

KERAJAAN

KEGIATAN EKONOMI

Berlaku dalam konsep "Moral semesta" Wujud konsep hak-hak kehidupan

Buddhidme wujud hakhak kehidupan yang termaktub dalam salah satu "eight fold path". Dalam ajaran Islam wujud Halal dan Haram yang mempunyai kaitan dengan akhlak. Dalam islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia. Dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran Hindu, tranformasi sifat(Character) dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

PENDIDIKAN

Pembinaan sifat-sifat seseorang Manusia tidak digalakkan mengusai persekitaran luaran tampa perubahan dalaman.

KESIHATAN

Mengetahui persoalanpersoalan dasar berkaitan dengan ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang saksama.

Konsep kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama

http://www.oocities.org/tamadunislam/persamaan_dan_perbezaan.htm

pdf http://www.freewebs.com/badli/Uniten/Bahan%20Ngajar/ISLB%20112/Nota/Konsep%20Tamadun%20 &%20Peradaban.pdf

- Interaksi antara tamadun


2.0 Pendahuluan Manusia merupakan pembangun sesebuah tamadun, sesuai dengan hakikat kejadiannya sebagai al-insan madaniyyun lil tabiyy. Oleh itu, tamadun mempunyai ciriciri dan nilai-nilai sejagat sesuai dengan fitrah dan keperluan asas kehidupan manusia. Manusia sudah difitrahkan hidup dengan mempunyai pegangan dan kepercayaan. Namun kepercayaan antara kelompok manusia adalah berbeza. Perbezaan wujud pada sudut fahaman dan anutan serta cara melahirkan ketundukan dan kepatuhan, kesan dari latar belakang, persekitaran dan pengalaman hidup yang berbeza. Perbezaan ini merangkumi persoalan falsafah dan konsep sesuatu pegangan dan kepercayaan. Dalam konteks Malaysia, perbezaan tetap wujud walaupun etnik yang berbeza ini sama-sama berada dalam satu unit politik yang sama. Persamaan ini pula merujuk kepada persamaan persoalan pokok, iaitu mempunyai pegangan dan kepercayaan serta amalanamalan dari sesuatu kepercayaan. Contoh persamaan yang jelas ialah kepercayaan dan pegangan keseluruhan Tamadun Asia kepada kuasa ghaib. Kuasa ini memberi kesan kepada kehidupan manusia di alam nyata seperti sihat, sakit, aman, malapetaka, miskin dan kaya. Namun antara setiap tamadun mempunyai tafsiran dan kepercayaan masingmasing terhadap kuasa ghaib. Kuasa ghaib ini di katogerikan kepada dua tanggapan, iaitu kuasa ghaib yang terasing dan tidak sama dengan alam dan kuasa ghaib yang berada di alam. Dalam perbincangan teologi, hal ini dikenali dengan kuasa yang trancendent (tanzih). Tanggapan kedua terhadap kuasa ghaib ini adalah immanent (tashbih).

Melalui perbezaan dan persamaan ini, negara-negara di Asia telah berjaya mewujudkan interaksi antara pelbagai tamadun yang berjiran sejak beberapa dekad silam dan

terbukti dapat terjalin secara harmonis. Sebagai contohnya, interaksi antara Tamadun Cina dan Islam terjalin melalui Laluan Sutera dan Tamadun India dengan Alam Melayu melalui laluan lautan Hindi. Antara tamadun-tamadun ini tidak wujud satu pertembungan yang bersifat konflik seperti yang diistilah oleh S. Huntington sebagai Clash of civilization. Satu ciri sepunya yang dikongsi bersama dan berfungsi membangun tamadun-tamadun besar Asia ialah kerana dasar pembinaannya berteras kepada nilai keagamaan dan etika. Sebaliknya, pasti berlaku konflik lantaran perbezaan nilai yang ketara antara dua tamadun seperti pertembungan tamadun moden yang jelas didominasi oleh Tamadun Barat dengan Tamadun Timur yang berteras nilai tradisional. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa selepas kedatangan penjajah Barat ke beberapa negara di Asia sejak abad ke 16 masihi telah mencetuskan rangkaian konflik hingga masa kini. Kerencaman tamadun dan budaya di Asia walaupun pernah tercalar oleh beberapa konflik dalaman seperti konflik antara agama dan etnik di India, Sri Langka dan lainlain wilayah, tidak bererti perbezaan lebih dominan berbanding persamaan yang wujud antara tamadun-tamadun ini. Sejarah ketamadunan Asia telah membuktikan wujud interaksi antara tamadun yang membawa kepada perkongsian ilmu dan teknologi, pertukaran nilai dan budaya serta perpaduan peringkat nasional. Dalam sejarah Malaysia, Perlembagaan Malaysia menjadi sumber rujukan dan bukti utama wujudnya interaksi antara tamadun. Selain itu, kedudukan Malaysia di tengahtengah laluan perdagangan dan kebudayaan Asia telah mendedahkan negara ini kepada pelbagai pengaruh yang tercerna hasil interaksi dengan tamadun-tamadun berhampiran. Justru itu, pengaruh Tamadun Islam, China, India dan juga tamadun pribumi jelas ketara dan memberi kesan besar kepada nilai dan budaya masyarakat Malaysia, tanpa menafikan hak ketuanan Melayu sebagai bangsa peribumi dan bangsa yang menunjang ke arah pembinaan dan perkembanagn tamadun negara ini. 2.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN 2.1.1 Kepimpinan

Faktor ini merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi interaksi antara tamadun di Asia. Ini kerana seandainya pemimpin atau raja bersikap adil dan toleran, maka interaksi akan berlaku dalam aman dan damai. Fenomena sebaliknya akan berlaku seandainya pemimpin bersikap kuku besi dan tidak bersikap toleransi kepada rakyat jelata. Sejarah telah membuktikan dua sikap berbeza di kalangan para pemimpin seperti contoh di bawah: * Nabi Muhammad SAW: Tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah, sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang. * Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul di India: Bertoleransi kepada penganut Hindu malah pegawai dilantik dari kalangan mereka. Terdapat juga contoh pemimpin yang tidak bertoleransi seperti yang dapat dilihat pada Sultan Shamsuddin Altamish di India yang bertindak keras terhadap penganut Hindu. Demikian juga dengan Han Wu Ti dalam Dinasti Han telah melaksanakan dasar memihak kepada cendikiawan Konfusianisme berbanding sami Buddha. 2.1.2 Sikap Golongan Agama Faktor ini menjadi tunggak kepada kelangsungan hidup beragama secara harmoni. Golongan ini wujud dalam setiap masyarakat beragama tamadun Asia. Golongan agama dalam Tamadun Islam dimiliki oleh para ulama. Tamadun India yang berteras kepada agama Hindu disandang oleh minoriti kasta Brahmin. Golongan agama dalam kepercayaan Buddha pula didokong oleh sami. Golongan agama dalam fahaman Krisitian pula dikuasai oleh paderi. Kesemua golongan agama berusaha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan. Sebagai contohnya, sikap dan akhlak mulia yang dipamerkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan berlakunya interaksi dan Islamisasi. Mereka telah berjaya memberi tasawwur Islam (pandangan Islam) yang sebenar kepada penduduk Alam Melayu. Mereka juga telah membentuk pendidikan formal dengan mendirikan beberapa institusi yang dikenali dengan pelbagai nama seperti pondok, pesantren, madrasah dan dayah (Acheh). Hasilnya, muncul ramai ulama di rantau Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf al-Singkeli dan lainlain.

Walaupun ada sikap sesetengah golongan agama yang mencetuskan konflik namun tragedi ini tidak mengguris sedikit pun martabat agama dalam pemikiran masyarakat Asia. Agama dan golongan penguasanya tetap berada pada kedudukan yang tinggi. Antara contoh sikap golongan agama yang mencetuskan konflik seperti tindakan Paus Urban II sama ada mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan penganut Kristian di Perancis pada tahun 1095 M. Beliau menyeru penganut Kristian supaya memerangi orang Islam yang dikatakan bertindak zalim pada penganut Kristian. Demikian juga sikap seorang pemerintahan Dinasti Han yang menangkap dan memenjarakan segolongan sami dan penganut Buddha. Kedua-dua tindakan pemimpin ini telah mencetuskan konflik dalam masyarakat. 2.1.3 Kedudukan Geografi Kedudukan geografi melibatkan bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan dalam sesebuah masyarakat bertamadun. Sejarah membuktikan kedudukan geografi memainkan peranan sebagai pembentuk interaksi antara tamadun. Contoh berikut memperlihatkan peranan geografi: i. Cina: Interaksi antara tamadun asing pesat berlaku kerana terdapat 2 laluan iaitu laluan sutera yang menggunakan jalan darat dan jalan laut. Laluan perhubungan ini telah menyebabkan Cina mampu menjalin interaksi dengan negara Arab sejak tahun 3 Masihi lagi. Laluan sutera darat ini telah menghubungkan Cina dengan Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking. Laluan laut pula merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara Cina. Laluan ini membolehkan kedua negara ini berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan mengatakan kapal-kapal Cina telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di Pelabuhan Siraf pada 5 Masihi. ii. Pelabuhan Melaka Kedudukan geografi yang strategik dan terlindung dari angin monsun menjadikan pelabuhan ini tempat tumpuan dan persinggahan para pedagang. Semasa singgah di pelabuhan ini para pedagang telah menjalankan aktiviti perniagaan di pelabuhan Melaka.

2.1.4 Perkahwinan Perkahwinan juga memainkan peranan penting dalam pembentukan interaksi antara tamadun Asia. Contoh yang jelas dapat dilihat pada lembaran sejarah dan salasilah masyarakat di rantau Alam Melayu. Penduduk tempatan telah menjalinkan interaksi dengan pedagang Arab sahingga terdapat sebilangan pedagang yang telah berkahwin dengan gadis tempatan kerana telah bermukim di pelabuhan Alam Melayu dalam beberapa waktu sementara menunggu angin monsun. Secara tidak langsung perkembangan ini telah menjurus ke arah proses Islamisasi kerana bagi membolehkan wanita tempatan berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama Islam, wanita tersebut mesti diislamkan terlebih dahulu. Sejarah turut mencatatkan, perkahwinan ini tidak sahaja mengislamkan gadis tempatan yang dikahwini pedagang Arab, tetapi kaum keluarga gadis turut menerima Islam. Selain itu, perkahwinan bukan sahaja berlaku di kalangan rakyat jelata, malah juga berlaku di kalangan golongan bangsawan dan pemerintah. Sebagai contohnya, perkahwinan Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

2.1.5 Perdagangan Aktiviti perdagangan turut menjadi faktor penjalin interaksi antara tamadun. Sebagai contohnya hubungan perdagangan yang berlaku antara Arab dan Cina melalui jalan darat dan laut. Hubungan telah terjalin sejak 3 Masihi lagi dan semakin rancak pada abad 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah membuat penempatan seperti di Kwang Cho (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow. Mereka juga telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Situasi ini membuktikan berlaku Islamisasi di wilayah ini. Contoh lain ialah interaksi yang terjalin antara tamadun Alam Melayu di Asia Tenggara dengan negara Arab. Jalinan ini berlaku secara tidak langsung apabila pedagang Arab yang menuju ke Cina terpaksa singgah ke Alam Melayu untuk menunggu angin yang sesuai sebelum ke Cina atau pulang ke Arab. Persinggahan ini telah menghasilkan interaksi baru di rantau Alam Melayu. Hal yang lebih menguntungkan ialah berlakunya

proses Islamisasi di pelabuhan ini sebagaimana catatan Marco Polo tentang pengislaman Perlak pada tahun 1292 M. Para pedagang telah berjaya menarik minat penduduk Perlak terhadap Islam dan akhirnya mereka bersediaanutan baru ini. Kejayaan para pedagang yang boleh dikatakan sebagai serampang dua mata banyak bergantung kepada keyakinan mereka kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sampaikan dariku walaupun satu ayat." Selain itu, wujud juga interaksi antara Tamadun India dengan rantau Alam Melayu sejak kurun pertama masihi lagi. Kesan interaksi ini menyebabkan nama wilayah Asia Tenggara dicatat dalam kitab Ramayana seperti isrilah Suvarnadvipa yang bermaksud Semenanjung Emas dan Suvarnabhumi yang bermaksud Bumi Emas. 2.1.6 Misi Politik Faktor misi politik turut menggalakkan berlakunya interaksi dalam suasana harmoni sebagaimana yang dapat dilihat pada hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan Cina. Berdasarkan catatan sejarah Melaka hubungan diplomatik dengan Cina telah terjalin sejak tahun 1404 M. Pada tahun-tahun berikutnya, Melaka telah menerima beberapa utusan dari Cina yang kemudiannya Melaka telah membalas utusan tersebut. Tujuan Melaka mengadakan hubungan baik dengan Cina adalah untuk mendapat perlindungan dari ancaman Siam. Persetujuan Cina terbukti dengan penghantaran Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Melaka. Dasar perlindungan Cina terhadap negeri-negeri di rantau Alam Melayu yang bertujuan politik secara tidak langsung menggalakkan Islamisasi di rantau Alam Melayu. Perlindungan ini juga memberikan impak yang sama kepada negeri-negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya. 2.2 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN Di antara persamaan dan perbezaan antara tamadun adalah merangkumi aspek-aspek berikut: 2.2.1 Teologi/ketuhanan dan kerohanian

Semua tamadun menekankan konsep ketuhanan dan mempunyai dokrin serta amalanamalan tertentu sama ada berbentuk spiritual mahupun ritual. Begitu juga dari sudut kepercayaan lain seperti kehidupan selepas mati, kepercayaan terhadap pembalasan perbuatan manusia di dunia dan lain-lain yang bersangkutan dengan perbuatan manusia. Perbezaan yang ketara berpunca daripada manifestasi ketuhanan yang ada pada setiap agama. Konsep ketuhanan dalam tamadun Islam adalah tauhid. Konsep tauhid dalam Islam berbeza dengan manoteisme dalam agama Kristian dan Hindu. Tauhid menekankan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa. Syirik adalah lawan kepada kepercayaan Tauhid dan ditolak oleh Islam. Dalam tamadun Islam, hak kebebasan beragama adalah terpelihara seperti tercatat dalam Perlembagaan Madinah. Perkhabaran ini disampaikan terus dari Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: Katakanlah: Dialah Allah Yang Esa. Allah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada satupun yang setanding dengan-Nya. (al-Ikhlas: 1-3) Pada peringkat awal, agama Kristian merupakan agama samawi yang mempercayai Tuhan yang Esa (tauhid). Namun ia telah dipengaruhi oleh unsur-unsur khurafat dan pemujaan kepada Isa al-Masih apabila Paul menganut Kristian pada tahun 38 M. Sebelum menerima agama Kristian, beliau merupakan penentang kuat agama dan penganut Kristian (An-Nadawy, 1984:32). Ini merupakan titik peralihan dalam pengajaran agama Kristian (Ahmad Shalaby, 1978: 67) Hal ini dirakamkan dalam Bible atau al-Kitab1, bab kisah para rasul 9: 19b-20: Ketika itu juga ia memberitakan Jesus di rumah-rumah ibadat, dan mengatakan bahawa Jesus adalah anak Allah. Sehubungan itu, muncul fahaman baru dalam ajaran Kristian. Kepercayaan monoteisme dalam agama Kristian telah diubahsuai berasaskan kepada Trinity atau TriTunggal yang terdiri daripada tiga oknum iaitu Tuhan anak, Tuhan bapa dan Roh al-

Kudus (Ahmad Shalaby, 1978: 82-83) yang bersatu menjadi satu. Inilah yang dikatakan Tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Demikian juga teologi agama Hindu. Moniteisme dalam agama Hindu berasaskan kepada Trimurti iaitu menempatkan tiga dewa yang menjadi sembahan mereka, (A. Rahman Abdullah, 1989:25) iaitu: 1. Brahma - Dewa pencipta sebagai sumber kepada semua kewujudan. 2. Vishnu - Dewa pemelihara. 3. Siva - Dewa pemusnah Pada asasnya, penganut Hindu mempercayai kewujudan satu Tuhan yang agung iaitu Brahma (M. Arif Kasmo, 1999). Namun penyembahan terhadap Tuhan Yang Satu tidak dapat dipertahankan kerana agama Hindu membolehkan Tuhan digambarkan dalam pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa sehingga melahirkan pelbagai bentuk patung sembahan. Malah ada yang berpendapat konsep ketuhanan dalam agama Hindu adalah bersifat Politeisme. Konsep hidup selepas mati dalam Islam merupakan sebahagian daripada kepercayaan terhadap hari akhirat. Manusia akan diadili dan diperlihatkan segala amal semasa di dunia. Allah berfirman yang bermaksud: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula. (al-Zalzalah: 7-8) Pada masa ini segala perbuatan manusia yang baik akan dibalas baik seperti menikmati kehidupan syurga. Manakala yang durhaka kepada Allah SWT akan dibalas dengan keburukan seperti kesengsaraan hidup di neraka. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang kafir iaitu ahli kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam. Mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburukburuk makhluk. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya

selama-lamanya. Allah reda terhadap mereka dan mereka pun reda kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepad Tuhannya. (al-Bayyinah: 6 - 8). Doktrin karma yang merupakan doktrin asas dalam agama Hindu mempunyai persamaan dengan doktrin karma dalam agama Buddha yang berkaitan rapat dengan konsep re-inkarnasi (kelahiran semula atau penjelmaan semula). Karma merupakan konsep pembalasan setimpal terhadap usaha dan perlakuan manusia yang baik dibalas baik, yang jahat akan menerima balasan buruk (Azhar Mat Aros dll, 2000:63). Inilah yang disebut sebagai hukum karma dalam masyarakat Melayu. Terdapat perbezaan dalam konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu dan Buddha. Konsep re-inkarnasi dalam agama Hindu membawa maksud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya dalam bentuk manusia. Konsep ini berasal dari penjelmaan semula dewa-dewa Hindu. Dalam ajaran agama Hindu, kehidupan merupakan kesengsaraan dan kelahiran semula yang berulang-ulang mengundang kesengsaraan selagi mereka tidak mencapai mokhsya. Kelahiran semula yang berulangulang dan terus menerima kesengsaraan dikenali sebagi Samsara. Penganut Hindu mengharap terlepas dari rantaian reinkarnasi dengan mencapai tahap mokhsa (M. Arif Kasmo, 1999). Peringkat pertama ajaran Buddha berpusat kepada ajaran untuk melenyapkan karma, memutuskan lingkaran Samsara dan seterusnya mencapai Nirwana. Cara untuk mencapai pembebasan mutlak dari lingkaran Samsara terdapat pada doktrin Aryasatyani yang disebut sebagai Empat Kebenaran Utama (A. Rahman Abdullah: 23), iaitu: * Hidup adalah penderitaan. * Penderitaan disebabkan keinginan memenuhi keperluan dunia. * Penderitaan dapat dihapuskan dengan menindas hasrat atau kehendak. * Cara menyingkirkan hasrat adalah melalui Astamarga atau Jalan Lapan Lapis. Dalam aspek perbuatan manusia yang mengaitkan dosa dan pahala, Islam meletakkan konsep taubat kepada Allah SWT sebagai jalan pengampunan terhadap dosa-dosa yang

telah dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Manakala dalam agama Kristian pengampunan boleh didapati dengan jalan membuat pengakuan dihadapan seorang padri di gereja. Dalam konteks Malaysia, hak-hak kebebasan beragama telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 11 (1) yang menyebutkan seperti berikut: Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) untuk mengembangkan agamanya. Sehubungan itu, untuk mewujudkan suasana bersatu padu walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum dan kepercayaan, Malaysia wajar menetapkan Rukun Negara 1 (Kepercayaan kepada Tuhan) kerana kewujudan Tuhan diakui oleh semua agama. 2.2.2 Undang-undang atau peraturan hidup bermasyarakat Undang-undang merujuk kepada peraturan-peraturan hidup yang wujud dalam masyarakat, sama ada secara lisan mahupun secara bertulis. Undang-undang ini dihormati dan dipatuhi oleh setiap ahli dalam masyarakat. Semua tamadun mempunyai undang-undang dan peraturan dan perbezaannya hanyalah dari segi sumber, penguatkuasaan dan beberapa persoalan pokok lain. Tamadun Islam mempunyai sumber asas yang hakiki iaitu bersumberkan wahyu dalam bentuk al Quran dan al Sunnah. Sifatnya yang kekal, memiliki kekuatan dan ketahanan dalam menempuh tentangan zaman. Di samping sumber ijtihad para cendikiawan muslim, terdapat sumber lain yang diperakui daripada tamadun terdahulu yang menepati sifat keterbukaan tamadun Islam. Dalam konteks hidup bermasyarakat, Islam menggalakkan hidup saling kenal mengenal antara satu sama lain seperti yang termaktub dalam pengertian surah al-Hujurat: 13 yang bermaksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Malah diskriminasi adalah merupakan satu jenayah. Di bawah konsep hidup bersama dan saling mengenali ini lahir dasar-dasar lain seperti kebebasan beragama, hak keselamatan, keadilan dan perundangan yang semuanya dijamin oleh pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh negara Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW dan prinsip ini kekal hingga ke hari kiamat (Idris Zakari, 2003: 29-46). Manakala sumber undang-undang dan peraturan hidup dalam tamadun lain terletak pada pemikiran para pujangga dan cerdik pandai di kalangan mereka. Contohnya, Tamadun Cina berasaskan kepada falsafah Kung Fu Ze dan Taoisme serta ajaran Gautama Buddha. Pemikiran mereka mengandungi beberapa peraturan, tata cara atau perilaku seseorang dalam kehidupan dan persekitaran. Dalam hal ini, Kung Fu Ze menekankan konsep kesederhanaan atau jalan tengah sebagai dasar panduan bagi perhubungan dan kesusilaan. Dalam masyarakat, kasih sayang ditujukan kepada sekelian manusia. Dalam Tamadun Melayu, orang Melayu telah mengenal Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka lebih sepuluh abad yang lalu (Undang-Undang Melaka, 2003) seterusnya diikuti oleh undang-undang negeri yang lain. Orang Melayu juga memiliki peraturan hidup bermasyarakat yang disebut sebagai hukum adat atau sistem nilai Melayu (Ali Taib & Hashim Musa, 1978: 84). Hukum adat orang Melayu tidak menyimpang daripada kehendak syara. Seperti kata perbilangan Melayu: Adat bersendi hukum Hukum bersendi kitabullah Dalam konteks hidup bermasyarakat, orang Melayu masih kental dengan semangat perpaduan dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Perasaan persaudaraan dan sikap saling bantu membantu ini tergambar dalam melakukan kerja-kerja berat secara bersama. Bak kata pepatah Melayu: Serasa sepenanggungan

Ke bukit sama didaki Ke lurah sama dituruni Yang berat sama di pikul Yang ringan sama dijinjing Hati gajah sama di lapah Hati kuman sama dicicah Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat Inilah gambaran kehidupan bermasyarakat di kalangan orang Melayu yang amat sesuai dengan cara hidup Islam seperti yang terakam dalam beberapa surah al Quran di bawah : Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (al Hujurat : 10) Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara (ali Imran : 103) dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya). (al Maidah : 2)

Fenomena ini telah menjadi budaya dalam kehidupan seharian, malah jati diri bangsa Melayu (Hamdan Hassan & Sofian Mohamad, 1978:17-40). Dalam konteks Malaysia, penggunaan undang-undang syara terletak dalam bidang kuasa negeri-negeri yang meletakkan raja sebagai ketua agama seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja dan wilayah-wilayah persekutuan kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua agama. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (3) dan Undang-Undang Anak Negeri yang masih diamalkan dikalangan masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak. Dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia, walaupun berbilang kaum dan keturunan serta kepercayaan, sikap berbaik-baik dan saling menghormati antara satu sama lain menjadi kunci perpaduan bagi meneruskan tamadun bangsa. Amalan berbudi bahasa dan saling menghormati kini dijadikan slogan Negara, Berbudi bahasa amalan hidup kita. Anjuran amalan hidup begini tiada tentangan daripada pelbagai kaum di Malaysia 2.2.3. Etika Etika merupakan perilaku atau tingkah laku yang baik, disanjung dan diambil berat oleh setiap tamadun Asia. Perbezaan dari sudut sumber dan pandangan sarwa jagat setiap tamadun boleh dilihat pada aspek-aspek berikut: i. Aspek politik dan Pemerintahan Kebanyakan tamadun tradisional di dunia menekankan aspek moral dan akhlak sebagai asas politik dan kerajaan. Islam meletakkan politik dan kepimpinan sebagai suatu perkara penting dalam cara hidup Islam atau ad-Din. al-Quran dan al-Sunnah merupakan rujukan dalam pemerintahan dan kepimpinan. Prinsip utama yang diberikan penekanan oleh Rasulullah SAW ialah prinsip syura, adalah, musawah dan hurriyah. Oleh itu, pemimpin dilantik dari kalangan individu yang layak dan mampu melaksanakan keadilan dan menunaikan amanah kepimpinan. Amanah ini merupakan tunggak kepada kesejahteraan masyarakat. Sistem syura yang diamalkan membawa keadilan sejagat. Konsep mesyuarat atau syura ini telah diteruskan oleh para khalifah selepas kewafatan Nabi SAW.

Konsep dewaraja telah diamalkan dalam tamadun awal masyarakat Melayu. Raja merupakan manusia suci yang mesti dihormati dan dipatuhi (A. Rahman Abdullah:2627). Lanjutan itu, konsep daulat dan kesetiaan kepada raja mengambil tempat selepas kedatangan Islam. Raja dianggap sebagai wakil Tuhan atau dikenal sebagai khalifah dalam Tamadun Islam (lihat al-Baqarah, 2:30) Konsep kesetiaan kepada raja melahirkan kata-kata Pantang Melayu derhaka. Penderhakaan merupakan jenayah paling berat dalam budaya Melayu seperti hukuman yang diterima oleh Hang Jebat. Dalam tradisi Islam, raja atau pemerintah dituntut supaya berlaku adil dan menjauhi kezaliman. Trajedi yang berlaku terhadap Megat Seri Rama seperti mana yang digambarkan dalam sejarah Sultan Mahmud Mangkat dijulang perlu dijadikan sempadan. Hubungan raja dengan rakyat digambarkan dengan kata-kata; Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah (A. Aziz Deraman, 2005:111-142). Contoh pembesar atau pegawai kerajaan yang baik dibawakan oleh Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu yang patuh dan setia kepada raja. Demikian juga kesetiaan Tun Perak kepada Sultan Melaka. Selepas melalui era penjajahan lebih empat abad lamanya (1511-1957M), Tanah Melayu telah wujud sebagai sebuah negara merdeka pada 31 Ogos 1957. Negara ini mengamalkan sistem politik dan pemerintahan Raja Berperlembagaan, iaitu Raja sebagai payung negara dan rakyat berlindung di bawahnya. Yang Dipertuan Agong merupakan pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang tercatat pada Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Ia kemudiannya diikat kukuh dengan kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum yang ada di Malaysia. Dalam Tamadun Cina, ajaran Konfusius telah memberi garis panduan hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Pemerintah mesti berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Maknanya, seorang raja mesti memiliki moral yang tinggi kerana berfungsi sebagai pelindung kepada rakyat. Jika sebaliknya yang berlaku, mandat ini akan ditarik balik oleh Tien (Tuhan), namun rakyat tidak dianjurkan supaya menentang raja. Seorang pengikut Konfusius menyifatkan raja umpama kapal manakala rakyat umpama air (Azhar Mad Aros.: 70). Di sini wujud konsep bantu-membantu antara satu sama lain dan raja mesti bersikap adil terhadap rakyat.

Tamadun Barat mengamalkan sistem demokrasi dalam pemerintahan selepas berada dalam pemerintahan bersifat otokrasi atau sistem beraja yang bersifat monarki yang berlanjutan. Ia diambil dari sistem demokrasi Yunani yang berkonsepkan pemimpin dilantik oleh orang ramai, dikalangan orang ramai dan untuk orang ramai (Ahmad Rashidi Hasan, 2005: 44). Ini adalah kesan dari gerakan Renaissance (1350-1600M) yang wujud dalam tamadun Barat. ii. Aspek pendidikan Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam setiap tamadun. Ia bertujuan membentuk peribadi seseorang individu dan menghapus kejahilan yang boleh menghalang peningkatan minda dan intelektual masyarakat. Menyebar dan mencari ilmu pengetahuan merupakan tugas manusia yang dipandang mulia oleh setiap tamadun. Dalam Tamadun Islam, pendidikan Islam berteraskan tauhid. Proses pendidikan bermula pada peringkat seawalnya, iaitu sejak kelahiran seseorang hinggalah ke saat kematian. Ia bukan saja melibatkan proses pemindahan dan pembudayaan ilmu seperti yang terkandung dalam surah al-Alaq: 1-5, tetapi turut menjurus kepada proses mendidik roh, akal dan jasad yang mampu melahirkan seorang insan berakhlak mulia, intelektual dan profesional. Elemen ini amat penting dan merupakan pra-syarat bagi seorang manusia yang akan berfungsi sebagai penggerak tamadun. Dalam Tamadun Melayu, isu pendidikan begitu ketara apabila orang Melayu menerima Islam. Wujud dua institusi pendidikan Islam terawal di kalangan orang Melayu, iaitu rumah alim ulama, tuan guru dan juga istana. Institusi ini menainkan peranan penting dalam pembentukan budaya ilmu masyarakat Melayu. Pada zaman seterusnya, institusi pendidikan lebih beroperasi ditempat yang disediakan khusus untuk melaksanakan pendidikan masyarakat Melayu, iaitu di madrash, surau, pondok, pesantren, dayah dan lain-lain. Pada masa pemerintahan British, anak-anak bangsawan Melayu mendapat pendidikan

di institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh British seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905. Pendidikan di sekolah ini tidak berteraskan pendidikan Islam. Dengan kata lain, sekolah ini menggunakan kurikulum yang berbeza dari pendidikan yang rata-rata diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Tahap tertinggi pendidikan di sekolah ini ialah menyambung pelajaran ke institusi pendidikan di Barat terutamanya di London. Bagi masyarakat Melayu bawahan, mereka masih tetap mendapat pendidikan tertinggi dalam sistem pendidikan Islam. Mereka berpeluang meneruskan pengajian ke universiti di Timur Tengah seperti Universiti al-Azhar di Mesir, Universiti Madinahmahupun institusi pengajian tinggi di Mekah (Abdullah M. Zin, 2005:18) Pendidikan Barat di Alam Melayu bermula dengan tertubuhnya sekolah-sekolah bercorak keagamaan ala-barat. Sekolah pertama adalah Sekolah St. Paul di Melaka yang didirikan oleh Francis Xavier pada tahun 1550-1553 M (Khoo Kay Kim, 1992:62). Selain itu, terdapat banyak lagi sekolah-sekolah missionari yang didirikan seperti Sekolah Methodist, Convent, St. John, St Teresa, St. Gabriel dan lain-lain. Ajaran agama Buddha dan Hindu turut menekankan aspek pendidikan yang berlaku melalui proses mencari diri sendiri (self-discovery). Ilmu dan amalan kerohanian juga merupakan elemen penting dalam melahirkan seorang yang baik. iii. Aspek ekonomi Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi utama. Dari fahaman ini muncul hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan moral. Nilai yang hampir sama wujud dalam semua tamadun. Antaranya menolak amalan rasuah, penipuan dan penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah amat dianjurkan. Kegiatan ekonomi dalam Islam turut berfungsi untuk mempertingkatkan akhlak individu dan masyarakat. Konsep halal dan haram serta untung rugi banyak dibicarakan di dalam al-Quran. Ini bertujuan untuk menjelaskan pentingnya konsep ini diambil

kira dalam kehidupan seharian. Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam Islam. Walaupun terdapat banyak batasan mengenai kegiatan ekonomi dalam Islam, Rasulullah SAW tetap menekankan kepentingan aktiviti ekonomi melalui sabdanya yang bermaksud Sembilan persepuluh rezeki adalah daripada sumber peniagaan dan perdagangan. Zakat pula merupakan unsur ekonomi Islam yang berfungsi memberi jaminan sosial kepada masyarakat Islam. Zakat tidak hanya tertumpu kepada zakat fitrah atau zakat badan yang berfungsi untuk membersih diri, tetapi juga zakat perniagaan dan lain-lain. Ia merupakan satu bentuk kebajikan dalam masyarakat Islam terutama kepada golongan yang berhak menerimanya yang terdiri daripada 8 asnaf. Malah zakat mampu mempertingkat kualiti kehidupan golongan fakir dan miskin dan menjana ekonomi mereka di samping umat Islam seluruhnya. (Norsiah Sulaiman, 2004:84-85). Pelbagai sektor ekonomi digalakkan oleh Islam termasuk pertanian, penternakan, pembuatan, perlombongan, perindustrian dan aktiviti import dan eksport yang hasilnya menjadi sumber pendapatan negara Islam yang terkumpul di dalam institusi kewangan umat Islam yang dikenali sebagai Baitulmal. Ajaran Buddha menganjurkan Jalan Lapan Lapis (eight fold path). Ia bertujuan supaya manusia dapat menjalani hidup dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang runtunan hawa nafsu yang disebut sebagai Astamarga. Tamadun Cina yang dipengaruhi kuat oleh falsafah Konfusius memandang rendah kepada golongan pedagang kerana menganggap golongan ini sentiasa terlibat dengan penipuan dan keuntungan yang dilihat sebagai elemen-elemen buruk. Justeru itu, fahaman ini lebih memberi perhatian kepada golongan petani. Tamadun Barat yang berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia memperkenal sistem ekonomi kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasar. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith (1723-1790M). Bagi Smith, sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada tiga unsur iaitu sumber alam, sumber manusia dan stok barang (kapital) yang ada. Hal ini jelas dibicarakan dalam bukunya Wealth of Nation (1776)

yang menghuraikan secara terperinci pertumbuhan ekonomi kapitalis (Boediono, 1982:14). Pengamalan sistem ekonomi kapitalis telah mendorong ke arah penubuhan institusi kewangan atau bank di Barat seawal tahun 1587M. Dalam konteks Malaysia, negara ini mengamalkan ekonomi konvensional, namun ekonomi Islam telah mula dilaksanakan dalam bidang kewangan Islam apabila tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad dibawah Akta Bank Islam 1982. Selanjutnya Takaful Islam telah diwujudkan di bawah Akta Takaful 1984, Pajak Gadai Islam (alRahn), Sekuriti Islam dan Bon Islam. Hari ini sistem muamalat Islam telah diterima sebagai suatu sistem yang diterima pakai oleh semua kaum di Malaysia. iv. Aspek kekeluargaan Aspek kekeluargaan dan masyarakat diterima oleh hampir semua tamadun di dunia. Tamadun Islam meletakkan institusi keluarga sebagai asas pembentukan sebuah masyarakat. Apabila masyarakat baik, maka wujudlah ummah dan negara yang baik. Sumber masyarakat baik adalah al-Quran, Sunnah Rasul-Nya dan ijtihad para ulama. Tamadun Islam menetapkan darjat manusia semua adalah sama di sisi Allah SWT. Kelebihan seseorang dalah ketaqwaannya kepada Allah SWT dan juga pemilikan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Oleh kerana itu, tidak ada kelebihan orang Arab dari orang ajam (bukan Arab) Ajaran Konfusius yang menjadi asas Tamadun Cina menekankan pentingnya hubungan kasih sayang dan hiraki kuasa dalam hubungan sesama manusia. Kasih sayang mewujudkan hubungan harmoni dalam masyarakat. Konfusius memperkenalkan konsep Li yang menekan lima jalinan hubungan sesama manusia seperti berikut: * Hubungan maharaja dengan rakyat * Hubungan bapa dengan anak * Hubungan abang dengan adik * Hubungan suami dengan isteri * Hubungan kawan dengan kawan Tamadun India yang diasaskan kepada agama Hindu membahagikan manusia kepada

empat golongan atau tingkat tertentu iaitu golongan Brahmin, Kesatriya, Vaisya dan Sudra. Kekeluargaan dalam Tamadun Melayu pula berasaskan kepada fahaman ajaran Islam. Hubungan yang terjalin antara ahli keluarga begitu erat. Ibu, bapa, anak-anak dan sanak saudara menjalankan tugas dan memahami tanggungjawab masing-masing. Fahaman mengenai setiap tanggungjawab amat berkait rapat dengan ajaran agama Islam. Sebagai contohnya, tanggungjawab bapa mencari rezeki dan memberi perlindungan kepada keluarga terlaksana dengan jayanya. Demikian juga tanggungjawab ibu mendidik anak ditunaikan dengan sempurna. v. Aspek Kesenian dan Kebudayaan Maksud hadis yang mengatakan Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan menjadi titik tolak seni Islam. Islam percaya bahawa kesan dari kehidupan beragamalah yang melahirkan seni dalam Islam. Oleh yang demikian, karya seni dalam Islam merupakan kefahaman muslim terhadap keindahan syurga yang tidak mampu dinukilkan. Keindahan yang paling hebat ini adalah untuk menyatakan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT sebagai Maha Pencipta. Seni bina dalam Tamadun Islam juga telah mampu melahirkan banyak seni bina indah seperti masjid di serata dunia sehingga menjadi mercu tanda kegemilangan Tamadun Islam hingga ke hari ini. Begitu juga dengan seni khat yang mempunyai pelbagai jenis seperti Khat Kufi, Nasakh, Thuluth dan Farisi mampu mempesonakan sesiapa saja. Perbezan seni Islam dengan seni dari tamadun lain terlihat pada falsafah seni Islam yang berteras tauhid walaupun terhasil pada pelbagai aneka karya seni. Contohnya, seni Barat lahir dari penghayatan terhadap konsep ketuhanan yang digambarkan dalam bentuk pahatan patung-patung. Tamadun Barat yang bersandar pada Tamadun Yunani berpegang pada fahaman kesempurnaan Tuhan dan manusia yang dicernakan pada karya seni terutama seni arca dan seni pahatan. (Ahmad Rashidi Hassan, 2005:48-49). Malah pada zaman Renaissance, penghasilan seni masih bertemakan cerita-cerita dari Bible di samping cerita dewa-dewi Yunani kuno. Kebanyakan lukisan dibuat untuk kepentingan gereja (A. Djelantik, 1999:124)

Seni atau keindahan menurut agama Buddha dapat diklasifikasikan kepada empat jenis iaitu keindahan perhiasan, keindahan jasmani, keindahan tingkah laku dan keindahan batin. Menurut Buddha, manusia dapat memiliki keindahan melalui dua Darma indah yang terdiri dari Khanti dan Soracca (A. Djelantik, 1999:192). Dalam Tamadun India, kesenian lahir dari usaha para seniman untuk mewujudkan bentuk dari sesuatu yang tidak berbentuk semasa berlaku kosentrasi diri atau proses meditasi. Gambaran dewadewa dihubungkan dengan sikap, warna dan ekspresi tertentu dan gambaran dewadewa timbul dalam gambaran fikiran. Akhirnya seniman melukiskan gambaran tersebut dalam media seperti kanvas dan bentuk arca. Dalam ajaran Hindu dan Buddha terdapat kesamaan idea dan pandangan yang mengatakan bahawa dalam fikiran dan gambaran dalam jiwalah yang dapat dikatakan sebagai seni (Ibid:195) . Dalam Tamadun Cina, karya seni rupa merangkumi seni lukis dan seni kaligrafi. Seni lukis Cina menjadikan unsur alam harmoni sebagai tema utama. Penghasilan karya tema ini jelas terpapar pada unsur tumbuh-tumbuhan terutaam pokok buluh, unsur haiwan terutama burung bangau putih dan unsur alam sekitar terutama sungai. Konsep dan teknik keindahan seni ini meresap dalam seni rupa yang lain. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan keturunan mempunyai bentuk-bentuk kesenian yang pelbagai. Rakyat Malaysia lahir dari rasa cintakan perpaduan dan keamanan. Pemerintah telah membentuk satu dasar kebudayaan Malaysia yang menetapkan seni dan budaya Malaysia ialah seni dan budaya Melayu, walaupun dasar ini masih menerima seni dan budaya etnik lain. Dasar budaya ini dikenal sebagai Kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu, dasar ini menggabungkan semua unsur budaya masyarakat yang ada di Malaysia. (Hamdan Hassan:11-16). vi. Aspek alam sekitar Tamadun Islam dan tamadun Asia lain amat menyanjung alam sekitar. Islam menghargai alam sekitar yang merupakan tanda-tanda kewujudan Allah SWT. Seluruh alam dan persekitarannya merupakan amanah kepada manusia sebagai khalifah yang berfungsi sebagai pembangun alam ini seperti yang dapat difaham pada firman Allah dalam surah Hud: 61.

Demikian juga Tamadun Melayu dan masyarakat peribuminya turut menghargai alam sekitar. Malah, bagi masyarakat peribumi Malaysia seperti etnik Iban dan Senoi mereka memuja alam terutama semasa upacara pesta menuai. Mereka percaya wujud unsurunsur roh yang menyelinap ke dalam semua kejadian alam seperti tumbuh-tumbuhan. Menurut doktrin Hindu, alam semesta ini terdiri dari Jamudvipa. Di tengah-tengah alam semesta terdiri Gunung Meru yang di kelilingi oleh matahari, bulan dan bintang. Sehingga dikatakan Gunung Meru dibawa separuh ke Pulau Jawa dari Jamudvipa, India untuk menjadi tempat tinggal Betara Guru di Pulau Jawa. Lao Tze telah mengemukakan falsafah tao sebagai suatu kekuatan di mana manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang mendorong manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktiviti tertinggi dan istirehat tertinggi. Mereka menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung dengan alam apabila dia berjaya menghubungkan dirinya dengan tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan. (Idris Zakaria: 40)

vii. Aspek institusi agama Setiap agama memiliki institusi tersendiri sebagai pusat kegiatan keagamaan mereka. Institusi-insitutusi ini adalah seperti berikut: a. Masjid Ia merupakan institusi agama dalam Islam. Masjid bermaksud tempat sujud atau tempat beribadah kepada Allah SWT. Sebagaimana ibadah dalam Islam amat luas maksudnya, begitu jugalah fungsi masjid. Masjid tidak terbatas sebagai tempat

sembahyang semata-mata. Hal ini telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayatnya dengan menjadikan masjid tempat segala aktiviti umat Islam. Antaranya, masjid berperanan sebagai tempat bermesyuarat, tempat mengadili masalah masyarakat Islam, tempat menerima dan merawat pejuang Islam yang cedera dan pelbagai fungsi lain. (S. A. H. Mokhtar,1997:116). Kepentingan masjid dalam masyarakat Islam menyebabkan pembinaan masjid merupakan langkah awal semasa Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Justeru itu terbinalah masjid pertama dalam Islam iaitu masjid Quba. Ini diikuti dengan pembinaan Masjid Nabawi di Madinah, Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Palestin dan Masjid al-Azhar di Mesir. Dalam bidang pendidikan, masjid merupakan institusi terpenting dalam Islam. Di sini umat Islam memulakan pendidikan awal terutama golongan kanak-kanak. Kanak-kanak dilatih mengaji al-Quran, selain latihan di rumah yang dijalankan oleh ibu bapa sendiri. Masjid juga berfungsi sebagai pusat pendidikan pelbagai ilmu Islam dan informasi setempat. Sejarah para ulama awal dalam Islam membuktikan hal ini. Imam Shafie, Imam Maliki dan imam-imam lain menerima pendidikan ilmu Islam yang luas di masjid-masjid utama di atas.Lanjutan dari hal ini, para ulama merupakan tenaga pengajar dan tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai hal (Ibid:117). Masjid utama dalam Islam ialah Masjid al-Haram. Ini diikuti dengan Masjid Nabawi, masjid Aqsa dan lain-lain. Keutamaan masjid-masjid ini bergantung kepada pengakuan dan sejarah Islam yang bermula pada zaman Rasulullah SAW. Pada satu sudut yang lain, masjid mempunyai beberapa keistimewaan yang membezakan masjid sebagai tempat ibadat umat Islam dengan rumah ibadat penganut agama lain. Kewujudan masjid juga berada di segenap pelusuk dunia. Justeru itu, masjia terbina dalam pelbagai bentuk seni bina. Kesemuanya bentuk seni bina masjid dapat dibahagi kepada tujuh bentuk, iaitu (Ibid:124-128): Maghribi Andalusia Mesir Turki Saljuk India Iran Safawi

Turki Uthmani b. Kuil dan Candi Kuil merupakan rumah ibadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha. Fungsi kuil lebih luas pada peringkat awal perkembangan dua agama ini. Ia menjadi pusat pendidikan yang diperlukan oleh sami-sami Hindu dan Buddha. Golongan Brahmin dalam agama Hindu merupakan sami-sami Hindu yang terpelajar. Mereka adalah golongan yang layak memahami kitab-kitab suci Hindu seperti kitab Veda, Mahabrata dan Ramayana yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Begitu juga dalam agama Buddha, sami-sami Buddha menjadikan kuil sebagai pusat pendidikan dalam memahami ajaranajaran Buddha. Sami-Sami Buddha menyampaikan pengajaran mereka dalam bahasa Pali dan Sanskrit. Candi merupakan bangunan yang dikaitkan dengan aspek keagamaan. Candi yang terkenal di rantau Alam Melayu antaranya ialah Candi Borobudur. Candi ini terletak di kaki Gunung Merapi di kota Jogyakarta, Indonesia yang dibina ketika Dinasti Sailendara sekitar tahun 778-825M2. Candi ini dipenuhi dengan sangkar-sangkar batu berisi patung Buddha. c. Gereja Dalam tamadun Barat gereja masih memainkan peranan sebagai tempat ibadat, pusat pemahaman agama Kristian dan juga aktiviti masyarakat setempat. Perkembangan ini akhirnya melahirkan sekolah-sekolah missionary. Dalam bentuk yang formal sekolah missionari mendapat pembiayaan pihak gereja. (Bhg. II: 147-150) 2.3 Nilai dan Kepentingannya Nilai adalah satu konsep yang diertikan dengan berbagai maksud dan konotasi. Antaranya, nilai bermaksud satu kualiti sama ada baik (positif) mahupun buruk (negatif) yang menghasilkan sesuatu yang dikehendaki. Ia juga bermaksud dasar-dasar moral, prinsip, piawai ataupun suatu ideal yang dijunjung tinggi oleh sesebuah masyarakat.

Secara amnya, nilai akan ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu atau sesuatu kumpulan. Misalnya, seseorang yang menghayati nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai tersebut dalam percakapan dan perlakuan. Individu ini juga akan mempertahankan nilai tersebut dan akan mengkritik orang lain yang bersikap tidak bertanggungjawab. Nilai juga boleh berubah mengikut peredaran masa ataupun terus unggul mengikut suasana ataupun idealisme sesebuah masyarakat. Contohnya, nilai hormat kepada orang yang lebih tua telah terhakis dalam masyarakat kosmopolitan tetapi ia kekal dan penting dalam masyarakat Timur sama ada yang membangun ataupun yang masih mundur. Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan oleh seseorang juga ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang disediakan oleh anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan. Nilai adalah suatu piawai yang berkekalan, atau dalam pengertian yang luas, suatu piawai yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Nilai juga menentukan sesuatu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai juga akan bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial ataupun moral. Tegasnya, nilai bukan sahaja memberi suatu tunjuk arah kepada seseorang tentang bagaimana dia patut berkelakuan terhadap orang lain, malah bagaimana untuk menilai tingkah laku sendiri serta orang lain. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah, diubah atau dipertahankan. (Abdul Rahman Md Aroff, 1999) Walaupun semua nilai mempunyai ciri dan fungsi am seperti yang disebutkan di atas, namun nilai juga boleh dikategorikan dalam kelompok tertentu seperti berikut; Nilai agama (Contoh: Kesucian, kesyukuran) Nilai Ekonomi (Contoh: Produktiviti, kejayaan) Nilai Etika (Contoh: Kejujuran, pemurah) Nilai Estetika (Contoh: Keindahan, keselesaan) Nilai Politik (Contoh: Hak asasi, patriotisme) Nilai Sosial (Contoh: Kejiranan, budi pekerti)

Sistem nilai dalam Tamadun Islam tersimpul pada satu skema yang tersedia dalam ajaran dan tradisi agama Islam. Sungguhpun wujud kedinamikan dalam hukum-hukum Islam tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan sistem nilai yang disepakati oleh majoriti cerdik pandai Islam. Sistem nilai dalam Tamadun Islam terdiri daripada hukum berikut (Azhar Hj Mad Aros, 2002); Wajib: Nilai yang dilakukan akan mendapat ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan berdosa. Terdapat dalil-dalil atau ayat-ayat al-Quran yang jelas mengenai hal ini. Sunat: Nilai yang dilakukan akan menghasilkan ganjaran/pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. Haram: Nilai yang wajib ditinggalkan. Jika dilakukan akan menghasilkan dosa. Terdapat banyak dalil-dalil dari firman Allah dalam al-Quran yang melarang melakukan nilai ini. Makruh : Perkara yang dibenci. Jika ditinggalkan mendapat pahala dan sekiranya dilakukan tidak berdosa. Harus: Nilai yang boleh dilakukan dan boleh ditinggalkan. Hukum ini merupakan hukum asal sesuatu perkara kecuali wujud penjelasan hukum mengenai hal ini. 2.3.1 Nilai Asia dan Nilai Universal Nilai dalam Tamadun Asia dianggap bersifat kolektif manakala nilai dalam Tamadun Barat dikatakan bersifat individualistik. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa nilai kolektif yang menjadi sifat Tamadun Asia ini dipegang kuat oleh masyarakat Timur. Antaranya seperti kesopanan, kasih sayang, sederhana, menghormati tradisi, ketaatan, kesetiaan, menghormati keluarga dan orang yang lebih tua, berpegang kepada agama dan pemaaf. (Kapoor, Blue, Konsky & Drager: 2000) Nilai universal pula adalah sesuatu yang abstrak. Berdasarkan laporan UNESCO, nilai universal yang patut dicambahkan oleh setiap negara ialah ; Nilai kedamaian Nilai kebebasan dan hak asasi manusia Nilai demokrasi Nilai pembangunan

Nilai-nilai universal seperti kebebasan dan hak asasi kemanusiaan yang selalu diwarwarkan oleh pemimpin Barat tidak kurang juga dicurigai oleh pemimpin Asia kerana dianggap cuba melegitimasikan faham liberalisme politik Barat tanpa mengambil kira kelainan budaya yang terdapat di Asia. Sebagai tindak balas terhadap tuntutan Barat yang mahukan dunia bukan Barat menghayati nilai-nilai universal berkenaan, maka lahirlah konsep Nilai Asia. Konsep Nilai Asia menjadi popular sekitar tahun 1970 an bila ia mula dijadikan retorik oleh pemimpin Asia seperti Lee Kuan Yew dan diikuti oleh pemimpin Asia lain. Menurut Kishore Mahbubani (1998), Nilai Asia merujuk kepada sebuah set pengajaran moral dan sosial yang membawa kepada pembangunan ekonomi yang pesat di negaranegara Asia sejak beberapa dekad yang lepas. Nilai-nilai ini termasuklah attachment to the family as an institution, deference to societal interest, thrift, conservatism in social mores, respect for authority. Konsep Nilai Asia ini telah menerima kritikan termasuk oleh sarjana Asia. Antara kritikan yang kerap dikemukakan ialah Nilai Asia sering digunakan sebagai senjata budaya yang menolak liberalisme Barat, malah membawa kepada menghalalkan ideologi politik sektarian dan corak pemerintahan kuku besi. Ini menjadikan Nilai Asia nampak jelik selepas dilabelkan sebagai satu senjata politik pemimpin Asia yang autoritarian. Namun, kritikan ini tidak dapat menafikan wujudnya satu perbezaan nilai antara negara-negara di Asia dengan negara bukan Asia khususnya Barat. Pada mulanya perbincangan tentang Nilai Asia lebih kerap di sinonim dengan ajaran Konfusius. Pengaruh tradisi ini telah membangkitkan kekuatan ekonomi dan politik Asia kerana konsep Demokrasi Konfusian mencadangkan penerimaan hierarki dalam masyarakat, keperluan dalam keharmonian sosial, rasa hormat pada keluarga dan kerajaan yang bertanggungjawab. Dalam konteks politik menunjukkan keakuran kepada autoriti pemerintah untuk mendapat kebaikan bersama sehingga menjadikan rakyat akur dan menerima kedudukan dan hierarki pemerintah. Nilai yang ditekankan dalam tanggapan seperti di atas sebenarnya hanya terjurus kepada nilai ekonomi yang ada dalam ajaran Konfusius. Falsafah Konfusius dijadikan

sandaran dan disesuaikan mengikut kehendak pemuka awal konsep Nilai Asia. Hasilnya, nilai etika dan sosial yang lebih menyeluruh telah diabaikan. Penonjolan nilainilai dari tradisi agama Asia yang lain khususnya Islam dan Hindu mula dibicarakan secara lebih meluas kerana setiap agama pada asasnya mempunyai kekuatan masingmasing dalam memperkatakan soal moral, etika, kekeluargaan, politik dan lain-lain. 2.3.2 Nilai-Nilai Universal Asia Tamadun-tamadun Timur mempunyai keserasian antara satu dengan lain sehingga memudahkan interaksi. Ini disebabkan adanya nilai-nilai sepunya antara mereka. Prof. Syed Naquib al-Attas (1972) mengungkapkannya sebagai nilai kesejajaran. Sejak awal tahun 1970 an lagi beliau telah menyeru ke arah sikap terbuka dalam menilai interaksi antara tamadun di Asia khususnya di Malaysia dan menekankan hakikat kepentingan pandangan hidup atau world view yang berteraskan nilai agama dan akhlak dalam sesebuah tamadun. Perspektif tentang adanya nilai-nilai universal yang sejajar dalam tamadun di Asia yang telah disuarakan oleh beliau (1972:70) dalam bukunya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu berbunyi; Keadaan bertumpunya agama-agama agung di dunia ini di Malaysia janganlah hendaknya kita anggap sebagai satu kelemahan besar, satu bibit perceraian masyarakat kita; kita harus mengangapnya sebagai satu keistimewaan dan kebesaran kita di dunia; kita harus tahu bahawa dalam pandangan hidup agama-agama ini semua lebih banyak terdapat titik pertemuan daripada yang terdapat dalam ideologi-ideologi politik, bahawa dalam keluhuran falsafah-falsafah agama-agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, dan ajaran Lao Tzu dan Kung Fu Tze ada terdapat kesejajaran fahaman dalam bidang-bidang penting yang tentu akan dapat membantu ke arah memupuk faham keperibadian Malaysia Namun ciri dan identiti khusus setiap agama khususnya aspek teologi akan tetap berbeza. Seperti yang ditekankan oleh Prof. Naquib dalam tulisan beliau, persamaan nilai yang terdapat dalam tamadun-tamadun Asia hanyalah satu kesejajaran dan bukanlah satu keselarian ataupun persamaan yang hakiki. Kesejajaran yang cuba diketengahkan oleh Prof. Naquib ini tidaklah sehingga membawa kepada pluralisme

dalam nilai hidup dan agama sehingga semua agama dianggap sama. Perbezaan tetap ada. Ini ditegaskan lagi oleh Osman Bakar (1997); with reference to Asia, it means that Asian cultures do share a set of core human value and at the same time exhibit differences in their value system Bagaimanapun pemikiran sempit yang menonjolkan particularism tamadun masingmasing amat tidak sesuai dalam perkembangan dunia hari ini; apatah lagi dalam usaha serius untuk mengadakan interaksi antara tamadun. Hal ini akan menggagalkan dialog ketamadunan yang sedang diusahakan oleh pelbagai pihak. 2.3.3 Nilai-Nilai Universal Tamadun Asia Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut; Berlandaskan idea keagamaan Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan Menghargai alam sekitar Mementingkan ilmu dan orang berilmu 2.3.3.1 Berlandaskan idea keagamaan Peranan agama dalam semua tamadun Asia sangat penting kerana ia membantu memantapkan struktur sosial dan intelektual sesuatu tamadun. Semua tamadun Asia sama ada berasaskan agama samawi atau budaya, tetap menjunjung tinggi doktrin keagamaan, malah dari agama inilah lahirnya kebudayaan dan sains. Idea ketuhanan yang transcendence (kudus) sama ada dengan panggilan Ti, Brahman atau Sang Hyang Tunggal menyebabkan institusi dan ajaran keagamaan agama lain juga di hormati.

Sebagai contohnya, Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid. Ini bermaksud tauhid merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam. Justeru itu, asas dalam Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini merupakan komponen dalam agama Islam. Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber ini menjadi sumber asas, manakala sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder yang mana ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut. Contoh lain pula dapat dilihat pada Tamadun Cina. Masyarakat Cina tetap percaya kepada konsep ketuhanan walaupun terdapat pelbagai agama yang menjadi anutan mereka. Antaranya, penyembahan roh nenek moyang, fahaman Konfusius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Kesemua agama ini menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian yang menjanjikan balasan baik bagi perbuatan baik dan sebaliknya, kecuali Buddhisme. Dalam kosmologi Cina terdapat konsep tian yang bermaksud langit, iaitu merujuk kepada dewa yang terpenting. Dewa dalam masyarakat Cina merupakan pembuktian kewujudan Tuhan. Dalam Dinasti Chou, tian merujuk kepada makhluk unggul di langit (supreme being) yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang, menentukan keamanan dan kesejahteraan serta memberi balasan baik dan buruk. Ia juga mungkin menyebabkan kemudaratan sebagai hukuman terhadap insan yang berkelakuan salah. Kepercayaan terhadap konsep ini, mendorong masyarakat mereka mengawal tingkah laku bagi mengelakkan dari mendapat balasan dari tian. Tamadun India juga memperlihatkan hal yang sama mengenai kedudukan agama dan kerohanian yang tinggi dalam masyarakat. Kepercayaan Hindu menekankan konsep ketuhanan dan kerohanian. Antaranya percaya kepada konsep trimurti iaitu percaya kepada ketuhanan Brahma (Tuhan Pencipta), Vishnu (Tuhan Pemelihara) dan Siva

(Tuhan Pemusnah). 2.3 3.2 Institusi Kekeluargaan dan Aspek Kemanusiaan Tamadun Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Sebagai contohnya, dalam perspektif Islam, soal institusi kekeluargaan diperhalusi oleh ilmu munakahat yang mengatur pembinaan institusi keluarga bermula dari proses mencari jodoh, tanggungjawab suami isteri dan seterusnya. Selain itu terdapat juga hubungan yang baik dengan Allah (hablum minaLlah) dan hubungan yang baik sesama manusia (hablum minannas). Hablum minannas diikat dengan ukhuwah Islamiyah, dengan maksud semua umat Islam bersaudara dan sama di sisi Allah kecuali orang yang bertakwa. Islam menetapkan agar umatnya sentiasa menjaga akhlak antara sesama manusia yang merangkumi akhlak dengan ibubapa, guru, kawan, jiran, sesama Islam dan bukan Islam, malah akhlak terhadap musuh Islam juga perlu dijaga. Hubungan yang baik sesama manusia amat perlu dijaga, malah andainya seorang Islam tidak mempunyai hubungan yang baik dengan manusia yang lain walaupun mempunyai hubungan yang baik dengan Allah, dia tidak dikira sebagai ahli syurga. Dalam konteks pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan 5 hak asasi manusia terlaksana iaitu hak beragama, menjaga kewarasan akal, menjaga nyawa, harta benda dan maruah diri. Ini memperlihatkan ajaran Islam menekankan nilai kemanusiaan. Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang makhluk sama ada manusia ataupun binatang.

2.3.3.3 Menekankan Tatacara dan Etika Dalam Kehidupan Etika dalam Islam adalah manfaat daripada penghayatan syariat. Syariat diutuskan Allah kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan mengatur kehidupan agar harmoni. Syariat Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah melalui pengamalan ibadat dan hubungan manusia sesama manusia melalui pelaksanaan muamalat, munakahat dan jinayat. Syariat Islam juga merangkumi akhlak iaitu sistem nilai yang menjamin kehidupan yang beretika. Akhlak Islam bersifat syumul iaitu meliputi akhlak dengan Allah SWT, Rasulullah SAW, sesama manusia terutamanya ibu, bapa, guru, jiran dan termasuk sesama manusia walaupun dengan bukan Islam. Demikian juga akhlak Islam termasuk dengan alam persekitaran seperti haiwan dan tumbuhtumbuhan. Penegasan soal etika dalam ajaran Islam menjadi faktor utama Rasulullah SAW diutus oleh Allah kepada manusia. Justeru itu, Rasulullah merupakan model akhlak yang terbaik kepada umat Islam dan manusia seluruhnya. Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah terdapat contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak mengingati Allah. (al-Ahzab: 21) Dalam Tamadun Asia lain seperti China terdapat konsep Dao (jalan). Begitu juga pemikiran tentang Li (Tatasusila). Menerusi konsep ini, Konfusius menekankan peraturan akhlak dan peraturan kehidupan berasaskan 3 perkara berikut: i. Peraturan perhubungan manusia dengan Tuhan. ii. Peraturan perhubungan manusia dengan manusia. iii. Peraturan perhubungan politik Selain itu, Konfusius juga menekankan konsep zhong yong iaitu kesederhanaan. Segala perlakuan manusia perlulah sederhana dan tidak setuju kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu

doktrin perbuatan; baik akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk. Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa. 2.3.3.4 Mementingkan kebijaksanaan kepemimpinan Pemimpin adalah khalifah di muka bumi sinonim dengan kepemimpinan dalam Islam. Politik Islam menggariskan sistem dan corak pemerintahan Islam seperti asas dalam berpolitik adalah tauhid, risalah dan khilafah. Selain itu, prinsip politik Islam adalah keadilan, persamaan, syura dan akauntabiliti. Sumber dalam politik Islam ialah kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya, di samping ijtihad dan ijmak ulama. Dalam Tamadun China, Konfucius menekankan ajaran moral kepada manusia, antaranya membantu pemerintah yang baik dan sifat baik merupakan satu harta yang paling penting untuk dimiliki oleh setiap pegawai. Dalam hal ini, Raja-raja Chou mengaitkan diri mereka dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga. Ini merujuk kepada maksud raja adalah wakil Tuhan di bumi. Justeru itu mereka perlu memerintah dengan adil dan jika gagal, mandat akan ditarik semula. Selain itu, ajaran Konfusius juga menekankan pemerintahan yang berdasarkan zheng ming, iaitu nama yang betul untuk menjelaskan di antara perkara yang benar dan salah. Ia bermaksud, peranan dan tanggungjawab adalah mengikut nama yang disandang. Tujuannya adalah untuk membezakan antara perkara yang betul dan salah. Pemerintah juga perlu memperbaiki diri sendiri atau zheng ji. Dalam ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi. 2.3.3.5 Menghargai alam sekitar Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini, penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan Haram.

Alam sekitar merupakan anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada manusia untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya. (al-Kahfi: 7) Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan berlayar di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera dan meluncurkan bahtera itu membawa orang-orang yang berada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka bergembira kerananya. (Dan apabila) datanglah angin badai dan (apabila) gelombang dari segenap penjuru menimpanya, dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya) maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya semata-mata. (Mereka berkata): Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini pastilah kami termasuk orang-orang yang bersyukur. (Yunus: 22) Selain itu, alam merupakan tanda kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Justeru itu, Allah telah menentukan adab dan akhlak manusia dengan alam termasuk makhluk ghaib. Dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling memerlukan. Dalam fahaman masyarakat peribumi Malaysia juga terdapat kepercayaan menghargai dan memelihara alam sekitar. Bagi mereka alam mempunyai kuasa ghaib. Mereka percaya petir sebagai penjaga haiwan dan tumbuhan. Justeru itu, peribumi melarang menebang pokok tanpa niat untuk digunakan atau membunuh binatang tanpa niat untuk dimakan. Perbuatan ini akan mengundang kemarahan Tuhan dan akan diturunkan bala bukan sahaja kepada pesalah, malah seluruh komuniti mereka.

Kepercayaan ini mendorong mereka menjaga alam sekitar agar berada dalam ekologi yang seimbang. 2.3.3.6 Mementingkan ilmu dan orang berilmu Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu dan orang yang berilmu. Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan personaliti diri dalam segala aspek. Selaras dengan ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya yang takut kepada Alllah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama. (al-Fatir: 28) Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku (Taha: 114) Katakanlah wahai Muhammad, adakah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui. Bahawasanya yang mengingati ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya (ulul al-bab). (al-Zumar: 9) Ulama memainkan peranan besar dalam Islam. Antaranya sebagai pembimbing umat, penyelesai masalah, pakar rujuk dan model atau contoh tauladan dalam masyarakat Islam. Justeru itu, Rasulullah SAW menegaskan dalam hadithnya yang bermaksud: Ulama merupakan pewaris para nabi. Dalam ajaran Konfusius, terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmu dan tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup (Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra, Vanaprahastra, Sanayasa. Ringkasnya, Tamadun Asia mempunyai satu kekuatan yang telah diwarisi sejak Asia mula didiami oleh kelompok masyarakat. Kekuatan tersebut ialah nilai kesejagatan dan bersifat sepunya antara tamadun-tamadun di Asia. Nilai kesejagatan ini telah membentuk jalinan interaksi harmoni antara tamadun walaupun antara tamadun ini

memiliki dasar pegangan agama yang berbeza. Peranan Islam sangat besar dalam menjadikan nilai-nilai dari ajaran agama diiktiraf sebagai pendorong kepada pembinaan tamadun dalam zaman yang serba moden ini. Umat Islam sebagai ummatan wasata (umat pertengahan) boleh menjadi perantara yang baik dalam berinteraksi dengan tamadun moden mahupun tamadun tradisional. Nilai pertengahan ini juga termasuklah tidak terlalu bersifat kebendaan dan juga tidak menolak dunia secara total. Selain itu, Tamadun Islam juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang dapat dilihat pada nilai-nilai transenden (kudus) yang merentas batas daerah dan budaya. Nilai ini mampu menjadi nilai universal tamadun manusia.

2.4 KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan kepada kesan positif mahupun negatif. 2.4.1 Kesan Positif Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan ini. Kesan tersebut adalah seperti berikut:

* Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek. Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud hasil interaksi. Makanan dan buahan Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki), tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, behon, toyu, samsu, tamar. Pakaian dan barang dagangan Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ), hun ( 1/100 tahil) , 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci. Rumah dan peralatan Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca, langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok (belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir. Manusia dan ehwalnya Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong. Permainan Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.

* Kebudayaan Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut: i. Budaya Baba-Nyonya Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka. Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka

memperkenalkan diri mereka sebagai Baba atau Peranakan. Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah menyerapkan Bahasa Cina dalam perbualan seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein yang berkaitan adat, kekeluargaan dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami penyesuaian dari segi sebutan dan makna. Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng, Put-Go = Datuk Uco (nama satu dewa Buddha ). Selain itu, perkataan Melayu juga mengalami perubahan bunyi dan makna. Sebagai, contoh, malaikat = malaikat ( roh nenek moyang ), kawan = kawan (suami ). Komuniti ini tidak banyak menggunakan imbuhan dalam perbualan, sebaliknya hanya menggunakan kata dasar sahaja seperti Dia tulis surat. Perkataan punya menggantikan partikel milik nya seperti bukunya disebut dia punya buku. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan kebaya sebagai pakaian seharian. ii. Budaya China Peranakan Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat. Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir cita rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan seperti kegemaran kepada wayang kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri budaya Cina asal masih kekal pada mereka khususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal warisan mereka terutamanya agama Buddha.

Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti masyarakat Melayu. * Kesenian Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-tingkat. Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid. * Dasar Pendidikan Negara Dasar pendidikan di Malaysia digubal setelah mengambilkira aspek masyarakat majmuk yang telah berinteraksi sekian lama secara harmoni. Antara dasar pelajaran tersebut ialah Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang-undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua dasar-dasar ini berperanan memupuk perpaduan dan bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dimansuhkan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh. Keseragaman ini lebih menjamin perpaduan rakyat. Selain itu, dasar ini juga mengambilkira perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak. * Dasar Integrasi Nasional Malaysia telah berusaha membentuk perpaduan antara masyarakat majmuk dan integrasi yang lebih mantap antara penduduk Semenanjung dengan Sarawak dan Sabah. Sehubungan ini, Dasar Integrasi Nasional digubal untuk melaksanakan proses kewujudan identiti nasional di kalangan kaum yang berbeza kebudayaan, kepercayaan

dan penempatan. Sehubungan itu, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 dengan objektif berikut: 1. Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional. 2. Memberi bantuan khidmat masyarakat. 3. Membangun masyarakat Orang Asli. 4. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara. 5. Menyelaras program kependudukan dan pembangunan negara. Untuk menjayakan kementerian baru ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara. * Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun, bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.

2.4.2 Kesan Negatif Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk di Malaysia, interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif yang paling penting hingga ke hari ini adalah seperti berikut: * Jurang ekonomi Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sahaja, sedangkan

masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanya membenarkan masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan baru, orang Melayu dikenakan syarat tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan buahbuahan. Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia menerima perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya, akibat dasar pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar. Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah. * Jurang Sosial Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan ini telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas. Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman. * Pencapaian Tidak Seimbang Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik di Malaysia. Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti

peribumi yang terdiri dari Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.
POSTED BY USTAZ ABD AZIZ HARJIN AT

8: 43 P M

0 COMMENTS: POST A COMMENT Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

ABOUT ME

US T AZ AB D A ZIZ H ARJI N Pensyarah Tamadun Islam, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA Perlis, 02600 Arau, Perlis. Tel: 013-4006 206 V IEW M Y C OMP LE TE P R O F ILE

BLOG ARCHIVE

2009 (6)
o

December (6) Silabus 1 - Konsep Tamadun Islam 2 - Interaksi antara tamadun 3 - Islam dan Tamadun Melayu 4 - Tamadun Islam di India 5 - Tamadun Islam di China

You might also like