21 Jun 2011

Tuan/puan, MEMOHON TAJAAN UNTUK PROGRAM READ RIDDING HOOD Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan/puan, Program Read Ridding Hood di Wad Pediatrik ini merupakan projek inisiatif sukarelawan Yayasan Salam Malaysia (SALAM) di bawah kelolaan Special Interest Group (SIG) Kanak-kanak. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk memberikan sedikit keceriaan kepada pesakit kanakkanak di wad tersebut agar melupakan kesakitan dan kesedihan mereka secara perlahan-lahan. Selain itu, ia juga membolehkan pesakit belajar mengawal emosi di samping menggalakkan mereka untuk berkawan, berinteraksi dan saling mendapat serta memberi sokongan sesama mereka disitu. Program ini juga membuka peluang kepada para sukarelawan berkhidmat untuk kanak-kanak yang memerlukan. 3. Bersama ini saya sertakan sesalinan surat memohon penajaan dan proposal untuk rujukan dan pertimbangan oleh pihak tuan/puan. 4. Diharapkan pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami dan bersama-sama menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan, boleh merujuk kepada saya, atau sukarelawan berikut: 1)Aishah (012-6135319) 2)Ain (017-2848961) atau 3)Nal Azri Nawawi (03-79584021) - Kakitangan SALAM Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang Benar,

NOORAIN IBRAHIM Pengarah Program dan Sukarelawan SALAM 017-2848961 Laman sesawang SALAM : www.salam.org.my Facebook SALAM :Yayasan Salam Malaysia

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful