HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Pengenalan Bahasa menurut Panini (tokoh fonetik India) ialah ucapan fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat untuk membunyikan suara. Di negara Malaysia ini terdapat bahasa Melayu yang dibunyikan dalam pelbagai dialek atau sebutan yang mempunyai maksud yang sama. Bahasa Melayu baku adalah salah satu sebutan yang digunakan dalam komunikasi. Sebutan baku bahasa Melayu digunakan secara rasminya di sekolah pada pertengahan penggal kedua persekolahan tahun 1988 tetapi telah dimansuhkan penggunaannya pada tahun 2000 oleh mesyuarat Jemaah Menteri Malaysia. Walau bagaimana pun, penggunaan sebutan baku tetap dilaksanakan di sekolah hanya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja. Sebutan biasa pula digunakan di dalam mata pelajaran lain serta urusan-urusan lain di sekolah. A. Definisi Sebutan Baku dan Dasar Umum Sebutan Baku bahasa Melayu Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pembakuan ditakrifkan sebagai usaha atau tindakan membakukan(menstandardkan). Awang Sariyan (1996:3 ) mendefinisikan pembakuan bahasa sebagai usaha, tindakan atau proses mengetengahkan bentuk bahasa yang benar dan yang dapat menjadi dasar ukuran. Ismail bin Dahaman ( 1996 ) mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Urusan atau kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal termasuklah aktiviti pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan, ucapan di khalayak ramai, komunikasi rasmi dan perbincangan sektor awam dan siaran melalui media elektronik. Salah seorang ahli Persatuan Linguistik iaitu Asraf merumuskan dalam bukunya, Phonemics, halaman 57 bahawa sebutan baku adalah kata-kata yang dieja sebagaimana yang diucapkan, diucapkan sebagaimana yang dieja dan tidak ada huruf yang senyap. Ia juga dikenali sebagai asas sebutan fonemik yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa dari segi fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Oleh itu bahasa baku mementingkan ejaan dengan pengertian setiap

1

ia digunakan dalam institusi pendidikan melalui perhubungan komunikasi antara pelajar. dan ulasan dalam sesuatu program juga mempraktikkan bahasa baku. kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat. Oleh itu bahasa baku adalah bahasa yang bersistem. Bahasa Melayu baku adalah variasi yang digunakan oleh majoriti penduduk apabila mereka berkumpul di dalam satu majlis atau sesi perbincangan formal walau pun sebelum ini mereka mempunyai dialek masing-masing yang berbeza mengikut tempat tertentu. Oleh yang demikian. temu duga. Mereka akan meninggalkan ciri-ciri kedaerahan dalam bahasa masing-masing bagi membolehkan semua orang menggunakan variasi yang bersifat bahasa Melayu umum yang boleh difahami oleh semua orang. Sebutan sesuatu perkataan berkaitan erat dengan ejaan yang digunakan bagi perkataan tersebut. Siaran melalui media elektronik seperti televisyen dan radio. jelaslah bahawa bahasa Melayu baku digunakan secara menyeluruh merangkumi aspek morfologi dan sintaksis. Sebutan baku pula adalah sebahagian daripada bahasa baku. Oleh itu. tatabahasa. Perbincangan dan komunikasi rasmi dalam sektor awam dapat diaplikasikan dengan pembakuan bahasa Melayu melalui mesyuarat. Secara umumnya bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek bahasa iaitu betul dari segi ejaan. wawancara dan ucapan dalam perasmian. laras bahasa dan sebutan. guru. pensyarah dan pegawai pendidikan. ceramah. 2 . Sebenarnya sebutan yang berdasarkan ejaan itulah yang disebut sebagai sebutan baku. teratur dan mempunyai rujukan betul dan salahnya. syarahan dan kuliah. dapatlah disimpulkan bahawa sebutan baku adalah bersamaan dengan bahasa baku di mana ia digunakan dalam situasi formal dan ada sistem betul dan salahnya. istilah penggunaan kata. Garvin dan Mathiot (1998) berpendapat bahawa bahasa baku adalah pembakuan di dalam semua aspek bahasa iaitu berusaha dan melakukan proses pengekodan. Ucapan di khalayak ramai pula merangkumi aktiviti pidato. pembacaan berita.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU huruf yang dilafazkan menurut bunyi dalam bahasa Melayu yang mana berbeza daripada sebutan bahasa Inggeris atau bahasa Arab. Berpandukan pentakrifan Bahasa Melayu baku yang diseragamkan sebutannya.

Sebutan huruf dalam ejaan rumi dan jawi perlu dilafazkan dengan jelas mengikut bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. [bu.ka]. 3. Untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur bagi mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di kalangan guru dan murid bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah. Dasar Bahasa Kebangsaan telah menetapkan bahawa bahasa Melayu baku menjadi bahasa kebangsaan bertujuan untuk memartabatkan keunikannya merangkumi beberapa perkara: 1. 2. 3. 2. Oleh itu.ka]. Antaranya adalah seperti berikut: 1. Sebagai contoh. Setakat ini pelbagai variasi bahasa telah digunakan mengikut daerah atau negeri bahasa ibunda telah menimbulkan masalah perhubungan dengan orang lain.ka] dibunyikan sama mengikut ejaan. suku kata berhuruf tebal seperti [su. bahasa baku digunakan bagi menyeragamkan bahasa yang lebih mudah difahami. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu supaya sistem sebutannya menjadi mantap. 4. [ba.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penyeragaman bahasa baku dalam bahasa Melayu digunakan bertujuan meningkatkan kecekapan berbahasa di kalangan semua golongan. Contohnya ialah perkataan ‘bawa’ dalam ejaan Rumi dan ‘ dalam ejaan Rumi tetap dibunyikan sebagai [ba. Intonasi iaitu nada suara yang turun naik atau tinggi rendah semasa bercakap hendaklah 3 .wa]. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan bentuk pola-pola suku kata. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu di kalangan pengguna bahasa. Akan mewujudkan satu variasi sebutan di dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan di dalam situasi formal atau situasi rasmi.ka] dan [sa. Beberapa ciri perlu ditekankan sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu berdasarkan ejaan iaitu sebutan menurut pelambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsinya dalam ayat .

sebutan Johor-Riau dapat membezakan satu perkataan yang sama ejaan tetapi berbeza makna seperti kata adjektif “perang” dengan kata kerja “pêrang”. Sebutan yang dibunyikan agak berbeza dari segi bunyi tetapi mempunyai maksud yang sama. i. terdapat juga beberapa perbezaan sebutan antara keduanya dari segi fonologi. Pulau Pinang. Oleh itu.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu seperti ayat di bawah: a) Ayat penyata b) Ayat arahan c) Ayat tanya – Siti makan kek itu. e. maka orang-orang Melayu dari daerah lain seperti Kedah. perbezaan bunyi dapat ditentukan dengan melihat kamus yang memberi petunjuk bunyi ‘e’ ditandai taling seperti accent ague pada kata Perancis attaché. Sebutan Johor-Riau juga mempunyai bilangan vokal yang sama tetapi bagi membezakan dua fonem vokal ‘e’ dari segi sebutan. Fonologi adalah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Walau pun sebutan baku bahasa Melayu mempunyai banyak persamaan dengan sebutan Johor-Riau ( biasa ). huruf ‘e’ dilambangkan dengan tanda ‘e’ taling dan ‘ê’ pepet. Perbezaan Sebutan Baku dengan Sebutan Johor-Riau ( biasa ) dari Segi Fonologi. makan kek itu!” – Siti makan kek itu? B. Ia boleh menghubungkan antara seorang penutur dengan pendengar. Kelantan dan beberapa negeri lagi berusaha mengubah sebutan yang menjadi kebiasaannya di tempat-tempat itu kepada sebutan orang Melayu Johor. Bunyi yang bermakna pula adalah bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi atau alat ucap yang disebut fon(phone). Dalam sebutan baku bahasa Melayu terdapat enam fonem vokal yang dilambangkan dalam tulisan Rumi yang mempunyai hanya lima huruf iaitu “ a . 4 . Dalam sebutan baku. Disebabkan anggapan ini. – “ Siti . o dan u ”. Bahasa Melayu baku secara umumnya berasal daripada loghat Riau-Johor berdasarkan pada kenyataan bahawa sebahagian besar karya Melayu lama muncul di daerah Riau dan Johor. Perak.

Vokal ‘u’ yang dibunyikan [u] juga dalam sebutan baku telah digantikan dengan [o] dalam sebutan Johor-Riau. Bagi sebutan Johor –Riau pula. Sebagai contoh perkataan duduk tetap dibunyikan [duduk] dalam bahasa baku tetapi sebutan Johor-Riau membunyikan [dudok]. Di samping itu. Sedangkan dalam sebutan baku tetap dibunyikan [tidur] dan [telur]. Vokal ‘i’ dalam bahasa Melayu akan dibunyikan seperti dalam ejaan bagi sebutan baku seperti ‘adik’ dibunyikan [adik] tetapi berbeza dengan sebutan Johor-Riau yang membunyikannya ‘e’ sebagai [adek]. Contoh kata yang dipinjam dari Indonesia iaitu ‘merdeka’ tetap dibunyikan [merdeka]. fonem /a/ pada suku kata akhir terbuka disebut atau diucapkan dengan bunyi [e]. Bunyi ‘o’ pula diguna menggantikan kata-kata yang berakhir dengan sebutan ‘ur’. akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang dipinjam dari perkataan lain dikekalkan seperti sebutan asal. Contohnya ialah seperti ‘tidur’ disebut [tido] dan ‘telur’ disebut [ telo].HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan baku akan dilambangkan berpandukan fonem vokal secara nyata mengikut ejaan seperti ‘saya’ akan disebut [saya]. Vokal ‘a’ di tengah suku kata seperti ‘van’ dan ‘bank’ tetap dibunyikan sama dengan ejaan dalam sebutan baku tetapi dibunyikan [ven] dan [beng] dalam sebutan Johor-Riau. Contohnya saya diucapkan sebagai [saye ]. Vokal ‘u’ yang terdapat di awal perkataan dibunyikan sebutannya sebagai [u] juga dalam sebutan baku tetapi berubah bunyinya dalam sebutan Johor-Riau sebagai [yu] seperti ‘unit’ disebut [yunit] dan ‘universiti disebut [yuniversiti]. Konsonan ‘g’ pada awal perkataan dibunyikan mengikut ejaan dalam sebutan baku iaitu ‘generasi’ tetapi telah berubah menjadi ‘j’ yang disebut [jenerasi] dalam sebutan Johor-Riau 5 . Bagaimana pun. konsonan ‘k’ di akhir kata bagi ‘bank’ juga diubah menjadi [ng] dalam sebutan Johor-Riau menjadikannya sangat berbeza dengan sebutan baku.

de] [ba.tri] [yu.lek] 6 . Begitu juga dengan konsonan ‘d’ yang dibunyikan dalam sebutan baku bertukar menjadi seolah-olah bunyi ‘t’ bagi sebutan Johor-Riau.dik] [ba.tri] [u. Begitu juga dengan vokal ‘u’ di tengah suku kata tertutup seperti ‘industri’ yang disebut dalam baku tetapi berubah menjadi [indastri] dalam sebutan JohorRiau.das.pa] [van] [bank] [in. sebutan ‘jawab’ menjadi [jawap] dan ‘wajib’ menjadi [wajip]. Konsonan ‘b’ yang terdapat di akhir kata tetap dibunyikan dalam sebutan baku tetapi bertukar menjadi ‘p’ dalam dialek Johor-Riau.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU mengikut bunyi fonetik Inggeris.ke] [a.ye] [a. ‘pergi’ disebut [pegi] dan ‘berjalan’ disebut [bejalan].dek] [ba.pe] [ven] [beng] [in. Bunyi akhiran ‘r’ untuk suku kata tertutup bagi sebutan Johor-Riau akan tergugur pada kata-kata yang menjadi suku kata terbuka seperti berikut: perkataan ‘besar’ akan disebut [besa].dus. ‘lebar’ akan disebut [leba] dan lain-lain. Contohnya seperti ‘abad’ dan ‘jihad’ akan disebut [abat] dan [jihat]. Sebutan Johor-Riau juga melakukan pengguguran bunyi ‘r’ di tengah kata sebelum huruf konsonan seperti ‘kerja’ akan disebut [keja].lik] Sebutan Johor-riau [sa.da] [ba.ka] [a. Bahasa Melayu saya ada baka duka apa van bank industri unit adik balik Sebutan Baku [sa.ka] [du.ke] [du.nit] [a.ya] [a. Sebagai contoh. Berikut adalah di antara senarai perbezaan sebutan antara sebutan baku dengan sebutan JohorRiau.nit] [a.

Bagi memastikan sistem ejaan Bahasa Malaysia menjadi unggul.bad] [ji.lan] [je.sar] [le.wab] [a.had] [be.si] [ja.bar] [ti.lum] [pe.lok] [ti.kos] [be. Contoh perkataan yang disebut mengikut ejaan ialah “dalca”.ne.do] [te. Pelaksanaan sebutan baku juga adalah amat wajar digunakan untuk renungan bersama.bar] [sa.Kebaikan Penggunaan Sebutan Baku Penggunaan sebutan baku boleh digunakan untuk keseragaman menyebut dan mengeja perkataan tertentu.dur] [te.ja. Oleh yang demikian.bat] [ji.wap] [a.gi ] [ber.lom] [pe.ba] [ti.ja] [per.si] [ja.ba] [sa.ja.sa] [le. sebutan baku bahasa Melayu yang sistematik dapat mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa Melayu i. Dengan terlaksananya sebutan baku.hat] C.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU belum peluk tikus besar lebar sabar tidur telur kerja pergi berjalan generasi jawab abad jihad [be. “pesta” dan lain-lain.ra.kus] [be.gi] [be.ja] [pe. kita mempunyai satu bentuk sebutan sahaja yang mana 7 .lur] [ker. kita mestilah memilih satu bentuk ejaan yang disebut tepat sebagaimana sesuatu perkataan atau suku kata itu dieja.lan] [ge.ra.ne.luk] [ti.lo] [ke.

Sebagai contoh. Sebutan baku dapat memantapkan sistem kecekapan bahasa Melayu. Sebutan baku juga dapat menyelaraskan sebutan bahasa Malaysia di kalangan penduduk di negara Malaysia ini. Apabila diucapkan secara rasmi dengan sesiapa sahaja. Oleh yang demikian. semua orang boleh memahaminya kerana ia mempunyai cara yang sama apabila menyebut sesuatu perkataan. Singapura dan Brunei. Dengan adanya sebutan baku. semua orang di seluruh Malaysia akan menyebut perkataan mengikut ejaan yang betul. sebutan yang digunakan oleh orang di Perak tidak sama dengan orang Kelantan. Bahasa Malaysia seharusnya mempunyai satu bentuk sebutan sahaja dan tidak seperti pada masa yang lalu di mana satu perkataan tertentu disebut dengan pelbagai bunyi. Sebagai contoh. Sebutan baku adalah suatu bentuk sebutan yang sama bagi semua peringkat dan tempat di Malaysia dan negara-negara jiran seperti Indonesia. Adalah telah maklum bahawa sebutan bahasa Melayu di negeri-negeri di Malaysia berbeza-beza. Sekiranya pelbagai dialek digunakan untuk berhubung. Sebagai bahasa rasmi negara yang kita sanjung. sebutannya tetap mempunyai satu bentuk sahaja 8 . Oleh itu.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU selaras dengan bunyi huruf-huruf dalam setiap perkataan yang berkenaan. perkataan “air” telah diubah sebutannya kepada “ayaq” oleh orang utara semenanjung dan “ayo” oleh orang dari negeri Perak Selatan. kosa kata yang terdiri daripada perbendaharaan kata umum dan istilah. Sebagai contoh. dengan adanya sebutan baku. sistem ejaan dan laras bahasa. Dengan itu barulah kita dapat melihat keseragaman rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh itu kita patut meningkatkan martabat bahasa Malaysia yang dibakukan sebutannya agar tidak bercampur aduk dengan bunyi yang berbeza dengan ejaan. sebutan perkataan baku dalam Bahasa Malaysia dianggap yang terbaik di dunia kerana ia menunjukkan persamaan antara perkataan yang disebut dengan bunyi huruf-huruf ejaan bagi sesuatu perkataan yang berkenaan. Bahasa Melayu hanya satu. sebutan baku yang diperkenalkan adalah bahasa yang jelas dan teratur bagi mengatasi kepelbagaian sebutan yang ada untuk membantu kelancaran dalam urusan rasmi. hanya sebahagian individu sahaja yang faham akan sebutan tersebut. Menurut Awang Sariyan (1995). Begitu juga sebutan orang Kedah tidak sama dengan orang Johor. iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pembakuan tatabahasa. perkataan “cat” disebut mengikut ejaan “ cat” juga dalam bahasa Malaysia tetapi dalam bahasa Inggeris ia sudah ditukar menjadi sebutan “ket”.

Ini akan menyukarkan individu yang buta huruf kerana tidak boleh mengeja dan membaca. Oleh itu. 9 . orang boleh mengenal tempat asal mereka. Keburukan sebutan baku Sebutan baku yang baru diperkenalkan sering menimbulkan masalah tentang sebutan kata Melayu jati iaitu sebutan [a] pada suku kata akhir terbuka. Perkara ini berlaku disebabkan kejanggalan untuk menyebut perkataan dengan cara yang baru. Dengan adanya dialek-dialek tertentu. Oleh itu. dialek Perak dan dialek Negeri Sembilan.perkataan tertentu. Oleh itu. maka pembaca berita RTM dengan susah payah mengucapkan [usah ] daripada [usaha] yang sebenarnya lebih mudah. akan berlaku kesilapan sebutan atau juga mengganggu kelancaran komunikasi sesama mereka kerana gangguan bahasa ibunda atau bahasa asal. sebutan baku dapat memudahkan lagi urusan diplomatik antara Malaysia dengan negara jiran yang sama laras bahasanya seperti Indonesia. Oleh itu. orang Kelantan akan membawa dialek kebanggaan negeri mereka ke mana sahaja mereka berada. Pelaksanaan penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia bermula pada tahun 1988. Sebagai contoh. bagi menentukan sebutan yang betul. Sebutan baku bahasa Melayu mengambil masa yang lama untuk dipraktikkan kerana ia masih dibayangi oleh kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada cara menurut sistem baharu. semasa proses komunikasi sebutan baku. ii. ia akan mematikan dialek-dialek yang menjadi bahasa perhubungan masyarakat di suatu tempat tertentu seperti dialek Kelantan. Disebabkan kesulitan menerima ucapan [a] itu. semua sebutan adalah selaras bagi seluruh Malaysia. Sebutan baku bahasa Melayu juga boleh menghilangkan identiti kemelayuan yang mempunyai pelbagai dialek yang menjadi kebanggaan bagi masyarakat tertentu. Sebutan baku juga menimbulkan kesulitan memahami sesuatu kerana ia adalah perkara baru dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. semasa proses pembakuan dilaksanakan. masih ada lagi kecacatan yang tidak dapat dielakkan dalam menyebut perkataan.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU iaitu bentuk yang berasaskan ejaan yang dikenali sebagai sebutan baku. Dengan adanya keseragaman sebutan baku bahasa Melayu. perlu merujuk sistem ejaan di dalam kamus terlebih dahulu. Oleh itu.

Sekiranya terdapat dialek-dialek negeri yang menjadi pertuturan harian seseorang digunakan dalam acara rasmi . Oleh itu ia akan melancarkan lagi komunikasi dua hala dalam membincangkan sesuatu perkara. individu tertentu boleh menggunakan dialek negeri 10 .HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Setelah sebutan baku diperkenalkan. maka para pelajar lebih mudah untuk menyebut sesuatu perkataan walau pun tidak disertakan dengan gambar atau tidak pernah dilafazkan sebelum ini. D. Beberapa kekeliruan berlaku daripada segelintir masyarakat tentang sebutan baku bahasa Melayu seperti telah mematikan dialek dan mengganggu kelancaran komunikasi. proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. ia adalah berpunca daripada kurang faham oleh sesetengah kalangan tentang konteks penggunaan sebutan baku. sekiranya ada perjumpaan rasmi bagi seluruh Malaysia. ia akan mengganggu komunikasi dua hala kerana bukan semua orang boleh memahami dialek tersebut walau pun maksudnya sama kerana mereka datang dari negeri yang berbeza dan mempunyai dialek yang berbeza. Oleh itu. Rumusan Berdasarkan hasil perbincangan tentang sebutan baku bahasa Melayu dan perbandingan dengan sebutan Johor-Riau. Sebutan baku bahasa Melayu juga berperanan memberi keseragaman bahasa Melayu dalam perhubungan komunikasi terutama dalam aktiviti rasmi dalam negara. Seperti yang telah diketahui bahawa sebutan baku dilambangkan berdasarkan ejaan. dapatlah dirumuskan bahawa sebutan sangat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu kepada umum. Pelajar juga akan mudah untuk menulis sesuatu perkataan yang disebut oleh guru kerana setiap sebutan yang diucapkan mengikut ejaan. Semua orang akan dapat melafazkan satu sebutan yang mempunyai maksud yang sama. Sebutan baku sememangnya mengambil peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru dan pelajar. Menurut Awang Sariyan (1995). Hakikatnya. Sebenarnya sebutan baku hanya perlu digunakan untuk keperluan rasmi sahaja. seseorang itu tidak dapat dikenali tempat asal mereka kerana mereka menggunakan satu sebutan iaitu sebutan baku yang tidak dapat menggambarkan perbezaan tempat.

11 . sebutan baku tidak sukar untuk dipraktikkan kerana ia hampir menyerupai sebutan dialek-dialek lain. Sebenarnya bahasa baku ialah bahasa yang jelas dan teratur. Rakyat Malaysia yang tinggal di utara Semenanjung. perkataan ‘teknologi’ yang dipinjam dari Inggeris dibunyikan mengikut ejaan sebenar. Sebutan baku juga tidak menghilangkan identiti seseorang sebagai rakyat Malaysia kerana dialek tertentu tetap boleh digunakan dalam kehidupan harian terutamanya sebutan Johor-Riau yang digunakan oleh kebanyakan orang dalam urusan kerja dan perniagaan. Oleh itu. Sebagai contoh. bukan bahasa yang sukar untuk difahami. Tujuan sebenar pembakuan bahasa ialah untuk membina bahasa dan bangsa yang merdeka dan berdaulat agar ia berbeza daripada bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Sebutan yang berbeza mengikut dialekdialek tertentu adalah warisan turun-temurun dan menjadi kebanggaan bagi sesebuah negeri. sebutan baku dapat mengatasi kepelbagaian sebutan yang ada untuk membantu kelancaran dalam urusan rasmi. Kekeliruan bahawa sebutan baku menimbulkan kesulitan memahami sesuatu membayangkan salah konsep pihak tertentu tentang bahasa baku. Sebutan baku juga tidak menghilangkan identiti kemalaysiaan seperti yang dianggap oleh sesetengah pihak kerana itu hanya cetusan emosi dan sentimen belaka. di Sabah dan di Sarawak rata-rata mengucapkan [a] di hujung kata dalam dialek harian mereka. Kesimpulan Kesimpulannya sebutan baku amat penting untuk memantapkan penguasaan bahasa Melayu yang unggul dan dapat memberi keseragaman berbahasa bagi memelihara identiti masyarakat Malaysia di mata dunia. Sama-samalah kita memelihara keunikan bahasa Melayu bagi menunjukkan perbezaan dengan bahasa lain. Sebutan bahasa baku mudah untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja kerana sebutan yang diucapkan mengikut lambang dalam ejaan. Oleh itu. Bahasa menunjukkan keutuhan sesuatu bangsa.HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU masing-masing dalam aktiviti luar bagi memudahkan komunikasi sesama mereka yang serumpun.

Selangor: Synergymate Sdn. Awang Sariyan (1995). Abdullah Jumain bin abu Seman. Sdn. Ismail bin Dahaman (1996).Pedoman Sebutan Baku Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Seman Salleh (2007).HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rujukan: Abdullah Hassan(ed. Selangor:Meteor Doc. Bhd.Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Lokman Abd Wahid. Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu.Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1-V1 (1952-2002).Pedoman Ejaan Dan Sebutan Bahasa Melayu. Sirat bin Md. Ali Mahmood. http://www. Petaling Jaya: Eastview Production Sdn. Mashudi Bahari. Nasir.com/doc/378928/Kerancuan-Bahasa-Melayuhttp://ilzaf.multiply.scribd.com/journal/item/10 12 . Bhd.) (2007). Bhd. Haji Taha bin Mohd Isa (1988).Sebutan Baku Dan Ejaan Rumi.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful