Tugasan Zakiah 2011

TUGASAN 2 : BINCANGKAN KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI ALAT PERPADUAN DI MALAYSIA.
PENDAHULUAN

Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang molek itu budi, Yang indah itu bahasa.

Apakah itu bahasa? Sebelum kita mengupas tajuk ini dengan lebih luas lagi, rasanya adalah lebih baik, kita mengupas dengan lebih mendalam apa itu bahasa. Merujuk kepada kamus Dewan muka surat 87, bahasa bermaksud satu sistem lambang bunyi suara yang digunapakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Bahasa kebangsaan pula bermaksud bahasa yang digunakan oleh semua penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa loghat.

Mengungkap pantun di atas menunjukkan kepada kita betapa indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Memandangkan orang melayu merupakan penduduk pribumi Malaysia atau yang paling awal bertapak jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia.

1

Tugasan Zakiah 2011

BAHASA PERPADUAN

Melihat kepada segala pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu, tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Secara teorinya, Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini, di peringkat negara, dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi sematamata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. Apakah alasan kita?

Alasan yang paling kuat ialah, bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lainlain, tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas.

2

Pendeknya. 3 . ekonomi dan sosialnya. Di bawah pentadbiran Inggeris. pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara. Pilihan bahasa kebangsaan. Semenjak itu negara terpaksa menghadapi pelbagai masalah dan cuba menyelesaikan banyak isu rumit yang timbul berkaitan tentang bahasa. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA Sebenarnya bahasa Melayu sudah memainkan peranan yang amat penting lagi pada zaman Kesultanan Melaka dimana pada waktu itu semua urusan perdagangan dilakukan dalam bahasa Melayu. tugas utama kerajaan semasa dan selepas mencapai kemerdekaan adalah menyatukan penduduk daripada berlainan kaum etnik ini dalam membina negara baru. Oleh yang demikian. Sewaktu Kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Antaranya adalah: i. Penduduk Malaya betul-betul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang lalu. Namun dengan kedatangan pendatang dari luar khususnya dari India dan China. kedudukan bahasa Melayu sedikit terpinggir dimana golongan pendatang ini lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing. Keadaan ini kemudiannya telah mempengaruhi tujuan. ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi geografi. dasar yang dibentuk itu hendaklah dapat mengekalkan ketiga-tiga identiti kaum di negara ini dan pada masa yang sama dapat pula menyatukan mereka menjadi sebuah bangsa dalam sebuah negara. Inggeris telah megamalkan dasar pecah dan perintah dan membenarkan wujudnya empat buah sistem pendidikan yang berasingan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Tugasan Zakiah 2011 Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah 16. Bahasalah yang menjadi teras dan merupakan isu utama dalam pembinaan negara ini.8 juta.

beliau mendapati : i. v. iii. Apabila kerajaan Inggeris kembali ke Malaya selepas Perang Dunia Kedua. Bahasa untuk pendidikan.. Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Beliau berusaha membina semula sistem pendidikan yang wujud sebelum perang dulu dan ini tercatat dalam Laporan Cheeseman (1946). seorang pendidik veteran Inggeris. Hasil pemerhatian itu. Lantas Cheeseman melaporkan ... Bahasa untuk perhubungan dengan masyarakat luar.. 4 . Beliau juga telah membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat Tanah Melayu pada masa itu.Tugasan Zakiah 2011 ii. “ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu .. Kedudukan bahasa-bahasa minoriti.. sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). iv. mengandungi . Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan golongan pendatang sukar ditentukan dan masalah ini mula meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap di Tanah Melayu. Tidak ada satu bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar. ii. Laporan Cheeseman 1946 Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. Penyatuan negara melalui satu bahasa.

Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan kaum Melayu patut 5 .J Barnes yang ditugaskan untuk membuat kajian tentang sistem pendidikan di Tanah Melayu.Tugasan Zakiah 2011 iii. Masyarakat bumiputera khususnya Melayu agak mundur kebelakang. Laporan Barnes 1950 Selepas Laporan Cheesman. Masyarakat pendatang terutamanya dari China lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina dan bekalan buku-buku teks sekolah terus dari negara Cina pada masa itu telah memperkukuh lagi kecenderungan ini. Sebagai kesimpulannya melalui Laporan Cheeseman ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada Ogos 1950 dan dipengerusi oleh L. maka sistem pendidikan perlu diselaraskan. 1946 160). Kerajaan Inggeris mula sedar bahawa untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. iv. beliau telah dapat melihat tiga isu penting yang mempengaruhi pola pendidikan dan penduduk di Tanah Melayu iaitu betapa mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri. Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Untuk itu. Ini kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot bidang ekonomi yang lumayan di Semenanjung manakala orang Melayu pula terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman. beberapa jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan dan diantaranya ialah Penyata Barnes. masalah penyatuan kelompokkelompok etnik dan masalah bahasa pengantar yang digunakan.

. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun. iii. atau sekolah Melayu. ".. untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950). Dengan itu. Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak serius terhadap penyatuan bangsa melalui bahasa... ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut: i. Pada peringkat darjah tiga. bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu. Sekolah Vernakular yang mengutamakan pelajaran mengikut kaum digantikan dengan satu jenis sekolah rendah yang dikenali sebagai sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan ini menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris... ii. Sekolah Kebangsaan dibuka kepada semua kanak-kanak pelbagai kaum dan diajar oleh guru daripada pelbagai kaum. iv. v. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah. iaitu Sekolah Kebangsaan. 6 . Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja.. Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.Tugasan Zakiah 2011 dibantu ". sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951). untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu .. dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun . Selain daripada cirinya yang multietnik itu.

Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya dan ketaatannya terletak di luar Malaya." (Fenn-Wu 1951).. Inggeris. Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget. guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan." Walau bagaimanapun. 18 Nov. 1952). yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya . Laporan Fenn-Wu 1951 Tentangan yang diterima terhadap asal-usul yang dikemukakan oleh Penyata Barnes yang telah membawa kepada terbentuknya Jawatankuasa Fenn-Wu pada tahun 1951 bagi mengkaji kedudukan sekolah-sekolah Cina. mereka menyatakan :"Bahasa Cina. jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah. Walau bagaimanapun.Tugasan Zakiah 2011 Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya. tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi. mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah. jika setiap kaum etnik Cina. dan masuk ke sekolah Melayu. Isu ini menjadi hangat dibahaskan dalam akhbar harian pada masa itu. Melayu dan Tamil 7 . Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu. India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951). tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya. Menurut Laporan ini..

Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya. 8 .. tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan. iaitu ". dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). Ini jelas dalam ayat berikut.. pernah dibahaskan untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan... Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum. Dan "telah pernah dihujahkan bahawa penyatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan . dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu. Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak . Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Laporan jawatankuasa itu. Mulai tahun ketiga. pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata ". ekonomi dan politik. perlulah dalam bahasa ibundanya. Walau bagaimanapun jelas." (Fenn-Wu 1951). Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah.Tugasan Zakiah 2011 merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya. tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian... bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu. Pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina. manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah menubuhkan negara-negara besar di seberang laut.. dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya dan di dunia. maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan untuk menimbulkan penyatuan rakyat Malaya"(Fenn-Wu 1951). Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu. Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... Pada pihak lain pula..

.Tugasan Zakiah 2011 bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan . mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951). Mereka berkata ". bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu... dan pada tahun kelima.... ii. Penubuhan dua jenis sistem persekolahan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. iii. Jawatankuasa ini kemudiannya telah mengesyorkan perkara-perkara berikut : i. Kemudahan pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat sekurang-kurangnya 15 orang murid yang ingin belajar bahasa tersebut... Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara.Laporan ini kemudiannya ditolak oleh UMNO kerana menganggapnya tidak menguntungkan orang-orang Melayu. Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari. Ordinan Pelajaran 1952 Pada bulan September 1951.... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan . bukan daripada iktibar sejarah. Sekolah kebangsaan untuk semua kaum seperti yang dicadangkan oleh Barnes akan dilaksanakan 9 .." (Fenn-Wu 1951). perpecahan . Jadi murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya.." Malah jawatankuasa itu memberi amaran ". tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya. satu Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Penyata Barnes dan Laporan Fenn-Wu.

Melayu. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan bagi mewujudkan pandangan yang serupa. dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956). Laporan Razak 1956 Jawatankuasa Razak diwujudkan pada 30 September 1955 dan dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein selaku Menteri Pendidikan pada ketika itu. Kedua. ianya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana masalah kewangan dan politik terganggu akibat peristiharan darurat di Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi tunggal. Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris. Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan.Tugasan Zakiah 2011 Semua syor yang dikemukakan telah diterima oleh kerajaan dan telah diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa ini meletakkan bahasa sebagai asas sistem pendidikan Malaysia. 10 . Namun. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956).

Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangan yang timbul seperti keperluan guru-guru terlatih. Bagi guru-guru Melayu. Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembangan pendidikan kebangsaan seterusnya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget. 18. 11 . Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. 1956). bilik darjah. Okt. guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. buku teks. mereka tidak berpuashati kerana tidak ada ketegasan dalam perlaksanaan Bahasa Melayu.Tugasan Zakiah 2011 Pelaksanaan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. mereka berpendapat bahawa kedudukan Bahasa Cina akan terabai kerana tumpuan lebih terarah kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. KEDUDUKAN BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 bukan sahaja ditentang oleh orang bukan Melayu malah orang Melayu sendiri juga turut melahirkan penentangan mereka. Bagi masyarakat Cina pula. Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Hakikat bahawa kanak-kanak yang belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Kanak-kanak masih dibenarkan ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya dan ini menjadikan sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu. Buat pertama kalinya kanak-kanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri.

Laporan itu memperakukan ". Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Taib selaku Menteri Pendidikan ketika itu. Jawatankuasa itu cepat menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama. dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman 1961). Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan kebangsaan. "Adalah tidak sejajar dengan dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara. tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961).. satu jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah ditubuhkan untuk mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak kearah mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan. Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini..Tugasan Zakiah 2011 Laporan Rahman Talib 1960 Pada tahun 1959. 12 . Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama perlulah diwujudkan. keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini. Walau bagaimanapun.

Dengan itu. Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973. Namun. kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks..500 orang guru sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979. dan seramai 5. Inggeris. mulai tahun 1968. yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971). Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula 13 .. ekonomi dan politik . Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu. Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat mengajar dalam bahasa Melayu. Semenjak Penyata Razak 1956 diterima. Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara. perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan.600 guru dapat dilatih semula. sosial. Oleh sebab itu. bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Cina dan Tamil.Tugasan Zakiah 2011 Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971 Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan negara. pada tahun 1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya. dan hasilnya agak menggalakkan. Pendidikan menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. Sebagai persiapan lanjut seramai 10.

pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi. Menurut Stedman. Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah. Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik dicapai. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar pendidikan negara. masih terdapat enam puluh buah sekolah menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga dalam hal ehwal antarabangsa" (Hussein Onn 1971). Pengajian Tempatan dan Muzik. Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat. dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah. melainkan bahasa Inggeris. Pada masa ini.Tugasan Zakiah 2011 pada tahun 1967. Geografi. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara. Mungkin ramai yang memikirkan bahawa pendidikan Cina dan Tamil perlu dihapuskan. Seni dan Kerja Tangan. Tetapi pendidikan menengah yang masih meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan wujud.000 orang pelajar dan bilangan ini semakin bertambah (Stedman 1986:28). Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam bahasa Melayu. Sebenarnya penguasaan 14 . seperti Pendidikan Jasmani. Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan. iaitu. tetapi tanpa biaya kerajaan. taraf bahasa Inggeris. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu. Matematik dan Sains.

Sebelum mencapai kemerdekaan. kolej dan politeknik. "pertama.Mahathir. bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi semua aliran.Tugasan Zakiah 2011 bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti. iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan. Laporan Kabinet (Mahathir) 1985 Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua. Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet . Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. Oleh sebab itu. untuk membolehkan murid-murid itu menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. "Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu.Mahathir 1985). Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan 1956 dan 1960. pembelajaran bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan. Pada masa ini taraf dan fungsinya berubah. 1985). universiti-universiti di Malaysia memperkemas matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu. dan kedua untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan Kabinet . 15 .

iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masingmasing. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Mandarin dan Tamil. Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa. Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara. dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama dalam laporan-laporan berikut. satu masa selama tiga puluh 16 .Tugasan Zakiah 2011 MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga jenis sekolah masih wujud diMalaysia. tetapi mempunyai bahasa pengantar yang berlainan. Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan. Ini memberi pilihan yang seluas-luasnya. dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum. dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang samadengan matlamat kebangsaan yang sama. Melayu. Dengan ini. Walau bagaimanapun. Semangat tolak ansurdan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang dipatuhi oleh negara. Agak sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang mungkin diharapkan.

. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Selaras dengan hasrat dan cita-cita untuk membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Tugasan Zakiah 2011 tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan sistem pendidikan dwibahasa yang kita mahukan. berdisplin serta terlatih maka kerajaan telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut FPN “.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari sekolah rendah. menengah dan juga pengajian tinggi.” Berpandukan kepada FPN dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan individu secara menyeluruh akan dapat menyumbang kepada wujudnya perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. rohani. berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara…. Kita tidak lagi perlu mengajar satu bahasa asing untuk membolehkan anak-anak kita mendapat pendidikan.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek. Oleh sebab itu Malaysia. 17 .

bahasa Melayu. Inggeris. Walaupun dasar ini tidak dapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan system pendidikan kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negara jiran. Kalau mereka ingin meneruskan pengajian anaknya dalam bahasa yang sama. Pendidikan menengah dan tinggi dalam bahasa Mandarin dan Inggeris walaupun tidak dihalang tetapi kerajaan tidak membiayainya. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Memanglah perlu bagi Malaysia mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaannya. Dari sebuah sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar. Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalam hal ini untuk menerima dan melayani permintaan rakyatnya yang berbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang berlainan di dalam suatu kerangka dasar pendidikan negara. tetapi ternyata dasar pendidikan 18 . namun demikian masalah yang dialami mereka agak sama dengan negara kita. Walaupun sistem pendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan tetapi hanya pendidikan rendah yang dibiayai oleh kerajaan. Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Jadi tindakan yang dilakukan oleh negara jiran dalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin juga kita perhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar serta keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita.Tugasan Zakiah 2011 MASA DEPAN BAHASA MELAYU Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara jiran yang mempunyai komposisi penduduk yang berlainan. Dengan itu. mereka masih lagi boleh berbuat demikian dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta atau ke seberang laut. para ibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut bahasa ibunda masing-masing.

Tugasan Zakiah 2011 negara kita agak liberal walaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia ini menganggapnya terlalu keras. Mengapakah Bahasa Melayu Perlu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Dalam hal ini Malaysia masih terus kekal dengan sistem pelbagai bahasanya samada secara rasmi atau tidak. sehinggakan sekolahsekolah Cina tidak lagi menjadi isu. Malaysia masih menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya walaupun kejayaan dalam pelaksanaan bahasa Melayu semakin jelas. Thailand meningkatkan sekolah kebangsaan mereka dan tidak menggalakkan sekolah Cina dan Melayu. Negaranegara Asia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka. Keliberalan dasar pendidikan negara. adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu. Singapura pula meningkatkan sekolah Inggeris dengan berbagai-bagai kemudahan dan kelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak menarik dan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara. Indonesia mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa negara tidak timbul lagi. malah sesetengah pihak menganggapnya sebagai kelemahan. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. Filipina tidak menganggap sekolah-sekolah Cina sebagai suatu saingan kerana bilangann golongan ini yang kecil serta penekanan yang berlebihan diberi kepada bahasa Inggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina. 19 .

Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka. sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium.Tugasan Zakiah 2011 Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu. para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. 20 . Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan.

FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas.Tugasan Zakiah 2011 Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain. namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan. Selain itu. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah. Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. 21 . Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid. dalam buku teks. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu.

maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi. komputer dan internet. masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan.Tugasan Zakiah 2011 Dunia semakin berkembang. undang-undang. Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinasour yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskrit. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuhkan apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. pendidikan. 22 .kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. perbankan. Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.

Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. 23 . Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan telah melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa ANCAMAN KEPADA BAHASA MELAYU Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung. mms. Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa.Tugasan Zakiah 2011 Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas. kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. Sejak itu banyak kegiatan perbahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global. mel elektronik dan chating.

Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekaligus menunjukan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa. 24 . menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS. iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel elketronik.Tugasan Zakiah 2011 Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara.

(1991). Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa. Seri Lanang Jaya H Rohani. Bhd. (2006). Norizan Yusof. Malaysia Kita. Hasnah Husslin & Dr. 5. Kenegaraan Malaysia.Zulhilmi bin Paidi & rakan-rakan. (2011 ). Mohd Ali & rakan-rakan. Nazaruddin Hj. Pengajian Malaysia Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Ruslan Zainuddin & rakan-rakan. (2005). Norizan Yusof. Shah Alam : Federal Publications Sdn. (2005). I. 4.Tugasan Zakiah 2011 Bibliografi Buku rujukan: 1. 2.Shah Alam : Federal Publications Sdn. OUM Malaysian Studies. Selangor : Prentice Hall. Selangor: Prentice Hall. (INTAN). Kuala lumpur: Institusi Tadbiran Awam Negara (INTAN).Bhd. Asia Selatan & Asia Timur 1800 1963.Bhd. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. STPM Sejarah Asia Negara. STPM Sejarah Malaysia. 6.Selangor:Prentice Hall. 7. ( 2009). 3. (2005). T. 25 .

pertama.Tugasan Zakiah 2011 BERITA HARIAN Rabu. di Singapura bahasa Melayu masih diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan negara itu. merentas segala sempadan dan kepentingan etnik dan bahasa-bahasa lain. bahasa ini tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan negara itu. nilainya nanti tidak lebih hanya sebagai ‘bahasa simbolik’ tetapi tidak digunakan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negara. Ini bererti bahawa bahasa Melayu telah berubah tarafnya daripada bahasa kebangsaan bangsa Melayu kepada bahasa kebangsaan negara Malaysia. tidak hanya di peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. 21 Mac 2007 Halaman Tiga Bahasa penjana minda BICARAKARYAWAN B ahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia. yang tidak terdapat pada bahasa-bahasa lain yang digunakan di negara ini. atau sebagai bahasa perpaduan rakyat pelbagai etnik dan bahasa di negara itu dan fungsinya sebagai bahasa urusan kerajaan (bahasa rasmi) tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara itu seluruhnya. terutama yang dikuasai sektor swasta. di peringkat negara. Ada orang beranggapan bahawa bahasa kebangsaan tidak mempunyai peranan sebagai alat kemajuan atau pembangunan negara. perniagaan dan teknologi negara. jikalau semua papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam bahasa Melayu. Misalnya. tetapi hanya sebagai ‘lambang negara’ atau sebagai ‘alat perpaduan bangsa atau etnik’. iaitu sebagai bahasa perpaduan dan kemajuan negara. Kedua. dapat dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan penduduk berbilang kaum. yakni. Tetapi di Malaysia nampaknya. bahasa ini telah berkembang sebagai bahasa pembentuk budaya dan tamadun tinggi di seluruh rantau berbahasa Melayu sejak abad ke-14 lagi. Tidak mungkin bahasa yang hanya diketahui oleh sebilangan kecil penduduk dapat diterima atau diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan sesebuah negara. Sifat ini tidak ada pada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain di Malaysia atau di rantau ini. kerana bahasa kebangsaan bererti bahasa komunikasi luas. misalnya dalam bidang ekonomi. Sebagai contoh. pasti tiada siapa (kecuali penduduk bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya. Apakah alasan kita? Alasan yang paling kuat ialah. 26 . Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa bahasa ini. politik dan budaya. Pemerhatian kita mutakhir ini menunjukkan bahawa orang bukan Melayu makin lebih cekap berbahasa Melayu tinggi. misalnya bahasa Jawa yang jauh lebih besar jumlah penutur aslinya) membuktikan sifat kesegaran dan dinamika sosial bahasa ini. daripada orang Melayu sendiri. Kegunaan bahasa kebangsaan nampaknya terhad dalam bidang urusan rasmi kerajaan sahaja tetapi fungsi atau kegunaannya tidak tersebar luas dalam sektor pembangunan ekonomi. bukan baru sekarang. Perubahan taraf ini (seperti yang diisytiharkan dalam Perlembagaan (1957) mempunyai implikasi sosiopolitik yang luas dan penting bagi negara pelbagai etnik dan pelbagai bahasa seperti Malaysia. tetapi semata-mata berdasarkan fungsi atau nilai instrumental bahasa Melayu untuk memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara dan sebagai bahasa kemajuan atau pembangunan negara. teknologi dan sebagainya. Antaranya. Dikatakan matlamat itu lebih mudah dicapai kerana prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi. Anggapan ini tidak benar. fungsi bahasa kebangsaan terpisah daripada proses pembangunan negara. Tetapi tentu banyak penduduk Malaysia dari semua golongan etnik yang tidak akan memahami iklan dan papan tanda itu jikalau mesejnya ditulis dalam bahasa Inggeris atau bahasa Mandarin atau Tamil. pendidikan. bahasa Melayu yang betul. Dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dilaksanakan sejak tahun 1970-an (berdasarkan Akta Pelajaran 1961 hingga Akta Pendidikan 1995) memperkukuh lagi kedua-dua taraf dan fungsi bahasa Melayu itu. Sebagaimana yang kita tahu. bahasa ini merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau ranah komunikasi sosial. Perubahan taraf itu bererti bahawa fungsi bahasa Melayu tidak lagi hanya sebagai bahasa perpaduan dan bahasa kemajuan bangsa Melayu sahaja tetapi lebih penting lagi. bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah maju sejak ratusan tahun dahulu di kawasannya sendiri. tetapi peranannya hanya sebagai lambang yang tidak mempunyai apa-apa fungsi pembangunan. bahasa Indonesia (bahasa Melayu) ialah bahasa pembangunan dan kemajuan bangsa dan negara Indonesia. Hakikat bahawa bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Indonesia (tidak bahasa-bahasa lain. bahasa Melayu mempunyai nilai tambahan yang cukup banyak. Tetapi di Indonesia. ia diberikan fungsi dan nilai baharu. Nilai atau fungsi bahasa Indonesia sebagai bahasa nasional. Ini contoh (dan banyak contoh lain) yang menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi luas ini tidak ada pada bahasa-bahasa lain di Malaysia. perdagangan dan lain-lain. Kalau pun bahasa itu diterima atau diiktiraf oleh undang-undang atau dasar bahasa sebagai bahasa kebangsaan negara itu.

Strategi dan matlamat ini jauh lebih penting dan lebih mudah dicapai daripada matlamat untuk ‘menyatupadukan’ penduduk pelbagai etnik dan bahasa di negara ini melalui bahasa Melayu. Kesimpulannya. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu Hakcipta Abd Bashid Harun 27 . Setakat hari ini. maka kita dapat berkata bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi atau kelebihan yang banyak untuk dimajukan secara tegas sebagai bahasa pembangunan dan kemajuan negara. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia.Tugasan Zakiah 2011 Berdasarkan dua sifat dan fungsi sosiopolitik dan dinamika sosiolinguistik yang tersebut itu. nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful