http://banksoalanspm.blogspot.com/ http://banksoalanspm.blogspot.

com/
SULIT 1103/1 BAHASA MELAYU Kertas 1 Ogos 2011 2 ¼ jam 1103/1

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

BAHASA MELAYU Kertas 1 Dua Jam Lima Belas Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak.
[Lihat Halaman Sebelah

1103/1 @ 2011 HAK CIPTA SEKOLAH BERASRAMA PENUH

SULIT

http://banksoalanspm.blogspot.com/ http://banksoalanspm.blogspot.com/
1103/1 Bahagian A [ Masa yang dicadangkan : 45 minit] [ 30 markah ] Baca petikan ringkas di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk memajukan industri inap desa di negara kita. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. SULIT

Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan sedang berusaha menaik taraf industri inap desa di seluruh negara dengan memberi bantuan kewangan dan latihan pengendalian inap desa kepada peserta. Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyediakan infrastruktur yang lengkap serta berusaha mempromosikan inap desa di dalam dan di luar negara. Pihak kerajaan berharap dengan langkah bersepadu ini dapat menarik minat pelancong terutamanya pelancong asing memilih Malaysia sebagai destinasi percutian. Dipetik dan diubah suai daripada “Panduan Pengendalian Homestay”, Kementerian Pelancongan Malaysia, Kuala Lumpur.

[ Lihat Halaman Sebelah 2

SULIT

http://banksoalanspm.blogspot.com/ http://banksoalanspm.blogspot.com/
1103/1 Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [100 markah] SULIT

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1

Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi dengan lebih mudah, cepat, dan efisien. Nyatakan pendapat anda tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja.

2

Semangat patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja kini berpunca daripada kurangnya penekanan oleh ibu bapa. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

3

Bioteknologi merupakan proses menggunakan sel atau organisma sebagai bahan asas untuk menghasilkan sesuatu produk. Pendekatan ini sememangnya mampu membuka peluang baharu kepada peningkatan ekonomi negara. Sebagai Pegawai Jabatan Pertanian, anda dikehendaki memberikan ceramah tentang kepentingan bioteknologi dalam bidang pertanian kepada petani di tempat anda. Tulis ceramah anda selengkapnya.

4

Peningkatan pelaburan asing boleh dilihat sebagai salah satu kayu ukur kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Bincangkan faedah-faedah yang akan dinikmati oleh negara-negara terlibat dalam pelaburan asing.

5

Pengarang sering menjadikan novel sebagai salah satu medium untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Huraikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh daripada sebuah novel yang anda baca. KERTAS SOALAN TAMAT 3

SULIT

blogspot. Jawapan bagi soalan 2(b). 3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. soalan 2(c). Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. 5.com/ http://banksoalanspm.com/ 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2011 2 ½ jam BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua Jam Tiga Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. soalan 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen kesusasteraan tingkatan 4 dan tingkatan 5. 4.http://banksoalanspm. sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. Sila jawab semua soalan. [ Lihat Halaman Sebelah 1103/2 @ 2011 HAK CIPTA SEKOLAH BERASRAMA PENUH SULIT . Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2.blogspot. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi.

menghormati sesama rakan. Hampir di setiap kawasan perumahan. sama ada secara dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan.blogspot. selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik. Bagi golongan remaja. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik. sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi. dan yang paling penting. seperti belajar untuk bergaul.blogspot.http://banksoalanspm. dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan. 2 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan. berketerampilan. minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Berekreasi. rekreasi yang dilakukan secara teratur. mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri.com/ 1103/2 Soalan 1 : Rumusan SULIT [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti.com/ http://banksoalanspm. Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang. kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya. ada disediakan taman untuk berekreasi.

bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Oleh itu. Berikan tiga cadangan. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan.blogspot. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat.blogspot. Dewan Siswa. biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan.com/ 1103/2 SULIT Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja.com/ http://banksoalanspm. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. [2 markah] (ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ? [ 3markah] (iii)Pada pendapat anda. (i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan .http://banksoalanspm. apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi . Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi’. [4 markah] 3 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . Januari 2010) Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1. kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.

sudah saya siapkan di tanah kosong seberang jalan!” Tuk Mat menjawab cepat. [2 markah] (ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini. Dia mesti menghormati undang-undang. Dewan Bahasa dan Pustaka) SULIT (i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. makanan untuk fizikal mesti diselaraskan juga dengan makanan kerohanian.Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti. Bagi Pak Itam.blogspot. Pagi masih lagi meredup. tujuh lapan khemah akan dipasang. “Tempat letak kereta macam mana?” Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. yang ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi. hal-hal kesenian bangsa. [3 markah] (iii)Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut. kiranya kita melupakan hal-hal kebudayaan. jalan raya itu pun bukan besar sangat!” balas Pak Itam.http://banksoalanspm. kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak mencukupi. kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. [4 markah] 4 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . agama dan adat resam.M. dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana kenderaan para tetamu jemputannya. Dalam kepala Pak Itam.blogspot. pak.com/ http://banksoalanspm. suram dan dingin. “Semuanya beres. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi.com/ 1103/2 Soalan 2(b) . Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undangundang yang kita buat. (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi dalam antologi Harga Remaja. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga akan datang bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. “Aku tak mahu. Aziz H. dan kumpulan teater Malininya akan mempersembahkan drama mereka.

blogspot. “Minta tolong perang. maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang.” Kemudian dijawab oleh Opu Daeng. kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan. saya berilah seorang lima belas bahara. [3 markah] 5 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . apakah kepentingan sesuatu perjanjian. dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya. silakan ke Kedah. “Jikalau menang saya perang. Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Alkisah. Dewan Bahasa dan Pustaka) SULIT (i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah] (ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. Maka sampai waktu ketika yang baik. Berikan tiga sebab.com/ http://banksoalanspm. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. maka Raja Kedah pun berkhabarlah. “Khabar Raja Kedah itu.Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti.http://banksoalanspm. Telah sudah santap air panas. Maka belayarlah ke negeri Kedah.” Khabar Raja Kedah. saya minta cap tandatangan.” (Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku.blogspot. saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara.com/ 1103/2 Soalan 2(c) . Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda. Maka berjamu-jamulah santap nasi. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah.

Dapat buruan dibelah-belah. Dewan Bahasa dan Pustaka. nyatakan sifat-sifat orang yang beriman. Antologi Dirgahayu Bahasaku. Biarlah sabar dalam perlahan. Paku jatuh patah dua. Itulah tanda tuan beriman.blogspot. Cucu Adam sepaian nabi. [4 markah] 6 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . Turun dari langit ketujuh. Di tepi halaman menanam kubis.blogspot. [2 markah] SULIT (ii) Pada pendapat anda. Bahasa ibunda hina terbiar.Petikan Puisi Baca pantun di bawah dengan teliti. (i) Berdasarkan rangkap pertama. Bukan makhluk sebarang-barang. Kerana lalai rosak binasa. Berburu musim tengkujuh. Tidak patah digoncang iblis. Menjadi riuh orang di darat. PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan. Jadi khalifah kepada Allah. Akhirnya tuan menang berjaya. [3 markah] (iii)Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. Anak ketam disangka lelabi. kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.com/ 1103/2 Soalan 2(d) . Kebudayaan Timur dinodai Barat. Bumi kandungan nenek moyangku. Anak Cik Itam jatuh jalar. Diselang dengan pokok papaya. Tebaslah hutan buat halaman. Ikan teluk parang-parang. apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat? Berikan tiga faktor.http://banksoalanspm. Lengkang-lengkung apa dipaku.com/ http://banksoalanspm.

Bagi setiap ayat.com/ 1103/2 Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran.blogspot.com/ http://banksoalanspm. (i) Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik. Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.http://banksoalanspm. anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. [ 6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan. (a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.blogspot. adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya. [6 markah] (ii) (iii) 7 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . (i) (ii) (iii) gamat diam bidang [6 markah] SULIT (b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

com/ 1103/2 SULIT (d) Dalam petikan di bawah. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini. Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut.http://banksoalanspm. [6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti. Selain itu. media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif.blogspot. media massa telah digunakan secara menyeluruh. terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.blogspot. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.com/ http://banksoalanspm. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. [6 markah] 8 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah .

blogspot. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 9 SULIT [ Lihat Halaman Sebelah . Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari. [7markah ] (b) Watak utama dalam sesebuah novel sering menjadi idola kepada pembaca.com/ 1103/2 Soalan 4: Novel SULIT [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) (viii) Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah Papa… (akhirnya Kau Tewas Jua) karya Deana Yusof Renyah karya Gunawan Mohamad Melunas Rindu karya Hartini Hamzah Kembara Amira karya Amer Hamzah L.blogspot. Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda pelajari. Kadir Interlok karya Abdullah Hussain Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (a) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot untuk menjadikan cerita lebih menarik.http://banksoalanspm.com/ http://banksoalanspm.

com/ 1103/1 (PP) SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH & SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 1 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.com/ http://banksoalanspm.blogspot.blogspot. Peraturan pemarkahan ini mengandungi 11 halaman bercetak 1 .http://banksoalanspm. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa.

kata-kata ucapan) Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.   2 . Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik (peribahasa. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.blogspot. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sisitem Ejaan Rumi Baru. Wacananya lengkap. slogan.com/ 1103/1 (PP) Bahagian A: Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah] KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH 26 – 30   Cemerlang atas (28 – 30) (26 – 27) bawah  KRITERIA Karangan menepati tema bahan rangsangan. SULIT  20 – 25 Kepujian atas (23 – 25) (20 – 22) bawah   Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.blogspot.http://banksoalanspm.com/ http://banksoalanspm. Tanda baca betul dan tepat. Penggunaan kosa kata luas. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas.

Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. maksud al-Quran dan lain-lain. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. petikan hadis. Idea tidak menepati tema bahan rangsangan. 3 . 01 – 09 atas (06 – 09) (01 –05) bawah    Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. petikan ucapan.com/ http://banksoalanspm.   Wacananya masih lengkap. pantun. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.blogspot.com/ 1103/1 (PP) PERINGKAT MARKAH 15 – 19   Memuaskan atas (17 – 19) (15 – 16) bawah KRITERIA Karangan masih menepati tema bahan rangsangan.blogspot. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas.http://banksoalanspm. cogan kata. SULIT Baru. Unsur bahasa kurang bervariasi. Pencapaian Minimun *Ungkapan menarik : peribahasa. Wacana kurang lengkap.  10 – 14 Kurang memuaskan atas (12 – 14) (10 – 11) Bawah    Karangan kurang menepati tema bahan rangsangan. Idea masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Penggunaan kosa kata umum. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. kata-kata hikmat. Penggunaan kosa kata terhad. frasa menarik.

5. 2. 4. Kesalahan format hendaklah ditolak maksimum 2 markah. Cara menanda kesalahan isi.http://banksoalanspm. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum 3 markah. Kurang daripada 350 perkataan. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan 3.blogspot. Jika karangan: a. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan. rangkai kata dan perkataan = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) = Kesalahan ejaan yang berulang = Kesalahan tanda baca SULIT _____ / // 4 .blogspot.com/ http://banksoalanspm.com/ 1103/1 (PP) Bahagian B: Karangan Respons Terbuka [100 markah] PERINCIAN PEMARKAHAN Cara Pemeriksaan 1. ejaan dan tanda baca: ( ) = Kesalahan isi = Kesalahan bahasa. periksa seperti biasa b. Tiada pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang.

   3.com/ http://banksoalanspm. IDEA (ISI)     4.com/ 1103/1 (PP) KRITERIA KRITERIA  1. GAYA BAHASA   Kegramatisan Tanda baca Ejaan Pemilihan kosa kata Tema Isi utama Pengembangan (huraian/ bahasa/hujahan/ contoh) Kerelevanan Wacana Logik Pemerengganan Format Keindahan bahasa Ungkapan Peribahasa DESKRIPSI – kata (morfologi) ayat (sintaksis) SULIT 5 .blogspot. PENGOLAHAN    5. BAHASA (Mekanis) LARAS (Dinamis)   2.blogspot.http://banksoalanspm.

 Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa.com/ 1103/1 (PP) KRITERIA PENSKORAN PERINGKAT MARKAH       KRITERIA Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.blogspot. cogan kata atau frasa. dihuraikan dengan jelas. pantun. dihuraikan dengan jelas dan matang.  Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. 6 . pantun. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum  Ejaan dan tanda baca betul  Laras bahasa sesuai dengan tugasan. Penggunaan unsur bahasa bervariasi Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa.  Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.  Penggunaan kosa kata luas dan tepat  Idea relevan mengikut tugasan.  Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.com/ http://banksoalanspm. diserta dengan contoh yang sesuai. Ejaan dan tanda baca betul Laras bahasa sesuai dengan tugasan Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea relevan mengikut tugasan. disertakan dengan contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.blogspot. SULIT 80 – 100 (90 – 100) CEMERLANG (80 – 89)       66 – 79 KEPUJIAN (73 – 79) (66 – 72) Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. cogan kata atau frasa. Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.http://banksoalanspm.

65 BAIK (58 – 65) (51 – 57) Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai. Ayat kurang gramatis.       36 – 50  MEMUASKAN (43 – 50)    (36 – 42) Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai. Penggunaan kosa kata umum dan terhad. Pengolahan kurang menarik. Idea masih relevan mengikut tugasan. pemerengganan kurang sesuai. Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. Ejaan dan tanda baca masih betul. Wacana masih lengkap Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. Pengolahan masih menarik.blogspot. Wacana masih / kurang lengkap Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. Laras bahasa kurang sesuai.http://banksoalanspm.com/ 1103/1 (PP) PERINGKAT MARKAH           KRITERIA SULIT 51 . Penggunaan kosa kata umum.blogspot. 7 . dan pemerengganan masih sesuai. Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.com/ http://banksoalanspm. huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai. Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. Idea masih relevan mengikut tugasan.

 01 – 20       PENCAPAIAN MINIMUM (11 – 20) (01 – 10) Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.blogspot. Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. Unsur bahasa tidak bervariasi. Pengolahan tidak menarik.F Jumlah - Peringkat markah Mak 3 markah Mak 2 makah Markah bersih Contoh K -E -F J - 75 03 02 70 8 . Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/ tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.com/ 1103/1 (PP) PERINGKAT MARKAH         KRITERIA SULIT 21 – 35 KURANG MEMUASKAN (28 – 35) (21 – 27) Penggunaan kata kurang tepat. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.blogspot. Pengolahan tidak menarik.E . Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah. Cara menulis K .com/ http://banksoalanspm. Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik.http://banksoalanspm. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami. Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang. Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.

walaupun bahasa dan pengolahan baik. Cadangan Isi : 1) Memberi bantuan kewangan kepada peserta untuk menaik taraf rumah. kemasan bilik dan sopan santun 3) Menyediakan infrastruktur yang lengkap/ perhubungan. SULIT Bahagian B SOALAN 1 Calon diharapkan dapat menyatakan pendapat tentang faedah-faedah menguasai teknologi maklumat kepada golongan remaja. dan pengangkutan. tetapi dengan syarat mesti membincangkan idea-idea yang terdapat dalam bahan rangsangan.http://banksoalanspm. Cadangan isi  mudah mendapat maklumat tanpa perlu pergi ke perpustakaan  menyediakan / menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru/pensyarah dengan cepat / lebih menarik  sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan  sejajar dengan kehendak negara untuk melahirkan generasi celik ilmu  mudah berhubung dengan rakan / meluaskan rangkaian sahabat 9 . 2) Latihan pengendalian inap desa kepada peserta dari segi sambutan. bekalan api/air.   Calon boleh menambah idea-idea lain yang tiada dalam bahan rangsangan.com/ 1103/1 (PP) Bahagian A Karangan berdasarkan bahan rangsangan (petikan ringkas) : Usaha-usaha untuk memajukan Industri Inap Desa.com/ http://banksoalanspm.blogspot.blogspot. 4) Mempromosikan inap desa di dalam dan di luar negara/ iklan media cetak/ media elektronik/ jemputan/lawatan penanda aras. bilik. tidak layak untuk kategori cemerlang. layanan. dan perabot. Kemungkinan:  Calon menyatakan faedah-faedah menguasai teknologi maklumat secara umum tanpa menyentuh golongan remaja: Maksimum peringkat baik sekiranya bahasa baik. Calon yang tidak langsung menyentuh idea dalam bahan rangsangan.

http://banksoalanspm.blogspot. Cadangan isi:  Membelikan anak-anak buku bercorak sejarah sejak kecil  Membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah.com/ 1103/1 (PP) SOALAN 2 Calon diharapkan dapat menghuraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam menerapkan nilai patriotisme dalam jiwa remaja. Kemungkinan :  Calon menulis tentang kepentingan bioteknologi secara umum : Maksimum peringkat baik sekiranya bahasa baik. Cadangan isi:  Menambahkan pendapatan golongan petani  Meningkatkan kualiti hasil pertanian – tahan penyakit  mempelbagaikan produk/barangan dan perkhidmatan  menyediakan peluang pasaran baru  peluang untuk maju dengan bantuan dan sokongan daripada kerajaan  menambah bilangan petani moden * Markah ditolak sekiranya tiada: kata alu-aluan 1m kata panggilan audien 1m penutup 1m (markah format ditolak maksimum 2 m) SULIT 10 .com/ http://banksoalanspm. Kemungkinan:  Calon menghuraikan tentang semangat patriotik secara umum : Maksimum peringkat baik sekiranya bahasa baik.  Menceritakan kepada anak-anak jerih payah pahlawan Melayu dalam mempertahankan negara  Menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan yang berunsurkan patriotisme  Membawa anak-anak menghadiri kempen atau sambutan yang berkaitan dengan patriotisme SOALAN 3 Calon diharapkan dapat menulis sebuah ceramah tentang kepentingan bioteknologi kepada petani.blogspot.

sekiranya bahasa cemerlang) Cadangan isi :  membawa masuk teknologi dan sistem pengurusan yang lebih moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif : melatih tenaga kerja tempatan.  meningkatkan pembangungan infrastruktur seperti sistem pengangkutan.blogspot.com/ 1103/1 (PP) SOALAN 4 Calon diharapkan dapat membincangkan faedah yang dinikmati oleh negara-negara yang terlibat dalam pelaburan asing.http://banksoalanspm.  mengurangkan kadar pengangguran kerana wujudnya peluang kerja yang banyak dalam pelbagai sektor : pelaburan asing bertambah.com/ http://banksoalanspm. Terima sebarang pengajaran sama ada cerita rekaan ataupun novel yang dipelajari untuk KOMSAS.blogspot. pelabuhan. taraf hidup rakyat semakin baik : mengurangkan kadar jenayah. bandar baru : taraf hidup dan sosial rakyat meningkat.  menambahkan pendapatan negara : daripada bayaran cukai. SOALAN 5 Calon diharapkan dapat menghuraikan pengajaran-pengajaran yang diperoleh dan manfaatnya kepada calon.  mengeratkan hubungan kerjasama antara negara : mewujudkan iklim politik yang stabil. (Maksimum peringkat Baik sekiranya bahasa cemerlang)  Calon membincangkan faedah pelaburan asing secara umum sahaja tanpa menyebut mana-mana negara: maksimum peringkat Memuaskan. pendapatan perkapita negara akan meningkat.  menjamin kejayaan wawasan negara menjadi sebuah negara maju. bahan mentah dapat diproses di dalam negara dan harga lebih berdaya saing jika dieksport nanti. negara boleh meniru pengurusan yang lebih canggih. maka peluang pekerjaan akan meningkat. Kemungkinan :  Calon membincangkan faedah kepada Malaysia sahaja. mengurangkan pengaliran wang keluar. PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT SULIT 11 .

com/ http://banksoalanspm.blogspot. Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak 1 . Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa jua bentuk penulisan dan percetakan.blogspot.com/ SULIT BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 BAHASA MELAYU Kertas 2 UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA AMARAN Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Sekolah Berasrama Penuh.http://banksoalanspm.

Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan. Markah Markah 2 9 7 10 6 11 5 12 16 4 2 Jumlah Markah 20 Bahagian (i) Pendahuluan (ii) Isi Tersurat (iii) Isi Tersirat (iv) Penutup/Kesimpulan 4 12 5 11 6 10 7 9 8 8 Bahasa [10 Markah] Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti jadual berikut: Peringkat Markah Isi Markah Bahasa 9 .Kosa kata masih memuaskan.11 Lemah 1 . Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja. .20 Baik 15 .com/ http://banksoalanspm. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.Tanda baca / ejaan juga memuaskan. kata nama khas perkataan berganda kata depan di dan ke tarikh angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan gelaran Kira dan tanda jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa. ii. Struktur ayat / tatabahasa baik Kosa kata luas.10 7 .blogspot.http://banksoalanspm.7 4 .5 Huraian Bahasa Kesinambungan isi baik.7 1 . iv. Kesinambungan isi masih baik. 2 18 .blogspot. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.17 2 .com/ SULIT MARKAH PENUH KERTAS DUA IALAH 110 MARKAH SOALAN 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: Isi 20 markah Bahasa 10 markah (a) (b) (a) i. .Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan. iii.14 Sederhana 8 .8 6 .4 . Tanda baca / ejaan betul. . Nota : Panduan mengira perkataan Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan.

Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan.blogspot.http://banksoalanspm. ayat demi ayat walaupun jumlah perkataannya kurang daripada 120 patah perkataan. markah tidak dipotong. Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan.com/ http://banksoalanspm.com/ SULIT Nota : (i) (ii) (iii) Jika bahasanya baik. [Markah bahasa maksimum:10 markah] (iv) 3 . tambah 1 markah lagi. Jika bahasanya kurang memuaskan. berikan 0 markah.blogspot. tolak 1 markah.

RUMUSAN Pendahuluan 1. Kurangnya tempat berekreasi /kawasan yang terhad 5.blogspot. [0 markah] Isi Tersurat (Kepentingan berekreasi) 1. berketerampilan dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. [2 markah] 4. menilai diri. Persekitaran tidak menyeronokkan dan tidak menghiburkan 4. [2 markah] 9.http://banksoalanspm. [2 markah] Isi Tersirat (Kekangan untuk berekreasi) 1. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. [2 markah] 5. Terdapat aktiviti alternatif lain yang lebih menyeronokkan [2 markah] [2 markah] [2 markah] [2 markah] [2 markah] [2 markah] [2 markah] Kesimpulan Semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi dalam kalangan remaja agar/supaya generasi remaja yang berkualiti dan seimbang dapat dilahirkan [2 markah] 4 . Berekreasi aktiviti yang memenatkan 3. Mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Kurangnya kemudahan rekreasi 7. Membantu perkembangan psikologi remaja.com/ SULIT SOALAN 1 . Mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Meningkatkan motivasi diri. [2 markah] 2. Membentuk golongan remaja menjadi lebih matang. [2 markah] 8. Petikan membincangkan kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja. Menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Petikan membincangkan kebaikan / kelebihan / keperluan berekreasi dalam kalangan remaja masa ini. Mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. [2 markah] 7. Lebih terarah dalam soal kehidupan. Menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas. Berekreasi aktiviti membuang masa 2. [2 markah] 6. [2 markah] 10. [2 markah] 3. [2 markah] 2. serta menghargai usia remaja dengan sebaikbaiknya.blogspot.com/ http://banksoalanspm. Kurangnya galakan daripada ibu bapa 6.

AXG) Isi tidak cukup /kurang relevan tetapi ayat masih gramatis (IXC. AXG) -Isi tidak cukup/ kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis (IXC. Soalan 4 markah DESKRIPSI Isi cukup dan relevan dengan tugasan dan ayat gramatis (ICAG) Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC.blogspot. 3. berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.com/ http://banksoalanspm. Soalan 2 markah DESKRIPSI -Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup + ayat gramatis (ICAG) -Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup (IXC. 2. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. AXG) -Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis MARKAH 4 3 2 1 0 MARKAH 3 2 2 1 0 MARKAH 2 1 0 5 .com/ SULIT SOALAN 2 – PEMAHAMAN Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada: Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d) 1. 3. Soalan 3 markah DESKRIPSI -Isi cukup dan lengkap/ relevan dengan tugasan dan ayat gramatis (ICAG) -Isi cukup dan lengkap/ relevan tetapi ayat kurang gramatis (IC. AG) Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis (IXC. AG) -Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatis (IXC. AXG) -Isi tidak betul/ tidak relevan dengan tugasan ayat gramatis . AG) -Jawapan tidak tepat/salah 2.blogspot. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.http://banksoalanspm. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.

Mengadakan pertandingan sukan dan permainan .kadar jenayah meningkat . .Mengadakan sukan tahunan .menyediakan jamuan/makanan untuk tetamu .Pusat kesihatan yang terdapat pelbagai peralatan senaman moden.Menubuhkan kelab/persatuan yang baharu .rakyat hidup dalam ketakutan [3 markah] 6 .kesejahteraan hidup terjejas .blogspot.Melaksanakan kempen di sekolah iaitu 1Murid 1Sukan .beberapa orang penyanyi dan kumpulan teater turut diundang untuk menghiburkan tetamu .imej negara terjejas .Kerajaan juga telah membina banyak pusat sukan tertutup [3 markah] (iii)Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi : .Memberikan anugerah-anugerah/penghargaan .http://banksoalanspm.blogspot. .timbul perasaan tidak puas hati .Mengaktifkan semula kelab yang sedia ada [4 markah] Soalan 2 (b) – Cerpen (i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. .menyediakan tempat letak kereta [ 2 markah] (ii) Tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi.Mengadakan Hari Kokurikulum .com/ SULIT Soalan 2 (a) – Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah ke arah/mengarah/menghala/ dunia/bidang/lingkungan kematangan [2 markah] (ii) Usaha-usaha oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ialah .taman untuk berekreasi di setiap kawasan perumahan .menyediakan lapan buah khemah tempat menjamu selera .com/ http://banksoalanspm.

Prihatin . . Mengkasar dan Madura di bawah pemerintahannya [3 markah] (iii) Tiga kepentingan sesuatu perjanjian : .com/ SULIT (iii)Satu perwatakan Pak Itam dalam petikan dan satu perwatakan Pak Itam dalam cerpen.untuk mengelakkan penipuan / penindasan / penyalahgunaan kuasa [3 markah] 7 .http://banksoalanspm.blogspot.Cerpen .supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang janji yang telah dibuat . Contoh : Selain menyediakan makanan.memperoleh ganjaran / pulangan sebagaimana yang ditetapkan .Bertanggungjawab . .Supaya dapat membantu Raja Kedah menjatuhkan/mengalahkan saudaranya .Menghormati tetamu .com/ http://banksoalanspm. beliau telah mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan tetamunya .Syarat Opu Daeng : meminta pengesahannya/persetujuannya orang dagang dari Timur seperti orang Bugis.blogspot.Janji Raja Kedah : akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya lima belas bahara setiap seorang sekiranya berjaya dalam perebutan kuasa tersebut .Mengambil berat.tidak mendatangkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari .Supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah [2 markah] (ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.Patriotik Contoh: Beliau sanggup dipenjarakan kerana menentang penjajah (Mana-mana perwatakan selain dalam petikan diterima) [4 markah] Soalan 2 (c) – Prosa Tradisional (i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah : .Pemurah .Petikan .

longgarnya pegangan agama .suka hiburan [3 markah] (iii)Satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran dalam rangkap ketiga pantun tersebut.kurang jati diri .sentiasa bersifat sabar .http://banksoalanspm.blogspot.com/ http://banksoalanspm.pengaruh budaya asing . pengarang menyatakan mereka yang beriman akan terhindar daripada godaan iblis. [4 markah] - - 8 . Rangkap pertama : Kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara.tidak mudah termakan hasutan iblis [2 markah] (ii) Faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat: . Contohnya. . Rangkap Ketiga : Kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabatnya sentiasa terpelihara Contoh: Pengarang menyatakan kebudayaan Timur semakin dinodai budaya Barat.com/ SULIT Soalan 2 (d) – Pantun (i) Sifat-sifat orang yang beriman.blogspot.pengaruh media dan teknologi .

penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb) . (a) Bina ayat (i) gamat (ii) diam - suasana/keadaan bising. 5.permukaan yg datar (batasnya tertentu) . lapangan.ukuran lebar sesuatu (spt kain. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa. berikan 0 markah. bertempat) (iii)bidang . 3.com/ http://banksoalanspm. tolak ½ markah bagi setiap ayat Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat.bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu. lapangan . dll) . berikan pertimbangan sebagai satu ayat.com/ SULIT SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada: Soalan 3(a) : 6 markah Soalan 3(b) : 6 markah Soalan 3(c) : 6 markah Soalan 3(d) : 6 markah Soalan 3(e) : 6 markah Perhatian bagi Soalan 3 (a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan / jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan. jurusan . 4.http://banksoalanspm. berikan 0 markah Jika memberikan makna dan tepat maknanya. 8. berikan 0 markah Perkataan digunakan sebagai nama khas.bahagian drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu 9 . berikan markah penuh 1 markah. 2.ukuran panjang (kira-kira lima hasta) .lebar/susuk dada . 9.blogspot. senyap tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa tinggal (duduk.kegiatan yg diceburi.blogspot. 6. 10. riuh-rendah sejenis binatang laut/ timun laut kayu keramat yg dipakai sbg cap kerajaan sj tumbuhan (pokok memanjat) tidak bercakap (bersuara dll). berumah. tikar. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jika berkenaan). Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih. Isi tidak jelas tolak ½ markah. 7.

com/ SULIT * Setiap ayat yang betul = 1 markah.blogspot. [1 markah] [ 6 markah] (c) Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. No. [1 markah] (v) Mereka memberikan alasan kononnya hendak mencari maklumat. [1 markah] (ii) Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. [1 markah] (iii)Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.com/ http://banksoalanspm.blogspot. soalan i ii iii Kesalahan ejaan motorsikal e-mail bekerja Jawapan motosikal e-mel pekerja Kesalahan imbuhan dilaku diharap tengahari Jawapan dilakukan berharap/mengharapkan tengah hari 1 markah setiap 1 kesalahan [6 markah] (a) Tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa.-6 ayat -> 6 markah (b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Calon MESTI membina 2 ayat bagi setiap kata yang diberi -. (i) Golongan remaja terlalu asyik melayari internet. [1 markah] (iv) Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran. Kesalahan ejaan komuniti pelebar Jawapan komunikasi penyebar Kesalahan imbuhan berbagai Ini kerana Jawapan berbagai-bagai/ pelbagai Hal ini demikian kerana/Hal ini kerana dalam perasaan minda/fikiran di dalam 1 markah setiap 1 kesalahan [6 markah] 10 .http://banksoalanspm. [1 markah] (vi) Sebenarnya mereka melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

com/ SULIT (b) Kemukakan tiga peribahasa (i) (ii) (iii) Tumbuk rusuk/makan suap Duri dalam daging Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga/Bangkai gajah dapatkah ditutup dengan nyiru [6 markah] Setiap jawapan yang betul = 2 markah 11 .com/ http://banksoalanspm.blogspot.blogspot.http://banksoalanspm.

Teknik plot iv) Markah bagi 2 isi . Calon tidak menjawab = 0 markah [Maksimum: 8 markah] viii) ix) 12 .blogspot. v) Markah bahasa maksimum 3 markah. vi) Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0.com/ SULIT SOALAN 4 Markah penuh 15 markah Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 (a) i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari. [Maksimum: 7 markah] (b) i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.com/ http://banksoalanspm. iii) Beri 2 markah untuk 1 isi dan contoh . ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap.http://banksoalanspm. iii) Jawapan mesti meliputi sekurang-kurangnya satu perwatakan watak utama bagi setiap novel yang boleh menjadi teladan.blogspot. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi Markah bahasa diberi seperti berikut: Baik = 2 markah Lemah = 1 markah Jika calon menjawab dan markah isi = 0.maksimum 4 markah. berikan 1 markah untuk bahasa. iv) Aspek Pemarkahan > Berikan 1 markah untuk 1 perwatakan dalam sebuah novel > Berikan 2 markah untuk contoh / huraian yang lengkap / jelas bagaimana perwatakan itu boleh diteladani v) vi) vii) Markah isi maksimum = 6 markah Markah bahasa maksimum = 2 markah. ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap. berikan 1 markah untuk bahasa. viii) Calon tidak menjawab = 0 markah.

Saspens .Imbas Muka . [1 markah] 1 isi + contoh 2 isi + contoh Bahasa (mak) Jumlah = = = = 2 markah 4 markah 3 markah 7 markah ======= b) Satu Perwatakan watak utama yang boleh menjadi teladan daripada setiap novel Contoh jawapan berdasarkan novel Papa.blogspot. [1 markah] 13 . [2 markah] Teladan Sebagai seorang pelajar kita sepatutnya mengambil Ju sebagai teladan yang sangat gigih menuntut ilmu. (akhirnya kau tewas jua) (T4) dan Interlok (T5) Watak dan Perwatakan Watak utama dalan novel pertama ialah aku atau Ju atau Intan Julia. Mak Limah teringat perbualannya dengan bapanya yang tidak mengizinkan dia berkahwin dengan Musa..Kejutan Contoh jawapan berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan Isi Pengarang menggunakan teknik imbas kembali peristiwa yang telah dialami oleh watak.Pemerian .. jawapan calon yang sesuai boleh diterima mengikut novel zon masing-masing a) Dua teknik plot Pengarang sering menggunakan teknik plot berikut: .Imbas Kembali .http://banksoalanspm.com/ SULIT Soalan 4 – Novel Skema ini hanya sebagai panduan asas kepada guru-guru.blogspot. untuk menggambarkan sesuatu [1 markah] Contoh : Setelah Pak Musa meninggal dunia.Dialog .com/ http://banksoalanspm.Monolog . seorang pelajar yang gigih dalam menuntut ilmu.

[1 markah] 1 watak dan perwatakan 1 teladan Jumlah (kecil) Markah Bahasa (mak) Jumlah (besar) = = = = 2 markah 1 markah 3 markah x 2 novel = 6 markah 2 markah 8 markah ======== PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT 14 .com/ http://banksoalanspm. [2 markah] Teladan Dalam kehidupan sehari-hari kita mestilah sentiasa patuh akan perintah ibu bapa yang telah membesarkan kita.blogspot.blogspot.com/ SULIT Watak dan Perwatakan Watak utama dalam novel kedua pula ialah Seman yang sentiasa menurut perintah ibu bapanya.http://banksoalanspm.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful