You are on page 1of 10

Bidang makna atau semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna

jika tidak ada unsur makna. Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata „makna‟ memberi erti „maksud‟ atau „erti‟. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacammacam pengertian lagi. Misalnya, Ogden dan Richard dalam bukuThe Meaning of Meaning (1956) pernah memberikanpengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.

Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud „kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa maknasignificant iaitu „penting‟ atau „beerti‟ ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, „sema‟ juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenisjenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada maksud tersurat dan tersirat.

Leech (1974). Sebab itulah dalam formulasi „segitiga semiotik‟ yang dibuat oleh Ogden dan Richards meletakkan pemikiran itu pada tahap yang atas sekali. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik seseorang. proses. wanita sopan. Contohnya „wanita‟ boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah. Contohnya perkataan wanita dan perempu a n mempunyai makna yang sama iaitu „manusia dewasa yang bukan laki. mengaitkan „konsep‟ dengan dua prinsip iaitu. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna. wanita bekerjaya. 2005). Makna „konsep‟ adalah mencakup komponen seperti benda.al. ia menjadi kurang sesuai untuk diucapkan. konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Sintaksis. Bagi penutur tindakan pertama ialah . atau konsep lainnya (Abdul Chaer. prinsip konstrastif dan prinsip struktur konstituen. 1990). Tetapi sekiranya digunakan perkataan „perempuan‟. dan Semantik. Palmer (1992) menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan „kata‟ dan „benda‟ melalui perantaraan konsep pemikiran.a) Makna Konsepsual Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. iaitu „ segitiga semiotik‟. Menurut Leech (1974) di dalam makna konseptual. tindakan. yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap ini iaitu Fonologi. Selain itu. memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Organisasi makna konseptual adalah rumit dan sofistikated (Kushartanti et. 2001). konotasi antara „wanita‟ dan „perempuan adalah berbeza. keadaan. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa.laki‟ (Kamus Dewan. Pemahaman konsep adalah sangat mustahak. Contohnya.. wanita dewasa. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923).

al. iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Tanpa konsep. Dalam menganalisis ayat.. baik positif mahupun negatif ( Nik Safiah Karim. 2004). Bagi seorang pendengar pula.. representasi sintaksis. gambaran.rumah-rumah yang membawa maksud banyak rumah dan penghasilan kata majmuk surat khabar daripada gabungan surat dan khabar. (Kushartanti et. memahami. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. menggambarkan. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono.mengenkod makna(ujaran daripada penutur) apa yang2hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza.dalamberjalan. penggandaan. dan representasi semantik. pengimbuhan. Perkataan perempuan . 2005) b) Makna Konotatif Makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagai akibat berlakunya proses gramatikal. memutus buah fikiran. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. (Kamus Dewan. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. Misalnya. perlambangan. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. 2004). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. atau menyatakan sesuatu yang lain. dan pemajmukan. proses ini beralih.al. 2005). maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Contohnya seperti. peringkat pertama kita perlu buat ialah menetapkan representasi fonologi. Representasi bermaksud sesuatu yang melambangkan. atau pernyataan.ber. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi.

Contohnya. dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat apabila melihat sesuatu atau memberikan pendapat. Orang yang terpelajar atau orang yang menimba ilmu. Samalah juga dengan perkataan jantan dan lelaki. 2004). barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Ketiga. Kedua ialah. iaitu kudap-kudap sahaja (makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yg dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis antara waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu minum petang atau selepas makan malam). makna konotatif ini tidak spesifik pada bahasa tetapi dikongsi bersama sistem komunikatif seperti seni visual dan muzik. bervariasi menurut budaya. makna konotatif bersifat periferal. perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit. duduk bersendirian perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenangkan fikiran.mempunyai nilai rasa yang rendah manakala perkataan wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. jijik. Tetapi pada hari ini. kotor. (Kamus Dewan. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud „mendekati Allah. oleh lelaki dan perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sebagai suatu perbuatan yang sumbang ( Kamus Dewan. Contohnya. sedap di dengar. 2004). tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Contohnya perkataan „khalwat‟. tempoh masa dan pengalaman individu. bertafakur (Kamus dewan. babi itu haram. maksud perkataan ini telah berubah. iaitu „pengasingan diri berdua-duaan di tempat yg terpencil atau tersembunyi. 2004). Makna konotatif tidak stabil. . Bagi masyarakat yang beragama Islam. Makna konotatif ditentukan oleh makna asosiatif dan makna afektif. najis atau sesuatu yang negatif. Penggunaan kata-kata halus. Bagi umat Islam. Begitu juga dengan perkataan babi dan khinzir. nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat bukan Islam. Makna Konotatif ini boleh dilihat kepada beberapa aspek iaitu. Makna konotatif atau makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan.

pendengaran. seperti kerana. makna denotatif juga sering disebut sebagai makna deskriptif dan makna leksikal. Merujuk kepada Makna Referensial pula. tidak manis didengar dan tidak mengikut tatasusila yang sering dikaitkan dengan orang Melayu. Makna denotatif pada dasarnya sama dengan makna referensial sebab makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang sesuai dengan pemerhatian. (Nik Safiah Karim. tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. Tetapi perkataanmelantak itu lebih kasar. Makna denotatif berhubung rapat dengan penerangan mengenai fakta yang bersifat objektif. perasaan atau pengalaman lainnya. suatu ketika dahulu perkataan aku jarang digunakan kerana rasanya keras dan tidak manis didengar. Contohnya. kedua-dua perkataanperempuan danwanita mempunyai makna denotatif yang sama. tidur. „makna asal‟ . 2004). kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan nonreferensial. Perkataan yang tidak mempunyai referen. Kesemuanya dikaitkan dengan makan. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh seperti makan. Contohnya beg. „makan‟. Makna Leksikal pula adalah perkataan leksikal yang . maka ia juga disebut „makna sebenar‟ . Dengan kata lain makna denotatif ialah „makna sebenarnya‟. rata-rata anak muda mengakukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi sekarang. Apabila perkataan mempunyai referen. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial. „sarapan‟. iaitu „manusia dewasa bukan laki-laki‟. ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. cerdik. Samalah juga bagi perkataan „melantak‟. „makna mutlak‟ atau „makna dasar‟. maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Begitu juga dengan perkataangadis danperawan yang bermaksud „wanita yang belum bersuami‟ dan pasangan perkataanisteri dan bini yang bermaksud „wanita yang mempunyai suami‟. 2004). menurut penglihatan. Manakala perkataan yang tergolong sebagai kata tugas seperti kata hubung. Nilai rasa ini sudah menurun. Contohnya. Masyarakat sering mempunyai pandangan yang berbeza walaupun perkara yang dibincangkan itu sama. Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada atau tidak referen bagi perkataan-perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim. kasut dan pakaian. atau „soru‟. walaupun . namun.c) Makna Denotatif Menurut Setiawati Dermojuwono di dalam buku Pesona Bahasa.

makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer. tetapi memiliki makna yang tersendiri iaitu „orang yang dipersalahkan‟.al. Daripada makna stilistik ini. Makna leksikal biasanya dikaitkan dengan kata sedangkan kosa kata tidak hanya terdiri daripada kata sahaja. Contohnya ayat ini. kedudukan status mereka atau pun kita dapat mengetahui bahasa yang digunakan itu adakah loghat.al. kita mestilah boleh membuat kesimpulan terhadap penutur bahawa penutur itu seorang yang pemarah. Unit leksikon ialah leksem iaitu bentuk bahasa yang bermakna ( Ibrahim Ahmad. Benci sunggung aku melihat muka kau!. perubatan). jargona. dialek atau bahasa baku. dialek yang digunakan. Contohnya. Makna leksikal bermaksud makna yang bersifat leksikon. fitur sementara stilistik yang dipecahkan kepada. Ketiga. 2003). tidak penyabar. 2005). mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. wacana yang dibahagikan kepada dua bentuk iaitu.diterbitkan daripada istilah leksikon yang bermaksud kosa kata atau perbendaharaan kata. perungus. atau mungkin kita boleh memastikan status seseorang itu. atau status seseorang6 dapat menentukan siapa orang itu. Maka jelas bahawa makna tidak dapat ditelusuri dari makna setiap kata pembentuknya. makna yang sesuai dengan referennya.Dalam konteks ini. tetapi juga terdiri daripada beberapa kata.. dan modalitas (bahasa syarahan. kambing hitam. atau orang ini. Namun penilaian kita berbeza apabila . berjenakan. slanga. media (samada yang dituturkan. ceramah dan sebagainya). d) Makna stilistik Makna stilistik merujuk kepada situasi sosial di mana sesuatu ujaran itu berlaku. Ujaran penutur dan pendengar dapat menentukan bunyi atau kata yang dilafazkan. (Robert Sibarani et. slanga. hubungan sosial antara penutur dan pendengar. ditulis dan sebagainya). laras (bahasa undang-undang. Pertama. kita dapat menentukan asal-usul atau kedudukan geografis penutur.. Konteks memainkan peranan penting dalam perbualan antara penutur dengan pendengar. dan tempoh masa ia dituturkan. 1994). jargona). Kedua. maka perkataan „kambing hitam‟ dikatakan mempunyai makna idiomatis ataupun lebih dikenali sebagai makna gramatikal (Kushartanti et. Makna kambing hitam bukan merupakan gabungan makna kambing dan makna hitam. dan penglibatan (dialog atau monolog). status ( bahasa diraja. Dialek. 1992). sains. fitur atau ciri tetap stilistik boleh dilihat daripada bahasa yang dituturkan oleh individu itu. Hoi.

intonasi. mangkuk hayun! Berambuslah dari sini. dan tekanan yang memungkinkan kita membuat interpretasi tentang apa yang diucapkan dan kepada siapa diucapkan. Perasaan seseorang penutur. Nada sesuatu ujaran boleh mengubah perasaan atau penerimaan terhadap orang lain. dan latar belakang penutur. ikhlas. 2005). Benci sungguh aku melihat muka kau!. Kata jujur. sedangkan korupsi.terhadap ujaran yang positif. keluarga yang baik-baik. loghat. 2005). Perasaan yang muncul itu mungkin positif dan mungkin juga negatif. 1997). pangkat dan sebagainya yang mampu mencerminkan kedudukannya dalam masyarakat. kerana kata nikmat dan khasiat menimbukan asosiasi dan perasaan positif. termasuk sikap penutur terhadap pendengar atau terhadap sesuatu yang ingin disampaikan dapat diperjelaskan dengan baik. Maka faktor intonasi. „rasalah masakan yang dimasak oleh ibu saya ”. e) Makna Afektif‟ Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi. Nikmat dan khasiat mempunayi nilai rasa yang positif. Contohnya. bijaksana akan menimbulkan kata afektif yang positif. Apabila ayat ini diujarkan dengan nada yang tinggi.. . tinggi rendah suara juga merupakan elemen yang sangat penting kerana ia merupakan salah satu cara kita menyampaikan buah fikiran yang boleh menunjukkan samada kita „suka‟ atau „tidak suka‟ kita pada seseorang. status. aksen (tekanan suara pada kata atau suku kata). ‟Teh nikmat berkhasiat‟.al. Makna afektif juga berperanan penting dalam menyusun teks iklan (Kushartanti et. berstatus tinggi dan berpelajaran tinggi. Makna afektif biasanya disampaikan melalui saluran konotatif atau konseptual sesuatu perkataan. Jadi penggunaan bahasa ketika kita berkomunikasi dapat menentukan siapa penuturnya. bukannya fikiran atau daya berfikir (Kamus Linguistik. Contohnya.al. Hoi. dialek. kolusi menimbulkan makna afektif yang negatif ( Kushartanti et. Dalam konteks ini kita boleh membuat kesimpulan terhadap penutur. Kita dapat membuat rumusan berdasarkan ucapan yang disampaikan berdasarkan nada. kita pasti dapat mengenalpasti dengan tepat perasaan penutur ketika itu. bahawa penutur seorang yang baik hati. baik hati. Contoh.. dan pemurah.

Tetapi bagi ayat pasif pula. makna refleksi dan makna kolokatif. i) ii) Ibu membeli kuih.(Ayat aktif) Kuih dibeli oleh ibu. Makna asosiasi ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat yang mempunyai kemiripan dengan sifat. Menurut Setiawati Dermojuwono. makna stilistik. et. Selain tekanan. Keadaan ini berlaku apabila penutur mahu menegaskan mana-mana perkataan dalam mana-mana kontruksi (susunan dan kedudukan kata-kata dalam ayat atau rangkai kata) ( Kamus Dewan. Bagi ayat aktif. latar belakang.Makna asosiatif biasanya dikaji dalam bidang psikolinguistik (Soenjono Dardjowidjojo. 2005). 2003). Contoh ayat.Makna tematik terletak pada pilihan kita sendiri berdasarkan minat. Makna tematik ini boleh disampaikan melalui susunan bunyi. Caaaakap banyak. sikap. ayat aktif dan ayat pasif.al.(Ayat pasif) Kedua-duanya mempunyai nilai komunikasi yang berbeza. tekanan emosi dan sebagainya. fokus dan tekanan. ibu membeli apa?. Contohnya.Asosiasi ini dipengaruhi unsur-unsur psikis. makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah kata dengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. soalannya ialah. soalannya ialah. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorang apabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti.f) Makna Tematik Tematik bermaksud „apa yang dikomunikasikan‟ dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. panjang pendek perkataan juga memainkan peranan yang penting. susunan kata. siapa yang membeli kuih?.. makna afektif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu dengan yang lain). . 1997). baayar kurang! Ayat ini boleh mengubah dan mempengaruhi orang yang mendengarnya sekaligus dapat mengubah penerimaan orang terhadap sesuatu barangan atau individu. Contohnya bahasa yang digunakan oleh syarikat pengiklanan untuk mempromosikan sesuatu barangan atau produk. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik. 2005). Contohnya. Tekanan boleh menukar makna.pengetahuan dan pengalaman seseorang. g) Makna Asosiatif Menurut Leech (1976).

Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. Contohnya. Perubahan makna kata boleh menyempit atau meluas (Kushartanti et. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. afektif. ( Kushartanti et.makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana. nada dan intonansi. reflektif dan kolokatif. keadaan sosiopolitik. Contohnya perkataan „berkhalwat‟. makna etimologis suatu kata mencerminkan perubahan yang terjadi dengan kata tertentu. Makna afektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaan atau emosi pembicara terhadap lawan bicara atau terhadap objek yang dibicarakan dan disampaikan dengan penuh semangat. perkataan „buaya‟ dikaitkan dengan „jahat‟ atau „ganas‟ atau membawa erti seorang laki-laki yang suka memujuk dan menipu wanita. Hal ini bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. Melalui perubahan makna kata. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. norma. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut. 2005). 2005) h) Makna Etimologis Makna etimologis berkaitan dengan asal-usul kata dan perubahan makna kata dilihat dari aspek sejarah kata. stilistik. Makna asosiatif memainkan peranan yang penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna. Begitu juga dengan kata „mawar‟ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapi cantik dan berbau harum dinyatakan untuk perlambangan „bersih‟ dan „suci‟. Interpretasi bagi sebuah puisitidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudah apabila seseorang itu memahami makna asosiatif. kita dapat menyelusuri perubahan nilai.al.Makna asosiatif turut memainkan peranan penting dalam menyusun teks iklan dan bukan sahaja makna referensial sahaja yang mesti ditonjolkan.. Tetapi perkataan . dan ekonomi masyarakat.. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud mengasingkan diri untuk menenangkan fikiran.keadaan.al.

Selain terjadi penyempitan dan peluasan makna. Contohnya. nilai rasa makna sesuatu kata juga dapat berubah dari negatif kepada positif atau sebaliknya. .ini telah disempitkan mencakupi makna duduk berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam keadaan yang sumbang di tempat yang terpencil dan tersembunyi.“Muhaiza dituduh berkhalwat dengan seorang lelaki di pangsapuri miliknya semalam”.