You are on page 1of 59

TERHAD

KERTAS PENERANGAN

SAINS KEJURUTERAAN 4 [ ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ]

TERHAD

Cetakan Pertama Mac 2011 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia http ://www.jtm.gov.my/kurikulum

Hak Cipta Terpelihara. Dokumen ini diklasifikasikan sebagai TERHAD. Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian dalam kandungan Bahan Pembelajaran Bertulis (WIM) dalam apa jua bentuk tanpa keizinan daripada Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Bahan Pembelajaran SEMESTER EMPAT ini dibangunkan bagi kursus sepenuh masa di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) oleh Ahli Jawatankuasa

Pembangunan WIM dan disemak serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Kurikulum untuk tujuan gunapakai bagi semua ILJTM yang terlibat.

Kod Pengesahan WIM Kod Pengesahan Silibus Tarikh Pengesahan WIM

: WIM/SK4021(EE)/12011/S04/P0 : SFB/SK 4021(EE)/12009/P1 : 11 Mac 2011

KANDUNGAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM ................................................ i SENARAI SINGKATAN ..................................................................................................... ii KERTAS PENERANGAN MODUL ....................................................................................1 SK4021 SAINS KEJURUTERAAN 4 .............................................................................1 GROUP CLUSTERING MODULE .................................................................................2 LE1 LITAR DIGITAL 3 LE2 LITAR ARUS ULANG ALIK 34

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN WIM
KLUSTER SUBJEK UMUM – SAINS KEJURUTERAAN 4 (EE)

Ahli Jawatankuasa : 1. 2. 3. Pn. Ainin Nisak Bin Ahmad Asnawi (Pengerusi Kluster Subjek Umum) En. Mohamad Hisam Bin Mohd Adam (Penolong Pengerusi Kluster Subjek Umum) Azana Hafizah Binti Mohd Aman ADTEC Shah Alam ADTEC Kulim ADTEC Shah Alam

Urusetia : 1. 2. 3. 4. 5. Pn. Norpisah binti Jumin En. Norhasni bin Dakie Cik Norida binti Othman En. Ismail Bin Mohd Taha Cik Sazurani Binti Abdul Zabil BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat BKT, Ibu Pejabat

Tarikh dibangunkan Tempat

: :

6 – 9 Julai 2010 ADTEC Taiping, Perak

i

SENARAI SINGKATAN IS WS AS INFORMATION SHEET WORK SHEET ASSIGNMENT SHEET KOD KURSUS SEMESTER NO. LE JENIS WIM SK 4 02 1-LE2-IS ii . MODUL KREDIT NO.

KERTAS PENERANGAN MODUL SK4021 SAINS KEJURUTERAAN 4 .

Aruhan dan Kemuatan Dalam Litar Arus Ulang-Alik 2.5 Flip-Flop SK4021-LE2 LITAR ARUS ULANG-ALIK 2.4 Kombinasi Get Logik 1.3 Jenis-Jenis Get Logik 1.2 Kuasa Dalam Litar Arus Ulang-Alik MUKASURAT 2 .2 Get Logik 1.1 Pengenalan 1.GROUP CLUSTERING MODULE SK4021-LE1 LITAR DIGITAL 1.1 Rintangan.

2 1. PERSAMAAN BOOLEAN.3 1. RAJAH GET DAN. GET X-ATAU. FLIP-FLOP J-K.5 LITAR DIGITAL PENGENALAN GET LOGIK JENIS-JENIS GET LOGIK KOMBINASI GET LOGIK FLIP-FLOP OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) FAHAM LITAR DIGITAL MENGGUNAKAN FORMULA PERATURAN TAMBAH-TOLAK NOMBOR PERDUAAN. GET TAKATAU. GET TAK-DAN. MENGENALPASTI DAN MENGHITUNG NOMBOR PERDUAAN 2. OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DI AKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :1. RAJAH LITAR LOGIK DAN JADUAL KEBENARAN SUPAYA LITAR DIGITAL DAPAT DIANALISIS DAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI MENEPATI SKEMA.1 1. TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM . GET TAK. GET X-TAK-ATAU. MENGENALPASTI JENIS FLIP-FLOP SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 3 . RAJAH BLOK FLIP-FLOP R-S.SAINS KEJURUTERAN 4 SK 4021 SAINS KEJURUTERAAN 4 LE1 1. MENGENALPASTI DAN MELUKIS GET-GET LOGIK 3. MENERANGKAN JADUAL KEBENARAN GET LOGIK DAN LITAR LOGIK 4. FLIP-FLOP T. GET ATAU.INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO.4 1.

Sukar didapati.1. Contohnya komputer. Analog: o o o SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 4 . Maka. Digital : o o o o o ii. LITAR DIGITAL 1. nilai tertentu (terpaksa dilaraskan). Mengunakan amplifier menjadikan litar tidak teratur. Kebanyakan sistem komputer (sistem Digital) melakukan operasi pengiraan nombor dalam kuantiti yang banyak. Rajah 1-1 Perbezaan di antara digital dan analog adalah seperti berikut: i.bagaimana pernyataan nombor tersebut dan bagaimana operasi arithmetik dilakukan. Isyarat ini akan bernilai sama ada 0V atau 5V (untuk litar digital). Nilainya berubah secara discrit.1. sukar direka dan ruang yang luas. pelbagai perkiraan yang berasaskan aritmetik tambah dan tolak boleh dibuat. Digit ’0’ diwakili oleh suis buka manakala digit ’1’ diwakili oleh suis tutup. Hanya 2 nilai voltan yang digunakan dalam litar digital elektronik. Berdasarkan sistem nombor perduaan ini. kalkulator dan lain-lain. Kurang pengaruh dengan bisingan Kelajuan yang pantas Terdapat IC menjadikan litar lebih mudah. Mudah didapati. Apakah yang dimaksudkan dengan Litar Digital? Isyarat digital amnya berbentuk isyarat gelombang segiempat seperti rajah 1-1. teratur dan menggunakan ruang yang kecil. Nilainya berubah secara terus. Pengenalan Definisi sistem nombor perduaan ialah sistem nombor menggunakan asas 2 yang mempunyai digit ’0’ dan digit ’1’. Voltan-voltan ini dilabelkan sebagai HIGH dan LOW atau 0 dan 1. Sistem Pernomboran yang digunakan oleh Sistem Digital perlu diketahui dari segi:.

2.1. Octal (asas 8) iv. Decimal (asas 10) ii. 1.2.Kenapa nombor binari digunakan? Kebanyakan sistem digital secara asasnya beroperasi dengan Binari iaitu ’0’ dan ’1’ atau ’low’ dan ’high’. 7. Ianya tidak memproses nombor decimal. 6.79 atau 1428. Sistem Nombor Decimal  Terdiri daripada 10 angka iaitu 0. Salah satu contoh dalam sistem nombor Decimal adalah 1428.7910 Kedudukan setiap digit menunjukkan magnitud 10 bagi setiap digit tersebut iaitu:-  Secara pernyataan matematik:- SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 5 . Nombor perduaan yang digunakan dalam sistem digital. Sistem Nombor Perduaan Seperti yang telah ditunjukkan pada Rajah 1. Binari (asas 2) iii. 3. 9. 8. 4. terdapat 4 jenis-jenis Sistem Nombor iaitu:i. 5. Rajah 1-2 1.     nombor perpuluhan nombor perduaan perpuluhan perduaan perduaan dengan pecahan Rajah 1-2 menunjukkan contoh pemberat bagi setiap asas sistem nombor yang akan dipelajari dalam kertas penerangan ini.    Ia merupakan nombor ‘Asas 10’.1. Hexadecimal (asas 16) i.

4. E. Kedudukan setiap digit menunjukkan magnitud 2 bagi setiap digit tersebut iaitu:-  Secara pernyataan matematik:- iii. C. 5.01 atau 1001. 7. 7. Salah satu contoh dalam sistem nombor Octal adalah 5641.    Ia merupakan nombor‘Asas 16’. 6. 6. D. Salah satu contoh dalam sistem nomborhexadecimal adalah 5B8F. 4. Sistem Nombor Hexadecimal  Terdiri daripada 16 angka iaitu 0.278 . 2. 5.012 .1.    Ia merupakan nombor ‘Asas 8’. 1.21 atau 5B8F.    Ia merupakan nombor ‘Asas 2’. F. 8. A. B. Kedudukan setiap digit menunjukkan magnitud 8 bagi setiap digit tersebut iaitu:-  Secara pernyataan matematik:- iv. Sistem Nombor Binari  Terdiri daripada 2 angka iaitu 0. 3.2116 Kedudukan setiap digit menunjukkan 8 magnitud bagi setiap digit tersebut iaitu:-  Secara pernyataan matematik:- SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 6 . 3. 9. Salah satu contoh dalam sistem nombor Binari adalah 1001. Sistem Nombor Octal  Terdiri daripada 8 angka iaitu 0.ii.27 atau 5641. 2. 1.

Pertukaran Decimal ke Octal Contoh 3: Tukarkan 69710 kepada nombor Octal SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 7 . iii. Pertukaran Decimal ke Binari Contoh 1 : Tukarkan 1810 kepada nombor binari. ii. Pertukaran Binari ke Decimal Contoh 2: Tukarkan 10012 kepada nombor Decimal.Pertukaran Sistem Nombor i.

hubungan antara nombor octal ‘1’ digit dan nombor binari ‘3’ digit perlu diketahui. Pertukaran Octal ke Decimal Contoh 4: Tukarkan 12718 kepada nombor Decimal. v. iaitu melalui decimal telah dipelajari. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 8 .iv.1 dibawah. Jadual 1-1 Kaedah kedua. Pertukaran Octal ke Binari dan pertukaran Binari ke Octal Ada dua kaedah pertukaran iaitu secara :  Terus (direct conversion) atau  Melalui decimal Kaedah pertama : Untuk melaksanakan pertukaran melalui kaedah direct conversion. Mengikut Jadual 1.

Pertukaran Hexadecimal ke Decimal Contoh 5: Tukarkan 48510 kepada nombor Decimal vii. Ada dua kaedah penukaran iaitu secara:  ‘terus’ (direct conversion)  melaluidecimal Untuk melaksanakan penukaran melalui kaedah direct conversion. Pertukaran Hexadecimal ke Binari dan Pertukaran Binari ke Hexadecimal.vi. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 9 .3 menunjuk kan rumusan pertukaran antara sistem penomboran yang telah dijelaskan. Kaedah kedua. Rajah 1. hubungan antara nombor hexadecimal ‘1’digit dan nombor binari ‘4’digit perlu diketahui. iaitu melalui decimal telah dipelajari. Pertukaran Octal ke Decimal Contoh 6: Tukarkan 1E516 kepada Decimal x.

Peraturan Menambah  Penambahan adalah berasaskan 4 kombinasi di bawah:  Contohnya: 1.1.3.Rajah 1-3 1.2. Peraturan Menolak  Penolakan adalah berasaskan 4 kombinasi di bawah:  Contohnya: SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 10 .1.

mouse. 1. kalkulator dan lain-lain peranti digital adalah contoh litar elektronik digital yang pada asasnya dibina dari get-get logik. Takrifan Input dan Takrifan Keputusan (I/O) Dalam sistem peng komputeran. touch pad manakala monitor.1. Rajah 1. Logik Boolean merupakan satu sistem yang menerangkan satu operasi logik dan ia adalah bahasa yang universal dalam litar digital.2.2.4 menunjukkan contoh-contoh I/O sistem. Peranti I/O yang biasa digunakan untuk komputer berhubung antara satu sama lain adalah modem dan network cards. Get logik beroperasi dengan isyarat digital. Get Logik 1. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 11 . printer dilabelkan sebagai peranti output. Komputer.2. Suia-suis terkawal dimaksudkan disini adalah litar-litar transistor. Peranti I/O yang biasa digunakan adalah keyboard. Takrifan Get Logik Get logik adalah susunan suis-suis terkawal yang digunakan untuk mengira operasi-operasi menggunakan Logik Boolean dalam sesuatu litar digital. Rajah 1-4 Istilah I/O ini juga boleh dimaksudkan sebagai dari kerja. Input dalah isyarat yang diterima oleh unit tersebut manakala keluaran adalah isyarat yang dihantar oleh unit yang sama. diod dan sebagainya yang dibina secara elektronik dalam satu litar bersepadu (integrated chip – IC). buat I/O (do I/O) ialah membuat operasi input/output. masukan (input) / keluaran (oupt) atau I/O adalah sekumpulan antaramuka (interfaces) bagi unit-unit pelbagai fungsi (sub system) bagi satu sistem pemproses maklumat yang digunakan untuk berhubung / berkomunikasi antara satu sama lain atau ia juga boleh dimaksudkan sebagai isyarat atau maklumat yang dihantar melalui antara muka ini. Walaubagaimana pun operasi suis mekanikal juga boleh menunjukkan operasi litar logik tersebut.2.1.

2. Jadual 1-2 Simbol dan Jadual Kebenaran Get DAN SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 12 .3.3. Logik Binari terdiri pembolehubah Binari dan juga operasi logik.1. Fungsi Get Logik Logik dalam sistem Binari digunakan untuk menyatakan proses dan operasi sesuatu maklumat Binari dari segi penyataan matematik. Berikut merupakan jenis-jenis get-get logik:        Get DAN (AND gate) Get ATAU (OR gate) Get TAK (Inverter gate) Get TAK DAN (NAND gate) Get TAK ATAU (NOR gate) Get Ekslusif ATAU (Exclusive OR gate) Get Ekslusif TAK ATAU (Exclusive NOR gate) 1. Get DAN Get DAN mempunyai 2 masukan dan satu keluaran.1.3. Jenis-Jenis Get Logik 1. Get DAN juga boleh mempunyai 3 atau lebih masukan tetapi hanya mempunyai satu keluaran.

3. Jadual 1-4 Simbol dan Jadual Kebenaran Get TAK SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 13 .2.1. Get TAK Get ATAU mempunyai satu masukan dan satu keluaran. Operasinya ialah get ini menterbalikkan masukannya.3. Get ATAU Get ATAU mempunyai 2 masukan dan satu keluaran. Sekiranya masukan yang dikenakan adalah 5V maka keluarannya adalah 0V dan sebaliknya.3. Get ATAU juga boleh mempunyai 3 atau lebih masukan tetapi hanya mempunyai satu keluaran. Jadual 1-3 Simbol dan Jadual Kebenaran Get ATAU 1.

3. Get TAK-DAN Get TAK DAN (NOT AND – NAND) beroperasi secara berlawanan dengan get DAN.1. Jadual 1-5 Simbol dan Jadual Kebenaran Get TAK-DAN 1.3. Simbolnya serupa dengan get DAN tetapi mempunyai bulatan kecil yang dikenali sebagai invert bubble pada penghujung keluaran get logik ini. Simbolnya serupa dengan get ATAU tetapi mempunyai bulatan kecil yang dikenali sebagai invert bubble pada penghujung keluaran get logik ini. Jadual 1-6 Simbol dan Jadual Kebenaran Get TAK-ATAU SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 14 . Get TAK-ATAU Get TAK ATAU (NOT OR – NOR) beroperasi secara berlawanan dengan get ATAU.5.4.

7. Simbolnya serupa dengan get ATAU tetapi mempunyai simbol tambahan garisan.3.6.1. Simbolnya serupa dengan get X-TAK-ATAU tetapi mempunyai bulatan kecil yang dikenali sebagai invert bubble pada penghujung keluaran get logik ini. Get X-TAK-ATAU Get Ekslusif TAK ATAU juga ditulis sebagai get X-TAK-ATAU (X-NOR gate).3. Get X-ATAU Get Ekslusif ATAU juga ditulis sebagai get X-ATAU (X-OR gate). Jadual 1-8 Simbol dan Jadual Kebenaran Get X-TAK-ATAU SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 15 . Jadual 1-7 Simbol dan Jadual Kebenaran Get X-ATAU 1.

Hukum Litar Logik a) Hukum DAN Hukum ini menyatakan jika sebarang pembolehubah diDANkan dengan 0. Sebagaimana yang diketahui get logik adalah blok yang paling asas dalam semua sistem digital. hasilnya adalah 0. Oleh itu pengetahuan tentang simbol. Ini mudah diingati kerana kendalian DAN seperti pendaraban biasa. hasilnya akan menjadi 0. 1. jadual benar dan persamaan Boolean ini perlu diketahui sebelum membuat satu litar logik yang lebih sistematik dan penting untuk tujuan pemahaman dan analisis litar sistem digit. Persamaan Boolean dan Litar Logik i.4.1. iaitu sebarang nombor apabila didarab dengan 0. Rajah 1-6 Hukum ATAU SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 16 . Rajah 1-5 Hukum DAN b) Hukum ATAU Hukum ATAU adalah seperti penambahan di mana keluaran get ATAU akan menjadi 1 apabila salah satu daripada masukannya adalah 1 tanpa menghiraukan nilai masukan yang lain.4.1. Kombinasi Get Logik Boolean Algebra adalah pernyataan matematik bagi sistem digit.

Hukum tukar tertib menunjukkan bahawa turutan mengATAU mengDANkan 2 pembolehubah adalah tidak penting. Begitulah sebaliknya. hasilnya adalah sama. Rajah 1-7 Hukum TAK ii.c) Hukum TAK Hukum TAK menyatakan bahawa keluarannya adalah terbalik daripada masukkannya. Teorem ini juga menunjukkan yang kite boleh mengfaktorkan sesuatu ungkapan. X+Y=Y+X X. X ( YZ ) = ( XY ) Z = XYZ X+(Y+Z)=(X+Y)+Z=X+Y+Z c) Hukum Taburan / Agihan Hukum ini menyatakan bahawa sesuatu ungkapan itu boleh dikembangkan dengan mendarab sebutan demi sebutan.X b) Hukum Sekutuan Hukum ini membolehkan kita mengelompokkan pembolehubah dalam ungkapan DAN atau ungkapan ATAU mengikut cara yang diingini. X(Y+Z)=XY+XZ ( W + X ) (Y + Z ) = W Y + X Y + W Z + X Z SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 17 . Persamaan Boolean a) Hukum Tukar Tertib Teorem seterusnya melibatkan lebih daripada satu pembolehubah.Y=Y. Jika masukan X adalah 1 maka keluarannya akan menjadi 0.

terdapat tiga jenis hukum Boolean Algebra yang perlu difahami. ini adalah sama seperti menyongsang setiap SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 18 . HukumTaburan(Distributive Laws) A(B+C) = AB+AC e) Hukum De Morgan Teorem ini berguna dalam memudahkan ungkapan hasildarab atau hasiltambah pembolehubah yang disongsangkan. Teorem (a) menyatakan bahawa apabila hasiltambah ATAU dua pembolehubah disongsangkan.d) Hukum Penyerapan Daripada hukum-hukum tersebut. Hukum Tukar-tertib (Commutative Laws) ABC = ACB = CBA A+B+C = B+C+A = C+A+B ii. Berikut merupakan hukum-hukum Boolean Algebra: i. HukumSekutuan(Associative Laws) A+(B+C) = (A+B)+C A(BC) = (AB)C iii.

Get-get setara bagi suatu get/litar logik boleh diperolehi dengan menggunakan De Morgan teorem: Rajah 1-8 Get-Get Setara Jadual 1-9 berikut menunjukkan Teori Asas Boolean Algebra SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 19 .pembolehubah satu persatu dan seterusnya menDANkan songsangan pembolehubah tersebut. ini adalah sama seperti menyongsang setiap pembolehubah satu persatu dan seterusnya mengATAUkan songsangan pembolehubah tersebut. Teorem (b) pula menyatakan bahawa apabila hasildarab DAN bagi pembolehubah disongsangkan.

A A+(B+C)=(A+B)+C A (B + C) = ( AB ) + ( AC ) 4 Hukum ATAU-DAN 5 Teorem De Morgan Jadual 1-10 Contoh-contoh penyelesaian bagi melukis rajah litar berdasarkan persamaan Boolean: Contoh 5: Sekiranya anda diberi satu persamaan Boolean sebagai yang berikut: Anda akan membayangkan get yang boleh menghasilkan keluaran seperti persamaan Boolean itu adalah get ATAU yang mempunyai tiga masukan. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 20 .B=B.Jadual 1-9 Jadual 1-10 berikut menunjukkan Ringkasan Hukum-hukum No 1 2 3 Hukum Hukum Tukar-Tertib Hukum Seketuan Hukum Taburan A+B=B+A A ( BC ) = ( AB ) A + ( BC ) = (A + B) (A + C) Ungkapan A.

A.B dan B.Contoh 6: Sekiranya satu persamaan Boolean diberi sebagai: Langkah yang perlu dilakukan untuk membina litar digital tersebut adalah seperti berikut: Langkah 1: Perhatikan persamaan Boolean tersebut. Terdapat 3 masukan bagi litar digital ini iaitu A. B dan C.B. Contoh 7: Permudahkan persamaan Boolean berikut dengan menggunakan hukum aljabar Boolean: SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 21 . Langkah 2 Bina litar logik bagi setiap persamaan Boolean.C. Dalam contoh ini anda perlu ATAU kan (OR) masukan-masukan A.

Penyelesaiannya: Contoh 8: Permudahkan persamaan Boolean berikut dengan menggunakan hukum aljabar Boolean: Penyelesaiannya: Contoh 9: Permudahkan persamman Boolean berikut dan seterusnya lukiskan litar logik dan jadual kebenaran yang sepadan: Penyelesaiannya: SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 22 .

Output flip-flop mestilah dalam keadaan logik bertentangan. Flip-flop memiliki sifat-sifat litar jujukan. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 23 .5. Flip-flop boleh menggunakan dua get TAK-ATAU atau dua get TAK-DAN yang bersambung bersilang. Litar flip-flop merupakan litar asas pembinaan litar-litar ingatan dalam komputer dan kalkulator. Flip-flop dikatakan bersifat selak dwistabil yang bermaksud boleh mengingati keadaan input terdahulu. Flip-flop juga merupakan litar logik berjujukan kerana keadaan input bergantung kepada keadaan output sebelumnya.Litar Logik: Jadual Kebenaran A 0 0 0 0 1 1 1 1 B 0 0 1 1 0 0 1 1 C 0 1 0 1 0 1 0 1 1 0 1 0 1 1 0 0 Jadual 1-11 1. Flip-Flop Flip-flop merujuk kepada keupayaan litar untuk berada dalam satu daripada dua keadaan stabil.

Manakala bagi menggunakan get TAK-DAN kedua-dua input berlogik 0 hendaklah dielakkan kerana kedua-dua output akan berlogik 1 dan dikatakan sebagai keadaan tidak diingini. Jadual 1-12 Rajah 1-9 berikut menunjukkan Rajah Keadaan SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 24 .Bagi menggunakan get TAK-ATAU kedua-dua input berlogik 1 hendaklah dielakkan kerana kedua-dua output akan berlogik 0 dan dikatakan sebagai keadaan tidak diingini. Rajah 1-9 Hubungan antara fungsi masukan. keluaran. Sifat-sifat Litar Jujukan atau (Sequential Circuit / State Machine) yang ada pada litar flip-flop adalah:   Mempunyai fungsi ingatan Nilai keluaran sekarang bergantung kepada masukan dan juga nilai pada ingatan (nilai keluaran sebelumnya) Rajah 1-9 berikut menunjukkan satu litar jujukan. keadaan sekarang dan keadaan berikut dapat dinyatakan dalam Jadual Keadaan (State Table) dan Rajah Keadaan (State Diagram) . Berikut jadual 1-12 menunjukkan Jadual Keadaan .

5. Litar Logik Rajah 1-11 Litar Logik Flip-Flop S-R Rajah 1-12 Litar Logik Flip-Flop S-R SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 25 . Keluaran bagi sesuatu peranti ingatan atau suatu sistem.Rajah 1-9 Flip-flop dapat menyegerakkan isyarat keluaran dengan adanya isyarat Jam (CLOCK).1. Jam adalah isyarat segiempat berkala. Rajah 1-10 Contoh-contoh penggunaan FF merangkumi:     Pembilang (Counter) Pembilang Tak Segerak Pembilang Segerak Penjujuk (Sequencer) Daftar (Register) 1. hanya diperolehi berdasarkan peralihan isyarat Jam ini. Samaada peralihan Pinggir Positif atau peralihan Pinggir Negatif. Rajah 1-10 berikut merupakan rajah isyarat Jam. Flip-Flop S-R i.

Flip-Flop D SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 26 . Rajah Blok (Isyarat) Rajah 1-13 Isyarat Flip-Flop S-R iii.2.5. Jadual Kebenaran (Keadaan) dan Rajah Keadaan Jadual 1-13 Jadual Keadaan Flip-Flop S-R Rajah 1-14 Rajah Keadaan Flip-Flop S-R 1.ii.

i. Rajah Blok (Isyarat) Rajah 1-17 Isyarat Flip-Flop D iii. Litar Logik Rajah 1-15 Litar Logik Flip-Flop D Rajah 1-16 Litar Logik Flip-Flop D ii. Jadual Kebenaran (Keadaan) dan Rajah Keadaan Jadual 1-14 Jadual Keadaan Flip-Flop D SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 27 .

3. Rajah Blok (Isyarat) SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 28 . Litar Logik Rajah 1-19 Litar Logik Flip-Flop J-K Rajah 1-20 Litar Logik Flip-Flop J-K ii. Flip-Flop J-K i.Rajah 1-18 Rajah Keadaan Flip-Flop D 1.5.

Rajah 1-21 Isyarat Flip-Flop J-K iii. Jadual Kebenaran (Keadaan) dan Rajah Keadaan Jadual 1-15 Jadual Keadaan Flip-Flop J-K Rajah 1-22 Litar Logik Flip-Flop J-K SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 29 .

5. Flip-Flop T i.1. Rajah Blok (Isyarat) Rajah 1-24 Litar Logik Flip-Flop T iii. Jadual Kebenaran (Keadaan) dan Rajah Keadaan SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 30 .4. Litar Logik Rajah 1-23 Litar Logik Flip-Flop T ii.

Jadual 1-16 Jadual Keadaan Flip-Flop T Rajah 1-25 Litar Logik Flip-Flop T SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 31 .

Get DAN (AND gate) ii. Get Penyongsang (Inverter gate) iv. Get TAK ATAU (NOR gate) vi. Get ATAU (OR gate) iii. 0 – 1 = 2 Tukarkan nombor Decimal berikut kepada nombor binary dan kemudian lakukan operasi penambahan bagi kedua-dua nombor tersebut. i. 1110 4 Berikan simbol. Get TAK DAN (NAND gate) v. 1 + 1 = ii. ii.LATIHAN 1 Lengkapkan peraturan menambah dan menolak bagi nombor binari berikut i. SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 32 . Get Ekslusif TAK ATAU (Exclusive NOR gate) 5 Berikan rangkap Boolean dan jadual benar bagi 2 jenis litar logik dibawah: i. 14710 + 7510 = 3 Tukarkan nombor decimal berikut kepada nombor binari i. rangkap Boolean dan jadual benar bagi get-get logik dibawah i. Get Ekslusif ATAU (Exclusive OR gate) vii. 2210 ii.

S-R ii.”Introduction to Material and Processes”. Helsel (1999). ii. Fizik Tingkatan 5 .). ISBN No.6 Permudahkan rangkap berikut dengan menggunakan hukum-hukum dan teori asas Boolean i.. J-K iii. Penerbit. Bhd. 7 Berikan Jadual keadaan dan rajah keadaan bagi litar flip-flop berikut: i. iii.Penerbitan Sinar Sdn.Zam Zam Khairani (IBS Buku Sdn. T iv. Prinsip Elektrik . PINDAAN : 0 MUKASURAT 33 SK4021-LE1-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) . v. iv. Bhd. Wright dan Larry D. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5 -DewJohn r. D RUJUKAN : 1 2 3 4 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 -Dewan Bahasa Dan Pustaka.

REGANGAN BERKEMUATAN (XC). MENGAPLIKASIKAN FORMULA-FORMULA BERKAITAN DENGAN ARUS ULANG-ALIK 2. KUASA REGANGAN. LITAR SIRI R-C-L. ARUHAN DAN KEMUATAN DALAM LITAR ARUS ULANG-ALIK 2. REGANGAN BERARUHAN (XL).L. MENGHITUNG KUANTITI VOLTAN (V). TUGASAN BERKAITAN SUBJEK UMUM SK 4021 SAINS KEJURUTERAAN 4 LE2 LITAR ARUS ULANG ALIK 2. KUASA KETARA. REGANGAN (X). OBJEKTIF MEMBOLEH (EO) DI AKHIR PEMBELAJARAN PELAJAR MESTI BOLEH :1.R-L. KUASA (P) SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 34 . RAJAH VEKTOR DAN GRAF ARUS DAN VOLTAN SUPAYA LITAR ARUS ULANG-ALIK DAPAT DIANALISIS DAN JAWAPAN YANG DIPEROLEHI MENEPATI SKEMA. RINTANGAN (R).R-C.2 KUASA DALAM LITAR ARUS ULANG-ALIK OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) FAHAM LITAR ARUS ULANG-ALIK DENGAN MENGIRA RINTANGAN (R). LITAR SIRI R-L.1 RINTANGAN. LITAR SIRI R-C. MENGENALPASTI CIRI-CIRI LITAR SIRI 4. KUASA NYATA. ARUS (I).C. FAKTOR KUASA DAN RAJAH LITAR PERINTANG. LITAR PEMUAT. GALANGAN (Z). MEMBEZAKAN RAJAH VEKTOR BAGI LITAR R. LITAR PEARUH.R-C-L 3.INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS KOD DAN NAMA MODUL PENGALAMAN PEMBELAJARAN NO. GALANGAN (Z).

tidak seperti arus terus (DC atau AT). Aruhan Dan Kemuatan Dalam Litar Arus Ulang-Alik Arus ulang-alik (AC.1. seperti rajah 2-1 dibawah: Rajah 2-1 SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 35 . Ia mengalir bermula dari sifar ke maksimum positif. matlamat utama ialah memperoleh semula maklumat yang dikodkan (atau dimodulasi) ke isyarat AC. seperti bentuk gelombang segitiga ataupun gelombang segiempat sama. Bentuk gelombang yang lazim bagi arus AC adalah dalam bentuk gelombang sinus. Voltan ulang-alik boleh dijanakan dengan dua cara. isyarat audio dan radio yang dibawa oleh wayar elektrik juga merupakan contoh arus ulang-alik. Dalam aplikasi tersebut. AC merujuk kepada bentuk tenaga elektrik yang dihantar ke rumah dan premis perniagaan. LITAR ARUS ULANG-ALIK 2. Walau bagaimanapun. Arus ulang-alik juga dijelaskan sebagai sejenis arus elektrik yang mengalir di dalam dua keadaan sama ada pada nilai negatif ataupun nilai positif. Walau bagaimanapun di sesetengah aplikasi pula bentuk gelombang yang berbeza digunakan. Rintangan. iaitu:   Sama ada pengalir bergerak dan fluks magnet di dalam keadaan diam Fluks bergerak dan pengalir dalam keadaan diam Bentuk gelombang arus ulang-alik (AU) seperti betuk gelombang sinus. yang mana arah alirannya adalah tetap. ke sifar dan seterusnya mengalir ke maksimum negatif dan kembali kepada sifar. Secara umumnya. juga AU) merupakan satu bentuk arus elektrik yang arah alirannya berulang-alik.2. memandangkan ia menghasilkan satu bentuk penghantaran elektrik yang paling cekap.

. . . .. Rajah 2-2 gelombang AU dengan kedudukan istilahnya: Rajah 2-2 Rajah 2-3 gelombang sefasa Rajah 2-3 SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 36 . .

Persamaan gelombang sefasa: Rajah 2-4 gelombang tidak sefasa atau mengalami perbezaan fasa: Rajah 2-4 Persamaan gelombang sefasa: SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 37 .

AU yang mengalir di dalam litar tersebut boleh ditentukan dengan menggunakan Hukum Ohm.1.1. Kesan Rintangan Kesan rintangan dalam litar AU. Nilai arus ulang alik yang mengalir pada sebarang titik di dalam litar yang mengandungi rintangan tulin adalah tidak dipengaruhi oleh nilai frekuensi litar tersebut.    Jika rintangan bertambah maka arus akan berkurangan. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 38 .Rajah 2-5 vektor / fasa Rajah 2-5 2. Rintangan Takrifan Rintangan Apabila voltan AU dikenakan kepada satu litar yang terdiri daripada perintang. Jika rintangan berkurangan maka arus akan bertambah.

Dengan itu gambar rajah gelombang dan gambar rajah vektor yang mewakili voltan dan arus bagi litar berintangan tulin ditujukkan dalam rajah 2-7 yang berikut: Rajah 2-7 SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 39 . Rajah 2-6 Di dalam litar berintangan tulin AU.Litar Perintang Berikut merupakan rajah litar rintangan dan persamaan bagi Hukum Ohm. arus dan voltan adalah sefasa kerana tidak terdapat anjakan sudut.

rajah gelombang dan rajah vector bagi litar beraruhan tulin adalah seperti rajah 2-9 berikut. arus akan menyusuli (mengekori) voltan bekalan dengan beza fasa . Oleh itu.2. voltan turut bertambah dan seterusnya regangan turut bertambah. XL Kesan Aruhan Kesan aruhan dalam litar AU. Elektromagnet ini menghaslkan voltan aruhan yang menentang pengaliran arus yang mengalir di dalam litar gelung tersebut.2. di mana apabila frekuensi bertambah.  Litar Pearuh Rajah 2-8 Di dalam litar AU yang hanya mengandungi aruhan sahaja.  Penentangan bagi pengaliran arus yang digambarkan oleh aruhan dikenali sebagai regangan induktif. Penentangan voltan aruhan terhadap pengaliran arus elektrik di dalam gelung aruhan ini dinamakan regangan berkearuhan/regangan induktif.1. gelung ini akan menjadi elektromagnet. Apabila arus elektrik mengalir dalam gelung aruhan. Ia adalah senilai dengan rintangan perintang. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 40 . Aruhan Takrifan Aruhan Aruhan adalah satu hak milik campuran seperti gelung aruhan yang menyimpan tenaga di dalam medan elektromagnet. Regangan induktif adalah bergantung kepada frekuensi.

di mana apabila frekuensi bekalan bertambah.3. Xc Regangan kapasitif adalah senilai dengan rintangan bagi perintang.    Penentangan bagi pengaliran arus yang digambarkan oleh pemuat dikenali sebagai regangan kapasitif. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 41 . Kemuatan Takrif Kemuatan Di dalam litar arus ulang alik yang mengandungi pemuat sahaja. maka nilai regangan kapasitif akan turut bertambah. Regangan kapasitif adalah bergantung kepada nilai frekuensi bekalan. arus akan mendahului voltan bekalan sebanyak Kesan Kemuatan Kesan kemuatan dalam litar AU.1.Rajah 2-9 2.

Litar Pemuat Berikut merupakan rajah 2-10 kemuatan tulin dalam litar AU. Rajah 2-10 Rajah 2-11 gelombang dan rajah vektor bagi kemuatan tulin. Rajah 2-11 SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 42 .

Litar Siri R-C Pemuat dipasang secara sesiri dengan perintang. Rajah 2-13 Dari rajah vektor. Seperti dalam rajah 2-12 berikut: Rajah 2-12 Dalam litar RC sesiri. arus akan dihadkan nilainya oleh rintangan R dan regangan kapasitif XC. boleh menerbitkan hubungan di antara voltan bekalan V dengan voltan susut yang melintangi rintangan VR dan voltan yang melintangi kemuatan VC dengan menggunakan Teorem Pitaghoras berikut: SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 43 .2. berada sefasa dengan voltan dan apabila arus mengalir melalui regangan kapasitif XC.1. maka arus (I) dijadikan faktor rujukan dalam rajah vektor 2-13. ia akan mengekori voltan sebanyak Dalam litar sesiri nilai arus sama pada setiap beban. Ini menjadikan arus yang melalui rintangan R.4.

Cuma terdapat sedikit perbezaan pada sudut fasa dan yang melibatkan pembolehubah XC sahaja.Galangan ditakrifkan sebagai jumlah halangan yang wujud di dalam litar AU. Contoh permasalahan: SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 44 . diterbitkan satu rajah segitiga yang menghubungkan rintangan R . yang dikenali sebagai rajah 2-14 segitiga galangan seperti di bawah: Rajah 2-14 Daripada litar RC dapat diterbitkan beberapa formula antaranya:   Arus litar : Voltan susut setiap komponen : dan  Sudut fasa : Faktor kuasa : Formula yang terdapat di dalam litar RL hampir sama dengan formula yang ada di dalam litar RC. Simbol dan unit Ohm . ragangan berkearuhan XC dan galangan Z. Dari rajah vector .

maka arus (I) dijadikan faktor rujukan dalam rajah vektor 2-16. Ini menjadikan arus yang melalui rintangan R. Litar Siri R-L Pearuh dipasang secara sesiri dengan perintang. Seperti dalam rajah 2-15 beriku: Rajah 2-15 Dalam litar RL sesiri. ia akan mengekori voltan sebanyak Dalam litar sesiri nilai arus sama pada setiap beban.Penyelesaian : 2. berada sefasa dengan voltan dan apabila arus mengalir melalui regangan induktif XL. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 45 . arus akan dihadkan nilainya oleh rintangan dan regangan induktif.1.5.

diterbitkan satu rajah segitiga yang menghubungkan rintangan R . Dari rajah vector .Rajah 2-16 Dari rajah vektor. yang dikenali sebagai rajah 2-17 segitiga galangan seperti di bawah: Rajah 2-17 Dengan menggunakan Teorem Pithagoras satu formula galangan untuk litar RL sesiridapat diterbitkan iaitu: di mana Daripada litar RL dapat diterbitkan beberapa formula antaranya:   Arus litar : Voltan susut setiap komponen : Sudut fasa : dan   Faktor kuasa : SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 46 . ragangan berkearuhan XL dan galangan Z. Simbol dan unit Ohm . boleh menerbitkan hubungan di antara voltan bekalan V dengan voltan yang melintangi rintangan VR dan voltan yang melintangi aruhan VL dengan menggunakan Teorem Pitaghoras berikut: di mana dan Galangan ditakrifkan sebagai jumlah halangan yang wujud di dalam litar AU.

Berikut merupakan rajah 2-18 litar RLC: Rajah 2-18 Bagi melukis rajah vektor litar RLC. terdapat dua syarat yang mesti diberi perhatian iaitu: Regangan berkearuhan lebih besar daripada regangan berkemuatan: SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 47 .1.Contoh permasalahan: Penyelesaian : 2. Arus I dijadikan faktor rujukan dalam rajah vektor kerana ia adalah sama pada setiap beban atau komponen.6. Litar Siri R-C-L Dalam litar RCL sesiri pearuh L dan pemuat C disambung sesiri dengan perintang R dan dibekalakan dengan voltan AU.

dan  Sudut fasa :  Faktor kuasa : SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 48 . Daripada litar RLC dapat diterbitkan beberapa formula antaranya:  Galangan litar :   Arus litar : Voltan susut setiap komponen : .Regangan berkemuatan lebuh besar daripada regangan berkearuhan: Rajah 2-19 berikut merupakan vektor dan segitiga galangan bagi litar RLC apabila XL > XC Rajah 2-19 Perbezaan formula hanya wujud pada formula yang melibatkat pembolehubah XL dan XC sahaja.

Daripada litar RLC ini dapat diterbitkan beberapa formula antaranya:  Galangan litar :   Arus litar : Voltan susut setiap komponen : . dan  Sudut fasa :  Faktor kuasa : SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 49 .Rajah 2-20 berikut merupakan vektor dan segitiga galangan bagi litar RLC apabila XC > XL Rajah 2-20 Perbezaan formula hanya wujud pada formula yang melibatkat pembolehubah XL dan XC sahaja iaitu sama dengan litar RLC apabila XL > XC dan sudut fasa yang melibatkan tanda -ve.

2.1. 2.2.3. Kuasa Ketara Kuasa yang berkurang kerana kewujudan regangan yang menyebabkan arus dan voltan terpisah iaitu tidak sefasa. P Kuasa regangan 2. KUASA DALAM LITAR ARUS ULANG-ALIK Terdapat tiga kuasa yang wujud di dalam litar AU iaitu:    Kuasa ketara. Kuasa Regangan Kuasa regangan juga dikenali sebagai kuasa reaktif dan merupakan kuasa yang digunakan atau diserap oleh komponen permuat atau peraruh dalam litar AU. S Kuasa sebenar atau kuasa nyata.. Pemisahan arus dan voltan ini menyebabkan kuasa dalam litar akan berkurangan.2.2. Kuasa Nyata (Sebenar) Kuasa sebenar juga dikenali sebagai kuasa aktif dan merupakan kuasa yang digunakan atau diserap oleh komponen perintang dalam litar AU.2. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 50 .2.. 2.

kuasasebenar dan kuasa regangan boleh digambarkan melalui rajah segitiga yang dikenali sebagai Segitiga Kuasa berikut: Contoh 8: Penyelesaian: SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 51 .Segitiga Kuasa Perhubungan di antara kuasa ketara.

di mana ialah sudut fasa di antara voltan dan arus. dan yang SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 52 .3. Faktor kuasa yang paling baik ialah satu menghampiri satu.2.      Faktor kuasa ialah nisbah di antara kuasa sebenar terhadap kuasa ketara. Faktor Kuasa Faktor kuasa boleh diungkapkan di dalam bentuk peratus (%) atau nombor pecahan. Ia dikenali sebagai dan disebut sebagai mendahului (lead) atau mengekor (lag). Faktor kuasa mengekor apabila arus mengekori voltan jika voltan diambil sebagai faktor rujukan dan nilainya ialah positif (-ve). Faktor kuasa juga ditakrifkan sebagai nisbah di antara rintangan terhadap galangan Faktor kuasa mendahulu apabila arus mendahului voltan jika voltan diambil sebagai faktor rujukan dan nilainya ialah positif (+ve).

Helsel (1999). Z Arus Litar. ISBN No. SK4021-LE2-IS ( ELEKTRIKAL / ELEKTRONIK ) PINDAAN : 0 MUKASURAT 53 .LATIHAN 1 2 Lukiskan dan labelkan gelombang arus ulang-alik (AU).Zam Zam Khairani (IBS Buku Sdn. 10.5 Ω.09Ω ƒ = 10Hz.. kirakan nilai berikut:        Nilai Galangan. L = 0. Prinsip Elektrik .09Ω 11.). Fizik Tingkatan 5 . Wright dan Larry D. V = 220V. XL = 20Ω. L = 0. I Faktor Kuasa Sudut Fasa Kuasa Ketara Kuasa Sebenar Kuasa Regangan RUJUKAN : 1 2 3 4 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 4 -Dewan Bahasa Dan Pustaka. XC = 35. Nyatakan definisi bagi faktor kuasa. Penerbit. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Tingkatan 5 -DewJohn r. Bhd. Jelaskan maksud berikut:   3 Voltan Puncak Voltan Puncak ke Puncak Berikan maksud. Diberi R = 10 Ω.Penerbitan Sinar Sdn. lukiskan litar dan rajah vektor bagi berikut:    Kemuatan Aruhan Rintangan 4 5 6 Berikan Takrifan bagi galangan.”Introduction to Material and Processes”. Lukis dan labelkan rajah vektor bagi dua keadaan litar RLC. Kirakan nilai Arus litar bagi dua keadaan berikut:   ƒ = 80Hz. Bhd. Nyatakan perhubungan antara nilai frekuensi dan nilai arus litar.kesan.